The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KONSORTIUM KOPERASI KARIAH MASJID MALAYSIA BERHAD (KONSORMAS) KALI KE 6

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mbastudent unitar, 2024-06-30 01:35:26

BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KONSORTIUM KOPERASI KARIAH MASJID MALAYSIA BERHAD (KONSORMAS) KALI KE 6

BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KONSORTIUM KOPERASI KARIAH MASJID MALAYSIA BERHAD (KONSORMAS) KALI KE 6

KONSORTIUM KOPERASI KARIAH MASJID MALAYSIA BERHAD (KONSORMAS) KALI KE-6 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 30 JUN 2024 (AHAD) 2:30pm Aplikasi TeleConfering Zoom Meeting


KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Aturcara 1 2 Notis Mesyuarat Agung Tahunan 2-3 3 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan 4 Agenda 1 Melantik Pengerusi Mesyuarat & Pencatat Minit 5 Agenda 2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kelima 6 Agenda 3 Membentangkan Laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman 14 Agenda 4 Menimbang dan meluluskan Akaun & Penyata Kewangan Teraudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 27 Agenda 5 Menimbang dan Meluluskan Belanjawan Tahunan Bagi Tahun 2024, 2025 & 2026 28 Agenda 6 Melantik Anggota Lembaga bagi menggantikan Anggota Lembaga yang gugur mengikut giliran 30-32 Agenda 7 Memilih dan Meluluskan perlantikan dua (2) Firma Audit Luar Agenda 8 Memilih Jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang perwakilan dan bersama empat (4) orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) untuk menentusahkan draf Minit Mesyuarat Agung Agenda 9 Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan Agenda 10 Menentukan Had Maksimum Keterhutangan


Agenda 11 Menimbangkan cadangan mewujudkan Aturan Tabung Simpanan Khas 1. Projek Dobi Masjid KONSORMAS 2. Projek Lembu Korban KONSORMAS 34 39 Agenda 12 Menimbangkan dan meluluskan usul-usul atau sebarang perkara lain (jika ada) 43


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEENAM KONSORTIUM KOPERASI KARIAH MASJID MALAYSIA BERHAD (KONSORMAS) TARIKH : 30 JUN 2024 (AHAD) MASA : 02.30 PETANG TEMPAT: SECARA APLIKASI ZOOM MEETING 02.30 – 03.00 petang - Pendaftaran / Taklimat 03.00 – 03.30 petang - Ucapan Perasmian Oleh: YBhg Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Pengerusi Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad merangkap Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) 03.30 petang - Mesyuarat Agung Tahunan Kali Keenam - Bersurai


Rujukan : KKKMMB: KONSORMAS Jld. 3 ( 36 ) Tarikh : 14 Jun 2024 Pengerusi-Pengerusi Koperasi Anggota Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) Datuk Seri/Dato’/Datuk/Dr/Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KONSORTIUM KOPERASI KARIAH MASJID MALAYSIA BERHAD KALI KE-6 Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan KONSORMAS kali ke-6 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 30 Jun 2024 (Ahad) Tempat : Kawasan Masing-Masing, (Tele-Conferencing Zoom Meeting) Masa : 02.30 petang 3. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut : 1. Melantik Pengerusi mesyuarat & pencatat minit; 2. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung; 3. Menimbang dan meluluskan laporan Lembaga bagi tahun kewangan 2022//2023; 4. Menimbang dan Meluluskan Penyata Kewangan Teraudit Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023; 5. Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan 2025/2026; 6. Memilih Anggota Lembaga baru bagi menggantikan Anggota Lembaga yang gugur mengikut giliran; 7. Memilih dua (2) firma audit yang diluluskan oleh pihak SKM; KONSORTIUM KOPERASI KARIAH MASJID MALAYSIA BERHAD No. Daftar : W-6-1132 Wisma Ungku A.Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7884 6547 Faks : 03-7806 1506


