MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK AGAMA ARAU (TMUA) PERLIS TAHUNAN KALI KE-43 5 ZULHIJJAH 1444 24 JUN 2023 (SABTU) 9.00A.M. DEWAN AL FAIZIN 2023 MOHON WARIS SCAN QR CODE UNTUK KEHADIRAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Sekapur sirih seulas pinang - Kata aluan Penasihat/ Pengetua SMKA Arau (TMUA) 3 2. Sekapur sirih seulas pinang - YDP PIBG SMKA Arau (TMUA) 4 3. Notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 tahun 2023 5 4. Aturcara majlis 6 5. Agenda mesyuarat agung PIBG 7 6. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 8 - 9 7. Senarai kehadiran ke mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/23 10 8. Minit Mesyuarat Agung PIBG SMKA Arau kali ke-42 tahun 2022 10 - 12 9. Laporan aktiviti PIBG SMKA Arau dari Julai 2022 hingga Jun 2023 13 - 14 10. Penyata Kewangan PIBG SMKA Arau berakhir 31 Disember 2022 15 - 27 11 Anggaran penerimaan dan perbelanjaan tahun 2023 28 11. Usul dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 29 12. Mini album aktiviti PIBG dari Jun 2022 - Jun 2023 30 - 33 13. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKA Arau 2023 34 - 36 14. Tulus Penghargaan 37 SENARAI KANDUNGAN
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG ْي ُكم َوَرْحَم ُة ِهللَا َوَبَركاُتُه لَسالُم َعَل َا Sekapur sirih seulas pinang Hidangan adat dijamah mesra Bicara dinukil madah dikarang Bertemu rapat ukhuwah sekata. Syukur kita rafakkan kepada Allah SWT, para waris dan pihak pengurusan sekolah dipertemukan dalam mesyuarat agung tahunan PIBG kali ke-43 ini. Tahniah kepada AJK Pelaksana atas inisiatif dan komitmen menjayakan mesyuarat kali ini. Penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada semua ibu dan bapa yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk hadir mengimarahkan lagi perhimpunan kita. Pihak pengurusan sekolah dengan kerjasama PIBG yang sentiasa berusaha merancang, menjalankan aktiviti dan memastikan output yang diperolehi daripada program berjaya mencapai objektif. Kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum menjadi keutamaan dalam merencana dan merealisasikan aktiviti berkaitan. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih tak mungkin datang melayang. Justeru, bagi memastikan kejayaan pelajar adalah seiring dengan kemenjadian insan, marilah sama-sama kita bergandingan membina modal insan bermula daripada rumah dan meraikannya di sekolah. InshaAllah. TN HJ ARPAN SHAARI Penasihat PIBG Pengetua SMK Agama Arau (TMUA)
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG EN. KAMARUL AZMAN YAHAYA ْي ُكم َوَرْحَم ُة ِهللَا َوَبَركاُتُه لَسالُم َعَل َا Syukur alhamdulillah atas hidayah dan inayahNya, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKA Arau (TMUA) berjaya kita laksanakan pada pagi 5 Zulhijjah ini. Syabas kepada Jawatankuasa Pelaksana yang bertungkus-lumus merealisasikan agenda mesyuarat ini. Jutaan terima kasih kepada semua ibu dan ayah yang telah melapangkan masa untuk sama-sama berada di dalam dewan ini bagi kita membentuk satu kesatuan demi menjaga kemaslahatan anak-anak kesayangan kita. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Anak soleh bermula didikannya daripada rumah. Baik acuannya begitulah kuihnya. Ibu ayah pastinya telah berusaha sehabis daya mencorakkan personaliti unggul anak-anak lalu diserahkan kepada pihak sekolah dengan sepenuh kepercayaan. Saya amat berharap, pertemuan kita dalam mesyuarat ini akan dapat mengeratkan lagi silaturahmi antara kita, membuka ruang dan peluang untuk bersuara bagi melontarkan idea, dan menjayakan misi dan visi sekolah ke arah melahirkan insan cemerlang selaras dengan falsafah pendidikan negara. Saya mengambil kesempatan ini melahirkan rasa bangga dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas usaha ibu dan ayah menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kewangan sama ada melalui dana , derma, atau sedekah, menyumbangkan keringat dan kemahiran membantu pihak pentadbiran sekolah, dan apa sahaja yang telah dilakukan dengan nawaitu kerana Allah. Semoga usaha kita terus istiqamah dan kita tanpa jemu terus turun membantu pihak sekolah dengan kapasiti dan kemampuan yang kita miliki. InshaAllah. Sebaik-baik insan adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR Ibn Hibban). Yang Dipertua PIBG SMK Agama Arau (TMUA)
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-43 TAHUN 2023 Tuan/Puan, NOTIS PANGGILAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SMK AGAMA ARAU KALI KE – 43 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut yang akan diadakan pada: Hari: Sabtu Tarikh: 24 Jun 2023 Tempat: Dewan AlFaizin,SMKAA Masa: 9.00 pagi Tuan/Puan diwajibkan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa semasa hadir dan berada dalam mesyuarat tersebut. Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amat dihargai. Sekian,Terima Kasih Setiausaha PIBG SMKAA SESI 2022/2023
ATURCARA MAJLIS 9.00 pagi Pendaftaran 9.45 pagi Ucapan aluan pengerusi majlis Bacaan doa Ucapan Tuan Pengetua Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Agama Arau kali ke-43 oleh Tuan Noorhamizi Bin Mohd Yaacob (Pengarah Yayasan Islam Perlis)
