The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NASIHA SHARIF, 2023-06-23 12:45:53

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-22

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-22

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 22 / TAHUN 2022 PERSATUAN IBU-BAPA DAN GURU (PIBG) SK BANDAR TASIK SELATAN 57000 KUALA LUMPUR BERTARIKH 25 JUN 2022


MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU-BAPA DAN GURU (PIBG) SK BANDAR TASIK SELATAN, 57000 KUALA LUMPUR KALI KE-22 / TAHUN 2022 TARIKH : 25 JUN 2022 MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : KEDIAMAN / RUMAH MASING MASING (APLIKASI GOOGLE MEET) KEHADIRAN : 435 ORANG URUSETIA : SEMUA AJK PIBG SK BANDAR TASIK SELATAN 1.0 UCAPAN GURU BESAR – ENCIK AHMAD MUZIR BIN ABDUL HALIM 1.1 Encik Ahmad Muzir bin Abdul Halim selaku Guru Besar SK Bandar Tasik Selatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir pada Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 ini. Beliau mengharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama semasa mesyuarat ini berlangsung kerana mesyuarat secara atas talian adalah tidak sama seperti mesyuarat bersemuka. 1.2 Guru Besar memaklumkan sepanjang 6 tahun beliau berada di sekolah ini, banyak perubahan yang telah dilakukan dan akan dilakukan di masa-masa akan datang, demi kecemerlangan murid-murid di sekolah ini. 1.3 Guru Besar memaklumkan jumlah murid di sekolah ini ialah seramai 1675 orang. Sekolah ini merupakan antara 5 buah sekolah kebangsaan yang mempunyai jumlah murid teramai di Kuala Lumpur. Terdapat 48 kelas aliran perdana, 2 kelas prasekolah dan 8 kelas PPKI. Jumlah kelas yang terhad menyebabkan pihak sekolah sukar untuk mengadakan kelas tambahan, seperti yang dicadangkan oleh beberapa orang ibu bapa. 1.4 Guru Besar memaklumkan jumlah guru di sekolah ini ialah seramai 119 orang. Manakala jumlah pekerja pembersihan terkini pula ialah seramai 6 orang, berbanding 12 orang pada tahun 2020.


1.5 Guru Besar menyeru ibu bapa untuk memeriksa dan memantau latihan yang diberikan oleh guru-guru kepada anak masing-masing. Ibu bapa diharap dapat membimbing anak-anak untuk menyelesaikan latihan atau tugasan yang diberikan oleh guru. 1.6 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah telah menerima makluman daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan kemungkinan tercetusnya gelombang baharu Covid-19. Pihak sekolah berharap ibu bapa untuk sentiasa mengingatkan anak-anak untuk memakai pelitup muka di sekolah. Tiada lagi penjarakan fizikal 1 meter seperti sebelum ini. Namun, murid-murid diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak sekolah kerana masih terdapat murid-murid sekolah rendah yang belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. 1.7 Guru Besar memaklumkan sekolah masih berada dalam fasa peralihan ke endemik. Maka semua pihak diingatkan untuk terus berhati-hati dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan KPM. 1.8 Guru Besar mengingatkan semua pihak untuk sentiasa berhati-hati dengan peningkatan kes HFMD yang sedang berlaku di negara kita sekarang. Penyakit ini bukan sahaja menjangkiti kanak-kanak tetapi orang dewasa juga. Jika anak jagaan masing-masing mempunyai gejala penyakit HFMD, ibu bapa diminta segera untuk mendapatkan rawatan dan mematuhi peraturan kuarantin yang ditetapkan oleh pihak berkenaan. 1.9 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap aspek keselamatan murid-murid. Pihak sekolah sentiasa mengingatkan murid-murid berkenaan kepentingan menjaga keselamatan diri melalui ucapan di perhimpunan mingguan, aktiviti kokurikulum dan pembelajaran di dalam kelas. 1.10 Guru Besar seterusnya mengingatkan murid-murid yang berjalan kaki, terutamanya dari kawasan perumahan di Bandar Tun Razak untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai orang-orang yang tidak dikenali. Hal ini kerana muridmurid berjalan kaki seawal 6.40 pagi untuk ke sekolah. 1.11 Guru Besar memaklumkan ketika sekolah dibuka semula pada tahun 2021, pihak sekolah mengalami beberapa masalah berkaitan kantin. Ramai murid yang membawa makan sendiri dari rumah. Dianggarkan hanya 200 orang murid sahaja yang berbelanja di kantin. Hal ini menyebabkan berlaku kerisauan di pihak pengusaha kantin kerana mereka perlu menanggung kerugian yang agak besar


