The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD HASRUL ASRAF BIN OTHMAN KPM-Guru, 2024-05-08 10:36:28

Majlis Persaraan Cikgu Zalina & Cikgu Kalla

Persaraan

Keywords: sksa,arips,sk sungai abong

ZALINA BINTI ABD.RAHMAN KALAVALLY A/P NARAYANASAMY BUDIMU SETULUS HATI, SELAUT KASIH KAMI HARGAI majlis persaraan


Nama penuh Kalavally a/p Narayanasamy dilahirkan pada tanggal 22 Mac 1966 di Hospital Besar Taiping Perak. Nama ayah beliau Narayanasamy a/l Kannippa Reddy bekas Guru Besar SJKT Bagan Serai Perak. Nama ibunya Muthumany a/p Tv Pillai merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau merupakan anak kedua dari 6 orang adik beradik. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada 15 November 1992 bersama insan yang bernama Letcumanan a/l Kannan merupakan Bekas Pengurus Maybank Muar. Anak itu seumpama permata, sejuk di mata damai di jiwa. Cikgu Kala dan pasangannya telah dianugerahkan 2 orang Cahaya mata yang berjaya. Anak sulungnya merupakan alumni SK Sungai Abong dan telah menjadi seorang peguam. Manakala anak kedua beliau merupakan seorang doktor. Beliau telah mula berkhidmat dalam dunia Pendidikan pada 1 Disember 1992 selama 31 Tahun 4 bulan. Beliau mula mengajar di SK Sungai Abong pada tahun 1 Januari 2003 sehingga bulan Mac 2024. Beliau mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Inggeris Bagan Serai dari tahun 1973-1978. Diteruskan lagi ke peringkat Menengah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris Bagan Serai dari Tahun 1979 sehingga tahun 1983. Kemudian beliau menyambung pengajian ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Alang Iskandar, Bagan Serai dari tahun 1984 hingga 1985. Dan melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan di Maktab Perguruan KintaIpoh Perak dari tahun 1990 sehingga tahun 1992. Beliau memulakan langkah dengan yakin dan berani untuk menempuh segala dugaan dan cabaran dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi abu. Begitulah semangat yang dimiliki oleh Cikgu Kalavally a/p Narayanasamy yang sangat disayangi oleh warga SKSA. Memulakan tugas sebagai seorang pendidik dan sekolah pertama yang mendapat sentuhan beliau adalah Sekolah Kebangsaan Rawang Sungai Mati, Tangkak, Johor bermula dari tahun 1992 sehingga 2002 selama 10 tahun. Kemudian berpindah ke sekolah tercinta Sekolah Kebangsaan Sungai Abong dari tahun 2003 sehingga bulan Mac 2024. Seorang yang penyayang dengan sifat keibuan terhadap seluruh warga SKSA dan beliau seorang yang sangat berdisiplin dan menepati masa sepanjang waktu. Moto hidup beliau adalah “Design Your Success”. Segala jasa bakti beliau akan dikenang sepanjang hayat kita. Tinggi bukit gilang gemilang Air laut tenang tenangan Budi sedikit tidak akan hilang Ia menjadi kenang kenangan. BIODATA CIKGU KALAVALLY


BIODATA CIKGU ZALINA Permata hati kepada Abdul Rahman bin Basir dan Maskiah binti Nakon apabila dikurniakan seorang puteri kelahiran Muar, negeri Johor. Anak ke empat daripada 8 orang adik beradik ini diberi nama Zalina binti Abdul Rahman. Beliau telah dijaga seperti menatang minyak yang penuh dan diberi didikan yang sempurna. Bermulanya titik pertemuan bersama cinta hati, Abdul Ghafar bin Atan pada tanggal 13 Disember 1987, termeterailah ikatan hati pasangan sejoli ini. Mengecapi bahagia, hasil perkongsian hidup beliau dikurniakan 3 orang cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga. Didikan dan amalan untuk meraih kecemerlangan di sekolah, dipraktikkan semasa mendidik anak-anaknya sehingga Berjaya menjadi seorang Juru Audit Sebuah Syarikat dari Korea dan seorang Pegawai Farmasi Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Alhamdulillah, zuriat yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Convent, Muar. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sekolah Menengah di Sek Men Convent, Muar. Kemudian melanjutkan Pendidikan ke Tingkatan 6 di Sek Men Dato’ Sri Amar Diraja, Muar, Johor. Kemudian beliau mengenggam sijil perguruan di Maktab Perguruan Melayu Melaka pada tahun 1985-1987, major Pengajian Melayu. Semangat yang sentiasa membara dan tidak mahu mengalah, beliau terus menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1996-1999. Beliau mula berkhidmat dalam dunia pendidikan di SRB Good Shaperd, Baram, Sarawak pada 4 Januari 1988 selama 4 tahun. Kemudian bepindah ke SK Sultan Abu Bakar 1, Muar Johor pada 1 Januari 1992 sehingga 28 Ogos 1998 selama 6 tahun. Seterusnya berpindah ke SK Parit Setongkat Muar, pada 1 Mac 1998 hingga 31 Mac 2002. Beliau mula mengajar di SK Sungai Abong pada 1 April 2002 sehingga kini sepanjang tempoh 24 tahun 1bulan 9 hari. Beliau memulakan langkah dengan yakin dan berani untuk menempuh segala dugaan dan cabaran dalam dunia pendidikan yang penuh mencabar. Kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi abu. Begitulah semangat yang dimiliki oleh Cikgu Abdul Jalal bin Mafoz, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Sungai Abong yang sangat dihormati dan disayangi semua. Moto hidup beliau ‘BERUSAHA GIGIH HINGGA HAJAT TERCAPAI’ Tinggi bukit gilang-gemilang, Air laut tenang-tenangan, Budi sedikit tidak akan hilang, Ia menjadi kenang-kenangan. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah dipohon cemara, Akhir kalam penyudah kata, Moga bahagia di alam pesara.


