The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Langkasuka News merupakan sebuah majalah yang berasaskan sejarah. Kehebatan sejarah di negara kita patut diambil sebagai tauladan dan contoh untuk generasi masa kini. Kami harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda supaya lebih mengetahui sejarah negara kita.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FARID DANIAL, 2023-12-06 10:10:02

Kehebatan Pentadbiran Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Langkasuka News merupakan sebuah majalah yang berasaskan sejarah. Kehebatan sejarah di negara kita patut diambil sebagai tauladan dan contoh untuk generasi masa kini. Kami harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda supaya lebih mengetahui sejarah negara kita.

Keywords: sejarah,melaka,alam melayu,pentadbiran,Kesultanan Melayu Melaka,majalah,majalah sejarah,ilmu pengetahuan,malaysia,melayu

LANGKASUKA NEWS Oktober 2023 | Edisi Ke-10 KELUARAN POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH PENULIS: FARID DANIAL SAKTHI MAGENTHRAN JAMIE LOO JIE OMONGAN KOSONG ATAU FAKTA : KEHEBATAN PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


9 PERANAN BENDAHARA 8 PERANAN SULTAN APA ITU PEMBESAR EMPAT LIPATAN 7 ISI KANDUNGAN 10 PERANAN TEMENGGUNG 11 PERANAN PENGHULU BENDAHARI & SYAHBANDAR 1 12 13 18 27 35 PERANAN LAKSAMANA PENGARUH SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN HUKUM KANUN MELAKA UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA PENGARUH PERUNDANGAN MELAKA


Ketua Editor & Art Direction Farid Danial (16DAT23F1117) Pengurus Editor & Penyelia Sakthi Magenthran (16DAT23F1111) Pengurus Konten & Fotografer Jamie Loo Jie (16DAT23F1119) penaungutama Hj. Mohd Ruzi Bin Hamzah Dr. Hj. Samsul Bin Abd Rashid Mohd Zamre Bin Ab Rahman Puan Noraini Binti Sulaiman Pengarah Timbalan Pengarah Sokongan Akedemik Timbalan Pengarah Akedemik Penasihat Utama LANGKASUKA NEWS 2 Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim, Kedah https://ptsb.mypolycc.edu.my [email protected]/[email protected] krupenulisan sesi induksiBersamalangkasukanews


Saya amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihakPenaung Utama atas kesudian mereka membenarkan kami mencipta majalah ini. Tidak dilupakan jua pengorbanan dan usaha gigih rakan-rakan kru dalam pembuatan majalah ini. Bak kata perpatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.Saya harap dengan wujudnya majalah ini dapat membantu kita menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita tengtang sejarah bangsa kita. Contohnya, kecekapan dan sistematiknya pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka ini membolehkan ia menjadi pusat dagangan utama dunia. Oleh itu, kehebataan pentadbiran Empayar Kesultanan Melayu Melaka wajar dijadikan sebagai contoh dan rujukan utama kepada pentadbiran negara kita pada hari ini. Sekian Terima Kasih, MAHA SUCI ALLAH YANG TELAH MENJADIKAN MANUSIA BERBANGSA-BANGSA DAN BERPUAK-PUAK AGAR KITA SALING MENGENALI ANTARA SATU SAMA YANG LAIN. SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH S.W.T: WAHAI MANUSIA! SUNGGUH, KAMI TELAH MENCIPTAKAN KAMU DARI SEORANG LAKI-LAKI DAN SEORANG PEREMPUAN, KEMUDIAN KAMI JADIKAN KAMU BERBANGSA-BANGSA DAN BERSUKU-SUKU AGAR KAMU SALING MENGENAL. SESUNGGUHNYA YANG PALING MULIA DI ANTARA KAMU DI SISI ALLAH IALAH ORANG YANG PALING BERTAKWA. SUNGGUH, ALLAH MAHA MENGETAHUI, MAHATELITI. (AL-HUJURAT 49:13 ) Ketua Editor farid danial 3 DARI KETUA EDITOR