setiap hari. Ramai pengusaha kantin yang bertindak menamatkan kontrak mereka atas alasan kerugian yang berlaku. 1.12 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah melalui AJK kantin sentiasa memantau dan mengingatkan pihak kantin supaya menjual makanan dan minuman berdasarkan harga dalam kontrak, seperti yang telah ditandatangani antara pengusaha kantin dan pihak sekolah. Pihak kantin juga sentiasa diingatkan untuk memastikan aspek kebersihan dan kualiti hidangan yang jual, sentiasa berada dalam tahap yang terbaik. 1.13 Guru Besar memaklumkan berkenaan konsep Sekolah Sejahtera seperti yang telah dilancarkan oleh Menteri Kanan Pendidikan baru-baru ini. Melalui konsep ini, anak-anak dihasratkan untuk suka datang ke sekolah dan belajar dalam suasana yang gembira. Sekolah bukan hanya menekankan aspek pembelajaran di dalam kelas, tetapi juga meliputi aspek kokurikulum, sahsiah dan sebagainya. 1.14 Guru Besar memaklumkan kepada hadirin terutama kepada ibu bapa yang mempunyai anak di Tahun 6, penyertaan anak-anak di dalam aktiviti kokurikulum, sama ada sukan atau persatuan, amat penting kerana aspek ini menyumbang markah yang tinggi untuk melayakkan mereka menyambung pelajaran ke Tingkatan 1 di SBPI, MRSM dan lain-lain sekolah berprestasi tinggi. Maka, ibu bapa diseru untuk menggalakkan anak masing-masing melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. 1.15 Guru Besar seterusnya memaklumkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum semasa sesi persekolahan, adalah dikira sebagai sebahagian sesi PdPc. Contohnya seperti program Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari KanakKanak, Hari Kokurikulum, Sambutan Bulan Kemerdekaan dan lain-lain. Melalui program-program seperti ini, murid-murid akan diterapkan dengan sifat toleransi, hormat menghormati, berdisiplin dan semangat cintakan negara. 1.16Guru Besar mengakhiri ucapan dengan harapan agar mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan kita dapat mencapai kata sepakat serta keputusan yang baik dalam setiap permasalahan yang dibincangkan. 2.0 UCAPAN YANG DI PERTUA PIBG – DR. WAN SU EMI YUSNITA BINTI WAN YUSOF 2.1 Dr. Wan Su Emi Yusnita binti Wan Yusof selaku YDP PIBG mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa, guru-guru dan semua AJK PIBG ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-22. Walaupun mesyuarat ini dijalankan secara atas talian


