The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NASIHA SHARIF, 2023-06-23 12:48:32

USUL-USUL MESYUARAT AGUNG PIBG 2023

USUL-USUL MESYUARAT AGUNG PIBG 2023

USUL-USUL YANG AKAN DIBAHASKAN DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 PERSATUAN IBU-BAPA DAN GURU (PIBG) SK BANDAR TASIK SELATAN 57000 KUALA LUMPUR


A. KATEGORI USUL : AKADEMIK USUL 1 NAMA PEMBAWA USUL ABDUL RAHMAN BIN HARON NAMA ANAK AUFA NASUHA BINTI ABDUL RAHMAN KELAS 3 ZAMRUD USUL-USUL 1. Meningkatkan prestasi pelajar. Memastikan murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris supaya dibimbing dan diberi latihan untuk tindakan ibu bapa. 2. Laporan prestasi murid diberi seperti UP 1 dan peperiksaan pertengahan tahun. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa oleh guru mata pelajaran. Mohon kerjasama ibu bapa semak latihan dan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana tiada peperiksaan di peringkat sekolah rendah, kadang kala ibu bapa mengambil mudah pembelajaran anak-anak. USUL 2 NAMA PEMBAWA USUL SALINA BINTI ISMAIL NAMA ANAK NUR KHAIRINNISA BINTI KAMARUDIN KELAS 6 DELIMA USUL-USUL 1. Mohon cikgu untuk mengadakan kelas tambahan online kepada murid Tahun 6. 2. Mengadakan perjumpaan motivasi kepada murid untuk menduduki peperiksaan dan memberikan kata semangat kepada semua murid. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Pelaksanaan kelas tambahan tidak relevan pada masa ini. Walaupun begitu murid boleh mengambil inisiatif untuk bertanya sendiri dengan guru matapelajaran sekiranya ada persoalan yang tidak difahami semasa sesi pembelajaran berlangsung. Bengkel dan motivasi pertama untuk Tahap 2 telah diadakan pada bulan April yang lalu. Kali kedua akan diadakan pada bulan Oktober. 2. Perjumpaan motivasi berkala sentiasa dilakukan oleh kaunselor sekolah. Ia tidak bertumpu kepada peningkatan akademik semata-mata tapi merangkumi pelbagai aspek lain bagi membina jati diri serta membentuk Anak yang Baik lagi Cerdik.(ABC)


USUL 3 NAMA PEMBAWA USUL NURLIYANA BINTI MAHAYUDDIN NAMA ANAK SOFEA BINTI MUHAMMAD ADAM AZAHARI KELAS 1 ZAMRUD USUL-USUL 1. Penyediaan kelas khusus (sama ada kelas peralihan / kelas tambahan ) untuk murid-murid Tahun 1 yang masih belum mahir membaca. Jika murid-murid Tahun 1 masih belum boleh membaca, ia akan mengganggu keseluruhan mata pelajaran. 2. Setiap kelas seharusnya melantik mini teacher dalam kalangan murid sendiri yang boleh membantu guru. Sebagai contoh, kawan-kawan boleh merujuk pada mini teacher tersebut jika tidak faham apa yang disampaikan oleh guru. 3. Memberi ruang kepada ibu bapa untuk berjumpa dengan guru di sekolah secara temu janji untuk membincangkan pretasi anak- anak (maksud di sini, perjumpaan tidak hanya pada sesi perjumpaan menandatangani kad laporan murid sahaja) MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Program Bantu Baca telah pun dijalankan untuk muridmurid Tahun 2 – Tahun 4 yang tidak boleh membaca. Bagi murid Tahun 1, guru mata pelajaran sedang mengenalpasti murid yang tidak boleh membaca dan akan dilaksanakan pada bulan Julai. 2. Pihak sekolah ambil maklum cadangan untuk mewujudkan mini teacher. 3. Pihak sekolah tiada halangan untuk ibu bapa hadir ke sekolah. Walau bagaimanapun ibu bapa perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada guru-guru yang berkaitan. USUL 4 NAMA PEMBAWA USUL AIMAN BIN SAMSUDIN NAMA ANAK AIMY ALISHA BINTI AIMAN KELAS 2 JED USUL-USUL 1. Wujudkan slot masa untuk solat Zohor berjemaah dijalankan setiap hari bagi murid beragama Islam. Mungkin boleh dilakukan sebelum masuk waktu belajar atau beberapa minit sebelum waktu rehat. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Telah dilaksanakan mengikut jadual. Surau sekolah tidak dapat memuatkan semua murid dalam satu masa jadi murid akan bergilir-gilir untuk solat berjemaah. Setiap hari ada 4 kelas yang akan solat berjemaah di surau.


