PEMIMPIN JOHOR
SYED HASSAN
AL ATTAS
NAMA : AZFAR DANISH BIN IMAM SOLIKIN
KELAS : 5AB
ALAMAT EMAIL : [email protected]
ALAMAT SEKOLAH : MADRASAH ALATTAS ALARABIAH JOHOR
KM 15 JALAN KOTA TINGGI
81800 ULU TIRAM JOHOR
PENDAHULUAN
Johor adalah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di bahagian selatan Semenanjung
Malaysia .Johor dinamakan sempenaperkataan Arab " Jauhar" yang bermaksud permata
berharga. Johor mempunyai sistem pemerintahan yang sistematik sekaligus menjadikan
negeri itu lebih kukuh dan dapat bersaing dengan negeri lain. Johor juga mempunyai
pasukan ketenteraan yang mampu untuk menjaga keselamatan negeri Johor daripada
serangan dan ancaman musuh. Dua aspek ini iaitu kekuatan pertahanan dan pemerintahan
yang sistematik merupakan titik tolak untuk sesebuah negeri umumnya dan sesebuah negara
khususnya dalam menjamin keberkesanan politik dan ekonomi yang teguh. Maka dengan
adanya pemimpin yang bijak dan rakyat yang setia, matlamat yang diimpikan akan dapat
dicapai bagai bulan jatuh ke riba.
Habib Hassan amat tertarik hati dengan Johor Bahru, ibu negeri dan tempat bersemayam
Baginda Sultan Johor. Beliau kemudiannya berpindah ke Johor Bahru. Sebelum itu
sewaktu beliau tinggal di Muar pada tahun 1880, beliau telah dikurniakan seorang putera,
Syed Mohamed bin Hassan Alattas. Setelah Habib Hassan berpindah ke Johor Bahru,
beliau mendirikan rumah pertamanya di Bukit Timbalan yang sekarang menjadi Markas
Tentera Timbalan Setia Johor (JMF). Beliau tinggal di rumah ini sehingga Allah
mengurniakan seorang putera bongsunya iaitu Syed Salim bin Hassan Alattas. Syed Salim
bin Hassan Alattas merupakan seorang yang alim dan ahli dakwah yang berkaliber hasil
daripada didikan ayahnya. Beliau pernah menjelajah keseluruh pelusuk negeri johor.
Beliau dilantik menjadi Kadi Besar Johor sebelum Perang Dunia Kedua oleh Al Marhum
Sultan Ibrahim sehingga tahun 1955
BIODATA
PEMIMPIN
PEMIMPIN JOHOR
Nama penuh beliau ialah Syed Hassan bin Ahmad bin Zain Al Attas. Nasab beliau adalah
bersambung sehingga kepada Rasulullah SAW. Beliau adalah seorang ulama' di zamannya begitu
juga dengan datuknya Habib Zain.
Sejarah kedatangan keluarganya bermula awal abad ke-18 apabila datuknya berhijrah ke Tanah
Melayu. Datuk Habib Hassan kemudiannya bermustautin di negeri Pahang dan bersahabat
baikdengan keluarga Diraja Pahang. Beliau banyak membuat kebajikan kepada rakyat dan
masyarakat disana. Dan kemudiannya pada tahun 1832, lahirlah Habib Hassan di Kampung
Maulana di sebuah rumah berhampiran dengan Istana Tun Ali (Pahang).
Ketika hidupnya beliau dikenali sebagai seorang ulama, pendakwah dan juga ahli perniagaan yang
telah banyak menabur jasa. Di sana beliau telah mendirikan Madrasah Al Attas yang pertama di
Pekan Pahang.
Setelah penghijrahan beliau dan bermustautin di Negeri Johor, beliau menubuhkan satu lagi madrasah
yang juga di beri nama Madrasah AlAttas. Beliau bukan sahaja berbaik-baik dengan masyarakat tetapi
sentiasa bergaul baik dengan Raja-Raja Melayu sama ada ketika di Negeri Pahang mahupun di Negeri
Johor.
Di Johor beliau bersahabat baik dengan Sultan Johor iaitu Sultan Abu Bakar sehingga beliau di pelawa
oleh sultan supaya menetap di Johor. Di Johor beliau tinggal di Kampung Habib Hassan (sekarang dikenali
sebagai Kampung Wadi Hassan).Banyak pertolongan dan jasa yang telah beliau curahkan. Di atas segala
jasa dan pengorbanan beliau itu, beliau telah dianugerahkan pangkat Darjah Kerabat (DK) Johor oleh
Sultan Abu Bakar pada tahun 1932.
Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1932 di rumahnya di Kampung Wadi Hassan, Johor
Bahru Johor.
KERJAYA
PEMIMPIN
PEMIMPIN JOHOR
SEORANG AHLI PERANCANG
PEMBANGUNAN
Syed Hassan bin Ahmad Alattas telah merancang pelbagai strategi untuk membangunkan kawasan
perladangan dan perkebunannya. Rancangan yang dibuat selama ini telah membuahkan hasil. Antara
kawasan yang dibangunkan ialah kawasan perumahan dan keluarga serta peruntukan untuk membuat
masjid, surau, madrasah dan kawasan kebajikan umum, perkampungan orang-orang Islam.
Hasil dari rancangannya yang berjiwa keagamaan, bukan sahaja telah memberi kejayaan demi kejayaan
dalam bidang ekonomi, pembangunan dan kebajikan tetapi telah membawa kesan dan manfaat yang
begitu besar pada Islam dan masyarakatnya yang turun-temurun hingga hari ini. Harta-harta wakaf dan
khairat-khairat kebajikan beliau hingga ke hari ini berjalan dengan baik dan lancar yang dikelolakan
oleh ahli-ahli warisannya yang memegang teraju dan terdiri dari anak cucu beliau yang sentiasa
memikirkan untuk meneruskan jasa dan bakti Habib Hassan kepada agama, bangsa dan tanah air
SEORANG AHLI PERNIAGAAN
Di samping menjadi Ahli Perancang Pembangunan, beliau juga merupakan seorang ahli perniagaan yang
berjaya. Hasil gigih yang ditonjolkan telah membuahkan hasil yang lumayan sehingga beliau dapat mewakafkan
sebahagian daripada hartanya ke jalan Allah. Kadangkala beliau mengahadapi kesukaran untuk mengendalikan
perniagaan beliau. Hasil didikan yang mantap oleh ayahnya, beliau sanggup menentang risiko yang dihadapi
demi meneruskan perjuangannya sebagai seorang usahawan. Kekuatan yang mantap dalam diri beliau, tiada
sesiapa mampu menandinginya. Kebijaksanaan beliau mengendalikan perniagaan, menjadikan masyarakat
tertarik dengan keperibadian beliau. Beliau telah berusaha membuka perkebunan dan perladangan dengan
mengeluarkan modal yang bukan sedikit. Beliau telah membuka tanah-tanah di pinggir Johor Bahru untuk
dijadikan ladang sebagai usaha mengembangkan bakat keusahawanannya. Antara ladang-ladang yang
diusahakan oleh Syed Hassan bin Ahmad Alattas ialah ladang cengkih dan ladang kopi
SUMBANGAN SYED
HASSAN BIN AHMAD
ALATTAS KEPADA
NEGERI JOHOR
PEMIMPIN JOHOR
BIDANG EKONOMI JOHOR
Dalam bidang ini, Habib Hassan telah mendirikan kedai-kedai perniagaan di pusat bandar, Johor Bahru, sepanjang
Jalan Ibrahim, Jalan Dhoby, Jalan Terus, Jalan Segget. Sehingga dalam tahun 20-an lebih daripada separuh rumah-
rumah kedai di pusat bandar dipunyai oleh Allahyarham Habib Hassan. Bangunan Empire Theatre yang terletak di
persimpangan Jalan Dhoby dan Jalan Terus adalah bekas rumah Habib Hassan yang kedua di Johor Bahru. Beliau
mendirikan rumah ketiga di KampungWadi Hassan kira-kira dalam tahun 1910 hingga beliau wafat dalam tahun 1932.
Kawasan tanah Habib Hassan ialah mulai dari Bukit Timbalan ( Markas J.M.F sekarang), menurun kebawah termasuk
bangunan A.I.A sekarang, Bangunan Syarikat Kerjasama, Masjid India, Jalan Salim, Kampung Pahang, tapak-tapak
kedai di Jalan Terus, Jalan Dhoby, Jalan Tan HiokNee, Jalan Segget dan sebahagian Jalan Ibrahim. Kira-kira dalam
tahun 1910, Habib Hassan telah menyerahkan rumah dan kawasan di Bukit Timbalan kepada kerajaan. Apabila
Almarhun Sultan Johor berhajatkan rumah dan tanah di Bukit Timbalan itu untuk dijadikan tapak Markas Tentera
Timbalan Setia Negeri Johor (J.M.F).