APA ITU PENTADBIRAN? Mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Edisi Ke-4 Pentadbiran membawa maksud: perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan: dengan adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dengan tidak putus-putus Jadi Pentadbiran membawa maksud suatu pengelolaan atau pengurusan agar pemerintahan sesebuah negara berjalan dengan lancar tanpa sebarang ganguan yang akan menyebabkan pentadbiran negara tersebut terputus-putus. Perdana Putra (Pusat Pemerintahan bagi Malaysia) Parlimen Malaysia (Mengubal Undang-Undang Malaysia) Istana Kehakiman (Pusat Kehakiman Malaysia) 4


kehebatanpentadbiran kesultanan melayu melaka Penulisan Oleh Sakthi Magenthran dan Farid Danial Image Oleh Jamie Loo Jie 5


PEMBESAREMPAT LIPATAN APA ITU PEMBESAR EMPAT LIPTAN? PERANAN SULTAN PERANAN BENDAHARA, TEMENGGUNG, LAKSAMANA, PENGHULU BENDAHARI PENGARUH SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN 6 Penulisan Oleh Sakthi Magenthran Image Oleh Jamie Loo Jie


Heriraki Sistem Pembesar Empat Lipatan Melaka dikenali dengan sistem pentadbiran yang tersusun dan teratur sepanjang tempoh kekuasaannya. Sistem pembesar merupakan sebahagian besar daripada struktur pentadbiran sesebuah kerajaan di Tanah Melayu pada abad ke-19. Sistem pembesar Kesultanan Melayu Melaka menjadi tiang seri kekuatan Melaka. Sistem yang diamalkan di Kesultanan Melayu Melaka ialah Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem ini bermaksud pada setiap peringkat pentadbiran, terdapat pembesar yang mentadbir bagi memantapkan pentadbiran. Sistem Pembesar Empat Lipatan yang terdapat di Kesultanan Melayu Melaka diamalkan di beberapa negeri Melayu seperti Perak, Selangor dan Pahang , tetapi gelaran pembesarnya berbeza di antara satu sama lain. Sultan merupakan tonggak utama pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Pembesar – pembesar pula mentadbir kerajaan di peringkat daerah, mukim, pusat, jajahan dan kampung. Pembesar juga dikurniakan kawasan pegangan oleh Sultan. Pembesar menyerahkan cukai yang dikutip di kawasan pegangannya dan menyerahkan kepada Sultan sebagai ufti. 7 APA ITU PEMBESAR 4 LIPATAN


SULTAN By Margarita Perez. Photography by Francois Mercer 8 Berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan, pemerintahan Melaka diketuai oleh Sultan yang berkuasa mutlak. Sultan menjadi ketua agama Islam, ketua adat istiadat Melayu dan lambang perpaduan rakyat. Sultan akan melantik pembesar. Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam segala aspek iaitu dalam agama Islam, pemerintahan, peperangan dan hubungan diplomatik. Baginda dibantu oleh pembesar yang menjadi pentadbir. Dalam sistem pentadbiran yang bermula pada zaman Sultan Muhammad Shah, pembesar utama Melaka terdiri daripada empat tingkat iaitu Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua. PERANAN


Pentadbir utama ialah Pembesar Berempat yang terdiri dari Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Bendahara merupakan ketua pentadbir negara, ketua angkatan perang dan ketua hakim. Bendahara juga berperanan sebagai pemangku Sultan ketika sultan gering atau ke luar negara. Bendahara Melaka yang paling terkenal dan termasyhur ialah Tun Perak. Di samping itu juga, wujud jawatan-jawatan lain yang mengukuhkan pentadbiran di Melaka, yang biasa bergelar Datuk, Penghulu, Pemungut Cukai dan Saudagar. Struktur ini menggambarkan ketersusunan sistem pentadbiran Kerajaan Melaka. Selaku ketua pentadbir, Bendahara adalah penasihat utama Sultan dalam soal pentadbiran dan hubungan luar negara, memberi arahan-arahan atas kepentingan negara dan menjaga alat-alat kebesaran ketika kemangkatan Sultan, selain sebagai Ketua Hakim dan Ketua Pentadbiran. Selalunya Bendahara terlebih dahulu memegang jawatan Temenggung dan Penghulu Bendahari, sebelum dilantik ke jawatan tertinggi itu, dan memakai gelaran Seri Nara Diraja. PERANAN BENDAHARA 9


