The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAKLIMAT - ANUGERAH PENGURUSAN WARGA EMAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamalsamsuri1042, 2023-09-23 05:20:09

TAKLIMAT - ANUGERAH PENGURUSAN WARGA EMAS

TAKLIMAT - ANUGERAH PENGURUSAN WARGA EMAS

LAMBANG Sebuah Bintang 14 dan Bulan Sabit berwarna kuning terletak di atas segi tiga berwarna biru dengan perkataan BIJAK BESTARI ditulis dengan warna merah di atasnya. Bintang dan Bulan Sabit warna kuning menggambarkan sokongannya terhadap Kerajaan. Ia juga menunjukkan fungsi dan tanggungjawab Persatuan ini berlandaskan prinsip “Rukun Negara”. Segi tiga ini melambangkan kerjasama tiga kaum utama dalam Masyarakat Malaysia yang juga wujud dalam Persatuan ini. Perkataan “PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA” ditulis dengan warna hitam melengkung di bawah segi tiga. Warna biru menandakan kesaksamaan dan kematangan Persatuan ini dan seluruh ahlinya menurut cogankata “BIJAK BESTARI”.


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 1. NAMA PERSATUAN Nama yang asal ialah Persatuan Kakitangan-Kakitangan Pesara Kerajaan Malaysia (PKKPKM) Ditukar menjadi Persatuan Pesara-Pesara Kerajaan Malaysia (PPPKM) Kini Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM)


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 2. PENUBUHAN Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia telah ditubuhkan pada 24 September 1972. Mesyuarat pelancarannya telah didaftarkan di Dewan Bandaraya dan telah dihadiri oleh lebih kurang 400 orang Pesara Kerajaan. Sebuah Jawatankuasa Penaja telah dilantik diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ (Dr) Abdul Jamil Rais sebagai Yang DiPertua.


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 3. PENDAFTARAN Persatuan ini bersama-sama dengan Perlembagaan telah didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada 16 Disember 1972. Perlembagaan ini telah dipinda dari masa ke semasa untuk disesuaikan dengan keperluan semasa. Pindaan terbaru telah dibuat dalam Persidangan Perwakilan Tahunan yang ke 34 yang diadakan pada 25 hingga 27 Julai 2023 di Hotel Casuarina @ Meru Ipoh, Perak.


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 4. PEJABAT PERSATUAN i. No. 55, Jalan Weld (sekarang Jalan Raja Chulan) iaitu di sebuah rumah Kakitangan Kerajaan lama. ii. Kerajaan kemudiannya telah memberikan sebuah rumah lama terletak di No. 2139-4, Jalan Pekeliling (sekarang Jalan Tun Razak). iii. PPKM telah membeli sebuah Bangunan 3 tingkat di Pekeliling Business Centre No. 36, Persiaran 65C, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 5. KUASA TERTINGGI Kuasa tertinggi Persatuan ialah Persidangan Perwakilan Tahunan yang diadakan tiap-tiap tahun. Persidangan ini melantik Anggota Majlis Kebangsaan tiap-tiap tiga tahun sekali bagi menjalankan tugas-tugas Persatuan di peringkat Pusat. Bagi tujuan penyelarasan Majlis bersidang tiga bulan sekali. Semua urusan harian dijalankan oleh Setiausaha Agung.


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 6. JAWANTANKUASA KECIL Yayasan Pesara, Pembangunan Cawangan, Bahagian & Bangunan Pentadbiran Dan Kewangan Seranta Dan Penerbitan Kebajikan Dan Perkhidmatan Pesara Perlembagaan Dan Undang-Undang Mengkaji Usul-Usul & Perhubungan Dgn Persatuan Pesara Lain Penilaian Hal Ehwal Semasa Media Tatatertib Perpaduan Kesihatan Ekonomi


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 7. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama telah diadakan pada 8 September 1974 di Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Mesyuarat Agung pertama seramai 400 orang ahli telah menghadirinya. Mesyuarat Agung kedua telah diadakan pada 4 Mei 1975 di tempat yang sama iaitu di Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Pertama kali Mesyuarat Agung diadakan di luar Jabatan Kerajaan atau Badan Berkanun ialah pada masa mengadakan Mesyuarat Agung yang ketiga, iaitu di Hotel Merlin pada 6 Jun 1976. Seterusnya boleh dikatakan semua Mesyuarat Agung Persatuan telah diadakan di hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur.


