Komik ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Alia Qaisara binti Omar. Alia Qaisara atau dengan panggilan mesranya ‘Lia’ seorang gadis berumur 16 tahun yang tinggal bersama-sama dengan ibu, ayah dan seorang adik lelaki di Kuala Lumpur. Pada bulan ramadan 2025, mereka sekeluarga akan menyambut hari raya di kampung ibunya di Kemaman, Terengganu. Dua hari sebelum menjelang raya, mereka telah pulang ke kampung.
Pada hari pertama berbuka puasa di kampung, nenek Lia yang mesra dipanggil 'tok' oleh cucunya telah menghidangkan pelbagai jenis juadah berbuka puasa yang enak. Namun, terdapat satu juadah yang telah menarik perhatian Lia iaitu 'Kuih Jala Emas'. Lia pertama kali merasai keenakan kuih Tradisional Jala Emas yang dibuat oleh toknya. Hal ini telah menimbulkan keinginannya untuk mengetahui rahsia dan sejarah Kuih Jala Emas.
Maka, bermulalah episod dimana Lia mula mempelajari cara-cara untuk menghasilkan Kuih Jala Emas daripada toknya. Apakah keistimewaan dan sejarah Kuih Jala Emas?, Bagaimanakah cara-cara pembuatan Kuih Jala Emas? Adakah Lia berjaya menghasilkan Kuih Jala Emas? Persoalan ini terus berlegar-legar. Bagi mengetahui kisah selanjutnya, bacalah komik ini!