PERANAN TEMENGGUNG Temenggung memainkan salah satu peranan penting dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan. Temenggung merupakan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan memimpin kawasan tertentu di bawah pemerintahan sultan. Temenggung Bertugas untuk menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri. Temenggung ialah ketua polis dan penjara negara dan ketua protokol dalam urusan adat istiadat. Temenggung juga merupakan pelaksana atau ketua undang – undang, peraturan negeri dan keselamatan. Sebahagian daripada bidang kuasanya , Temenggung juga boleh menyelesaikan pertikaian antara penduduk kampung atau daerah yang dipimpinnya. Temenggung juga mempunyai hubungan yang erat dengan Raja dan rakyat. 10


Penghulu Bendahari yang diwujudkan adalah ketua semua bendahari raja. Penghulu Bendahari memainkan peranan utama dalam memegang harta benda dan hasil kerajaan manakala Syahbandar pula menjadi penyelia pelabuhan dan pemungut cukai. 11 PERANAN PENGHULU BENDAHARI DAN SYAHBANDAR Syahbandar perlu mengurus pasar dan gudang, menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang. Syahbandar bermaksud pemerintah pelabuhan yang diambil daripada perkataan Parsi.


PERANAN LAKSAMANA Pada zaman Sultan Mansor Shah, jawatan Laksamana diwujudkan secara rasmi sebagai ketua angkatan laut, yang setara dengan Seri Bija Diraja yang bertanggungjawab terhadap pertahanan darat. Laksamana menjaga ketenteraman laut dan mengetuai utusan rasmi ke luar negara. Laksamana juga berperanan sebagai pengawal peribadi Sultan dan duta bagi Melaka. Dengan struktur pentadbiran dan bidang tugas para pembesar yang tersusun ini, Melaka menjadi empayar yang kuat dan maju. 12


PENGARUH SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka sangat unggul dan tersusun. Sistem Pembesar Empat Lipatan telah diadaptasi oleh beberapa negeri Melayu untuk melicinkan pentadbirannya. Di Perak, pembesar yang paling berkuasa ialah pembesar berempat. Mereka terdiri daripada Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Pembesar Berempat ini merupakan pemimpin kanan dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak. Mereka berkuasa di daerah masing-masing dan juga dalam pentadbiran kerajaan. Selepas pembesar berempat diikuti pula dengan pembesar berlapan. Mereka terdiri daripada Orang Kaya Balai Maharaja Lela, Laksamana Orang Kaya, Orang Kaya Syahbandar, Panglima Kinta Seri Amarbangsa, Seri Akar Di Raja (Dato’ Sagor), Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja, Seri Adika Raja dan Imam Paduka Tuan. Kesemua pembesar ini dilantik oleh sultan Perak melalui surat kuasa atau surat tauliah dan pemberian sebilah pedang sebagai lambang jawatan. Di Selangor, gelaran pembesar ialah Penggawa Permatang, Penggawa Tua, Penghulu Aru, Tok Kelang, Dato’ Naga, Dato’ Menteri dan Orang Kaya Kecil. Datuk Am, Tok Penggawa Permatang, Tok Klang dan Tok Naga serta Datuk Menteri telah mentadbir jajahan-jajahan Selangor sebelum Raja Lumu dilantik sebagai rajanya. Di Pahang, pembesar empat dilantik mengikut tradisi Orang Besar Berempat. Mereka dilantik dari keluarga atau puak tertentu yang turun temurun. Orang Besar Berempat adalah Orang Kaya Indera Shahbandar, Orang Kaya Indera Pahlawan, Orang Kaya Indera Segara dan Orang Kaya Indera Perba Jelai. 13


BEREHAT SEBENTAR BERSAMA LANGKASUKA NEWS Cari Perkataan Tersembunyi 14


APA KATA MEREKA KAMI MENJALANKAN SEBUAH TINJAUWAN UNTUK MELIHAT REAKSI MASYARAKAT SAMA ADA MEREKA MENGETAHUI TENGTANG KEHEBATAN PENTADBIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA ATAUPON TIDAK. SOALAN: Pada pendapat anda adakah kehebatan pentadbiran zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah fakta sejarah ataupon mitos semata? 15


