The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO NILAI KEMASYARAKATAN MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jasonjerryjagar, 2022-06-19 23:29:11

BUDAYA HEDONISME

E-FOLIO NILAI KEMASYARAKATAN MALAYSIA

BUDAYA
HEDONISME

NAMA:

1. COLLIN WAN MERING 20DKM21F1019
2. JASON JERRY JAGAR 20DKM21F1022
3. RYAN LAING PILIP 20DKM21F1108

PROGRAM:
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
NAMA PENSYARAH:
FATIN FAQERIAH BINTI HAMSAH.
NAMA KURSUS:
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

PRAKATA

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya maka
buku ini telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan. Buku ini merupakan tentang penularan budaya
hedonisme yang menjadikan kesenangan dan kenikmatan
sebagai tujuan hidup terutamanya di kalangan generasi muda
hari ini semakin membimbangkan dalam kalangan
masyarakat pada masa kini. Dalam e-folio ini menekankan
aspek untuk mendedahkan para masyarakat pada tajuk-tajuk
asas yang difikirkan sesuai untuk dibincang dan dibahaskan
dalam kumpulan ataupun di dalam kelas di samping dikaji
dengan lebih mendalam lagi.

Dalam menyediakan e-folio ini, pelbagai cabaran dan
rintangan yang perlu dihadapi sebelum dapat menghasilkan
sebuah e-folio yang terbaik dari segi isi penyampaiannya.
Buku ini menjelaskan konsep budaya hedonisme dan latar
belakang budaya tersebut. Buku ini bukan sahaja mengupas
dengan lebih terperinci mengenai amalan budaya hedonisme
pada era sebelum, pasca dan sekarang tetapi juga turut
memberikan perhatian apa kesan yang didapati di negara ini
pada perspektif zaman sekarang.

Akhir sekali,e-folio ini dapat dihasilkan dengan bantuan dan
sokongan dari pensyarah kami,ahli kumpulan,rakan-rakan
secara langsung dan tidak langsung dan sebagainya.Kami
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelbagai
pihak yang telah memberi komen penambahbaikan dalam
meyediakan dan menghasilkan e-folio ini.

OBJEKTIF

i. Budaya hedonisme telah dikenal pasti sebagai agen
penghakis amalan tradisi dalam sesuatu budaya. Budaya ini
terjadi melalui media hiburan yang dibawa dari barat yang
merosakan akhlak para remaja.

ii. Hedonisme menurut pengertian Kamus Dewan ialah
keseronakan atau kesenangan hidup. Dengan erti lain mereka
mengamalkannya berangapan bahawa kesenangan dan
kenikmatan adalah merupakan tujuan hidup mereka.

iii. Golongan ini telah perpesong dalam gejala-gejala yang
bertentangan dengan kehidupan yang sebenar seperti minum
arak, seks bebas, parti liar dan sehingga ke peringkat
menolak agama.

ISI KANDUNGAN

ISI MUKA SURAT
PENGENALAN
FAKTOR-FAKTOR 5
KESAN-KESAN 6-11
CARA MENGATASI 12-17
CONTOH ISU 18-22
KESIMPULAN 23-25
26
LATIHAN 27
PENGUKUHAN

RUJUKAN 27
LAMPIRAN 28-30

PENGENALAN

• Budaya hedonisme telah melahirkan generasi muda yang
tidak mementingkan masa depan. Masalah hedonisme
semakin berleluasa di kalangan remaja. Ia hanya
menginginkan keseronokan tanpa matlamat hidup yang
tinggi. Baginya hidup hanya untuk bersuka ria dan berfoya-
foya tanpa merancang masa depan yang lebih cerah. Budaya
ini juga telah dikenal pasti sebagai agen penghakis amalan
berbudi bahasa dalam kalangan anak muda. Melalui media
hiburan yang dibawa dari Barat, anak-anak muda telah
didedahkan dengan adat pertuturan yang kasar, gaya
pemakaian yang menjolok mata dan cara pergaulan yang
bebas. Ini adalah kesan yang diperolehi dari cara mereka
berseronok mengikuti hiburan yang melampau yang
didedahkan kepada mereka tanpa sekatan. Akibat daripada
ideologi ini , mereka telah terpesong dalam gejala-gejala
yang bertentangan dengan norma kehidupan seperti arak ,
seks bebas dan sehingga ke peringkat menolak agama.
Impak daripada pengembangan budaya hedoinisme ialah
permasalahan sosial yang berleluasa dalam masyarakat.
Ramai ahli akademik berpendapat hedonisme adalah faktor
utama masalah sosial dan keruntuhan akhlak.