Murid Tahap 1 dan Tahap 2 rehat Jamuan yang diraikan Persiapan Akhir dari AJK Pergerakan murid ke dewan dengan kawalan pengawas Ketibaan yang dirai dan guru Perarakan yang diraikan Persembahan 1 Bacaan Doa Ucapan wakil murid Ucapan Guru Besar Ucapan yang diraikan (Zalina binti Abd Rahman) Persembahan 2 Penyampaian hadiah aliran kelas murid -murid (individu) Susunanmurid untuk LambaianSend Off Murid tahap 2 : Susur gajah Murid tahap 1 : Dewan Majlis Bersurai JAM 0900 : JAM 1000 : JAM 1030 : JAM 1200 : JAM 1230 : TENTATIF


SAMBUTAN DAN PROTOKOL PN SITI ZALEHA BINTI RAMLAN PN NADZLIN HAFIZA BINTI MOHD YASIN EN DALMAN BIN DASIRON PN ZURIANA BINTI KAMARUDIN JAWATANKUASA PELAKSANA PENASIHAT PENGERUSI 1 PENGERUSI 2 PENGERUSI 3 PENYELARAS SETIAUSAHA BENDAHARI : PN SITI ZALEHA BINTI RAMLAN : PN NADZLIN HAFIZA BINTI MOHD YASIN : EN DALMAN BIN DASIRON : PN ZURIANA BINTI KAMARUDIN : EN NOOR AFIQ BIN NOOR OTHMAN : PN HAZIQAH BINTI NASIR : NOR FARAHIN BINTI MOHD HALIL JEMPUTAN DAN BORANG BIODATA PN HAZIQAH BINTI NASIR PN ZAINATOL FIRDAOS BINTI MUKHAYAT JURUACARA MAJLIS DAN BIODATA PN HAZIQAH BINTI NASIR PN ZAINATOL FIRDAOS BINTI MUKHAYAT JURUACARA MAJLIS DAN BIODATA PN MARIYANA BT DIN MURID BUKU PROGRAM EN MOHD HASRUL ASRAF BIN OTHMAN JURUACARA MAJLIS DAN BIODATA PN MARIYANA BT DIN MURID


HADIAH DAN CENDERAHATI PN MARDIANA BINTI SAMSURY PN SUJATHA A/P RAJAMANIKAM PN RAHIMAH BINTI KAMILAN HJH SITI ZAHARAH BT MANAP PN RODIZAH BINTI HASHIM PERSIAPAN TEMPAT EN MUHD SHUKRI BIN SHAMSUDDIN EN AHMAD AFFENDY BIN MOHAMED TAHIR EN NOOR AFIQ BIN NOOR OTHMAN PERSIAPAN DEWAN DAN PENTAS EN DALMAN BIN DASIRON EN KHAIRUL NIZWAN BIN HAMALI EN AHMAD BADRUL BIN JUSOH PN SITI KHALIJAH BT AB.AZIZ PN SAKNIAH BINTI MD.DALI PN ROSHIYAH BT MAHMUD PN MUZLEHA BT [email protected] PN NOORZAIMAH BT NOORDIN CIK ZAHRAH BINTI SENIN PN FADHLUN BT MOHAMAD SIARAYA DAN PA SISTEM EN MOHD HASRUL ASRAF BIN OTHMAN EN NOOR AFIQ BIN NOOR OTHMAN TAYANGAN MULTIMEDIA DAN PERAKAM PERISTIWA PN SITI SARIYANA BINTI MOHD SAPIAN EN KAMAL BIN ISHAK CIK NOR FARAHIN BINTI MOHD HALIL SKUAD ARIPS BACAAN DOA EN MUHAMMAD RAIS BIN TAIB@SIDEK MURID UCAPAN WAKIL MURID PN NORLIZA BINTI TAIB (MURID)


PERSEMBAHAN EN MOHD SUKHAIRI BIN OSMAN PN NAJIHA BINTI ABD KADIR PN HASLIZA BT MOHD SHAH PERARAKAN EN AHMAD NAIMUDDIN BIN A MANAF EN AHMAD AFFENDY BIN MOHAMED TAHIR ARSHAD BIN ABDUL JALIL MOHD KHAIRI BIN OTHMAN PN SALINAH BT MISKIO PN MASITAH BINTI IBRAHIM JAMUAN PN NOOR HIDAYAH BINTI JAMAL PN SALINA BINTI DAUD PN ZALMI BINTI LATIFF PN NURLEE BINTI ABU BAKAR KAWALAN MURID ALIRAN PERDANA EN WAN NORASHAM BIN AHMAD MOKSINON EN NORDIN PN AZIZAH BTE WAHID PN ERDALINA BT RAMLI PENGAWAS (MURID) KAWALAN MURID PENDIDIKAN KHAS PN NOOR HASHIKIN BINTI MD KHALID PN HADIYANA BINTI ABDUL KADIR KAWALAN MURID PRA SEKOLAH PN MASITAH BINTI MOHAMAD PN DALINA BT AHMAD


UCAPAN SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS PERSARAAN CIKGU ZALINA BINTI ABD. RAHMAN & CIKGU KALAVALLY A/P NARAYANASAMY


Click to View FlipBook Version