INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU
PERSEDIAAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2022
SEMESTER 1 TAHUN 1
TUGASAN 2 – E-PORTFOLIO
NAMA PELAJAR : WAN NOR MAISARAH BINTI WAN MOHD
RIDUAN
ANGKA GILIRAN : 2022092310073
NO KAD PENGENALAN : 041020-11-0372
KUMPULAN/UNIT : BM 3
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074 / SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN
TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2022
NO. TEL : 010 5450544
Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :
Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 17 SEPTEMBER 2022
ISI KANDUNGAN HALAMAN
BIL. KANDUNGAN 1
2
PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN 3 - 10
2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
4-7
MENGIKUT KRONOLOGI 4-5
2.1 SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
6
2.1.1 SISTEM EJAAN VAN OPHUYSEN (1900) 6-7
2.1.2 SISTEM EJAAN R J WILKINSON (1904)
2.1.3 SISTEM EJAAN ZA’BA (1941) 7
2.1.4 SISTEM FAJAR ASIA (1943) 7 - 10
2.2 SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
2.2.1 SISTEM SOEWANDI (1947) 7
2.2.2 SISTEM EJAAN KONGRES (1957) 8-9
2.2.3 SISTEM EJAAN MALINDO (1964)
2.2.4 SISTEM EJAAN BARU (1972) 9
3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) 10
DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJEAAN 10
RUMI
4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI 11
5.0 RUMUSAN 12
6.0 RUJUKAN 13
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat
ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan 2 (e-
portfolio) bagi kod subjek Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (BMMB1074) ini
dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd Fadzil bin Baharuddin, selaku
pensyarah bagi subjek ini kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau
kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini
terutamanya kepada pensyarah saya atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk
ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan
dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih
1
1.0 PENGENALAN
Secara amnya, Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda dan menjadi lingua
franca iaitu bahasa penghubung antarabangsa suatu ketika dahulu. Bahasa Melayu
ini datangnya dari rumpun Austronesia dari daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan
lalu menduduki wilayah Asia Tenggara. Kedatangan golongan pertama, Melayu
Negrito dan golongan kedua, Melayu Proto serta golongan ketiga, Melayu Deutro
membuktikan perkembangan Bahasa Melayu. Banyak lagi bukti-bukti yang kita dapat
dilihat tentang perkembangan Bahasa Melayu seperti catatan orang China,
penemuan batu-batu bersurat, alat-alat memburu, bertani dan sebagainya. Tak
lengkap sekiranya kita tidak belajar secara mendalam tentang penulisan yang
terdapat dalam perkembangan Bahasa Melayu iaitu sistem ejaan Rumi. Pedoman
ejaan Rumi yang dikemaskinikan bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang
digunakan pada hari ini ialah Sistem Ejaan Rumi Bersama (SEB) yang dirasmikan
pada 16 Ogos 1972.
Pelaksanaan Sistem Ejaan Rumi Bersama (SEB) sebagai alat komunikasi
bahasa dan penyampai ilmu berjaya dan berkembang dengan baik. Sistem ejaan ini
juga diterima dengan baik oleh pelbagai golongan masyarakat dan digunakan secara
meluas dalam segala urusan penulisan serta penerbitan di Malaysia dan Indonesia.
Untuk pengetahuan umum, Sistem Ejaan Rumi telah berkembang daripada
penggunaan huruf Latin yang pertama dalam abad ke-16 hingga kepada rumusan
Sistem Ejaan Rumi Bersama pada tahun 1972. Seiring dengan perkembangan
Sistem Ejaan Rumi ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan
peranan yang penting dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi. Semakin dunia
berkembang maju, semakin banyak halangan dan cabaran timbul dalam sistem
ejaan rumi pada masa kini. Kita akan telusuri lebih lanjut dalam eportfolio ini.
2
2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT KRONOLOGI
Perkembangan Sistem Ejaan Rumi ini bermula sebelum era penjajahan
menapak di Tanah Melayu. KIta dapat lihat sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan
Asia Tenggara, mereka menggunakan tradisi tulisan kawi, tulisan batak, tulisan
lampung dan tulisan lencong. Tradisi-tradisi tulisan ini menggunakan lambang suku
kata dan lambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi dan agak
maju. Namun demikian, ejaan Rumi dan Jawi lebih dikaji secara mendalam kerana ia
lebih banyak melibatkan masyarakat pada hari ini.
