INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN
(PPISMP) AMBILAN JUN 2022
SEMESTER 1
TUGASAN 2- E-PORTFOLIO
NAMA PELAJAR : NUR FATIN ALIA BINTI ALIAS
ANGKA GILIRAN
NO KAD PENGENALAN : 2022092310065
KUMPULAN/UNIT
KOD DAN NAMA KURSUS : 041119-03-0380
NAMA PENSYARAH : BM3
TARIKH HANTAR : BMM1074 SEJARAH PERKEMBAGAN
NO. TEL BAHASA MELAYU
: DR. MOHD FADZIL BIN
BAHARUDIN
: 17 SEPTEMBER 2022
: 012-4951911
Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :
Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 17 SEPTEMBER 2022
Bil. ISI KANDUNGAN HALAMAN
PENGHARGAAN KANDUNGAN i.
1
1.0 PENDAHULUAN
1-4
2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT
KRONOLOGI
2.1 SEBELUM MERDEKA
2.1.1 SISTEM EJAAN WILKINSON
2.1.2 SISTEM EJAAN ZA’BA
2.1.3 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA
2.1.4 SISTEM EJAAN KONGRES
2.2 SELEPAS MERDEKA
2.2.1 SISTEM EJAAN MELINDO
2.2.2 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM 5-6
MENYERAGAMKAN EJAAN RUMI
7-8
4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI 8
9
5.0 KESIMPULAN
6.0 RUJUKAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah , bersyukur ke atas hadrat IIahi dengan limpah
kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada saya untuk menyiapakan tugasan kerja khusus ini
dengan penuh jayanya. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini
kepada pensyarah bagi kod kursus “ BMMB1074 ‘’, Dr.Mohd Fadzil bin Baharudin di atas
bimbingan dan tunjuk ajar beliau untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.
Selain itu, saya juga mahu mengucapkan penghargaan Terima Kasih yang tidak terhingga
kepada kedua ibu bapa saya yang tersayang yang banyak memberi pemudahcara dan
kemudahan serta sokongan moral untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya,tidak dilupakan juga jutaan Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya
khususnya rakan-rakan sekelas saya kerana banyak memberi pendapat dan bantuan
sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Akhir Kalam , saya juga ingin mengucapkan ribuan Terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan kerja khusus ini. Insyallah, tugasan
kursus ini akan memberi banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman.
Terima Kasih.
i
1.0 PENDAHULUAN
Ejaan Bahasa Melayu mempunyai tradisinya tersendiri yang lebih lama daripada tulisan jawi
dan rumi iaitu ejaan kawi, ejaan batak, ejaan lampung dan ejaan rencong yang diguna pakai oleh
masyarakat di Kepulauan Nusantara sebelum kedatangan Islam. Bahasa melayu ini ditulis dalam
dua jenis sistem iaitu sistem tulisan jawi dan tulisan rumi. Tulisan ini lebih dikaji secara terperinci
kerana banyak melibatkan masyarakat pada hari ini. Menurut Amat Juhari Moan (1992), tulisan
rumi mula berada di alam Melayu selepas kedatangan orang Barat. Dengan adanya kronologi
sejarah perkembangan sistem ejaan rumi ini dapat meningkatkan kefahaman kita tentang
perubahan yang berlaku dalam sistem tulisan bahasa Melayu.
2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT KRONOLOGI
2.1 SEBELUM MERDEKA
Permulaan perkembangan sistem ejaan rumi bermula pada abad ke-16 dengan merujuk kepada
tulisan asing dengan huruf Latin, Itali dan Belanda. Perkembangan sistem ejaan rumi ini bermula
apabila Morco Polo iaitu seorang penggembara dari Itali tinggal di sumatera selama 5 bulan
dalam tahun antara 1292 hingga 1293. Dalam perjalanan pulang ke negara asal mereka setelah
melawat China bersama paderi-paderi dan para pedagang Itali yang lain,mereka dikatakan telah
mula bertapak di kawasan tanah melayu. Mereka juga dikatakan telah Berjaya menawan kota
melaka. Hal ini telah menjadi pemangkin semangat kepada kuasa-kuasa Eropah lain terutamanya
Sepanyol untuk menguasai kepulauan melayu. Oleh hal yang demikian, kuasa Portugis mula
merosot dengan kedatangan Sepanyol, Belanda dan Inggeris.