FAKTOR-FAKTOR BUDAYA
HEDONISME

PENGARUH RAKAN SEBAYA

• Pengaruh rakan sebaya juga menjadi faktor berlakunya
pergaulan bebas tanpa batasan. Para remaja yang lemah
imannya dan kurang cerdik akalnya akan mudah dipengaruhi
oleh rakannya yang mempunyai ahklak yang buruk. Apabila
remaja tersebut mempunyai sifat seperti di atas, memang tidak
mustahil akan berlakunya pergaulan bebas dan mempunyai
akhlak yang buruk disebabkan tiadanya pegangan iman yang
kukuh dan juga tidak mahu dianggap kolot oleh rakannya yang
lain.

PENGARUH MEDIA MASSA

• Melalui perkembangan media massa, pengaruh budaya
hedonism ini dapat menular ke negara ini dengan begitu
mudah. Hedonisme ini boleh dianggap neokolonialisme
yang juga bermaksud amalan geopolitik menggunakan
kapitalisme, globalisasi perniagaan dan imperialisme
budaya untuk mempengaruhi negara yang khususnya
menyerangi generasi muda. Pelbagai konsep dan cara
hidup seperti minum arak, melepak, mengunjungi pesta
liburan, seks bebas, parti liar dan sebagainya. Secara
jelasnya, konsep yang dikemukakan itu hanya
mengutamakan kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang
paduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama.

KURANG PEGANGAN
AGAMA

Faktor agama adalah penting di dalam kehidupan seorang manusia dan
apabila pegangan agama masyarakat terutamanya di dalam diri
golongan muda tidak teguh, mereka tidak akan mendapat ketenangan
jiwa dan inilah menyebabkan mereka mudah terjerumus dalam kancah
budaya hedonisme. Kesan globalisasi dunia tanpa sempadan ini menjadi
punca kepada budaya ini sehingga ada yang menghalalkan cara hidup
barat yang sangat bertentangan dengan ajaran agama Kristian, Islam dan
lain-lain. Di sini ingin menggalakan agar golongan muda dapat
memupuk nilai-nilai murni di dalamdiri agar dapat mengelakkan diri
daripada budaya hedonisme.

KURANG PENGAWALAN
ATAU PENGAWASAN IBU BAPA

Peranan ibu bapa adalah sangat penting di dalam hidup seorang anak.
Sikap ibu bapa yang kurang mengawasi anak-anak mereka juga
memberi peluang kepada remaja-remaja untuk keluar lepak dan

menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat
yang boleh merosakkan akhlak para remaja. Kebanyakan ibu bapa
zaman ini lebih mengajar kemewahan dunia-wi dan kepentingan
materialistik sehingga mengabaikan kebajikan anak mereka sendiri.

Keruntuhan Institusi
Kekeluargaan

• Keruntuhan institusi
keluarga dan
permasalahan
rumah tangga yang
berpunca daripada
penceraian,
poligami dan
sebagainya juga
memberi tekanan
kepada jiwa para
remaja dan anak-
anak. Sekaligus
menyebabkan
mereka bertindak
mencari
ketenangan di luar
rumah dan
menghabiskan masa
bergaul dengan
rakan-rakan yang
memahami
perasaan dan
masalah mereka.

