MODUL PDPR MORFOLOGI &
SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM
SPM 2021
KERTAS 2 – 1103/2 ( MORFOLOGI & SINTAKSIS )
SEPTEMBER 1, 2021
SUSUNAN OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR
MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH (MTSTM)
0
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
Standard Pembelajaran
5.1.2 Mengaplikasi pelbagai kata terbitan dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks.
KATA TERBITAN
Kata terbitan ialah perkataan yang mengalami proses pengimbuhan pada kata dasar sama ada pada bahagian awalan,
sisipan, akhiran atau apitan.
Awalan Sisipan Akhiran Apitan
Kata nama Kata nama
Kata nama kelopak, telapak, gelanggang, buangan, seniman, Kata nama
pelakon, pengebom, pelajar, cerucuk, gerigi, seruling, sasterawan, olahragawati, peperiksaan, pengiriman,
ketua, sekampung juruwang, kemuning, kemuncup patriotisme, cerpenis pembangunan, pendapatan,
ekabahasa, dwifungsi, Kata kerja Kata kerja perbuatan, keberanian,
mahasiswa, prasejarah, jelajah, gelegak, kelupas, laksanakan, padamkan, keselesaan
swafoto, antipenjajah,
subtajuk, multinasional sinambung baiki, hargai Kata kerja
meletakkan, menembusi,
Kata kerja
memancing, mengecat, memperdagangkan,
disarankan, disertai,
dijahit, diperlebar, diperalatkan, bergandingan,
berumah, berlari, belajar
beralaskan
Kata adjektif Kata adjektif
tertinggi, terbesar, selerak, gemerlap, gemilang, Kata adjektif
secantik, sedalam kemelayuan, kecinaan,
gemuruh, semerbak
kemerah-merahan
1 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
PENGGANDAAN KATA TERBITAN
Kata terbitan boleh mengalami penggandaan. Antara contoh kata terbitan yang mengalamiproses
penggandaan seperti berikut :
buah-buahan tertanya-tanya menggeleng-geleng
pemburu-pemburu dicari-cari bersahut-sahutan
bantu-membantu
kecil-kecilan bercalar-balar bertolak-tolakkan
setinggi-tinggi melambat-lambatkan kasih-mengasihi
tali-temali keanak-anakan
(a) Pihak berkuasa telah berjaya menumpaskan sindiket pembalakkan haram di kawasan itu. [X]
Pihak berkuasa telah berjaya menumpaskan sindiket pembalakan haram di kawasan itu. [/]
(b) Kebijaksanaan Ah Meng dalam matematik sepandai dengan ayahnya. [X]
Kebijaksanaan Ah Meng dalam matematik sepandai / sama pandai dengan ayahnya. [/]
(c) Ibu menghantar adik ke pra-sekolah untuk membiasakan dirinya dengan orang lain. [X]
Ibu menghantar adik ke prasekolah untuk membiasakan dirinya dengan orang lain. [/]
(d) Remaja yang berlumba di jalan raya itu saling potong-memotong. [X]
Remaja yang berlumba di jalan raya itu saling memotong / potong-memotong. [/]
(e) Sejak menggunakan jentera, petani itu memperolehi keuntungan yang besar. [X]
Sejak menggunakan jentera, petani itu memperoleh keuntungan yang besar. [/]
(f) Beberapa orang pekerja sedang memperlebarkan jalan di pekan itu. [X]
Beberapa orang pekerja sedang memperlebar / melebarkan jalan di pekan itu. [/]
2 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
Latihan 1
Lengkapkan tempat kosong dengan memberikan imbuhan yang sesuai pada perkataan dalam kurungan.
Pada masa ini, tenaga nuklear [sumbang] menyumbang kepada 17 peratus
[bekal] (1) kuasa dunia. Amerika Syarikat ialah
pengeluar [besar] (2) _ tenaga nuklear sementara
Perancis menjanakan 78 peratus tenaga elektrik daripada reaktor nuklear ,
bukan sahaja untuk [guna] (3) _ domestik tetapi
dieksport ke negara jiran. Tenaga nuklear menjanakan elektrik daripada
proses [belah] (4) nukleus dalam reaktor yang
[hasil] (5)_ tenaga haba. Haba menukarkan air
kepada bentuk wap dan [salur] (6) ke turbin
untuk menjanakan elektrik.
