The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fitecadm, 2023-12-22 02:36:36

FITEC-SPAR-04 Polisi Anti-Rasuah

FITEC-SPAR-04 Polisi Anti-Rasuah

POLISI ANTI-RASUAH F.I.T Center Sdn Bhd (FITEC) komited untuk melaksanakan kod etika mengenai larangan rasuah kepada semua anggota kerja dan aktiviti organisasi dan perhubungannya dengan pihak-pihak yang berkepentingan bagi memastikan segala ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa dapat ditangani dengan cekap dan berkesan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan lain-lain akta yang berkaitan. Dasar ini terpakai kepada semua anggota kerja FITEC, pihak-pihak berkepentingan dan pihak ketiga dalam semua urusan FITEC dan digunakan sebagai kerangka kerja dalam penetapan, penyemakan dan pencapaian objektif Anti-Rasuah. Polisi ini hendaklah dibaca bersama Polisi Pengurusan Hadiah dan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowing) FITEC. Badan Tadbir Urus dan pihak Pengurusan FITEC komited untuk melaksanakan dan menguatkuasakan polisi dan prosedur di seluruh FITEC bagi mencegah, memantau dan menghapuskan sebarang bentuk rasuah di kalangan anggota kerja dan di dalam aktiviti FITEC termasuk dalam perhubungannya dengan pihak-pihak berkepentingan, kearah penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti, selaras dengan Visi dan Misi FITEC, serta aspirasi negara seperti berikut: a) Mematuhi peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan undang-undang lain yang berkaitan, peraturan, polisi dan prosedur yang telah ditetapkan di dalam melaksanakan tugas mereka; b) Badan Tadbir Urus dan Pihak Pengurusan Atasan FITEC komited untuk melaksanakan kawalan dan penambahbaikan secara berterusan melalui Sistem Pengurusan Anti-Rasuah FITEC (MS ISO 37001:2016); c) Menyediakan saluran dan menggalakkan pelaporan aktiviti yang disyaki berunsur rasuah menerusi Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat FITEC; d) Tidak memberi, berjanji untuk memberi, menawar, meminta atau menerima apa-apa hadiah yang bertentangan dengan Polisi Pengurusan Hadiah FITEC; e) Unit Integriti bertanggungjawab memantau pematuhan Sistem Pengurusan Anti Rasuah dan melaporkan kepada Badan Tadbir Urus dan Pengurusan Atasan FITEC; dan f) Setiap anggota kerja mempunyai kewajipan untuk membaca dan memahami Polisi ini. Ketidakpatuhan dan pelanggaran Polisi oleh anggota kerja boleh menyebabkan tindakan disiplin diambil oleh FITEC mengikut polisi, prosedur, arahan dan garis panduan FITEC dan/atau memulakan prosiding undangundang terhadap anggota kerja yang terlibat. Diluluskan oleh: En. Kamarudin Bin Kalib Ketua Pegawai Eksekutif F.I.T Center Sdn Bhd 01 Oktober 2022


Click to View FlipBook Version