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-43 1. Ucapan YDP PIBG SMK Agama Arau 2. Membentang dan mengesah minit Mesyuarat yang lalu 3. Membentang laporan Jawatankuasa 2023/2024 4. Membentang dan mengesah Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2022. 5. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan 2023 6. Membahas usul-usul 7. Membubar Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2022/2023 8. Melantik Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2023/2024 9. Melantik dua orang Pemeriksa Kira-kira 2023/2024 10. Ucapan penangguhan
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 YANG DIPERTUA PIBG EN. KAMARUL AZMAN YAHAYA NAIB YANG DIPERTUA DR. SAIFIZI SAIDON SETIAUSAHA EN. MOHD ANAS ALIAS BENDAHARI EN. MOHAMAD JAMIL NOOROLDZAMAN BIRO AKADEMIK PN. ZURINA MAT SOM PN. SITI SAKINAH YAHYA DR. RADZMAN RAMLI PN. SUSILAWATI WAHAB BIRO KEBAJIKAN, KESELAMATAN & KESIHATAN
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/23 BIRO PEMBANGUNAN & SARANA EN. MOHD AZAHARI OTHMAN EN. ABDUL NIZAM RAHIM BIRO EKONOMI PN. NORSUHANA SAID EN. MOHD NORHAFIZ OMAR BIRO SUKAN, REKREASI & KOKURIKULUM EN. NAZRIN ADLI YAHAYA BIRO SAHSIAH & KEROHANIAN DR. AZLINA KAMARUDDIN
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMKA ARAU KALI KE-42 TAHUN 2022 AGENDA 1 - UCAPAN PENGERUSI – DR. LUQMAN BIN MUSA 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian ahli-ahli yang hadir demi menjayakan mesyuarat agung yang diadakan. 1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf atas usaha mereka meningkatkan prestasi sekolah ini. 1.3 Pengerusi berharap agar mesyuarat pada hari ini dapat berlangsung dengan baik dan mendapat keberkatan seterusnya menghasilkan keputusan yang terbaik untuk kecemerlangan sekolah dan pelajar. AGENDA 2 - MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke-41 sesi 2020/2021, bermula daripada muka surat 5 sehingga 8. 2.2 Dr. Mohd Saifizi bin Saidon mencadangkan minit mesyuarat ini disahkan dan Pn. Nurzilawati menyokong pengesahan minit ini. AGENDA 3 - MEMBENTANG LAPORAN JAWATANKUASA PIBG 2021/2022 3.1 Setiausaha membentang Laporan Jawatankuasa PIBG 2021/2022 di muka surat 8 sehingga 9 AGENDA 4 - MEMBENTANG DAN MENGESAH PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021 4.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan yang berakhir 31.12. 2021 seperti yang terdapat di muka surat 11 sehingga 16. 4.2 Pn. Afifah binti Abdullah bertanya berkaitan terdapat banyak peruntukan yang disalurkan untuk tingkatan 5 melebihi tingkatan-tingkatan yang lain. Dr.Luqman bin Musa menjelaskan peruntukan kurang digunakan kepada tingkatan-tingkatan yang lain kerana murid-murid selain tingkatan 5 menjalani pengajian melalui atas talian akibat pandemik, manakala peruntukan kepada murid di tingkatan 5 digunakan dengan kadar yang ditetapkan. 4.3 Pn. Zurina binti Mat Som memohon agar murid-murid tingkatan 4 diberikan penekanan lebih awal seperti murid-murid di tingkatan 5 daripada semua aspek untuk menghadapi SPM.
Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyusun pelbagai aktiviti untuk murid-murid tingkatan 4, dan pelbagai penekanan telah diberikan dan akan terus meningkatkan lagi gerak kerja bagi kecemerlangan SPM bermula di tingkatan 4. 4.4 Pn.Rozita memohon penjelasan pada mukasurat 15 pada nota perkara bayaran petrol van sekolah. Dr.Luqman bin Musa menjelaskan bahawa sekolah mempunyai sebuah van sekolah dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Van tersebut diletakkan di bawah seliaan sekolah dan segala kos penyelenggaraan dan kos petrol ditanggung oleh PIBG. 4.5 En.Zamri bin Said merujuk kepada nota 8, aktiviti hal ehwal murid, memohon supaya diadakan aktiviti gotong-royong tahunan di asrama sekolah. Cadangan ini disambut baik oleh mesyuarat. 4.6 En. Rashdan bin Rashid mencadangkan supaya penyata kewangan ini disahkan dan Pn. Zarina bin Zakaria menyokong pengesahan penyata kewangan ini. AGENDA 5 – MEMBENTANG ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN 2022 5.1 Bendahari membentangkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan 2022 di muka surat 17. 5.2 Penambahbaikan akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa PIBG. AGENDA 6 – MEMBAHAS USUL-USUL 6.1 Usul-usul Ahli Jawatankuasa PIBG 1. Dr. Luqman bin Musa, Naib Yang Dipertua PIBG membawa usul AJK PIBG tentang perkara berkaitan pungutan derma PIBG SMKA Agama Arau seperti dalam lampiran A yang disertakan. Pn. Zurina binti Mat Som mencadangkan kutipan derma PIBG pada bilangan C perkara kurikulum bagi tingkatan 4 dinaikkan jumlah kutipan dari RM30.00 kepada RM80.00. Diterima sebulat suara dengan pindaan pada bilangan C perkara kurikulum bagi tingkatan 4 dinaikkan jumlah kutipan dari RM 30.00 kepada RM80.00. 6.2 Usul-usul Ahli PIBG 1. Tiada usul dibangkitkan. AGENDA 7 – MELANTIK AHLI JAWATANKUASA SESI 2022/2023 7.1 Dr. Luqman bin Musa membubarkan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2021/2022. 7.2 Pengetua mempengerusikan pelantikan Jawatankuasa PIBG. 7.3 En. Izamri bin Ishak mecadangkan En Kamarul Azman Yahaya dilantik sebagai YDP. Disokong sebulat suara.