Tulisan kawi Tulisan batak
Tulisan lampung Tulisan rancang
Kebolehan bahasa Melayu yang tinggi telah mendorong para sarjana Barat
untuk berusaha menyusun perkataan-perkataan Melayu dalam bentuk yang lebih
praktikal dan tersusun. Antara sarjana Barat yang terkenal ialah Antonio Pigafetta,
seorang pelayar yang berjaya belayar bersama Ferdinand Magellan dan mereka
telah menyusun 426 daftar kata Itali-Melayu. Tidak melepaskan peluang, orientalis
Eropah juga cuba untuk menterjemahkan ejaan Jawi ke ejaan Rumi menggunakan
huruf-huruf Latin. Hal ini menyebabkan timbulnya kerumitan dalam sejarah sistem
ejaan bahasa Melayu. Kejadian ini berlarutan kerana pengkajian bunyi sering
dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem ejaan atau tulisan.
3
Kedatangan kuasa Barat seperti British, Belanda dan Portugis telah
memperkenalkan sistem ejaan rumi kepada masyarakatnya, walaupun penduduk
ketika itu sudah mempunyai sistem ejaan jawi yang lengkap. Sistem ejaan ejaan
bahasa Melayu terus berkembang sehingga melahirkan bidang profesion
penyusunan perkamusan yang berupa daftar kata, glosari dan kamus Melayu asing.
Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu terbahagi kepada 2, iaitu sebelum Perang
Dunia Kedua (1900-1943) iaitu bermula dengan Sistem Ejaan CH, Van Ophuysen
(1900), Sistem Ejaan R J Wilkinson (1904), Sistem Ejaan Za’ba (1941) dan Sistem
Fajar Asia (1943) serta selepas Perang Dunia Kedua iaitu Sistem Soewendi (1947),
Sistem Ejaan Kongres (1957), Ejaan Melindo dan Sistem Ejaan Baru (1972).
2.1 SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
2.1.1 SISTEM EJAAN CH, VAN OPHUYSEN (1900)
Sistem ejaan CH, Van Ophuysen (1900) ini merupakan ejaan yang pertama
di Alam Melayu. Sistem ejaan rumi di Indonesia dibentuk oleh para peneliti yang
berminat untuk mengkaji bahasa Melayu seperti di Malaya iaitu Persekutuan Tanah
Melayu. Sistem ejaan ini diwujudkan supaya mengelakkan kerancuan dalam
penulisan rumi Melayu di Indonesia yang tidak bersistem dan menyelaraskan
penggunaan ejaan rumi Melayu bagi tujuan-tujuan pembelajaran Bahasa Melayu di
sekolah-sekolah di Hindia Belanda (Indonesia). Bagi menjayakan objektif sistem
ejaan ini, pemerintah Indonesia ketika itu telah meminta Ophuysen menyusun ejaan
Melayu dengan menggunakan aksara Latin.
Ophuysen menggabungkan beberapa sistem ejaan yang telah ada terutama
sistem yang pernah diketengahkan oleh para pengkaji bahasa Melayu berbangsa
Belanda dan beliau juga menolak sistem ejaan bahasa Belanda sebagai panduan.
Ophuysen telah berjaya telah berjaya menyusun buku yang berjudul ‘Kitab Loghat
Melajoe’ pada tahun 1901 dengan bantuan Engku Nawawi (Soetan Ma’moer) dan
Moehammad Taib Soetan Ibrahim. Ejaan yang diterapkan dalam kitab tersebut
dinamakan sebagai Ejaan Ophuysen atau Ejaan Balai Pustaka. Walaupun begitu,
sistem ejaan Ophuysen ini terus diberi penambahbaikan dan diperbaiki sehinggalah
berjaya mendapat bentuk yang tetap dalam tahun 1926.