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 8. PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN Dengan beberapa pindaan yang dibuat dalam tahun 1986 Persatuan tidak lagi dipusatkan dan ini memberi peluang kepada Negeri dan Daerah untuk menubuhkan Cawangan masing-masing. Berikutan dengan ini juga Mesyuarat Agung Tahunan dihentikan dan diganti dengan Persidangan Perwakilan Tahunan. Persidangan Perwakilan Tahunan mula diadakan pada 9 Julai 1988. Persidangan ini telah diadakan di Tribunal Perkhidmatan Awam, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Persidangan Perwakilan yang kedua telah diadakan pada 24 Jun 1989 juga di pejabat Tribunal Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur. Persidangan Perwakilan Ketiga telah diadakan pada 23 Jun 1990 di Pulau Pangkor. Ini merupakan kali pertamanya Persidangan Perwakilan diadakan di luar Kuala Lumpur. Persidangan Perwakilan Tahunan seterusnya diadakan di Negeri-Negeri mengikut giliran.


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 9. KEGIATAN KEBAJIKAN Tabung Kebajikan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia telah ditubuhkan mulai tahun 1989. Dengan adanya tabung ini Persatuan dapat menjalankan pelbagai kegiatan kebajikan untuk membantu ahli-ahli yang memerlukan bantuan. Antara bantuan yang telah dihulurkan adalah seperti berikut:- i. Bantuan untuk membeli cermin mata. ii. Bantuan rumah terbakar. iii. Bantuan rumah dihempap pokok. iv. Bantuan yang memerlukan kerusi roda. v. Bantuan membeli kaki palsu. vi. Bantuan membayar kos “dialysis”.


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 10. AKTIVITI-AKTIVITI TERKINI PPKM i. Menjaga kebajikan dan kepentingan-kepentingan para ahlinya. ii. Sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Tua Kebangsaan iii. Mengadakan Majlis-Majlis Sambutan Hari Warga Emas Sedunia. iv. Mengadakan Majlis-Majlis Perpaduan rakyat v. Mengadakan Persidangan Perwakilan PPKM setiap tahun. vi. Menerbitkan majalah Berita Pesara. vii. Bantuan banjir menjadi mangsa banjir seluruh Negara. viii. Mengadakan seminar Warga Emas. ix. Mengadakan lawatan ke tempat menarik dalam dan luar negara. x. Mengemukakan permohonan kepada Kerajaan untuk memulih baik faedah- faedah dari satu masa ke satu masa. xi. Kegiatan kebajikan melalui Yayasan Pesara


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 11. KERJASAMA DENGAN BAHAGIAN PENCEN DAN KWAP Mengadakan hubungan yang rapat dengan Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam dan KWAP dalam menyelesaikan masalah-masalah pencen yang dikemukakan oleh ahli-ahli. Kerjasama yang erat juga diwujudkan dengan mengadakan perbincangan di antara Persatuan dengan Bahagian Pencen dan KWAP bagi mengatasi masalah - masalah pembayaran pencen dan lain-lain berkaitan. https://www.jpapencen.gov.my/persatuan.html https://ppkm.com.my


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 12. AHLI GABUNGAN NAMA PERSATUAN KELULUSAN Persatuan Pesara Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPSPPP) Diluluskan Oleh Mesyuarat Majlis Kebangsaan pada 23.2.2013 Persatuan Pesara Majlis Bandaraya Ipoh (PERMA) Diluluskan Oleh Mesyuarat Majlis Kebangsaan pada 20.5.2013 Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PPKS) Diluluskan Oleh Mesyuarat Majlis Kebangsaan pada 27.7.2023 Persatuan Pesara Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (PPLPPKN) Diluluskan Oleh Mesyuarat Majlis Kebangsaan pada 19.10.2019


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 13. MAJLIS KEBANGSAAN Presiden Timbalan Presiden Tiga (3) orang Naib Presiden Lapan (8) orang Ahli Majlis Dua Belas (12) orang Wakil Bahagian Negeri / Wilayah Setiausaha Agung Bendahari Agung Penolong Setiausaha Agung


