The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amilizbob2, 2022-04-09 20:30:25

COACHING & MENTORING nota asas

COACHING & MENTORING nota asas

11. Adakah cikgu digambarkan sebagai seorang orang yang menyakinkan?
YA TIDAK

12. Adakah orang mudah menerima idea-idea cikgu?
YA TIDAK

13. Adakah cikgu mampu untuk mengalihkan kehangatan perdebatan?
YA TIDAK

14. Semasa mesyuarat, cikgu biasa dijemput untuk menyumbang idea dan
hujah?
YA TIDAK

15. Adakah cikgu berasa mudah untuk mengekalkan hubungan mata dengan
seseorang?
YA TIDAK

Kira jawapan cikgu dan apakah maksudnya?

Jika cikgu menjawab YA lebih separuh daripada soalan-soalan ini, cikgu sudah pun
mempunyai rasa hubungan baik, berasaskan naluri. Jika cikgu menjawab TIDAK lebih
daripada separuh daripada soalan-soalan ini, cikgu mungkin perlu tahap kesedaran
yang tinggi tentang kepentingan dan kaitan hubungan baik dalam membina hubungan
dengan orang ramai.

Latihan ini adalah semata-mata petunjuk tentang bagaimana baik cikgu akan
membangunkan hubungan baik. Fikir tentang apa keputusan cikgu cadangkan dan
bagaimana cikgu dapat tingkatkan lagi kemahiran hubungan. Berbicara fikiran anda
dengan seseorang yang anda rasa selesa bercakap dengannya.

49

Edaran ____

Membina Hubungan yang Baik – Rakan

Peringkat 1
Fikirkan beberapa orang yang cikgu rasa cikgu baik dengan mereka, mungkin keluarga,
kawan-kawan, rakan kongsi atau rakan kerja. Cuba kenalpasti secara spesifik,
mengapa cikgu baik dengan mereka, atau sukakan mereka.

Peringkat 2
Fikir beberapa orang yang hadir ke dalam hidup cikgu yang tidak boleh bekerja dengan
baik bersama mereka atau tidak suka. Cuba kenalpasti secara spesifik, mengapa cikgu
tidak suka mereka atau tidak boleh bekerja dengan baik bersama mereka.

Peringkat 3
Berkongsi hasil pengalaman cikgu dengan rakan sebelah cikgu.

Peringkat 4
Apakah yang boleh kita belajar daripada pengalaman ini?

 Seseorang suka mereka yang seperti mereka;
 Bagi mewujudkan hubungan yang baik, kita mesti cuba dan menjadi seperti

mereka yang lain seboleh mungkin; dan
 Untuk mewujudkan hubungan yang baik adalah bukan untuk meniru, atau

berpura-pura menjadi seseorang yang kita tidak boleh, tetapi sebaliknya kita
cuba untuk membuat ia lebih mudah untuk seseorang menyukai cikgu atau akan
tertarik kepada cikgu.

50

Edaran ____

Membina hubungan yang baik – apa yang membuatkan cikgu senang hati

1. Tanya individu di dalam kumpulan untuk fikirkan, apakah perkara dalam hidup
mereka yang membuatkan mereka senang hati.

2. Apakah yang membuat mereka bangun di waktu pagi, apakah perkara yang
paling penting dalam hidup mereka? Ianya mungkin keluarga, hobi, pengalaman,
tempat, rumah, kepercayaan dll.

3. Setiap orang menulis ayat pendek untuk menggambarkannya.
4. Dalam kumpulan bertiga, satu orang bertindak sebagai pemerhati dan kedua-dua

yang lain adakan perbualan.
5. Setiap orang secara bergilir adakan perbualan dan bertindak sebagai pemerhati.
6. Individu A kaitkan apa yang menjadikan mereka senang hati kepada B. Untuk

kira-kira 30 saat atau lebih.
7. Individu B mendengar secara aktif, dengan soalan-soalan yang positif,

menggalakkan dan bahasa badan, selepas 30 saat individu B 'bertukar' menjadi
tidak berminat dan bersikap menyendiri atau mengasing dari perbualan dan ini
dapat dilihat pada bahasa badan dan tingkahlaku.
8. Kemudian individu C memerhati, kemudian memberi maklum balas perbualan
dan proses dibincangkan. Corak diulangi sehingga semua mempunyai giliran.

Dengan melengkapkan langkah ini, cikgu akan dapat pengalaman praktikal berhubung
dengan seseorang dan membina hubungan yang baik dengan mencari maklumat apa
yang penting kepada mereka. Menggunakan kemahiran mendengar dan komunikasi,
sebagai sebahagian daripada usaha membantu cikgu dalam berinteraksi dengan
seseorang.

51

Edaran ____

TAHAP KEPERCAYAAN

Cikgu boleh mengukur sejauh mana wujudnya hubungan mempercayai dengan
mengukur sejauh mana pengaruh yang coachee ada sepanjang perbualan coaching
cikgu.

Menilai tahap kepercayaan dalam perbualan coaching dengan menjawab soalan-soalan
berikut:

Soalan Sentiasa Tidak Sama
54 Sekali
Saya mengelak menggunakan nada dan sikap tidak 54
hormat serta kata-kata menyakiti perasaan semasa 321
bersama coachee.
321
Saya jujur untuk berkongsi pemerhatian dan pendapat
saya semasa bersama coachee. 321

Saya menghormati coachee bila saya berkomunikasi 5 4 321
dengannya. 5 4
5 4 321
Saya menggalakkan coachee untuk beliau rasa miliknya
sendiri yang sebenar akan situasi atau masalah dan 321
mengambil tanggungjawab untuk bergerak ke hadapan.

Saya mengambil tanggungjawab untuk bahagian saya
berkaitan isu semasa bersama coachee.

Saya dapat dipercayai dan tidak memindahkan beban, 54
ketidakyakinan atau isu saya kepada coachee.

Walaupun penilaian kendiri cikgu adalah penting, kekalkan dalam fikiran yang persepsi
coachee terhadap tahap percaya yang ada adalah perkara sebenar. Selagi persepsi
coachee adalah realiti, tanya diri sendiri jika coachee cikgu bersetuju dengan skor yang
cikgu berikan.

