Kesan Kemusnahan Flora dan Fauna
Nama : Lo Chorng Ann
Kelas : 3 Futuristik
1. Kitaran kehidupan akan terjejas
- Apabila haiwan-haiwan dan tumbuhan
mengalami kepupusan yang serius, ia turut
menjejaskan kitaran kehidupan. Contohnya,
haiwan yang diburu boleh menyebabkan
kepupusan. Apabila tiada lagi harimau untuk
mengawal populasi rusa dan kijang.
Haiwan-haiwan ini terus membiak dan mampu
merosakkan kawasan rumput di sekitarnya.
2. Hakisan tanah dan tanah runtuh
Akibat dari pembakaran yang tidak terkawal dan pembukaan
tanah baru mendorong tanah runtuh berlaku. Akar-akar pokok
secara tidak langsung mencengkam tanah daripada runtuh.
Akar-akar ini akan memastikan tanah sentiasa berada dalam
kedudukan semulajadi. Tetapi apabila hutan dan pokok-pokok
digondol, tiada lagi akar-akar yang mencengkam tanah. Apabila
tiada lagi sokongan pada tanah, tanah tidak lagi mampu untuk
menampung segala benda di atasnya. Hasilnya, hakisan tanah
atau tanah runtuh berlaku. Dahulu negara di gemparkan
dengan tragedi tanah runtuh di Genting Highlands dan
Highlands tower. Jika diperhatikan kawasan sekelilingnya tidak
banyak pokok dan ini menyebabkan hakisan tanah sekaligus
tanah runtuh pun berlaku.
3. Mencacatkan pemandangan alam
Apabila flora dan fauna yang sebelum ini
menyerikan alam semulajadi mengalami
kepupusan, yang terbentang di depan mata
hanyalah kawasan gersang dan gondol seperti
gurun. Malaysia yang kaya dengan pelbagai
jenis spesis tumbuhan dan haiwan serta hutan
hujan tropika bertukar menjadi padang jarak
padang terkukur. Sudah tentu keadaan ini
mencacatkan pemandangan alam semulajadi.