7.4 Dr. Azlina binti Kamaruddin mencadangkan Dr. Mohd Saifizi bin Saidon dilantik sebagai NYDP. Disokong sebulat suara. 7.5 Pn. Mahanom binti Mohamed mencadangkan Dr. Azlina binti Kamaruddin, Dr. Radzman bin Ramli, Pn. Norsuhana binti Said, En. Mohd Azahari bin Othman dan Pn. Zurina binti Mat Som dilantik sebagai AJK yang baharu. Disokong sebulat suara. AGENDA 8 – MELANTIK DUA PEMERIKSA KIRA-KIRA SESI 2022/2023 8.1 Pn.Sharifah binti Kassim mencadangkan Pn. Zarina binti Zakaria dilantik sebagai pemeriksa kira-kira dan disokong sebulat suara, manakala Pn. Rohaizah binti Aziz dilantik sebagai pemeriksa kira-kira oleh pihak sekolah. AGENDA 9 – UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Ucapan Penangguhan Ibu bapa Tiada 9.2 Ucapan Penangguhan Pengetua SMK Agama Arau 9.2.1 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang lama dan ibu bapa yang telah banyak memberi sumbangan idea dan usaha untuk kebaikan sekolah. 9.2.2 Mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang baharu. 9.2.3 Mengharapkan kerjasama yang erat daripada AJK PIBG dan semua ibu bapa dapat diteruskan dan semoga kecemerlangan dapat dicapai di SMKA Arau. 9.3 Ucapan Penangguhan YDP PIBG 9.3.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi komitmen yang baik dalam mesyuarat pada kali ini. 9.3.2 Beliau mengharapkan ibu bapa memberi kepercayaan kepada AJK PIBG dan pihak sekolah untuk sama-sama meningkatkan prestasi sekolah ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5 .50 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, (MOHD ANAS BIN ALIAS) (EN. KAMARUL AZMAN BIN YAHAYA) Setiausaha PIBG, YDP PIBG, SMK Agama Arau, Perlis SMK Agama Arau, Perlis
LAPORAN AKTIVITI PIBG SMKA ARAU DARI JULAI 2022 HINGGA JUN 2023 Yang dihormati ahli-ahli PIBG, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah kerana memberi kita kesempatan dan kekuatan untuk sama-sama berada di dalam Dewan Al-Faizin, SMK Agama Arau untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Agama Arau (TMUA) kali ke- 43. Atas kesungguhan dan kerjasama yang berterusan daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG SMKAA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih. Sepanjang sesi 2022/2023 Ahli Jawatankuasa PIBG SMKAA sesi 2022/2023 telah berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kami demi mencapai cita-cita dan matlamat kita bersama. Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab tersebut. Berikut ialah laporan beberapa kegiatan dan tindakan yang telah dilaksanakan oleh AJK pada sesi yang lalu. 1. Mesyuarat AJK Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG sepanjang sesi 2021/2022
2. Kutipan Derma untuk PIBG Bagi tahun 2022, PIBG berjaya mengumpul wang / derma daripada sumber berikut:- · Derma PIBG · Dana PIBG · Derma Individu · Derma daripada organisasi kerajaan dan swasta 3. Sumbangan kepada kegiatan dan aktiviti SMKAA Sila rujuk muka surat 16 - 17 4. Sumbangan kepada kegiatan dan Aktiviti SMKKA yang tidak melibatkan peruntukan dana dari PIBG i. Program Sentuhan Jiwa dari UUM ke SMKAA 2023 Tarikh : Siri 1 13/1/2023, Siri 2 14/1/2023 ii. Program Mentor Mentee Bijak Akademik Tarikh : program berterusan Januari-Disember 2023
PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN DERMA PIBG, DANA PIBG DAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG TAHUN 2022 (BERAKHIR 31 DISEMBER 2022) NOTA PENERIMAAN RM NOTA PERBELANJAAN RM 1 Baki pada 31.12.2022 Baki dalam akaun semasa Baki dalam tangan 101005.74 331.65 101,337.39 5 6 7 8 9 Pengurusan Aktiviti Kurikulum Aktiviti Ko-kurikulum Aktiviti Hal Ehwal Murid Lain-lain 5246.50 13915.00 12394.00 26527.60 153,560.98 211,644.08 2 Derma, Dana & Bayaran Khas PIBG Pelajar Guru 94184.00 3205.00 97389.00 10 Dana IPT: Dana IPT 2022 (61orang X RM200 + 3orang X RM100) 12,500.00 3 Lain-lain Sumbangan Sumbangan MAIPs 90317.87 21705.00 112,022.87 4 Penyesuaian Bank 1292.70 Baki pada 31.12.2022 Dlm akaun semasa Dlm tangan bendahari Jumlah baki 85482.53 2415.35 87897.88 JUMLAH 312,041.96 JUMLAH 312,041.96 Disediakan oleh, ................................................. (MOHAMAD JAMIL BIN NOOROLDZAMAN) Bendahari PIBG SMK Agama Arau, Perlis.
PENYATA KEWANGAN PIBG SMKA ARAU BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 PENERIMAAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 NOTA 2 DERMA, DANA & BAYARAN PIBG BIL. PERKARA KOS Pelajar: 1 Bayaran Derma PIBG bulan Januari 11480.00 2 Bayaran Derma PIBG bulan Februari 9000.00 3 Bayaran Derma PIBG bulan Mac 1600.00 4 Bayaran Derma PIBG bulan April 2630.00 5 Bayaran Derma PIBG bulan Mei 400.00 6 Bayaran Derma PIBG bulan Jun 1684.00 7 Bayaran Derma PIBG bulan Ogos 18300.00 8 Bayaran Derma PIBG bulan September 11490.00 9 Bayaran Derma PIBG bulan Oktober 30230.00 10 Bayaran Derma PIBG bulan November 4050.00 11 Bayaran Derma PIBG bulan Disember 3320.00 94184.00 Guru: 1 Bayaran Derma PIBG bulan Febuari 1200.00 2 Bayaran Derma PIBG bulan Oktober 1005.00 3 Bayaran Derma PIBG bulan November 950.00 4 Bayaran Derma PIBG bulan Disember 50.00 3205.00 97389.00