Tenaga nuklear juga dikategorikan sebagai tenaga hijau kerana membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit
[panjang] (7) masa hidupnya. Selain itu, pembinaan stesen jana kuasa nuklear tidak memerlukan
kawasan luas [banding] (8) _ dengan jana kuasa solar atau angin. Lokasi yang sesuai adalah di tempat
yang mempunyai permintaan tenaga elektrik tinggi, selamat, [hampir] (9) dengan sumber air
untuk penyejukan dan bebas daripada jaluran risiko gempa bumi seperti di Kedah, di Pahang dan di Terengganu. Selari
Rancangan Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) 2.0 (2019-2025) untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh
[baharu] (10) _ kepada 20 peratus, tiada masalah dari segi undang-undang untuk Malaysia
membangunkan loji nuklear sendiri.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Teroka potensi besar nuklear jana tenaga diperbaharui’
oleh Mohd Khoushaini Mohd Naim,
Berita Harian Online, 20 Ogos 2020
Latihan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan dua kata kerja terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina
satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasaatau nama khas.
Tenaga solar digunakan bagi membekalkan tenaga elektrik ke pedalaman dan tenaga air dari Tasik Kenyir misalnya
antara penyumbang terbesar tenaga di negara kita. Bagi organisasi yang mempunyai kawasan lapangan, projek
tenaga solar mampu menjanakan pendapatan dalam tempoh lima tahun sekurang-kurangnya. Tenaga solar mungkin
menurunkan permintaan tenaga elektrik, sekali gus memberikan keseimbangan ekonomi negara pada masa
hadapan.
Dipetik dan diubah suai
daripada‘Tenaga mesra alam lestarikan
kehijauan bumi’oleh Prof Madya Dr
Saunah[8Zamianrokanh,]
Dua kata nama terbitan Dua kata kerja terbitan Berita Harian Online, 31 Ogos 2020
1. 1.
2. 2.
1. _ _ _
2. _ _ _
3. _ _ _
4. _ _ _
3 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK
Standard Pembelajaran
5.1.1 Mengaplikasi bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks.
Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk
imbuhan atau kata dasar yang lain. Terdapat dua jenis kata tunggal, iaitu unit bebas dan dapat berdiri sendiri seperti lelaki,
Johor, bijak dan tinggal. Manakala jenis kedua pula ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-
kurangnya satu unit bebas untuk melengkapkan fungsinya, antaranya seorang lelaki, ke Johor, sangat bijak dan akan tinggal.
Kata akronim seperti Mara, JAKIM, pawagam dan jentolak juga termasuk dalam kata tunggal.
Kata nama tunggal Kata kerja tunggal Kata adjektif tunggal Kata tugas
1. Cikgu Siti guru di tabika 1. Selepas mandi, adik tidur 1. Udara di bukit itu segar 1. Dari pagi hingga petang,
itu. di dalam bilik. dan suasananya tenang. petani itu membajak
sawah.
2. Kami menonton filem di 2. Saya mohon kalian tidur 2. Lelaki berbaju merah itu
pawagam kelmarin. kerana esok perlu bangun amat sombong. 2. Kita perlu berusaha
awal pagi. untuk berjaya.
3. Cerpen itu mengisahkan 3. Saya amat rindu akan
perjuangan tokoh 3. Pinggan itu perlu kamu masakan ibu yang amat 3. Para pekerja itu sangat
menuntut kemerdekaan. bawa dan susun di dapur. lazat. marah kerana ditipu.
Kata majmuk ialah bentuk kata yang mengalami perangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata
nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Terdapat tiga jenis kata majmuk, iaitu rangkai kata bebas,
istilah khusus dalam bidang ilmiah dan maksud kiasan.
Rangkai kata bebas Istilah khusus Maksud kiasan
1. Tengah hari tadi, 1. Sekiranya deria rasa 1. Nurfaeeza disayangi
penduduk berkumpul di kurang, anda digalakkan kerana ringan tulang
balai raya. mendapatkan rawatan. dan baik hati.