USUL 5 NAMA PEMBAWA USUL HANUM FAUZIRA BT MD DIL NAMA ANAK ANDRI CHAN KELAS 2 DELIMA USUL-USUL 1. Guru-guru tidak respon jika ibu bapa bertanya berkenaan kerja sekolah selepas waktu persekolahan dan tidak mengemas kini kerja sekolah. 2. Kerja sekolah yang banyak tidak sesuai dengan jangka masa yang diberikan. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Guru-guru seboleh-bolehnya telah berusaha untuk membantu pembelajaran anak-anak di sekolah dan di rumah. Mohon ibu bapa memilih masa yang sesuai untuk bertanya kepada guru di luar waktu persekolahan. 2. Pihak sekolah ambil maklum. Pemantauan akan dibuat oleh pihak pentadbir. B. KATEGORI USUL : HEM – KANTIN / KELAS / SPBT / DISIPLIN B.1 LOKER MURID USUL 6 NAMA PEMBAWA USUL AHMAD LOQMAN BIN AHMAD MAZUKI NAMA ANAK AHMAD SAFWAN BIN AHMAD LOQMAN KELAS 1 DELIMA USUL-USUL 1. Beg sekolah terlalu berat. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Penyediaan loker bagi murid Tahap 1 akan disegerakan pelaksanaannya.


USUL 7 NAMA PEMBAWA USUL, NAMA ANAK DAN KELAS NUR DIYANA BINTI HUSSEIN (MUHAMMAD AFIF BIN MOHD SABIRIN – 3 DELIMA), RASHIDAH BINTI MOHAMAD (NURIN ZAHIRAH BINTI MOHD FAIRUZ – 3 FIRUS) USUL-USUL 1. Menyediakan tempat simpan buku / barang (loker) untuk semua murid. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Peruntukan yang diberikan hanya untuk Tahap 1 sahaja, belum ada makluman dari PPD/KPM untuk kemudahan loker untuk semua murid. USUL 8 NAMA PEMBAWA USUL MOHD SHAHRUL HAFIZ BIN HUSAIN NAMA ANAK MARYAM AZZAHRA KELAS 1 JED USUL-USUL 1. Setakat tarikh 17/5/2023, tiada makluman penggunaan loker murid Tahun 1. Loker ini disediakan oleh kerajaan tahun lepas kepada murid Tahun 1 dan Tahun 2. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. PIhak sekolah mengambil maklum perkara ini. Terdapat beberapa kekangan seperti pemulangan kunci daripada murid tahun lepas tidak sepenuhnya (kunci hilang). Guruguru sedang berusaha untuk menyelaras dan mengemas kini loker yang boleh diguna pakai. Guru penyelaras telah menyenaraikan murid dan lokar kepada murid Tahun 1 dan Tahun 2. USUL 9 NAMA PEMBAWA USUL NOR AFIDAH BINTI ABDUL JAMIL NAMA ANAK MUHAMMAD WAFIQ FAHIMI BIN SUHAIMI KELAS 5 DELIMA USUL-USUL 1. Cadangan penambahan loker berkunci bertingkat untuk kegunaan semua pelajar SKBTS bagi menangani masalah beg berat (tidak hanya tertumpu kepada pelajar Tahap 1 - Tahun 1 dan 2 semata-mata), tetapi lebih menyeluruh kepada semua pelajar Tahun 1 - 6. Jika tiada peruntukan khusus, dicadangkan sedikit peruntukan sumbangan PIBG dan juga kutipan dana daripada ibu bapa/murid sebagai projek rintis guna sama. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Usul akan dipanjangkan dalam mesyuarat AJK PIBG akan datang.


