The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Hidayyatul, 2024-03-15 01:56:44

PAKK1094

PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PAKK 1094 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK by:Nur Hidayyatul Akkma Mohd Khairi binti Abdullah Kelas : F2B


PENGENALAN Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2015), kurikulum didefinisikan sebagai semua rancangan dari segi pendidikan yang akan diuruskan oleh institusi pendidikan dan sesebuah sekolah bagi memastikan matlamat pendidikan dapat dicapai. Kurikulum ini adalah merupakan satu rancangan yang akan meliputi pelbagai perkara seperti kemahiran, ilmu pengetahuan, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat. Kurikulum kebangsaan yang ditentukan haruslah menentukan kemahiran, nilai dan pengetahuan yang dijangka akan dapat diperolehi oleh murid-murid pada akhir sesi persekolahan mereka (Akta Pendidikan, 1996). Walaubagaimanapun, kurikulum haruslah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) kerana ianya merupakan satu dasar yang dijadikan arah tuju, bimbingan dan panduan. Tanpa kewujudan falsafah, kurikulum akan menjadi satu asas yang tidak sah. Oleh itu, marilah kita pelajari tentang dua kurikulum yang digunakan untuk taska dan prasekolah iaitu kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).


KURIKULUM PERMATA Kurikulum PERMATA ini dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijadikan sebagai satu teras yang utama untuk membina potensi kanak-kanak secara individu supaya menjadi seorang modal insan yang berguna dan berkualiti tinggi. Projek perintis PERMATA ini telah mula beroperasi seawal 1 Mac 2007 yang dimulakan dengan pembangunan di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Matlamat kurikulum ini adalah bagi menyediakan satu program asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang berusia seawal 0-4 tahun. Kurikulum PERMATA ini juga turut memberikan peluang untuk mendapatkan pendidikan awal bagi memudahkan proses kemasukan ke prasekolah satu hari nanti. Pengalaman pembelajaran yang awal akan dapat memastikan kanak-kanak ini dilahirkan sebagai modal insan negara yang mempunyai kecerdasan dari segi intelek yang tinggi, sahsiah yang mulia, kerohanian yang mantap,menghargai kepelbagaian kaum dan budaya di negara kita, berpatriotisme dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.


KURIKULUM PERMATA Seterusnya, objektif kurikulum PERMATA ini adalah bagi menyediakan garis panduan yang hendak dipatuhi oleh para pendidik untuk menjalankan aktiviti pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak bagi mencapai matlamat pembelajaran yang hendak dicapai. Antara matlamat yang telah ditetapkan ialah memastikan kanak-kanak dapat menguruskan diri mereka sendiri, mampu untuk berdikari dan yakin dengan diri mereka sendiri. Contohnya, mereka telah boleh untuk memberus gigi, membasuh tangan dan membutang baju mereka dengan sendirinya. Selain itu, kanak-kanak juga haruslah dibimbing untuk menguasai kemahiran awal bahasa untuk berkomunikasi antara satu sama lain mahupun di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.


KURIKULUM PERMATA Selanjutnya, model konseptual kurikulum PERMATA yang merupakan penggabungkanbagi komponen pendidikan dan pengasuhan yang perlu diaplikasikan melalui usahapendidik yang professional dan telah dilatih dan penglinatan ibu bapa serta komuniti.


KURIKULUM PERMATA Di samping itu, kurikulum ini juga terbahagi kepada enam bidang pembelajaran bagi perkembangan kanak-kanak. Pembelajaran yang pertama adalah bagi memperkembangkan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian dalam diri kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana bagi menjadikan seorang kanak-kanak itu membesar dengan baik dan menjadi seorang insan yang boleh memilih jalan kehidupan yang sihat dan bahagia. Pembelajaran yang kedua ialah bagi mengembangkan bahasa, komunikasi dan literasi awal. Bidang pembelajaran ini mempunyai tujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam berbahasa dan berkomunikasi untuk kanak-kanak. Ini adalah kerana bahasa merupakan asas yang penting dalam membina kehidupan bersosial yang baik untuk kanak-kanak. Menurut Vygotsky (1978), bahasa ini adalah merupakan satu alat untuk berfikir.


KURIKULUM PERMATA Bidang yang ketiga ialah perkembangan awal matematik dan pemikiran logik. Matlamatnya adalah bagi membolehkan kanak-kanak untuk membina konsep awal matematik seperti proses menganggar, mengenal, menyusun, membanding dan membezakan bentuk sama ada dari segi saiz, ruang, ukuran dan jarak. Keempat ialah perkembangan deria dan pemahaman mengenai dunia persekitaran. Melalui deria mereka kanak-kanak akan melakukan penerokaan mengenai alam sekitar disekelilingnya dengan lebih bermakna. Hal ini secara tidak langsung dapat memastikan kanak-kanak dapat menggunakan kelima-lima deria yang dimiliki oleh mereka.


