BULETIN 12 Enhancing TVET Personnel Professional Skills and Instructional Competencies For Quality Education 07 Lawatan Penanda Aras Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta Politeknik Ungku Omar 39 Program Peningkatan Kemahiran 03 Pengaturcaraan Robotik di UTHM ppba.uthm.edu.my EDISI JULAI - DISEMBER 2023 PUSAT PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN APEL IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL 29 MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PROGRAM PEMBELAJARAN BERTERUSAN TAHUN 2022
SIDANG REDAKSI PENAUNG Prof. Madya Ts. Dr. Musli bin Mohammad PENASIHAT Dr. Noor Zuraidin bin Mohd. Safar PENYELARAS KANDUNGAN En. Mohd Azam bin Jainal Prof. Madya Ir. Dr. Saliza Azlina binti Osman Dr. Muhamad Hanif bin Jofri Ts. Ida Aryanie binti Bahrudin EDITOR Pn. Norhazirah binti Kemin Pn. Siti Hajar binti Md. Hair (Khir) Pn. Nurul Ain bin Juhari Pn. Noraizah binti Wahab GRAFIK Pn. Nurulhidayah binti Basari Cik Nur Amirah Sofi binti Abd Jalil FOTOGRAFI En. Muhammad Rashid Amran bin Zainudin SIDANG REDAKSI En. Mohamad Firdaus bin Zaini Pn. Elli binti Jamaluddin
ISI KANDUNGAN Lawatan Penanda Aras APEL Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Taklmat Portfolio kepada Calon Permohonan APEL.C Bengkel Penyediaan Dokumen Permohonan dan Pelaksanaan Penilaian Awal Pusat Penilaian APEL (PPA) Tahap 5, 7 (Penyelidikan) & 8 MQF Setara APEL.M Pameran Korporat UTHM Sempena Karnival Gunung Ledang anjuran Perbadanan Taman Negeri Johor Enhancing TVET Personnel Professional Skills and Instructional Competencies for Quality Education” di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) Pendaftaran Pelajar Baharu Program Profesional Penerbangan Bengkel Latihan Panel Penilaiain APEL.C Mesyuarat Pemilihan Anugerah Pembelajaran Berterusan Sesi Temuduga Bersama Calon APEL.A Tahap 7 ( Sarjana) PRA Mesyuarat Kertas Kerja Cadangan Yayasan Peneraju Bengkel Pembangunan Instrument Panel Penilaian APEL.C Lawatan Penanda Aras International Islamic College (IIC) ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Sesi Temuduga Bersama Calon APEL.A Tahap 7 (Sarjana) Lawatan kerjasama UTHM dan Penjara Kluang Lawatan dan Perbincangan diantara PPBA UTHM dan MQA berkaitan APEL Perbincangan Cadangan Pelaksanaan Kursus UTHM di bawah Program Pembiayaan Pendidikan Yayasan Peneraju. APEL.A-T7 Portfolio Development Workshop Sesi Temuduga bersama Calon APEL.A Tahap 7 (Sarjana) untuk Kemasukan Oktober 2023 Mesyuarat Kerjasama APEL antara University College Bestari (UCB) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Sesi Ujian Aptitud Penilaian APEL.A Sesi Temuduga Calon APEL.A Tahap 7 (Sarjana) bagi Kemasukan Oktober 2023 Bengkel Penyediaan Kertas Kerja bagi Permohonan Tajaan Pelaksanaan Kursus di bawah Peruntukan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Majlis Penyampaian Anugerah Program Pembelajaran Berterusan tahun 2022 Perbincangan berkaitan Majlis Konvokesyen Program Eksekutif 2023 Sesi Temuduga bersama Calon APEL.A Tahap 7 untuk Kemasukan Oktober 2023 Workshop on APEL.Q (Qualifications): Towards Becoming an APEL.Q Centre Sesi Ujian Aptitud Penilaian APEL.A Penerima Anugerah Sempena Majlis Bitara Kirana 2023 Lawatan penanda aras berkaitan Sistem ePSH Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) Penyerahan Cenderahati dan Sijil Peserta MTCP 2023 Ke Kementerian Luar Negeri (KLN) Sesi Temuduga Bersama Calon APEL.A Tahap 7 Untuk Kemasukan Oktober Mesyuarat berkaitan Pelaksanaan Kerjasama APEL antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan University College Bestari (UCB) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
ISI KANDUNGAN Sesi Temuduga bersama Calon APEL.A Kem Kepimpinan (SLB) Leadership Camp: Serve with Valour, Led with Intrepidity. Perbincangan berkaitan Potensi Kerjasama CIBD Holdings dan UTHM. Mesyuarat Pelarasan APEL.C Bersama staf Akademik dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Kursus Pengurusan Projek serta Penyediaan Spesifikasi dan Bill of Quantity (BQ) Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembelajaran Sepanjang Hayat Bil. 1 Tahun 2023. Mesyuarat Perbincangan Awal Pelaksanaan APEL.Q Bersama Fakulti Pendidkan Teknikal & Vokasional (FPTV) Bengkel Pengkomersilan Program Pembelajaran Berterusan serta Pembangunan Dasar dan Garis Panduan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Lawatan Penanda Aras APEL dari UMP Advanced ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kertas Cadangan bagi penganjuran kursus Latihan di bawah kerangka Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) Tahun 2024. Sesi Ujian Aptitud Penilaian APEL.A Pendaftaran Pelajar Baharu dan taklimat Program Imam Profesional TM (PEIP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kohort 5 Sesi 2023/2024 Sesi Temuduga Bersama Calon APEL.A Tahap 7 (Sarjana) Pendaftaran Pelajar Baharu Program Profesional Penerbangan Pelaksanaan Program Pentauliahan Profesional dalam Perkhidmatan Makanan Halal dan Barista Perbincangan Pelaksanaan APEL.C Di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) Sesi Pemantauan Kualiti Bagi Kursus Building Information Modelling-Autodesk Revit (BIM-AR) Program Hari Terbuka APEL bersasar (Tahfiz) di UniPSAS, Kuantan Mesyuarat Berkaitan Majlis Konvokesyen Program Eksekutif Urusan Kad Matrik Pelajar Baharu Program Pentauliahan Profesional dalam Perkhidmatan Makanan Halal dan Barista Bengkel Pengkomersilan dan Kadar Bayaran Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Ujian Aptitud Penilaian APEL.A Program Peningkatan Kemahiran Pengaturcaraan Robotik di UTHM Program Kolaborasi dan Kepimpinan murid di sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram, Batu Pahat Perbincangan Bersama FTK Berkaitan Program Eksekutif Pensijilan Kerjasama Industri dan Program Pensijilan Profesional Pelajar Pelaksanaan Program Pentauliahan Profesional dalam Pengajar Praktikal Penyenggaraan Pesawat Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengkomersilan dan Kadar Bayaran Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Lantikan Ketua Jabatan ODL Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL Mesyuarat Pengurusan Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL Bil.3/2023 Sesi Temuduga Penilaian APEL.C (Pengajaran Mikro Dalam PTV) - Muhamed Redzuan Bin Mat Yusoof Sesi Temuduga Penilaian Apel.C (Pengajaran Mikro Dalam PTV) - Mohd Kamal Bin Musa Bengkel Latihan Panel Penilai APEL.A Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33
ISI KANDUNGAN Perbincangan Bersama FTK Berkaitan Kerjasama Program Pensijilan Program Eksekutif Sesi Temuduga Penilaian APEL.C (Pengajaran Mikro Dalam PTV) - Muhammad Amirul Bin Razali Pelaksanaan Program Pentauliahan Profesional Dalam Sistem Bangunan Berindustri (IBS) Perbincangan Pelaksanaan Penilaian APEL.Q Bersama Calon - Ybhg. Tan Sri Dato' Soh Thian Lai Bengkel Semakan Program FPTV Bersama Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL Ujian Aptitud Penilaian APEL.A Pelaksanaan Program Pentauliahan Profesional dalam Teknologi Dron Pertanian Kunjungan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Mesyuarat Penyelarasan APEL Agensi Kelayakan Malaysia (Mqa) Bersama Pusat Penilaian APEL (PPA) Majlis Konvokesyen Program Eksekutif UTHM 2023 Pelaksanaan Program Pentauliahan Profesional dalam Mekatronik Lawatan Penanda Aras Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Serta Politeknik Ungku Omar Perbincangan Pelaksanaan Pensijilan Profesional Pelajar Menerusi Kerjasama Industri Sesi Temuduga Bersama Calon APEL.A Tahap 7 (Sarjana) 34 35 36 37 38 39 40
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA 1 LAWATAN PENANDA ARAS APEL UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) KE UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 6 Julai 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusandan APEL (PPBA), UTHM berbesarhati menerimakunjungan dariUniversiti Tenaga Nasional (UNITEN) dalamsesi LawatanPenanda Aras. Seramai 6 orang delegasiterlibat dalam lawatan ini yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rosmiza Mokhtar; Dekan Kolej PendidikanBerterusan, UNITEN. Prof.Madya Ts. Dr. Musli; Pengarah PPBA telah menyambut baik kehadiran delegasidiringi oleh Dr. Muhamad Hanif; Ketua Jabatan APEL.C. Turut bersama menyerikan sambutan Ts. Ida Aryanie; Ketua Jabatan APEL.A. Sepanjang sesi lawatan berlangsung telah banyak pengalaman dan pengetahuan dikongsikan demi memastikan pengurusan APEL yang lebih baik pada masa hadapan. TAKLIMAT PORTFOLIO KEPADA CALON APEL.C 7 Julai 2023 - Satu taklimat telah dipengerusikan oleh Dr. Muhamad Hanif bin Jofri iaitu selaku Ketua Jabatan APEL.C memberi penerangan berkaitan penyediaan Portfolio permohonan APEL.C yang dilakukan secara dalam talian.