RESPOND: 16 Pada pendapat saya it's fact because menjadi sebuah institusi pendidikan awal pada masa ini.Ini dpt dilihat dari bukti bukti yang telah menjadi sumber rujukan pertama seperti Batu Bersurat dan lain-lain (Adib) Pentadbiran zaman Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak kehebatan sejarah yang telah dikenalpasti oleh para sejarawan. Ini termasuk pencapaian dalam perdagangan, kebudayaan, dan hubungan diplomatik dengan empayar-empayar lain. Oleh itu, ia bukanlah mitos semata, tetapi sebuah fakta sejarah yang penting dalam perkembangan wilayah ini. Walau bagaimanapun, seperti dalam banyak sejarah, terdapat elemen-elemen legenda dan mitos yang mungkin telah disertakan dalam naratif sejarah Kesultanan Melayu Melaka. (Arif) Pada pandangan dan pendapat yang boleh diberi oleh saya sebagai orang biasa yang mendegar sejarah dan sedikit mengambil tahu tetang sejarah mengatakan kesultanan melayu melaka adalah fakta kerana pelbagai bukti tetang kesultanan melayu melaka yang dapat dilihat yang masih berada dan bukti dari sejarah bangsa lain yang mengatakan kesultanan melayu melaka ada yang terhebat. Selain itu kehebatan kesultanan melayu melaka boleh dilihat dari sejarah jepun dgn yang memperlihat adanya jalinan pehubungan antara kesultanan melayu melaka dan jepun . Seterusnya adanya lokasi sesuatu tempat yang memperlihat satu ukiran panglima yang memgang keris dan ramai mengatakan itu adalah utusan raja kesultanan melayu melaka untuk menjalinkan hubungan . Akhir sekali yang menunjukkan kesultanan melayu melaka ini adalah fakta dan bukan auta ialah dari tempat bermulanya penjajah itu sendiri yang bermula dari kota melaka untuk menawan kawan perdagagan yang hebat (Amirul) Pada pendapat saya kehebatan pentadbiran zaman kesultanan melayu melaka merupakan sebuah fakta. Hal ini dikatakan sedemikian kerana pada zaman kesultanan melayu melaka mengamalkan sistem pentadbiran pembesar berempat, berlapan, enam belas dan tiga puluh dua yang menjadi asas atau dasar kepada sistem pentadbiran kabinet pada masa kini (Najmie) Beno lah tu mnede mitos sbb bnyk bukti yg dh ditemui (Ajis) pada pendapat saya , ianya adalah fakta sebuah sejarah kerana telah menggmbarkn kisah trdhulu yang mmbabitkn prjuangn tanah air yg snggup korban nywa dan tenaga. (Aiza) Pada pendapat saya kehebatan pentadbiran zaman kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah fakta sejarah yang benar pernah berlaku ketika masa dahulu dan bukan mitos atau rekaan semata mata kerana ada barang barang yang pernah digunakan ketika zaman kesultanan Melayu Melaka. Contoh yang mudah untuk diberi ialah keris yang digunakan oleh pahlawan pahlawan melayu ketika duhulu. (Faqri) Pada pendapat saya kehebatan pentadbiran Melayu melaka ini merupakan sebuah fakta. (Zahra) Pada pendapat saya ia merupakan fakta (Ikram) Pada pendapat saya kehebatan pentadbiran zaman kesultanan melayu melaka merupakan sebuah fakta kerana terdapat banyak artifak ii yang digunakan pada zaman tersebut dijumpai (Syahmi) Pada pendapat saya, kehebatan pentadbiran zaman kesultanan melayu melaka merupakan fakta. Hal ini kerana terdapat bukti ii bersejarah yang ditinggalkan. (Mar) Pada pendapat saya ia adalah sebuah fakta dan terbukti melalui catatan sejarah (Nisa) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.