Beberapa contoh bentuk penulisan rumi Ophuysen ialah:
Sistem ejaannya menggunakan enam vokal iaitu a, e (taling), e (pepet), i, o dan
oe
Contohnya: a- koeda [kuda] i- ikan [ikan]
e (taling),a- elak [elak] o- boleh [boleh]
e (pepet),a- sedar [sedar] oe- soember [sumber]
4
Sistem ejaan ini juga menggunakan rangkap konsonan Belanda seperti dt, tj,sj,
nj, ch dan lain-lain
RANGKAP KONSONAN CONTOH
dj djoega juga
djadi jadi
hadji haji
tj tjari jari
tjerita cerita
katjang kacang
sj masjhoer masyhur
sjarat syarat
masjarakat masyarakat
nj njawa nyawa
njanji nyanyi
njonja nyonya
ch chabar khabar
tachta takhta
tarich tarikh
Penggunaan partikal ‘pun’ [adapun]
Contohnya: Adapoen [sekalipun]
Sekalipoen [merekapun]
Merekapoen
Contoh surat yang tertulis dalam sistem ejaan Ophuysen
5
2.1.2 SISTEM EJAAN R J WILKINSON (1904)
R J Wilkinson merupakan seorang pegawai pemerintah Inggeris yang telah
menyusun sebuah kamus yang berjudul ‘Malay-English Dictionary’ dan mengandungi
1300 halaman. Kamus ini mula diusahakan dalam tahun 1895. Semua kamus dan
penerbitan karangan Walkinson sendiri yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir
tahun 1940 adalah sama dan seragam yang digunakan secara rasmi di sekolah.
Bentuk ejaan Wilkinson ini berdasarkan sistem ejaan yang digunakan dalam
Kamus Maxwell yang banyak menerapkan kaedah tulisan rumi Shellabear, kaedah
baba peranakan dan kaedah tulisan rumi Melayu-Belanda. Kemudian, Wilkinson
memperbaik pulih sistem ejaan tersebut. Sistem ejaan Wilkinson ini menelitikan
huruf-huruf vokal a, e (taling), e (pepet), i, o dan u serta menggunakan ch rangkap ch
bagi menggambarkan huruf c, manakala sh menggambarkan sy (seperti ejaan yang
sekarang), kh, ng, ny, th, dh dan dz.
Wilkinson mengambil ilmu tentang transliterasi daripada Jawi kepada Rumi
sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. Dalam bukunya ‘Malay Grammar’,
beliau telah mempertahankan pengejaan ‘tuan’, bukannya ‘tuwan’ dan ‘ia’, bukannya
‘iya’. Hal ini kerana menurutnya ejaan tuwan dan iya memberikan idea yang
bertentangan dengan fungsi huruf alif dalam Jawi. Dari sudut lain, pemecahan suku
kata bagi perkataan ‘suwatu’ akan membentuk suku-suku kata ‘su’ dan ‘watu’,
namun ‘watu’ bukannya suku kata yang tepat dalam perkataan tersebut. Oleh itu,
perkataan tersebut hendaklah dieja dengan ‘suatu’, bukanlah ‘suwatu’.
2.1.3 SISTEM EJAAN ZA’BA (1941)
Sistem ejaan Za’ba atau dengan nama lain iaitu ejaan Sekolah. Za’ba telah
menyusun semula sistem ejaan Rumi bahasa Melayu pada tahun 1933 dan
dihebahkan dalam Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi kerana sistem ejaan Walkinson
yang dipakai sebelum ini adanya beberapa kelemahan. Oleh sebab itu, Za’ba
memperkenalkan sistem ejaannya bagi memantapkan lagi sistem ejaan Rumi dalam
bahasa Melayu. Antara pembaharuan dalam ejaan Za’ba ialah beliau membahagikan
huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi ialah huruf
vokal iaitu a, e, i, o dan u manakala huruf benar ialah 21 huruf konsonan. Kecuali
penggunaan vokal pada perkataan yang berakhiran huruf k, h, r dan ng.
6
Contohnya: HURUF H
Penggunaan huruf vokal e bukan I puteh
sireh
HURUF K leteh
balek
chantek
usek
Penggunaan huruf vokal o bukan u
HURUF K HURUF H HURUF R HURUF NG
kubor burong
dudok bunoh ukor payong
timor hujong
datok sentoh
batok jatoh
2.1.4 SISTEM FAJAR ASIA (1943)
Kedatangan Jepun di Tanah Melayu, mewujudkan sistem ejaan baru.
Pemerintah tentera Jepun telah memperkenalkan Sistem Fajar Asia bagi
menyeragamkan penulisan ejaan Rumi Melayu semasa Sumatera dan Malaya
disatukan di bawah satu pentadbiran. Sistem ejaan ini masih mengekalkan
penggunaan konsonan-konsonan Wilkinson atau Za’ba dan menggunakan vokal
Ophuysen tetapi oe digantikan dengan u.
