SURAU BILAL B RABAH
SMK KUTAN ,16250 WAKAF BHARU KELANTAN.
GARIS PANDUAN
PEMBENTANGAN
INOVASI PENARAFAN IMARAH SURAU (PERSISS)
SURAU BILAL B. RABAH SMK KUTAN
Disediakan oleh:
Setiausaha PERSISS
SMK Kutan
GARIS PANDUAN
PEMBENTANGAN INOVASI PENARAFAN IMARAH SURAU (PERSISS)
SURAU BILAL B. RABAH SMK KUTAN
1.0 PENGENALAN:
1.1. Garis Panduan Pembentangan Inovasi Penarafan Surau Sekolah PERSISS disediakan
sebagai rujukan kepada pengetua serta Ahli jawatankuasa guru untuk melengkapi instrument
penilaian Penarafan Imarah Surau Sekolah PERSISS.
1.2. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Instrumen Penarafan Surau
Imarah Sekolah-Sekolah (Persiss) Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2021.
2.0 OBJEKTIF:
2.1. Menjadikan surau sebagai medium utama pembentukan kemenjadian pelajar.
2.2. Memperkasakan elemen kreativiti dan inovasi sebagai budaya kecemerlangan surau.
2.3. Memberi pengiktirafan secara formal kepada pengurusan surau sekoah bagi mencapai
taraf 5 bintang.
2.4. Merealisasikan impak Pengimarahan Surau sebagai medium kemenjadian pelajar.
3.0 INSTRUMEN PENILAIAN : JUMLAH JUMLAH%
KESELURUHAN /WAJARAN
BIL BAHAGIAN 65 17
120 32
1. PENTADBIRAN 30 08
2. AKTIVITI 72 19
3. INOVASI AKTIVITI 46 12
4. KELENGKAPAN DAN PERALATAN FIZIKAL 18 05
5. FIZIKAL 12 03
6. INOVASI FIZIKAL 15 04
7. BONUS 378 100%
8. PEMBENTANGAN PENGETUA/GB
JUMLAH KESELURUHAN
4.0 STRATEGI PEMBENTANGAN VERIFIKASI
4.1 Pembentangan hendaklah diadakan di surau .
4.2 Tentatif Pembentangan (mengikut kesesuaian)
Ucapan Penegrusi Masjlis
Bacaan Doa
Ucapan ringkas Ketua Panel
Persembahan Montaj
Pembentangan Oleh Pengetua
Sessi Lawatan mengikut instrument
Bersurai
5.0 BAHAN PEMBENTANGAN
5.1 Montaj (Tidak melebihi 5 minit)
-Gambaran keseluruhan surau
-Aktiviti Pengimarahan
-Kreativiti montaj
5.2 Slaid Pembentangan(Power Point/Vdeo Korporat) Tidak melebihi 30 minit
5.2.1 Gambar Surau
5.2.2 Lokasi Surau
5.2.3 Maklumat Surau
5.2.4 Sejarah Surau
5.2.5 Visi dan Misi Surau
5.2.6 Logo Surau
5.2.7 Aktiviti Pengimarahan surau (secara ringkas)
5.2.8 Inovasi Aktiviti Surau
5.2.9. Inovasi Fizikal Surau
5.2.10 Kemenjadian Surau
5.2.11 Impak Pengimarahan Surau
5.2.12 Penutup
#Pihak sekolah perlu menyediakan multimedia yang merangkumi semua aspek penilaian
yang berdurasi 8-10 minit untuk dihantar kepada pihak penilaI.
6.0 INOVASI:
Terdapat 7 inovasi surau yang terdapat di SURAU BILAL B RABAH yang sesuai dan terpilih
untuk dipamer dan dibentangkan oleh Pengetua semasa pembentangan nanti.Inovasi
tersebut ialah:
1.LAMAN SUMAYYAH
2.EJAS TAHOK SINI
3.GHORI ASHAABUL KAHFI
4.DATARAN SYAM
5.LAMBAIAN CINTA ALLAH
6.HATI SEMEKU
7.TAUJIH PDPC
7.0 PENUTUP
Garis Panduan ini adalah sebagai makluman dan gambaran awal apa yang perlu di
persembahkan dan dikreativitikan .Semoga SPI,PPD, Pengetua ,saf Pentadbir dan guru-guru
sama –sama berganding bahu untuk merealisasikan objektif dan matlamat yang akan dicapai
dalam Penarafan Imarah Surau Sekolah-Sekolah.