PERUNDANGAN MELAKA Oleh Farid Danial Image Oleh Jamie Loo Jie 17


HUKUM KANUN MELAKA 18


19


Kehebatan pentadbiran zaman Kesultanan Melayu Melaka boleh dilihat dari aspek perundangannya. Undang-undang digubal bagi mengawal kehidupan masyarakat. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undangundang bertulis yang berasaskan kepada hukum syarak dan hukum adat. Kedua-dua undang-undang bertulis tersebut ialah Hukum Kanun Melaka dan UndangUndang Laut Melaka. Kedua-dua undang-undang tersebut diperkenalkan bagi melaksanakan pentadbiran di Kesultanan Melayu Melaka untuk memastikan kemakmuran dan kesejahteraan negara terjamin. SEMAKIN BANYAK ILMU, SEMAKIN LAPANG HIDUP SEMAKIN KURANG, SEMAKIN SEMPIT HIDUP (BUYA HAMKA) 20 APA ITU HUKUM KANUN MELAKA Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 Fasal yang membincangkan tentang hal ehwal jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan dan hal yang berkaitan dengan ekonomi negara.Fasal-fasal ini membincangkan, dan mengatur kedudukan sosial dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini dibuat agar kemakmuran dan keamanan Kesultanan Melayu Melaka terjamin. Antaranya,


21 INTIPATIHUKUM KANUN MELAKA Perbuatan jenayah menggugat ketenteraman dan keharmonian Kesultanan Melayu Melaka. Pelbagai hukuman setimpal dikenakan terhadap perbuatan jenayah seperti membunuh, menikam dan mencuri. Antara kesalahan yang boleh dikenakan hukuman bunuh termasuklah seperti dalam Fasal 5.1, apabila seseorang didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar, maka dia akan dihukum bunuh. Dalam Fasal 4, hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan. JENAYAH PERANAN SULTAN & PEMBESAR Setiap pembesar Melaka mempunyai peranan dalam pentadbiran dan mereka juga perlu arif dalam hal berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang. Contohnya, dalam Fasal 1, dijelaskan tugas Sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar. Contohnya Bendahara dan Temenggung.


22 Sumber: Liaw Yock Fang. 1976. Undang-Undang Melaka (The Law of Malacca). The Hague:Martinus Nijhoff. Perdagangan merupakan elemen penting yang menjadikan Kesultanan Melayu Melaka terkenal di seluruh dunia. Undang-undang ini mempunyai peraturan yang jelas tentang urus niaga untuk mengawal perdagangan di Melaka agar tidak berlaku sebarang kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya. dalam Fasal 30. dinyatakan amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan dan orang yang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli. EKONOMI Isu kekeluargaan diberikan perhatian oleh Kesultanan Melayu Melaka. Undang-undang keluarga bertujuan mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga atau dalam perkahwinan. Antara hukum dalam perkahwinan termasuklah dalam Fasal 26 yang menyatakan bahawa pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang sahaja. Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan. KEKELUARGAAN


23


FASAL-FASAL DI DALAM HUKUM KANUN MELAKA Selain itu, terdapat juga beberapa fasal lain di dalam Hukum Kanun Melaka yang membincangkan adat dan ketatanegaraan di Kesultanan Melayu Melaka. Fasal-fasal ini membincangkan tentang protocol, kekeluargaan dan perkahwinan, hal ehwal tadbir tanah, penternakan, pengurusan hamba, Syahbandar, perniagaan, denda dan lain-lain lagi. Hukuman yang setimpal akan dikenakan kepada sipelaku agar menjadi teladan kepada orang lain supaya mereka tidak lagi membuat jenayah di Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini bagi memastikan struktur sosial yang dimiliki oleh Kesultanan Melayu Melaka kukuh tanpa adanya sebarang jenayah. Antara fasal-fasal tersebut ialah: 24