2.2 SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
2.2.1 SISTEM SOEWANDI (1947)
Penguatkuasaan penggunaan sistem ejaan Soewandi ini atau lebih dikenali
sebagai ejaan Republik pada 19 Mac 1947, beberapa bulan sebelum Indonesia
merdeka. Perubahan yang dilakukan dalam ejaan Ophuysen kepada ejaan
Soewandi ini selari dengan hasrat Kongres Bahasa Indonesia (1938) yang
menyatakan bahawa bahasa Indonesia perlulah lebih banyak diinternasionalkan dan
beberapa perkara yang kurang praktikal dapat segera disempurnakan.
Menurut S. Takdir Alisjahbana (1949), sistem ejaan Soewandi ini tidak
mengalami banyak perubahan daripada sistem ejaan Ophuysen, malah lebih
menggalakkan penggunaan ejaan Ophuysen. Antara perubahan yang dilakukan itu
ialah:
Vokal oe digantikan dengan vokal u
Contohnya: Soekoe menjadi suku loepa menjadi lupa
Laoet menjadi laut
7
2.2.2 SISTEM EJAAN KONGRES (1957)
Sistem ejaan Kongres ini merupakan sistem ejaan selepas ejaan Za’ba.
Sistem ejaan ini dibentuk dalam satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan
Bunyi Bahasa Melayu pada 16 hingga 21 September 1956. Sidang tersebut
menekankan tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu dan telah
membuat 16 ketetapan bahasa Melayu, 2 ketetapan bagi bunyi bahasa dan satu
ketetapan bagi tulisan Jawi.
(1) Sistem ejaan asas 50
Sistem ejaan ini adalah ejaan yang digunakan oleh penulis-penulis ASAS 50
dan penulis-penulis muda angkatan lima puluhan. Sistem ejaan ini juga tidak banyak
berbeza dengan sistem ejaan Fajar Asia yang dikenalkan dahulu pada tahun 1943.
Wujudnya usul cadangan ASAS 50 adalah kerana:
Kesukaran dalam menerapkan vokal kembar (diftong) ai dan au. Mereka
mencadangkan ai digantikan dengan ay, au digantikan dengan aw dan oi
digantikan dengan oy.
Contohnya: gulay [gulai]
sawdara [saudara]
amboy [amboi]
Ejaan ch perlulah digantikan dan ditandakan dengan c sahaja
Contohnya: chawan menjadi cawan
kachang menjadi kacang
chantik menjadi cantik
Huruf-huruf f, q, x, v, z boleh digunakan untuk menggambarkan fonem masing-
masing
(2) Sistem ejaan PBMUM
Sistem ini dicadangkan oleh PBMUM di Kongres Persuratan dan Bahasa
Melayu Ke-III pada tahun 1956. Antara cadangan mereka ialah:
Menolak penggunaan huruf-huruf kembar dan digantikan dengan fonem yang
lain serta rangkap-rangkap konsonan yang lain seperti gh, kh, dz, dh, th tidak
digunakan lagi.
Ejaan Malaya mestilah sama dengan ejaan Indonesia:
karena [kerana]
ya-itu [iaitu]
karunia [kurnia]
8
Memisahkan perkaatan ‘pun’ yang bermaksud ‘juga’ atau sebaliknya
Tiada perbezaan antara fonem huruf ‘ain’ dengan fonem huruf ‘hamzah’
(3) Ejaan Kongres (1956)
Akhirnya, hasil daripada perbincangan kertas cadangan ASAS 50 dan
PBMUM ialah beberapa keputusan telah dibuat dan sistem yang dipersetujui
dipanggil Ejaan Kongres. Judul ‘Kaedah Baharu Ejaan Rumi Bahasa Melayu’ telah
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1957. Sistem ejaan baru
ini sepenuhnya yang diterima dalam Kongres 1956 itu. Antara keputusan yang
diambil dalam Kongres (1956) ialah:
Rangkap konsonan seperti ch digambarkan dengan c sahaja, ny digambarkan
dengan n sahaja dan lain-lain
Menerapkan diftong aw, ay, dan oy sebagai menggantikan diftong au, ai dan oi
2.2.3 EJAAN MALINDO
Sistem ejaan Malindo ini singkatan kepada dua buah negara iaitu Malaysia
dan Indonesia. Pada tahun 1967, rundingan antara Malaysia dengan Indonesia
diadakan kali kedua untuk mewujudkan Sistem Ejaan Rumi Bersama Malaysia-
Indonesia. Antara perkara yang dipersetujui melalui rundingan ini ialah:
Sistem ini mengandungi 6 huruf vokal (a, e, i, o, u) dan 3 diftong (ay, aw, oy)
Bunyi f, s dan z mestilah digunakan untuk menggambarkan kata-kata asing
Oleh kerana perselisihan politik antara Malaysia dan Indonesia, persetujuan
ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Dalam tahun 1966, Jawatankuasa Ejaan
Rumi Bahasa Kebangsaan, Singapura telah mengahamparkan kertas kerjanya di
Kongres Bahasa Kebangsaan Singapura 1966 anjuran Lembaga Tetap Kongres.