52

MODEL COACHING
G.R.O.W.

53

Edaran ____

EMPAT PERINGKAT COACHING G.R.O.W

MATLAMAT REALITI PILIHAN AKAN LAKUKAN

(GOAL) (REALITI (OPTION) (WILL DO)

Tujuan: Tujuan: Tujuan: Tujuan:

Bersetuju dengan Mendapat Meneroka idea- Mendapatkan

matlamat sesi. kejelasan terhadap idea yang mungkin komitmen apa yang
“Apakah yang ingin situasi semasa. untuk mencapai coachee akan
“Apakah yang matlamat. “Apakah lakukan. “Apakah
capai semasa sesi berlaku? Siapa yang boleh yang akan
ini?” yang terlibat?” dilakukan untuk lakukan? Bilakah

mengubah situasi akan
ini? Apakah yang melakukannya?”
berfungsi?”

54

Edaran ____

Latar Belakang

Model GROW telah diperkenalkan oleh Sir John Whitmore lebih daripada 20 tahun
yang lalu dalam bukunya Coaching for Performance, dan telah dibangunkan daripada
daripada teori Inner Game oleh Tim Gallwey. GROW juga digambarkan beberapa tahun
kemudian oleh Max Landsberg dalam The Tao of Coaching. Sejak itu terdapat variasi
lain dan yang paling biasa adalah TGROW.

T– Topik sesi coaching
G– Penetapan matlamat sesi jangkamasa pendek dan jangkamasa
panjang
R– Menyemak realiti, meneroka situasi semasa
O– Strategi pilihan dan alternatif atau tindakan
W– Apakah yang perlu dibuat, bila, oleh siapa akan melakukannya

Walaupun Whitmore menggunakan jujukan penyoalan GROW sebagai teras dalam
buku beliau, ia juga meliputi:

• Pengurus sebagai coach
• Sifat perubahan
• Objektif coaching
• Soalan efektif
• Peranan Coach
• Apakah prestasi?
• Penilaian dan aplikasi
• Coaching pasukan, dan
• Mengatasi halangan coaching

55

Coaching for Performance adalah karya awal atas permohonan coaching dalam
perniagaan.

GROW telah menjadi sangat dikenali dalam bidang perniagaan dan telah diguna pakai
oleh banyak coach kehidupan. Ia menyediakan satu kaedah berstruktur yang berkesan
yang mana ianya membantu menetapkan matlamat secara berkesan dan proses
menyelesaikan masalah. Ianya mudah difahami, jelas dan mudah untuk digunakan dan
amat teliti.

Mudah dan ringkas bermaksud bahawa ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa
latihan yang khas.

Ianya mengambil masa berbulan-bulan bagi seorang individu untuk membangunkan
kemahiran coaching untuk melayakkan diri sebagai coach profesional.

Walau bagaimanapun, untuk pengurus dan lain-lain yang mencari asas melaksanakan
coaching, masa latihan adalah sangat terhad, mungkin kurang daripada satu hari.

Coaching telah berkembang dengan ketara sejak GROW diperkenalkan dan penulis
percaya kita kini berada dalam kedudukan untuk membawa orang ramai terus kepada
asas coaching. Ia bermula dengan kombinasi rasa ingin tahu dan komitmen kepada
orang lain. Organisasi coaching peringkat antarabangsa telah membangunkan satu set
piawaian berdasarkan menjadi seorang coach, dan bukannya mengikut model.

Sebelum kita meneruskan latihan, mari kita mengetahui lebih lanjut mengenai GROW.

Menggunakan model GROW

Akronim GROW mencadangkan bahawa seorang coach yang menggunakan model
GROW bermula dengan menetapkan matlamat, apa yang mereka mahu setelah keluar
dari sesi coaching individu, dan program coaching secara keseluruhan.

56

Jika TGROW digunakan, coach akan memulakan sesi dengan menetapkan topik.
Kadang-kadang coachee akan datang dengan satu topik yang jelas dan dalam kes lain
permulaan coaching akan bermula dengan mencari sesuatu dahulu.

Kebanyakan coach akan menggalakkan cochee untuk menetapkan matlamat yang
SMART – Specific (Spesifik), Measurable (Boleh Diukur), Attainable / Agreed (Dapat
Dicapai / Bersetuju), Reasonable / Realistic (Munasabah / Realistik) and Time-bound
(Tempoh Masa) – sebagai satu cara memberi tumpuan akan pemikiran mereka. Walau
bagaimanapun, dalam sesetengah kes, matlamat sesi boleh mewujudkan satu
matlamat yang lebih besar atau untuk mendapatkan sesuatu yang jelas dalam hidup
pelanggan. Apa pun, pendekatan yang diambil, ia adalah perlu untuk mewujudkan
suatu maksud yang jelas difahami oleh coachee dan coach.

Realiti adalah tentang coachee memahami keadaan sebenar mereka, di mana mereka
sekarang dan kaitannya dengan matlamat mereka. Ia adalah satu proses penemuan
yang melibatkan mendengar, menyoal,memberi maklum balas di samping mencabar,
merangka semula dan membuat refleksi terhadap coachee di manakah mereka berada
sekarang, apakah yang mereka telah lakukan setakat ini, apakah yang berfungsi dan
apakah yang tidak.

Di peringkat pilihan, coachee harus mengelak daripada membuat kesimpulan segera
dan perlu dahulu melakukan percambahan fikiran pelbagai pilihan. Barulah mereka
dibenarkan untuk membuat pilihan dan memutuskan apakah tindakan yang mereka
akan ambil, atau sebaliknya, apakah perkara yang mereka akan berhenti
melakukannya.

Bahagian akan lakukan adalah untuk menjelaskan tindakan, kesukaran yang
berpotensi untuk dihadapi, mengatur sumber-sumber, mendapatkan komitmen dan
mewujudkan akauntabiliti. Lagipun, coaching bukan tentang perbualan semata-mata, ia
adalah tentang prestasi.

57

Coach bertanya kepada coachee: “Apakah perkara terkecil dan menjadi perkara
pertama yang anda akan lakukan?” Perkara yang paling penting adalah untuk untuk
memulakan sesuatu bergerak dan memberi momentum.

