The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-08-13 20:58:51

ANYFLIP NURKASIH PDF

ANYFLIP NURKASIH PDF

PROJEK: NUR KASIH 2.0
“WE LOVE WE CARE’

SMK PAYA RUMPUT

 Latar belakang sekolah


 Sejarah SMK Paya Rumput bermula hasil permintaan penduduk tempatan

yang mahukan satu sekolah menengah di kawasan mereka apabila semakin
banyak taman-taman perumahan dibuka serta pertambahan penduduk di
kawasan mereka. Pada asal pembinaan, sekolah ini dinamakan SMK Bertam
disebabkan bahagian padang kawasan sekolah ini termasuk di dalam Mukim
Bertam. Tetapi atas bantahan penduduk setempat, oleh sebab bahagian
bangunan utama dan pintu hadapan adalah di dalam kawasan Paya Rumput
maka sekolah dinamakan dengan SMK Paya Rumput. Kawasan tapak SMK
Paya Rumput ini adalah seluas 24 ekar manakala keluasan lantai bangunannya

ialah 7910.11 meter persegi (1.96 ekar).


 SMK Paya Rumput mula beroperasi pada tanggal 18 September 2012.
Kumpulan pertama yang dihantar bagi menguruskan untuk persediaan operasi
sekolah adalah tiga orang pentadbir iaitu Pengetua, GPK Pentadbiran dan GPK

HEM. Pengambilan kumpulan pertama murid adalah terdiri daripada murid
tingkatan 1,2 dan 4 seramai 302 orang manakala guru-guru seramai 18 guru
serta 3 orang staf pelaksana. Pelajar-pelajar ini diambil daripada sekolah-
sekolah berhampiran seperti SMK Malim, SMK Tun Haji Abdul Malek dan
SMK Dol Said yang mempunyai alamat rumah berdekatan dengan sekolah.
Pada awalnya, hanya 15 kelas dibuka tetapi sekarang kelas telah menjangkau

kepada 27 kelas dengan bilangan pelajar seramai 883 orang yang terdiri
daripada kaum Melayu , Cina dan India. Sekolah ini merupakan sekolah satu

sesi.

 SMK Paya Rumput kini dikenali sebagai Ikon Disiplin
Negeri Melaka hasil kemenangan Unit Hal Ehwal Murid
selama dua tahun berturut-turut dalam Pertandingan
Amalan Baik Disiplin Peringkat Kebangsaan Anjuran
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pencapaian ini telah
berjaya melonjakkan peratus kehadiran murid di sekolah
ini dan mengatasi pelbagai masalah disiplin dalam
kalangan murid. Hasil pencapaian ini juga telah
menunjukkan kolerasi yang baik dengan pencapaian
akademik melalui peperiksaan SPM. Pada tahun 2017 SMK
Paya Rumput berjaya mencapai lonjakan saujana gred
purata sekolah iaitu 0.69 (5.85 (2016) 5.16 (2017). Atas
kesedaran ini, pihak sekolah amat menitik beratkan
kehadiran murid ke sekolah. Usaha mencapai sasaran KPI
kehadiran 95% pada akhir tahun 2018 perlu diiisi dengan
program yang mantap dan berkesan.

MASALAH

 Isu ketidahadiran ke sekolah tanpa sebab atau dikenali sebagai
ponteng masih lagi merupakan salah satu perkara yang perlu di
atasi di SMK Paya Rumput walaupun jika dilihat dari segi
peratus kehadiran isu ini hanya melibatkan 6% daripada
enrolmen keseluruhan murid. Sebagai langkah mengatasi
masalah ponteng sekolah satu projek yang dinamakan Nur Kasih
iaitu tindakan menggantikan ketidakhadiran ke sekolah dengan
cara perlu menghadiri kelas Nur Kasih mengikut tempoh masa
yang ditetapkan selama satu jam setelah tamat waktu
persekolahan. Tindakan ini memfokuskan kepada peningkatan
kehadiran murid ke sekolah dengan tujuan untuk memberikan
kesedaran kepada murid-murid yang tidak hadir ke sekolah agar
berubah sikap suka datang ke sekolah dan tidak lagi ponteng
sekolah. Namun begitu, didapati projek ini kurang berjaya.
Berdasarkan analisis yang dilaksanakan (rujuk Lampiran A
gambar rajah Tulang Ikan Ishikawa didapati projek Nur Kasih
yang telah sedia ada dilaksanakan kurang berkesan dalam
mengatasi masalah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.terdapat
kelemahan yang ketara dalam pelaksanaan projek Nur Kasih
sedia ada perlu dikaji semula dan dijenamakan semula agar
keberkesannya dapat mencapai objektif yang disasarkan.

