The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN KULAI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noey Nurul, 2021-12-09 08:55:56

BUKU PERSIDANGAN WANITA UMNO KULAI 2021

MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN KULAI

USUL WANITA UMNO BAHAGIAN KULAI

MENYEDARI hakikat, realiti, lanskap dan perkembangan terbaharu pada Pilihan
Raya Negeri Melaka yang lalu, majoriti calon wanita berjaya menyumbang dan
memberi impak signifikan kepada kemenangan besar Barisan Nasional. Ini
menunjukkan bahawa, rakyat hari ini, lebih bersifat dinamik dan matang dalam
memilih pemimpin, sepatutnya, sebagai sayap parti yang rapat dengan rakyat, maka
wajarlah calon wanita lebih diiktiraf, diangkat martabatnya untuk diketengahkan.

MENGULANGI kebimbangan sebelum ini, bahawasanya wakil wanita di Parlimen
masih sedikit jumlahnya berbanding dengan angka populasi keseluruhan wanita di
negara ini. Perkara ini perlu diperbaiki dan ditambahbaik serta diperkasakan, supaya
agenda memperteguh sektor ekonomi, sosial dan budaya di bawah payung Keluarga
Malaysia, khususnya melibatkan golongan wanita di negara ini, dapat dilaksanakan
dengan sebaiknya serta seberjaya mungkin.
Saudara dan Saudari Sekalian,

MAKA, Wanita UMNO Bahagian Kulai yang bersidang pada hari ini 11 Disember
2021 mengambil ketetapan seperti berikut :

MENCADANGKAN usul supaya lebih ramai calon wanita dipilih untuk mewakili parti,
pada Pilihan Raya Umum, khususnya dalam PRU Ke-15 yang akan datang. Hal ini
supaya, usaha untuk menyumbang kepada penglibatan 30 peratus kuota wanita di
dalam membuat dasar dan penggubalan undang-undang serta terlibat secara
strategik, aktif dan langsung dalam pembangunan negara akan dapat dicapai.

101

USUL WANITA UMNO BAHAGIAN KULAI

MEMASTIKAN Dasar Wanita Negara 2009 yang memperjuangkan 30 peratus
Penglibatan Wanita di pelbagai Peringkat Pembuat Dasar dan Keputusan (politik,
kepimpinan dan lembaga pengarah) diimplementasikan secara penuh serius dan
bersepadu.

MEMPERCAYAI bahawa usul ini akan dapat menyumbang kepada pembangunan
negara selari dengan aspirasi kestabilan yang didokong oleh parti ketika ini, apabila
lebih ramai wanita dilibatkan di dalam membuat keputusan strategik demi
kepentingan dan kemakmuran negara.

Tuntasnya, bagai dimadah oleh pujangga bestari,

Wanita itu diciptakan unik, istimewa, molek maruah,
Tetap tegar setia sesekali takkan menyerah,
Teguh sabar pendirian meski ingin mengeluh,
Kukuh kuat meski kadangkala hampir terjatuh,
Tetap bangkit, tak pernah mengalah cekal hatinya,
Dan.. teguh berpadu setia sampai pada akhirnya.

Lantas demikian, maka kami Wanita UMNO Bahagian Kulai sesungguhnya dengan
ini pada tarikh 11 Disember 2021, mencadangkan usul tersebut.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

102

USUL WANITA UMNO CAWANGAN KULAI BESAR

KEPENTINGAN REVOLUSI INDUSTRI DALAM MENINGKATKAN
MUTU HASIL INDUSTRI
(MASYARAKAT TEMPATAN DAN ORANG ASLI)

MENYEDARI bahawa Iedakan Revolusi Industri 4.0 boleh dimanfaatkan dalam
meningkatkan keuntungan dalam penghasilan produk industri kecil kecilan masyarakat
tempatan dan Orang Asli. Sehubungan ini, industri kecil kecilan hampir
keseluruhannya menggunakan tenaga manusia. Bagaimanapun dicadangakan untuk
aspek tertentu agar mesin digunakan dalam penghasilan produk kerajinan tangan.
Contohnya Orang Asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi, Kota Tinggi menjadikan
penghasilan bakul anyaman sebagai sebahagian sumber rezeki. Proses dari mula
mencari rotan sehingga menganyam dilakukan dengan tangan. Bagaimana pun
membengkok rotan contohnya boleh dilakukan menggunakan mesin. Selain itu industri
penghasilan makanan juga perlu berbantu mesin agar lebih banyak dan lebih cepat
produk dapat dikeluarkan.

MENCADANGKAN agar pihak yang berkenaan:
1. Diberikan bantuan mesin yang bersesuaian
2. Dilakukan kajian dalam mencipta mesin yang bersesuaian untuk diberikan kepada

mereka
3. Mengenal potensi penghasilan produk makanan yang lebih kreatif, contoh dari

kerepek menjadi bentuk makanan ringan yang lain
4. Memberi Kursus.
Dengan cara ini industri kreatif akan lebih berkembang

103

USUL WANITA UMNO CAWANGAN KULAI BESAR

TULISAN JAWI WAJAR DIPROMOSIKAN SEBAGAI TULISAN
PERPADUAN DAN KOMERSIL

MENYEDARI bahawa tulisan jawi merupakan tulisan tradisi yang menjadi medium
untuk penulisan pelbagai karya intelektual masyarakat Melayu. Kitab kitab, buku
ilmiah, karya sastera telah ditulis dalam tulisan jawi. Di Johor tulisan jawi merupakan
tulisan rasmi istana dan tulisan rasmi pentadbiran.

Pada hari ini tulisan jawi yang indah itu kurang diberi perhatian malah ramai generasi
muda yang tidak tahu menulis. Malah tulisan jawi kerap disalah anggap sebagai
tulisan agama, seakan akan hanya orang Islam yang perlu belajar tulisan ini.

MENCADANGKAN agar tulisan jawi dipelajari oleh dipertingkatkan penghayatannya
oleh seluruh rakyat Johor dengan beberapa mekanisme:
1. Kegiatan WI
2. Kursus kursus pendek
3. Kursus penulisan khat
4. Promosi industri kreatif

Mudah mudahan dengan cara ini tulisan jawi terus gemilang.

104

‫ﺗرﯾﻣﺎ ﻛﺎﺳﯾﮫ‬

‫‪105‬‬

106


Click to View FlipBook Version