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 14. JUMLAH AHLI, BAHAGIAN DAN CAWANGAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA Bilangan Keahlian Pesara Malaysia : 80,000 ahli Bilangan Bahagian Negeri : 12 Bahagian Perlis Melaka Kedah Johor Pulau Pinang Pahang Perak Kelantan Selangor Terengganu Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan Bilangan Cawangan Daerah : 84 cawangan


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 15. VISI Menjadikan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) sebagai Persatuan Pesara yang menyatupadukan semua pesara dan Persatuan-Persatuan Pesara di bawah satu payung dan menjadi jambatan penghubungan antara pesara dengan Kerajaan demi kebajikan dan kesejahteraan pesara serta mewujudkan suasana dan peluang yang membolehkan pesara menyumbang ke arah usaha membangunkan masyarakat dan Negara.


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 16. Misi 1. Mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan dan silaturrahim dikalangan semua pesara dan persatuanpersatuan pesara. 2. Menggerakkan aktiviti-aktiviti menerusi serampang 3 mata iaitu ke arah kesihatan, perpaduan dan kesejahteraan pesara dan dengan amalan; yang jauh dirapatkan, yang retak ditampal dan yang salah faham difahamkan. 3. Menggalakkan pesara-pesara meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran untuk membina sahsiah diri yang baik dan berintegriti supaya sentiasa dihormati dan dihargai oleh masyarakat. 4. Melahirkan kesedaran yang kuat di kalangan ahli-ahli untuk mempunyai sikap yang sentiasa peka dan perihatin kepada suasana dan perkembangan masyarakat dengan bekerjasama mengambil bahagian, menyuarakan pandangan ke arah memupuk dan mengekalkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat dan Negara.


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 17. PRESIDEN DAN MANTAN PRESIDEN


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) 18. SENARAI NAMA MANTAN PRESIDEN DAN PRESIDEN PPKM SERTA TEMPOH PERKHIDMATAN PRESIDEN NAMA TEMPOH PERKHIDMATAN BAHAGIAN NEGERI CAWANGAN DAERAH JUMLAH AHLI YBhg. Tan Sri Dato’ (Dr) Abdul Jamil bin Abdul Rais 24.9.1972 hingga 28.5.1994 Baru - 400 YBhg. Tun Abdullah bin Ayob 28.5.1994 hingga 13.7.2008 12 43 23,233 YAD Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Wan Mahmood bin Pawan Teh 13.7.2008 hingga kini 12 84 80,000


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) CAWANGAN DAERAH GOMBAK ALAMAT D/A Rumah PPKM Cawangan Daerah Gombak , Jalan Samudera Selatan 10, Taman Samudera , 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan TELEFON Pengerusi : 013 9212502 Setiausaha : 018 9639649 Bendahari : 019 3841943 EMAIL [email protected] [email protected] [email protected]


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) JAWATANKUASA PENGURUSAN PPKM CAWANGAN DAERAH GOMBAK Pengerusi Haji Hassan bin Busu Naib Pengerusi Haji Jamaluddin bin Othman Bendahari Haji Ashim bin Yahaya Setiausaha Haji Md Khalid bin Abu Othman Penolong Setiausaha Mohd Yatim bin Dolir Ahli Jawatankuasa Haji Ismail bin Sidek Ahli Jawatankuasa Haji Abdul Rahim bin Haji Ahmad Ahli Jawatankuasa Roslee bin Ahmad Ahli Jawatankuasa Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Ahli Jawatankuasa Jasni bin Ismail Ahli Jawatankuasa Kamal bin Samsuri Ahli Jawatankuasa Sri Hanam bt Md Dasuki Ahli Jawatankuasa Hajah Zaitun bt Abdul Juru Audit Dato’ Ahmad Shafri bin Lebai Man Juru Audit Haji Azizan bin Abdul Rahman


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) KEAHLIAN PPKM CAWANGAN DAERAH GOMBAK AHLI PESARA SEUMUR HIDUP AHLI BERSEKUTU SEUMUR HIDUP JUMLAH Jumlah Ahli Pada 1.1.2023 340 18 358 Ahli Baru 1.1.2023 - 31.8.2023 27 5 32 Ahli Meningga 1.1.2023 - 31.8.2023 - - - Jumlah Ahli Pada 1.9.2023 367 23 390 JUMLAH KESELURUHAN 390 Ahli Berdaftar sejak 1998 hingga 31.8.2023 431 Ahli yang meninggal sehingga 31.8.2023 41