namun matlamatnya adalah tetap sama untuk membincangkan perkara berkaitan kecemerlangan pendidikan, kurikulum, sahsiah dan infrastruktur untuk murid-murid di sekolah ini. 2.2 YDP PIBG mengucapkan tahniah kepada pihak pentadbir sekolah dan barisan AJK PIBG yang telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini dalam suasana fasa peralihan ke endemik. Sesungguhnya mesyuarat ini merupakan platform terbaik untuk ibu-bapa bertemu secara maya untuk berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan anak-anak dalam pelbagai bidang. 2.3 YDP PIBG mengucapkan tahniah kepada semua guru yang bertungkus lumus dalam mendidik murid-murid secara bersemuka, setelah beberapa bulan mengajar atas talian dalam sesi PdPr yang lalu. Murid-murid begitu gembira datang ke sekolah dan menyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Kejohanan Sukan dan Olahraga SKBTS 2022 yang akan diadakan pada minggu hadapan. 2.4 YDP PIBG menyeru kepada semua ibu bapa untuk meraikan pencapaian yang diraih oleh anak masing-masing dalam setiap bidang yang diceburi, sama ada akademik, kokurikulum atau sukan. 2.5 YDP PIBG mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan guru-guru atas kejayaan bergelar sebagai Johan untuk Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Bangsar dan Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Rendah MSSD Bangsar baru-baru ini. 2.6 YDP memaklumkan sehingga 18/06/2022, berdasarkan Soal Selidik Atas Talian untuk Pencalonan YDP, NYDP dan AJK PIBG Sesi 2022 – 2023, 91.4% respondan bersetuju supaya AJK PIBG Sesi 2021 – 2022 dikekalkan. Namun, kita akan bincangkan berkenaan pelantikan ini dalam agenda seterusnya nanti. 2.7 YDP PIBG kemudian dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Tasik Selatan Kali Ke-22. 3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 BERTARIKH 23/10/2021 3.1 Pengerusi majlis mengumumkan kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 adalah seramai 453 orang dan menjemput Setiausaha PIBG untuk membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21. Tindakan : Setiausaha PIBG 3.2 Setiausaha PIBG, Encik Musafarudin bin Othman membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21. Hadirin diminta merujuk buku program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22, halaman 6 hingga 17. Tindakan : Setiausaha PIBG


3.3 Puan Endang Tarimawati binti Mat Taib mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. 4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT BERKENAAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 BERTARIKH 23/10/2021 4.1 Tiada perkara-perkara berbangkit yang dibincangkan. 5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN PIBG YANG TELAH DIAUDIT BERAKHIR 30/04/2022 5.1 Naib Bendahari PIBG, En. Mohd Azmi bin Mohamad @ Alias membentangkan 2 laporan kewangan berakhir 31/12/2021 dan 30/04/2022. Hadirin diminta merujuk buku program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22, bahagian Laporan Kewangan, halaman 18 hingga 23. 5.1.1 Laporan Kewangan PIBG berakhir 31/12/2021 Baki Akaun PIBG : RM 37,124.60 (Tunai di bank) : RM 162.75 (Tunai di tangan) Jumlah terkumpul : RM 37,287.35 5.1.2 Laporan Kewangan PIBG berakhir 30/04/2022 Baki Akaun PIBG : RM 30,432.60 (Tunai di bank) : RM 162.75 (Tunai di tangan) Jumlah terkumpul : RM 30,595.35 5.2 Puan Widia binti Wirman mencadangkan penyata kewangan disahkan dan disokong oleh Puan Nurul Elmy binti Mat Shaari. 6.0 MEMBENTANG, MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL-USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 6.1 Pengerusi majlis meminta hadirin merujuk buku program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21, bahagian Usul, halaman 24 hingga 29.