2 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 10 Julai 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM menyantuni jemputan oleh Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM untuk bersama-sama mempromosikan Program Akademik yang ditawarkan. Ianya merangkumi syarat-syarat kemasukan, kemudahan, fasiliti serta produk-produk kebajikan di samping mempromosikan jenama UTHM di Karnival Gunung Ledang tersebut. PPBA UTHM khususnyatelah mempromosikan penilaian APEL dengan menyampaikan penerangan, berkongsi informasi dan memberi pencerahan berkaitan APEL kepada pengunjung yang berminat. Karnival initelah disempurnakan oleh YB. Raven Kumar Krishnasamy; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor; Datuk Onn Hafiz Ghazi. BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN PERMOHONAN DAN PELAKSANAAN PENILAIAN AWAL PUSAT PENILAIAN APEL (PPA) TAHAP 5, 7 (PENYELIDIKAN) & 8 MQF SETARA APEL.M 8 Julai 2023 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pembelajaran Berterusan Dan APEL (PPBA) telah menghadiri Bengkel Penilaian Awal Pusat Penilaian APEL (PPA) bertempat di Concorde Hotel Shah Alam pada 8 Julai 2023 (Sabtu) jam 9.00 pagi - 5.00 petang. Mewakili pihak PPBA Dr. Noor Zuraidin Bin Mohd. Safar; Timbalan Pengarah PPBA dan juga Ts. Ida Aryanie Binti Baharuddin; Ketua Jabatan APEL.A telah hadir kebengkel tersebut. Bengkel yang diadakan inibertujuan untuk memberi penerangan kepada semua PPA berkaitan proses permohonan Peringkat Diploma Lanjutan (Tahap 5, MQF), Sarjana (Secara Penyelidikan) (Tahap 7, MQF) & Kedoktoran (Secara Kerja Kursus, Mod Campuran dan Penyelidikan) (Tahap 8, MQF) serta APEL.M. Taklimat penilaian awal PPA initelah disampaikan oleh Prof. Dr. Andy Liew Teik Kooi; Pengerusi Panel Guidline to Good Practices (GGP) bagi APEL.A dan juga APEL.M. PAMERAN KORPORAT UTHM SEMPENA KARNIVAL GUNUNG LEDANG ANJURAN PERBADANAN TAMAN NEGERI JOHOR
3 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PROFESIONAL PENERBANGAN ENHANCING TVET PERSONNEL PROFESSIONAL SKILLS AND INSTRUCTIONAL COMPETENCIES FOR QUALITY EDUCATION 10 - 14 Julai 2023 - Seramai 16 orang peserta terdiri dari 11 buah negara iaitu Pakistan, Algeria, Malawi, Ecuador, Eswatini (Swaziland), Bosnia and Herzegovina, Morocco, Turkmenistan, Indonesia, Brunei dan Botswana telah hadir di Majlis Perasmian Kursus “Enhancing TVET Personnel Professional Skills and Instructional Competencies for Quality Education”. Kursus ini berlangsung selama 5 hari bermula 10 hingga 14 Julai 2023. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Azme bin Khamis; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Semasa sesi penutup, Profesor Madya Ts. Dr. Musli bin Mohammad; Pengarah PPBA UTHM telah menyampaikan ucapan penutup kepada para peserta dan jurulatih. Pada sesi penutup, wakil rasmi Kementerian Luar Negeri (MOFA) Malaysia; Encik Mustaffa Khair bin Johari turut hadir memberi ucapan. Selain dari barisan ahli jawatankuasa pelaksana, turut hadir menjayakan majlis ini adalah barisan tenaga pengajar dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Kursus ini merupakan salah satu program anjuran Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM dan dilaksanakan di bawah peruntukan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM), Kementerian Luar Negeri Malaysia (KLN). Kursus secara dalam talian ini dilaksanakan dengan mengaplikasikan aktiviti secara interaktif, perbincangan dalam kumpulan, projek kumpulan dan pembentangan. 11 Julai 2023 - Seramai 7 orang pelajar baharu telah mendaftar Program Profesional Penerbangan UTHM bagi ambilan kali ini. Sesi pendaftaran pelajar baharu bagi kohort 11/2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Julai 2023 (Selasa) bertempat di Asia Aeronautical Training Academy (AATA), Senai, Johor. Sesi taklimat pelaksanaan program telah disampaikan oleh Ts. Dr. Nur Kamilah binti Yusuf selaku penyelaras dan mewakili pemilik program iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP). Pengendalian sesi pembelajaran sepanjang 18 bulan dikendalikan oleh pihak Asia Aeronautical Training Academy (AATA) manakala keseluruhan program diselaraskan oleh Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM. Program ini bakal melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas dalam ilmu penerbangan untuk menjadi juruterbang profesional yang cekap dan komited di masa hadapan.
4 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BENGKEL LATIHAN PANEL PENILAIAN APEL.C 13 Julai 2023 - Bengkel Latihan untuk penilaian APEL.C telah berlangsung pada 13 Julai 2023 (Khamis). Bengkel ini telah dihadiri oleh staf dari Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV) UTHM. Sesi taklimat berkaitan Latihan Panel penilaian APEL.C ini telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Hanif bin Jofri; Ketua Jabatan APEL.C. Objektif bengkel ini untuk meningkatkan kefahaman peserta berhubung pelaksanaan dan proses penilaian APEL di UTHM selari dengan halatuju pelaksanaan APEL.C secara keseluruhannya. MESYUARAT PEMILIHAN ANUGERAH PEMBELAJARAN BERTERUSAN 17 Julai 2023 - Telah berlangsungya mesyuarat Jawatankuasa Anugerah Pembelajaran Berterusan bertempat di bilik perbincangan Eksekutif, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA). Seramai 6 orang ahli telah menghadiri bagi mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini dilaksanakan bagi membincangkan senarai pemilihan penerima anugerah Pusat Tanggungjawab (PTj) bagi tahun 2022. Perbincangan ini meliputi 3 anugerah bagi setiap penerima. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Azme bin Khamis; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Turut hadir Prof. Madya Ts. Dr. Musli; Pengarah PPBA dan Prof. Madya Ir. Dr. Saliza Azlina binti Osman; Ketua Jabatan Pembelajaran Berterusan dan Kerjasama (JPBK) PPBA serta ahli senat.
5 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA SESI TEMUDUGA BERSAMA CALON APEL.A TAHAP 7 (SARJANA) 23 Julai 2023 - Sesi temuduga bagi calon APEL.A Tahap 7 (Sarjana) ini dijalankan secara dalam talian pada 23 Julai 2023 (Ahad). Panel penilai yang menilai adalah dikalangan panel penilai APEL.A yang telah menjalani latihan dan dilantik berdasarkan bidang calon. Sesi ini diadakan bagi menilai calon mengikut panduan dan syarat yang ditetapkan MQA. Di antara panel PPBA yang terlibat adalah Dr. Muhamad Hanif bin Jofri, Ketua Jabatan APEL.C. PRA MESYUARAT KERTAS KERJA CADANGAN YAYASAN PENERAJU 23 Julai 2023 - Pra mesyuarat kertas kerja cadangan Yayasan Peneraju telah diadakan pada 23 Julai 2023 (Ahad) pukul 10:00 pagi secara dalam talian (Microsoft Teams). Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM menyelaras pra mesyuarat ini bagi membincangkan secara lebih mendalam di peringkat UTHM terlebih dahulu sebelum ianya dibentangkan dalam mesyuarat bersama Yayasan Peneraju yang telah ditetapkan pada 3 Ogos 2023 (Khamis) pukul 10:00 pagi. Perbincangan awal ini diatur bersama fakulti yang telah menghantar kertas kerja untuk mendapatkan penajaan dari Yayasan Peneraju. Mesyuarat ini melibatkan sesi pembentangan ringkas berkaitan isi kandungan kertas kerja pelaksanaan kursus yang dicadangkan oleh Dr. Nickholas Anting Anak Guntor; Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB) dan Prof. Madya Dr. Hamizah bte Mohd Safuan; Fakulti Sains Gunaan Dan Teknologi (FAST). Hadir sama memberi sokongan dalam mesyuarat ini dari pasukan pencadang FKAAB dan FAST. Perbincangan dan pembentangan awal ini dilakukan selari dengan kriteria penting yang telah ditetapkan oleh pihak penaja menepati sasaran peserta dan hasil pembelajaran termasuk penempatan pekerjaan dan peningkatan gaji. Menerusi hasil mesyuarat ini, terdapat beberapa input penting perlu dimasukkan dan dikemaskini dalam slide pembentangan kertas kerja yang akan dibentangkan dalam mesyuarat bersama pihak Yayasan Peneraju.
6 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BENGKEL PEMBANGUNAN INSTRUMENT PANEL PENILAIAN APEL.C 25 Julai 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Instrument Panel PenilaianAPEL.C bertempat di Bilik Seminar, Aras Bawah, Blok B3 pada 25 Julai 2023 (Selasa) bermula jam 9.00 pagi – 5.00 petang. Bengkel ini telah dihadiri oleh staf dari Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV) UTHM. Sesi taklimatberkaitan pembangunan instrument penilaian APEL.C ini telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Hanif bin Jofri; KetuaJabatan APEL.C. Objektif bengkel ini untuk meningkatkan kefahaman peserta berhubung pelaksanaan dan proses penilaian APEL di UTHM selari dengan halatuju pelaksanaan APEL.C secara keseluruhannya. LAWATAN PENANDA ARAS INTERNATIONAL ISLAMIC COLLLEGE (ICC) KE UTHM 25 Julai 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA), UTHM berbesar hati menerima Lawatan Penanda Aras dariInternational Islamic College (IIC). Lawatan ini melibatkan kehadiran seramai 5 orang delegasi yang diketuai oleh Puan Wan Zainira Wan Bakar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik). Delegasi telah disambut mesra oleh Prof. Madya Ts. Dr. Musli Pengarah PPBA diringi Dr. Muhamad Hanif Ketua Jabatan APEL.C. Turut bersama Ts. Ida AryanieKetua Jabatan APEL.A. Sepanjang sesi lawatan ini banyak perkongsian pengalaman dan pengetahuan demi pengurusanAPEL yang lebih baik pada masa akan datang.
7 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA LAWATAN KERJASAMA UTHM DAN PENJARA KLUANG 1 Ogos 2023 - Kunjungan hasrat jalinan kerjasama UTHM ke Penjara Kluang dalam sesi lawatan kerjasama UTHM dan Penjara Kluang telah berlangsung pada 1 Ogos 2023 (Selasa) pukul 9:00 pagi hingga 1:00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Tanjung, Penjara Kluang. Menyantuni lawatan kerjasama ini, pihak Penjara Kluang iaitu TKomisionerP Rosman bin Norman@Normin, TPenguasaP Asmanizamrin bin mohd aman dan Ketua unit pendidikan; En. Mohd Hairul bin Kadir dalam ucapannya menyambut baik kehadiran delegasi UTHM dan telah berbesar hati menerima kunjungan delegasi UTHM untuk merealisasikan hasrat tersebut. Dr. Mohd Hafizal bin Hanipah (Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat) selaku ketua delegasi UTHM hadir bersama pasukannya En. Raden Mohd Farhan Helmy bin Raden Ismail. Hadir sama dalam lawatan kerjasama ini mewakili PTj UTHM iaitu Dr. Mohd Azuan bin Zakaria (Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina), Prof. Madya Dr. Afandi bin Ahmad (Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik), Dr. Siti Hajar binti Zakariah (Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional), Ts. Dr. Wan Amizah binti Wan Jusoh, Ir. Ts. Mohamad Hairi bin Osman dan En. Syed Mohd Fareed bin Syed Zin (Fakulti Teknologi Kejuruteraan), En. Mohamad Firdaus bin Zaini (Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL) dan Dr. Nur Zainatul Nadra Binti Zainol (Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah). Sesi lawatan ini bertujuan untuk meninjau peluang kerjasama yang boleh memberikan impak positif kepada kedua-dua pihak di masa hadapan terutama dalam jalinan usahasama akademik. SESI TEMUDUGA BERSAMA CALON APEL.A TAHAP 7 (SARJANA) 31 Julai 2023 - Sesi temuduga bagi calon APEL.A Tahap 7 ini dijalankan secara dalam talian pada 31 Julai 2023 (Isnin). Panel penilai yang menilai adalah dikalangan panel penilai APEL.A yang telah menjalani latihan dan dilantik berdasarkan bidang calon. Sesi ini diadakan bagi menilai calon mengikut panduan dan syarat yang ditetapkan MQA. Di antara panel PPBA yang terlibat adalah Pn. Ts. Ida Aryanie binti Bahrudin, Ketua Jabatan APEL.A.