BIDANG PENDIDIKAN, DAKWAH DAN
KEBAJIKAN DI JOHOR BAHRU
Dalam bidang ini juga, beliau telah banyak menghabiskan tenaga dan hartanya dalam uasaha untuk
mengembangkan dakwah dan agama serta kebajikan dan pelajaran khususnya untuk masyarakat yang berada
di negeri Johor. Madrasah Alattas dan Kuliah Alattas merupakan pusat pertama pengajian tinggi agama Islam
yang menjadikan Bahasa arab sebagai Bahasa pengantar pada tahun 1913. Institusi ini merupakan institusi
yang tersusun, menerima dan mendidik pelajar dari dalam dan luar negeri. Semenjak nazir yang keenam dan
pemegang-pemegang amanah wakaf Allahyarham Syed Hassan bin Ahmad Alattas mengambil alih
pentadbiran Madrasah Alattas pada tahun 1974 daripada Allahyarham Dato’ Syed Mohamad bin Idros. Nazir
yang kelima mengatur semula dasar Madrasah Alattas dan menyiapkan persediann dari segi infrastruktur
termasuk bilik-bilik darjah dan asrama lelaki serta perempuan
NILAI KEPIMPINAN
SYED HASSAN BIN
AHMAD ALATTAS
PEMIMPIN JOHOR
KEBIJAKSANAAN DALAM MENYEBARKAN
DAKWAH ISLAM KE SEGENAP PELUSUK
NEGERI JOHOR
Kebijaksanaa ini terbukti apabila agama Islam berjaya disuntik di dalam diri masyarakat Johor. Seperti mana
yang kita tahu, agama Islam merupakan agama yang berada di sisi Allah. Maka, Allah telah mengutuskan Syed
Hassan untuk menyebarkan dakwah Islam untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Johor dalam
mengenali agama Islam.
PEMURAH DALAM MENGINFAQKAN HARTA
KE JALAN ALLAH
Jelas terbukti pada tahun 1890, apabila Almarhum Sultan dan kerajaan Johor berkehendak sebuah bangunan untuk
dijadikan mahkamah yang pertama di negeri Johor. Maka kediaman Habib Hassan yang kedua di simpang Jalan Dhoby,
telah dipinjamkan kepada kerajaan Johor sebagai Bangunan Mahkamah Tinggi Johor selama 15 tahun tanpa sebarang
pembayaran walaupun pada mulanya kerajaan berjanji akan membayar sewa . Tapak bangunan sekarang bersama
dengan lima buah kedai dan tapak tanahnya dijalan terus adalah menjadi sebahagian daripada harta khairat Habib
Hassan . Satu projek untuk mendirikan bangunan dua belas tingkat sedang diselenggarakan oleh Pemegang Amanah
Khairat Habib Hassan.
KESIMPULAN
Bagi menggulung perbincangan di atas , dapat kita ketahui bahawa Habib Hassan merupakan
seorang yang tidak berputus asa dalam hidupnya malah beliau juga merupakan salah seorang tokoh
Islam yang disegani orang ramai di Johor . Bukan itu sahaja , beliau juga telah banyak menyumbang
dalam segi ekonomi seperti membina Masjid Habib Hassan Alattas dan juga Madrasah Alattas di
Ulu Tiram Johor yang membawa banyak kebaikan kepada masyarakat terutama dalam kalangan
pelajar. Sumbangannya yang tidak terkira dapat menaikkan lagi semangat kita untuk mencontohi
beliau sama ada dari luaran mahupun apa yang dizahirkan
SUMBER RUJUKAN
1.SEORANG MUJAHID DAN PEMBANGUN UMMAH, CETAKAN PERTAMA,
DITERBITKAN OLEH MASJID WADI HASSAN JOHOR BAHRU
2. SEORANG MUJAHID DAN PEMBANGUN UMMAH, CETAKAN KETIGA SEMPENA
SAMBUTAN 100 TAHUN MADRASAH ALATTAS ALARABIAH JOHOR, TERBITAN
YAYASAN ALI ALATTAS
GALERI SYED
HASSAN
AL ATTAS