Fasal 1 (1.1) Menjadi satu kesalahan bagi rakyat sekiranya memakai pakaian berwarna kuning, kain kasa dan keris yang berhulukan emas. Fasal 3 Antara perkara yang dilarang bagi orang biasa menggunakannya semasa pengebumian, iaitu berpayung, menghambur dirham, menggunakan bantal atau tilam berwarna kuning Fasal 12 (12.1) Seseorang yang mengganggu isteri orang, dikehendaki menyembah suami perempuan itu di hadapan khalayak ramai. Jika enggan, orang tersebut akan didenda. Jika seseorang mengganggu atau menawari (memikat) anak perempuan orang lain, orang itu akan didenda atau dikahwinkan dengan perempuan tersebut jika ada persetujuan bapa perempuan tersebut. Jika perempuan yang ditawari itu seorang hamba, hukumannya hanya denda. Fasal 19 (19.1) Bagi orang menduduki tanah orang lain, sekiranya ada buah-buahan, makan perlulah makan bersama tuan tanah itu. Jika hasil tanaman dijual, maka satu pertiga hasil jualan perlu diserahkan kepada tuan tanah. Jika ada pokok yang ditebang dalam kawasan tanah itu , maka perlu dibayar ganti rugi 1 1/3 harga pokok tersebut. Seterusnya, menjadi satu kesalahan jika seseorang pembesar memberikan sesebuah kampung kepada orang lain tanpa pengetahuan raja. Fasal 20 (20.1/20.2) Tanah dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tanah hidup dan tanah mati. Tanah hidup bermaksud tanah yang pernah dikerjakan oleh orang. Tanah mati pula ialah tanah hutan dan sebagainya. Orang membuat ladang di tanah hidup boleh didakwa 25


Fasal 21 (21.1) Tuan punya lembu akan dikenakan denda 1 ¼ tahil jika lembunya yang ditambat di tempat orang lalu lalang, menanduk orang. Tuan punya lembu tidak akan didenda jika lembu yang ditambat di hutan dan menanduk orang Fasal 23 (23.1) Seseorang dilarang menjual hamba yang asalnya ialah orang yang lapar dan orang yang dalam kesempitan Fasal 29 Antara tugas syahbandar adalah dengan menghukum kesalahan yang berkaitan dengan gantang dan cupak (perniagaan) dan hal-hal yang berlaku pada orang-orang dagang Fasal 31 (31.1) Jika seseorang itu menjual tanah, jualan itu termasuklah semua kayu-kayan yang terdapat di dalamnya. Bagi tanah huma (padi) yang dijual (tidak membuat perjanjian ), hasil pertama huma perlu diberikan kepada tuan tanah lama dan hasil selepasnya milik pembeli tanah tersebut Sumber: R.O Winstedt dan P.E. De Josselin De Jong, 1954. The Maritime Laws of Malacca. Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim, 1995. Sastera Undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 26


UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA 13 27


APA ITU UNDANGUNDANG LAUT MELAKA Tidak lengkap jika kita menceritakan tentang perundangan Kesultanan Melayu Melaka tetapi tidak memetik tentang Undang-Undang Laut Melaka. UndangUndang Laut Melaka diasaskan oleh beberapa orang Nakhoda Melaka iaitu Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak. Kemudian undang-undang ini diperkenalkan oleh Sultan Mahmud Shah, Sultan ke-VIII dan Sultan terakhir bagi Kesultanan Melayu Melaka. Undang-undang ini mempunyai perkara berkaitan dengan peranan nakhoda, pelayaran, jenayah di atas kapal, percukaian dan lainlain lagi. 28


intipati undang-undang laut melaka 29 Peranan Nakhoda Nakhoda berkuasa penuh dan dibaratkan sebagai raja dalam pelayaran. Semua pihak harus mematuhi arahan dan perintah nakhoda.Dalam Fasal 13.1, dinyatakan bahawa nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat hari. Dalam Fasal 13.3 pula dinyatakan, sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal untuk mendapatkan persetujuan.


30 Pelayaran Dalam undang-undang ini, dijelaskan peranan beberapa pegawai selain nakhoda, antaranya termasuklah jurumudi, malim dan jurubatu. Pelaksanaan peranan masing-masing akan menjadikan pelayaran selamat dan lancar. Contohnya, dalam Fasal 9, seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran. Malim perlu mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang agar pelayaran berada dalam keadaan selamat. Dalam fasal yang sama, jika malim lalai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan, dia akan dijatuhi hukuman bunuh. Jenayah Perbuatan jenayah di atas kapal akan menggugat ketenteraman dan keselamatan isi kapal. Undang-undang ini menjelaskan hukuman terhadap perbuatan jenayah yang berlaku meliputi perbuatan mencuri, membunuh dan memberontak. Contohnya, dalam Fasal 5, seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal, maka orang tersebut akan dikenakan hukuman mati. Percukaian Percukaian yang sistematik dan adil dinyatakan dalam undang-undang ini. Pelbagai cukai dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan. Contohnya, cukai perjalanan dan hasil perniagaan. Dalam Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang, iaitu satu persepuluh daripada hasil penumpang sekiranya penumpang ingin turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga tahun, tiga bulan atau tiga hari. Sumber: Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim. 1995. Sastera Undang-Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.