8 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT LAWATAN PERBINCANGAN DI ANTARA PPBA UTHM DAN MQA BERKAITAN APEL 2 Ogos 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM telah mengadakan perjumpaan bersama Malaysian Qualifications Agency (MQA) bagi membincangkan pelaksanaan APEL.A Sarjana (Kajian Sepenuh Masa) dan PhD serta persediaan permohonan akreditasi APEL.Q. Delegasi PPBA telah diketuai oleh Dr. Noor ZuraidinMohd Safar dan bersama beliau ialah ketua-ketua jabatan di PPBA iaitu Dr Muhamad Hanif Jofri dan Ts. Ida Aryanie Bahrudin serta dua orang kakitangan PPBA. Ketua Pegawai Eksekutif MQA iaitu Dato' Profesor Dr.Mohammad Shatar bin Sabran berkesempatan meluangkan masa bersama delegasi PPBA dan beliaumenyokong penuh hasrat UTHM didalam melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat. Lawatan ini bertujuanuntuk menyelaraskan pandangan dan peraturan mengenai penilaian dan pengiktirafan kelayakan bagiprogram-program tersebut. Dalam perjumpaan bersama MQA, kedua-dua pihak telah membincangkan aspekpenting berkaitan APEL.A. Isu-isu seperti proses penilaian, pengiktirafan modul teras, dan penentuan kredittelah diberi perhatian. Kerjasama ini penting untuk memastikan program-program APEL.A Sarjana dan PhD memenuhi piawai yang ditetapkan serta memberi peluang kepada individu yang berminat untuk meneruskanpengajian tanpa mengira latar belakang pendidikan sebelumnya. Lawatan ini telah mengukuhkan hubunganantara UTHM, MQA, dan pihak berkepentingan lain, serta membuka pintu kepada lebih banyak peluangpembelajaran sepanjang hayat dalam pelbagai bidang. PERBINCANGAN CADANGAN PELAKSANAAN KURSUS UTHM DI BAWAH PROGRAM PEMBIAYAAN PENDIDIKAN TAJAAN YAYASAN PENERAJU 28 Mei 2023 - Perbincangan cadangan pelaksanaan kursus UTHM di bawah program pembiayaan pendidikan tajaan Yayasan Peneraju telah diadakan pada 3 Ogos 2023 (Khamis) pukul 10:00 pagi secara dalam talian (Microsoft Teams). Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM berperanan menyelaras cadangan pelaksanaan kursus oleh UTHM bersama pihak Yayasan Peneraju. Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Saliza Azlina binti Osman; Ketua Jabatan Pembelajaran Berterusan dan Kerjasama (JPBK) PPBA UTHM. Sesi pembentangan kertas cadangan kursus pula telah disampaikan oleh Ts. Dr. Nickholas Anting Anak Guntor dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB) dan Prof. Madya Dr. Hamizah bte Mohd Safuan dari Fakulti Sains Gunaan Dan Teknologi (FAST). Selain membentangkan isi kandungan pelaksanaan kursus, penekanan pembentangan ini lebih memfokuskan impak terhadap sasaran peserta yang mengikuti kursus ini. Hasil perbincangan, pihak UTHM bersetuju menghantar kertas cadangan kursus yang telah dikemaskini kepada pihak Yayasan Peneraju sebelum atau pada 17 Ogos 2023 (Khamis) untuk tindakan selanjutnya.
9 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA APEL.A T7 PORTFOLIO DEVELOPMENT WORKSHOP 5 - 6 Ogos 2023 - Bengkel Persediaan dan Bimbingan Portfolio APEL.A Sesi 3, 2023 yang berlangsung selama 2 hari di UTHM Education & Training (UET) dengan kerjasama dan bimbingan daripada pihak Pusat Pembelajaran Berterusan APEL UTHM (PPBA). PPBA telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Dr Noor Zuraidin Mohd Safar, Ketua-ketua Jabatan PPBA, Dr Muhamad Hanif Jofri dan Puan Ida Aryanie Bahrudin. SESI TEMUDUGA BERSAMA CALON APEL.A TAHAP 7 (SARJANA) UNTUK KEMASUKAN OKTOBER 2023 6 Ogos 2023 - Seramai 5 orang calon APEL.A Tahap 7 (Sarjana) terlibat dalam sesi temuduga yang diadakan secara dalam talian pada 6 Ogos 2023 (Ahad) dan dikendalikan oleh Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM. Temuduga inimerupakan salah satu proses penilaian terhadap calon yang memohon untuk menilai pengalaman dan kesiapsediaan calonsebelum menyambung pengajian ke peringkat yang tinggi. Ketua Jabatan APEL.C; Dr. Muhamad Hanif bin Jofri selakuModerator telah mengetuai sesi temuduga ini. Turut hadir dalam sesi ini panel penilai bidang dan Instrumen yang telahdilantik berdasarkan bidang pengajian calon tersebut.
10 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 7 Ogos 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA), UTHM berbesar hati menerima lawatan dari University College Bestari (UCB) untuk hadir ke Mesyuarat Kerjasama APEL antara University College Bestari dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Seramai 2 orang delegasi terlibat dalam lawatan ini yang diketuai oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Sulaiman bin Yamin; Naib Cancelor UCB dan turut serta Penolong Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni); Prof. Madya Abdul Razak bin Salleh. Prof. Ts. Dr. Azme bin Khamis; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Prof. Madya Ts. Dr. Musli bin Mohammad; Pengarah PPBA telah menyambut baik kehadiran delegasi diringi oleh Dr. Noor Zuraidin bin Mohd Safar; Timbalan Pengarah PPBA. Turut bersama menyerikan sambutan Dr. Muhamad Hanif bin Jofri;Ketua Jabatan APEL.C. Perkongsian mengenai APEL ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah PPBA iaitu Dr. Noor Zuraidin bin Mohd Safar. Sepanjang sesi mesyuarat berlangsung banyak pengalaman dan pengetahuan dikongsikan demi memastikan pengurusan APEL yang lebih baik pada masa hadapan. MESYUARAT KERJASAMA APEL ANTARA UNIVERSITI COLLEGE BESTARI (UCB) DAN UTHM 9 Ogos 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM telah menjalankan sesi Ujian Aptitud kepada calon yang menjalani penilaian APEL dan ianya dihadiri oleh 2 orang calon pada 9 Ogos 2023 (Rabu) selama 2 jam 30 minit dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. Sesi ini diadakan secara dalam talian di platform Microsoft Teams dan sistem Author UTHM yang dikelolakan dan dipantau oleh Dr. Noor Zuraidin Mohd Safar, Pn. Ts. Ida Aryanie bt Bahrudin dan Pn. Siti Hajar binti Md. Hair (Khir) selaku urusetia. SESI UJIAN APTITUD PENILAIAN APEL.A
13 Ogos 2023 - Seramai 8 orang calon APEL.A Tahap 7 terlibatdalam sesi temuduga yang diadakan secara dalam talian dan dikendalikan oleh Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA). Temuduga ini merupakan salah satu proses penilaian terhadap calon yang memohon untuk menilai pengalaman dan kesiapsediaan calon sebelum menyambung pengajian ke peringkat Sarjana. 11 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA SESI TEMUDUGA CALON APEL.A TAHAP 7 (SARJANA) BAGI KEMASUKAN OKTOBER 2023 BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KERJA BAGI PERMOHONAN TAJAAN PELAKSANAAN KURSUS DI BAWAH PERUNTUKAN YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 14 Ogos 2023 - Bengkel penyediaan kertas kerja bagi permohonan tajaan pelaksanaan kursus di bawah peruntukan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera telah diadakan pada 14 Ogos 2023 (Isnin) pukul 8:30 pagi hingga 5:00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Pusat Pengajian Bahasa (Aras atas, Blok B3 UTHM). Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Saliza Azlina binti Osman selaku Ketua Jabatan Pembelajaran Berterusan dan Kerjasama (JPBK) PPBA UTHM. Sesi penyediaan kertas kerja cadangan kursus pula telah diwakili oleh Ts. Dr. Nickholas Anting Anak Guntor dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB) dan Prof. Madya Dr. Hamizah bte Mohd Safuan bersama Dr. KhuneswariA/P P. Gopal Pillay dari Fakulti Sains Gunaan Dan Teknologi (FAST). Selain itu, pihak FKAAB dan FAST juga telah membentangkan secara menyeluruh isi kandungan kursus meliputi proses pengoperasian pelaksanaan kursus dan kewangan termasuk juga penekanan terhadap impak kepada sasaran peserta yang bakal mengikuti kursus ini. Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM berperanan menyelaras cadangan pelaksanaan kursus oleh UTHM bersama pihak Yayasan Peneraju. Hasil perbincangan tersebut, PPBA bersetuju menghantar kertas kerja yang telah dimurnikan mengikut format dan keperluan pihak Yayasan Peneraju sebelum atau pada 17 Ogos 2023 (Khamis).
15 Ogos 2023 - PMajlis Penyampaian Anugerah Pembelajaran Berterusan Tahun 2022 sempena majlis Executive Meet & Greet UTHM bertempat di Big Stage, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) UTHM Kampus Induk Parit Raja. Sesipenyampaian anugerah ini telah disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim diiringi oleh Prof. Madya Ts. Dr. Musli bin Mohammad; Pengarah Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA). Seluruh warga kerja UTHM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniahkepada Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) UTHM yang telah dinobatkan sebagai penerima anugerah utama iaitu Anugerah Gemilang Pembelajaran Berterusan tahun 2022. FTK juga merangkul kejayaan bagi kategori Anugerah Kursus Pembelajaran Berterusan. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada penerima dua (2) anugerah lain iaituFakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) selaku penerima Anugerah Akademik Pembelajaran Berterusan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) bagi Anugerah Program Eksekutif dan Profesional. Penerimaanugerah bagi setiap kategori membawa pulang insentif wang tunai dan sijil penghargaan. Sekalung penghargaan juga ditujukan buat semua fakulti dan pusat tanggungjawab terlibat dalam menjayakan pelaksanaan program/kursus pembelajaran berterusan di peringkat UTHM bagi tahun 2022. 12 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PROGRAM PEMBELAJARAN BERTERUSAN TAHUN 2022 PERBINCANGAN BERKAITAN SISTEM PROGRAM SEPANJANG HAYAT (PSH) 16 Ogos 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merancang untuk melaksanakan Majlis Konvokesyen Program Eksekutif 2023 bagi meraikan graduan yang terlibat bagi Program Eksekutif Imam Profesional (PEIP) dan Program Eksekutif Penerbangan Profesional (PEPP). Perbincangan awal telah dilaksanakan pada 16 Ogos 2023 (Rabu) pada pukul 9:30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Pusat Pengajian Bahasa (Aras atas Blok B3, UTHM) bagi memastikan majlis konvokesyen program eksekutif yang dirancang berjalan lancar. Perbincangan ini telah dihadiri oleh penyelaras program PEPP dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) dan dan wakil penyelaras program PEIP Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ISWAJ) UTHM. Cadangan majlis ini akan diadakan pada minggu Majlis konvokesyen UTHM.
