SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUNKU
JALAN SS 1/11 KAMPUNG TUNKU
PETALING JAYA
SELANGOR
KERTAS KERJA
PROJEK NAIK TARAF MAKMAL KOMPUTER
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUNKU
2020
PEMBIAYAAN OLEH
PIBG SK KAMPUNG TUNKU
DISEDIAKAN OLEH
UNIT ICT
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUNKU
KERTAS KERJA
PROJEK NAIK TARAF MAKMAL KOMPUTER (FASA 1)
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUNKU
2020
1.0 PENDAHULUAN
Makmal Komputer SK Kampung Tunku merupakan bilik yang sering digunakan untuk
pelbagai aktiviti seperti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan ICT
dan pencarian maklumat bagi semua pelajar. Selain itu, bilik ini juga selalu digunakan
bagi tujuan pertandingan bahas, pidato, bercerita dan lain-lain pertandingan di peringkat
daerah. Pihak sekolah telah merancang untuk menaik taraf makmal komputer sekolah
dengan membuat penggantian komputer dan menaik taraf infrastuktur yang sedia ada.
Adalah diharap dengan terlaksananya projek naik taraf ini, ia akan dapat membantu
melengkapkan prasarana dan kemudahan seperti yang diimpikan demi keselesaan dan
kecemerlangan murid di sekolah ini.
2.0 MATLAMAT
Projek naik taraf ini akan dapat menambah keselesaan pihak sekolah untuk menjalankan
aktiviti yang melibatkan makmal komputer sekolah. Bagi mencapai tujuan, penyediaan
fasiliti yang lengkap dan selesa memerlukan bantuan dan dana daripada organisasi luar.
Di samping itu, projek ini bertujuan untuk mengumpulkan dana dalam membantu pihak
sekolah meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum.
3.0 OBJEKTIF
Projek ini membolehkan pihak sekolah dan PIBG menjayakan usaha - usaha berikut :
3.1 Menyediakan 10 buah komputer REFURBISH bagi melancarkan pembelajaran
yang melibatkan program pengaturcaraan scratch, pengajaran pembangunan
database, penggunaan internet berkelajuan tinggi seperti google classroom dan
perisian-perisian terkini.
3.2 Menyediakan makmal komputer yang lebih selesa, kondusif dan selamat kepada
murid.
3.3 Merangsang dan menggalakkan murid supaya lebih aktif dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.
3.4 Membantu murid-murid mengetahui ilmu asas tentang komputer.
4.0 PELAKSANAAN
Adalah diharapkan segala perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan serta
tercapai objektifnya dalam tempoh masa sehingga Mei 2020.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, Petaling Jaya
6.0 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Khairul Anuar bin Abdul Azid (Guru Besar)
Pengerusi : Shafriza binti Samsudin (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Nor Aini binti Muda (PK HEM)
Mohd Salmi bin Mohamad Nasruddin (PK Ko-Kurikulum)
Zalizan bin Zakaria (PK Petang)
Setiausaha : Hazlan bin Yahaya
Naib Setiausaha : Mohd Shazry bin Osman
Bendahari : Nur Farah Liayana binti Razali
AJK : Keceriaan
: Nur Farah Anis binti Mohd Fuzi
: Mohd Fikri bin Abd Hamid
Pembangunan
: Ahmad Zaidi bin Hashim
: Mohamad Dzulkifli bin Abdul Halim
Inventori
: Wan Khairul Zuraini binti Wan Salleh
: Fadzilah binti Pauzai
7.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
Jumlah anggaran perbelanjaan yang diperuntukkan ialah sebanyak RM 10400.00
Perincian perbelanjaan adalah seperti di bawah ;
BIL PERKARA BILANGAN HARGA JUMLAH
10 SEUNIT(RM) (RM)
DESKTOP PC ( REFURBISH )
- Intel core i5, 250 HDD, 890.00 8 900.00
- 4GB DDR RAM
150.00 1 500.00
1 - 17 inch LCD Screen 10 400.00
- Window 7 Pro
- Microsost Office / Basic
Software
2 Meja komputer 10
Jumlah
9.0 Susun Atur
Susun atur makmal komputer ini akan di seliakan oleh guru-guru berikut
1. Hazlan bin Yahaya
2. Ahmad Zaidi bin Hashim
3. Mohd Shazry bin Osman
LAMPIRAN
Hanya 21 unit netbook
yang berfungsi bagi
kegunaan 1300 murid
LAMPIRAN
Spesifikasi yang rendah membebankan
murid untuk sebarang kegunaan
aplikasi terkini
Perkakasan berusia 14 tahun yang
masih di selenggara oleh para guru.
Apabila setiap murid perlu menggunakan komputer secara
individu, mereka perlu bergilir-gilir.
Kadang-kadang kongsi berdua, kadang-
kadang kongsi bertiga
Bila semua netbook beroperasi, masalah lain
timbul, netbook tidak dapat menerima internet
yang laju
PENGATURCARAAN KOMPUTER
SCRATCH
PEMBINAAN PANGKALAN DATA
PEMBELAJARAN INTERAKTIF
ANIMASI
KESULITAN BERLAKU
APABILA SEMUA MURID
PERLU ONLINE