6.2 PENYATAAN USUL : 1. Mencadangkan pihak sekolah untuk mempertimbangkan supaya murid yang lemah diberi peluang mengikuti kelas tambahan bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. 2. Bertanyakan kriteria dan kelayakan yang diperlukan oleh murid-murid yang ingin menyambung pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ? PEMBAWA USUL : Puan Salina binti Ismail (Nur Khairinnisa bin Kamarudin – 5 Delima) KEPUTUSAN / MAKLUM BALAS USUL : 1. Pihak sekolah berdepan dengan kekangan bilik darjah yang sangat terhad kerana kepadatan murid pada 2 sesi persekolahan. Sukar untuk dibuat kelas tambahan kerana tiada kelas kosong atau tempat yang bersesuaian. Ini juga melibatkan kekangan masa bagi pelajar-pelajar yang bersekolah agama pada sebelah petang. Walau bagaimanapun, atas inisiatif guru, ada guru yang memberikan latihan tambahan dan tuisyen kepada murid di luar waktu persekolahan. 2. Pihak sekolah mengadakan taklimat dengan ibu-bapa murid Tahun 6 pada setiap tahun. Pemakluman akan dibuat oleh guru-guru dari semasa ke semasa sekiranya mendapat maklumat terkini daripada pihak KPM. 6.3 PENYATAAN USUL : Mencadangkan pihak sekolah agar memberikan penerangan tentang jumlah pembelian buku tulis setiap subjek sebab kerana segelintir ibu bapa tidak faham dan tidak tahu. PEMBAWA USUL : Puan Rozita binti Ahmad (Muhammad Shahzy Safwan bin Suhaidi - 5 Jed) KEPUTUSAN / MAKLUM BALAS USUL : Pihak sekolah akan memperbaiki kaedah sedia ada dengan satu format baharu bermula tahun 2023. Diharapkan kaedah baharu nanti akan memudahkan semua pihak dalam urusan pembelian dan penyediaan buku untuk kegunaan murid-murid. 6.4 PENYATAAN USUL : Mencadangkan penambahbaikan kantin sekolah dari segi kerusi dan meja. PEMBAWA USUL : Puan Sharifah Nadia binti Syed Mazlan (Addyra Azzahrah binti Muhammad Ikram – 3 Delima) KEPUTUSAN / MAKLUM BALAS USUL : Pengusaha kantin telah menyumbangkan kerusi dan meja baharu untuk kegunaan dan keselesaan murid. Kerusi dan meja ini mampu memuatkan lebih 300 murid dan menampung keperluan murid semasa sesi rehat, yang dibuat secara bergilir mengikut tahun. Gambargambar terkini kerusi dan meja kantin akan dipaparkan kepada ibu bapa dan penjaga semasa berlangsungnya mesyuarat.


6.5 PENYATAAN USUL : Mencadangkan supaya ditambah menu untuk murid-murid di kantin. PEMBAWA USUL : 1. Encik Mohd Hezri bin Rahmat (Che Airis Hayfa Nur Qaseh binti Mohd Hezri – 5 Delima) 2. Siti Asmah Binti Shuriff (Muhammad Irfan Yassaar Bin Norul Fata – 3 Nilam) KEPUTUSAN / MAKLUM BALAS USUL : Pengusaha kantin mempunyai menu pilihan harian yang dijual mengikut hari. Pihak sekolah akan kongsikan menu kantin yang telah dipersetujui antara pengusaha kantin dan pihak sekolah. 6.6 PENYATAAN USUL : Mencadangkan pihak sekolah supaya memantau harga makanan di kantin. Mohon pastikan harga jangan terlalu mahal, kuantiti yang terlalu sedikit dan tidak berbaloi dengan harga. PEMBAWA USUL : 1. Puan Zarina binti Dahraji (Aqilah Najiyyah binti Bahrin – 5 Firus) 2. Puan Nurzalifah binti Mohd Nor (Abdullah Fahim bin Abdul Rahimi - 5 Zamrud) KEPUTUSAN / MAKLUM BALAS USUL : Pihak sekolah menjelaskan bahawa harga yang ditetapkan adalah harga yang telah dipersetujui oleh pihak pengusaha kantin dengan pengurusan sekolah seperti dalam kontrak. Walau bagaimanapun, pihak sekolah akan memastikan pihak kantin memaparkan harga jualan dan menu harian untuk makluman murid. 6.7 PENYATAAN USUL : Menyampaikan aduan daripada anak-anak berkenaan terdapat makanan di kantin sekolah sesi petang telah rosak dan tidak boleh di makan. PEMBAWA USUL : Encik Mohd Nazri bin Said (Mohamad Imran Ihsan bin Mohamad Nazri – 4 Nilam) KEPUTUSAN / MAKLUM BALAS USUL : Pihak sekolah ambil maklum dan perhatian serius terhadap isu ini dan akan membuat pemantauan serta teguran kepada pengusaha kantin. 6.8 PENYATAAN USUL : Mencadangkan supaya pemilik kedai buku dan pekerja menyertai mesyuarat agung PIBG supaya ibu bapa dapat bersemuka dengan mereka. Hal ini supaya kedua-dua pihak dapat mencapai kata putus berkenaan tindakan yang boleh diambil sekiranya mereka masih menjual benda-benda yang tidak berfaedah seperti pelekat, magnet dan pemadam yang tidak berkualiti. Selagi isu penjualan barang ini tidak selesai, selagi itulah isu meminta duit rakan sebaya tanpa izin akan terus berlaku. Perkara ini boleh menyebabkan salah faham antara ibu bapa kerana untuk menasihati anak-anak yang masih di bawah umur bukanlah satu kerja yang mudah.