1 Sumbangan untuk Surau Al-Falah 5730.00 2 Komisen PTPTN Januari 1.50 3 Komisen PTPTN April 1.50 4 Sumbangan Asnaf Ramadhan 3076.00 5 Sumbangan Zakat Asnaf Bank Rakyat 7500.00 6 Sumbangan DYMM untuk Majlis Graduasi 3000.00 7 Sumbangan untuk baikpulih bumbung Surau Al-Falah Ogos 27670.17 8 Sumbangan untuk baikpulih bumbung Surau Al-Falah September 25675.00 9 Infaq Jumaat September 973.00 10 Derma Umum September 1630.60 11 Tabung PIBG di Hari Karnival Kokurikulum SMKAA 26.10 12 Sumbangan untuk Surau Al-Falah Oktober 836.00 13 Infaq Jumaat Oktober 1,295.00 14 Derma Umum Oktober 1,190.00 15 Sumbangan untuk Surau Al-Falah November 840.00 16 Infaq Jumaat November 943.00 17 Derma Umum November 700.00 18 Sumbangan waris untuk Majlis Khatam Perdana 500.00 19 Duit Luar (tumpang akaun PIBG) : 1)Duit Kantin 900.00 20 2)Malaysian Palm Oil Council 5,000.00 21 Sumbangan untuk Surau Al-Falah Disember 795.00 22 Infaq Jumaat Disember 1245.00 23 Derma Umum Disember 790.00 90,317.87 PENYATA KEWANGAN PIBG SMKA ARAU BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 NOTA 3 LAIN-LAIN
PENYATA KEWANGAN PIBG SMKA ARAU BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 NOTA 3 LAIN-LAIN Sumbangan MAIPs: 1 Asnaf MAIPs Februari 10200.00 2 Sumbangan untuk Majlis Khatam Perdana 5000.00 3 Pindah masuk asnaf MAIPs April 300.00 4 Sumbangan untuk Program MPPADNI Menengah Zon Selatan 5000.00 5 Pindah masuk asnaf MAIPs Jun 900.00 6 Pindah masuk asnaf MAIPs Disember 305.00 21705.00
NOTA 4 PENYESUAIAN BANK PENYATA KEWANGAN PIBG SMKA ARAU BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 1 Hibah bank rakyat bulan Januari 130.50 2 Hibah bank rakyat bulan Februari 134.77 3 Hibah bank rakyat bulan Mac 168.35 4 Hibah bank rakyat bulan April 105.91 5 Hibah bank rakyat bulan Mei 102.55 6 Hibah bank rakyat bulan Jun 79.95 7 Hibah bank rakyat bulan Julai 61.48 8 Hibah bank rakyat bulan Ogos 68.32 9 Hibah bank rakyat bulan September 106.87 10 Hibah bank rakyat bulan Oktober 109.54 11 Hibah bank rakyat bulan November 111.84 12 Hibah bank rakyat bulan Disember 112.62 1292.70
PERBELANJAAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 1. Sumbangan sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri Perlis Mei 2022 200.00 2. Sumbangan sempena sambutan hari guru dan pekerja peringkat sekolah Mei 2022 1000.00 3 Bayaran makanan dan minuman mesyuarat AJK PIBG Mei 2022 111.30 4 Bayaran makanan dan minuman mesyuarat AJK PIBG Jun 2022 103.50 5 Mesyuarat Agung Ke-42 Jun 2022 : Banner 148.00 6 Mesyuarat Agung Ke-42 Jun 2022 : Kertas untuk muka buku mesyuarat 31.50 7 Mesyuarat Agung Ke-42 Jun 2022 : Cenderamata perasmi 37.00 8 Bayaran makanan dan minuman Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Julai 2022 1740.00 9 Bayaran makanan dan minuman mesyuarat AJK PIBG Kali-1 Julai 2022 175.00 10 Bayaran makanan dan minuman mesyuarat Pentadbiran, AJK PIBG, ALUMNI Dan SPI Julai 2022 95.00 11 Bayaran makanan dan minuman untuk Lawatan Penanda Aras dari SRI Al-Furqan Ogos 2022 244.80 12 Bayaran makanan dan minuman mesyuarat AJK PIBG Ogos 2022 14.40 13 Bayaran sewa bilik mesyuarat Hotel Putra Regancy September 2022 1200.00 14 Bayaran Banner PIBG September 2022 60.00 15 Bayaran makanan dan minuman mesyuarat AJK PIBG September 2022 36.00 16 Bayaran makanan dan minuman mesyuarat AJK PIBG Oktober 2022 30.00 17 Fail Bendahari 20.00 5246.50 NOTA 5 PENGURUSAN PENYATA KEWANGAN PIBG SMKA ARAU BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
NOTA 6 AKTIVITI KURIKULUM 1 Sumbangan untuk program Mentoring Siri 1&2, Jan 2022 800.00 2 Bayaran makan & minum Kelas Tambahan Tingkatan 4 Jan 2022 450.00 3 Sumbangan untuk program Kem Jati Diri Dan Motivasi Tingkatan 6, Jan 2022 400.00 4 Sumbangan untuk program Yakin A Tingkatan 4, Februari 2022 1,000.00 5 Bayaran untuk modul SPM Fizik 2021, Mac 2022 500.00 6 Bayaran Penceramah Teknik Menjawab Soalan Sejarah SPM 2022, Julai 2022 150.00 7 Bayaran Untuk Kem Kecemerlangan STPM Sem 2 2022, Julai 2022 600.00 8 Bayaran untuk Program Kelas Tambahan SPM 2022 hari Sabtu, Ogos 2022 1,000.00 9 Bayaran untuk penceramah Teknik Jawab Soalan Matematik SPM, Ogos 2022 200.00 10 Bayaran untuk Seminar SPM Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas, Ogos 2022 290.00 11 Bayaran untuk Program Kelas Tambahan Tingkatan 4, Ogos 2022 165.00 12 Sumbangan untuk Program Kem Catch Up Hifz Al-Quran Tingkatan 1, September 2022 2,250.00 13 Sumbangan untuk Program Kelas Tambahan Tajaan Bank Rakyat, September 2022 1,940.00 14 Bayaran untuk Penceramah Program Teknik Menjawab SPM Sejarah, Oktober 2022 140.00 15 Bayaran makanan dan minuman pelajar dan penceramah Perkampungan Ilmu SPM, Oktober 2022 270.00 16 Bayaran untuk Penceramah Program Teknik Menjawab SPM Bahasa Melayu, Oktober 2022 150.00 17 Sumbangan untuk Program Perkampungan Ilmu SPM Fasa 2 3,610.00 13915.00