58

Edaran ____

KES ____: G.R.O.W DALAM PERBUALAN COACHING

Hawa, Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) kini sedar bahawa di samping untuk
memastikan pekerjaan dapat dilakukan, dia akan membangunkan keupayaan guru dan
kakitangannya dan membantu mereka membangun profesionalisme masing-masing.
Beliau telah memutuskan bahawa ini adalah masa untuk menukar gaya pengurusan
beliau yang sentiasa memberikan jawapan dan penyelesaian masalah bagi
pasukannya. Beliau juga berminat untuk menggunakan teknik coaching yang beliau
telah dipelajari daripada latihan kepimpinan beliau hadiri. Walau bagaimanapun, beliau
mempunyai beberapa kebimbangan dan soalan yang dia berharap rakannya, Adam,
boleh membantunya, menjelaskan dan memberikan dia beberapa jawapan.

Matlamat

Adam: “Daripada perbualan ini, apakah yang ingin cikgu capai hari ini?”
Hawa:
Adam: “Saya ingin meneroka dan mendapat beberapa idea tentang bagaimana
Hawa: hendak memulakan coaching.”

“Apakah yang perlu berlaku untuk memberitahu cikgu bahawa perbualan
ini akan membantu?”

“Saya mempunyai beberapa kebimbangan tentang coaching. Saya
berharap cikgu dapat membantu saya untuk menjelaskannya lagi.
Matlamat utama saya adalah untuk saya berupaya menjadi coach yang
baik supaya boleh membantu meningkatkan keupayaan pasukan saya.
Dan ia tidak perlu mengambil masa saya yang banyak. Saya juga
berharap supaya cikgu boleh berkongsi beberapa panduan berhubung
dengan coaching.”

59

Adam: “Untuk memastikan bahawa saya bersama cikgu, saya ingin merumuskan
apa yang saya telah dengar daripada penjelasan cikgu tadi. Bunyinya
Hawa: seperti cikgu mempunyai beberapa kebimbangan tentang coaching, di
Adam: mana cikgu inginkan beberapa penjelasan. Cikgu juga berminat untuk
menggunakan coaching sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan
Adam: pasukan cikgu. Coaching juga mesti tidak mengambil masa cikgu yang
Hawa: banyak.”
Adam:
Hawa: “Betul.”
Adam:
Hawa: “Baik, sekarang kita bersetuju dengan matlamat, mari kita pergi kepada
Adam: yang seterusnya. Dan, oh, saya lebih gembira untuk kongsikan beberapa
panduan coaching dengan cikgu, nanti.”

Realiti

“Beritahu saya. Apakah yang telah berlaku?”

“Saya telah cuba untuk mengubah cara saya menguruskan
pasukan saya dengan menggunakan teknik-teknik coaching.”

“Apakah yang telah cikgu cuba?”

“Lebih banyak bertanya soalan. Berhenti daripada memberitahu.”

“Bagaimanakah penerimaan pasukan cikgu?”

“Mereka seolah-olah kecewa dan keliru dengan penyoalan
saya.”

“Apakah yang membuat cikgu berkata demikian?”

60

Hawa: “Baik, mereka memberitahu yang saya ada jawapannya
tetapi sebaliknya memberikan kepada mereka. Saya tidak berkongsi
Adam: dengan mereka. Mereka mengatakan bahawa saya sedang menguji
Hawa: mereka. Tidak dapat dipercayai!”
Adam:
Hawa: “Bagaimanakah cikgu berurusan dengan mereka?”
Adam:
“Tiada masalah. Saya bersedia untuk melaksanakan coaching.”
Hawa:
“Beritahu saya tentang kebimbangan cikgu yang lain, coaching
mengambil banyak masa.”

“Bertanya soalan, seolah-olah seperti membuang masa. Ia
adalah lebih cepat untuk memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan.”

“Terima kasih kerana berkongsi kebimbangan cikgu dengan
saya. Saya menghargai akan kesulitan cikgu dan pasukan cikgu hadapi
dalam melaksanakan perubahan ini. Soalan saya kepada cikgu, apakah
yang akan berlaku jika cikgu tidak mengubah cara cikgu mengurus?”

“Baik. Saya akan kembali berhadapan dengan isu. Mereka akan
datang kepada saya dengan semua isu-isu mereka, mengharapkan saya
untuk menyelesaikan masalah mereka sepanjang masa. Jelas sekali, ia
adalah lebih cepat untuk memberitahu mereka, apa yang perlu dilakukan.
Tetapi saya mengakui bahawa memberikan jawapan adalah juga
menjauhkan mereka untuk belajar. Saya fikir sepatutnya mereka
membantu saya tetapi sebaliknya saya akhiri dengan melakukan kerja-
kerja mereka. Saya tidak boleh untuk teruskan dengan cara ini lagi. Saya
sentiasa berasa tertekan. Ianya terlalu banyak!”

61

Adam: Pilihan
Hawa:
Adam: “Cikgu bimbang yang coaching mengambil banyak masa cikgu. Apakah
idea yang cikgu ada bagi mengurangkan masa dalam coaching?”
Hawa:
(Ketawa) “Saya fikir cikgu akan memberitahu saya apa yang
Adam: perlu dilakukan atau sekurang-kurangnya memberi saya beberapa idea!”
Hawa:
(Turut serta dalam gelak ketawa) “Pasti, kita boleh melakukannya. Mari
kita lakukan sumbang saran. Di sini nanti adalah ideanya. Kurangkan
bercakap. Ini seolah-olah seperti membuat keputusan atau pilihan yang
sangat mudah dan memerlukan pemikiran yang sedikit tetapi sebagai
pengurus, kita cenderung untuk tidak menyedari bahawa kita melakukan
kesalahan. Kita mengambil masa dalam perbincangan dengan bercakap
dan bercakap.”

“Hmm... Saya bersetuju dengan cikgu. Ia berasa tidak ada bezanya. Saya
bercakap banyak dan menguasai perbincangan. Mungkin saya berasa
bahawa saya mempunyai lebih banyak perkara untuk bercakap, dengan
pengalaman saya dan kekananan dalam kerja! (Ketawa) Walau
bagaimanapun, secara serius, saya pasti boleh mengambil idea untuk
kurang bercakap.”