13 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA WORKSHOP ON APEL.Q (QUALIFICATIONS): TOWARDS BECOMING AN APEL.Q CENTRE 20 Ogos 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL telah mengadakan Workshop On APEL.Q (Qualifications) : Towards Becoming An APEL.Q Centre di Bilik Lestari 2, PTTA UTHM bermula pada 8.30 pagi - 4.30 petang. Bengkel ini telah diketuai oleh panel jemputan daripada MQA iaitu Prof. Madya Dr. Mohamad Afzhan Khan Mohamad Khalil untuk memberikan latihan dan perkongsian mengenai APEL.Q. Prof. Madya Dr. MusliMohammad, Pengarah PPBA, Dr Noor Zuraidin Mohd Safar, Timbalan Pengarah PPBA dan ketua-ketuajabatan Dr. Muhamad Hanif Jofri dan Ts. Ida Aryanie Bahrudin telah turut serta didalam bengkel ini. Objektifbengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan tentang pelaksanaan penilaian APEL.Q dan juga menjadi platform kepada para penggubal soalan berbincang berkaitan pembinaan item ujian. SESI TEMUDUGA BERSAMA CALON APEL.A TAHAP 7 UNTUK KEMASUKAN OKTOBER 17 Ogos 2023 - Seramai 3 orang calon telah menghadiri sesi temuduga bagi APEL.A Tahap 7 (Sarjana) secara dalam talianyang dikendalikan oleh Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM. Temuduga ini merupakansalah satu proses penilaian terhadap calon yang memohon untuk menilai pengalaman dan kesiapsediaancalon sebelum menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ketua Jabatan APEL.C; Dr. Muhamad Hanif bin Jofri selaku moderator telah mengetuai sesi temuduga ini. Turut hadir dalam sesi ini adalah barisanpanel penilai yang telah dilantik berdasarkan bidang pengajian calon APEL.A tersebut.
14 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PENERIMA ANUGERAH SEMPENA MAJLIS BITARA KIRANA 2023 22 Ogos 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) mengucapkan setinggi – tinggi ucapan tahniah dan Syabas kepada Pn. Siti Hajar binti Md Hair (Khir) atas penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022. Tahniahdan syabas juga diucapkan kepada Encik Mohd Azam bin Jainal serta Pn Elli binti Jamaluddin selakupenerima Anugerah Taat Setia 2022 sempena Majlis Anugerah Bitara Kirana 2023. Semoga anugerah yang diterima dapat menjadi motivasi dan pendorong untuk kita semua terus menyumbang bakti dalam tugas yang diamanahkan. Ikhlas daripada Pengarah dan warga kerja Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA). SESI UJIAN APTITUD PENILAIAN APEL.A 20 Ogos 2023 - SPusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM telah menjalankan sesi Ujian Aptitud kepada calon yang menjalani penilaian APEL dan ianya dihadiri oleh 6 orang calon pada 20 Ogos 2023 (Ahad) selama 2 jam 30 minit dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. Sesi ini diadakan secara dalam talian di platform Microsoft Teams dan sistem Author UTHM yang dikelolakan dan dipantau oleh Dr. Noor Zuraidin Mohd Safar, Pn. Ts. Ida Aryanie binti Bahrudin dan Pn. Siti Hajar binti Md. Hair (Khir) selaku urusetia.
23 Ogos 2023 - Sesi Penyerahan sijil dan cenderahati kepada Kementerian Luar Negeri (KLN) bagi peserta kursus MTCP 2023 serta penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Kementerian Luar Negeri (KLN) di Wisma Putrajaya. Penyerahan ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Musli bin Mohammad; Pengarah Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) kepadaurusetia pihak KLN Puan Nahariah binti Sehat. 15 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA PENYERAHAN CENDERAHATI DAN SIJIL PESERTA MTCP 2023 KE KEMENTERIAN LUAR NEGERI (KLN) LAWATAN PENANDA ARAS BERKAITAN SISTEM ePSH JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI (JPPKK) 23 Ogos 2023 - PUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang bertujuan membantu UTHM dalam menambah ilmu pengetahuan yang lebihmendalam berkaitan pembangunan dan pelaksanaan Sistem ePSH yang telah dibangunkan oleh pihak JPPKK bagikegunaan Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia.Lawatan ini telah diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. MusliMohammad; Pengarah Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA), En Mohd Azam bin Jainal; PenolongPendaftar PPBA serta dua orang Penolong Pengawai Tadbir dari PPBA . Turut serta dalam lawatan ini adalah dari Pusat Teknologi Maklumat iaitu Puan Shahrizad binti Shahrir; Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Aplikasi sertapegawai-pegawai Unit Pembangunan Aplikasi. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Mohd Noor bin Shahudin; Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK, Puan Wan Marina binti Wan Mohd Nowalid; Timbalan Pengarah BahagianKurikulum JPPKK, Encik Firdaus bin Hassan; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kurikulum serta pegawai-pegawai JPPKK yang telah menyambut kunjungan UTHM ini dan berkongsi maklumat berkaitan Sistem ePSH. Hasil daripadalawatan penanda aras ini diharap dapat memberikan manfaat dan membantu UTHM dalam usaha membangunkan Sistem Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
16 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT MESYUARAT BERKAITAN PELAKSANAAN KERJASAMA APEL ANTARA UTHM DAN UNIVERSITY COLLEGE BESTARI (UCB) 29 Ogos 2023 - University College Bestari (UCB), Terengganu telah menjemput Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk menghadiri mesyuarat berkaitan Pelaksanaan Kerjasama APEL antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan University College Bestari (UCB). Mesyuarat ini telahberlangsung secara fizikal yang diketuai oleh Dr. Noor Zuraidin bin Mohd Safar; Timbalan Pengarah PPBA UTHM. Turutserta juga dihadiri oleh Dr. Muhamad Hanif bin Jofri; Ketua Jabatan APEL.C dan Ts. Ida Aryanie binti Bahrudin; KetuaJabatan APEL.A. Sesi mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh pihak UCB iaitu Prof. Madya Abdul Razak bin Salleh; Penolong Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni). Turut serta juga staf-staf Akademik dari beberapa Fakulti di UCB. Mesyuarat ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai pelaksanaan APEL di UTHM. Selain itu juga, kedua-duapihak turut membincangkan aspek penting berkaitan APEL seperti proses penilaian, pengiktirafan modul teras, dan penentuan kredit. Sepanjang sesi mesyuarat ini banyak perkongsian pengalaman dan pengetahuan demi pengurusanAPEL yang lebih baik pada masa akan datang. 24 Ogos 2023 - 2 orang calon telah menghadiri sesi temuduga bagi APEL.A Tahap 7 (Sarjana) secara dalam talian yang dikendalikan oleh Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM pada 24 Ogos 2023 (Khamis). Temuduga ini merupakan salah satu proses penilaian terhadap calon yang memohon untuk menilaipengalaman dan kesiapsediaan calon sebelum menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. KetuaJabatan APEL.C; Dr. Muhamad Hanif bin Jofri selaku moderator telah mengetuai sesi temuduga ini. Turuthadir dalam sesi ini Timbalan Pengarah PPBA, Dr. Noor Zuraidin bin Mohd Safar, barisan panel penilai yang telah dilantik berdasarkan bidang pengajian calon APEL.A tersebut. SESI TEMUDUGA BERSAMA CALON APEL.A TAHAP 7 UNTUK KEMASUKAN OKTOBER
4 September 2023 - Sesi temuduga bagi calon APEL.A Tahap 7 (Sarjana) secara dalam talian yang dikendalikan oleh Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM telah diadakan pada 4 September 2023 (Isnin). Temudugaini merupakan salah satu proses penilaian terhadap calon yang memohon untuk menilai pengalaman dan kesiapsediaan calon sebelum menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Turut hadir dalam sesi ini ialah Ketua Jabatan APEL.A, Ts. Ida Aryanie bt Bahrudin bersama panel penilai yang telah dilantikberdasarkan bidang pengajian calon APEL.A tersebut. 17 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA SESI TEMUDUGA BERSAMA CALON APEL.A TAHAP 7 UNTUK KEMASUKAN OKTOBER 10 September 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA), UTHM menyantuni jemputan dari Badan Kepimpinan Pelajar Daerah/District Student Leaders bagi Program Kem Kepimpinan (SLB) Leardership Camp: Serve with Valour, Lead with Intrepidity bertempat di Dewan Srikandi SMK Tun Aminah, Batu Pahat. Dr. Noor Zuraidin bin Mohd Safar selaku Timbalan Pengarah PPBA UTHM telahhadir sebagai penceramah diringi Dr. Muhamad Hanif; Ketua Jabatan APEL.C dan juga Ts. Ida Aryanie; Ketua Jabatan APEL.A. Menurut Dr. Noor Zuraidin bin Mohd Safar, program sebegini harus diutamakan dalam kalangan guru untuk menggalakkan para pelajar mengikuti program insaniah selain sesi pembelajaran akademik. Beliau memaklumkan dalam perkongsiannya, program ini dilihat wajar diketengahkan khususnya di peringkat sekolah menengah. Ianya penting dalam memberikan pendedahan asas terhadapaspek kepimpinan seseorang samada sebagai pelajar atau individu dalam satu kelompok masyarakat mahu pun organisasi yang bakaldipertanggungjawabkan untuk mengurus serta menyelaras sesuatu tugasan demi mencapai maklamat yang disasarkan. Selain itu,beliau turut berkongsi berkenaan peluang-peluang yang boleh diambil oleh para pelajar dalam memilih hala tuju untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Menerusi perkongsian tersebut pelajar juga didedahkan dengan informasi berkaitan kepelbagaian bidang yang boleh dimohon untuk menyambung pengajian serta syarat-syarat kemasukan pengajian kepada pelajar yang berkelayakkan. PPBA UTHM berbesar hati untuk melanjutkan perbincangan bersama pihak SMK Tun Aminah dalam usahamelaksanakan beberapa program kerjasama yang bersesuaian. Dr. Noor Zuraidin bin Mohd Safar mewakili pihak PPBA UTHM mengucapkan terima kasih kepada SMK Tun Aminah atas jemputan sebagai penceramah dan teruja dapat berkongsi ilmu kepadapelajar dan guru yang terlibat seiring hasrat untuk memperkasakan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). KEM KEPIMPINAN (SLB) LEADERSHIP CAMP:SERVE WITH VALOUR, LEAD WITH INTREPIDITY