B.2 KEDAI BUKU USUL 10 NAMA PEMBAWA USUL MOHFD ZARITH BIN JOHAR NAMA ANAK NURKHAYLA SOFIA BINTI MOHD ZARITH KELAS 1 BERLIAN USUL-USUL 1. Saya mencadangkan agar menukar tanda nama dan lencana berjahit kepada tanda nama dan lencana berpin atau magnet bagi memudahkan semua pihak. 2. Mencadangkan juga pihak sekolah menambah bilangan pekerja sewaktu musim naik persekolahan di kedai buku supaya urusan membeli buku pada awal persekolahan lebih cepat dan lancar. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Tanda nama bersulam yang berjahit adalah lebih praktikal bagi murid sekolah rendah berbanding dengan yang berpin atau bermagnet kerana jika bermagnet lebih mudah tercicir manakala yang berpin akan menyebabkan baju koyak dan kesan karat. 2. Kedai buku diuruskan oleh pihak luar, pihak sekolah akan memanjangkan cadangan ini kepada pihak yang berkenaan. USUL 11 NAMA PEMBAWA USUL, NAMA ANAK DAN KELAS MUHAMAD YUSRI BIN SAFFIE (NUR AMANI QISTINA BINTI MUHAMAD YUSRI – 5 DELIMA), HASLIN BINTI ABD MANAN (NUR SYAZANA DAMIA BINTI MOHD SHAHRUL IZAT – 5 DELIMA) USUL-USUL 1. Mohon supaya kedai buku hanya menjual barangan berkenaan PdP sahaja. Barangan mainan atau tidak berkaitan mohon untuk tidak dijual. Apabila sudah dibeli, cikgu pula yang rampas. Anak-anak sanggup tidak makan untuk beli barang mainan. 2. Mohon pihak sekolah untuk memantau barang yang dijual di kedai buku. Apa-apa barang yang berbentuk seakan-akan mainan, mohon jangan dijual kerana murid-murid Tahun 1 akan asyik pergi membeli di kedai buku sampai habis duit belanja untuk membeli makanan. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Teguran telah dibuat kepada pengusaha kedai buku. Pemantauan daripada pihak sekolah sentiasa dilakukan agar perkara yang sama tidak berulang.


