The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dayangnorizah80, 2023-02-21 23:27:10

PENGENALANAN ASAS KOMPUTER

PENGENALANAN ASAS KOMPUTER

APA ITU KOMPUTER › Alat atau mesin automatik yang boleh menerima arahan/data daripada manusia dan kemudian memprosesnya dan menyimpan maklumat. › Berfungsi sebagai alat memproses DATA menjadi maklumat. › Faedah menggunakan komputer:- Menyimpan maklumat yang banyak. Memperolehi semula maklumat dengan segera. Melakukan perhitungan rumit dengan tepat. Mempunyai banyak aplikasi.


ISTILAH ICT • Input kepada komputer di dalam bentuk-bentuk seperti nombor, huruf-huruf, perkataan dan sebagainya. Data • Data yang telah diproses dan dianalisa yang Maklumat digunakan untuk membuat sesuatu keputusan. • Data yang dimasukkan ke dalam sesuatu sistem untuk diproses. Input • Sesuatu yang dilakukan ke atas data untuk Output menghasilkan maklumat Fail • Himpunan Sesutu data dan makumat


PROSES KOMPUTER INPUT (data) PEMPROSESAN FAIL (storan) OUTPUT


PERKAKASAN KOMPUTER › Perkakasan komputer merupakan komponen fizikal sistem komputer. Komponenkomponen utama sistem komputer Unit pemprosesan Pusat (CPU) Unit / Peranti Input Unit / Peranti Output Komponen Storan Komponen Ingatan (Memory)


Unit Pemprosesan Pusat (CPU) › Dikenali sebagai pusat atau otak sistem komputer. › Merupakan bahagian komputer yang paling rumit dan berkuasa. › Antara tugas utama: > Menginput maklumat 2 (data dan program) ke dalam sistem komputer. > Menyimpan arahan2 dan data2 yang digunakan untuk pemprosesan. > Melaksanakan arahan2 pemprosesan data. > Memindahkan hasil2 pemprosesan kepada bentuk yang mudah difahami dan boleh digunakan oleh manusia ataupun komputer2 lain. › Komponen dalam CPU > UNIT KAWALAN (Control Unit). Mengawal & mengkordinasikan operasi2 seluruh sistem komputer. Mentafsir semua langkah2 program, Mengeluarkan arahan2 kepada unit2 lain. Mengawal aliran2 data semasa pemprosesan. > UNIT ARITHMETIK / LOGIK Melaksanakan pengiraan arithmetic (campur, tolak, bahagi dan darab)/


Peranti Input › Perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan data/program kepada komputer. Berikut adalah beberapa peranti input yang biasa digunakan:-


Peranti Output › Maklumat yang terhasil daripada pemprosesan sistem komputer dipersembahkan kepada pengguna dalam format yang boleh difahami melalui peranti output. Berikut adalah beberapa peranti output:-


Komponen Storan › Digunakan untuk menyimpan data atau maklumat, perisian aplikasi dan perisian sistem operasi. Antara komponen storan yang biasa digunakan:-


Komponen Ingatan (Memory) › Tempat penyimpanan sementara data dan arahan. › Komponen ingatan terbahagi kepada dua: › RAM (Random Access Memory) › ROM (Read Only Memory › Kedua-duanya mempunyai fungsi yang agak sama iaitu mengandungi data atau arahan yang akan digunakan oleh pemproses untuk melaksanakan tugasan. › Ia juga mempunyai ciri yang sama iaitu:- › Lokasi alamat (address location) : tempat/ruang bagi pemproses menyimpan arahan/data. › Ruapan (volatility) : samada ingatannya kekal atau tidak apabila bekalan elektrik dimatikan. › Capaian masa (access time) : masa yang diambil olek pemproses untuk membaca dan menulis arahan.


PERISIAN KOMPUTER › Sistem atau program yang menerima data atau arahan saripada pengguna dan melaksanakan pemprosesan. Jenis-jenis perisian komputer › Sistem Operasi : Perisian yang diperlukan untuk operasi komputer. › Contoh : Windows Vista, Windows xp, Linux, Windows 7, Windows 10 › Perisian Pakej : Perisian untuk melaksanakan tugas tertentu. › Contoh : MS Office, Adobe Photoshop › Perisian Utiliti : Perisian yang membantu operasi untuk melaksanakan fungsi tertentu. › Contoh : Perisian AntiVirus, Winzip › Bahasa pengaturcaraan : Bahasa yang digunakan untuk mencipta perisian yang menghubungkan system operasi dan pengguna. › Contoh : Cobol, Php


PENGENALAN PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD) › Papan kekunci sering digunakan untuk menaip atau memasukkan data. Oleh itu, ia merupakan perkakasan yang amat penting. Kita perlu tahu dimana kekunci2 ini terletak pada papan kekunci 3 jenis kekunci Kekunci Aksara Kekunci Kawalan Kekunci Fungsi


Kekunci Aksara › Kekunci Aksara ialah kekunci yang menaipkan abjad (A hingga Z, a hingga z). › Boleh menaip angka (1,2,3,4,5,6,7,8,9,0) atau simbol-symbol (!,@,#,& dan sebagainya). › Ia sama seperti kekunci yang terdapat pada mesin taip. Pada bahagian kanan papan kekunci, ada satu set kekunci untuk menaip nombor, ia dipanggil Pad Angka.


Kekunci Fungsi › Kekunci Aksara ialah 12 kekunci yang dilabelkan F1 hingga F2. kekunci terletak dalam satu deret di bahagian atas papan kekunci. › Kebanyakan perisian komputer menggunakan kekunci fungsi untuk membuat sesuatu tugas tertentu. Misalnya dalam Microsoft Word kita tekan F12 untuk menyimpan fail dan F1 untuk Help.