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN DAN PENYERTAAN AKTIVITI LUAR PERKARA AKTIVITI MESYUARAT Persidangan Perwakilan, Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Jawatankuasa, Mesyuarat Khas, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (EXCO). PERCAMBAHAN FIKIRAN Bicara Ilmu, Perkongsian Bijak. KURSUS / TAKLIMAT Bengkel Penyediaan Kewangan, Teknologi Maklumat , Gerak Kerja Kesihatan, Anjuran KWAP, Anjuran ROS dan Institut Koperasi Malaysia. LAWATAN / ZIARAH Ahli Meninggal, Ahli Sakit Dan Lawatan Tempat Menarik. KEMPEN MENAMBAH AHLI WhatsApp, Facebook , Telegram Dan Kendiri. PERTANIAN Tanaman Pokok Sayuran, Herba dan Bungaan. SAMBUTAN / GOTONG ROYONG Sambutan Hari Raya, Sambutan Kemerdekaan, Sambutan Hari Malaysia, Majlis Tahlil & Yassin, Keceriaan Rumah Pesara.


PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) SUMBER KEWANGAN PERKARA AKTIVITI YURAN Kemasukan Menjadi Ahli (sekali seumur hidup) TABUNG Sumbangan semasa majlis keraian GERAN Peruntukan daripada Ibu Pejabat berasaskan jumlah ahli BANTUAN KERAJAAN / SWASTA Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia BANTUAN KERAJAAN / SWASTA Parlimen Gombak / Pejabat YAB Dato’ Seri Menteri Besar Selangor


AKTIVITI BERGAMBAR MESYUARAT JAWATANKUASA


AKTIVITI BERGAMBAR MESYUARAT JAWATANKUASA


AKTIVITI BERGAMBAR MESYUARAT JAWATANKUASA


AKTIVITI BERGAMBAR MESYUARAT JAWATANKUASA


AKTIVITI BERGAMBAR MESYUARAT AGUNG / PERSIDANGAN PERWAKILAN


AKTIVITI BERGAMBAR MESYUARAT AGUNG / PERSIDANGAN PERWAKILAN


AKTIVITI BERGAMBAR MESYUARAT AGUNG / PERSIDANGAN PERWAKILAN


AKTIVITI BERGAMBAR MESYUARAT AGUNG / PERSIDANGAN PERWAKILAN


AKTIVITI BERGAMBAR MESYUARAT AGUNG / PERSIDANGAN PERWAKILAN


AKTIVITI BERGAMBAR MESYUARAT AGUNG / PERSIDANGAN PERWAKILAN


AKTIVITI BERGAMBAR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA / MAJLIS KERAIAN


AKTIVITI BERGAMBAR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA / MAJLIS KERAIAN


AKTIVITI BERGAMBAR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA / MAJLIS KERAIAN


AKTIVITI BERGAMBAR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA / MAJLIS KERAIAN


AKTIVITI BERGAMBAR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA / MAJLIS KERAIAN


AKTIVITI BERGAMBAR HADIR MAJLIS ANJURAN ORGANISASI LUAR


AKTIVITI BERGAMBAR HADIR MAJLIS ANJURAN ORGANISASI LUAR


AKTIVITI BERGAMBAR HADIR MAJLIS ANJURAN ORGANISASI LUAR


AKTIVITI BERGAMBAR HADIR MAJLIS ANJURAN ORGANISASI LUAR


AKTIVITI BERGAMBAR HADIR MAJLIS ANJURAN ORGANISASI LUAR


AKTIVITI BERGAMBAR SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


AKTIVITI BERGAMBAR SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


AKTIVITI BERGAMBAR GOTONG ROYONG / KECERIAAN


AKTIVITI BERGAMBAR GOTONG ROYONG / KECERIAAN


AKTIVITI BERGAMBAR GOTONG ROYONG / KECERIAAN


AKTIVITI BERGAMBAR PERTANIAN


Click to View FlipBook Version