Pada tahun 1519M, orang Sepanyol datang ke kepulauan melayu dengan diketuai oleh
Ferdinand Megallen bersama 5 buah kapal dari Seville. Kedatangan Magellan menjadi titik tolak
bermulanya sistem ejaan rumi apabila seorang ahli yang turut serta dalam pelayaran iaitu Antonio
Pigafetta telah membuat cacatan pelayaran. Melihat potensi yang ada pada bahasa Melayu, para
sarjana barat berusaha Menyusun perkataan-perkataan Melayu dalam bentuk yang lebih
praktikal. Perkataan Melayu yang mula dicatat oleh Pigafetta mengandungi lebih kurang 426
perkataan dengan beberapa perkataan tempatan yang lain. Dalam catatannya telah memuatkan
beberapa kosa kata bahasa seperti suku bangsa di Brazil,Bahasa ‘Petagonian dan suku bangsa
di kepulauan Filipina.Perkataan-perkataan ini dikumpul oleh Hendrick, seorang Melayu
Sumatera. Ejaan rumi ini juga mengandungi abjad-abjad yang dapat dipadankan dengan abjad
Rumi bahasa Melayu moden dari segi grafem dan nilai bunyinya.
1
Rajah 2.1 Buku The First Voyage Round The World by Magellan
2.1.1 SISTEM EJAAN WILKINSON (1904)
Seterusnya, jawatankuasa yang bertujuan menghasilkan satu sistem ejaan yang seragam
ditubuhkan pada tahun 1904 yang diketuai oleh R.J Wilkinson. Jawatankuasa ini telah
menghasilkan Ejaan Wilkinson. Mereka menjalankan kajian terhadap tatabahasa Melayu.
Wikinson telah mengambil alternatif iaitu dengan merumikan bunyi-bunyi sebutan kepada Melayu
melalui pendekatan transliterasi daripada jawi kepada rumi ( Luqman,2015). Ejaan Wilkinson
digunakan secara rasmi di semua sekolah umum di Tanah Melayu. Kemudian, usaha untuk
menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat dipelopori oleh Pakatan Belajar-
Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) yang ditubuhkan pada 1888 di Johor dan diteruskan
oleh Maktab Perguruan Perempuan Melaka. Usaha ini diperkembangkan lagi dengan penubuhan
Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjong Malim pada tahun 1922. Maktab ini berperanan penting
dalam perkembangan sistem ejaan rumi bahasa Melayu.
2
2.1.2 SISTEM EJAAN ZA’BA (1924)
Maktab Perguruan Sultan Idris telah meneruskan usaha dalam memantapkan lagi sistem
ejaan baru yang dipanggil sebagai sistem ejaan Za’ba.Sistem ini berperanan sebagai “ ejaan
sekolah” iaitu ejaan rasmi kebangaan iaitu sistem ejaan rasmi pada waktu itu. Sistem ini telah
digunakan di negara ini sehinggalah ejaan baru yang diisytiharkan pada tahun 1972. Sistem
Ejaan ini diperjelaskan lagi dan diguna pakai oleh Zainal Abidin bin Ahmad atau dikenali sebagai
Za’ba yang merupakan tokoh bahasa Melayu yang terkenal dalam buku “Pedoman Bahasa
Melayu”. Namun demikian, terdapat pengaruh huruf Arab dan Rumi menyebakan sistem ejaan
ini tidak saintifik dan mengandungi kelemahan.
2.1.3 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA (1942)
Setelah Jepun menakluki Semenanjung Tanah Melayu dalam perang dunia kedua,terdapat
penggunaan sistem Fajar Asia digunakan sekitar tahun 1942 hingga tahun 1945 dalam
propaganda Jepun dalam bahasa Melayu melalui akhbar yang dianggap lebih baik daripada
sistem ejaan Za’ba. Ejaan ini telah digunakan dalam majalah Fajar Asia yang diterbitkan di
Singapura. Sistem ejaan ini dikenali sebagai “ Ejaan Bebas” kerana ejaan ini digunakan secara
meluas dalam urusan bukan rasmi seperti penerbitan akhbar,majalah dan buku.