KESAN-KESAN
BUDAYA
HEDONISME

BUDAYA HEDONISME
DIANGGAP HEBAT DAN MODEN

• Golongan muda mengagungkan
budaya hedonisme yang
menggambarkan kemodenan dan
kemajuan masyarakat yang
mengamalkannya. Budaya ini
mengutamakan hiburan dan
pergaulan bebas yang dapat
menaikkan kepuasan berhibur
pada tahap yang maksimum.
Mereka sanggup menghabiskan
banyak wang dan masa dengan
memenuhi banyak keinginan dan
objek yang menarik (fesyen,
barang
mewah).Akibatnya,golongan
muda berasa bangga meniru
budaya dan cara hidup hedonisme
kerana budaya tenpatan dianggap
tidak sesuai dengan keperluan
mereka.

JATI DIRI YANG LEMAH

Tiada identiti sendiri, mudah terpengaruh sehingga terikut-ikut
dengan budaya hedonisme. Hal ini kerana golongan muda
cenderung berbuat apa saja dengan mengenepikan sikap malu
dan adab sopan asalkan dapat berhibur.Golongan muda amat
mudah terpengaruh dengan budaya hedonisme seperti punk,
black metal dan juga hidup bermewah melebihi
kemampuan.Jiwa golongan muda menjadi lemah dan mudah
terpengaruh, keruntuhan akhlak, tidak menghargai diri, tiada
pendirian dan tidak berwawasan

GANGSTERISME

Gangsterisme merupakan budaya yang tidak asing lagi dalam negara
kita. Budaya seperti ini telah berjaya memesongkan sahsiah dalam
kalangan masyarakat kita terutama dalam golongan remaja. Apabila
kurangnya pendedahan terhadap didikan agama maka masalah ini
tidak dapat dibendung. Media massa juga mempengaruhi aktiviti
gangsterisme dengan memaparkan sudut-sudut negatif yang
menggalakkan berlakunya budaya ini. Sebagai contohnya, terdapat
pelbagai filem dari barat termasuklah di negara kita sendiri yang
menunjukkan elemen keganasan justeru dapat merosakkan sahsiah
remaja kita. Oleh yang demikian, amalan gangsterisme amat
berbahaya kerana dapat meruntuhkan akidah dan sahsiah masyarakat
Islam.

JENAYAH SEKSUAL GIAT BERLAKU

Jenayah seksual di kalangan remaja bukan lagi isu baru di
Malaysia malah semakin meningkat sejak kebelakngan ini.
Seolah-olah ia menjadi trend masyarakat remaja sekarang
yang terpaksa kita hadapi. Dari sudut biologi dan organismik
remaja yang mula mencapai aqil baligh, perubahan hormon
amat ketara. Ia bermula sekitar umur 12 hingga 20 tahun
semua organ akan membesar dengan pesat di mana bentuk
badan seseorang remaja mulai berubah dengan jelas terutama
perempuan. Ini menyebabkan naluri seks timbul sebagai
tututan biologi. Apabila perkembangan ini tidak dipengaruhi
oleh emosi yang stabil, intelektual, moral dan budaya yang
baik maka ianya akan terpesong dan mudah terpedaya.

KERUNTUHAN PERTAHANAN
DALAMAN NEGARA

Justeru, hedonisme bakal meruntuhkan tembok pertahanan
dalaman negara.Remaja
masa kini semakin hilang jati dirinya dek ditelan oleh nafsu buas
hedonisme.Semangat patriotik dan cinta akan negara semakin
pudar dan luntur.Tembok pertahanan akan mula lemah dan
mungkin akan roboh menyembah bumi suatu ketika nanti. Sedar
atau tidak, hedonisme merupakan satu senjata sulit dan agenda
barat serta gerakan Zionisme dalam melemahkan dan
meruntuhkan institusi dalam masyarakat kita. Kala leka
berhibur, bila-bila masa sahaja pesawat pejuang Zionis boleh
menjunamkan bom dan peluru untuk meranapkan negara yang
penuh dengan harmoni ini.