NOTA 7 AKTIVITI KO-KURIKULUM 1 Sumbangan untuk pembaikan padang petanque sekolah, Januari 2022 700.00 2 Sumbangan MAIPs untuk kelolaan MPPADNI Zon Menengah Selatan, Mei 2022 5000.00 3 Sumbangan untuk penyertaan MPPADNI Zon Menengah Selatan, Mei 2022 150.00 4 Sumbangan untuk peruntukan Kokurikulum bagi kejohanan MSSPs 2022, Julai 2022 965.00 5 Sumbangan untuk Kem Daie Pena Muda Peringkat Kebangsaan, Julai 2022 280.00 6 Bayaran untuk Program Pertandingan Hari Bahasa Jerman Peringkat Kebangsaan, Ogos 2022 500.00 7 Bayaran jaring tiang gol bola sepak sekolah, Ogos 2022 250.00 8 Sumbangan untuk peserta mewakili kejohanan MSSM, September 2022 530.00 9 Sumbangan untuk Pertandingan Inovasi RCJet, Oktober2022 779.00 10 Sumbangan untuk Kejohanan Bola Sepak 18 Tahun MSSPs, November 2022 540.00 11 Sumbangan untuk Karnival Belia Sukan Tingkatan 6 Negeri Perlis, November 2022 600.00 12 Sumbangan untuk Pertandingan Frisbee, November 2022 100.00 13 Sumbangan untuk Kem Jambori Pengakap, Disember 2022 2000.00 12,394.00
1 Sumbangan Bantuan Kuarantin Covid19 Pelajar Tingkatan 5 (SPM 2021), Mac 2022 625.00 2 Bayaran makanan dan minuman untuk Guru Pengawas SPM 2021, April 2022 210.00 3 Bayaran untuk Jamuan Majlis Akhir Tahun Tingkatan 5 SPM 2021, Mei 2022 631.40 4 Sumbangan MAIPs untuk Majlis Khatam Perdana 2022, Mei 2022 5,000.00 5 Sumbangan DYMM Tuanku Raja Perlis untuk Majlis Graduasi 2022, Mei 2022 3,000.00 6 Sumbangan untuk Majlis Apresiasi Huffaz 2022, , Mei 2022 2,000.00 7 Bayaran untuk pelapik meja pelajar di asrama puteri, Jun 2022 264.00 8 Sumbangan untuk Program Penetapan Target SPM 2022, Julai 2022 350.00 9 Sumbangan untuk Simposium PRS Peringkat Negeri Perlis, Julai 2022 40.00 10 Bayaran makanan dan minuman untuk Program Bersama UNIMAP, Ogos 2022 229.20 11 Bayaran kipas berdiri untuk asrama puteri, September 2022 1440.00 12 Sumbangan untuk Program Kem Nadwah Kepimpinan Pengawas dan BADAR, September 2022 6,260.00 13 Sumbangan untuk Program Kem Kepimpinan Dan Pemantapan Sahsiah, September 2022 3,200.00 14 Sumbangan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2022,Oktober 2022 1200.00 15 Bayaran untuk makan minum Pelajar Simposium Karnival Kaunseling,Oktober 2022 78.00 16 Sumbangan untuk Projek Keceriaan Kelas Tingkatan 1 hingga 6,Oktober 2022 1,200.00 17 Sumbangan untuk Jamuan Pengawas 2022, Disember 2022 800.00 26,527.60 NOTA 8 AKTIVITI HAL EHWAL MURID
1 Bayaran petrol van sekolah bulan Januari 2022 100.00 2 Bayaran sewa mesin fotokopi Mei 2021 hingga Jan 2022, Mac 2022 4468.33 3 Bayaran sewa mesin fotokopi Jan 2022 hingga Feb 2022, Mac 2022 2,766.92 4 Bayaran elektrik Surau Al-Falah SMKAA, Mac 2022 2631.75 5 Bayaran bantuan asnaf MAIPs Kepada Pn. Nor Mazliffa(PIC Asnaf SMKAA), Mac 2022 3000.00 6 Bayaran petrol van sekolah bulan Mac 2022 100.00 7 Bayaran untuk banner Selamat Menduduki SPM 2021 dan Selamat Kembali Ke Sekolah, April 2022 155.00 8 Bayaran balik (Refund) lebihan derma PIBG M. Amir Hamzah 1 Othman, April 2022 150.00 9 Bayaran bantuan asnaf MAIPs Kepada Pn. Nor Mazliffa (PIC Asnaf SMKAA), April 2022 2,400.00 10 Bayaran untuk rawatan anai-anai kepada Syarikat Chempaka Sinar Resourses, April 2022 49,982.00 11 Caj bank untuk pindahan wang atas talian (IBG), April 2022 0.50 12 Bayaran petrol van sekolah bulan April 2022 100.00 13 Bayaran COWAY asrama bagi bulan Disember 2021, April 2022 5,940.00 14 Bayaran Dana Asnaf Ramadhan Kepada Pn.Sharifah Hidayah (PIC Dana Asnaf Ramadhan 2022), April 2022 3,056.00 15 Bayaran petrol van sekolah bulan Mei 2022 200.00 16 Bayaran sewa mesin fotokopi Feb 2022 hingga Mei 2022 1,561.98 17 Bayaran untuk tukar bateri baru van sekolah, Mei 2022 395.00 18 Bayaran COWAY asrama bagi bulan Mei 2022 1,188.00 19 Bayaran petrol van sekolah bulan Jun 2022 200.00 20 Bayaran zakat asnaf Bank Rakyat Kepada Pn. Nor Mazliffa(PIC Asnaf SMKAA), Jun2022 7,500.00 NOTA 9 LAIN-LAIN