8. Memilih Jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang Anggota yang hadir untuk menentusahkan draf Minit Mesyuarat Agung bersama empat (4) orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang dilantik; 9. Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan; 10. Menentukan had keberhutangan; 11. Menimbangkan dan meluluskan usul-usul atau sebarang perkara lain (jika ada). 4. Sehubungan itu, besarlah harapan kiranya YBhg.Datuk Seri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan dapat menghadiri ke MAT ini. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, HJ. HASNAN HJ. MUSTAPHA Setiausaha Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) s.k.: Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 1. Melantik Pengerusi mesyuarat & pencatat minit; 2. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung; 3. Menimbang dan meluluskan laporan Lembaga bagi tahun kewangan 2022/2023; 4. Menimbang dan Meluluskan Penyata Kewangan Teraudit Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023; 5. Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan 2025/2026; 6. Memilih Anggota Lembaga baru bagi menggantikan Anggota Lembaga yang gugur mengikut giliran; 7. Memilih dan dua (2) firma audit yang diluluskan oleh pihak SKM; 8. Memilih Jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang Anggota yang hadir untuk menentusahkan draf Minit Mesyuarat Agung bersama empat (4) orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang dilantik; 9. Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan; 10. Menentukan had keberhutangan; 11. Mewujudkan Simpanan Khas dan membentangkan Aturan Simpanan Khas Projek Dobi Masjid dan Projek Lembu Korban KONSORMAS 12. Menimbangkan dan meluluskan usul-usul atau sebarang perkara lain (jika ada).


Melantik Pengerusi Mesyuarat & Pencatat Minit Agenda 1


Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kelima Agenda 2


Membentangkan Laporan Lembaga & Jawatankuasa Audit Dalaman Agenda 3


LAPORAN TAHUNAN KONSORMAS BAGI TAHUN 2023 1. KEANGGOTAAN Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, sebanyak 67 Koperasi Kariah Masjid (KKM) telah menjadi anggota KONSORMAS dengan modal syer terkumpul sejumlah RM 163,200.00. 2. ANGGOTA LEMBAGA KONSORMAS KONSORMAS ditadbir urus oleh 9 Anggota Lembaga sepertimana senarai berikut: BIL NAMA JAWATAN 1. DATUK SERI DR. ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI 2. DATO’ HJ. IBRAHIM HJ. ABDULLAH BENDAHARI 3. TN. HJ. HASNAN HJ. MUSTAPHA SETIAUSAHA 4. TN. HJ. YASIM MOHAMED ALK 5. TN. HJ. AZMI ISMAIL ALK 6. TN. HJ. HAMDAN MOHD. KASSIM ALK 7. TN. HJ. AYOB HJ. JABAL ALK 8. TN. HJ. CHE HAD JASIN ALK 9. TN. HJ. ABDUL MALEK NONG ALK


PENSTRUKTURAN & AGIHAN TUGAS ALK PENGERUSI Y.Bhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah BENDAHARI Y.Bhg. Dato’ Ibrahim Hj. Abdullah SETIAUSAHA Tn. Hj Hasnan Hj. Mustapha SEKTOR PERLADANGAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI Tn. Hj. Che Had Jasin Tn. Hj. Abdul Malek Nong SEKTOR PEMBORONGAN & PERUNCITAN DAN PROJEK KHAS DOBI LAYAN DIRI Tn. Hj. Azmi Ismail SEKTOR HARTANAH Tn. Hj. Ayob Jabal SEKTOR PELANCONGAN, KESIHATAN & PENJAGAAN DIRI Tn. Hj. Yasim Mohamed SEKTOR KHAS QURBAN DALAM & LUAR NEGERI Tn. Hj. Hamdan Mohd. Kassim


3. JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN 4. MESYUARAT ANGGOTA LEMBAGA Anggota Lembaga telah mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali sepanjang tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2023. Rekod kehadiran bagi mesyuarat Anggota Lembaga adalah sepertimana berikut : NAMA TARIKH 26/01/2023 15/04/2023 28/08/2023 7/10/2023 Y.Bhg. Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah Y.Bhg. Dato’ Ibrahim Hj. Abdullah Encik Hasnan Hj. Mustapha Tuan Hj. Yasim Mohamed Tuan Hj. Azmi Ismail Tuan Hj. Hamdan Mohd. Kassim Tuan Hj. Ayob Hj Jabal Tuan Hj. Che Had Jasin Tuan Hj. Abdul Malek Nong 5. ALAMAT BERDAFTAR Wisma Ungku A.Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. BIL NAMA 1. TN. HJ. ZAKARIA JUNOH 2. TN. HJ. ZAHID ISMAIL 3. TN HJ. MOHAMAD JAAPAR MUHAYAT