2.1.4 SISTEM EJAAN KONGRES (1956)
Pada tahun 1956, sistem ejaan rumi telah dibincangkan dalam kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu yang ketiga. Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah dibuat. Berdasarkan
kongres ini, terdapat empat dasar yang dirumuskan iaitu ejaan di Malaya dan di Indonesia
hendaklah disamakan dan disatukan Dalam pada itu, sistem ejaan kongres menetapkan agar
peraturan ejaan yang ingin dilakukan haruslah peraturan yang mudah. Ejaan ini dianggap sebagai
percubaan untuk menyatukan ejaan bahasa Melayu dengan ejaan bahasa Indonesia tetapi tidak
dilaksana disebabkan sifatnya yang idealistik dari segi linguistik sehingga menjadikannya sukar
untuk diamalkan.
3
2.2 SELEPAS MERDEKA
2.2.1 SISTEM EJAAN MELINDO (!959)
Pada 17 April 1959 tercapailah suatu perjanjian persahabatan antara Tanah Melayu dengan
Indonesia. Hasil perjanjian ini maka terhasil Ejaan Melindo. Ejaan ini dihasilkan daripada
pertemuan antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh
Tuan Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Perlaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa
Indonesia yang dipimpin oleh Dr.Slametmuljana di Jakarta pada 7 Disember 1959. Namun
demikian, ejaan ini tidak dilaksanakan kerana dikatakan tidak praktikal.
2.2.2 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MALAYSIA (1972)
Dengan itu,Perundingan kali kedua diadakan dan telah mencapai persetujuan mengadakan
satu sistem ejaan bersama antara Malaysia dan Indonesia. Ejaan baharu diputuskan itu haruslah
sesuai digunakan di kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia. Sistem ejaan baharu bahasa
Melayu itu telah disempurnakan pada 16 Ogos 1972 secara serentak di Kuala Lumpur olah Tun
Abdul Razak dan di Jakarta oleh Presiden Soeharto. Walaupun sistem ini digunakan secara rasmi
di kedua-dua negara namun masih terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan.
Masalah-masalah ini dibincangkan dan diselesaikan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia.
Lima persidangan telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam persidangan
kelima,Majlis ini telah bersetuju untuk mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap
dan menerbitkan versi yang sesuai dengan negara masing-masing yang diadakan di Johor Bharu
pada 2 hingga 4 Disember 1974. Maka, Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia untuk kegunaan
umum diterbitkan pada 5 Disember 1974 dan wujudlah sistem ejaan baharu Bahasa Malaysia-
Indonesia seperti yang digunakan pada hari ini.
4
3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN EJAAN
RUMI
Rajah 3.0 Logo Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan secara rasminya di Johor Bharu pada 22
Jun 1956. Organisasi ini merupakan organisasi terbesar di Malaysia yang berperanan untuk
mencetakkan dan menerbitkan buku-buku dan risalah-risalah,kamus-kamus dan pelbagai bahan-
bahan ilmiah seperti buku-buku teks dan rujukan para pelajar ( Shamsul,2020).
Antara peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan ejaan rumi ialah
menyebarkan dan memperkaya istilah-istilah bahasa Melayu dalam menetapkan ejaan rumi yang
betul dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi dalam kalangan para pelajar sama ada
pada peringkat rendah dan pengajian tinggi. Seperti mana yang diketahui umum bahawa dalam
bidang sains dan teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang
digunakan untuk menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam
bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak DBP telah berusaha memperkayakan bahasa
Melayu supaya lebih banyak perkataan yang menggunakan ejaan bahasa Melayu dihasilkan
dalam bidang sains dan teknologi ini. Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) ditubuhkan oleh DBP
dengab Kerjasama institusi-institusi pengajian tinggi awam untuk menyebar luas istilah bahasa
Melayu ini dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu ,pendekatan yang diambil ini dapat
membiasakan penggunaannya ejaan bahasa Melayu dan bekembang dengan lebih cepat dalam
kalangan pelajar seluruh Malaysia.