21 Bayaran elektrik Surau Al-Falah SMKAA Jun 2022 5,209.00 22 Caj bank untuk pindahan wang atas talian (IBG), Jun 2022 1.60 23 Bayaran petrol van sekolah bulan Julai 2022 400.00 24 Bayaran zakat untuk pelajar asnaf MAIPs Kepada Pn. Nor Mazliffa(PIC Asnaf SMKAA), Julai 2022 600.00 25 Bayaran baki kutipan Asnaf Ramadhan 2021&2022 Kepada Pn. Nor Mazliffa(PIC Asnaf SMKAA), Julai 2022 609.00 26 Bayaran tukar 4 biji tayar dan wiper van sekolah, Julai 2022 1,208.00 27 Bayaran baikpulih Van Rusa Sekolah, Julai 2022 1,635.00 28 Bayaran baikpulih Van Rusa Sekolah, Julai 2022 65.00 29 Bayaran petrol van sekolah bulan Ogos 2022 500.00 30 Bayaran servis minyak hitam van sekolah bulan Ogos 2022 200.00 31 Bayaran hamper(cenderahati) untuk mentor Program Bersama UNIMAP, Ogos 2022 70.00 32 Bayaran sewa mesin razo Pustaka Alor Setar, September 2022 2,152.48 33 Caj transaksi Bank Rakyat, September 2022 3.00 34 Bayaran minyak petrol van sekolah, September 2022 400.00 35 Projek tebang dan pangkas pokok sekitar SMKAA, September 2022 1,500.00 36 Bayaran COWAY asrama bagi bulan Julai hingga September 2022 3,564.00 37 Bayaran elektrik Surau Al-Falah, September 2022 3,429.70 38 Sumbangan 2 set komputer dan printer serta 1 printer utk PIBG, September 2022 7,196.00 39 Sumbangan Program Gotong-royong Perdana, September 2022 2,000.00 40 Sumbangan untuk Perpustakaan SMKAA, September 2022 1,000.00 41 Bayaran utk baikpulih Surau Al-Falah, September 2022 10,000.00 42 Bayaran Upah Cleaner cuci Surau Al-Falah, September 2022 90.00 NOTA 9 LAIN-LAIN
43 Bayaran utk cuci karpet Surau Al-Falah, September 2022 2,380.00 44 Caj transaksi Bank Rakyat, Oktober 2022 0.60 45 Sumbangan kepada anak pengawal keselamaan sekolah untuk menyambung pelajaran, Oktober 2022 50.00 46 Bayaran minyak petrol van sekolah, Oktober 2022 200.00 47 Bayaran utk baikpulih Tandas Sekolah, Oktober 2022 996.00 48 Bayaran COWAY asrama bagi bulan Oktober 2022 1,188.00 49 Bayaran sewa mesin razo Pustaka Alor Setar, Oktober 2022 3,914.12 50 Bayaran utk baikpulih Surau Al-Falah, Oktober 2022 10,700.00 51 Bayaran minyak petrol van sekolah, November 2022 500.00 52 Bayaran COWAY asrama bagi bulan November 2022 1,188.00 53 Bayaran minyak petrol van sekolah, Disember 2022 100.00 54 Bayaran COWAY asrama bagi bulan Disember 2022 1,188.00 55 Bayaran Bil Elektrik Surau Al-Falah Disember 2022 3,355.30 56 Hadiah Persaraan Cikgu Rosli, Disember 2022 72.70 153,560.98 NOTA 9 LAIN-LAIN BIL. PERKARA KOS 1 Bayaran dana IPT 2022 (61 orang x RM200 & 3 orang x RM100) 12,500.00 12,500.00 NOTA 10 DANA IPT
Kami telah memeriksa penyata kewangan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Perlis, bagi tahun berakhir 31 Disember 2022, dan kami dapati bahawa semua rekod perakaunan dan kewangan telah disimpan dengan betul dan mengikut kehendak-kehendak peraturan kewangan PIBG. Maklumat Bank Simpanan : · Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad – Cawangan Arau. · Nombor Akaun Semasa – 1101205691 …………………………………………………… ……………………………………………………….. (ROHAIZAH BINTI AZIZ) (ZARINA BINTI ZAKARIA) Pemeriksa Kira-kira I, Pemeriksa Kira-kira II, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Agama Arau, SMK Agama Arau, 02600 Arau, Perlis. 02600 Arau, Perlis.
ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN DERMA PIBG, DANA PIBG DAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG TAHUN 2023 NOTA PENERIMAAN RM NOTA PERBELANJAAN RM 1 2 3 Baki pada 31.12.2022 Derma PIBG (daripada ibu bapa) 516 pelajar x RM50 Dana PIBG (daripada ibu bapa) 217 pelajar x RM50 87,897.88 25,800.00 10,850.00 6 Derma PIBG Pengurusan Kurikulum Ko-kurikulum Hal Ehwal Murid Lain-lain 5,000.00 24,830.00 5,160.00 10,320.00 149,071.75 194,381.75 4 Derma Khas PIBG (daripada ibu bapa) Tingkatan 1 (97 pelajar x RM60) Tingkatan 2 (96 pelajar x RM60) Tingkatan 3 (106 pelajar x RM60) Tingkatan 4 (81 pelajar x RM110) Tingkatan 5 (76 pelajar x RM110) Tingkatan 6B (30 pelajar x RM50) Tingkatan 6A (30 pelajar x RM110) Pelajar asrama (456 pelajar x RM40) 5,820.00 5,760.00 6,360.00 8,910.00 8,360.00 1,500.00 3,300.00 18,240.00 58,250.00 7 Dana IPT STPM 2022 (30 pelajar X RM100) SPM 2022 (76 pelajar X RM200) Tuntutan tahuntahun berikutnya (81 pelajar x RM200 + 30 pelajar x RM100) 3,000.00 15,200.00 19,200.00 37,400.00 Jumlah bayaran PIBG 94,900.00 8 Jumlah perbelanjaan 231,781.75 5 Lain-lain Guru-guru (88 orang) Majlis Anugerah Kecemerlangan Individu Alumni Kutipan Mesyuarat Agung Baitulmal Perlis (MAIPs) Hibah Bank Rakyat 4,400.00 5,000.00 20,000.00 1,000.00 1,000.00 30,000.00 1,400.00 62,800.00 9 Baki pada 31.12.2023 13,816.13 JUMLAH 245,597.88 JUMLAH 245,597.88 Disediakan oleh, ................................................. (MOHAMAD JAMIL BIN NOOROLDZAMAN) Bendahari PIBG SMK Agama Arau, Perlis.
USUL DALAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMKA ARAU USUL-USUL AHLI JAWATANKUASA PIBG 1. Bahawasanya mesyuarat agung PIBG kali ke-43 yang bersidang pada hari ini, 24 Jun 2023 memohon semua ahli PIBG supaya menerima cadangan AJK PIBG tentang perkara berkaitan pungutan derma PIBG SMKA Agama Arau seperti dalam lampiran A yang disertakan. 2. Bahawasanya mesyuarat agung PIBG kali ke 43 yang bersidang pada hari ini, 24 Jun 2023 memohon semua ahli PIBG supaya menerima cadangan AJK PIBG tentang perkara berkaitan penukaran logo PIBG yang baharu. USUL-USUL AHLI PIBG Tiada sebarang usul.