6. PROGRAM DAN AKTIVITI Program pembangunan dan perniagaan KONSORMAS telah dilaksanakan sepertimana berikut: 6.1 PROGRAM PEMBANGUNAN 6.1.1 Kempen Keanggotaan Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 67 buah Koperasi Kariah Masjid (KKM) telah mendaftar sebagai anggota KONSORMAS berbanding 59 buah KKM pada tahun 2022. Kempen keanggotaan dijalankan semasa berlangsungnya program kursus, bengkel, seminar dan ekspo anjuran ANGKASA, SKM, IKMa dan KUSKOP. 6.2 PROJEK-PROJEK PERNIAGAAN 6.2.1 Pembekalan Lembu Korban KONSORMAS telah mengadakan usahasama dengan Koperasi Kariah Masjid Ar Rashdiah Selama Berhad bagi membekalkan lembu korban dengan jumlah jualan bagi tahun 2022 sebanyak RM 89,460.00 dan bagi tahun 2023 sebanyak RM 126,000.00. Prestasi pembekalan lembu korban bagi tiga tahun terakhir 2021, 2022 dan 2023 adalah seperti jadual berikut: TAHUN BILANGAN KOPERASI FIDLOT BILANGAN BEKALAN LEMBU JUMLAH PEROLEHAN 2021 - 51 RM 185,470.00 2022 1 21 RM 89,460.00 2023 1 RM 126,000.00 JUMLAH 14 72 RM 400,930.00


6.2.2 Projek Ternakan Lembu Pedaging Di Ladang Satelit Nasional Kuala Jerang, Jelebu, Negeri Sembilan Projek ini dijalankan bertujuan untuk menternak dan membekal lembu kepada ahli kariah masjid / anggota koperasi kariah masjid untuk melaksana ibadah korban semasa perayaan Aidil Adha. Projek ternakan telah dijalankan di Ladang Satelit Nasional (LSN) Kuala Jerang, Jelebu, Negeri Sembilan secara pajakan ladang dengan Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu selama 5 tahun (2020 hingga 2024). Projek ini juga mendapat kerjasama dan sokongan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan. Bagi tujuan pengurusan dan operasi ternakan di ladang, KONSORMAS telah mengadakan perjanjian persefahaman (MOU) dengan Koperasi Kariah Masjid Al- Muttaqin. Sebanyak 500 ekor lembu telah diternak dan dipasarkan semasa Hari Raya Aidil Adha 2024. KONSORMAS juga telah dilantik oleh ANGKASA sebagai operator projek inkubator lembu pedaging di mana 10 ekor anak lembu jantan baka friesien jersey telah dibekalkan untuk diternak dan juga dijadikan baka pembiakan. Projek ini mendapat kerjasama dan sokongan anak syarikat ANGKASA iaitu ANGKASA KOMARDI Dairy Sdn. Bhd.


Lembu di ladang Satelit Nasional (LSN) Kuala Jerang, Jelebu,Negeri Sembilan 6.2.3 Pengedaran Kurma Projek pengedaran kurma dijalankan bertujuan untuk membekal buah kurma kepada ahli kariah / anggota koperasi kariah masjid semasa bulan Ramadhan. KONSORMAS meneruskan program jualan kurma dengan menjalankan jaringan perniagaan bersama anggota-anggota KONSORMAS iaitu Koperasi Kariah Masjid (KKM) dan koperasi-koperasi anggota ANGKASA (bukan anggota KONSORMAS). Pemasaran produk telah dipelbagai kepada kurma tangkai, kurma rotub madu, kurma Ajwa, Mariami dan Mabroom. Penglibatan koperasi sebagai ejen dan nilai jualan bagi tahun 2021–2023 adalah seperti jadual berikut: Kotak pembungkusan dan jenama kurma tangkai TAHUN KUANTITI (KARTON) NILAI JUALAN (RM) KOPERASI TERLIBAT (EJEN) 2021 4526 367,050.60 42 2022 5315 466,674.90 31 2023 1638 226,320.40 11 JUMLAH 11479 1,060,045.90 84


