The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR
{SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR}

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by znas77, 2021-04-18 05:25:50

BUKU SKRAP DIGITAL

TOKOH PEMIMPIN JOHOR
{SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR}

Keywords: BUKU SKRAP DIGITAL

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Api – Api, Cikgu Zulkifli bin Mohd Yasin yang telah membimbing saya

membuat buku skrap digital ini sehingga selesai.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibu, bapa dan keluarga saya yang sentiasa
memberi dorongan dan galakan,bantuan dan tunjuk ajar sepanjang membuat buku skrap
digital ini sehinggalah buku skrap digital ini selesai. Tidak lupa juga saya ucapkan terima
kasih kepada kawan-kawan saya yang tidak terhingga atas kerjasama yang diberikan semasa

membuat buku skrap digital ini.

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar(diputerakan pada 22 November 1958) merupakan
anakanda ketiga baginda dan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum
Sultan Ismail dan Almarhumah Enche Besar Hajah Khalsom binti Abdullah. Baginda
merupakan Sultan Johor ke-25 dan terkini serta merupakan Sultan Johor era moden ke-5
dari Kerabat Temenggong.

PENDIDIKAN TOKOH PEMIMPIN

 Sekolah pertama baginda ialah Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1. Setelah itu, baginda kemudiannya menyambung
pelajarannya di Trinity Grammar School di Australia pada 1968 selama dua tahun. Sekembalinya baginda ke Johor, baginda
kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Di samping itu, Tunku Ibrahim juga bersekolah di Sekolah
Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama Islam.

 Beberapa tahun kemudian, Tunku Ibrahim telah dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada) di Kota Tinggi untuk menerima
latihan asas ketenteraan selama tiga bulan dan kemudiannya ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat. Di situ, baginda
telah mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Setelah berada di situ, baginda kemudiannya mengikuti
Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat. Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai
Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan
helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja
Malaysia.

KERJAYA TOKOH PEMIMPIN

 Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 dan telah berdiam di Istana Pasir
Pelangi itu. Baginda pernah menjadi pemangku Sultan Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989 ketika
ayahandanya, Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan. Dalam beberapa
tahun belakangan ini, Tunku Ibrahim secara beransur-ansur mengambil alih beberapa tugas negeri dan fungsi dari
ayahandanya yang telah tua termasuklah ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-211 dimana Tunku Ibrahim bersama
Tunku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang telah mewakili ayahanda masing-masing dalam mesyuarat itu.

 Beberapa jam sebelum kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010, Tunku Ibrahim Ismail sekali lagi
dilantik sebagai pemangku sultan berikutan laporan perubatan mengenai kemangkatan Sultan Iskandar yang masih belum
disahkan. Pada waktu malam hari yang sama, Sultan Iskandar telah mangkat dan Tunku Ibrahim dimasyhurkan sebagai
Sultan Johor yang baharu pada esoknya berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dengan gelaran Sultan
Ibrahim. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan pemasyhuran itu di Istana Besar Johor Bahru dan
mengumumkan tentang musim perkabungan bagi kerabat diraja Johor yang terdekat adalah selama 40 hari manakala bagi
rakyat Johor pula ialah 7 hari. Semasa musim itu juga, Sultan Ibrahim pertama kalinya ke mesyuarat Majlis Raja-
Raja sebagai Sultan Johor..

KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR KALI KE 4

 Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor diperkenalkan oleh Sultan Johor Moden yang pertama iaitu Almarhum Sultan Abu
Bakar pada tahun 1886 selepas baginda mendapat ilham daripada lawatan baginda Empayar British dan Empayar
Uthmaniyah. Baginda memperkenalkan konsep mahkota kepada raja-raja Melayu yang kemudiannya diikuti
oleh Kelantan, Selangor dan Terengganu.

 Pada tahun 2013, kerja-kerja penaiktarafan Istana Besar Johor dan Istana Bukit Serene telah mula dilangsungkan atas
perkenan baginda yang berkehendaki agar Istiadat Kemahkotaan baginda diadakan pada 5 Mei 2014, sempena baginda
menjadi Sultan Johor yang ke-5. Walau bagaimanapun, disebabkan kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh
yang ditetapkan, Istiadat tersebut ditangguh.

KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR KALI KE 4

 Pada Januari 2015, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor iaitu Datuk Abdul Rahim Ramli menyampaikan perkenan
baginda untuk melangsungkan Istiadat Kemahkotaan baginda. Kali terakhir Istiadat tersebut dilangsungkan ialah pada tahun
1960 iaitu Kemahkotaan Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim. Sultan Iskandar pula tidak berkehendakkan Istiadat Kemahkotaan
buat dirinya.

 Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kali-4 ini bakal diadakan pada 23 Mac 2015 dan disambut secara besar-besaran yang
bermula dari Istiadat Meletak Kerja pada 16 Mac 2015 dan diisi dengan 9 istiadat utama dan keraian di seluruh
negeri Johor sehingga bulan April 2015.[14]

 Istiadat ini akan memperlihatkan kembali tradisi diraja Johor moden yang mempamerkan tradisi gabungan Melayu, Islam dan
Barat dalam istiadat itu.

SUMBANGAN TOKOH

 Sumbangan Sultan Johor kepada rakyat terutamanya rakyat Johor terlalu banyak untuk disenaraikan. Baginda adalah seorang
Sultan yang sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyat serta selalu bersama-sama rakyat Johor.

 Berikut adalah beberapa petikan tentang sumbangan serta gerak kerja yang baginda berikan kepada rakyat Johor:
 137 keluarga miskin terima sumbangan Sultan Johor. Petikan akhbar Berita Harian 10 Mei 2020.

.

SUMBANGAN TOKOH
 Sultan Johor sumbang makanan kepada pemandu teksi. Petikan akhbar Harian Metro 3 Mei 2020.

SUMBANGAN TOKOH
 Sultan Johor kurnia RM30 juta kepada Yayasan Kelab Bolasepak JDT. Petikan akhbar Utusan Malaysia 9 Mac 2021.

 Sultan Johor dan Permaisuri Agong kurnia sumbangan untuk barisan hadapan . Petikan akhbar Harakah Daily 12 April
2020.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

 Sultan Johor adalah seorang Sultan yang mesra rakyat. Baginda banyak menumpukan terhadap kerja amal dan
kebajikan antaranya menyumbangkan computer, pakaian dan basikal kepada murid-murid miskin di luar Bandar.

 Melalui Kembara Mahkota, rakyat merasakan bertuah bernaung di bawah institusi istana Johor yang sentiasa memberi
perhatian terhadap soal kebajikan, kesejahteraan dan kepentingan pendidikan rakyat.

 Sifat-sifat kepimpinan, ketokohan dan keperibadian yang menawan hati rakyat ini telah menjadikan DYMM Tuanku
seorang sultan yang amat disenangi dan disayangi oleh seluruh rakyat Negeri Johor.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

Sultan Johor menziarah dan menghulurkan bantuan serta sumbangan kepada rakyat yang menghadapi kesusahan seperti banjir,
uzur atau sakit.

KESIMPULAN

 Saya amat bersyukur kerana telah dapat menyiapkan Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin Johor {Anyflip} ini dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menyiapkan buku skrap digital ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai
yang telah saya pelajari.

 Saya bersyukur menjadi rakyat Johor kerana mempunyai Sultan Johor yang sangat mesra rakyat dan banyak membantu
rakyat yang menghadapi kesusahan.

 Selain itu, saya juga mendapat ilmu mengenai elektronik dan digital semasa menyiapkan buku skrap digital ini.
 Disamping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran, memupuk semangat patriotisme dan

kerjasama antara rakan-rakan, guru dan ibu bapa semasa menyelesaikan buku skrap digital ini.
 Harapan saya, semoga buku skrap digital ini memberi manfaat kepada orang lain.
 Sekian terima kasih.

SUMBER RUJUKAN

 Slideshare
 Harian Metro
 Berita Harian
 Utusan Malaysia
 Facebook Sultan Ibrahin Sultan Iskandar


Click to View FlipBook Version