“Cikgu berkata yang kakitangan cikgu kecewa atau keliru tentang cikgu
tidak memberi jawapan, apakah yang boleh cikgu lakukan untuk
menangani kekeliruan ini?”

“Saya rasa saya boleh memberi penerangan kepada mereka. Jelaskan
kepada mereka yang saya cuba untuk coach dan ini melibatkan bertanya
soalan daripada memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan atau
memberikan mereka jawapan.”

62

Adam: “Itu adalah satu idea yang hebat. Ia memang amalan yang baik untuk
Hawa: mengekalkan saluran komunikasi yang terbuka dan jelas. Saya mendapati
Adam: ia berguna untuk mendapatkan maklum balas mereka mengenai
bagaimana boleh menjadi seorang coach yang baik.”
Adam:
Hawa: “Wow, bagaimanakah cikgu lakukan itu? Maksud saya, adakah mereka
Adam: memberitahu cikgu sesuatu yang benar?”
Hawa:
Adam: “Saya mewujudkan satu persekitaran yang selamat, yang kondusif bagi
pasukan boleh bertukar pendapat dan idea secara terbuka. Mereka boleh
memberitahu saya apa yang mereka suka tentang teknik coaching saya
dan apa yang mereka tidak suka. Saya meminta mereka tiga perkara
yang mereka suka tentang cara saya coach mereka dan tiga perkara yang
mereka mahu saya untuk berhenti melakukannya.”

Akan Lakukan
“Baik, apakah rancangan yang cikgu akan laksanakan?

“Saya akan pastikan pasukan tahu yang saya mengaplikasi prinsip
coaching di tempat kerja dan untuk mereka menjangka beberapa
perubahan.”

“Ada apa-apa lagi?”

“Saya akan jelaskan bahawa daripada memberi jawapan, saya akan
bertanya soalan. Ianya bukan menguji mereka tetapi untuk meregangkan
pemikiran mereka. Saya juga akan beritahu mereka bahawa saya akan
bertanya mereka untuk mendapatkan maklum balas.”

“Hebat, dan bilakah cikgu bercadang untuk memberitahu mereka?”

63

Hawa: “Dalam mesyuarat pengurusan yang akan datang.”
Adam:
Hawa: “Bagaimanakah cikgu tahu bahawa cikgu berada di landasan yang betul?”

Adam: “Bila mereka berhenti melihat saya seolah-olah saya mempunyai dua
Hawa: kepala apabila saya bertanya soalan. (Ketawa) Tidak melawak, saya akan
tahu pasukan saya telah menerima cara coaching apabila mereka
Adam: mengambil bahagian dengan soalan yang saya kemukakan dan
menyediakan saya dengan maklum balas yang membina.”

“Baik, kelihatan seperti cikgu sudah mempunyai rancangan. Dan apakah
sokongan yang cikgu perlukan dari saya?”

“Mungkin, sebagai permulaan, cikgu boleh duduk dalam Mesyuarat
Pengurusan dan melihat tindakan saya! Ia akan menjadi hebat untuk
mempunyai seorang rakan coach untuk memberikan saya perspektif yang
lain tentang gaya coaching saya.”

“Saya seronok untuk menyertai cikgu dalam mesyuarat berkenaan.”

64

Edaran ____

LATIHAN: G.R.O.W

Tentukan peringkat. Tuliskan jawapan anda di lajur kiri.

Peringkat Peringkat
(Jawapan
(Jawapan Soalan Sebenar)
Matlamat
Anda)
Pilihan
“Apakah yang cikgu inginkan apabila keluar daripada Realiti
Pilihan
sesi ini?” Realiti
Akan Lakukan
“Jika cikgu tidak mempunyai sebarang halangan,
apakah yang akan cikgu lakukan?” Pilihan

“Apakah yang telah cikgu cuba?” Akan Lakukan

“Apakah idea yang datang di fikiran cikgu? Lagi” Matlamat

“Apakah yang telah berfungsi sebelum ini?” Pilihan

“Bagaimanakah cikgu merancang untuk bergerak ke Matlamat
hadapan?"
“Apakah yang akan cikgu lakukan secara berbeza?” Realiti

“Bilakah cikgu akan melaksanakan idea-idea
berkenaan?”
“Bagaimanakah saya boleh membantu cikgu?”

“Pilihan yang mana berfungsi dengan baik untuk
cikgu?”
“Apakah yang perlu berlaku untuk memberitahu cikgu

bahawa sesi ini sangat berguna?"
“Jika saya tanya rakan sejawat cikgu, apakah yang
akan beliau katakan?”

65

Edaran ____

Pengalaman Berstruktur: Giliran Coaching

Ambil bahagian dalam perbualan coaching. Tentukan bila perbualan berpindah dari
satu peringkat kepada yang berikutnya dan matlamat mana dicapai.

KEPERCAYAAN
 Coach mewujudkan keselesaan dan kepercayaan.

STRUKTUR PERBUALAN – 4 PERINGKAT

Peringkat 1: MATLAMAT
 Tujuan dan harapan jelas.
 Pemilikan diwujudkan.
 Menilai jurang (semasa kepada ideal – “Saya di sini” dan “Saya mahu ke sini”).

Peringkat 2: REALITI
 Punca sebab ditemui.

Peringkat 3: PILIHAN
 Alternatif diteroka oleh coachee.

Peringkat 4: AKAN LAKUKAN
 Coachee mencipta pelan tindakan.
 Halangan dan rintangan dihapuskan.
 Coachee membuat penggulungan.

66

Edaran ____

SOALAN G.R.O.W (1)

Soalan Matlamat (Goal)

 “Apakah perkara yang cikgu mahu bincangkan hari ini?”
 “Apakah yang cikgu mahu beri tumpuan semasa sesi perbualan ini?”
 “Apakah yang cikgu mahu bincangkan hari ini?”
 “Apakah yang perlu berlaku untuk memberitahu cikgu bahawa sesi perbualan ini

telah membantu?”
 “Apakah yang ingin cikgu bawa pulang pada akhir sesi ini?”
 “Bagaimanakah ini penting untuk cikgu?”

