KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN KEPIMPINAN DALAM PEMERINTAHAN "Ketika kaum Muslimin terceraiberai, keimanan mereka akan terkoyakkan dan akan kehilangan kekuatan persatuan dan kesatuan di antara mereka". ( Saidina Uthman bin Affan) NUR ANIS AQIMAH BINTI HASBULLAH PPS2.01
BIODATA UTHMAN BIN AFFAN ................. 2 Enam tahun Pertama................................. 4 Enam tahun Kedua ......................................5-6 1. 2.PEMERINTAHAN KHALIFAH UTHMAN.......3 3. KISAH KEWAFATAN KALIFAH UTHMAN...7-9 4. KESIMPULAN......................................................... 10 KANDUNGAN 1
SUMBANGAN AKHLAK PENGENALAN Menyediakan 300 ekor unta dan 10000 dinar kepada Rasulullah untuk digunakan dalam peperangan tabuk. Mengumpulkan Al-Quran dalam satu mashaf (Rasm Uthmani) Membentuk pasukan tentera laut. Mengukuhkan peranan Baitulmal. Mengekalkan sistem jizyah. Selepas nabi Muhammad diutus menjadi Rasulullah, Uthman membesar dengan akhlak yang mulia, baik hati, jujur dan seorang yang pemalu. Pada usia kanak-kanak dan remajanya beliau bersifat boros seperti orang-orang Quraisy sebelumnya. NAMA: Usman bin Affan bin Abi al-'Ash bin Umayyah bin Abdul Syams bin Abd Manaf bin Qushayyi bin Kilab. GELARAN: Zu Nurain KETURUNAN: Bani Umayyah TARIKH LAHIR: Tahun keenam tahun gajah. TARIKH WAFAT: 35 Hijrah NAMA ISTERI: 1. Ruqayyah binti Muhammad 2. Umi Kalsum binti Muhammad TEMPOH PEMERINTAHAN: 12 Tahun (644-656 M) BIODATA 2
Saidina Uthman dilantik menjadi Khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644 M. Perlantikan Uthman bin Affan sebagai Khalifah adalah melalui majlis syura yang mana terdapat enam orang calon iaitu Ali bin Abi Talib, Uthman bin Affan, Saad Ibnu Abu Waqqas, Abdul Rahman bin Auf, Zubair bin Awwam dan Talhah bin Ubaidillah (Indra Fauzan & Nidzam Sulaiman, 2019). Pemilihan yang telah dibuat melalui majlis tersebut didapati Saidina Uthman dan Ali mendapat jumlah undian yang sama banyak. Oleh itu, Abdul Rahman bin Auf meminta pendapat orang ramai dan mereka bersetuju untuk melantik Saidina Uthman sebagai Khalifah yang ketiga (Ali Imran,2022). Tempoh pemerintahan Saidina Uthman adalah 12 tahun dan beliau merupakan Khalifah Ar-Rasyidin yang memerintah paling lama. Pemerintahan beliau terbahagi kepada dua fasa: Enam tahun pertama: Zaman kegemilangan islam. Enam tahun terakhir: Zaman "Fitnah Al-Kubra" iaitu zaman huru hara. 1. 2. PEMERINTAHAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN 3
Khalifah Uthman melanjutkan kejayaan para khalifah sebelumnya dalam perluasan wilayah kekuasaan Islam dan melindungi daerah-daerah strategik seperti di Mesir dan Iraq. Beliau meneruskan perluasan kuasa ke beberapa wilayah untuk menyebarkan Islam seperti di Afganistan, Moroko, Tunisia, Libya, Turki, Persi dan Pulau Cipus (Dahlan,2022), (Amira,2018). Saidina Uthman turut menubuhkan tentera laut Islam yang pertama bagi memperkuatkan lagi angkatan perang serta menjamin keselamatan dan memperluaskan kuasa Islam. Beliau berjaya mengumpulkan mushaf al-Quran yang berbeza-beza kepada satu mashaf mengikut susunan Saidina Abu Bakar As-Sidiq dalam lahjah Khalifah Uthman juga mempertingkatkan kerja-kerja pembangunan seperti membina rumah rehat dan pejabat untuk pegawai, memperbesarkan Masjid Nabawi, membina jalan raya, jambatan, telaga air untuk pengembara, membina tebing-tebing sungai untuk mengelakkan banjir di Madinah serta memperluaskan peranan baitulmal dalam urusan ekonomi. Quraisy berdasarkan persetujuan para sahabat dan menamakannya sebagai mushaf Rasm Uthmani (Ali Imran,2022), (Amira,2018). FASA 1: ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM 4