B.3 PENGURUSAN KANTIN USUL 12 – 17 NAMA PEMBAWA USUL ARIFUDIN B MAHAT NAMA ANAK NUR IZZAH HUMAIRA BT ARIFUDIN KELAS 1 ZAMRUD USUL-USUL 1. Harap pihak sekolah boleh periksa harga makanan dan minuman di kantin. Ini kerana harga tidak sepadan dengan kuantiti barang jualan. Kenapa tidak buat air sirap atau oren berharga 50sen? Air milo lebih banyak ais dari air. Mi atau nasi tiada makanan tambahan di dalamnya. NAMA PEMBAWA USUL SHAHRUL AZMI BIN SAIDUDIN NAMA ANAK NABILAH DAMIA BINTI SHAHRUL AZMI KELAS 4 DELIMA NAMA PEMBAWA USUL SALINA BINTI ISMAIL NAMA ANAK NUR KHAIRINNISA BINTI KAMARUDIN KELAS 6 DELIMA USUL-USUL 1. Isu hidangan makanan pelajar RMT. Diharap cikgu lebih peka apa yang dimasak oleh pekerja kantin. NAMA PEMBAWA USUL NURLIYANA BINTI MAHAYUDDIN NAMA ANAK SOFEA BINTI MUHAMMAD ADAM AZAHARI KELAS 1 ZAMRUD USUL-USUL 1. Penyediaan makanan yang sesuai untuk kanak- kanak dan pemantauan berkala. 2. Tahap kebersihan dikawasan kantin juga tidak memuaskan. NAMA PEMBAWA USUL ZAIRUL HAZIZI BIN ZAKARIA NAMA ANAK MUHAMMAD ZHAREEF HAIQAL BIN ZAIRUL HAZIZI KELAS 3 JED USUL-USUL Menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap kualiti pengendalian dan makanan di kantin sekolah. Mohon tindakan tegas daripada pihak sekolah. NAMA PEMBAWA USUL AHMAD LOQMAN BIN AHMAD MAZUKI NAMA ANAK AHMAD SAFWAN BIN AHMAD LOQMAN KELAS 1 DELIMA USUL-USUL 1. Penjualan makanan/minuman yang lebih sesuai dan berkhasiat. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Pemantauan harga makan sentiasa dikawal selia oleh pihak sekolah berdasarkan perjanjian yang telah dibuat. 2. Pengurusan kantin sentiasa dipantau oleh pihak sekolah. Menu makanan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh KPM berdasarkan perjanjian dengan pihak sekolah. Pengurusan kantin juga perlu mematuhi etika kebersihan dalam penyediaan makanan kepada murid. Pemantauan berkala juga dilakukan oleh pihak KKM serta PPD. 3. Menu RMT dipantau oleh Jawatankuasa Kantin dan RMT. Laporan akan dibuat setiap hari tentang hidangan yang disediakan. 4. Pemantauan daripada pihak sekolah sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha kantin akur dan patuh kepada penyediaan menu sihat.


5. Pada 15/6/2023, pihak KKM telah melakukan pemantauan dan amaran secara bertulis telah dikeluarkan berkaitan kebersihan dan bahan-bahan jualan yang berkhasiat. Pihak sekolah akan terus memastikan teguran daripada KKM itu dipatuhi dan tindakan segera perlu diambil oleh pengusaha kantin. Jawatankuasa Kanti telah diberikan mandat untuk sentiasa memantau keadaan kantin. C. KATEGORI USUL : KOKURIKULUM USUL 18 NAMA PEMBAWA USUL MOHD RUSLI BIN HASSIM NAMA ANAK MUHAMMAD FATAH ISKANDAR BIN MOHD RUSLI KELAS 1 ZAMRUD USUL-USUL 1. Mencadangkan agar pihak sekolah dan PIBG menilai pretasi murid yang cemerlang dalam sukan dan berjaya mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi, diberi sijil penghargaan daripada PPD dan sumbangan kewangan kepada yang berjaya, agar menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang lain. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Jawatankuasa Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan telahpun diwujudkan untuk mengenal pasti murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum. Murid-murid yang cemerlang telah diikhtiraf dengan pemberian sijil, plak dan wang tunai mengikut peringkat pencapaian. Semua sumbangan tersebut daripada pihak PIBG. USUL 19 NAMA PEMBAWA USUL NOR AFIDAH BINTI ABDUL JAMIL NAMA ANAK MUHAMMAD WAFIQ FAHIMI BIN SUHAIMI KELAS 5 DELIMA USUL-USUL 2. Cadangan menukar warna baju PJ rasmi SKBTS kepada warna yang lebih cerah. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 2. Sebelum ini pihak sekolah mendapat banyak cadangan daripada ibu bapa agar baju PJK rasmi yang berwarna putih dan berkain kapas ditukar warna kerana warna putih cepat kotor. Warna terkini baju PJK adalah kelabu hitam ‘full sublimation’ kerana warna tersebut tidak mudah kotor dan bertindih dengan warna baju rumah sukan sekolah.