6.2.4 Pengedaran Ayam Organik Jenama ‘SIHAT’ Projek ini dilaksanakan bertujuan untuk membekalkan ayam organik yang halal dan baik (halalan toyyiba) khususnya untuk ahli kariah Masjid / anggota Koperasi Kariah Masjid (KKM). KONSORMAS telah mengadakan usahasama dengan Syarikat RSA Quality Foods & Products bagi menternak dan membekalkan produk jenama ‘Ayam Sihat' melalui Koperasi Kariah Masjid (KKM) yang dilantik sebagai ejen jualan. Sehingga kini,11 buah koperasi telah menjadi ejen jualan di seluruh Malaysia dengan nilai jualan dan kuantiti seperti berikut :- Jenama Ayam Sihat diedar oleh KONSORMAS TAHUN KUANTITI (EKOR) NILAI JUALAN (RM) 2021 1100 16,500.00 2022 805 15,300.00 2023 1700 32,400.00 JUMLAH 3605 64,200.00


6.2.5 Projek Dobi Layan Diri ‘Coop Dobi’ Projek ini dijalankan bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan dobi layan diri dengan tema bersih dan suci kepada ahli-ahli kariah masjid / anggotaanggota koperasi kariah Masjid. Projek ini dijangka dapat memberi pulangan yang tinggi kepada KONSORMAS dan Koperasi–Koperasi Kariah Masjid yang dilantik sebagai operator projek dobi di masjid masing-masing. Dari segi perancangan jangka panjang, KONSORMAS berhasrat untuk mewujudkan rangkaian dobi layan diri di seluruh masjid di negara kita. Sehingga kini, KONSORMAS telah menjalankan 3 (tiga) pusat dobi layan diri iaitu di Masjid At - Taqwa, Taman Bertam Indah, Pulau Pinang, Masjid Saujana Utama, Sg. Buloh, Selangor dan Masjid Syarifah Fatimah, Jitra, Kedah(peringkat pembinaan) Pusat dobi layan diri di Masjid Kotaqwa,Bertam Indah, Pulau Pinang diurus oleh Koperasi Qariah Masjid At Taqwa Taman Bertam Indah Berhad(KOTAQWA) dengan dibiayai oleh peruntukan zakat ANGKASA sebanyak RM230,000.00. Sebanyak 20 Koperasi Kariah Masjid terlibat dengan disertai oleh 460 asnaf. Setiap asnaf diperuntukkan sebanyak RM500.00 dalam bentuk modal syer koperasi. Manakala Pusat Dobi Layan Diri Masjid Saujana Utama yang diurus oleh Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sungai Buloh Berhad(COOPMSU). Projek ini dibiayai melalui peruntukan zakat ANGKASA sejumlah RM280,000.00 dengan penglibatan sebanyak 24 Koperasi Kariah Masjid dan disertai seramai 230 asnaf. Setiap asnaf diperuntukkan sebanyak RM500.00 dalam bentuk modal syer koperasi. Pusat Dobi Layan Diri Masjid Sharifah Fatimah, Jitra, Kedah diurus oleh Koperasi Kariah Masjid Sharifah Fatimah Jitra berhad dengan pembiayaan melalui peruntukan zakat ANGKASA sejumlah RM 370,000.00. Seramai 370 asnaf terlibat dan setiap asnaf diperuntukkan sebanyak RM1000.00 dalam bentuk modal syer koperasi. Projek ini masih dalam proses pembinaan.