Menyedari hakikat bahawa ejaan merupakan alat untuk penyatuan pemakai bahasa
di negara-negara Nusantara, maka Kongres Bahasa Kebangsaan Singapura
berpendapat bahawa sistem ejaan Singapura hendaklah selaras dengan sistem
ejaan Melindo seperti yang dipersetujui oleh negara-negara Nusantara.Oleh itu,
Melindo ditukarkan kepada Malindos, singkatan kepada Malaysia, Indonesia dan
Singapura.
9
2.2.4 SISTEM EJAAN BARU (1972)
Sistem ejaan Baru ini merupakan kesinambungan daripada sistem ejaan
Malindo yang gagal dilaksanakan. Usaha ini diteruskan setelah tamatnya konfrontasi
antara Malaysia dan Indonesia. Beberapa rundingan telah diadakan dengan
mewujudkan kefahaman yang lebih jitu:
Mengadakan usahasama yang berterusan dan merancang pembinaan bahasa
untuk jangka masa yang panjang
Meningkatkan bahan-bahan yang berkaitan bahasa dan sastera
Menyelaraskan pemakaian istilah-istilah
Setelah diadakan beberapa kali pusingan rundingan akhirnya berjaya
dilaksanakan ejaan bersama Indonesia-Malaysia yang dikenali sebagai Sistem Ejaan
Baru di Malaysia dan diistiharkan penggunaan rasminya pada 16 Ogos 1972.
3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM MENYERAGAMKAN
SISTEM EJAAN RUMI
Antara peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi ialah
membakukan ejaan, sebutan dan membentuk istilah-istilah sesuai dalam bahasa
kebangsaan. Sehingga sekarang banyak istilah-istilah baharu yang muncul dek
dunia sedang menjalani era globalisasi terutamanya dalam bidang-bidang sains dan
matematik, perubatan dan kejuruteraan. Jawatankuasa Istilah (JKI) yang telah
banyak ditubuhkan oleh DBP bersama institusi pengajian tinggi awam bagi
mengumpul, membentuk dan mengembangkan istilah dan ejaan bahasa Melayu
dalam bidang-bidang tersebut. Hal ini bertambah mudah dan melancarkan
kefahaman murid-murid, pelajar, guru-guru mahupun masyarakat.
Seterusnya, peranan DBP adalah memajukan bakat kesusasteraan terutama
dalam bahasa kebangsaan. DBP telah melakukan pelbagai inisiatif dalam
menjayakan hal ini seperti menganjurkan Minggu Penulis Remaja. Program-program
ini adalah untuk menggalakkan golongan belia untuk melibatkan diri dan melahirkan
pewaris generasi ilmu kesusateraan pada masa depan. Di samping itu, DBP juga
memberikan anugerah bagi menggalakkan para sasterawan menerokai bidang ini.
Di samping itu, peranan DBP ialah mencetak dan menerbitkan buku-buku,
risalah, bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dengan cekap. DBP bergiat
aktif dalam menyalurkan buku-buku pembelajaran dalam bidang pendidikan dan
sebagainya. DBP juga merupakan sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di
Malaysia.
10
4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI
Antara cabaran sistem ejaan rumi masa kini ialah kebanyakan masyarakat
menggunakan bahasa pasar dalam bahasa perhubungan komunikasi harian mereka.
