The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurin zharifah, 2021-10-21 06:02:03

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI T2

Nurin Zharifah

[Type here]

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050 ALOR SETAR,

KEDAH DARUL AMAN

KAJIAN TENTANG TELEKOMUNIKASI DI
TAMAN KELISA, JITRA KEDAH

NAMA : NURIN ZHARIFAH BINTI JEFERI DIN
NO IC : 070801-02-0102
TINGKATAN : 2 SAKINAH
NAMA GURU : PUAN ARHAMNI ROBIAN
TARIKH HANTAR : 21 OKT 2021

[Type here]

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN M/S

1
2
3
4
6
7
11
12
13

[Type here]

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua
Maktab Mahmud Alor Setar, Puan Zaiton Binti Ismail kerana

memberi kebenaran kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk
menjalankan kerja lapangan ini dengan jayanya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru georgafi saya,
iaitu Puan Arhamni Binti Robian yang telah memberi bimbingan,

tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa
saya, iaitu Jeferi Din Bin Osman dan Zaiton Binti Md Yusoff yang

sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan kerja lapangan ini.

Tidak juga lupa ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan
saya yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja lapangan

ini. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada
responden di bandar Jitra yang sudi memberi kerjasama yang baik

kepada saya semasa kajian ini dijalankan.

[Type here]

PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk ‘Kajian Penggunaan Sistem
Telekomunikasi di Sekitar Taman Kelisa, Jitra, Kedah’ sebagai tajuk
kerja lapangan saya. Hal ini kerana penggunaan sistem
telekomunikasi dapat memberi banyak kemudahan kepada
penduduk setempat.

Tempoh masa yang saya ambil untuk menyiapkan kerja lapangan
ini ialah selama sebulan. Pengumpulan data dan maklumat yang
diperlukan dalam kerja lapangan ini dilakukan pada waktu
persekolahan. Manakala penulisan laporan pula dijalankan pada
waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi di
dalam bilik darjah.

[Type here]

OBJEKTIF KAJIAN

Saya melakukan kajian Penggunaan Sistem Telekomunikasi di
sekitar Taman Kelisa, Jitra, Kedah untuk mencapai objektif yang
berikut:

• Menerangkan konsep dan takrifan alat telekomunikasi

• Melukis peta lakar Kawasan kajian

• Menghuraikan tiga(3) jenis alat telekomunikasi yang
digunakan di kawasan kajian


• Menjelaskan tiga(3) kesan negatif penggunaan alat

telekomunikasi di kawasan kajian

• Mencadangkan tiga(3) langkah penggunaan alat

telekomunikasi secara beretika.

[Type here]

KAWASAN KAJIAN

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN:

Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Kelisa, Jitra, Kedah.
Terdapat beberapa ciri fizikal yang ada di kawasan kajian saya.

Antaranya ialah hutan dan getah. Kedudukan kawasan kajian saya
adalah di selatan bandar Jitra. Jaraknya kira-kira 5 km dari bandar

Jitra.

Ciri budaya yang terdapat di sekitar kawasan kajian saya adalah
sebuah restoran, hotel dan taman perumahan. Terdapat jaringan
jalan raya yang memudahkan perhubungan antara satu destinasi ke

destinasi yang lain.

[Type here]

PETA LAKAR

[Type here]

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan kajian ini.
Antaranya ialah:

1.PEMERHATIAN – Saya telah membuat pemerhatian di kawasan

kajian untuk mengenal pasti ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya di
kawasan kajian.

2.TEMUBUAL – Saya telah menemubual 3 orang responden untuk

mendapat maklumat tentang tugasan ini.

3.SOAL SELIDIK – Saya telah memberi soal selidik kepada 10

orang responden untuk mendapat maklumat tentang tugasan ini.

4.RUJUKAN – Saya telah melayari beberapa laman web untuk

mendapat maklumat berkaitan kajian dan membuat rujukan
berdasarkan buku teks.

[Type here]

HASIL KAJIAN

KONSEP DAN TAKRIFAN SISTEM TELEKOMUNIKASI

Mengikut Wikipedia, telekomunikasi pada dasarnya merupakan
komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini
termasuklah komunikasi menggunakan radio, televisyen, telefon
dan komputer.

Sistem telekomunikasi pula merupakan semua sistem atau
komponen yang terlibat dalamproses penghantaran maklumat
tersebut.

JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI DAN PENGGUNAANNYA

Terdapat banyak alat telekomunikasi. Berdasarkan soal
selidik/temu bual, berikut adalah alat telekomunikasi yang
responden berikan.

1. MESIN FAKS

Teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk
memindahkan salinan dokumen menggunakan mesin faks
yang disambungkan dengan rangkaian telefon.

