The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENDIDIKAN SENI MUZIK - ENSEMBEL TAGUNGGU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-65115354, 2021-06-23 16:59:23

BUKU SKRAP AQEEL ZAYYAD

PENDIDIKAN SENI MUZIK - ENSEMBEL TAGUNGGU

(1) PENGENALAN ENSEMBEL TAGUNGGU
(2) ALAT MUZIK ENSEMBEL TAGUNGGU
(3) KELUARGA ALAT MUZIK :

 EROFON
 MEMBRANOFON
 IDIOFON
 KORDOFON

(4) KESIMPULAN / PENUTUP

(1) PENGENALAN ENSEMBEL TAGUNGGU
• Ensembel bermaksud sekumpulan pemain muzik dan alat-alat muzik atau muzik
vokal.
• Tagunggu bermaksud muzik masyarakat kaum Bajau di Sabah.
Ensembel tagunggu terdiri daripada tiga alat muzik tradisional masyarakat di Sabah, iaitu

tambul, agung dan kulintangan. Biasanya, kaum lelaki akan memainkan tambul dan agung,
manakala kaum wanita akan memainkan kulintangan.

Alat muzik ini dimainkan sebagai muzik iringan untuk tarian igal-igal yang ditarikan
semasa menyambut perayaan Regatta Lepa. Tarian ini juga dikenali sebagai tarian “helang
laut’’. Muzik yang dimainkan mempengaruhi pergerakan penari yang akan menggambarkan
penceritaan yang berbeza-beza.
(2) ALAT MUZIK ENSEMBEL TAGUNGGU
Terdiri daripada tiga alat muzik tradisional iaitu agung, tambul dan kulintangan. la adalah
sejenis muzik tradisional. Tempo muzik ini agak pantas dan ‘catchy’. Muzik yang dimainkan
mempengaruhi pergerakan penari yang akan menggambarkan penceritaan yang berbeza-
beza.

(a) Agung

Agung diperbuat daripada tembaga
Dimainkan oleh kaum lelaki
Bunyi dihasilkan melalui pukulan

(B) Tambul

Tambul diperbuat daripada kulit haiwan (biasanya kulit kambing), tembaga
dan kayu.
Biasanya dimainkan oleh kaum lelaki.
Bunyi dihasilkan melalui pukulan.
(C) Kulintangan

Kulintangan terdiri daripada lapan atau Sembilan gong kecil (bonang) yang
mempunyai pic dan ton yang berbeza.
Biasanya dimainkan oleh kaum wanita.

Muzik iringan
Ensembel tangunggu adalah muzik iringan bagi tarian igal-igal yang ditarikan sempena

perayaan regata lepa di Semporna. Ia juga dikenali sebagai ‘Tarian Helang Laut’. Pakaian penari igal-
igal dikenali sebagai ‘Ala Bimbang’ dengan corak berwarna-warni. Manakala pemuzik pula biasanya
berwarna hitam, dihiasi manik-manik dan memakai tanjak. Selain daripada perayaan Regata Lepa
ensembel tagunggu juga dimainkan semasa majlis, pesta atau keramaian seperti majlis perasmian,
makan malam, kebudayaan dan lain-lain.

(3) KELUARGA ALAT MUZIK

Klasifikasi alat-alat muzik tradisional boleh diklasifikasikan kepada 4 keluarga iaitu :

i. Erofon
ii. Membranofon
iii. Idiofon
iv. Kordofon

(i) Erofon
• Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil melalui
peniupan ataupun hembusan angin.
• Contoh, serunai, pi/pi nai, selumprit, seruling, puling tanah, nafiri, tetuang
tanduk, serunai batang padi, salung,/saluang, bangsi, serunai daun kelapa,
dedaun, (erofon bebas) dan puput, taruli dan pensol (nose flute)

Seruling Serunai Sompoton

Tetuang tanduk Serunai batang padi Saluang

(ii) Membranofon

• Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada
bahan kulit yang diregangkan.

• Contohnya, kumpulan gendang ‘satu muka’ beduk, rebana besar, rebana ubi
rebana mangkuk, rebana kercing, rebana medan, rebana mek mulung, tar
rodat kompang, redap/rebana riba, rebana Jikley, gedombak, nakara, tabla,
bala, kemplinga dan rebana keras.

• Kumpulan gendang ‘dua muka’ terdiri daripada gendang ibu, gendang anak,
gendang terinai, gendang keling, geduk, maruas, jidur, dup dan gendang
gamelan.

(a) Kumpulan Gendang ‘Satu Muka’

Kompang Gedombak Beduk

Rebana ubi Tabla

(b) Kumpulan Gendang ‘Dua Muka’

Gendang Jidur Geduk

Maruas

(iii) Idiofon
• Jenis-jenis alat yang mana suaranya dapat dihasilkan secara spontan melalui
kaedah-kaedah seperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan
bentuk semula jadi sesebuah alat itu.
• Sifat alat berkenaan tidak memerlukan persediaan awal bagi maksud
penalaan untuk menghasilkan bunyi.
• Alat idiofon yang berkembang dalam budaya muzik masyarakat Melayu
tradisi jenis knobbed gong adalah seperti gong/tetawak anak dan ibu , gong
terinai, gong nobat, gong agung, gong suwukan, keromong/bonang, canang,
cak lempong, mong, kempul, kenong, kesi.
• Kumpulan slabed-tybe iaitu yang berbilah, yang diperbuat daripada
perunggu, kuningan, besi, kayu dan buluh. Contoh saron demung, saron
barung, saron penerus, slentem, gambang kayu, gambang buluh, gender,
kertuk kelapa/kerecek, kenilang, dan lain-lain.
• Kumpulan tubed-type iaitu yang berpipa ataupun tabung yang diperbuat
daripada buluh atau kayu. Contoh, angklung, kertuk buluh , kertuk kayu.
• Contoh-contoh idiofon :

(a) Knobbed gong

Alat muzik ini mempunyai ‘busut’ atau ‘tombol’.
Ia diperbuat daripada barang asas seperti
tembaga timah dan besi.

(b) Slabbed-type

Bentuk alat muzik adalah berbilah; yang
diperbuat daripada perunggu, kuningan, besi,
kayu dan buluh.

(c) Tubed-type

Bentuk alat muzik adalah ‘Berpipa’ atau ‘Tabung’ yang
diperbuat daripada buluh atau kayu.

(iv) Kordofon
• Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada
bahan ‘Tali’ yang direngangkan . Contoh alat seperti:
Gambus

Gitar

Rebab

Kecapi buluh

Sape

Sundatang

(4) KESIMPULAN / PENUTUP

Ensembel Tagunggu ialah satu kumpulan alat muzik tradisional yang dimainkan untuk mengiringi
tarian igal-igal semasa perayaan Regatta Lepa di Sabah oleh kaum Bajau. Alat-alat muzik tradisional
yang di gunakan adalah seperti Agung, Tambul dan Kulintangan. Alat-alat ini terdiri daripada
keluarga alat muzik seperti idiofon (Agung dan kulintangan) dan membranofon (Tambul).


Click to View FlipBook Version