5
Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga memajukan bakat kesusasteraan para remaja di
Malaysia dengan mengiatkan program dari semasa ke semasa iaitu Minggu Penulis Remaja
dengan tujuan melahirkan dan memupuk penulis muda. Objektif program ini untuk melahirkan
pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam usaha memperkasakan bahasa ilmu
kesusasteraan ini, DBP turut menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan
sasterawan-sasterawan yang bijak dalam penulisan bahasa Melayu menceburi bidang
ini.Tegasnya,Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini memainkan peranan penting dalam
menyeragamkan ejaan rumi dengan memperkasakan bahasa kesusasteraan sehingga ia diiktiraf
sebagai Badan berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun 1959.
Selanjutnyai , pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga mencetak dan menerbitkan buku-
buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta pelbagai bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan
sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Menurut Dato’ Dr. Sulaiman Hj. Daud
(1990) bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan lebih
kurang 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Dengan adanya percetakan buku ini dapat
membantu semua penutur bahasa Melayu untuk membuat rujukan yang yang tepat tanpa
kekeliruan dalam bahasa Melayu.Ini menunjukkan peranan yang dimainkan oleh DBP sangat
penting dan memberi impak ynag baik dalam membantu kita untuk merujuk cara ejaan rumi yang
betul. DBP juga bergiat aktif dalam penerbitan buku bahasa melayu mahupun dalam bahasa
Inggeris. Ini membuktikan bahawa DBP bertindak sebagai medium penterjemahan karya-karya
asing.
Akhir sekali, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan Pedoman Umum
Pembentukan Istilah (PUPI) pada tahun 1975. Ini merupakan hasil usaha Majlis Bahasa
Indonesia-Malaysia (MBIM) selama 3 tahun. Hal ini bertujuan untuk membantu pembentukan
istilah bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia. Pihaknya juga telah mengeluarkan buku
Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang mengandungi sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.
Kesimpulannya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) banyak memberi sumbangan dalam
menyeragamkan ejaan rumi dengan menghasilkan banyak sumber rujukan yang disediakan bagi
membantu kita menulis menggunakan ejaan bahasa Melayu yang betul. Dengan itu, generasi
akan datang dapat menggunakan ejaan yang betul dan tepat.Oleh itu, kita dapat memartabatkan
ejaan bahasa Melayu dan agar tidak lupus ditelan zaman.
6
4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI
Dalam meniti arus kemodenan, sistem ejaan rumi ini kerap digunakan dalam semua bidang di
negara kita.Kita juga dapat melihat dalam sistem pendidikan juga banyak menggunakan sistem
ejaan rumi. Namun demikian , masih terdapat ramai masyarakat yang hanya mengenal ejaan
rumi tetapi tidak dapat menulis sesuatu kata dengan betul terutamnya dalam kalangan golongan
muda zaman ini. Oleh itu, pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh sistem ejaan rumi untuk terus
berdiri kukuh. Persoalannya, apakah cabaran sistem ejaan rumi pada masa kini ?
Antara cabaran sistem ejaan rumi ialah masyarakat tidak mementingkan penggunaan bahasa
dengan betul . Apabila sistem ejaan rumi ini tidak diperkukuh menyebabkan berlakunya
kekeliruan dalam cara mengeja kepada generasi akan datang. Contohnya, masyarakat lebih
gemar menggunakan ejaan yang disingkatkan dalam berkomunikasi di media sosial untuk
mempercepatkan penghantaran mesej. Antara ejaan singkatan yang digunakan ialah yg iaitu
yang. Dalam pada masa yang sama, bahasa kita akan tercemar dan generasi akan datang akan
mengikut trend yang ada pada masa sekarang.
Selain itu, cabaran sistem ejaan rumi termasuklah oleh sebab kurangnya penglibatan yang aktif
oleh para sarjaana dan pakar bahasa dalam mengkritik dan menilai sistem ejaan rumi ini. Hal ini
demikian kerana dengan Kritikan-kritikan dan buah idea dari para sarjana ini mampu menambah
baik dan memantapkan sistem ejaan rumi yang sedia ada di negara ini. Dengan itu, sistem ejaan
rumi ini dapat dipertahankan tanpa dicemari oleh mana-mana bahasa asing.