2. KOMPUTER
3. TELEFON PINTAR

MEMBINA JADUAL DAN GRAF UNTUK MENERANGKAN
JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI DI KAWASAN KAJIAN

Saya telah menjalankan soal selidik dan temu bual terhadap 10 (3)
orang responden di kawasan kajian untuk mendapatkan maklum
balas terhadap jenis-jenis alat telekomunikasi yang mereka guna.
Hasil soal selidik diringkaskan dalam Jadual 1 dan dipersembahkan
dalam Graf 1.

[Type here]

HASIL KAJIAN

BIL Jenis alat telekomunikasi Bilangan responden
1 Mesin faks 3
2 Komputer 2
3 Telefon pintar 5
10
JUMLAH

JENIS JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI
DI SEKITAR TAMAN KELISA

TELEFON BIMBIT MESIN FAKS
50% 30%

KOMPUTER
20%

mesin faks komputer telefon bimbit

[Type here]

HASIL KAJIAN

Jadual 1 dan Carta Pai 1 menunjukkan jenis alat telekomunikasi di
sekitar Taman Kelisa, Jitra, Kedah iaitu mesin faks, komputer dan
telefon pintar.

Melalui soal selidik/temu bual, seramai 2 orang responden
menggunakan mesin faks untuk memudahkan urusan pekerjaan
mereka. Sebagai contoh, Encik Ali seorang peniaga menggunakan
mesin faks untuk urusan perniagannya.

Seterusnya, sejumlah 2 orang responden menggunakan komputer
bagi memudahkan urusan pembelajaran dan mencari maklumat.
Sebagai contoh, Encik Nabil seorang pelajar universiti
menggunakan komputer bagi memudahkan kerjanya untuk
menyiapkan tugasan.

Berdasarkan soal selidik dan temu bual, didapati 5 orang
responden menggunakan telefon pintar untuk berkomunikasi
dengan lebih mudah dalam kehidupan seharian.

[Type here]

HASIL KAJIAN

KESAN POSITIF DAN KESAN NEGATIF PERKEMBANGAN

SISTEM TELEKOMUNIKASI

KESAN POSITIF

• E-DAGANG

Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan serta soal selidik
dengan responden, perkembangan sistem telekomunikasi di
kawasan kajian telah mampu menggalakkan orang ramai
menggunakan e-dagang untuk urusan perkhidmatan dan jual beli
atas talian dengan mudah dan cepat.

Sebagai contoh, urusan pembelian seperti barang perabot atau
masakan boleh dibeli menerusi e-dagang walau di mana saja kita
berada.

KESAN NEGATIF

• Penyebaran Maklumat Berunsur Negatif

Melalui soal selidik dan tembu bual dengan responden
perkembangan sistem telekomunikasi di kawasan kajian mendapati
banyak maklumat berunsur negatif seperti keganasan, hasutan dan
khabar angin sukar ditapis lalu berleluasa tanpa kawalan.

Misalnya, maklumat tentang data kes COVID-19 yang telah berlaku
di sesuatu kawasan disebarkan tanpa merujuk kepada data sahih
dari KKM dan MKN. Ini boleh menyebabkan satu kejutan kepada
penduduk setempat dan maklumat tersebut menjadi satu khabar
angin di atas talian secara berleluasa.

[Type here]

RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak alat telekomunikasi
seperti telefon pintar yang digunakan oleh orang ramai khususnya
di kawasan kajian saya. Alat telekomunikasi ini mempunyai banyak
kepentingan, antaranya ialah untuk memperluaskan peluang
pendidikan dan menjimatkan kos melalui e-pembelajaran, satelit
cuaca dapat memberi data ramalan cuaca dan fenomena alam
dengan lebih terperinci, dan pelbagai maklumat dari seluruh dunia
dapat diperoleh dengan melayari Internet.

Seterusnya, perkembangan sistem telekomunikasi telah memberi
banyak kesan positif seperti e-perbankan, telesidang dan e-
kerajaan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kesan negatif
terhadap perkembangan sistem telekomunikasi ini seperti
penyebaran maklumat berunsur negatif, isu pencerobohan
maklumat dan maklumat tersebar di dalam sesawang yang tidak
tepat.

Sama-samalah kita berusaha untuk menggunakan pelbagai alat
telekomunikasi dengan betul dan elakkan menyebar berita-berita

atau maklumat tidak tepat kepada orang ramai.

[Type here]

LAMPIRAN

[Type here]

RUJUKAN

• BUKU

Zulkipli Bin Ismail, Rajanderan Subramaniam dan Kang Chai
Yoeng, 2017. Geografi Tingkatan 2. Johor Bahru: IMS Books
Trading Sdn. Bhd.

• INTERNET

Wikipedia:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Telekomunikasi

https://youtu.be/w5htc7-FKhg

http://acemodule.weebly.com/kesan-teknologi-dan-
komunikasi-media-sosial-kepada-perhubungan.html

https://balebaleblogs.blogspot.com/2020/05/kepenti
ngan-telekomunikasi-di-malaysia.html


Click to View FlipBook Version