The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Alessandra Saturninus Gimpoton PISMP TESLSJKC2 MPU3112 Tugasan 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alesssaturninus, 2023-11-02 06:32:35

Alessandra Saturninus Gimpoton PISMP TESLSJKC2 MPU3112 Tugasan 3

Alessandra Saturninus Gimpoton PISMP TESLSJKC2 MPU3112 Tugasan 3

Oleh: Alessandra Saturninus Gimpoton


BAM! Bunyi hempasan pintu yang kuat kedengaran di seluruh kawasan kejirananTamanRaya.Hana yang begitu kecewa, menggosok matanya sambil menahan tangisan. “Hana benci Adam!” Hana, yang baru sahaja habis bergaduh dengan abangnya, menjeritsambil menangis. Beberapa minit kemudian, Hana pun mula bertenang. Namun, semakin lamadiaberadadidalam biliknya seorang diri, semakin dia berasa bosan. Dia ingin bermain, tetapi semuamainannya berada di ruang tamu. Dia pula, masih berasa marah dengan Adamdantidakinginbertemu dengannya. “Hmp! Tak apalah! Hana boleh main seorang diri!” Kata Hana, sambil mengumpul kesemuabantal dan selimutnya. “Hana akan membina istana bantal yang besar dancantik! Adamtakboleh masuk istana Hana! Mama dan papa pun tak boleh masuk! Istana ini... milikHanaseorangdiri!”


Istana yang dibina Hana mempunyai dinding bantal yang lembut, bumbungselimutberwarna merah jambu dan lantai yang diperbuat daripada tilamnya sendiri. Ianyakecil tetapiselesa. Tambahan pula, istana itu juga dipenuhi dengan patung-patung milikHanayangberbagai saiz dan warna. Setelah Hana berasa puas hati dengan istananya, diapunmelemparsebuah lampu suluh yang sedang menyala ke dalam istana tersebut, lalu mematikanlampubilik.Kemudian, dia berlari balik ke istana itu dan mula merangkak masuk. Nasib baik lantainyayangdiperbuat oleh tilam itu lembut dan langsung tidak menyakitkan lututnya. Tetapi pelik… Semakin jauh Hana merangkak, semakin keras lantainya. Semakin dekat Hana dengan ‘lampu suluh’ , semakin terang cahayanya. Hana tidak lagi berada di dalam istana bantalnya. Tidak, kerana dia pasti istananyatidakmempunyai rumput. Dia pasti istananya tidak mempunyai pokok-pokok, dan diapasti istananyatidak mempunyai seekor katak.


“Kuak. Seorang manusia? Apa budak kecil macam kamu buat di tempat ini?”kataSangKatak…Eh… Sejak bila katak boleh bercakap? “AHHHH! Katak! Katak bercakap!” Jerit Hana. “Dimana Hana? Hana ingin balik!”"Oh! Jika kamu ingin pulang, berjumpalah Ratu Idana di Istana Oreiller. Kuak. Kamuberuntung, kerana saya juga sedang menuju ke sana sekarang!" kata katak. "Lebihbaikkamuikuti saya, Sang Manusia!" Hana pun berfikir... Dia tidak mengenali tempat ini, dan satu-satunya pilihannyaadalahuntuk mengikuti Sang Katak. Oleh itu, dengan berat hati, dia pun memulakanperjalanannyadengan Sang Katak ke istana Oreiller. Setelah berjalan beberapa langkah, Hana segera menyedari betapa susah keadaannya sekarang. Rupa-rupanya, Sang Katak yang ditemuinya itu amat menjengkelkan. Ia sentiasa bertanya soalan yang pelik dan mengusiknya sepanjang perjalanan.


“Kuak! Kita sampai destinasi yang pertama!” Kata Sang Katak, beberapa minit kemudian.Hana memandang hadapan di mana sebuah gunung yang besar dapat dilihat. “GunungGergan.” Kata Sang Katak. Hana mula berasa risau. Besarnya gunung ini! Jikadapatinginkeseberang, sudah pasti akan mengambil masa yang lama! Tiba-tiba, Hana terdengar bunyi hentakan kaki yang kuat semakin mendekatinya. Apabiladiamenoleh ke arah bunyi tesebut, dia ternampak seekor gergasi yang besar dan tinggi. Iakelihatansangat menakutkan, dengan keningnya yang sentiasa berkerut dan tanganya yangkasar. Hana menyangka gergasi itu akan mencuit badannya dengan tapak tangannya yang besar, walau bagaimanapun, gergasi itu hanya meletakkan tangannya di hadapan Hana dan Sang Katak. “Jom naik!” Kata Sang Katak.