GERAKAN DAKWAH
AGAMA

 Gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan lagi dalam
kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja. Para
pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka
supaya lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang
disampaikan. Mereka juga perlu mengubah cara mereka
menyampaikan dakwah. Mereka haruslah mengetengahkan
dakwah mereka berkaitan dengan mengapa pengangan
agama seseorang mudah luntur yang menjeruskan kepada
perkara yang tidak baik .Para pendakwah haruslah bijak
dalam mengatur strategi untuk memantapkan iman para
remaja dengan menerangkan bahawa agama Islam
bukanlah agama yang membebankan atau menyusahkan
mereka malahan Islam adalah satu-atunya agama yang
suci. Apabila mereka tiada pegangan agama mereka lebih
gemar meniru budaya luar terutama budaya barat yang
mereka anggap moden dan terkini.

IBUBAPA HARUS MENJADI
CONTOH

• Ramai ibubapa sekarang yang tidak mempedulikan
anak-anak mereka kerana terlalu sibuk dengan
kerjaya masing-masing. Sebagai ibubapa kita
haruslah menjadi contoh yang terbaik untuk anak-
anak kerana dengan cara ini mereka akan merasakan
diri mereka disayangi dan dalam masa yang sama
dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak
baik. Ibubapa haruslah meluangkan masa dan
bersantai bersama anak-anak mereka agar dapat
mengeratkan lagi hubungan dalam institusi
kekeluargaan

MENCATAT SETIAP
PERBELANJAAN

Gaya hidup hedonisme berkaitan dengan sifat boros. Oleh
sebab itu, cara mengatasi hedonisme adalah mencatat
setiap perbelanjaan semasa membeli barang. Dengan
demikian dapatlah kita mengawal kewangan kita dan
menerapkan hidup secara berjimat cermat.

BIJAK MEMILIH RAKAN

Sesuai dengan sifat ingin tahu yang tinggi serta gemar untuk
berkawan, sudah tentulah remaja akan mudah didampingi oleh
ramai rakan-rakan tanpa mengira peringkat usia. Adalah
penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan
yang baik untuk menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik.
Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk belajar
bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran,
mendengar nasihat ibubapa serta menjadikan guru-guru sebagai
idola untuk maju dalam kehidupan.

CONTOH ISU





KESIMPULAN

Kesimpulannya,semua pihak seharusnya bekerjasama agar
dapat membanteras budaya hedonisme atau keseronokan
yang melampau yang boleh mengganggu keamanan dan
keharmonian negara.Oleh itu amatlah penting semua pihak
sama ada muda atau dewasa sedar akan cabaran dan kesan
budaya hedonisme di dalam negara agar perkara ini tidak
meluas di negara dan negara kita juga tidak dipandang
rendah oleh negara lain.Dengan membanteras budaya ini
kita dapat membentuk rakyat yang perpaduan dan dapat
hidup dengan aman

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Berikan definisi hedonism?
2. Adakah pengaruh media sosial merupakan salah

satu faktor budaya hedonisme?
3. Wajarkah masyarakat mengamalkan budaya

hedonisme?
4. Apakah kesan budaya hedonisme kepada negara?
5. Adakah ibubapa patut membiarkan anak-anak

mereka terjebak dalam budaya hedonisme?

RUJUKAN

• Martua P butarbutar, Martua P Butarbutar,2015,
Hedonisme Arus Balik Demokrasi: Hedonism
Backflow of Democracy

• Danial Zainal Abidin,2014, Quran Saintifik- Edisi
Kemas Kini

• https://mohamadazemi2013.blogspot.com/2013/02/es
ei-kesan-hedonisme.html

• https://123dok.com/document/yjmv31my-budaya-
hedonisme-definisi-punca-punca-kesan-dan-
penyelesaiannya.html

• http://sharulazlan92.blogspot.com/2011/04/memaham
i-maksud-budaya-hedonisme.html

LAMPIRAN





SINOPSIS

Budaya hedonisme telah dikenal pasti
sebagai agen penghakis amalan tradisi dalam
sesuatu budaya. Melalui media hiburan yang

dibawa dari Barat , generasi muda telah
didedahkan dengan alat pertuturan yang
kasar , gaya pemakaian yang mencolok mata

dan cara pergaulan yang bebas.


Click to View FlipBook Version