FASA 2: ZAMAN HURU HARA "FITNAH ALKUBRA" Zaman fitnah dan pengkhiatan bermula pada tahun ke-30 Hijrah yang disebarkan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba' yang merupakan seorang Yahudi baru memeluk islam dan juga ketua golongan syiah. Matlamat mereka melakukan sedemikian untuk menghancurkan Islam daripada terus berkuasa. Sebenarnya situasi ini telah pun diceritakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh sahabat baginda yang bernama Arjafah berkaitan penentangan golongan khawarij: Hadis ini diambil daripada kitab sunah sunan Abi Daud jilid keempat bab menentang kelompok khawarij. ، َعْن ، َعْن ِزَياِد ْبِن ِعاَلَق َة َنا َيْحَيى، َعْن ُشْعَب َة َنا ُمَسَّدٌد، َحَّدَث َحَّدَث َم، َيُقوُل: َّل ْيِه َوَس اَل: َسِمْعُت َرُسوَل ِهَّللا َصىَّل ُهللا َعَل َق ، َج َة َعْر َف ْمَر ُيَفِّرَق َأ ْن َراَد َأ َمْن َأ َف َّمِتي َهَناٌت، َوَهَناٌت، َوَهَناٌت، ُأ وُن ِفي ُك "َسَت اَن". اِئًنا َمْن َك وُه ِبالَّسْيِف َك ُب اْضِر ْلُمْسِلِميَن َوُهْم َجِميٌع َف ا (أبي داود: 4762( Maksudnya: Musaddad menceritakan kepada kami, Yahya menceritakan kepada kami daripada Syu'bah, daripada Ziyad bin 'Ilaqah, daripada Arfajah berkata: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Akan terjadi pada umatku fitnah,fitnah dan fitnah, bagi siapa yang memecah belahkan urusan umat Islam sedangkan mereka bersatu, maka bunuhlah dengan pedang walau dimana mereka berada". 5
6 Di dalam hadis tersebut Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa fitnah akan berlaku dalam kalangan umatnya dan baginda menyuruh untuk memerangi golongan yang menyebarkan fitnah dan memecah-belahkan urusan umat Islam itu yakni golongan khawarij. Antara fitnah yang disebarkan ialah: Saidina Uthman bersifat nepostisme iaitu lebih memihak kepada kerabat atau ahli keluarga. Saidina Uthman terlalu boros mengambil wang baitulmal untuk diberikan kepada kaum keluarganya sedangkan wang yang diambil untuk membiayai pembangunan negara dan memperkuat tentera Islam seperti pembelian senjata dan kapal. Menuduh Saidina Uthman membakar naskah Al-Quran tetapi yang sebenarnya lembaran asal sudah dikembalikan kepada Hafsah isteri Rasulullah SAW setelah disalin dan dibukukan dalam satu mushaf serta yang dibakar adalah lembaran-lembaran mushaf yang berbentuk selainnya. Fitnah yang terbesar ialah tersebarnya surat palsu yang mempunyai cop mohor Uthman bin Affan. Fitnah yang berlaku pada fasa kedua kekhalifahan Uthman bin Affan ini berlarutan kepada pemberontakan dalam kalangan masyarakat yang berakhir dengan pembunuhan Saidina Uthman. Antara pemberontakan yang berlaku ialah: Sesetengah kelompok masyarakat memeluk islam hanya untuk kepentingan diri sendiri seperti Abdullah bin Saba' yang mencetuskan propaganda dalam masyarakat dengan 1. 2. 3. 4. 1.