18 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PERBINCANGAN BERKAITAN POTENSI KERJASAMA CIDB HOLDINGS DAN UTHM 11 September 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyantuni jemputan ke perbincangan potensi kerjasama oleh pihak CIDB Holdings Sdn. Bhd. secara atas talian (Zoom Meeting) pada 11 September 2023 (Isnin), pukul 9:00 pagi. 13 September 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) telah mengadakan satu Mesyuarat Pelarasan APEL.C bersama beberapa staf akademik dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Mesyuarat ini diketuai oleh Dr. Muhamad Hanif bin Jofri iaitu Ketua Jabatan APEL.C. Objektif utama mesyuarat ini adalah memberikan pemaklumankepada fakulti berkaitan dengan APEL.C. Selain itu juga ianya bertujuan untuk melaraskan subjek/kursus yang sesuaiuntuk permohonan APEL.C serta bagi memastikan instrument yang dibangunkan selaras dengan penilaian yang akan dilaksanakan. MESYUARAT PELARASAN APEL.C BERSAMA STAF AKADEMIK DARI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FPTV)
13-14 September 2023 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) dan Pusat Pengajian Diploma (PPD) dengan kerjasama Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah melaksanakan Kursus Pengurusan Projek Serta Penyediaan Spesifikasi Dan Bill Of Quantity (BQ) kepada 30 orang kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terpilih seluruh negeri Johor. Majlis perasmian kursus telah dirasmikan oleh Ts. Dr. Aslila binti Abd Kadir; Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam mewakili dekan PPD. Turut hadir dalam sesi tersebut, pegawai dari bahagian kejuruteraan negeri Johor (JKNJ) iaitu Encik Mohd Zulfadhli bin Esa mewakili pihak KKM. Kursus dua (2) hari ini telah diselaraskan oleh pasukan PPBA. Manakala pelaksanaan kursus pula dikendalikan oleh pasukan PPD. Ketua Perunding bagi projek perundingan latihan pembelajaran berterusan ini adalah Ts. Dr. Nur'Ain binti Idris; Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Awam PPD. Kursus ini memfokuskan peranan peserta selaras dengan tanggungjawab mereka di bawah jabatan masing-masing dalam menguruskan sesuatu projek serta penyediaan spesifikasi dan bill of quantity (BQ) agar ianya lebih efisyen dan sistematik. Justeru, peserta kursus BQ yang hadir kursus ini terdiri dalam kalangan jurutera, penolong jurutera dan penjaga jentera di pelbagai bidang termasuk awam, elektrik, elektronik mekanikal dan biomedikal. Ianya meliputi jabatan kesihatan, hospital, pejabat kesihatan, makmal kesihatan dan institut latihan di bawah KKM. Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya pada 13 dan 14 September 2023 bertempat di Bilik Lestari 1 (Aras 3), Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) UTHM. 19 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA KURSUS PENGURUSAN PROJEK SERTA PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN BILL OF QUANTITY (BQ)
20 14 September 2023 - Mesyuarat ini dilaksanakan secara mod fizikal bagi pegawai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan jabatan di bawahKPT serta pihak pembentang bertempat di Bilik mesyuarat Ibnu Sina, KPT, Putrajaya. Manakala mod secara dalam talianbagi ahli jemputan yang lain menerusi platform Google Meet bertempat di institusi masing-masing. Menerusi butiranagenda yang ditetapkan, mesyuarat sebulat suara bersetuju dan menyokong pengesahan Minit Mesyuarat JawatankuasaTeknikal Pembelajaran Sepanjang Hayat bilangan 1 Tahun 2022. Agenda seterusnya, sesi pembentangan oleh BahagianDasar dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi (BDP, KPT) selaku sekretariat nasional Pembelajaran SepanjangHayat (PSH) berhubung pelaporan berhubung perkembangan semasa PSH di peringkat nasional; dan kertas pertimbanganberhubung Pembangunan Pelan Induk dan Pelan Tindakan Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Nasional, 2023 - 2030. Mesyuarat diteruskan dengan sesi pembentangan kertas makluman berhubung 'Hala Tuju Pelaksanaan PSH oleh Kolej Komuniti dalam Membangunkan Bakat Komuniti dan Industri Setempat oleh Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti; 'Learning City' oleh Sekretariat Learning City Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya; dan 'The roles, policies and implementation strategies of Accreditation of Prior Experiential Learning for Credit Award (APEL. C) in recognising the experience of adult learners' ole YBrs. Dr. Mohamad Afzhan Khan, Assistant Vice President (Open Learning), University of Cyberjaya (Subject Matter Expert, PSH). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar; Ketua Setiausaha KPT. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua jawatankuasa teknikal PSH dari jabatan di bawah KPT. Pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) turut hadir menjayakan mesyuarattersebut dan telah dihadiri oleh Profesor Ts. Dr. Azme bin Khamis; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Hadir sama dalam mesyuarat tersebut Prof. Madya Ts. Dr. Musli bin Mohammad; Pengarah Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) iaitu PTj yang menyelaras serta memperkasa pelaksanaan program-program PSH di UTHM. BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BIL. 1 TAHUN 2023 MESYUARAT PERBINCANGAN AWAL PELAKSANAAN APEL.Q BERSAMA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL (FPTV) 14 September 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) telah mengadakan mesyuarat bersama Fakulti Pendidikan Teknikaldan Vokasional (FPTV) berhubung perbincangan awal mengenai pelaksanaan APEL.Q. Mesyuarat ini diketuai oleh Dr.Muhamad Hanif bin Jofri iaitu Ketua Jabatan APEL.C dan Ts. Ida Aryanie binti Bahrudin, Ketua Jabatan APEL.A. Objektif utama mesyuarat ini adalah bagi menerangkan dan membincangkan pelaksanaan penilaian APEL.Q di FPTV. Selain itu juga ianya bertujuan untuk melaraskan subjek/kursus yang sesuai untuk permohonan penilaian APEL.Q sertabagi memastikan instrumen yang dibangunkan selaras dengan penilaian yang akan dilaksanakan.
14 - 16 September 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan BengkelPengkomersilan Program Pembelajaran Berterusan serta Pembangunan Dasar dan Garis Panduan Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diadakan pada 14 - 16 September 2023 bertempat di Dewan Granada 1, Hotel Granada Johor Bahru. Seramai 26 orang pesertadalam kalangan staf UTHM terdiri dari Dekan/Pengarah Pusat Tanggungjawab (PTj) UTHM termasuk Ketua-ketua Jabatan yang berkaitan secara langsung dengan pelaksanaan program telah hadir memberikan komitmen sepanjang bengkel berlangsung.Pelaksanaan bengkel PPBA ini melibatkan penglibatan menyeluruh PTj universiti mewakili Majlis Profesor Universiti (Wakil Senat),Pejabat Bendahari, Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Fakulti PengurusanTeknologi dan Perniagaan (FPTP), Pusat Pembangunan & Kecemerlangan Akademik (CAD), Pusat Pembelajaran Maya (CVL), Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK), Pejabat Perancangan Strategik dan PengurusanRisiko (PSPR), Pejabat Pengurusan Akademik (PPA) dan UTHM Education & Training Sdn. Bhd. (UET). Sesi taklimat berkaitanPembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Musli bin Mohammad selaku Pengarah Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM. YBhg. Prof. Dr. Wan Fauziah binti Wan Yusoff dari Jabatan PengurusanPerniagaan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) UTHM pula telah menyampaikan taklimat berkaitan Pengkomersilan Program Pembelajaran Berterusan. Manakala Prof. Madya Ir. Dr. Saliza Azlina Binti Osman; Ketua JabatanPembelajaran Berterusan dan Kerjasama, PPBA UTHM memberikan taklimat ringkas berkaitan hasrat PPBA menganjurkan bengkelini termasuk pembahagian kumpulan yang memfokuskan matlamat Pengkomersilan Program Pembelajaran Berterusan sertaPembangunan Dasar dan Garis Panduan Pembelajaran Sepanjang Hayat termasuk APEL. Objektif bengkel ini adalah untukmeningkatkan proses penyelarasan dan pelaksanaan program PSH di UTHM supaya ianya menjadi lebih sistematik. Sistempengurusan kualiti program pembelajaran berterusan dan pensijilan di peringkat UTHM juga dapat dipertingkat menerusipenambahbaikan pelaksanaan program PSH ini seiring usaha UTHM memperkasakan program ke peringkat nasional dan juga antarabangsa. Di kesempatan ini PPBA UTHM ingin mengucapkan terima kasih atas penglibatan semua pihak yang terlibat secaralangsung atau tidak dalam merealisasikan bengkel ini. 21 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA BENGKEL PENGKORMESILAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERTERUSAN SERTA PEMBANGUNAN DASAR DAN GARIS PANDUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
18 September 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA), UTHM berbesar hati menerima Lawatan Penanda Aras dari UniversitiMalaysia Pahang (UMP) Advanced. UMP Advanced merupakan anak syarikat penuh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Lawatan ini melibatkan kehadiran seramai 4 orang delegasi yang diketuai oleh Puan Nurul Fazlin bin Abdul Rahman; Pengurus Besar UMP Advanced.Delegasi telah disambut mesra oleh Dr. Noor Zuraidin bin Mohd. Safar; Timbalan Pengarah PPBA diringi Dr. Muhamad Hanif; Ketua Jabatan APEL.C. Turut bersama Ts. Ida Aryanie; Ketua Jabatan APEL.A.Sepanjang sesi lawatan ini banyak perkongsian yang disampaikan kepada pesertadelegasi iaitu berkaitan halatuju Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM. Selain itu, dapatmeningkatkan kefahaman peserta delegasi berhubung pelaksanaan dan proses APEL di UTHM. Semoga lawatan penandaaras UMP Advanced ke UTHM ini mencapai matlamat dan hubungan baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 22 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT LAWATAN PENANDA ARAS APEL DARI UMP ADVANCED KE UTHM KERTAS CADANGAN BAGI MENGANJURKAN KURSUS LATIHAN DI BAWAH KERANGKA MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME (MTCP) BAGI TAHUN 2024 22 September 2023 - Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Fakulti dan Pusat Tanggungjawab(PTj) dalam penghantaran Kertas Cadangan bagi Menganjurkan Kursus Latihan di Bawah KerangkaMalaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) bagi Tahun 2024.
