The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozerina manaf, 2024-02-08 07:53:47

Dokumentasi MuLHaq_SABAR

Dokumentasi MuLHaq_SABAR

Mulakan Hari Dengan Al-Qur’an


PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK PENGETUA DAN GURU BESAR (PGB) PROGRAM RESIDENSI & IMMERSION (PRIme) PERINGKAT KEBANGSAAN 2022 NAMA : KHAIROL AZMI BIN IBRAHIM JAWATAN : PENGETUA TAHUN : 2022 SEKOLAH : SMK ABU BAKAR AL-BAQIR DAERAH : KERIAN NEGERI : PERAK e-MAIL : [email protected]


MULHAQ PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID Tn. Hj. Khairol Azmi Bin Ibrahim Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir (SABAR) Abstrak SMK Abu Bakar Al Baqir (SABAR) merupakan kategori sekolah luar bandar. Amalan baik MULHAQ tercetus daripada sesi perbincangan , sumbang saran dan kutipan data SSDM. Data yang diperoleh menunjukkan kualiti sahsiah murid belum berada pada tahap cemerlang iaitu kes salah laku murid 20.30% pada tahun 2018. Pihak sekolah telah mengambil inisiatif melaksanakan MULHAQ ( Mulakan Hari Dengan Al-Quran ) dengan slogan “Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”. Program ini dilaksanakan hasil penelitian masalah sahsiah murid. Natijahnya dapat memangkinkan kemenjadian murid secara holistik. MULHAQ dilaksanakan setiap awal pagi pada hari persekolahan . Semua murid yang hadir ke sekolah akan mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran daripada Radio Al-Quran semasa melalui Laluan As-Salam. Setelah tiba di tapak perhimpunan, bacaan alQuran pula dipimpin oleh Naqib selama sepuluh minit . Warga sekolah sederap untuk menjayakan program ini, seterusnya merealisasikan visi dan misi sekolah. MULHAQ memberi celik minda kepada murid selari dengan objektif yang ingin dicapai. Usaha pihak sekolah melaksanakan MULHAQ telah memberikan impak positif terhadap karakter murid. Hal ini terbukti dengan penurunan kes salah laku murid daripada 20.30% (2018) kepada 12.9% (2021). Kehadiran murid telah meningkat daripada 91.95% (2018) kepada 97.23% (2021). Keputusan peperiksaan SPM juga menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) daripada 4.21 (2019) kepada 3.99 (2021). Sekolah juga telah dinobatkan sebagai johan dalam Penarafan dan Pengiktirafan Pengurusan Sahsiah (Sekolah Menengah) Peringkat Negeri tahun 2021 dan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Harapannya MULHAQ akan merealisasikan kemenjadian murid . Kata Kunci - MULHAQ , holistik, natijah, naqib, karakter


ISI KANDUNGAN Isi Kandungan Muka Surat 1.0 Pengenalan 1 2.0 Latar Belakang Masalah 1 3.0 Pernyataan Masalah 2 4.0 Objektif Program 3 5.0 Teori yang Dipilih 3 6.0 Kaedah Pelaksanaan 5 7.0 Impak/ Kesan Kepada Masalah 5 8.0 Pengiktirafan 9 9.0 Kesimpulan 9 10.0 Rujukan 10 11.0 Tindakan Susulan 12.0 Lampiran