Dengan bantuan Sang Gergasi, perjalanan mereka ke seberang gunungmenjadi lebihpendek. Semasa berada di tapak tangan Sang Gergasi, Sang Katak memberitahuHanabahawagergasi di Gunung Gergan bertanggungjawab untuk melindungi kerajaan danmenyediakanbahan mentah dengan memburu binatang dan berladang. “Oh..” Kata Hana. “… Gergasi ini seperti seorang ayah.” Setelah sampai di kaki gunung, Sang Gergasi pun menurunkan mereka di sebuahtanahlapang. Hana kemudian mengucapkan terima kasih kepadanya, lalu menyambungperjalankeIstana Oreiller bersama-sama Sang Katak.


Di tanah lapang mereka bertemu dengan 'Orang-orang Kecil'. Mereka melayanHanadanSang Katak dengan baik dan sentiasa bertutur dengan lembut. ‘Grrrrr’ perut Hanapunberbunyi. Sambil ketawa, Orang-orang Kecil pun mengajak Hana dan Sang Katakuntukmakan bersama-sama mereka. “Orang Kecil bertanggungjawab untuk menyediakan masakan semasa kenduri danmembersihkan kerajaan, ” bisik Sang Katak. “Mereka ambil berat akan semuaorangdanjarang berasa marah. Tetapi, jika mereka marah, mereka tidak akan berhenti bercakap”Hana ketawa mendengar kenyataan Sang Katak. ‘Hmm.. orang kecil ni, macam mama’ fikir Hana. Setelah habis makan, Hana dan Sang Katak pun meneruskan perjalan mereka ke destinasi seterusnya.


Tiba-tiba, sebuah geraman yang menakutkan berbunyi dari celah-celah pokok. Ketakutan,makluk-makluk kerdil pun melarikan diri. Beberapa saat kemudian, tumbuhanberhampiranmula bergerak dan keluarlah Sang Katak. “Eh! Sang Katak! Hana ingat kamu meninggalkan Hana!” Katak pun ketawa lalu melompat balik ke bahu Hana. Mereka pun tiba di sebuah kawasan paya. Hana mula berjalan denganperlahan, keranatanah yang berlumpur itu sangat licin. Namun, secara tiba-tiba, muncul sekumpulanmaklukkerdil yang menahan kaki Hana, menyebabkan dia jatuh. Sang Katak yang terjatuhdari bahuHana berasa takut lalu melarikan diri. "Hmm... Sedapnya bau manusia ini. Jom balik masak dia..." Kata salah satumakluktersebut.


Tidak lama kemudian, mereka pun tiba di Istana Oreiller. Merekabertemu dengan Ratu Idana yang dengan gembira, mengambil SangKatak dari bahu Hana. Kemudian, beliau menunjukkansebuahcerminbesar kepada Hana yang katanya boleh menghantarnya pulangkerumah.Dengan gembira, Hana pun melangkah masuk kedalamcermin.Sebelum memasuki cermin sepenuhnya, dia berpalingsemulamenghadap Sang Katak dan Permaisuri Idana. “Sang Katak, kamu belum memberitahu Hana namakamu.”Sang Katak ketawa dan Hana dapat merasakan dunia di sekelilingnya mua berputar. Namun, dia masih dapat mendengar jawapan Sang Katak dengan kuat dan jelas. “Nama saya Adam, Sang Manusia”


Hana mengelip matanya sambil menguap. ‘Eh? Mimpi rupanya?’ fikir Hanasambilmambangunkan diri daripada istana bantalnya. Dengan 'mimpi’ tersebut masihjelasdalamfikiran, Hana pun menuju ke bilik Abangnya. Adam yang sampai sekarang, masihsedangmencuba untuk membaiki mainan Hana yang dirosakkannya, tidak dapat menghentikanairmatayang mengalir. Dengan rasa kasihan, Hana pun mendekati Adam. “Hana… Maaf… Abang tak dapat baiki mainan kamu…” Kata AdamHana, walaupun masih tidak dapat memaafkannya, memberi sebuah senyumankecil,lalumemeluk abangnya. Walau apa pun yang berlaku, Adam tetap abangnya. Mainannyarosakatautidak, dia akan tetap sayang Adam. Dia akan tetap sayang keluarganya.


Sekian


Click to View FlipBook Version