2. Adik mengulang kaji 2. Cikgu Anne menyuruh 2. Anak angkat pasangan
mata pelajaran Sejarah muridnya memplotkan itu sentiasa menjaga air
dengan menggunakan graf garis lurus. muka ibu bapanya.
buku hijau daun itu.
3. Masjid Putrajaya 3. Kerana pekerjanya
3. Kami akan menemu ramah mempunyai reka sering menerima tumbuk
tokoh itu tentang bentuk dan seni ukir rusuk, syarikat itu
kerjasama negara. yang menarik. akhirnya gulung tikar.
4 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang dieja secara rapat walaupun perkataan itu ternyata mengandungi dua katadasar.
Terdapat 15 kata majmuk mantap, iaitu :
antarabangsa jawatankuasa matahari setiausaha tandatangan
beritahu kakitangan olahraga sukarela tanggungjawab
kerjasama pesuruhjaya warganegara
bumiputera suruhanjaya
Mengeja Kata Majmuk
Tahukah anda bahawa kata majmuk selalu dieja secara salah? Lihat contoh di bawah:
Salah Betul
(a) bekerja sama bekerjasama
(b) ditemuramah ditemu ramah
(c) penguat kuasaan penguatkuasaan
Menggandakan Kata Majmuk
Tahukah anda bahawa kata majmuk selalu digandakan secara salah? Lihat contoh di bawah:
Salah Betul
(a) warga-warganegara warganegara-warganegara
(b) bandar raya-bandar raya bandar-bandar raya
(c) kertas kerja-kerja kertas-kertas kerja
LATIHAN 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama tunggal dan dua kata nama majmuk. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.
[8 markah]
Kerap kali Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa COVID-19 tidak
mengenalbangsa atau usia. Ada segelintir masyarakat di negara ini masih gagal mengambil pengajaran daripada
kejadian yang berlaku.Golongan ini mengambil ringan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Hakikatnya,
tiga pihak, iaitu rakyat, kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlulah menjalinkan kerjasama dan
memainkan peranan masing-masing dalam memerangi penularan penyakit berjangkit ini.
Dipetik dan diubah suai
daripada‘Kerjasama rakyat, kerajaan, KKM ramuan
perangi COVID-19’
oleh Dr Haliza Abdul Rahman,
Berita Harian Online, 1 Jun 2021
Dua kata nama tunggal Dua kata nama majmuk _ _
1. 1.
2. 2.
1. _
5 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021 _
_
2. _ _ _
3. _ _
4. _ _
LATIHAN 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Sejak meletusnya pandemik COVID-19, cecair pensanitasi tangan atau hand sanitizer dan pelitup muka menjadi
antara barangan paling laris di pasaran sehingga ada yang menjualnya dengan harga yang tidak masuk akal. Malah,
jika berkunjung ke farmasi, pasar raya atau kedai serbaneka untuk mendapatkannya, pastinya para pengunjung
akan terkilan kerana kehabisan stok. Ada orang yang membelinya tetapi menyimpan di dalam kereta atau beg
tangan seolah-olah tidak mengambilberat dengan penularan wabak yang berbahaya ini.
Dipetik dan diubah suai
daripada‘Sanitasi tangan semakin
diabaikan?’
oleh BERNAMA,
Sinar Harian, 26[6Mmeia2r0k2a0h]
Tiga kata majmuk
1.
2.
3.
1. _ _ _
2. _ _ _
3. _ _ _
6 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK
Standard Pembelajaran
5.1.1 Mengaplikasi bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks.
KATA TUNGGAL
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak mengalami proses pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan.
Unit yang bebas Unit yang tidak dapat berdiri sendiri
dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk
(a) Lelaki! melengkapkan fungsinya
(b) Itu?
(c) Makan! (a) Ayah mengambil dua biji pil darah tinggi setiap pagi.
(d) Cantik. (b) Hutan yang masih menghijau perlu dijaga.
(c) Bungkusan itu daripada Masrina kepada Nina.
(d) Buah mangga itu sangat manis walaupun kulitnya hijau.