24 September 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM telah menjalankan sesi Ujian Aptitud kepada calon yang menjalani penilaian APEL dan ianya dihadiri oleh 4 orang calon pada 24 September 2023 (Ahad) selama 2 jam dari jam 9.00 pagi hingga11.00 pagi. Sesi ini diadakan secara dalam talian di platform Microsoft Teams dan sistem Author UTHM yang dikelolakan dan dipantau oleh Dr. Noor Zuraidin Mohd Safar, Pn. Ts. Ida Aryanie binti Bahrudin dan Pn. Siti Hajar binti Md. Hair (Khir) selaku urusetia. 23 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA SESI UJIAN APTITUD PENILAIAN APEL.A PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN TAKLIMAT PROGRAM EKSEKUTIF 25 September 2023 - Sesi pendaftaran pelajar baharu dan taklimat berkaitan pelaksanaan PEIP diadakan bertempat di Dewan Seminar Al-farabi, Pusat Islam, Masjid Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seramai 14 orang pelajar baharu telah mendaftar Program Eksekutif Imam Profesional™️ (PEIP) UTHM kohort 5 bagi sesi 2023/2024 yang telah berlangsung pada 25 September 2023 (Isnin). Sesi taklimat bagi pelaksanaan program tersebut telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Suhaimi bin Sulong selaku penyelaras program PEIP UTHM. Taklimat ini bertujuan menyalurkan informasi secara menyeluruh kepada semua pelajar baharu berkaitan pelaksanaan program untuk dijadikan panduan sepanjang tempoh mengikuti program ini. Program Eksekutif Imam Profesional™️ (PEIP) UTHM ini dirangka khas buat para imam dan pelapis imam bagi meningkatkan profesionalisme dan jati diri sebagai seorang imam. Turut hadir menyampaikan ucapan aluan, Prof. Madya Ir. Dr. Saliza Azlina binti Osman; Ketua Jabatan Pembelajaran Berterusan dan Kerjasama (JPBK) mewakili pihak Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA). Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Sohibul Fadhilah Ustaz Mohd Adham bin Mohd Hodhari, Imam Daerah Batu Pahat yang hadir menyantuni jemputan UTHM mewakili Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Manakala, Dr. Nur Zainatul Nadra Binti Zainol; Ketua Jabatan Penyelidikan, Dokumentasi dan Penerbitan turut hadir mewakili pihak Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ISWAJ), UTHM
2 Oktober 2023 - Sesi temuduga bagi calon APEL.A Tahap 7 (Sarjana) ini dijalankan secara dalam talian pada 2 Oktober 2023 (Isnin). Panel penilai yang menilai adalah dikalangan panel penilai APEL.A yang telah menjalani latihan dan dilantik berdasarkan bidang calon. Sesi ini diadakan bagi menilai calon mengikut panduan dan syarat yang ditetapkan MQA. Di antara panel PPBA yang terlibat adalah Ts. Ida Aryanie bt Bahrudin, Ketua Jabatan APEL.A selaku moderator. 24 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT SESI TEMUDUGA BERSAMA CALON APEL.A TAHAP 7 (SARJANA) PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PROFESIONAL PENERBANGAN 3 Oktober 2023 - Seramai 11 orang pelajar baharu telah mendaftar Program Profesional Penerbangan UTHM bagi ambilan kali ini. Sesi pendaftaran pelajar baharu bagi kohort 12/2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Oktober 2023 (Selasa) bertempat di Asia Aeronautical Training Academy (AATA), Senai, Johor. Sesi taklimat pelaksanaan program telah disampaikan oleh Ts. Dr. Nur Kamilah binti Yusuf selaku penyelaras dan mewakili pemilik program iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP). Pengendalian sesi pembelajaran sepanjang 18 bulan dikendalikan oleh pihak Asia Aeronautical Training Academy (AATA) manakala keseluruhan program diselaraskan oleh Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM. Program ini bakal melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas dalam ilmu penerbangan untuk menjadi juruterbang profesional yang cekap dan komited di masa hadapan.
3 Oktober 2023 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (FPTV) menawarkan Program Pentauliahan Profesional dalam Perkhidmatan Makanan Halal dan Barista. Sesi pendaftaran dilaksanakan pada 3 Oktober 2023 bertempat di Caffeine and Callories by Gastro Scholar, RMC Hall, Aras Bawah Blok F6 (Bangunan Pusat Penyelidikan) UTHM. PelaksanaanProgram Pentauliahan Profesional ini dianjurkan khusus kepada 20 orang pegawai Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di bawah peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bernilai RM497,120.00. Kursus ini berlangsung selama 95 hari bermula 1 Oktober 2023 hingga 3 Januari 2024. 25 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA PELAKSANAAN PROGRAM PENTAULIAHAN PROFESIONAL DALAM PERKHIDMATAN MAKANAN HALAL DAN BARISTA PERBINCANGAN PELAKSANAAN APEL.C DI FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN (FPTP) 3 Oktober 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL telah mengadakan satu perbincangan berkaitan pelaksanaan APEL.C di FakultiPengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) yang diadakan pada 03 Oktober 2023 di Bilik Seminar, Aras Bawah Blok B3. Perbincangan ini melibatkan beberapa staf akademik dari FPTP. Objektif perbincangan ini adalah untuk memberikan pemaklumankepada fakulti berkaitan pelaksanaan APEL.C. Selain itu ianya juga untuk melaraskan subjek/kursus yang sesuai untuk permohonanAPEL.C. serta bagi memastikan instrument yang dibangunkan selaras dengan penilaian yang akan dilaksanakan.
5 Oktober 2023 - Jabatan Pembelajaran Berterusan dan Kerjasama (JPBK) mewakili pihak Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) ke sesi pemantauan kualiti bagi pelaksanaan Kursus Building Information Modelling-Autodesk Revit (BIM-AR) yang telah diadakan pada 5 Oktober 2023 (Khamis) bertempat di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), UTHM Kampus Pagoh. Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya pada 1 hingga 5 Oktober 2023 (Ahad-Khamis) bermula 8:00 pagi hingga 5:00 petang di Makmal FTK, UTHM Kampus Pagoh. 26 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT SESI PEMANTAUAN KUALITI BAGI KURSUS BUILDING INFORMATION MODELLING-AUTODESK REVIT (BIM-AR) PROGRAM HARI TERBUKA APEL BERSASAR (TAHFIZ) DI UniPSAS, KUANTAN 9 Oktober 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyantuni jemputanAgensi Kelayakan Malaysia / Malaysian Qualifications Agency (MQA) dalam menyertai Program Hari Terbuka APEL bersasar bertempat di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Pahang. Penglibatan PPBA UTHM dengan hasrat mempromosikan APEL kepada pengunjung bersasar (Tahfiz) yang hadir. Program Hari Terbuka ini telahdisempurnakan oleh Timbalan Presiden I Ikatan Madrasah Pahang / Pengerusi Persatuan Pondok Turuth Pahang iaituAl-Fadhil Ustaz Maulana Wan Helmi Bin Wan Mohamed Al-Hafiz. Selain UTHM terdapat 11 institusi pendidikan lain yang merupakan Pusat Penilaian APEL (PPA) turut sama hadir menjayakan program APEL di UnIPSAS. Pengunjungdiberikan ruang berinteraksi secara langsung dengan pihak pengurusan MQA dan petugas di setiap booth PPA untukmendapatkan penerangan serta informasi berkaitan APEL.
10 Oktober 2023 - Perbincangan awal bagi merealisasikan pelaksanaan Majlis Konvokesyen Program Eksekutif telah diadakan pada 10 Oktober 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Seminar, Aras Bawah Blok B3. Mesyuarat ini rentetan dari mesyuarat terdahulu berkaitan cadangan pelaksanaan Majlis Konvokesyen Program Eksekutif yang telah diadakan pada 16 Ogos 2023 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Pusat Pengajian Bahasa (Aras atas Blok B3, UTHM) bertujuan membincangkan pelaksanaan secara menyeluruh. Majlis Konvokesyen Program Eksekutif ini bakal dilaksanakan bagi meraikan 1 orang graduan Program Diploma Eksekutif Imam Profesional (DEIP), 12 orang graduan Program Eksekutif Imam Profesional (PEIP) dan 9 orang graduan Program Eksekutif Penerbangan Profesional (PEPP) termasuk 21 orang Programpensijilan Kepimpinan dan Pengurusan Bakat (Assured Certificate in Leadership & People Management). Susulan dari hasil mesyuarat ini, satu mesyuarat induk bersama jawatankuasa teknikal Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UTHM bagi penyelarasan pelaksanaan Majlis Konvokesyen Program Eksekutif dengan penglibatan semua AJK yang dilantik akan diadakan dalam masa terdekat. Perbincangan ini telah dihadiri oleh penyelaras program PEPP dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), penyelaras program PEIP dari Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ISWAJ) UTHM dan wakil dari Pejabat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM. Cadangan Majlis Konvokesyen Program Eksekutif ini akan diadakan bersama dengan Majlis Pemakaian Hud Graduan Pascasiswazah kali ke-11 bersempena Istiadat Konvokesyen UTHM kali ke-23. Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merancang untuk melaksanakan Majlis Konvokesyen Program Eksekutif 2023 ini bersekali dengan penyampaian di bawah program High Performance Leadership Coaching (HiPer) anjuran PKK UTHM bertempat di Dewan Sultan Ibrahim (DSI) pada 30 November 2023 (Khamis). 27 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA MESYUARAT BERKAITAN MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM EKSEKUTIF URUSAN KAD MATRIK PELAJAR BAHARU PROGRAM PENTAULIAHAN PROFESIONAL DALAM PERKHIDMATAN MAKANAN HALAL DAN BARISTA 15 Oktober 2023 - Urusan berkaitan kad matrik pelajar baharu bagi Program Pentauliahan Profesional dalam Perkhidmatan Makanan Halal dan Barista telah disempurnakan pada 15 Oktober 2023 (Ahad) jam 10:00 pagi bertempat di Aras Bawah, Pejabat Pendaftar UTHM. Pelaksanaan Program Pentauliahan Profesional ini dianjurkan khusus kepada 20 orang pegawai Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) di bawah peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bernilai RM497,120.00. Kursus anjuran Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (FPTV) ini berlangsung selama 95 hari bermula 1 Oktober 2023 hingga 3 Januari 2024.
19 -21 Oktober 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Bengkel Pengkomersilan dan Kadar Bayaran Program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diadakan pada 19 - 21 Oktober 2023 bertempat di Dewan Puteri 1, Hotel Puteri Bay, Melaka. Seramai 36 orang peserta dalam kalangan stafUTHM terdiri dari Dekan/Pengarah Pusat Tanggungjawab (PTj) UTHM termasuk timbalan dekan (Akademik dan Antarabangsa), Ketua-ketua Jabatan yang berkaitan secara langsung dengan pelaksanaan program telah hadirmemberikan komitmen sepanjang bengkel berlangsung. Turut hadir bersama Profesor Ts. Dr. Azme bin Khamis, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dalam bengkel tersebut. Sesi taklimat berkaitan Kadar BayaranProgram Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Musli bin Mohammad selaku Pengarah Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM. YBhg. Prof. Dr. Wan Fauziah binti Wan Yusoff dari Jabatan Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) UTHM pula telahmenyampaikan taklimat berkaitan Pengkomersilan Program Pembelajaran Berterusan. Objektif bengkel ini adalah untukpenambahbaikan proses penyelarasan kadar bayaran serta pelaksanaan program PSH di UTHM supaya ianya menjadilebih sistematik. Sistem pengurusan kualiti program pembelajaran berterusan dan pensijilan di peringkat UTHM juga dapat dipertingkat menerusi penambahbaikan pelaksanaan program PSH ini seiring usaha UTHM. 28 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BENGKEL PENGKOMERSILAN DAN KADAR BAYARAN PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT UJIAN APTITUD PENILAIAN APEL.A 22 Oktober 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM telah menjalankan sesi Ujian Aptitud kepada calon yang menjalani penilaian APEL dan ianya dihadiri oleh 8 orang calon terdiri dari calon APEL.A Tahap 3, Tahap 4, Tahap 6 dan Tahap 7 pada 22 Oktober 2023 (Ahad) selama 2 jam 30 minit dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. Sesi ini diadakan secara dalam talian di platform Microsoft Teams dan sistem Author UTHM yang dikelolakan dan dipantau oleh Dr. Noor Zuraidin Mohd Safar, Pn. Ts. Ida Aryanie bt Bahrudin dan Pn. Siti Hajar binti Md. Hair (Khir) selaku urusetia.