Soalan Realiti

 “Apakah isunya? Bagaimanakah ia menjejaskan cikgu?
 “Apakah yang telah berlaku?”
 “Apakah yang telah cikgu lakukan setakat ini? Atau cuba?”
 “Bagaimanakah cikgu berurusan dengannya? Siapakah yang terlibat lagi?”
 “Apakah yang akan berlaku jika tidak ada sesuatu dibuat tentangnya?”
 “Bagaimanakah perasaan cikgu tentang hal ini? Bagaimanakah perasaan orang

lain tentang hal itu?”
 “Bagaimanakah pasukan cikgu mengambilnya?”
 “Jika saya bertanya ketua cikgu tentang hal ini, apakah yang akan

diperkatakan?”

Soalan Pilihan

 “Apakah yang cikgu boleh lakukan bagi mengubah situasi ini?”
 “Apakah yang telah cikgu lakukan secara berbeza?”

67

 “Adakah cikgu mahu beberapa cadangan daripada saya?”
 “Di sini adalah satu idea, apakah idea cikgu yang lain?”
 “Jika cikgu memerhati perbincangan ini, apakah yang akan cikgu cadangkan?”
 “Jika cikgu ada pilihan cikgu, apakah yang akan cikgu lakukan?”
 “Apakah yang telah berfungsi dengan baik? Bagaimanakah cikgu boleh

melakukan lebih daripada itu?
 “Apakah idea yang cikgu ada”
 “Apakah perkara lain yang boleh cikgu lakukan?”
 “Apakah yang akan cikgu lakukan tentang hal ini?”
 “Apakah kebaikan dan keburukan bagi setiap pilihan cikgu cadangkan?”

Soalan Akan Lakukan

 “Apakah tiga pilihan teratas cikgu?”
 “Manakah pilihan berfungsi dengan baik bagi cikgu?”
 “Bagaimanakah cikgu merancang bagi menggerakkan ini ke hadapan?”
 “Apakah yang mungkin cikgu dapat dalam perjalanan?”
 “Bagaimanakah mungkin cikgu mengatasinya?”
 “Apakah garis masa yang ada dalam fikiran cikgu?”
 “Bilakah cikgu rancang untuk meletakkannya dalam tindakan?”
 “Apakah sokongan yang cikgu mahu daripada saya?”
 “Bagaimanakah cikgu akan lakukan bagi mengesan kemajuan?”
 “Bilakah cikgu hendak melihat semula kemajuan?”

68

Edaran ____

SOALAN G.R.O.W (2)

Matlamat-Objektif / Goal

 Apakah yang ingin cikgu fokus pada hari?
 Apakah perasaan yang cikgu mahu miliki apabila cikgu keluar dari sesi ini?
 Apakah yang akan menjadi peristiwa penting bagi cikgu?

SMARTER Spesific
Spesifik Measurable
Boleh diukur Achievable
Boleh dicapai Relevant
Berkaitan Time framed
Kerangka masa Exciting
Menarik WRitten Down
Dituliskan

Realiti / Reality

 Secara ringkas, apakah yang telah berlaku, cikgu?
 Bagaimanakah cikgu mengendalikannya?
 Apakah yang telah cikgu cuba setakat ini?
 Apakah keputusannya yang cikgu perolehi?
 Apakah yang cikgu rasa halangan-halangan bagi cikgu?
 Adakah matlamat masih realistik, cikgu?
 Berapakah penting ianya untuk cikgu? Kepada orang lain?
 Bolehkah cikgu lakukannya dalam masa yang disediakan?
 Apakah yang telah berlaku sejak cikgu bertemu saya sebelum ini?
 Bagaimanakah ianya mempengaruhi cikgu? Beritahu saya lebih lanjut.
 Apakah yang cikgu fikir boleh berlaku di sana?

69

Pilihan / Options

 Jika cikgu mempunyai pilihan sendiri, apa yang mungkin cikgu lakukan?
 Bagaimana cikgu boleh lakukan lebih lagi terhadap apa yang berfungsi untuk

cikgu?
 Apa yang cikgu boleh dilakukan untuk mengubah situasi ini?
 Jika cikgu berada dalam “kasut” orang lain, apa yang mungkin cikgu lakukan?
 Jika cikgu sedang melihat perbualan ini, apa yang cikgu akan cadangkan?
 Adakah cikgu mahu cadangan daripada saya?
 Adakah mana-mana idea-idea ini cukup menarik minat cikgu untuk diteroka lebih

lanjut?
 Jika cikgu akan melakukannya, bagaimana cikgu akan meneruskannya?

Akan Lakukan / Will Do

 Apakah dan bilakah langkah seterusnya, cikgu?
 Bagaimanakah cikgu akan teruskannya?
 Apa yang mungkin cikgu hadapi semasa melakukannya?
 Bagaimanakah cikgu akan mengatasinya?
 Bagaimana cikgu tahu bahawa cikgu berada di landasan yang betul untuk

mencapai kejayaan?
 Bagaimanakah saya boleh membantu cikgu melangkah ke hadapan?
 Adakah plihan ini cukup menarik minat cikgu untuk mengambil tindakan?
 Bagaimanakah cikgu mengesan kemajuan tindakan cikgu?

70

Edaran ____

SOALAN G.R.O.W (3)

Berikut adalah beberapa soalan GROW untuk memulakan sesi coaching:

Soalan MATLAMAT

• Apakah yang cikgu mahu capai dalam sesi ini? Atau, apakah secara khusus yang
cikgu mahu capai dalam sesi ini?

• Apakah yang cikgu mahu sebaliknya?
• Apakah yang cikgu mahu bincang?
• Apakah yang perlu berlaku terhadap cikgu untuk mendapatkan sesuatu yang

bernilai daripada sekarang?
• Apakah secara khusus yang cikgu mahu?
• Dari skala 1 hingga 10, dimanakah cikgu sekarang?
• Apakah yang cikgu lihat dengan 10?
• Bagaimanakah cikgu tahu matlamat ini adalah bernilai untuk dicapainya?
• Apakah yang penting tentang mencapai matlamat ini?
• Bilakah cikgu mahu mencapainya?
• Bagaimanakah cikgu mengukurnya?