Secara ringkasnya, kata tunggal boleh terdiri daripada semua golongan kata:
Golongan Kata Contoh Kata Tunggal
(a) Kata nama aku, ibu, menteri, siapa, hutan, kelawar, budaya, bom, cat, universiti
(b) Kata kerja
(c) Kata adjektif lap, tidur, mandi, mohon, minta, pandu, ubah
(d) Kata tugas harum, biru, mulia, sempurna, bijaksana
pelbagai, para, belum, harus, paling, sekali, di, ke, kerana, supaya, ialah
KATA MAJMUK
Kata majmuk ialah perkataan yang terhasil apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan atau digabungkan. Perkataan
yang terbentuk membawa makna yang berbeza daripada perkataan asal.
Rangkaian kata bebas Istilah khusus Maksud kiasan
gabungan dua atau lebih kata dasar digunakan dalam bidang tertentu, terdiri daripada simpulan bahasa
untuk membentuk makna tertentu misalnya sains, matematik dan sukan
(a) Guru itu berasa panas hati melihati
(a) Kapal terbang yang dinaiki abang (a) Guru matematik itu menyuruh tulisan anak muridnya yang cakar
dari bandar raya Tokyo akan tiba anak muridnya menyatakan nilai ayam.
pada tengah hari nanti. sudut tegak bagi segi tiga itu.
(b) Ketika makan angin, kami akan
(b) Wanita muda yang berdiri di tepi (b) Seni bina Taj Mahal dikagumi membeli cenderamata untuk
jalan raya itu berkulit kuning kerana mempunyai reka bentuk dijadikan buah tangan.
langsat. yang menarik.
(c) Artis yang menjadi anak emas
(c) Majlis pelancaran jam tangan (c) Kejadian gempa bumi yang amat negara itu mendendangkan lagu
terbaharu jenama itu akan kuat di China telah runtuhan batu sebagai halwa telinga pendengar.
dirasmikan oleh Perdana Menteri. kapur yang meranapkan rumah.
KATA MAJMUK MANTAP
Terdapat 15 kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu
perkataan yang utuh walaupun bentuk perkataan itu mengandungi dua kata dasar.
(1) antarabangsa (6) kerjasama (11) sukarela
(2) beritahu (7) olahraga (12) suruhanjaya
(3) bumiputera (8) matahari (13) tandatangan
(4) jawatankuasa (9) pesuruhjaya (14) tanggungjawab
7 susu(5n)ankaoklietahn:gCainkgu Zaiton Bint(i1M0)oshetaimauasdahNaoor/ sumber:(1C5ik)gwuarRgoasnleagnarDaaud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
Latihan 5
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama tunggal dan dua kata nama majmuk. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
Sejak COVID-19 menjadi isu antarabangsa, orang ramai beratur ialah perkara biasa yang boleh dilihat di mana-mana,
baik di pasar raya, di bank mahupun di gerai-gerai makanan di tepi jalan raya. Jangan terkejut jika sejak akhir-akhir
ini semakinramai orang dilihat beratur di kedai emas. Selain faktor penurunan harga emas, kemudahan pelbagai
bantuan dana daripadakerajaan merancakkan hasrat orang ramai membuat pelaburan bagi membeli emas. Tidak
kira wanita atau lelaki, warga emasatau golongan muda menunggu giliran untuk mendapatkan barang kemas demi
pelaburan.
Dipetik dan diubah suai
daripada‘Masa terbaik buat
pelaburan emas’
oleh Arnet Syem[8a Amnarukaa,h]
Dua kata nama tunggal Dua kata nama majmuk Sinar Harian, 5 Mac 2021
1. 1.
2. 2.
1. _ _ _
2. _ _ _
3. _ _ _
4. _ _ _
Latihan 6
Baca dialog di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Seorang suri rumah kerugian lebih RM5,000 selepas terpedaya dengan promosi pelaburan saham melalui laman
sosial Instagram kelmarin. Mangsa turut dijanjikan hadiah percuma berupa telefon pintar Iphone selain peluang
keuntungan lebihtinggi secara berperingkat hasil pelaburan itu. Walau bagaimanapun, ‘pelaburan’ wanita yang
gelap mata itu lesap sebanyak RM5,289 tetapi keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar. Mangsa membuat bayaran
pelaburan melalui transaksi perbankanInternet ke akaun bank yang diberikan suspek pada 6 Julai lalu. Mangsa
membuat laporan di Balai Polis Maran, kelmarin.