Kekunci Kawalan › Kekunci yang lain dari Kekunci Aksara atau Kekunci Fungsi dipanggil kekunci Kawalan. Contohnya : Page Up, Page Down, Ctrl, Caps Lock, Num Lock, dan sebagainya. Bil. Kekunci kawalan Simbol Kegunaan 1. Alternate (Alt) Ditekan bersama kekunci lain untuk memberi arahan khusus. 2. Backspace Backspace Menghapuskan aksara di sebelah kiri kursor. 3. Caps Lock Caps Lock Mendapatkan huruf besar tanpa menggunakan kekunci Shift. 4. Control Ctrl Ditekan bersama kekunci lain untuk memberi arahan khusus. 5. Delete Delete Menghapuskan aksara di sebelah kanan kursor. 6. End End Menghantar kursor ke akhir fail (dalam perisian tertentu). 7. Enter Enter Memaksa teks turun ke baris berikut. Memberitahu komputer untuk menjalankan arahan yang telah diberi.


Bil. Kekunci kawalan Simbol Kegunaan 8. Escape Ecs Membatalkan arahan atau keluar dari sesuatu fungsi. 9. Home Home Menghantar kursor ke penjuru atas kiri skrin (dalam perisian tertentu). 10. Insert Insert Menyelitkan aksara dimana kursor berada. 11. Numeric Lock Num Lock Ditekan untuk mendapatkan huruf angka. 12. Page Down PgDn Menggerakkan kursor ke bawah skrin demi skrin. 13. Page Up PgUp Menggerakkan kursor ke atas satu skrin demi satu skrin. 14. Panah Penunjuk Menggerakkan kursor ke arah kiri, kanan, atas dan bawah. 15. Print Screen Prt Sc Mencetak paparan pada kaca monitor. 16. Shift Shift Mendapatkan huruf besar. Ditekan untuk menaip aksara di atas sessebuah kekunci (cth : $ & * @). Ditekan bersama kekunci lain untuk memberi arahan khusus. 17. Space Bar Meninggal ruang diantara aksara. 18. Tabulator Tab Membuat Tab (biasanya digunakan untuk menaip jadual, kolum dan sebagainya.


PENGENALAN KEPADA VIRUS KOMPUTER Apa itu Virus Komputer? • Semenjak virus PC pertama ditemui pada 1986, jumlah keseluruhan virus berkembang pesat sehingga tidak terkira. Pelbagai jenis virus telah dicipta dengan pelbagai matlamat penyebaran. • Ramai yang telah tahu bahawa virus komputer merupakan sebahagian daripada program jahat yang boleh mempengaruhi operasi biasa sistem komputer. Virus komputer juga adalah program seperti program yang kita gunakan sehari-hari. Seperti Microsoft Word dan lain-lain. Cuma, program lain di gunakan untuk kebaikan, virus adalah sebaliknya.


Apa Virus? • Virus adalah sejenis aturcara dibawah golongan perisian penyangak. Di bawah disenaraikan perisian-perisian penyangak yang dikenali umum. Perisian Berpijat (Bug-Ware) Kuda Kayu (Trojan Horse) Sumpah-Sumpah (Chameleon) Bom Perisian (Software Bombs) Bom Logik (Logic Bombs) Pereplika (Replicators) Cacing (Worms)


JENIS-JENIS VIRUS Virus Sektor Boot (Boot Sector Virus) Virus Yang menjangkiti Fail Virus Polymorphic Virus Stealth Virus Multipartite Virus Macro


Cara Virus Berjangkit? • Pembuat virus akan mengedar virus ini bersama dengan sebuah perisian permainan yang menarik. Perisian ini diletakkan dalam internet dan diedarkan secara percuma. • Seorang pelajar telah memunggah perisian ini ke dalam komputer dimakmal dan bemain dengan permainan ini. Komputer dalam makmal ini telah dijangkiti. • Seorang teman berminat dengan permainan ini menyalinnya ke dalam disket/pendrive/CD dan bermian dikomputer dirumahnya dan menjangkit komputer dirumahnya. • Sebagai rumusan, komputer berjangkit melalui disket/Pendrive/CD atau rangkaian. Ia menjangkiti storan yang boleh ditulis dan fail yang boleh dilaksanakan. Aturcara yang telah dijangkiti akan berjangkit pada cakera atau aturcara lain apabaila dilaksanakan.


Cara Menghindar Dari Dijangkiti Virus • Jangan gunakan disket/pendrive/CD orang lain. Disket/pendrive/CD itu mungkin mengandungi virus. • Semak disket/pendrive/CD dengan perisian anti-virus sebelum menggunakannya. • disket/pendrive/CD yang telah digunakan ditempat lain termasuk dirumah perlu disemak. • Laporkan sebarang peristiwa yang mencurigakan. Semak kehadiran virus jika gerak kerja biasa mendatangkan keputusan yang tidak dijangka. • Perhatikan jumlah ruang cakera yang masih kosong. • Gunakan perisian asli. Perisian cetak rompak mungkin mengandungi virus. • Semua semua fail yang didapati dari komputer lain. • Gunakan perisian antivirus untuk menyemak fail sekurang-kurangnya seminggu sekali.


Apakah tanda-tanda komputer anda dijangkiti • Komputer mejadi perlahan. • Aturcara biasa mengambil masa untuk dimulakan. • Aturcara mencapai beberapa cakera walaupun sebelumnya tidak begitu. • Aturcara membuat capaian cakera dengan kerap walau sebelumnya tidak begitu. • Ruang cakera berkurang dengan cepat. • Jumlah sektor yang rosak bertambah. • Ruang memori berkurang dengan cepat. • Terdapat aturcara dalam memori yang tidak dikenali sebelumnya.


Click to View FlipBook Version