Soalan REALITI

• Di manakah cikgu sekarang?
• Dari skala 1 hingga 10, di manakah cikgu sekarang?
• Apakah yang berlaku sekarang ini?
• Bagaimanakah cikgu tahu ini adalah tepat / benar?
• Bila, di mana, bagaimana kerap ianya berlaku?
• Siapakah yang terlibat, secara langsung dan tidak langsung?

71

• Apa yang hilang dalam situasi ini?
• Bagaimanakah cikgu rasa di mana cikgu sekarang?

Soalan PILIHAN

• Apakah yang cikgu harus lakukan bagi mengubah situasi?
• Apa pendekatan yang telah cikgu lihat digunakan dalam keadaan sama?
• Apakah yang akan cikgu lakukan dengan cara yang berbeza jika cikgu boleh untuk

memulakan sekali lagi?
• Siapakah yang mungkin dapat membantu?
• Apakah yang akan dilakukan jika cikgu mempunyai ... (lebih, kurang, kuasa, wang,

tongkat ajaib)?
• Apakah perkara yang betul untuk dilakukan?
• Apakah langkah yang berani untuk diambil?
• Apakah yang dicadangkan oleh kawan lama yang bijak?
• Manakah pilihan paling menarik bagi cikgu?
• Bagaimanakah masalah ini akan dilihat dalam masa lima tahun?
• Apakah faedah dan kesan daripada pilihan ini?

Soalan AKAN LAKUKAN

• Apakah yang akan cikgu lakukan?
• Apakah langkah-langkah yang cikgu sanggup dan mampu lakukan sekarang?
• Adakah ini akan membantu mencapai matlamat cikgu?
• Secara tepat, bilakah akan cikgu lakukannya?
• Apakah faedah mengambil tindakan ini?
• Apakah kesan daripada tidak mengambil tindakan ini?
• Apa yang mungkin dapat semasa dalam perjalanan?
• Siapakah yang perlu tahu?
• Apakah sokongan yang cikgu perlukan?

72

• Bagaimanakah dan bila akan cikgu mendapatkannya?
• Apakah skor motivasi cikgu untuk melakukannya dalam skala 1 - 10?
• Apakah yang menghalang cikgu daripada 10?
• Apakah perkara pertama yang cikgu akan lakukan - dengan serta-merta?
• Siapakah yang akan menyaksikan tindakan ini?
• Bilakah kita akan bercakap lagi tentang perkara ini?

73

Edaran ____

SOALAN G.R.O.W (4)

Matlamat:

 Apakah matlamat cikgu? Apakah yang cikgu sasarkan untuk capai / selesaikan?
 Apakah aspek yang ingin cikgu bincangkan dahulu?
 Apakah yang perlu diubah secara khususnya?
 Bagaimana ini menyumbang kepada matlamat jangka panjang?

Realiti:

 Apakah realiti semasa?
 Sejauh manakah cikgu dari matlamat cikgu?
 Apakah yang menghalang cikgu untuk mencapainya?
 Apakah yang telah cikgu cuba setakat ini?
 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhinya?
 Apakah andaian-andaian yang dibuat yang telah / tidak diteroka lagi?

Pilihan:

 Apa yang boleh cikgu lakukan untuk mengubah perkara ini?
 Apakah opsyen lain yang cikgu ada?
 Apa yang boleh cikgu lakukan untuk mengubah perkara?
 Apakah pilihan lain yang cikgu ada?
 Apakah kebaikan dan keburukan?
 Apakah / siapakah yang cikgu perlukan untuk membantu cikgu?
 Apakah sumber / kemahiran cikgu telah miliki?
 Pilihan manakah yang cikgu lebih suka untuk diambil tindakan?

74

Akan Lakukan:
 Yang manakah antara tindakan-tindakan berkenaan yang akan cikgu ambil?
 Bilakah cikgu akan lakukan tindakan berkenaan?
 Apakah yang membantu / menghalang kemajuan?
 Apakah sokongan yang mungkin cikgu perlu bagi memastikan cikgu mengambil

tindakan dan bagaimana cikgu boleh mendapatkannya?

75

Edaran _____

KEUPAYAAN SEORANG COACH (1)

1 Amat Tidak Bersetuju; 2 Tidak Bersetuju; 3 Kurang Bersetuju; 4 Bersetuju;

5 Amat Bersetuju

Sebelum Saya berupaya untuk … Selepas
Latihan Latihan

1 2 3 4 5 1. Memperjelaskan dan mengekalkan skop 12345
perbincangan.
12345
1 2 3 4 5 2. Menepati janji temu. 12345
1 2 3 4 5 3. Membenarkan coachee menetapkan agenda
12345
sesi. 12345
1 2 3 4 5 4. Menyediakan sesi yang berstruktur. 12345
1 2 3 4 5 5. Berkongsi pengalaman.
1 2 3 4 5 6. Berkongsi saranan sebagai pilihan dan 12345

bukan sebagai arahan. 12345
1 2 3 4 5 7. Membina hubungan baik (rapport) dengan
12345
coachee.
1 2 3 4 5 8. Berkomunikasi secara terbuka dengan 12345

coachee. 12345
1 2 3 4 5 9. Bertanya soalan yang dapat membantu
12345
coachee mendalami isu.
1 2 3 4 5 10. Menjadi pendengar setia yang peka dan aktif

dalam memberikan maklum balas.
1 2 3 4 5 11. Memaparkan simpati dan empati terhadap

coachee.
1 2 3 4 5 12. Memberikan maklum balas jelas dan ringkas

yang membantu membina keyakinan
coachee.

76

Sebelum Saya berupaya untuk … Selepas
Latihan Latihan

1 2 3 4 5 13. Memahami dan menyesuaikan diri dengan 1 2 3 4 5

gaya pembelajaran (auditori, visual,

kinestetik) dan keperluan coachee dalam

interaksi.

1 2 3 4 5 14. Membantu coachee melihat pelbagai 12345

kemungkinan dan pilihan penyelesaian isu

dari skop yang lebih luas.

1 2 3 4 5 15. Memastikan coachee sedar bahawa segala 1 2 3 4 5

tindakan dan pencapaian sebagai

tanggungjawab pengetua sendiri.

1 2 3 4 5 16. Mempamerkan komitmen dan kepercayaan 1 2 3 4 5

sebenar kepada coachee dan pembangunan

diri coachee.