Dipetik dan diubah suai
daripada‘Untung tak dapat,
‘pelaburan’ lesap’
oleh Mohd Rafi[M8 mamarakta,h]
Tiga kata majmuk Berita Harian Online, 12 Julai 2020
1.
2.
3.
1. _ _ _
2. _ _ _
3. _ _ _
8 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
RAGAM AYAT [AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF]
Standard Pembelajaran
5.3.4 Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks.
Ayat aktifialah ayat yang yang mengutamakan subjekasal sebagai ayat judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya:
(a) Saya masih mengulang kajipelajaranwalaupun hari telah larut malam.
(b) Kami belum menghadapipeperiksaanakhir tahun.
(c) Anda perlulah menelitimaklumat pembungkusan sebelum membelinya.
(d) Banjir telah menenggelamkanbeberapa kawasan rendah di kampung kami.
(e) Dua ekor anjing mengejar budak yang bermain-main di jalan itu.
(f) Lori melanggarpembahagi jalan itusehingga rebah.
Ayat pasifialah ayat yang mengutamakan objekasal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya:
(a) Pelajaranmasih saya ulang kajiwalaupun hari telah larut malam.
(b) Peperiksaan akhir tahunbelum kamihadapi.
(c) Maklumat pembungkusanperlulah andatelitisebelum membelinya.
(d) Beberapa kawasan rendah di kampung kamitelah ditenggelamkan oleh banjir.
(e) Budak yang bermain-main di jalan itukena kejar olehdua ekor anjing.
(f) Pembahagi jalan ituterlanggar olehlori sehingga rebah.
LANGKAH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF
1. Kenal pasti unsur subjek [S], kata bantu [KB], kata kerja [KK], objek [O] dan keterangan [Ket].
2. Tentukan subjek sama ada kata ganti nama diri pertama, kedua atau ketiga.
3. Gunakan rumus yang sesuai untuk menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
4. Kata kerja berimbuhan meN-... , meN-...-i dan meN-...-kan mestilah digugurkan imbuhan awalan.
Rumus Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua
Objek Kata bantu Subjek Kata kerja Keterangan
[buang imbuhan Keterangan
awalan]
Rumus Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Objek Kata bantu Kata kerja Subjek
[di-... + oleh]
Contoh Ayat
Ayah menghadiahi adik sebuah basikal kerana kejayaannya dalam peperiksaan.
Subjek Kata bantu Kata kerja Objek Keterangan
Ayah - menghadiahi adik sebuah basikal kerana kejayaannya dalam peperiksaan.
Jawapan
Objek Kata bantu Kata kerja Subjek Keterangan
Adik - dihadiahi oleh ayah sebuah basikal kerana kejayaannya dalam peperiksaan.
9 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
LANGKAH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF
1. Kenal pasti unsur objek [O], kata bantu [KB], kata kerja [KK], subjek [S] dan keterangan [Ket].
2. Kata kerja mestilah dijadikan berimbuhan awalan meN-... .
3. Kata kerja berimbuhan di-... oleh perlulah digantikan dengan imbuhan awalan meN-... .
4. Pastikan susunan ayat menggunakan rumus S + KB + KK [imbuhan meN .................] + O + Ket sahaja.
Rumus Ayat Aktif Kata bantu Kata kerja Objek Keterangan
Subjek [imbuhan awalan
meN-...]
Contoh Ayat
Agama dan budaya kaum lain haruslah kita hormati demi mengelakkan perselisihan faham.
Objek Kata bantu Subjek Kata kerja Keterangan
Agama dan budaya kaum lain haruslah kita hormati demi mengelakkan perselisihan faham.
Jawapan
Subjek Kata bantu Kata kerja Objek Keterangan
Kita haruslah menghormati agama dan budaya kaum lain demi mengelakkan perselisihan faham.
LATIHAN 7
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan tiga ayat aktif yang anda pilih menjadi ayat pasif tanpa
mengubah maksudasalnya.