PEMBAWA USUL : Puan Siti Rozainie binti Sahad (Siti Batrisyia Farhana binti Kamsani – 5 Jed) KEPUTUSAN / MAKLUM BALAS USUL : Pengusaha kedai buku dan pemilik kantin tidak termasuk sebagai ahli mesyuarat PIBG. Justeru, mereka tidak perlu hadir ke mesyuarat PIBG. Pemantauan akan dilakukan oleh pihak sekolah bagi memastikan kedai buku hanya menjual alat tulis dan buku mengikut keperluan sahaja. Nasihat dan teguran juga diberikan kepada pengusaha kedai buku agar tidak menjual apa-apa barang yang tidak perlu kepada pelajar. Gambar terkini kedai buku akan dikongsikan kepada ibu bapa dan penjaga. 6.9 PENYATAAN USUL : Mencadangkan supaya ditingkatkan keselamatan dan keselesaan murid di kawasan sekolah. PEMBAWA USUL : 1. Encik Nazri bin Amran (Ayesha Humairoh – 3 Firus) 2. Encik Hafizan Shah bin Shahjan (Nur Syahirah bin Hafizan – 1 Nilam) KEPUTUSAN / MAKLUM BALAS USUL : Pihak sekolah sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan murid sepanjang berada di dalam kawasan sekolah. Contohnya, kawalan keluar masuk pelawat yang datang ke sekolah, pas kebenaran keluar bagi murid dan juga kawalan oleh pengawal keselamatan. 6.10PENYATAAN USUL : Mencadangkan penukaran baju sukan sekolah (putih hitam) kepada warna lain dan ada lengan panjang untuk murid perempuan. PEMBAWA USUL : Puan Hannah Farhanah binti Hamid (Fateen Qaisarah binti Muhamad Azlee - 3 Delima) KEPUTUSAN / MAKLUM BALAS USUL : Pihak sekolah belum ada cadangan untuk menukar warna baju sukan ini kepada warna lain dalam waktu terdekat. Stok yang ada di kedai buku ketika ini merupakan stok sedia ada atau stok lama. Stok baharu untuk lengan panjang akan dibuat pada tahun 2023. Buat masa ini, murid perempuan digalakkan memakai inner bagi mengatasi masalah baju lengan pendek. 6.11PENYATAAN USUL : Mencadangkan supaya pihak sekolah memaklumkan dalam kumpulan Whatsapp atau telegram kelas, sekiranya terdapat latihan atau aktiviti yang akan diadakan pada hari Sabtu. Kadang-kadang ibu bapa hanya mengetahui latihan atau aktiviti tersebut daripada anak-anak sahaja. Ini menyebabkan ibu bapa risau kerana ada isu anak-anak yang tidak pulang ke rumah selepas selesai latihan. PEMBAWA USUL : YM Raja Khairul Eddura binti Raja Ruslan (Megat Khairi Ikram bin Zamzuri - 5 Nilam) KEPUTUSAN / MAKLUM BALAS USUL : 1. Pihak sekolah akan mengedarkan surat kebenaran kepada ibu bapa dan penjaga murid yang terlibat dengan aktiviti sekolah. Dalam surat ini biasanya akan dinyatakan maklumat terperinci aktiviti tersebut.