Pusat dobi layan diri di Masjid Kotaqwa,Bertam Indah, Pulau Pinang Pusat Dobi Layan Diri Masjid Saujana Utama


6.2.6 Projek Ternakan Ayam Sihat KONSORMAS telah mengadakan usahasama dengan Syarikat RSA Quality Foods and Products bagi menternak ayam pedaging di ladang ternakan ayam di Sik, Kedah. Projek ini adalah kesinambungan usahasama yang sedia ada dalam mengedar dan memasarkan Ayam SIHAT. Nilai perolehan projek ternakan ayam SIHAT pada tahun 2023 adalah sebanyak RM199,154.34. 6.3 PERANCANGAN PERNIAGAAN MASA HADAPAN 6.3.1 Program Rakan Niaga Telekomunikasi Koperasi Kariah Masjid KONSORMAS telah memeterai perjanjian usahasama dengan BeOne Network Sdn. Bhd. Untuk menyediakan perkhidmatan mudah alih untuk internet, data, panggilan dan teks yang menggunakan fasiliti dan coverage Celcom. Simkad BeOne Prepaid adalah produk telekomunikasi hasil usahasama antara BeOne Network Sdn Bhd dan RedOne. BeOne ditubuhkan pada bulan Mac 2020. Bagi tujuan tersebut, KONSORMAS sedang mengadakan kempen bagi menggalakkan koperasi kariah Masjid sebagai ejen jualan. 6.3.2 Rakan Niaga MyAngkasa Amanah Berhad(MAAB) KONSORMAS telah mengadakan usahasama dengan MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB), syarikat pemegang Amanah yang patuh syariah dalam menyediakan, menyimpan dan menyempurnakan wasiat, peramanahan dan pengurusan legasi. MAAB telah melantik KONSORMAS sebagai Rakan Niaga Koperasi untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Kempen dan promosi sedang giat dijalankan bagi menggalakkan koperasi kariah masjid menjadi sub ejen kepada KONSORMAS.


LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT BAGI TAHUN BERAKHIR 2023 1. PENDAHULUAN Kami Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) KONSORMAS ingin melaporkan ringkasan hasil aktiviti-aktiviti pengauditan sepanjang tahun berakhir 2023 selaras dengan peranan dan fungsi JAD seperti mana termaktub dalam Seksyen 42A Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Garis Panduan SKM dan perkara 43 Undang-Undang Kecil ANGKASA. 2. SKOP PENGAUDITAN Pengauditan dalamn adalah memastikan semua peraturan adalah mencukupi dan dipatuhi, mengenalpasti kelemahan dan implikasi risiko, memberi saranan serta khidmat nasihat kepada Ahli Lembaga KONSORMAS dan Pengurusan bagi penambahbaikan berterusan pentadbiran dan pengurusan KONSORMAS. 3. METODOLOGI Kaedah pengauditan dalaman yang dibuat termasuk : i. Temu bual ii. Semakan terhadap rekod dan dokumen iii. Pemerhatian terhadap proses kerja iv. Analisa terhadap butir-butir dan angka


4. PENEMUAN Tadbir Urus Dan Kawalan Dalaman Pengauditan dibuat mendapati tadbir urus KONSORMAS berada dalam keadaan baik. Namun begitu perlu diwujudkan satu sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi memastikan Pengurusan KONSORMAS manjadi mantap. 5. RUMUSAN Secara keseluruhannya, kami berpendapat sistem tadbir urus KONSORMAS adalah berkeadaan baik. Walau bagaimanapun penambahbaikan perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Kami yang bertandatangan di bawah merakamkan terima kasih kepada Ahli Lembaga KONSORMAS atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang kami menjalankan tugastugas sebagai JAD. 1. Tn. Hj. Zakaria Junoh ………………………………………. (Ahli Jawatankuasa) 2. Tn. Hj. Zahid Ismail ………………………………………. (Ahli Jawatankuasa) 3. Tn. Hj. Mohamad Jaapar Muhayat ………………………………………. (Ahli Jawatankuasa)


Menimbang dan Meluluskan Penyata Kewangan Teraudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 Agenda 4


Click to View FlipBook Version