1.0 Pengenalan SMK Abu Bakar Al Baqir dibuka pada 2 Januari 1989 hingga kini. Menempuh pelbagai cabaran,dugaan dan kejayaan dengan membawa visi dan misi yang jelas sebagai peneraju pendidikan berkualiti untuk membangunkan sekolah unggul bagi menyediakan murid yang holistik dan kalis masa depan dengan slogan “Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak” dan “Proud To Be Sabarians”. Hasrat ini acap kali dikongsi dalam semua perjumpaan oleh tuan pengetua dengan jelas kepada seluruh warga sekolah termasuk kepada pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.Sekolah yang seratus peratus terdiri daripada pelajar muslim memudahkan pihak pentadbiran membentuk pelajar dengan acuan islamik menggunakan metodologi SUMUR sahsiah unggul murid.Penerapan menggunakan 4 modul iaitu Modul Mutadayyin,Modul Jati Diri,Modul Budi Bahasa dan Modul Penampilan Diri.MULHAQ (Mulakan Hari Dengan Al-Quran) adalah salah satu program di bawah Modul Mutadayyin. Pengetua sebagai peneraju bersama-sama barisan pentadbiran membawa modul ini setiap kali ucapannya dan setelah 6 tahun diaplikasi dengan pelbagai aktiviti membuahkan hasil kerana sekolah kini dapat mengurangkan masalah disiplin dengan akhlak terpuji dan pencapaian akademik serta kokurikulum meningkat. Motto SUMUR “Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak “ telah dijadikan motto sekolah seiring dengan objektif TS25 iaitu membangunkan persekitaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid. 2.0 Latar Belakang Masalah Dalam usaha mengejar arus kemodenan dan kemajuan ,nilai-nilai peradaban masyarakat semakin mundur tidak sejajar dengan pembangunan Malaysia. Dewasa ini kita telah diterjah oleh pelbagai masalah atau kes-kes gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat terutama golongan murid.Oleh kerana murid merupakan golongan yang akan menjadi pelapis negara ini maka perkara ini tidak boleh dipandang sebagai perkara yang remeh.Masalah ini boleh memberikan impak yang negatif kepada negara kita.Jika masalah ini semakin melarat maka ia akan memberikan satu implikasi yang negatif kepada negara dan bangsa kita. Masalah ini berlaku mungkin disebabkan banyak faktor.Faktor-faktornya seperti kelalaian ibu bapa,pengaruh persekitaran dan lain-lain. Kepincangan institusi kekeluargaan juga menjadi faktor masalah gejala sosial ini. Ibu bapa yang sibuk dengan urusan kerja masing-masing, tiada masa untuk memberikan sepenuh perhatian kepada anak-anak mereka. Faktor-faktor lain, ialah berpunca daripada kesan dunia tanpa sempadan. Budaya-budaya kuning dari barat dengan mudah memasuki negara kita melalui pengantaraan media, tidak kira 1


media cetak atau media elektronik. Murid mudah mendapat pengetahuan atau informasi yang negatif. Dengan adanya teknologi terkini murid juga boleh membuka internet dengan hanya menggunakan telefon bimbit mereka sendiri. Hanya dengan membuka internet dan klik sahaja mana-mana laman yang mereka suka. Jadi tidak hairanlah gejala sosial ini tumbuh bak cendawan selepas hujan selaras dengan kemajuan dalam masyarakat dan sentiasa bertukar mengikut perkembangan semasa . Masalah yang dihadapi belum dapat diselesaikan, malah ia semakin parah, mencemaskan dan menghantui pelbagai pihak. Ibarat api dalam sekam, jika dibiarkan marak tanpa kawalan sudah tentu mengundang padah yang lebih buruk. Kita janganlah mengambil sikap menunggu sehingga keadaan menjadi serius baru tindakan mahu diambil kerana dikhuatiri apabila sampai ke peringkat itu kelak, segala-galanya mungkin sudah terlambat. Maka mereka perlu mempunyai keupayaan untuk mengimbangi pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat.Pembangunan sahsiah penting dalam membina satu generasi pelapis yang bakal memimpin negara di masa akan datang. Pembangunan yang dilakukan perlulah seiring dari semua aspek iaitu aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang berpandukan ajaran Al-Quran dan Sunnah. MULHAQ merupakan usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi melaksanakan program pembangunan sahsiah murid bagi mencegah masalahmasalah sosial yang berlaku pada masa kini. Pembangunan sahsiah ini perlu bagi murid kerana ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan mereka. 3.0 Penyataan Masalah Program ini dilaksanakan memandangkan pelbagai masalah dalam kalangan murid.Murid-murid yang beragama islam sepatutnya tidak akan melakukan kesalahan-kesalahan atau masalah-masalah sosial yang boleh mencemarkan status mereka sebagai pelajar islam.Program MULHAQ ini dilaksanakan bagi mengurangkan masalah disiplin murid seperti perlakuan ponteng sekolah,perlakuan berunsur kurang sopan dan perlakuan berunsur vandalism.Walaupun terdapat penurunan tingkah laku negatif namun ia masih bersifat sementara dan belum mencapai tahap maksimum. Kejayaan membentuk sahsiah murid ini juga perlu di lihat dari aspek keberkesanan program MULHAQ ini. Malah keberkesanan sesuatu pendekatan banyak di pengaruhi oleh pelbagai faktor. Di antara faktor yang perlu di ambil perhatian dalam pembangunan sahsiah dalam program MULHAQ ini ialah budaya sekolah. Sokongan dari pihak pengetua dan kejelasan kefahaman di antara warga sekolah dan pihak pentadbir terhadap program MULHAQ ini akan membuahkan kejayaan. Berdasarkan penelitian terhadap isu sahsiah dalam kalangan murid sabar sepanjang tahun 2018-2021, didapati masalah disiplin 2