2. YDP PIBG meminta agar diwujudkan kumpulan Whatsapp sementara kepada ibu bapa / penjaga kepada murid yang terlibat bagi menyampaikan setiap info dengan jelas. 6.12PENYATAAN USUL : Mencadangkan supaya pihak sekolah / PIBG dapat melakukan rundingan dengan pihak DBKL atau PDRM supaya kawasan tepi jalan yang menganjur daripada pintu masuk Kem Sungai Besi sehingga ke sebelum pintu masuk Masjid Al-Muqarrabin, diwartakan atau dijadikan kawasan larangan meletak kereta. Larangan secara total atau kelonggaran mungkin boleh diberikan jika meletak kereta selepas jam 7 malam sehingga 6 pagi atau cuti hujung minggu / cuti sekolah. PEMBAWA USUL : Encik Syazwan Naimnor bin Norazmi (Muhammad Zikrulkhalif bin Syazwan Naimnor - 5 Kristal) KEPUTUSAN / MAKLUM BALAS USUL : Kepadatan penduduk dan kenderaan di kawasan sekitar SKBTS merupakan perkara di luar kawalan sekolah. Walau bagaimanapun, pihak sekolah sentiasa bekerjasama dengan PBT seperti DBKL dan juga PDRM bagi memastikan kawasan lalu lintas murid diberi keutamaan serius. Pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa dan penjaga, atas kesedaran sendiri agar tidak meletakkan kenderaan di hadapan sekolah atau meninggalkan kenderaan untuk tempoh yang lama sehingga mengganggu lalu lintas pada hari persekolahan. 6.13PENYATAAN USUL : 1. Mencadangkan pembinaan laluan berbumbung dari pagar sekolah ke Blok C (PPKI) bagi keselesaan laluan murid pada waktu cuaca panas dan hujan. 2. Memohon perhatian daripada pihak sekolah tentang keadaan tandas murid sekolah. Jika memerlukan sumbangan tambahan untuk dana senggaraan, boleh diajukan dalam mesyuarat agung PIBG. Contoh senggaraan tandas ialah seperti membaik pulih dan menukar pintu, lampu, paip, paip getah dan kerja-kerja pembersihan tandas. PEMBAWA USUL : Puan Nor Afidah binti Abdul Jamil (Muhammad Syafiq Zakimi bin Suhaimi - 6 Nilam) KEPUTUSAN / MAKLUM BALAS USUL : 1. Pihak sekolah akan menghantar surat kepada JPWPKL untuk memohon kebenaran dan persetujuan terlebih dahulu. Pada tahun 2021, SKBTS telah mendapat dana biaya untuk projek pelebaran dan penambahbaikan dewan sekolah yang lebih selesa untuk kegunaan murid dan guru sehingga kini. Jika ada kebenaran, pihak sekolah dan AJK PIBG akan berbincang untuk tindakan lanjut. 2. PIBG telah bersetuju menyalurkan dana kepada pihak sekolah untuk kerja penyengaraan dan baik pulih tandas sekolah termasuk pintu, pam tandas dan paip air. Pihak sekolah akan terus bekerjasama dengan PIBG untuk menyediakan infrastruktur yang selesa kepada pelajar. Gambar semasa tandas murid akan dikongsikan kepada ibu bapa dan penjaga semasa mesyuarat.


