Permainan Tradisional
di Seluruh Dunia
Nama : AHMAD AIREL AIMAN BIN AHMAD MARZUKI
Kelas : 2 JAYA
Permainan Tradisional
Malaysia
1. Gasing
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya,
sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan
tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan
selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara
kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu
berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru,
kemuning, merbau, rambai, durian atau
kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan
dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok
bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat
daripada tali nilon. Panjang tali gasing
biasanya bergantung kepada panjang tangan
seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak
kelapa digunakan untuk melicinkan
pergerakan gasing.
Menurut sumber dari Terengganu, gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Buah berembang
berbentuk bulat, licin dan agak leper. Buah yang mudah ditemui di pesisir pantai ini selalu digunakan oleh ahli silat
sebagai satu latihan untuk menguatkan tangan. Di sesetengah tempat, buah berembang juga dikenali sebagai buah
perepat (sonneratia alba).
Buah berembang ini juga dijadikan sebagai permainan. Dalam permainan buah berembang, buah ini akan dipusingkan
dengan menggunakan tangan. Buah berembang yang berpusing paling lama dan paling ligat dikira paling gah dan
pemusingnya dianggap sebagai pemenang.
Gasing dicipta berdasarkan bentuk buah berembang. Perkataan gasing berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu
‘gah berpusing’. Gah dalam istilah permainan gasing bermaksud berpusing dengan ligat dan tegak.
Tokoh permainan gasing
Abdul Razak Bin Hj Ali
72 Tahun
Beliau berasal dari Kampung Kubang Telaga yang bekerja sebagai seorang
petani dan pembuat gasing uri.
Beliau terlibat dalam permainan gasing sejak
berumur 18 tahun