Diharapkan usaha ini dapat membantu kemenjadian dan kecemerlangan ank-anak
pelajar SMK Kutan khususnya.
Semoga kerja buat dan penglibatan semua yang terlibat dalam program ini akan
mendapat ganjaran dan dipermudahkan urusan oleh ALLAH sw.t.
1. INOVASI LAMAN SUMAYYAH
(LAMAN TAMAN HERBA ,TERUNG DAN ROSELLE)
PENGENALAN;
Laman Sumayyah adalah berkonsepkan SUNNATULLAH ASAS AQIDAH ISLAM .
Tajuk Pembelajaran Tingkatan 4.
SASARAN:Pelajar kelas 4Nilam & Delima (Kelas belakang)
OBJEKTIF:
1.Memberi pendedahan bahawa semua ciptaan Allah adalah mengikut ketentuan dan
ketetapan yang diatur oleh Allah .Tumbuh –tumbuhan hidup membesar dan mengeluarkan
hasil mengikut proses yang telah diatur oleh Allah. Sunnatullah yang menetapkan bahawa
tumbuh –tumbuhan adalah sumber oksigen yang diperlukan oleh setiap manusia untuk
bernafas.Sebagai hamba Allah setiap pelajar wajib beriman dengan kekuasaan dan keesaan
Allah.
2.Memupuk minat dan inisiatif untuk mengalakkan pelajar berminat hadir ke sekolah untuk
menguruskan dan menjaga tanaman masing-masing.
3.Memberi galakan kepada pelajar untuk mengenali kaedah penanaman sayur dan tanam
sebagai aktiviti sara hidup.
4. Tanaman dapat mencegah pemanasan global di surau . Semakin banyak tumbuhan di
tanam di sekolah semakin sejuk udara di sekitar sekolah.Pelajar dapat mengenal pasti dengan
membanding beza suhu dipersekitaran ada tanaman dan kawasan yang tiada tanaman.
5.Mewujudkan ketenangan di persekitaran surau kerana menurut kajian tumbuhan bewarna
hijau mampu menghilangkan stress pelajar dan guru.
6. Pelajar dapat belajar menghasilkan produk jem,makanan snek dan jus untuk memberi
sumbangan kepada pelajar asnaf semasa waktu rehat.
IMPAK:
Inovasi ini memberi satu tarikan kepada pelajar untuk berminat berbakti kepada tanah dan
menjadikan tanaman sebagai satu bukti utama sunnatullah.
2. INOVASI EJAS TAHOK SINI
(TONG KITAR SEMULA BAHAN2 TERPAKAI)
PENGENALAN:
Berkonsepkan Tuntutan menjaga menjaga alam sekitar .Tajuk pembelajaran tingkatan 5.
Dalil firman Allah taala dalam surah Al-Hajj Ayat 64;Yang bermaksud:”Segala yang ada dilangit
dan dibumi adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya Dia jualah yang Maha Kaya lagi Maha
terpuji.”
Segala apa yang di bumi ini adalah milik Allah .Janganlah kita menjadi perosak atas keindahan
ciptaan Allah.
OBJEKTIF:
1.Menyemai sikap menjaga kebersihan seperti yang disarankan dalam Islam.
2.Memupuk minat suka berjimat dalam perbelanjaan secara makro kerana amalan kitar
semula dapat menjimatkan perbelanjaan dalam pengurusan sampah dan disalurkan kearah
yang lebih bermanfaat.
3.Memberi kesedaran untuk mengurangkan pencemaran dan mengurangkan kadar
pembuangan sampah secara terbuka dan menyelamatkan alam sekitar daripada tempat
pembiakan nyamuk.
IMPAK:
Inovasi ini memberi kesedaran dan pengenalan kepada pelajar tentang kempen tiga tong
kitar semula mengikut warna yang perlu diperkasakan semula.Pelajar berperanan untuk
sama-sama menjaga alam sekitar .Semoga amalan kitar semula ini menjadi budaya pelajar
bab kata pepatah alah bisa tegal biasa dan an nazafatul minal iimann.