24 Oktober 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) telah berkolaborasi dengan pihak Makerspace UTHM dalam menjayakan Program Peningkatan Kemahiran Pengaturcaraan Robotik yang telah dihadiri seramai 30 orang murid darjah 5 dan 5 orang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Seri Bandan. Kehadiran murid-murid dan guru telah disambut mesra oleh Dr. Noor Zuraidin bin Mohd. Safar; Timbalan Pengarah PPBA, diringi oleh Dr. Muhamad Hanif bin Jofri; Ketua Jabatan APEL.C dan Ts. Ida Aryanie binti Bahrudin; KetuaJabatan APEL.A. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan ilmu berkaitan pengaturcaraan robotik di samping memperkenalkan program APEL dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Selain itu, PPBA berpeluang memberikan informasi berkaitan program pengajian yang ditawarkan di UTHM. Menerusipelaksanaan program ini telah banyak perkongsian ilmu yang disampaikan kepada muridmurid sekolahtersebut. Semoga Program Peningkatan Kemahiran Pengaturcaraan Robotik ini mencapai matlamatnya dan murid-murid dapat mengaplikasikannya dalam sesi pembelajaran kelak. 29 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA PROGRAM PENINGKATAN ATAU KEMAHIRAN PENGATURCARAAN ROBOTIK DI UTHM PROGRAM KOLABRASI DAN KEPIMPINAN MURID DI SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG IBRAHIM PENGGARAM, BATU PAHAT 25 Oktober 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM menyantuni jemputan dari Sekolah Kebangsaan TemenggongIbrahim Penggaram, Batu Pahat bagi menjayakan Program Kolaborasi dan Kepimpinan Murid. Dr. Noor Zuraidin bin Mohd Safar selaku Timbalan Pengarah PPBA UTHM telah hadir sebagai penceramah diringi oleh Dr. Muhamad Hanif bin Jofri; Ketua Jabatan APEL.C dan Ts. Ida Aryanie binti Bahrudin; Ketua Jabatan APEL.A. Program sebegini dapatmemberikan pendedahan asas terhadap aspek kepimpinan seseorang samada sebagai murid atau individu dalam satukelompok masyarakat mahu pun organisasi yang bakal dipertanggungjawabkan untuk mengurus serta menyelarassesuatu tugasan demi mencapai maklamat yang disasarkan. Manakala guru juga diberi pendedahan untuk mendorongpelajar dalam menghargai kebolehan atau potensi kepimpinan murid agar dapat memotivasikan diri untuk mara menjadipemimpin dalam kalangan mereka. Selain itu, guru-guru juga menjadi penggerak kepada pelajar dalam menggalakkanketerlibatan secara aktif di dalam aktiviti kepimpinan anjuran sekolah. Dr. Noor Zuraidin bin Mohd Safar mewakili pihakPPBA UTHM mengucapkan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram atas jemputansebagai penceramah dan teruja dapat berkongsi ilmu kepada pelajar dan guru yang terlibat seiring hasrat untukmemperkasakan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
29 Oktober 2023 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) telah mengadakan perbincangan untuk membincangkan lebih lanjut berkaitan pensijilan program UTHM menerusi Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) kerjasama industri pada 29 Oktober 2023 (Ahad), 2:30 petang bertempat di Bilik Perbincangan, Aras Bawah Blok B3 UTHM. Pihak FTK telah memaklumkan bahawa fakulti telah mendapat permintaan dari pihak industri iaitu HERSHEY untuk pelaksanaan program eksekutif pensijilan kerjasama industri dan mohon penjelasan PPBA UTHM berkaitan kaedah pelaksanaannya. Menerusi pertemuan ini, PPBA UTHM telah dimaklumkan terdapat lima (5) cadangan pelaksanaan merangkumi pensijilan program eksekutif kerjasama industri dan program pensijilan profesional kepada pelajar. Ianya merangkumi model kerjasama, kaedah pelaksanaan, kewangan, penyelarasan dan juga pensijilan program sehingga Majlis Konvokesyen. PPBA mengalu-alukan kerjasama dari pihak FTK dengan kerjasama industri berkaitan/agensi luar dalam usaha merealisasikan sebarang cadangan kerjasama bagi pelaksanaan pensijilan program eksekutif UTHM dan juga program latihan pembelajaran berterusan. Hasil pertemuan ini, surat hasrat dan perbincangan lanjut akan diadakan dalam masa terdekat setelah mendapat informasi berkaitan keperluan kursus bagi memenuhi keperluan industri. 30 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PERBINCANGAN BERSAMA FTK BERKAITAN PROGRAM EKSEKUTIF PENSIJILAN KERJASAMA INDUSTRI DAN PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL PELAJAR PELAKSANAAN PROGRAM PENTAULIAHAN PROFESIONAL DALAM PENGAJAR PRAKTIKAL PENYENGGARAAN PESAWAT 30 Oktober 2023 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan (FKMP) menawarkan Program Pentauliahan Profesional dalam Pengajar Praktikal Penyenggaraan Pesawat. Sesi pendaftaran dilaksanakan pada 30 Oktober 2023 (Isnin) jam 8:30 pagi bertempat di Dviation Training Centre, Level 5, Block E, Dataran PHB, Section U2, Saujana, 40150 Shah Alam, Selangor. Pelaksanaan Program Pentauliahan Profesional ini dianjurkan khusus kepada 5 orang pegawai Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) di bawah peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bernilai RM249,348.90. Kursus ini berlangsung selama 95 hari bermula 30 Oktober 2023 Hingga 1 Februari 2024.
31 Oktober 2023 - PJabatan Pembelajaran Berterusan dan Kerjasama (JPBK), Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM telah mengadakan bengkel pemurnian Garis Panduan Pengkomersilan dan Kadar Bayaran Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) UTHM pada 31 Oktober 2023 (Selasa) bermula jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang bertempat di Bilik Seminar, Aras Bawah Blok B3 UTHM. Bengkel ini diharapkan agar cadangan garis panduan dapat segera dihantar ke peringkat selanjutnya untuk semakan dan kelulusan. Bengkel ini penting untuk memastikan hasrat bagi merealisasikan Garis Panduan Pengkomersilan dan Kadar Bayaran Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) UTHM dapat dihasilkan dan berjalan lancar mengikut perancangan serta mencapai sasaran kerja tahun 2022 sebagaimana yang telah ditetapkan. 31 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN PENGKOMERSILAN DAN KADAR BAYARAN PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT LANTIKAN KETUA JABATAN OPEN & DISTANCE LEARNING (ODL), PPBA 1 November 2023 - Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Dr. Muhammad Asyraf bin Hasim di atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan(Pembelajaran Terbuka dan Jarak jauh), Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkuatkuasa 1 November 2023 - 31 Disember 2025.
7 November 2023 - Prof. Madya Ts. Dr. Musli Bin Mohammad; Pengarah Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM telah mempengerusikan mesyuarat pengurusan PPBA bil. 3/2023 pada 7 November 2023 (Selasa). Mesyuarat telah dihadiri oleh warga kerja PPBA bermula pukul 9:00 pagi bertempat di Bilik Seminar aras bawah Blok B3. Agenda utama mesyuarat ini adalah bertujuan untuk mengemaskini perancangan aktiviti di bawah penyelarasan PPBA UTHM. Selain membincangkan perkara berbangkit, mesyuarat ini juga merupakan medium bagi menyalurkan informasi berkaitan laporan aktiviti, laporan penjanaan pendapatan, status perkembangan setiap jabatan/unit serta cadangan penambahbaikan proses pelaksanaan dan sistem program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sejurus itu, PPBA turut mengadakan majlis penghargaan kepada staf PPBA yang telah berpindah ke UTHM Pagoh pada awal November 2023. 32 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT MESYUARAT PENGURUSAN PUSAT PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN APEL BIL.3/2023 SESI TEMUDUGA PENILAIAN APEL.C (PENGAJARAN MIKRO DALAM PTV) - MUHAMED REDZUAN BIN MAT YUSOOF 7 November 2023 - Sesi temuduga bagi calon APEL.C ini dijalankan secara dalam talian pada 7 November 2023. Panel penilai yang menilai adalah dikalangan panel penilai APEL.C yang telah menjalani latihan dan dilantik berdasarkan bidang calon. Sesi ini diadakan bagi menilai calon mengikut panduan dan syarat yang ditetapkan MQA. Di antara panel yang terlibat adalah Dr. Muhamad Hanif bin Jofri, Ketua Jabatan APEL.C dan juga Panel Ts. Dr. Mohd Erfy bin Ismail dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV).
8 November 2023 - Sesi temuduga bagi calon APEL.C ini dijalankan secara dalam talian pada 8 November 2023. Panel penilai yang menilai adalah dikalangan panel penilai APEL.C yang telah menjalani latihan dan dilantik berdasarkan bidang calon. Sesi ini diadakan bagi menilai calon mengikut panduan dan syarat yang ditetapkan MQA. Di antara panel yang terlibat adalah Dr. Muhamad Hanif bin Jofri, Ketua Jabatan APEL.C dan juga Panel Dr. Suhaizal bin Hashim dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). 33 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA SESI TEMUDUGA PENILAIAN APEL.C (PENGAJARAN MIKRO DALAM PTV) - MOHD KAMAL BIN MUSA BENGKEL LATIHAN PANEL PENILAI APEL.A PUSAT PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN APEL 14 November 2023 - Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Dr. Muhammad Asyraf bin Hasim di atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan(Pembelajaran Terbuka dan Jarak jauh), Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkuatkuasa 1 November 2023 - 31 Disember 2025.
14 November 2023 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) telah mengadakan perbincangan bagi membincangkan lebih lanjut berkaitan pensijilan program UTHM kerjasama industri menerusi Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) bagi pelaksanaan Program Eksekutif (MATAC). Mesyuarat telah memaklumkan bahawa pihak FTK telah mendapat permintaan dari pihak Industri untuk melaksanakan Program Eksekutif UTHM. Menerusi pertemuan ini, PPBA UTHM telah menyalurkan informasi berkaitan pelaksanaan pensijilanProgram Eksekutif UTHM iaitu menerusi model pelaksanaan program/latihan pembelajaran berterusan. Ianya merangkumi model kerjasama, kaedah pelaksanaan, penyelarasan dan juga pensijilan program. PPBA mengalu-alukan kerjasama industri menerusi pihak FTK dalam usaha merealisasikan sebarang cadangan kerjasama bagi pelaksanaan pensijilan samada program/latihan pembelajaran berterusan. Hasil pertemuan ini, kertas cadangan pelaksanaan program eksekutif akan disediakan dan satu perbincangan lebih terperinci akan diadakan setelah mengenalpasti segalainformasi berkaitan modul/silibus program serta memenuhi keperluan sasaran di industri berkaitan. 34 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PERBINCANGAN BERSAMA FTK BERKAITAN KERJASAMA PROGRAM PENSIJILAN PROGRAM EKSEKUTIF SESI TEMUDUGA PENILAIAN APEL.C (PENGAJARAN MIKRO DALAM PTV) - MUHAMMAD AMIRUL BIN RAZALI 15 November 2023 - Sesi temuduga bagi calon APEL.C ini dijalankan secara dalam talian pada 8 November 2023. Panel penilai yang menilai adalah dikalangan panel penilai APEL.C yang telah menjalani latihan dan dilantik berdasarkan bidang calon. Sesi ini diadakan bagi menilai calon mengikut panduan dan syarat yang ditetapkan MQA. Di antara panel yang terlibat adalah Dr. Muhamad Hanif bin Jofri, Ketua Jabatan APEL.C dan juga Panel Dr. Hashima binti Hamid dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV).