Seterusnya,, kurangnya penghayatan dalam diri masyarakat tentang sistem ejaan rumi.Hal ini
disebabkan oleh kurangnya minat untuk mempelajari dan mempraktikkan.sistem ejaan rumi lebih
kerap dalam kehidupan seharian masyarakat.Sehubungan dengan itu,hal ini menjadi cabaran
paling hebat yang perlu diatasi kerana pemupukan minat dalam kalangan masyarakat amat sukar
untuk diterapkan.Justeru,penyeragaman dalam sistem ejaan rumi tidak dapat dilaksanakan
dengan berkesan kerana masih terdapat faktor yang merencatkan perkembangan sistem ini.
7
Akhir sekali, masyarakat sering terpengaruh dengan bahasa dialek sehingga terbawa-bawa
dalam penulisan yang merupakan suatu cabaran bagi sistem ejaan rumi. Hal ini demikian
kerana, bahasa dialek ini sudah sebati dalam diri masyarakat kerana merupakan bahasa utama
yang digunakan sejak kecil lagi. Contohnya, perkataan bukan ditulis menjadi ‘buke’. Ini telah
melanggar etika tatabahasa kerana menulis bahasa rumi dengan cara yang salah. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa cabaran sistem ejaan rumi ialah penggunaan bahasa dialek dalam
penulisan.
Rajah 4.0 Jawapan murid dalam peperiksaan
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Sistem ejaan rumi ini bukan sahaja membantu kita dalam membuat
penulisan,malahan iaiya juga merupakan lambang kepada bahasa Melayu.Oleh hal yang
demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah memainkan peranan yang sangat penting
dalam memartabatkan dan menyeragamkan ejaan rumi di negara kita. Bukan itu sahaja, kita
sebagai rakyat Malaysia juga perlu mencintai ejaan rumi dengan menggunakan ejaan rumi yang
betul supaya tidak berlaku sebarang pencemaran terhadapnya. Dalam pada itu juga, guru-guru
perlulah mengajarkan anak-anak murid ejaan rumi yang betul kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Oleh itu, sistem ejaan rumi ini akan terpelihara dan tidak lekang dek panas tak lapuk
dek hujan apabila rakyat mengambil cakna mengenai ejaan rumi.
8
6.0 RUJUKAN
Abdul Hamid (1993), Sejarah Sistem Ejaan Bahasa Melayu, Masa Enterprise Kajang, Ejaan
Bahasa Melayu Terkini, Percetakan Jiwabaru Sdn.Bhd.
Asmah Haji Omar.(2008), Tulisan dan Ejaan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur,
Eksiklopedia Bahasa Melayu, Dawama Sdn.Bhd.
Adenan Ayob. (2009), Peranan dan Fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka, Oxfard Fajar Sdn.bhd.
(008974-T), Bahasa kebangsaan, Laser Press Sdn. Bhd.
Luqman Hakeem Rusdi. (2015), Metadologi perumian dan pentahqiqan kitab-kitab klasik,
Kajian terhadap kitab tafsir Nur Al-Ihsan,Jurnal Pengajian Islam, akademi Islam Kuis,
p 165-190.
Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dolla & Zurihan Yusoff.(2020), Pengenalan Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu, Global Mediastreet Sdn.Bhd.
Amat Juhari Moian.(1992), Perkembangan Penggunaan Tulisan dalan Bahasa Melayu,
Jurnal Bahasa, November 1992 hlm. 1060-1967.
Khairuddin Mohamad,Ghazali Ismail & Mastura (2015), Sistem perkembangan Sistem Ejaan
Rumi
Bahasa Melayu ,Sasbadi Sdn.Bhd.,Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, dipetik dari
https://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/modul-bmm3112-topik-7-iankaka.pdf
Muhammad Al Afzan. (2018), Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan
Bahasa Melayu dipetik dari
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-pustaka.html
9
10