pelajar menunjukkan kepada perubahan yang positif. Lantaran itu pihak sekolah memperkemaskan lagi program ini bagi meningkatkan pembangunan diri dan sahsiah murid selaras dengan hasrat membangunkan modal insan. Tuan pengetua telah meminta seluruh warga sekolah untuk mengambil langkah berkesan dalam usaha memberi fokus sepenuhnya kepada usaha pembangunan sahsiah serta membendung permasalahan disiplin dalam kalangan murid di SABAR. Malah keberkesanan program perlu mengambil kira keperluan perkembangan murid. Suatu pendekatan proaktif kepada pembangunan program ialah dengan adanya input dari guru, pelajar, kaunselor, pihak pentadbir melalui penaksiran keperluan yang berkala, di mana kemungkinan dapat memaksimumkan sumber dan perkhidmatan kepada murid . Penulisan ini dilakukan untuk melihat sejauhmana program yang dilaksanakan berjaya diaplikasikan dengan lebih luas kerana isu disiplin murid ini adalah saling berkaitan dalam sistem organisasi sekolah dan bukan sekolah. Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kejayaan perlu diambil kira. Setiap individu perlu difahami dan didengari pandangan mereka, malah aspek saling perlu memerlukan di antara subsistem dalam sistem sekolah perlu diperkemaskan. Setiap pendekatan atau intervensi pembangunan sahsiah dan disiplin murid perlu menjadi di antara matlamat utama dalam setiap perkara yang dilakukan.Ini bertepatan dengan matlamat dan hala tuju yang ditekankan oleh pengetua agar semua program yang dilaksanakan di sekolah mestilah memasukkan elemen SUMUR dengan motto “Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”. 4.0 Objektif Program 1. Meningkatkan sahsiah diri pelajar 2. Meningkatkan GPS sekolah 3. Meningkatkan pencapaian kokurikulum 5.0 Teori yang diaplikasikan dalam pendekatan kepada penyelesaian masalah Bagi menangani isu ini pihak sekolah telah menggunakan teori ishikawa sebagai salah satu metode untuk menganalisi penyebab sesuatu masalah. Selain itu ia digunakan untuk mendapat beberapa kata kunci yang memberikan input paling signifikan terhadap isu yang dihadapi. Sumber-sumber ini kemudian dipilih untuk proses penambahbaikan dalam program MULHAQ. Teori ini juga menggambarkan hubungan antara berbagai faktor yang mungkin mempengaruhi antara satu sama lain. 3