1 2 3 4 5 17. Menilai semula tindakan dan komitmen sesi 1 2 3 4 5

terdahulu.

1 2 3 4 5 18. Berani mencabar andaian, pertimbangan dan 1 2 3 4 5

batasan pemikiran coachee apabila

diperlukan.

1 2 3 4 5 19. Jelas dalam penggunaan segala peralatan 1 2 3 4 5

atau sarana (seperti Perancangan Strategik

Sekolah, Pelan Penambahbaikan Sekolah,

analisis SWOT, analisis Force Field, Tulang

Ikan dll.).

1 2 3 4 5 20. Membantu coachee membangun keupayaan 1 2 3 4 5

melaksanakan coaching untuk dirinya sendiri

dan orang lain.

1 2 3 4 5 21. Mengendali emosi coachee secara tidak 12345

sensitif (atau boleh menimbulkan kesan pada

jiwa, sama ada suka, sedih, marah dsb.)

77

Hasil daripada proses coaching, tempoh semasa dan selepas
coaching.

1. Coachee berjaya mencapai kejayaan dan keputusan yang dan 12345
signifikan terhadap matlamat yang dipersetujui.
12345
2. Tingkah laku coachee berubah dan telah mengambil tindakan-
tindakan baru. 12345

3. Coachee lebih jelas dengan keperluan, keutamaan, matlamat 12345
dan objektif diri.
12345
4. Coachee lebih jelas dengan keperluan, keutamaan dan 12345
matlamat organisasi. 12345

5. Keyakinan dan kesedaran diri coachee meningkat. 12345
6. Coachee lebih sedar tentang impaknya kepada orang lain.
7. Kebolehan kepimpinan / pengajaran dan pembelajaran coachee

meningkat.
8. Kebolehan coachee berhubung dengan pihak lain meningkat.

78

Edaran _____

KEUPAYAAN SEORANG COACH (2)

1 Amat Tidak Bersetuju; 2 Tidak Bersetuju; 3 Kurang Bersetuju; 4 Bersetuju;
5 Amat Bersetuju

Sebagai coach saya berupaya …

A. PENGETAHUAN

1. … menunjukkan pengetahuannya tentang proses coaching 12345

dengan jelas.
2. … menunjukkan pemahamannya terhadap peranan, matlamat 1 2 3 4 5

dan cabaran coachee dengan jelas. 12345
3. … menunjukkan pengetahuannya tentang struktur organisasi

sekolah dengan jelas. 12345
4. … menunjukkan pengetahuannya tentang pengurusan dan

pentadbiran sekolah dengan jelas. 12345
5. … menunjukkan pengetahuannya tentang kepimpinan /

pengajaran dan pembelajaran coachee dengan jelas. 12345
6. … menunjukkan pengetahuannya tentang perubahan dan

proses perubahan yang digunakan dalam organisasi sekolah

dengan jelas.

Sebagai coach saya berupaya …

B. KEMAHIRAN 12345
12345
1. … menetapkan matlamat dan harapan prestasi yang jelas.
2. … mendengar secara aktif.

79

3. … menggunakan strategi menyoal untuk membantu 12345
memperjelaskan pemikiran coachee.
12345
4. … memberikan maklumbalas yang membina secara
berterusan. 12345

5. … bekerjasama membina langkah selanjutnya dengan 12345
coachee. 12345

6. … membangunkan kapasiti coachee sebagai pemimpin / guru. 12345
7. … membina hubungan profesional yang mantap dengan 12345

coachee. 12345
8. … merangsang pertumbuhan pembelajaran coachee.
9. … membantu coachee berfikir tentang sekolah sebagai suatu 12345

sistem yang bahagiannya saling berkait antara satu sama lain.
10. … membantu coachee mengurus banyak permintaan sebagai

seorang coachee.
11. … membantu coachee menilai kemajuan matlamat dengan

menggunakan pelbagai data.

Sebagai coach saya …

TINGKAH LAKU

1. … memiliki kecerdasan emosi (keupayaan untuk mengenali, 12345
memahami dan menguruskan emosi dalam diri sendiri dan
orang lain.) 12345

2. … menunjukkan kefahaman terhadap budaya sekolah dan 12345
setempat. 12345
12345
3. … boleh dipercayai dan diikuti dengan komitmen.
4. … merahsiakan semua aspek hubungan coaching.
5. … mematuhi masa yang dijadualkan untuk pertemuan

coaching.

80

Hasil daripada proses coaching, tempoh semasa dan selepas
coaching, coachee telah meningkat keupayaan untuk … ...

1. menambahbaik budaya sekolah. 12345
2. memimpin program instruksional. 12345
3. memimpin pertumbuhan profesional kakitangan. 12345
4. mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk 12345

menggemblengkan tenaga warga sekolah ke arah pencapaian 12345
matlamat sekolah.
5. memastikan visi dan misi sekolah menjadi hala tuju seluruh 12345
warga sekolah ke arah pencapaian 12345
6. matlamat dan objektif yang ditetapkan.
7. mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian idea 12345
dan maklumat.
8. menerajui penyediaan perancangan strategik untuk mencapai 12345
matlamat dan objektif sekolah.
9. memotivasikan warga sekolah untuk meningkatkan kualiti 12345
kerja.
10. membuat keputusan dan menyelesaikan masalah untuk 12345
meningkatkan kualiti pengurusan sekolah. 12345
11. menerajui pelaksanaan kurikulum
12. mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan 12345
pemupukan budaya belajar.
13. mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi memupuk
kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah

Soalselidik telah diadaptasikan daripada bahan yang dibangunkan oleh Yvonne M. Contreras
(2008). A Descriptive Study: Coaching School Leaders For 21 St Century Schools: A New
Context For Leadership Development. University Of La Verne. California

81

WILL DO / AKAN LAKUKAN Soalan Coaching: G.R.O.W.

Apakah dan bilakah langkah seterusnya?

Bagaimanakah cikgu akan teruskannya? GOALS / MATLAMAT
Apa yang mungkin hadapi semasa melakukannya?