7.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 OLEH DR. WAN SU EMI YUSNITA BINTI WAN YUSOF 7.1 Dr. Wan Su Emi Yusnita binti Wan Yusof mengumumkan pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022 secara rasmi. 8.0 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 8.1 Encik Azmi bin Mohamad @ Alias mencadangkan Encik Musafarudin bin Othman sebagai Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 dan disokong oleh Puan Nor Afidah binti Abdul Jamil. 9.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 Berdasarkan pada Google form yang telah diedarkan, semua ahli PIBG bersetuju dikekalkan jawatankuasa sedia ada dan jawatan YDP akan dipegang oleh Dr Wan Su Emi Yusnita binti Wan Yusof dan jawatan Naib YDP oleh Puan Nurul Suzilyana binti Mohd Saat tanpa ada sebarang bantahan. 9.1 Senarai AJK PIBG Sesi 2022/2023 : 1. YANG DIPERTUA PIBG : Dr. Wan Su Emi Yusnita binti Wan Yusof 2. NAIB YANG DIPERTUA PIBG : Puan Nurul Suzilyana binti Mohd Saat 3. SETIAUSAHA : Encik Musafarudin bin Othman 4. NAIB SETIAUSAHA : Puan Nasiha binti Mohd Sharif 5. BENDAHARI : Puan Norhayati binti Muhamed 6. NAIB BENDAHARI : Encik Azmi bin Mohamad @ Alias AJK GURU: 7. Encik Muhammad Nur Fikri bin Zainuri 8. Puan Zurifah binti Abd Rahman 9. Puan Noridayu binti Nordin 10. Puan Ainon Bariah binti Husin 11. Puan Nurul Hooda Farrah binti Dorahim 12. Puan Siti Aisyah Ilyani binti Bahri AJK IBU-BAPA 13. Encik Khairul Nizam bin Mokhtar 14. Puan Nor Afidah binti Abdul Jamil 15. Encik Abdul Rahman bin Tompang 16. Encik Muhammad Ikram bin Abd Karim WAKIL IBU-BAPA PPKI 17. Encik Muhammad Yusof bin Abdul Wahab JURUAUDIT 18. JURUAUDIT DALAMAN : Encik Muhammad Syafiq bin Hazman 19. JURUAUDIT LUAR : Encik Muhammad Muzafar bin Abd Aziz Tindakan : Setiausaha PIBG Makluman : Semua ahli PIBG


10.0 MEMBENTANG DAN MELULUSKAN BAYARAN SUMBANGAN PIBG SESI 2022 – 2023 10.1 YDP PIBG memaklumkan bahawa tiada kutipan sumbangan PIBG tahun lepas kerana kita berada dalam fasa pandemik Covid-19. 10.2 Pihak PIBG mencadangkan sumbangan PIBG sebanyak RM 50.00 untuk setiap keluarga untuk sesi 2022 – 2023, bersama sumbangan aktiviti yang dibentangkan mengikut tahun seperti yang dipaparkan di layar. 10.3 YDP PIBG memaklumkan sumbangan ini akan digunakan untuk program-program melibatkan murid-murid dan kerja-kerja baik pulih kerosakan sekolah untuk keselesaan murid-murid. 10.4 Puan Nurul Elmy binti Mat Shaari menyokong cadangan ini dan diluluskan sebulat suara. Tindakan : Bendahari PIBG Makluman : Semua ahli PIBG 11.0 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE-22 OLEH YDP PIBG 11.1 YDP PIBG menyeru agar semua ibu bapa terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada PIBG dan sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan muridmurid dalam semua aspek di SK Bandar Tasik Selatan. Makluman 12.0 PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 pagi. …………………………............... ……………………….……………………………... (MUSAFARUDIN BIN OTHMAN) (DR WAN SU EMI YUSNITA BT. WAN YUSOF) SETIAUSAHA PIBG SESI 2022/2023, YDP PIBG SESI 2022/2023, SK BANDAR TASIK SELATAN, SK BANDAR TASIK SELATAN, 57000 KUALA LUMPUR. 57000 KUALA LUMPUR.


Click to View FlipBook Version