3. INOVASI GHORI ASHAABUL KAHFI
( AYAT HAFAZAN SURAH AL KAHFI DALAM GUA ASHAABUL KAHFI)
PENGENALAN:
Surah Al Kahfi adalah surah utama dalam pembelajaran dan sukatan KSSM Pendidikan Islam
tingkatan 3 dan 4 .Surah Al-Kahfi adalah ayat hafazan .Ayat 1-10 bagi tingkatan 3 dan ayat
101-110 tingkatan 4.
Pihak sekolah mencari inisiatif dan kreativiti untuk pelajar mengenali Gua Ashaabul
Kahfi.Inovasi Gua sebagai satu simbul dan replika sejarah ASHAABUL Kahfi yang terdapat
dalam Al-Quran dan sejarah Islam.
OBJEKTIF:
1.Memupuk minat pelajar untuk menghafal surah As- haabul kahfi sebagai kandungan
pembelajaran sukatan Pendidikan Iislam Tingkatan 3 dan 4.
2.Mengenal pasti kelebihan membaca surah As-Haabul Kahfi ;
-Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada surah Al Kahfi akan terselamat daripada Dajjal.
-Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi malam Jumaat maka dipancarkan cahaya untuknya
sejauh antara dirinya dan Baitul atiq.
-Sesiapa yang membaca nya hari Jumaat akan dipancarkan cahaya untuknya diantara hari
Jumaat.
-Diperolehi ketenangan.
IMPAK:
Inovasi ini memberi inisiatif dan kreativiti untuk pelajar mengenali sejarah Gua Ashaabul
Kahfi dengan lebih dekat.Dengan mengenali sejarah Ashaabul Kahfi dapat menyemarakan
semangat dan minat pelajar untuk menghafaz Surah AlKahfi.
4. INOVASI DATARAN SYAM
(DATARAN SENSOR SIRAMAN AIR KE POKOK ROSELLE BERASASKAN BULUH)
PENGENALAN;
Berkonsepkan Dataran SYAM
S-Sunnatullah
Y-Yakin
A-Allah
M-Maha Esa
Dataran atau ruang persinggahan pelajar.Dataran ini menterjemahkan minat dan bakat
dalam pembuatan buluh sekaligus memberi kefahaman yang jelas mengenai SUNNATULLAH
melalui ciptaan dan kekuasaan Allah.
Allah menyarankan agar kamu berusaha dan jangan berasa lemah sepertimana dalam
Firman Allah dalam surah AL Imran ayat 139 yang bermaksud:”Dan janganlah kamu berasa
lemah dan berdukacita padahal kamulah orang yang tertinggi darjatnya jika kamu orang
yang beriman.”
OBJEKTIF:
1.Memahami konsep sunnatullah dalam proses kejadian bumi dan alam.Manusia dan
tumbuhan saling bergantung kepada air dan udara untuk hidup.Manusia memerlukan oksigen
untuk bernafas.Tumbuhan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen yang
terbentuk dari fotosintesis.Selain itu daripada tumbuhan juga iaitu buluh dapaat
menghasilkan perabot seperti kerusi , meja ,rumah dan lain-lain.Ini menunjukkan manusia
dan tumbuhan saling bergantung dalam membina ekosistem kehidupan yang dipanggil
sunnatullah.
2.Mewujudkan rasa kehambaan dan kecintaan kepada Allah yang berkuasa dan Maha Esa.
IMPAK:
Inovasi ini dapat menambah kefahaman dan keimanan pelajar tentang konsep sunnatullah
dengan lebih jelas.Disamping menerapkan ikhtiar kendiri dalam menjalani kehidupan seperti
membina perabot dan pondok berasaskan buluh yang merupakan bahan klastik dan antik
yang perlu diperbaharui dan diperkenalkan semula kepada generasi baru hari ini.
5. INOVASI LAMBAIAN CINTA ALLAH
(SUDUT IBADAH HAJI /REPLIKA KAABAH YANG DI LETAKKAN SENSOR /PETUNJUK
KAABAH)
PENGENALAN:
Ibadah Haji dan Umrah merupakan ibadah wajib kepada umat Islam.Pembelajaran
ibadah Haji dan umrah merupakan sukatan pembelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 KSSM.