31 PETIKANDARIPADAUNDANG-UNDANGLAUT MELAKA Seterusnya, mari kita lihat petikan yang berkaitan dengan bab-bab yang menceritakan tentang pelayaran, peranan nakhoda, janayah, dan percukaian di dalam Undang-Undang Laut Melaka: Pelayaran “… mualim hendaklah sentiasa beringat-ingat semasa pelayaran supaya selamat semuanya dalam pelayaran.” (Bab 9 hlm. 38) Peranan Nakhoda “... perundingan harus dilakukan oleh nakhoda dengan anak-anak kapal dan penumpang sekiranya berlabuh di pelabuhan yang tidak ada dalam senarai persinggahan.” (Bab 20 hlm. 45)


32 Jenayah Jenayah “Hukuman mencuri dalam perahu. Seorang baik-baik yang mencuri emas atau perak atau barang lain, dihukum menurut hukum negeri.” (Bab 3 hlm. 48) Percukaian “Sesiapa (penumpang) yang ingin turun di tempat yang dijanjikan, maka dia perlu membayar satu persepuluh cukai kepada nakhoda.” (Bab 5 hlm. 36) Sumber: R.O Winstedt dan P.E. De Josselin De Jong, 1954. The Maritime Laws of Malacca. Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim, 1995. Sastera Undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka


PERANAN ANGGOTA Disamping itu, kesemua pegawai di dalam kapal memainkan peranan penting bagi memastikan kelancaran perdagangan dan pelayaran di Kesultanan Melayu Melaka. Setiap kapal mahupon perahu di Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pegawai dan anggotanya yang tersendiri dan setiap anggota memainkan peranan masingmasing di dalam kapal mahupon perahu agar pelayaran berjalan dengan lebih lancar. Antara peranan-peranan anggota di dalam kapal ialah: Nakhoda Ketua kapal dan dianggap “raja” di dalam kapal. Malim (Jurumudi) Pegawai yang menentukan arah dan dianggap “bendahara” di dalam kapal. 33


Jurubatu Pegawai yang mengukur kedalaman laut dan dianggap sebagai “temenggung” di dalam kapal. Tukang Kanan, Tukang Kiri dan Tukang Agung Sida-sida di dalam kapal. Jurubatu Kanan, Jurubatu Kiri, Gantung Layar dan Senawi Pegawai khas dalam kapal yang tertanggung terus kepada nakhoda. Awak-Awak Anak kapal yang bertanggungjawab kepada tukang. Sumber: Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 34


35 pengaruh perundangan melaka


36 PENGARUH PERUNDANGAN MELAKA PADA KERAJAAN MELAYU LAIN Kita tidak dapat menafikan kehebatan sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka. Sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi asas kepada sistem perundangan Kerajaan Alam Melayu yang lain. Perundangan yang digubal adalah bertujuwan untuk mengawal kehidupan bermasyarakat. Hal ini menyebabkan Kerajaan Alam Melayu yang lain mengambil contoh sistem pentadbiran dari Kesultanan Melayu Melaka termasuk sistem perundangan mereka. Hukum Kanun Melaka telah menjadi asas kepada undangundang bertulis di negeri-negeri Melayu yang lain seperti: 1 Hukum Kanun Pahang 2 Undang-Undang 99 Perak Warisan Hukum Kanun Melaka telah terbukti di dalam fasal-fasal berhubung peraturan dan larangan istana, kekeluargaan Islam, jenayah, hutang-piutang dan hukum jual beli. Hukum Kanun Pahang Undang-Undang 99 Perak