Saya menghargai keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di kawasan kuil berkenaan. Kerajaan Korea
Selatan masih tetap memelihara rumah tradisional seperti waktu dahulu. Jeneral Kim Bin-gil dengan tenteranya
membina perkampungan ini menggunakan tanah liat untuk melindungi kawasan itu daripada rampasan lanun Jepun
pada tahun ke-6 pemerintahan King Taejo. Kewujudan struktur benteng menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti
nenek moyang mereka pada suatu ketika dahulu untuk membina sistem pertahanan yang berkesan terhadap
musuh. Penduduknya masih melaksanakan aktiviti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka seperti berkebun.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Suncheon bandar ekologi Korea
Selatan’oleh Abdul Halim Abdullah, Dewan Siswa,
Bil. 1/2020 [6 markah]
Jawapan:
1. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
3. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
10 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
LATIHAN 8
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif tanpa mengubah
maksud asalnya.
Demi mengukuhkan industri pelancongan negara, kerajaan Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Dasar
Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030. Dasar ini dibangunkan oleh kerajaan menerusi enam teras strategik.
Keunikan biodiversiti dan alam semula jadi yang ada di dalam negara membuatkan kerajaan terpanggil untuk
memacu kelestarian sumber dengan memartabatkan program ekopelancongan. Usaha ini seharusnya kita puji
kerana selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030. Ekopelancongan ialah aktiviti pelancongan
berkonsepkan alam. Beberapa ancaman perlu dihadapi negara tatkala kita sibuk mempertingkatkan sektor
pelancongan dalam negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Empat tahun nak
pulih!’ oleh Mohd Rozaimy Ridzuan, Ha[r6iamnarMkaeht]ro, 29
Disember 2020
Jawapan:
1. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
3. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Standard Pembelajaran 5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul
mengikut konteks.
5.3.4 Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks
Latihan 9
Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk yang bergaris kepada ayat-
ayat tunggaltanpa mengubah maksud asalnya.
(1) Ramai dalam kalagan ibu bapa kini sering memberikan telefon pintar kepada anak-anak
sebagai hadiahhari lahir atau sebagai ganjaran. (2) Pemberian ini bertujuan untuk memberikan
perangsang dan galakan kepada anak-anak supaya mereka akan terus berusaha. Walau
bagaimanapun, tidak banyak ibu bapa yang memantau pengguaan peranti itu selepas
memberikannya kepada anak-anak. Tahukah mereka bahawa penggunaan telefon pintar
tanpa pemantauan akan mendatangkan kesan negatif kepada anak- anak?
( 6 markah)
11 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
Jawapan:
4. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
5. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
6. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Latihan 10
Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk kepada ayat-ayat
tunggal tanpamengubah maksud asalnya.
(1) Pihak Swasta telah menyumbang RM 8 juta bagi pembangunan e-sukan. (2) Keprihatinan
pihak Swastaterhadap perkembangan e-sukan jelas menunjukkan bahawa sukan tersebut
mempunyai potensi untuk memartabatkan nama negara pada persada antaranbangsa. (3)
Peruntukan tersebut dapat digunakan bagi merangka persiapan para atlet.
( 6 markah)
Jawapan:
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
12 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
LATIHAN 11
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung
yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
Kenaf sangat berguna dalam kehidupan manusia. Kenaf merupakan keluarga pokok bunga
raya. Kenaf mempunyai gentian, iaitu bahan asas penting dalam pembuatan beberapa jenis
produk. Industri kenaf menunjukkan sesuatu. Perkembangan positif berlaku daripada pelibatan
sektor swasta. Perkembangan itu berjaya meningkatkan nilai jualan. Pengeluaran kenaf dapat
membantu rakyat menjanakan pendapatan. Pengeluaran kenaf berupaya membantu sektor
tekstil negara. Sektor tekstil negara dapat mengurangkan import kapas.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Kenaf bakal jadi komoditi utama negara?
oleh Halimah Said, Dewan Ekonomi, Bil. 5/2020
6 markah
Jawapan:
7. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
8. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
9. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
13 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
LATIHAN 12
Berdasarkan petikan di bawah, cerakinkan tiga ayat majmuk yang anda pilih kepada dua ayat tunggal
tanpa mengubah maksud asalnya.