Gambar di bawah adalah teori ishikawa yang digunakan di SABAR. Dalam penyelesaian isu ini beberapa indikator telah dikenal pasti sebagai pemangkin kepada kejayaan program mulhaq ini.Antaranya ialah 1. Manusia : SABAR mempunyai kekuatan guru-guru agama seramai 12 orang yang mempunyai pengalaman dan bersama-sama seiring dengan pihak pentadbir bagi menjayakan program ini.Setiap hari program ini berlangsung pasti akan ada guru agama yang menjadi pembimbing kepada murid. 2. Mesin : SABAR mempunyai peralatan ICT yang mencukupi sama ada di dewan,surau,bilik-bilik khas,dataran Abu Bakar Al Baqir dan di lokasi yang lain yang selalu dijadikan tempat untuk pelaksanaan program MULHAQ.Radio Al-Quran juga dipasang seawal jam 7 pagi bagi sesi pagi dan sesi petang pada jam 6.35 petang sebelum murid pulang. 3. Persekitaran : SABAR mempunyai 2 buah surau dan dewan Ibnu Khaldun yang selesa untuk digunakan oleh warga SABAR di dalam kawasan sekolah.Surau dan dewan yang boleh memuatkan semua pelajar sabar memudahkan lagi pengurusan program MULHAQ dilaksanakan.Selain itu kemudahan asrama juga memberikan peluang yang luas kepada pihak sekolah untuk menanamkan lagi rasa cinta kepada Al-Quran dengan mendidik pelajar untuk menjadikan bacaan AlQuran sebagai rutin harian. 4. Bahan : Setiap murid dibekalkan dengan buku kecil surah-surah pilihan.Setiap hari semua murid akan membaca surah-surah yang telah ditentukan mengikut hari contohnya pada hari rabu surah Al-Mulk.Selain itu program ini juga dilaksanakan dengan menggunakan data dan peranti di makmal komputer untuk menarik minat murid. 5. Kaedah :Pendekatan pelbagai kaedah kerohanian oleh semua warga sekolah tidak kira pihak pentadbir,guru agama,guru akademik dan warga sekolah yang lain telah menjayakan program ini.Contohnya guru subjek pertama akan bersama-sama dengan murid untuk membaca sekurang-kurangnya 1 muka surat Al-Quran sebelum sesi pengajaran bermula. 4


6.0 Kaedah Pelaksanaan Isu yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al Baqir ialah kualiti sahsiah murid masih belum berada di tahap maksimum.Oleh itu pihak sekolah telah berbincang dan tercetusnya idea untuk melaksanakan program MULHAQ (Mulakan Hari Dengan Al-Quran) sebagai wadah utama bagi menyelesaikan isu ini.Ini kerana apabila seorang hamba memperbaiki hubungan dengan penciptanya secara langsung akhlak seseorang manusia itu akan berubah kearah akhlak mahmudah. Dalam program MULHAQ ini ditekankan 3 aspek iaitu amalan membaca AlQuran setiap hari,muhasabah diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dan zikir harian yang terdapat di dalam kad sumur yang telah diedarkan kepada semua warga sekolah.Kad ini memudahkan lagi murid untuk menjadikan zikir sebagai amalan harian mereka. Senarai Inisiatif / Strategi Mengikut Keutamaan : 1. Menyediakan modul dan buletin nilai-nilai murni yang baik kepada warga sekolah. 2. Meningkatkan dan mewajibkan guru memberi motivasi selama 5 minit sebelum memulakan sesi pembelajaran di sekolah . 3. Meningkatkan amalan dan aktiviti MULHAQ dalam persekitaran pembelajaran di sekolah . 4. Meningkatkan kerjasama dengan pihak luar untuk memberi contoh teladan kejayaan yang baik melalui ceramah,motivasi dan sebagainya. 5. Meningkatkan kesedaran amalan nilai murni kepada anak-anak dalam kalangan ibu bapa.Ini adalah kerjasama pihak sekolah bersama dengan PIBG. 7.0 Impak /Kesan kepada masalah Impak atau kesan daripada program MULHAQ ini dapat dilihat daripada dapatan data HEM,kurikulum dan kokurikulum murid di SABAR. Kehadiran Pelajar Kesan positif yang dapat dilihat ialah daripada data peratus kehadiran murid ke sekolah yang menunjukkan peningkatan peratus kehadiran murid bagi tahun 2018 sehingga 2021.Berdasarkan jadual 1 dan jadual 2,didapati bahawa peratus keseluruhan kehadiran murid pada tahun 2018 (91.95 %) , tahun 2019 (93.10%),tahun 2020 (86.61%) telah meningkat pada tahun 2021 (97.23%) . 5