20 November 2023 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan (FKMP) menawarkan Program Pentauliahan Profesional Dalam Sistem Bangunan Berindustri (IBS). Sesi pendaftaran dilaksanakan pada 20 November 2023 (Isnin) jam 8:30 pagi bertempat di Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Persiaran Usahawan, Seksyen U1, 40150, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Pelaksanaan Program Pentauliahan Profesional ini dianjurkan khusus kepada 12 orang pegawai Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) di bawah peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bernilai RM461,220.00. Kursus ini berlangsung selama 95 hari bermula 20 November 2023 hingga 22 Februari 2024. 35 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA PELAKSANAAN PROGRAM PENTAULIAHAN PROFESIONAL DALAM SISTEM BANGUNAN BERINDUSTRI (IBS) PERBINCANGAN PELAKSANAAN PENILAIAN APEL.Q BERSAMA CALON - YBHG. TAN SRI DATO' SOH THIAN LAI 20 November 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional(FPTV) berpeluang mengadakan sesi perbincangan berhubung pelaksanaan proses penilaian APEL.Q kepadacalon iaitu YBhg. Tan Sri Dato' Soh Thian Lai yang diadakan bertempat di Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Wisma FMM Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur pada 20 November 2023 (Isnin) jam 10:00 pagi.Sesi perbincangan ini diwakili oleh staf FPTV yang diketuai oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan & Penerbitan), Prof. Madya Ts. Dr. Alias Masek dan staf PPBA diketuai oleh Timbalan Pengarah Dr. Noor Zuraidin bin Mohd Safar.
23-25 November 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkanBengkel Semakan Program FPTV Bersama Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL yang diadakan pada 23 - 25 November 2023 bertempat di Riviera Suites Melaka. Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan kepada ahli Taskforce di FPTV tentang pelaksanaan penilaian APEL.Q serta untuk melengkapkan dokumenpermohonan sebagai Pusat Penilaian APEL.Q ke MQA baji tujuan kelulusan. Selain itu juga menjadi platform kepadaahli taskforce di FPTV membangunkan instrumen penilaian APEL.Q dan semakan akhir garis panduan berkaitanpembelajaran berterusan. 36 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BENGKEL SEMAKAN PROGRAM FPTV BERSAMA PUSAT PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN APEL UJIAN APTITUD PENILAIAN APEL.A 26 November 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM telah menjalankan sesi Ujian Aptitud kepada calon yang menjalani penilaian APEL dan ianya dihadiri oleh 8 orang calon terdiri dari calon APEL.A Tahap 3, Tahap 4, Tahap 6 dan Tahap 7 pada 22 Oktober 2023 (Ahad) selama 2 jam 30 minit dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. Sesi ini diadakan secara dalam talian di platform Microsoft Teams dan sistem Author UTHM yang dikelolakan dan dipantau oleh Dr. Noor Zuraidin Mohd Safar, Pn. Ts. Ida Aryanie bt Bahrudin dan Pn. Siti Hajar binti Md. Hair (Khir) selaku urusetia.
27 November 2023 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan (FKMP) menawarkan Program Pentauliahan Profesional Dalam Teknologi Dron Pertanian. Sesi pendaftaran dilaksanakan pada 27 November 2023 (Isnin) jam 8:30 pagi bertempat di Air Asia Drone, Level 5-01 to 02, Sentral Vista, 130, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelaksanaan Program Pentauliahan Profesional ini dianjurkan khusus kepada 10 orang pegawai Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) di bawah peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bernilai RM296,847.50. Kursus ini berlangsung selama 95 hari bermula 27 November 2023 hingga 29 Februari 2024. 37 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA PELAKSANAAN PROGRAM PENTAULIAHAN PROFESIONAL DALAM TEKNOLOGI DRON PERTANIAN KUNJUNGAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) 28 November 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA), telah menerima lawatan dari Profesor Ts. Dr. Azme bin Khamis; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bertarikh 27 November 2023 (Isnin) bertempat di Bilik Seminar , aras bawah Pusat Pengajian Bahasa. Lawatan ini telah disambut oleh Prof. Madya Ts. Dr. Musli bin Mohammad; Pengarah PPBA. Dalam sesi lawatan ini turut hadir bersama Timbalan Pengarah PPBA, Ketua - Ketua Jabatan, Penolong Pendaftar Kanan dan Penolong Pegawai Tadbir.
29 November 2023 - Mesyuarat Penyelarasan APEL MQA bersama Pusat Penilaian APEL (PPA) telah diadakan pada 29 November 2023 di Pusat Penilaian APEL, Management And Science University (MSU). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengarah dan wakil PPA universiti awam dan swasta seluruh Malaysia. Selain berkongsi maklumat berkaitan pelaksanaan APEL, objektif utama mesyuarat ini adalah bertujuan membincangkan cadangancadangan penambahbaikan yang bolehdiambil untuk memantapkan lagi pelaksanaan APEL di Pusat Penilaian APEL. 38 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT MESYUARAT PENYELARASAN APEL AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) BERSAMA PUSAT PENILAIAN APEL (PPA) MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM EKSEKUTIF UTHM 2023 30 November 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) mengucapakan setinggi-tinggi tahniah kepada graduan Program Eksekutif UTHM yang telah diraikan di Majlis Konvokesyen Program Eksekutif UTHM Tahun 2023 pada 30 November 2023 bertempat di Dewan Sultan Ibrahim (DSI) UTHM. Sembilan (9) orang graduan telah menerima penganugerahan di mana dua (2) orang graduan telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Diploma Eksekutif Penerbangan Profesional iaituFakhru Arief bin Pakhrururzi dan Ammar Mustaqim bin Mustaffa. Tahniah dan selamat maju jaya.
27 November 2023 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan (FKMP) menawarkan Program Pentauliahan Profesional Dalam Teknologi Dron Pertanian. Sesi pendaftaran dilaksanakan pada 27 November 2023 (Isnin) jam 8:30 pagi bertempat di Air Asia Drone, Level 5-01 to 02, Sentral Vista, 130, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelaksanaan Program Pentauliahan Profesional ini dianjurkan khusus kepada 10 orang pegawai Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) di bawah peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bernilai RM296,847.50. Kursus ini berlangsung selama 95 hari bermula 27 November 2023 hingga 29 Februari 2024. 39 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | BULETIN PBBA PELAKSANAAN PROGRAM PENTAULIAHAN PROFESIONAL DALAM TEKNOLOGI DRON PERTANIAN LAWATAN PENANDA ARAS JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SERTA POLITEKNIK UNGKU OMAR 5 Disember 2023 - Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) UTHM telah menerima kunjungan dari Jabatan Pendidikan Politeknikdan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Politeknik Ungku Omar (PUO) bagi program Lawatan Penanda Aras APEL.A. Seramai 32 orang pegawai dari delegasi JPPKK dan PUO telah hadir dalam sesi taklimat yang dilaksanakan bertempat di Dewan Jamuan, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) UTHM. Program ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Ts. Dr Musli bin Mohammad; Pengarah PPBA, UTHM dengan memberikan ucapan aluan atas kesudian pihak JPPKK dan PUO menjadikan UTHM sebagai institusi penanda aras bagi pelaksanaan APEL.A. Seterusnya, program diteruskan lagidengan ucapan oleh Dr. Shamsuri bin Abdullah; Pengarah PUO. Sesi taklimat dan perkongsian berkaitan APEL pula telah disampaikan oleh Dr. Noor Zuraidin Mohd Safar; Timbalan Pengarah PPBA UTHM. Lawatan penanda aras inibertujuan untuk mengenalpasti dan mempelajari kaedah pelaksanaan yang berkesan dan juga amalan baik berkaitanpengurusan APEL.A serta dapat berkongsi maklumat mengenai pengalaman PPBA dalam aspek pelaksanaan sertaproses penilaian APEL.A yang dilaksanakan di UTHM.
40 BULETIN PBBA | PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 27 November 2023 - Perbincangan berkaitan pelaksanaan pensijilan profesional pelajar menerusi kerjasama industri bersama pihak Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) dengan kerjasama industri iaitu FESTO telah diadakan pada 13 Disember 2023 (Rabu) pada pukul 10:00 pagi bertempat di Bilik Perbincangan, Aras Bawah Blok B3 UTHM. Menerusi perbincangan hasrat tersebut kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan kerjasama dalam cadangan pensijilanprofesional dalam bidang elektrik & elektronik dan juga kimpalan. Objektif pelaksanaan kursus ini selain dapat memperkasakan lagi persijilan profesional universiti kepada pelajar, ianya bakal menampung kekurangan pekerja mahir yang berkemahiran tinggi dalam bidang elektrik & elektronik dan juga kimpalan dalam industri sebenar. Kursus ini direka khas dari permintaan yang tinggi dalam kalangan pekerja di industri. Sasaran kursus ini adalah terbuka kepada peserta dari kalangan pelajar FPTV khususnya dan UTHM amnya, terutama pelajar yang berminat. Pihak FPTV dengan kerjasama industri juga berhasrat menyediakan kertas cadangan yang bersesuaian mengikut keperluan/memenuhi pensijilan profesional menerusi program latihan pembelajaran beterusan. Di dalam sesi perbincangan tersebut, pihak JPBK yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pembelajaran Berterusan dan Kerjasama; Prof. Madya Ir. Dr. Saliza Azlina binti Osman telah menyalurkan informasi secara menyeluruh kepada pihak FPTV dalam menjayakan cadangan pensijilan profesional ini. Ianya merangkumi perincian berkaitan proses pelaksanaan latihan pembelajaran berterusan dan pensijilan terutamanya dari segi garis panduan, kaedah perlaksanaan, aspek kewangan, dan dokumentasi data. Justeru, bagi merealisasikan pelaksanaan pensijilan profesional sebegini, kursus yang bakal dilaksanakan adalah secara hands-on di mana ianya dilakukan secara praktikal di makmal yang bersesuaian/industri berkaitan selari dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik. PERBINCANGAN PELAKSANAAN PENSIJILAN PROFESIONAL PELAJAR MENERUSI KERJASAMA INDUSTRI SESI TEMUDUGA BERSAMA CALON APEL.A TAHAP 7 (SARJANA) 28 Disember 2023 - Sesi temuduga bagi calon APEL.A Tahap 7 (Sarjana) ini dijalankan secara dalam talian pada 28 Disember 2023 (Khamis). Panel penilai yang menilai adalah dikalangan panel penilai APEL.A yang telah menjalani latihan dan dilantik berdasarkan bidang calon. Sesi ini diadakan bagi menilai calon mengikut panduan dan syarat yang ditetapkan MQA. Di antara panel PPBA yang terlibat adalah Ts. Ida Aryanie bt Bahrudin, Ketua Jabatan APEL.A dan Dr. Muhamad Hanif bin Jofri selaku moderator.