7 punca kematian Uthman bin Affan adalah disebabakan oleh tersebarnya surat palsu yang meminta agar gabenor Mesir meneruskan tampuk pemerintahan namun perlu membunuh Muhammad bin Abu Bakar dan rombongannya serta membatalkan perlantikan Muhammad bin Abu Bakar sebagai gabenor serterusnya. Setelah kejadian tersebut kota Madinah dikepung oleh pemberontak daripada Mesir, Kufah dan Basrah. Saidina Uthman terkejut dengan pengepungan tersebut dan meminta Ali bin Abi Thalib menjadi orang tengah untuk berunding dalam keadaan yang tidak diduga ini. Ali bin Abi Thalib mengambil kesempatan menyelidik surat palsu tersebut dan ternyata surat itu ditulis oleh Marwan bin Al-Hakam yang merupakan penasihat Saidina Uthman sendiri. Pasukan pemberontak yang berang dengan perintah di dalam surat tersebut telah menyatakan beberapa syarat rundingan dengan Ali bin Abu Thalib, iaitu:. memasukkan unsur Yahudi ke dalam ajaran syiah dan meningkatkan jumlah kekuatan pemberontak. 2. Persaingan atau pergaduhan antara keluarga Hasyim dan keluarga Umaiyah. 3.Sikap kepimpinan Uthman bin Affan yang lemah lembut membuatkan beliau ditindas oleh golongan pemberontak. KISAH KEWAFATAN UTHMAN BIN AFFAN
Khalifah Uthman diwajibkan turun dari jawatan khalifah sekiranya tidak mahu dibunuh. Menyerahkan Marwan bin Al-Hakam kepada pemberontak. Kedua-dua syarat tersebut ditentang oleh Saidina Uthman kerana hal tersebut akan menyebabkan berlaku pertumpahan darah dalam kalangan umat Islam. Setelah pasukan pemberontak mengetahui keputusan muktamad Saidina Uthman, mereka mula mengepung rumahnya sehingga bekalan air terputus dan seminggu selepas bermulanya kepungan itulah kali terakhir beliau bertemu dengan para muslimin. Selepas 30 hari membuat kepungan terhadap Saidina Uthman, pemberontak khawarij membakar pintu dan atap rumah Saidina Uthman. Pada hari Jumaat bersamaan 18 Zulhijjah 35 Hijrah menjelang waktu Maghrib, pasukan pemberontak alSabaiyyun yang dipimpin oleh Abdullah bin Saba telah berjaya menerobos masuk kediaman Khalifah Uthman bin Affan dan memukulnya dengan besi. Khalifah Uthman berjaya dibunuh oleh Qutairah, Sudan bin Humran dan al-Ghafiqi dengan cara yang kejam iaitu beliau dilibas dan ditetak dengan pedang beberapa kali. Peristiwa penyebaran fitnah dan pembunuhan ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah: 1. 2. 8
Hadis ini diambil daripada kitab sahih muslim jilid ke-17 (kitab 37:kitab ilmu) pada bab mengangkat ilmu dan mencabutnya serta munculnya kejahilan dan fitnah pada akhir zaman. Jelaslah hadis yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW berkaitan tanda-tanda akhir zaman benar-benar terjadi apabila penyebaran fitnah semakin berleluasa, maka pembunuhan akan berlaku. ُس، َعِن اْبِن ُن و ُي ْخَبَرِنى َأ ا اْبُن َوْهٍب، ْخَبَرَن َأ ْبُن َيْحَيى، حّدثنى َحْرَمَل ُة اَل: َبا ُهَرْيَّر َة َق َّن َأ َأ َمْيُد ْبُن َعْبِد الَّرْحَمِن ْبِن َعْوٍف، ُح َنى ِشَهاٍب، َحَّدَث ُيْقَبُض َم: " َيَتَقاَرُب الَّزَماُن َو َّل ْيِه َوَس اَل َرُسوُل ِهللا َصىَّل ُهَّللا َعَل َق ْلَهْرُج؟ وا: َوَما ا ُل ا ْلَهْرُج " َق ُر ا َقى الُّشُّح، َوَي ْكُث ْل ُي ِفَتُن، َو ْل ْلِعْلُم، َوَتْظَهُر ا ا َقْتُل " ْل اَل: " ا َق )مسلم:187) Maksudnya: Menceritakan kepada kami Harmalah bin Yahya, mengkhabarkan kepada kami ibnu Wahab, mengkhabarkan kepada kami Yunus, daripada Ibnu Syihab, menceritakan kepadaku Hamid bin Abdul Rahman bin Auf, daripada Abu hurairah berkata: Sabda Rasul SAW: " Masa semakin dekat (kiamat), ilmu akan diambil, pelbagai fitnah akan diambil muncul, sifat kikir akan dibenamkan (di dalam hati manusi), dan haraj akan marak berlaku". Para sahabat bertanya, "apa itu haraj?" Rasulullah SAW menjawab, "pembunuhan". 9
KESIMPULAN Konklusinya, zaman pemerintahan Uthman bin Affan merupakan zaman pemerintahan paling lama antara pemerintah Khulafa' ArRasyidin yang lain. Namun begitu, pemererintahan Khalifah Uthman bin Affan ini terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa kegemilangan dan fasa kejatuhan Islam. Pada fasa kegemilangan terdapat pelbagai perubahan dan pembaharuan yang dilakukan oleh khalifah Uthman dalam pelbagai sektor seperti ekonomi,sosial dan sistem pemerintahan. Namun zaman kegemilangan ini hanya bertahan selama enam tahun sahaja sebelum masuknya zaman kejatuhan. Kejatuhan Islam yang berlaku enam tahun berikutnya disebabkan oleh tersebarnya pelbagai fitnah oleh golongan khawarij yang bertujuan untuk menghalang perkembangan pengaruh ajaran Islam. Keadaan ini akhirnya membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman bin Affan secara brutal dan kejam. 10