MINI ALBUM AKTIVITI PIBG DARI JUN 2022 - JUN 2023 TUISYEN PIBG 2023 KEM KEPIMPINAN PENGAWAS
MINI ALBUM AKTIVITI PIBG DARI JUN 2022 - JUN 2023 'MAKE OVER' TANDAS Sebelum Selepas
MINI ALBUM AKTIVITI PIBG DARI JUN 2022 - JUN 2023 Bilik gerakan PIBG berwajah baharu Sebelum Selepas
MINI ALBUM AKTIVITI PIBG DARI JUN 2022 - JUN 2023 Program Sentuhan Jiwa dari UUM ke SMKA Arau Gotong-royong perdana
BIL AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1 BUKU MESYUARAT AGUNG DAN JEMPUTAN En. Mohd Anas bin Alias En. Mohamad Jamil bin Nooroldzaman Dr. Azlina bt. Kamaruddin 1. Menyediakan buku program Mesyuarat Agung. 2. Mengedar surat jemputan kepada Perasmi. 3. Memaklumkan kepada AJK Jamuan jumlah kehadiran jemputan. 4. Menghantar surat jemputan kepada tetamu jemputan/ ibubapa dan mendapatkan kembali surat jawapan kehadiran daripada tetamu jemputan/ ibu bapa.(Google forms) 2 SAMBUTAN Semua Guru Penolong Kanan Semua Guru Kanan Semua Jawatankuasa PIBG 1. Menyambut ketibaan VIP/ Jemputan/ Perasmi En. Muhammad Nabil bin Kamal (K) Cik Aina Safa bt. Mohd Ismail En. Abdul Rahman bin Abd. Rani Cik Nur A`Dila bt. Tajuddin 1. Menguruskan acara sambutan ibu bapa. 2. Menunjuk arah tempat duduk dan lain-lain tempat kepada ibu bapa dan jemputan. 3 BUKU PELAWAT PN. Nor Azliza bt. Mat Arif (K) Pn. Aida Suhaini bt. Ali 1. Menyediakan buku pelawat untuk ditandatangani perasmi. 4 PENDAFTARAN Pn. Nadzirah bt. Said (K) En. Mohd Khairil bin Ab. Kadir Pn. Anis Najihah bt. Ismail En. Nabil Suhaid bin Farizan 1. Menyediakan borang untuk pendaftaran (Google forms) kehadiran. 2. Mengedarkan buku Mesyuarat Agung kepada ibu bapa dan ahli. 3. Menyediakan meja pendaftaran dan lapik meja untuk pendaftaran. 5 TABUNG DERMA SURAU En. Muhammad Farhan bin Azmi (K) 1. Menyediakan tabung derma surau di hadapan pintu masuk dewan/ tempat yang sesuai. JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMKA ARAU TAHUN 2023 Pengerusi : Tn. Hj Arpan bin Shaari (Pengetua) Timbalan Pengerusi : Pn. Sharifah bt Kassim (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi I : En. Mohamad Juhari bin Madiah (PK HEM) Naib Pengerusi II : En. Zulkifly bin Rahmat (PK Ko-Kurikulum) Naib Pengerusi III : En. Mazrisyam bin Shariff (PK Tg 6)
6 PENCATAT MINIT Pn. Aqilah bt. Badrul (K) Cik Nur Akmal Balqis bt. Razak En. Muhammad Mujiburrahman bin Abdul Halim 1. Menycatat minit mesyuarat sepanjang mesyuarat berlangsung. 2. Menyerahkan Minit yang dicatat kepada Setiausaha PIBG yang dilantik. 3. Buku catatan minit, SU PIBG sedia ada akan sediakan, minta pencatat sediakan pen. 7 PERSEDIAAN TEMPAT SEBELUM & KEBERSIHAN En. Yahaya bin Jusoh (K) En. Mohd Zubir bin Zainol En. Luqman bin Ismail En. Muhammad Zuwairi bin Shukeri En. Nazrin Adli bin Yahaya En Muhammad Irfan bin Badrul 1. Menyusun kerusi untuk ibu bapa dan ahli yang akan hadir mengikut jumlah kehadiran daripada maklumbalas kehadiran yang diterima 2. Menyediakan meja pendaftaran lelaki dan perempuan. 3. Menyediakan 3 meja pencatat minit di sebelah kiri/ kanan dewan. 8 PENGEMASAN SEMULA TEMPAT En. Muhammad Akmal bin Mukhtar (K) En. Mohd Tarmizi bin Shuib En. Mohd Iqbal bin Suhaimee En. Salman bin Muhammad Pn. Hazaliza bt. Aziz 1. Mengemas semula dewan agar kemas dan teratur. 9 BROSUR VIP / PERASMI En. Muhammad Syazwan Hariz b. Ismail (K) Cik Nur Hanim bt. Noor Aris Pn. Latifah bt. Md. Arshad 1. Menyediakan rekabentuk yang sesuai dengan konsep sekolah. 2. Mendapatkan maklumat untuk isi kandungan pamplet. 3. Nama JK daripada setiausaha PIBG 4. Mengurus percetakan dan menghias pamplet untuk diserahkan kepada JK Sambutan. 10 FOTOGRAFI & VIDEOGRAFI, MEDIA En. Mohd Nor Hafiz bin Haji Omar (K) En. Mohd Hafis bin Md Nor En. Ahmad Zuhdi bin Abdul Wahab (K) 1. Merakam gambar sepanjang majlis berlangsung bermula ketibaan VIP sehingga akhir bagi tujuan pelaporan. 2. Bekerjasama dengan JK Dokumentasi 3. Menyalurkan maklumat melalui platfom media masa sekolah. 11 SIARAYA En. Mohd Arif Haris bin Mohd Suhami (K) En. Shahruddin bin Shafie En. Mohd Nu`Man bin Zabidi 1. Menyediakan peralatan siaraya yang lengkap. 2. Memastikan mikrofon diuji sebelum majlis berlangsung. 3. Mengawal ubah siaraya dan memastikan audio dan visual seiring dengan majlis dan mengikut arahan pengurus majlis dan protokol. 4. Menyediakan back-up siaraya sekiranya berlaku masalah. 5. Menyimpan semua peralatan selepas digunakan. 12 TEKS UCAPAN DAN KATA ALUAN Pn. Norasheela bt. Othman (K) Pn. Norshahila bt. Said 1. Menyediakan draf teks ucapan untuk perasmi dan teks ucapan untuk Pengetua. 2. Memastikan teks ucapan tidak menyentuh isu-isu yang telah ditetapkan. 13 BACAAN DOA En Muhammad Haniff bin Ahmad 1. Membaca doa sebelum majlis dimulakan.