Bagaimanakah cikgu akan mengatasinya? Apakah yang ingin cikgu fokus pada hari?
Bagaimana cikgu tahu bahawa cikgu berada di Apakah perasaan yang cikgu mahu miliki apabila cikgu keluar dari sesi ini?
landasan yang betul untuk mencapai kejayaan? Apakah yang akan menjadi peristiwa penting bagi cikgu?
Bagaimanakah saya boleh membantu cikgu melangkah

ke hadapan? G REALITY / REALITI
Adakah plihan ini cukup menarik minat cikgu untuk
mengambil tindakan? Secara ringkas, apakah yang telah berlaku?
Bagaimanakah cikgu menjejaki kemajuan tindakan Bagaimanakah cikgu mengendalikannya?
cikgu? Apakah yang telah cikgu cuba setakat ini?

Apakah keputusannya?

Apakah yang cikgu rasa halangan-halangan

bagi cikgu?

OPTIONS / PILIHAN W SMARTER R Adakah matlamat masih realistik?
Berapakah penting ianya untuk cikgu? Kepada

Jika cikgu mempunyai pilihan sendiri, apa yang orang lain?

mungkin cikgu lakukan? O Bolehkah kita lakukannya dalam masa yang
Bagaimana cikgu boleh lakukan lebih lagi terhadap apa disediakan?
yang berfungsi untuk cikgu? Jadi, apakah yang telah berlaku sejak kita
Apa yang boleh dilakukan untuk mengubah situasi ini? bertemu sebelum ini?
Jika cikgu berada dalam "kasut" orang lain, apa yang Bagaimanakah ianya mempengaruhi cikgu?
mungkin cikgu lakukan? Beritahu saya lebih lanjut.
Jika cikgu sedang melihat perbualan ini, apa yang cikgu Apakah yang cikgu fikir boleh berlaku di sana?

akan cadangkan?

Adakah cikgu mahu cadangan daripada saya? SMARTER

Adakah mana-mana idea-idea ini cukup menarik minat Spesifik Spesific

cikgu untuk diteroka lebih lanjut? Boleh diukur Measurable

Jika cikgu akan melakukannya, bagaimana cikgu akan Boleh dicapai Achievable

meneruskannya? Berkaitan Relevant

Kerangka masa Time framed

Menarik Exciting

Dituliskan WRitten Down

[email protected]

[email protected] COACHING

… perbualan penemuan kendiri yang diikuti tindakan atau proses membawa kepada prestasi unggul, komitmen kepada
pertumbuhan yang mampan, dan hubungan yang positif.

Apakah yang soalan lakukan: Mendapatkan Maklumat; Menjelaskan Matlamat; Mencetuskan Sikap Suka Ambil Tahu; Anjak Perspektif, Melihat
Perspektif Baru, Mengundang Saat "Aha", Melihat Kemungkinan; Mengenal pasti Orang Penting dan Hubungan; Meregangkan / Mencabar;
Membawa Ke Permukaan Apakah yang Berfungsi; Mendapatkan Maklum Balas; Membuat Keputusan; Menyediakan Sokongan; Mewujudkan Sikap
Kesegeraan dan Mendorong Tindakan

Bagaimanakah menunjukkan anda mendengar, tugas anda : Parafrasa, Menyatakan Semula; Kejelasan; Menggulung
Semula; Menunjukkan Rasa Ingin Tahu; Menunjukkan Empati; Menunjukkan Galakan

Maklumbalas yang efektif: Sentiasa berusaha untuk mencari dan menyatakan aspek-aspek positif tentang sesuatu keadaan; Menerangkan
perlakuan yang spesifik dan menjelaskan mengapa ia adalah berkesan; Depersonalisasi dengan mengulas mengenai tingkah laku, bukan orang;
Akhiri secara positif dengan mengesahkan tingkah-laku yang positif untuk menggalakkan pengulangan.

Edaran _____

RUJUKAN

Bloom, G.,Castagna, C., Moir, E., & Warren, B. (2005). Blended Coaching: Skills and
Strategies to Support Principal Development. USA: Corwin Press.

Cindy, C., Zehnder, A. & Kinlaw, D. (2008). Coaching for Commitment, Third Edition.
San Francisco: Pfeiffer
Crane, T.G. (2012). The Heart of Coaching – Fourth Edition. California: FTA Press

Cox, E., Bachkirova, T. & Clutterbuck, D. (2010). The Complete Handbook of Coaching.
California: Sage Publications Inc.
Hargrove, R. (2008). Masterful Coaching – Third Edition. USA: Jossey-Bass

Reiss, K. (2007). Leadership Coaching for Educators. California: Corwun Press
Tan, A. (2012). Stretched! Unleash Your Team’s Potential by Coaching the “Rubber
Band” Way!. Kuala Lumpur: Discern Publishing House

Vickers, A. & Bavister, S. (2010). Confident Coaching. Great Britain: Hodder &
Stoughton

TERIMA KASIH.

Pensyarah Kanan
Jabatan Mentoring & Coaching

Institut Aminuddin Baki
Bandar Enstek

NPQH (IAB); Diploma Pertanian (UPM); Diploma Pendidikan (UTM),
Bacelor Sains Pertanian (UPM); Sarjana Kepengetuaan (UM)

Certificate in Coaching Practice Programme (UMCCeD); Kursus
Leadership Coaching & Mentoring (IAB); Certificate Programme on
Coaching & Mentoring (The University of Waikato); Coaching &
Mentoring – Awareness (Shaker Sdn Bhd))

Pengalaman Mengajar & Mentadbir Bidang Latihan di
IAB
1990 Mula mengajar, SMK Kuala Krau
Coaching &
1992 – 1999 PK Kokurikulum SMK Kuala Krau Mentoring

PK HEM, SMK Kuala Krau Perancangan
Strategik
GKMP T & V, SMK Kuala Krau
019 – 947 4045
1999 – 2000 Cuti Belajar abdulrazakal@iab.

2001 PK Petang, SMK Mentakab edu.my

2002 – 2009 Memangku Pengetua & Care Taker, SBPI Temerloh

PK, SBPI Temerloh

2009 PK, SMK Datuk Bahaman

2009 – 2014 Ketua Jabatan JMC, IAB

2009 – Sekarang Pensyarah Kanan, IAB


Click to View FlipBook Version