PUNCA

 Berdasarkan analisis yang dilakukan didapati beberapa faktor
telah menyumbang kepada kurang berkesannya pelaksanaan
projek Nur Kasih. Antaranya didapati murid-murid yang terlibat
dengan projek Nur Kasih tidak hadir dan mengikut murid lain
balik seperti biasa. Puncanya kerana jawatankuasa sedia ada
terlalu kecil dan kurang kerjasama guru-guru kerana tidak
dilibatkan secara langsung. Faktor ibu bapa yang tidak
mmengambil berat akan kepentingan hadir sekolah juga
menjadi punca murid tidak hadir ke sekolah. Pengisian program
Nur Kasih sedia ada dengan menggunakan modul yang sama
setiap hari turut menyebabkan projek kurang berkesan. Di
tambah lagi dengan sikap murid yang masih memerlukan
kawalan untuk hadir ke kelas Nur Kasih. Pelaksanaan dan
perekodan individu secara atas talian yang memudahkan guru
merekod kehadiran murid masih belum dilaksanakan. Atas
kesedaran tersebut projek Nur Kasih dijenamakan semula
dengan nama Nur Kasih 2.0 “We Love We Care”.

MATLAMAT

 Matlamat utama projek Nur Kasih 2.0 We Love We
Care adalah untuk meningkatkan peratus kehadiran
murid ke sekolah melebihi 95%. Tujuannya agar murid
dapat memberikan penumpuan kepada pembangunan
kecemerlangan diri bagi memenuhi kemenjadian
enam aspirasi murid sepertimana yang digariskan di
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025).

OBJEKTIF

 4.2.1 mengurangkan peratus ponteng sekolah tidak
melebihi 5%.

 4.2.2 meningkatkan pembangunan kecemerlangan
diri dalam bidang

 kokurikulum, sahsiah dan kokurikulum

 4.2.3 meningkatkan catatan amalan baik murid
dengan pembudayaan SSDM 100% dalam pengurusan
kehadiran ke sekolah.

STRATEGI PELAKSAAN

 Projek dilaksanakan dengan menggunakan kerjasama
dengan ibu bapa dengan menjadikan PIBG sebagai
perantara yang paling penting antara pihak sekolah
dengan ibu bapa. Konsep penyayang diaplikasikan
melalui Amalan Guru Penyayang kepada murid-murid
yang bermasalah ponteng sekolah agar persepsi
murid-murid ini terhadap projek Nur Kasih 2.0 We
Love We Care. Penggunaan elemen teknologi
merentas bidang perekodan agar data dapat dianalisis
dalam kadar segera dan tepat.

JADUAL AKTIVITI Masa Tarikh Tarikh Akhir
(Minggu) Mula
Bil Aktiviti
Projek Nur Kasih 2.0 9M 30 Julai 2018 21 Sept 2018
Tema We Love We Care

1

Arahan pentadbiran kepada guru- 1 hari 31 Julai 2018 31 Julai 2018
2 guru disiplin dan kaunselor

Pentadbiran soal selidik 1 hari 02 Ogos 2018 02 Ogos 2018
3

Kajian dapatan soal selidik 1 hari 02 Ogos 2018 02 Ogos 2018
4 1 hari 03 Ogos 2018 03 Ogos 2018
5

Taklimat kepada guru-guru dan
AKP

Perjumpaan dan taklimat kepada 1 hari 06 Ogos 2018 06 Ogos 2018
6 pengawas-pengawas bertugas

Mengadakan taklimat kepada murid 1 hari 06 Ogos 2018 06 Ogos 2018
7 terlibat

Taklimat kepada ibu bapa murid 1 hari 06 Ogos 2018 06 Ogos 2018
8 terlibat dengan AJK PIBG
9 24 hari 07 Ogos 2018 20 Sept 2018
2 hari 03 Sept 2018 04 Sept 2018
Pelaksanaan Projek Nur Kasih 2.0 1 hari 20 Sept 2018 20 Sept 2018
10
9 hari 21 Sept 2018 28 Sept 2018
Pemantauan pelaksanaan aktiviti
Pentadbiran soal selidik ke-2
kepada pengawas-pengawas dan
11 guru-guru dan murid terlibat
12
Analisis dapatan

Majlis Anugerah 1 hari 24 Sept 2018 24 Sept 2018
13

Carta Gantt Projek Nur Kasih 2.0 We Love We Care

Bil Julai Ogos September Oktober November
1
Minggu 12341234123412341234
Projek Nur Kasih 2.0

Tema We Love We Care

Arahan pentadbiran kepada

guru-guru disiplin dan
2 kaunselor

3 Pentadbiran soal selidik
4
5 Kajian dapatan soal selidik
6
Taklimat kepada guru-guru
7 dan AKP
Perjumpaan dan taklimat
8 kepada pengawas-pengawas
9 bertugas
10
Mengadakan taklimat kepada
11 murid terlibat
11
12 Taklimat kepada ibu bapa
murid terlibat dengan AJK
PIBG

Pelaksanaan Projek Nur
Kasih 2.0
Pemantauan pelaksanaan
aktiviti
Pentadbiran soal selidik ke-2
kepada murid-murid terlibat
dan guru-guru

Analisis dapatan
Majlis Anugerah

PELAN KONTIGENSI

 Bagi mengatasi masalah utama dalam pelaksanaan
projek ini kekurangan jumlah guru yang bertugas
dalam projek Nur Kasih 2.0 We Love We Care khidmat
pengawas yang terdiri daripada pengawas sekolah,
pengawas PSS, PRS dan juga anggota kumpulan
sokongan akan digunakan dalam tujuan memastikan
murid yang akan mengikuti projek Nur Kasih 2.0 We
Love We Care berjalan dengan lancar.


Click to View FlipBook Version