KURIKULUM PERMATA Kelima ialah perkembangan fizikal dan psikomotor. Kegunaan bagi perkembangan fizikal ini adalah bagi memastikan kanak-kanak dapat mengawal anggota tubuh mereka dengan lebih berkesan. Seperti yang telah kita ketahui kanak-kanak mempunyai dua jenis motor pada diri mereka iaitu motor halus dan motor kasar. Dengan melakukan aktiviti fizikal kanak-kanak dapat menggunakan kedua-dua motor mereka dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kekuatan dan kecergasan ketika melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Akhir sekali, perkembangan kreativiti dan estetika yang mempunyai matlamat untuk mengembangkan keupayaan kanak-kanak untuk memproses maklumat dan berimaginasi serta menghasilkan sesuatu yang baru. Contoh aktiviti pembelajajaran yang boleh dijalankan ialah seni lukis, kraf, membuat kolaj, drama dan sebagainya.


KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ini telah diperkenalkan sejak 2010 yang bertujuan untuk membangunkan potensi kanak-kanak secara mendalam dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui aktiviti pengajaran yang bermanfaat dan menyeronokkan. KSPK juga bermatlamat untuk menjadi satu pendekatan pembelajaran untuk kanak-kanak yang berusia seawal 4-6 tahun. KSPK


Objektif KSPK ialah bagi membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Hal ini dikatakan demikian kerana komunikasi adalah satu perkara yang akan dipraktikkan oleh kita sampai bila-bila. Objektif kedua ialah kanak-kanak haruslah mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri mereka sendiri. Contohnya dengan memberus gigi, mencuci tangan dan sebagainya. KSPK


Selanjutnya, KSPK mempunyai enam tunjang. Tunjang yang pertama ialah tunjang komunikasi. Tunjang ini menekankan kemahiran untuk berbahasa sama ada secara bukan lisan mahupun lisan semasa berinteraksi antara satu sama lain. Bahasa yang wajib untuk dipelajari ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerris. Tunjang kedua ialah kerohanian, sikap dan nilai. Tunjang ini memberikan keutamaan kepada aspek kepercayaan, sikap, nilai dan penghayatan amalan agama. Tunjang ini juga terbahagi kepada dua iaitu Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. KSPK


Tunjang ketiga ialah kemanusiaan. Tunjang ini menekankan tentang kemasyarakatan, penghayatan semangat patriotisme dalam negara dan perpaduan. Seterusnya, tunjang keterampilan diri. Tunjang ini dapat memastikan kanak-kanak dapat menjaga imej diri mereka sendiri. Kelima, tunjang perkembangan fizikal dan estetika. Tunjang ini menekankan perkembangan jasmani dan kesihatan bagi memastikan kesejahteraan dalam diri. Tunjang ini melibatkan subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tunjang terakhir ialah tunjang sains dan teknologi. Tunjang ini pula memberikan penekanan kepada pengetahuan sains awal dan matematik awal. KSPK


Jelaslah bahawa kurikulum bagi kedua-dua program asuhan ini amatlah penting kerana ianya mendatangkan banyak manfaat secara tidak langsung kepada para kanak-kanak. Oleh itu, sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab kita haruslah mempraktikkan kurikulum ini ketika mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ketika berada di dalam kelas. PENUTUP


Blogspot (2018) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan https://eceb6.blogspot.com/2018/04/kurikulum-standard-prasekolah-kebangsaan.html Cikgu Ayu Prasekolah Blogspot (2015) Laman Informasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kurikulum PERMATA Negara https://cikguayuprasekolah.blogspot.com/2015/08/kurikulum-permata-negara_24.html Fadhlah Senifoto ; Scribd (2019) Sistem Kurikulum Malaysia https://www.scribd.com/doc/110272129/sistem-kurikulum-Malaysia Flower Girl ; Scribd (2019) Pengenalan Kepada KSPK https://www.scribd.com/doc/279051764/Pengenalan-kepada-KSPK RUJUKAN


JoAnne JoSephine Sim ; Scribd (2020) KSPK https://www.scribd.com/presentation/369987703/Model-Konseptual-Permata-KSPK Jnurul Wahidah ; Scribd (2016) Pengenalan Kurikulum https://www.scribd.com/doc/181924515/PENGENALANKURIKULUM#:~:text=MAKSUD%20KURIKULUM%20Menurut%20KPM%20kurikulum,p endidikan%20untuk%20mencapai%20matlmat%20pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (2015) Kurikulum Mengikut KPM https://aminazirah92.blogspot.com/2015/12/kurikulum-mengikut-kpm.html Suhaimi Razaly ; Academia (2012) Kurikulum PERMATA Negara https://www.academia.edu/25939052/Kurikulum_PERMATA_Negara RUJUKAN


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version