ASASI
DAN
DIPLOMA
ASASI / TAHMIDI
Program Asasi ditawarkan di IPTA kepada lepasan SPM
sebagai persediaan sebelum ke peringkat pengajian
seterusnya iaitu Ijazah Sarjana Muda
Tempoh pengajian Program Asasi Adalah dalam tempoh 1
atau 2 tahun mengikut kursus yang diambil
Asasi adalah salah satu program "fast track" untuk ke
Ijazah Sarjana Muda .
PROGRAM ASASI (ALIRAN SASTERA)
Program Asasi Aliran sastera ada 18 program daripada 39
program asasi yang telah ditawarkan.
UITM - 3 ASASI UMT - 1 ASASI
UM - 1 ASASI USIM - 2 TAHMIDI
UUM - 1 ASASI UPNM - 2 ASASI
UIAM - 11 ASASI
Boleh rujuk senarai asasi yang telah diberikan.
Syarat
Merujuk kepada merit markah
pelajar bagi matapelajaran SPM
KIRAAN MERIT ALIRAN
SASTERA
1. Kiraan merit bagi 5 subjek utama ( BM /MATE/ SAINS/
SEJARAH / USULUDDIN @LAM @SYARIAH.
2. Kiraan merit bagi 3 matapelajaran lain yang terbaik
SIAPA YANG BOLEH MEMOHON
Warganegara Malaysia
dengan status Bumiputra
Pelajar lepasan SPM segar.
Qualifications asing tidak
layak.
CARA MEMOHON? Isi borang permohonan
UPU (BPKP JPT).
*Semua pelajar yang mendaftar sebagai
sepenuh masa dan layak mendapat biasiswa
daripada Kementerian Pengajian Tinggi
(Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia).
DIPLOMA
Diploma merupakan salah satu persediaan
untuk ke lanjutan pengajian ke Ijazah Sarjana
Muda @Degree
Tempoh pengajian adalah 3 tahun
Terdapat juga keistimewaan di mana pelajar
diploma boleh melangkau ke semester 3 bagi
peringkat ijazah mengikut universiti dan
keputusan CGPA diploma.
Kursus di peringkat diploma ini
daripada awal lagi telah dikhususkan
kepada bidang-bidang tertentu. Ini
bermakna apabila pelajar berkenaan
mengikuti program pengajian
diploma mereka telah boleh
merancang masa depan kerjaya
dengan lebih tepat.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa
mendaftar adalah bergantung kepada jurusan
dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian
dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri
oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon
biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti
PTPTN untuk menampung kos pembelajaran
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka
mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka
perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti
program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti
yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat
ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.