Jadual 1 Peratus kehadiran murid BULAN 2018 2019 2020 2021 JAN 95.00 95.94 95.07 99.94 FEB 94.22 93.26 94.23 99.99 MAC 94.91 93.84 95.48 100 APR 93.07 92.36 0 87.80 MEI 93.92 92.75 0 95.68 JUN 85.77 91.62 94.60 100 JUL 90.83 93.00 91.34 100 OGOS 92.39 93.55 90.04 100 SEP 91.39 92.82 90.39 100 OKT 91.91 93.49 84.83 100 NOV 88.06 91.44 43.47 95.08 DIS 0 0 0 88.26 KESELURUHAN 91.95 93.10 86.61 97.23 Jadual 2 Peratus kehadiran murid Data Pengurusan Amalan Baik (SSDM) Kesan positif yang dapat dilihat ialah daripada Data Pengurusan Amalan Baik (SSDM) yang menunjukkan pengurangan bilangan kesalahan murid bagi tahun 2018 sehingga 2021.Berdasarkan jadual 3 dan jadual 4,didapati bahawa bilangan kesalahan murid pada tahun 2018 sehingga 2021 menunjukkan penurunan . 6


Jadual 3 Bilangan kesalahan murid Jadual 4 Bilangan kesalahan murid 7


Pencapaian Kurikulum Kesan positif program MULHAQ kepada pencapaian murid dalam bidang kurikulum dapat dilihat melalui beberapa elemen pengukuran utama iaitu : 1. Graf SPM mengikut GPS Graf GPS SPM SABAR menunjukkan peningkatan daripada tahun 2018 (4.54), tahun 2019 ( 4.21), tahun 2020 (4.12) dan tahun 2021 (3.99).Ini menunjukkan perkembangan positif program MULHAQ kepada akademik murid. Pencapaian Kokurikulum Pencapaian murid-murid SABAR daripada aspek kokurikulum sangat memberangsangkan.Setiap kali mereka berjuang di dalam mana-mana pertandingan mereka mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak mudah berputus asa.Natijahnya banyak pertandingan yang disertai akan membawa kejayaan kepada diri mereka dan mengharumkan nama SABAR. Pencapaian terkini murid-murid Sabar bagi tahun 2022 ialah : 1. PADNI :Johan E Tarannum Peringkat Daerah Kerian dan juga tempat ke-3 Peringkat Negeri Perak. 2. PADNI : Johan Daerah Kalimatussobah Lelaki. 3. BADMINTON : Johan keseluruhan Badminton Daerah Kerian. 4. CATUR : Johan Bawah 15 Lelaki dan Bawah 15 Perempuan Catur Daerah Kerian serta Naib Johan Bawah 15 Perempuan Peringkat Negeri Perak. 5. BOLA JARING : Johan Bola Jaring Bawah 18 Daerah Kerian. 6. BOWLING : Johan dan Naib Johan Daerah Kerian Lelaki 18 dan Johan Daerah Kerian Perempuan 15.Naib Johan Daerah Keseluruhan 7. E-MAHRAJAN : Johan Peringkat Negeri Lelaki Kategori Hafazan dan Johan Peringkat Negeri Perempuan Kategori E-Tazkirah. 8