D. KATEGORI USUL : INFRASTRUKTUR USUL 20 NAMA PEMBAWA USUL SALINA BINTI ISMAIL NAMA ANAK NUR KHAIRINNISA BINTI KAMARUDIN KELAS 6 DELIMA USUL-USUL 1. Mencadangkan pihak sekolah membuat bumbung perjalanan antara pintu masuk ke sekolah sebelah kanan bagi murid sesi petang kerana cuaca sekarang tidak menentu. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Bumbung pejalan kaki boleh direalisasikan dengan kerjasama PIBG dan NGO. Pihak sekolah akan menyokong penuh sebarang usaha menaik taraf prasarana sekolah untuk kepentingan murid dan warga sekolah. Untuk makluman semua sebelum ini banyak permohonan telah dibuat namun tidak berjaya. USUL 21 NAMA PEMBAWA USUL MUHAMMAD FIRDAUS BIN AHMAD NAMA ANAK NUR FAIQAH AULIYA BINTI MUHAMAD FIRDAUS KELAS 1 KRISTAL USUL-USUL 1. Sediakan lebih banyak kipas di setiap kelas. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Pihak sekolah telah memohon kepada JPN namun telah ditolak atas faktor keselamatan (bekalan kuasa elektrik tidak mencukupi) USUL 22 NAMA PEMBAWA USUL ROSLISAM BIN ALI NAMA ANAK NUR ATIYYAH RAASYIDAH BINTI ROSLISAM KELAS 5 BERLIAN USUL-USUL 1. Masalah kerosakan tandas sekolah MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Permohonan telah dibuat kepada JPN kerana kos yang tinggi. Walau bagaimanapun, PIBG banyak membantu membaik pulih kerosakan kecil pada tandas dari semasa ke semasa.


USUL 23 NAMA PEMBAWA USUL NOR AFIDAH BINTI ABDUL JAMIL NAMA ANAK MUHAMMAD WAFIQ FAHIMI BIN SUHAIMI KELAS 5 DELIMA USUL-USUL 1. Memohon peluasan dan baik pulih segera wakaf menunggu pelajar di luar pagar sekolah yang terlalu uzur dan tidak selamat untuk menjadi tempat menunggu (kanopi bocor, bumbung rendah, simen berlubanglubang). MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Wakaf yang disediakan adalah sumbangan peribadi. Pihak sekolah akan baik pulih sekiranya ada peruntukan. Pihak sekolah mengalu-alukan sekiranya ada kepakaran dan sumbangan daripada ibu bapa. E. KATEGORI USUL : KESELAMATAN USUL 24 NAMA PEMBAWA USUL MUHAMAD FAIZAD BIN ABDULLAH NAMA ANAK ZARA AIRIS SOFIA KELAS 4 NILAM USUL-USUL 1. Mohon pihak sekolah meletakkan pengawal keselamatan untuk mengawal lalu lintas bagi murid yang melintas di lampu isyarat pejalan kaki ketika waktu masuk sekolah dan balik sekolah, terutama waktu pagi dan tengah hari. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Sekolah diperuntukkan 2 orang pengawal sahaja dan mereka ini bertugas di pintu pagar masuk. Pada waktu puncak, mereka khidmat mereka lebih diperlukan di kawasan sekolah. Pengawal keselamatan tidak mempunyai kuasa untuk mengawal lalu lintas di luar kawasan sekolah.


F. KATEGORI USUL : LAIN-LAIN USUL 25 NAMA PEMBAWA USUL SALME BINTI SENIK NAMA ANAK AYESHA SAKINA BINTI AZMIZI KELAS 3 JED USUL-USUL 1. Mencadangkan pihak PIBG memasang ‘smart TV’ di dewan SKBTS untuk aktiviti murid di dewan. Contohnya menonton rancangan atau video berkaitan pembelajaran pada waktu senggang sebelum masuk ke kelas pada waktu pagi dan tengah hari. MAKLUM BALAS PIHAK PENTADBIR SEKOLAH / PIBG 1. Cadangan akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG dan telah termasuk dalam agenda AJK PIBG Sesi 2022/2023. Dana masih belum mencukupi dan akan diusahakan nanti.


Click to View FlipBook Version