Tajuk ini merupakan tajuk yang sukar untuk dipelajari bagi pelajar .Pihak sekolah
mengambil inisiatif menjadikan tajuk ini sebagai inovasi Surau dan mencapai objektif berikut:
OBJEKTIF:
1.Mendalami dan memahami perjalanan ibadah haji dan umrah dengan jelas.
2.Mewujudkan rasa kecintaan kepada Allah dan Rasul.
3.Mengenali dengan lebih dekat rumah Allah atau Kaabah yang menjadi arah kiblat umat
Islam seluruh dunia.
IMPAK:
Usaha ini sedikit sebanyak memberi gambaran jelas kepada pelajar mengenai Kaabah ,hajar
aswad,multazam,hijr Ismail dan lain –lain dengan jelas.
Disamping itu pelajar dapat memahami perjalanan ibadah haji dan umrah dengan baik serta
melaksanakan praktikal dengan sempurna.
6. INOVASI RnR H.A.T.I SMK KUTAN
( Terbitan Khas HIMPUNAN AYAT2 HAFAZAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1-
5,SURAH2 AMALAN DAN AYAT LAZIM)
PENGENALAN:
Berkonsepkan Al-Quran petunjuk kebenaran disamping Ayat hafazan adalah merupakan
salah satu wajaran yang perlu dinilai dalam peperiksaan.Setiap pelajar perlu mendampingi
kalam Allah untuk memperolehi hidayah dan petujuk Allah.Sepertimana dalil dari Allah
Taala:”Segala puji bagi Allah yang menurunkan kepada hambnya Muhammad dan kitab suci
Al-quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bongkok”
Pihak sekolah mengambil Inisiatif untuk menerbitkan buku ayat hafazan ,surah-surah
amalan dan ayat-ayat lazim.Membukukan ,menerbitkan dan menjual RnR H.A.T.I SMK
Kutan kepada guru dan pelajar untuk di infaqkan kedalam Tabung surau.
RnR -Rehat dan Rawat
H-Himpunan
A-Ayat suci
T- Tarbiah
I-Insan
OBJEKTIF:
1.Mengalakkan pelajar untuk sentiasa mendekatkan diri dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
2.Mewujudkan rasa cinta dan sayang dengan kalam Allah.
3.Membantu pelajar menghafaz ayat suci Al-Quran untuk menduduki peperiksaan .
4.Mewujudkan suasana dini di sekolah dan memberi ketenangan kepada pelajar.
5.Mempermudahkan pelajar dan guru sentiasa mendampingi ayat hafazan,surah amalan
dan surah lazim dengan memiliki HATI SEMEKU.
IMPAK:
Usaha murni ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar menjadi insan dan pelajar yang
beroleh kejayaan dan kecemerlangan dunia akhirat dengan sentiasa mendampigi kalam
Allah.sw.t.
7. TAUJIH PDPC
(INFO DAN NOTA RINGKAS YANG BERKAITAN DENGAN PEMBELAJARAN PELAJAR
SETIAP SUBJEK MENGGUNAKAN SIMBOL WARNA DAN KOD )
PENGENALAN:
Sebagai inisiatif menjadikan surau sebagai pusat pengajaran dan pemudahcara.Surau perlu
dilengkapi dengan info dan maklumat-maklumat berkaitan dengan subjek setiap
matapelajaran mengikut klasifikasi menarik.Penampilan bahan bantu mengajar yang unik
dapat menarik minat pelajar untuk membaca setiap info yang disampaikan.
OBJEKTIF:
1. Memupuk minat pelajar untuk membaca info dan maklumat berkaitan .
2. Menjadikan info pdpc sebagai maklumat penting untuk dipelajari.
3. Menjadikan surau medium pusat pembelajaran yang sesuai untuk belajar.
4. Pengisian santai sebelum pelajar melaksanakan solat .
IMPAK;
Inovasi ini membantu pelajar memahami dan mengisi masa luang pelajar disamping
menarik minat pelajar untuk datang mengimarahkan surau.
…………………………..TAMAT………………………………