Taklimat
TAKLIMAT DAN
prasekolah
PENDAFTARAN
PRASEKOLAH SK SUNGAI
RAWANG
TAHUN 2021 2021
Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang
Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan
(KSPK)
Matlamat KSPK:-
Bertujuan memperkembangkan potensi murid empat hingga enam tahun secara
menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti
pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Objektif KSPK:-
Menggunakan Bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid
beragama Islam.
Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
Menyayangi dan menghargai alam sekitar.
Memperkembang kan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri.
Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan
menjaga keselamatan diri.
Mengembangkan daya kreatif dan estika.
Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran
menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
6 Tunjang Utama
Komunikasi
Sains dan Teknologi
Perkembangan Fizikal dan Estetika
Ketrampilan Diri
Kemanusiaan
Kerohanian, Sikap dan Nilai
PENILAIAN
Tiada penilaian bertulis untuk murid prasekolah.
Penilaian dijalankan berdasarkan pemerhatian sepanjang tahun, melalui hasil
kerja kanak-kanak, projek yang dijalankan, sahsiah dan ketrampilan diri,
perkembangan fizikal (motor kasar dan motor halus) dan komunikasi.
PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
Menyediakan alat tulis dengan lengkap setiap hari.
Cadangan: 3 batang pensel, 1 pemadam, 1 batang pembaris dan 1 kotak pensel
warna.
Membimbing anak-anak menyiapkan kerja-kerja sekolah yang dibekalkan.
Membimbing anak-anak membuat latihan prabaca, pratulisan di rumah setiap
hari.( memadai 10-15 minit)
Kurangkan/ kawal penggunaan telefon bimbit kepada anak-anak terutama hari
persekolahan.
Pakaian Murid Prasekolah
Lelaki Perempuan
Seluar panjang biru gelap Seluar panjang biru gelap
Baju tshirt putih berkolar Baju tshirt putih berkolar
Lencana sekolah Tudung putih (bagi yang bertudung)
Stoking putih (kasut putih) Lencana sekolah
Stoking hitam (kasut hitam) Stoking putih (kasut putih)
Stoking hitam (kasut hitam)
Peraturan/ Panduan
Prasekolah
WAKTU PERSEKOLAHAN
Waktu Pembelajaran dan Pengajaran
Isnin hingga Jumaat : 7.30 pagi – 11.30 tengah hari.
* Semua murid wajib menghadiri Perhimpunan Rasmi Sekolah setiap Hari Isnin.
Waktu Makan
Sarapan Pagi : 7.30 pagi Rehat : 10.00 pagi
Waktu Balik
Ibubapa / Penjaga perlu memaklumkan Guru /Pembantu Pengurusan Murid (PPM) orang
yang bertanggungjawab menjemput murid pulang.
*Ibu/bapa / datuk / nenek / jiran dan lain-lain.
PPM akan mengiringi murid ke dan memastikan murid pulang bersama orang yang
dimaklumkan untuk menjemput anak-anak tersebut sehingga jam 12.00 tengah hari.
Ketidakhadiran
Jika murid tidak dapat hadir, sila maklumkan hal tersebut melalui Sijil Sakit atau secara
bertulis dari Ibubapa / Penjaga.
Maklumat Kesihatan
Ibubapa / penjaga perlu memaklumkan perihal kesihatan anak-anak yang mempunyai
penyakit kronik (asma, Lelah, alahan terhadap makanan, sawan, sakit jantung dan lain-lain)
Sila bekalkan pakaian Lebih di dalam beg sekolah di minggu awal persekolahan.(hal-hal
kecemasan)
Hiasan Rambut/Kepala/Tudung
Bagi murid perempuan yang berambut panjang melepasi bahu, rambut PERLU
DIIKAT dengan kemas dengan getah rambut bewarna hitam / putih atau biru gelap.
Murid lelaki perlu sentiasa berambut pendek dan disisir kemas
Pemakaian barang kemas atau perhiasan diri, TIDAK DIBENARKAN.
Murid TIDAK DIBENARKAN memakai sebarang aksesori atau yang berbentuk hiasan
diri seperti gelang, rantai tangan, jam yang warna-warni / berbunyi, gelang kaki, rantai
leher, cincin dan sebagainya.
GAMBAR RAJAH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKI
DAN PEREMPUAN
BAYARAN / SUMBANGAN
Tiada yuran bulanan dikenakan.
Sekiranya ada sebarang pembelian, hal tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat atau
hasil perbincangan dan persetujuan Guru Besar mengikut keperluan aktiviti-aktiviti dari
semasa ke semasa.
Makluman sumbangan akan diberitahu sekiranya aktiviti akan dijalankan mengikut
perancangan/ takwim.
Perancangan Aktiviti Tahunan
2021
Sukan Prasekolah
Lawatan Prasekolah
Aktiviti Main Pasir dan Main Air
Gotong-royong
Sambutan Hari Lahir Prasekolah
Jamuan Hari Raya Prasekolah
Hari Apresiasi dan Kecemerlangan Prasekolah.
Hari Bertemu Pelanggan
Perbincangan / Perkongsian
Pendapat
Penukaran/Pembelian baju sukan prasekolah dan jubah Hari
Apresiasi.(Sumbangan ibu bapa @luar- NGO)
Pembelian tanda nama (kain)
Status murid (OKU atau lain-lain)
SEKIAN,
TERIMA KASIH….