37 Kesimpulan Akhir Oleh Farid Danial dan Sakthi Magentharan Image oleh Jamie Loo Jie


38 KESIMPULAN Adakah kehebatan pentadbiran zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah fakta sejarah atau omongan kosong semata? Jawapannya adalah ya, betul kehebatan pentadbiran zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah fakta yang tidak dapat kita nafikan kerana, terdapat pelbagai sumber sejarah yang membuktikan kehebatan pentadbiran pada zaman tersebut. Kepelbagaian sumbersumber sejarah yang membuktikan kehebatan pentadbiran zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan titik tolak kepada persoalan kita ini. Kita boleh menjumpai pelbagai sumber Sejarah tentang kehebatan pentadbiran zaman Kesultanan Melayu Melaka bermula dari dokumen-dokumen rasmi, alatan-alatan purba, catatan Sejarah dan tinjauwan awam sekali pon membuktikan kehebatan pentadbiran Zaman Kesultanan Melayu Melaka ini. Oleh itu, wajar jika kita bangga dengan Sejarah datuk nenek moyang kita yang telah menggangkat Melaka sehinga ke tahap kegemilangannya. Kita boleh menghargai Sejarah datuk nenek moyang kita dengan cara kita menggangkat sejarah-sejarah tersebut yang telah lama di pendam oleh pihak penjajah ke peringkat antarabangsa agar seluruh dunia mengetahui tentang kehebatan sejarah kita. Kesimpulannya, kehebatan pentadbiran zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah fakta yang tidak dapat kita nafikan. Kita sebagai generasi muda perlulah menggangkat Sejarah-sejarah ini agar jati diri kita tidak pudar di telan dek zaman.


LAMPIRAN (Menghadiri Taklimat Penghasilan E-Folio) (Perbincangan E-Folio) 39


Sumber Rujukan Pembesar 4 Lipatan 1.AHMAD BIN YAAKOB, 2016, Hierarki pembesar di Tanah Melayu pada ke-19, matsejarah.blogspot http://matsejarah.blogspot.com/2016/06/hierarki-pembesar-di-tanah-melayu-pada.html 2. Kavitha_mnm, 2012, Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5, slideshare.net https://www.slideshare.net/kavitha_mnm/sistem-pentadbiran-yang-sistematik-bab-5 3. Cikgu YaTie, 2014 , SISTEM PEMBESAR DI NEGERI-NEGERI MELAYU , cikguyatieishere.blogspot https://cikguyatieishere.blogspot.com/2013/06/sistem-pembesar-di-negeri-negeri-melayu.html?m=1 Hukum Kanun Melaka 1 Liaw Yock Fang, 1976, Undang-Undang Melaka (The Law of Malacca). The Hague:Martinus Nijhoff. 2 Ridzuan bin Hasan, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, Muslimin bin Fadzil, Subramaniam a/l Raman. (2019). Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 3 R.O Winstedt dan P.E. De Josselin De Jong, 1954. The Maritime Laws of Malacca. 4 Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim, 1995. Sastera Undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Undang-Undang Laut Melaka 1 Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2 Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Pengaruh Perundangan Melaka 1 Dr. Suffian bin Mansor, Dr Mardiana binti Nordin, Ahmad Salehee bin Abdul, Ishak bin Saidoo. 2017. Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 40


KELUARAN POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH LANGKASUKA NEWS SUPPORTING TEXT FOR THE COVER STORY GOES HERE Langgani Kami Nikmati diskaun yang lebih besar Penghantaran percuma Dapatkan ia sebelum orang lain! Jangan Lepaskan Peluang! https://ptsb.mypolycc.edu.my Lawati Website Kami Dapatkan berita terbaharu Update Harian Baca dimana sahaja, pada bila-bila masa LANGKASUKA NEWS LANGKASUKA NEWS Oktober 2023 | Edisi Ke-10 PENULIS: FARID DANIAL SAKTHI MAGENTHRAN JAMIE LOO JIE OMONGAN KOSONG ATAU FAKTA : KEHEBATAN PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA OMONGAN KOSONG ATAU FAKTA : KEHEBATAN PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA PENULIS: FARID DANIAL SAKTHI MAGENTHRAN JAMIE LOO JIE 41


LANGKASUKA NEWS November 2023 | Edisi Ke-11 Akan Datang KELUARAN POLITEKNIK TUANKU SULTANAN BAHIYAH DARI MANAKAH ASAL MUASAL NOBAT DIRAJA? PENULISAN: FARID DANIAL SAKTHI MAGENTHARAN JAMIE LOO JIE 42


LANGKASUKA NEWS


Click to View FlipBook Version