Contohnnya dalam aplikasi-aplikasi media sosial, mereka akan menyingkatkan
ejaan-ejaan perkataan seperti ‘telefon’ menjadi ‘tlfn’, ‘kanak-kanak’ menjadi ‘kanak2’
dan ‘menggantikan’ menjadi ‘mggntikan’. Mereka berfikir bahawa ia lebih mudah dan
menjimatkan masa. Namun tanpa mereka sedari semakin lama semakin mereka
terbiasa sehingga mereka hilang kualiti dalam bahasa mereka.
Selain itu, terdapat juga risalah-risalah ataupun notis-notis awam yang
disebarkan majoritinya tidak menerapkan unsur ejaan perkataan bahasa Melayu
yang sepatutnya terdapat pelbagai kesalahan dari segi tatabahasa dan ejaan. Hal ini
boleh dikaitkan dengan penggunaan bahasa rancu dalam aktiviti pengiklanan,
promosi mahupun surat khabar. Hal ini mendorong masyarakat untuk
mencampurkan bahasa Melayu dengan bahasa asing terutama kanak-kanak yang
baru belajar membaca.
Contoh iklan yang menggunakan bahasa rancu
Tambahan lagi, dari aspek pendidikan, guru itu sendiri tidak menerapakan
bahasa ibunda dengan baik akibat penggunaan bahasa loghat. Ini menyebabkan
murid tidak dapat belajar bahasa Melayu dengan tepat atau lebih formal tetapi
sebaliknya merosakkan keindahan bahasa tersebut. Hal ini juga akan menimbulkan
pelbagai kekeliruan kepada mereka.
11
5.0 RUMUSAN
Sejarah perkembangan ejaan Rumi telah bermula sejak abad ke-16 hingga
tahun 1972. Perkembangan ejaan Rumi telah melalui 2 fasa iaitu sebelum Perang
Dunia Kedua dan selepas Perang Dunia Kedua. Perkembangan ejaan Rumi sebelum
Perang Duni Kedua bermula dengan Sistem Ejaan Van Ophuysen kemudian Sistem
Ejaan Wilkinson dan diikuti dengan Sistem Ejaan Za’ba dan Sistem Fajar Asia.
Selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Ejaan Soewandi diperkenalkan dan
kemudiannya Sistem Ejaan Kongres, Sistem Ejaan Malindo dan akhir sekali Sistem
Ejaan Baru.
Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan ejaan Rumi ini. Antara peranannya ialah membakukan ejaan,
sebutan dan membentuk istilah-istilah sesuai, memajukan bakat kesusasteraan serta
mencetak dan menerbitkan risalah-risalah, buku-buku, bentuk persuratan dalam
bahasa kebangsaan dengan cekap. Sistem ejaan Rumi juga mengalami cabaran
pada masa kini iaitu penggunaan bahasa pasar dalam komunikasi seharian, risalah
atau notis awam yang tidak menggunakan bahasa Melayu betul dan penggunaan
bahasa loghat dalam pembelajaran.
Oleh itu, kita perlulah mengenal perkembangan ejaan dan bahasa ibunda kita
agar keindahan bahasa Melayu itu terjamin kerana di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung.
12
6.0 RUJUKAN
Ismail Dahaman. (2007). Ejaan Rumi Sepanjang Zaman. Dewan Bahasa dan
Pustaka
Nik Safiah Karim, Farid Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka
Naim Daipi. (1991). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu: Bahagian II. Sekata,
9(1), 28-48. Diambil daripada
https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18303/1/Sekata-9-1-28.pdf
Faizah Othman. (2013). Sejarah dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Melayu. Diambil daripada
https://www.slideshare.net/izzahzahh/sejarah-dan-perkembangan-sistem-ejaan-rumi-
bahasa-melayu
Azahari Ahmat. (2010). Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Diambil daripada
http://cikgusaberi.blogspot.com/2010/08/sistem-ejaan-rumi-bahasa-melayu.html
Aram. (2013). Ejaan Rumi Za’ba. Diambil daripada
http://bujangetg.blogspot.com/2013/10/ejaan-rumi-zaba.html
Aram. (2013). Ejaan Rumi Kongres. Diambil daripada
http://bujangetg.blogspot.com/2013/10/ejaan-rumi-kongres.html
Al Afzan Ali Hussin. (2018). Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
Memartabatkan Bahasa Melayu. Diambil daripada
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-
pustaka.html
Alyssa Azim. (2020). Cabaran Sistem Ejaan Rumi pada Masa Kini. Diambil daripada
https://anyflip.com/dtfgb/jexb/
13