14 JAMUAN VIP Pn. Zahanim bt. Md Zain (K) Pn. Azurah bt. GhazaliPn. Asiah bt. Ishak Pn. Nor Sharina bt. Sukri 1. Mengurus jamuan yang melibatkan VIP/Perasmi . 2. Menyediakan keperluan-keperluan yang berkaitan 3. Jamuan akan berlangsung di Bilik Gerakan PIBG 4. Membuat tempahan makanan untuk jamuan 5. Menyediakan anggaran belanjawan. 15 JAMUAN IBU BAPA DAN GURU Pn. Sh Hidayah bt. Sy Mustaffa (K) Pn. Siti Sakinah bt. Yahaya Pn. Auni Liyana bt. Othman Pn. Asmaliza bt. Ishak Pn. Radziah bt. Khazali En. Mohd Syahmi bin Yusuff 1. Mengurus jamuan yang melibatkan guru, ibu bapa 2. Menentukan menu. 3. Membuat tempahan makanan untuk jamuan 4. Menyediakan anggaran belanjawan. 16 PERSIAPAN PENTAS & BACKDROP En. Mohd Sodri bin Sheh Yusuff (K) En. Muhammad Syafiq bin Shaiful Bahari Pn. Mahani bt. Mahadi Cik Hamidah bt. Abd Rahman En. Muhamad Ammar Husaini bin Rosdi Cik Maisarah bt. Omar Pn Tinny Zuraidah bt. Abdul Pn. Noorsyamila bt. Othman 1. Membuat atau menempah backdrop 2. Membuat anggaran belanjawan 3. Menceriakan keseluruhan pentas dengan hiasan bersesuaian (Lapik meja, bunga hiasan dll ). 4. Menyusun atur kerusi dan meja mesyuarat untuk acara mesyuarat agung untuk jawatankuasa PIBG. 5. Memastikan kerusi untuk tetamu/ vip/ perasmi dan di dalam dewan disusun mengikut keperluan majlis serta meja hadiah dan rostrum untuk pengacara majlis dan tetamu disediakan. 17 SEPANDUK/ BANNER En. Mohd Syafiq bin Anuar (K) En. Amirul bin Bahari 1. Memasang banner/ sepanduk di hadapan pintu masuk sekolah, di dewan/ di tempat yang bersesuaian. 18 LALU LINTAS & KESELAMATAN DAN PARKIR En. Abdul Manaf bin Ishak (K) En. Syafaf Al- Ikhwan bin Hussin Mazid En. Mohd Faizi Izzat bin Zurailan En. Mohamad Yassir bin Nawawi En. Mohamad Rosyiddin Syafiq bin Mohamad Rosli 1. Memastikan lalulintas berada dalam keadaan baik dan teratur. 2. Memastikan parking kereta jemputan/ perasmi ditentukan dan mereka meletakkan kenderaan ditempat yang ditentukan. 3. Memastikan ibu bapa dan guru meletakkan kenderaan di tempat yang ditentukan. 19 JURUACARA MAJLIS En. Mohd Afif Zuhdi bin Mohd Nor(K) Pn. Nor Mazliffa bt. Mohd Mukhlis Pn. Nazzatulshima bt. Zolkifli 1. Mengacara majlis sepanjang majlis berlangsung. 2. Menyediakan teks pengacaraan. 20 DOKUMENTASI Pn. Iffah Afiqah bt. Yahaya Sufi (K) Pn. Nor Husna bt. Ibrahim 1. Mendapatkan gambar daripada JK Fotografi atau videografi dan menyediakan dokumentasi selewatlewatnya seminggu selepas program berlangsung. 21 JURUKIRA UNDI Pn. Norhaslinda bt. Badiozaman (K) Pn. Nor Khatijah bt. Othman Pn. Zatil Hidayah bt. Safari Pn. Siti Noraida bt. Salleh 1. Mengira undi ketika sesi pemilihan Jawatankuasa PIBG yang baharu berlangsung.
TULUS PENGHARGAAN 04-9861246 https://smkaarau.edu.my Jalan Besar Arau, 02600 Arau, Perlis SMKAA (TMUA) Official on TikTok HUBUNGI Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Yayasan Islam Perlis Penasihat PIBG SMKA Arau (TMUA) Barisan Jawatankuasa PIBG SMKA Arau (TMUA) Guru dan kakitangan SMKA Arau (TMUA) Ibu bapa, waris, penjaga, dan seluruh warga SMKA Arau (TMUA) Serta Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat agung tahunan PIBG kali ke-43 tahun 2023. Terima kasih daun keladi, Kita jumpa di lain kali.
LAMPIRAN 1 DERMA PIBG TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2023 BIL TINGKATAN BUTfRAN 1 2 3 4 5 6 BAWAH 6 ATAS A* Derma PIBG RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00 B Dana IPT - - - RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00 Kurikulum RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM80.00 RM80.00 RM30.00 RM80.00 D Kokurikulum RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 E Hal Ehwal Murid RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM10.00 RM20.00 F* Coway Asrama RM40.00 RM40.00 RM40.00 RM40.00 RM40.00 RM40.00 RM40.00 JUMLAH RM150.00 RM150.00 RM150.00 RM250.00 RM250.00 RM190.00 RM250.00 1. Jika tuan/puan mempunyai lebih daripada seorang anak yang sedang belajar di sekolah ini, maka anak kedua dan seterusnya dikecualikan daripada membayar bayaran (bil. A). Manakala bayaran (bil. F) untuk pelajar yang tinggal di asrama sahaja. 2. Bayaran boleh dibuat secara: a) Tunai kepada guru kelas b) Atas talian online ke akaun PIBG SMK Agama Arau (Bank Rakyat: 1101205691), Sila notakan: nama pelajar & tingkatan 3. Semua bayaran akan dikeluarkan resit rasmi oleh guru kelas masing- masing. Untuk bayaran atas talian, sila kemukakan slip transaksi sebagai bukti bayaran kepada guru kelas.