8.0 Pengiktirafan Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak pentadbir bersama warga sekolah untuk memastikan program SUMUR ini berjaya dan dapat menanam akhlak yang baik dalam kalangan warga sekolah. Hasil usaha dan kerjasama semua pihak pada tahun 2017 dan 2018 ,SMK Abu Bakar Al Baqir telah diberi penghormatan dan penghargaan apabila seorang murid Sabar Siti Nor Ashikin Binti Mat Rahim dianugerahkan sebagai Tokoh Sumur SMK Negeri Perak.Selain itu, Siti Nor Ashikin Binti Mat Rahim juga mendapat Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2 tahun berturutturut.Kemenjadian murid ini diteruskan lagi oleh Nur Alia Afriena Binti Hairuddin yang mendapat Johan E-Tarannum Peringkat Negeri 2020 dan Naib Johan ETarannum Peringkat Kebangsaan 2020.Pada tahun 2021,Nur Aina Syazwani Binti Mohamad telah mendapat Johan E-Tarannum Peringkat Daerah Kerian.Semangat juang ini diteruskan apabila pada tahun 2022,Nur Aina Syazwani Binti Mohamad telah mendapat Johan E-Tarannum Peringkat Daerah Kerian dan tempat ke-3 Peringkat Negeri Perak.Pada tahun 2021 juga SABAR telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengurusan Sahsiah Terbaik & Anugerah Amalan Sahsiah Terbaik Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2021. 9.0 Kesimpulan Dengan adanya program seperti ini,diharapkan dapat melahirkan murid yang hidup sentiasa berpaksikan agama sebagai tunjang kehidupan.Hal ini demikian,selaras dengan tuntutan agama yang amat menekankan hidup berpandukan wahyu daripada Allah S.W.T. Justeru, usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah selama ini selaras dengan tuntutan agama,supaya kumpulan sasar kita dapat berubah ke arah kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan. Mari kita sama-sama berdoa,agar usaha murni kita ini diterima oleh Allah S.W.T sebagai amal soleh dan kita sama-sama memperolehi keberkatan dan ganjaran daripada-Nya.Semoga segala usaha kita ini dapat merealisasikan slogan “membina ilmu menyempurnakan akhlak”. 9


Rujukan Abdullah Sani Yahaya. (2006). Mengurus disiplin pelajar. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Ab. Halim Tamuri, dan Zarin Ismail (2005). Pengaruh Media Massa Terhadap Pegangan Nilai Akhlak Remaja: Kajian Ke Atas Fakir Miskin Di Kawasan Luar Bandar. Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Sani Yahaya. (2006). Mengurus disiplin pelajar. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Ghazali Darusalam (2003). Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Mahyuddin Ashaari. 2001. Pendidikan Al-Quran menjana keupayaan berfikir. Jurnal Pendidikan Islam. Jil. 9. Bil. 4. November 2001. Muhammad Shadid. 1992. Metodologi al-Quran dalam Pendidikan. Osman Khalid(ptjh.). Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Pusat Pembangunan Kurikulum (2005). Buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai merentas kurikulum KBSR/KBSM. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Rosnani Hashim. 2006. Falsafah penyelidikan pendidikan dari perspektif Islam: Konsep dan matlamat. Jurnal Pendidikan Islam. Jil. 12. Bil. 1. Julai 2006. Wan Mohd. Nor Wan Daud. 1990. Budaya ilmu sebagai asas pembangunan tamadun. Jurnal Pendidikan Islam, Jil. 3. Bil. 1, hlm. 51-67 10


LAMPIRAN PELAKSANAAN PROGRAM MULHAQ (MULAKAN HARI DENGAN AL-QURAN) MUHASABAH DIRI


ZIKRULLAH BACAAN SURAH PILIHAN


IMPAK 2018 – 2022 HEM, KURIKULUM & KOKURIKULUM GRAF PERATUS KEHADIRAN MENGIKUT BULAN 2018 – 2021 GRAF KESALAHAN MURID 2018 - 2021


PENCAPAIAN KURIKULUM 2018-2021 GRAF SPM MENGIKUT GPS KEBITARAAN KURIKULUM MP PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH


PENCAPAIAN KOKURIKULUM 2018-2022 UNIT BERUNIFORM & KO-AKADEMIK MISS,MTQSS & PADNI


PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


SENI SILAT LINTAU WARISAN


PENCAPAIAN KOKURIKULUM 2018-2022 SUKAN & PERMAINAN BADMINTON (KEBITARAAN SUKAN) BOLA JARING CATUR


PENGIKTIRAFAN


SIJIL-SIJIL PENCAPAIAN


TINDAKAN SUSULAN


AYAT-AYAT HAFAZAN DI DINDING SURAU IKRAR SUMUR


Click to View FlipBook Version