Sektor perindustrian dapat memberikan impak kepada pengukuhan pertumbuhan ekonomi
negara walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran kini. Wabak COVID-19 menyebab para
peniaga bukan sahaja menghadapi masalah tidak mampu beroperasi bahkan juga berdepan
dengan kekangan hal kewangan. Kerajaan telah memberikan bantuan subsidi upah kepada
peniaga untuk mengekang peratusan kadar pengangguran. Kebanyakan pengusaha industri
merasakan bantuan tersebut yang bertujuan meringankan beban mereka hanya bersifat
sementara.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Sektor industri penentu nasib rakyat’
oleh Saw Teck Chew, Dewan Ekonomi, Bil. 12/2020
6 markah
Jawapan:
1. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
3. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
14 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
LATIHAN 13
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung
yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
Pengguna Malaysia mampu menyumbang kepada pengurangan defisit negara. Masing-
masing memainkan peranan mengutamakan barangan buatan negara sendiri. Masing-masing
memainkan kuasa mengutamakan barangan buatan negara sendiri. Kempen Beli Barangan
Buatan Malaysia telah dilaksanakan. Kempen ini memupuk semangat cinta akan barangan
tempatan. Kempen ini telah dilancarkan sejak 35 tahun lalu. Kita sering menganggap sesuatu.
Kesedaran pengguna di Barat lebih tinggi berbanding dengan pengguna Malaysia. Mentaliti
pengguna di Barat dikatakan lebih terbuka.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘KBBM 2019 perkasakan produk PKS’
oleh Halimah Said, Dewan Ekonomi, Bil. 1/2020
6 markah
Jawapan:
1. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
3. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
15 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
LATIHAN 14
Berdasarkan petikan di bawah, klasifikasikan ayat-ayat tersebut sama ada ayat penyata, ayat tanya,
ayat seruan atau ayat perintah bagi enam ayat yang anda pilih seperti berikut:
Ayat : ___________________________________________________________
Jenis ayat : ___________________________________________________________
“Cikgu, ada budak mengamuk,” lapor Swee Lan, murid tahun 6, pengawas sekolah di bilik
guru. Kemunculan Swee Lan secara mengejut, turut mengejutkan guru-guru di bilik guru.
“Siapa, Swee Lan?” tanya Cikgu Bo, guru disiplin, pantas.
“Boboi! Boboi Lam!”
Ah, murid yang bermasalah itu lagi! Bermasalah, kenapa harus dibiarkan?
“Beritahu Cikgu Tan, PK HEM segera,” turun arahan Cikgu Bo kepada Swee Lan.
Dengan bantuan guru kaunseling, Cikgu Chee dan Cikgu Akiya, Cikgu Bo bergegas ke bilik
darjah Tahun 5 Hijau. Kebetulan ketika itu waktu pertukaran mata pelajaran.
Dipetik daripada cerpen ‘Boboi Lam’
oleh Chai Loon Guan,
Pelita Bahasa, Bil. 12/2020
Dewan Bahasa dan Pustaka
[6 markah]
Jawapan:
1. Ayat : ___________________________________________________________
Jenis ayat : ___________________________________________________________
2. Ayat : ___________________________________________________________
Jenis ayat : ___________________________________________________________
3. Ayat : ___________________________________________________________
Jenis ayat : ___________________________________________________________
16 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
LATIHAN 15
Berdasarkan ayat-ayat dalam petikan di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya
yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf
condong dalam ayat-ayat yang diberi.
Mahasiswa dikatakan golongan berpendidikan tinggi yang mampu menjadi contoh terbaik
kepada masyarakat. Program kesukarelawanan mampu melahirkan mahasiswa
bertanggungjawab terhadap isu sosial kerana mereka perlu membabitkan diri secara langsung.
Kelebihan mahasiswa yang menyertai aktiviti kesukarelawanan termasuklah mampu mengurus
masa dengan lebih sistematik. Semangat kesukarelawanan dalam diri setiap mahasiswa perlu
dipupuk pada peringkat awal. Kerajaan juga tidak ketinggalan mempergiat kesukarelawanan
dalam kalangan anak muda dengan penubuhan Yayasan Sukarelawan Siswa. Setiap warga
universiti harus menabur bakti di dalam negara dan juga di pentas antarabangsa.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Kesukarelawan harus jadi identiti mahasiswa’
oleh Imran Razalle,
Berita Harian Online, 13 Februari 2017
[6 markah]
Jawapan:
4. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
5. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
6. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
17 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
Latihan 16
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap
bagi empat ayat yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek :
Predikat :
Rumah tangga yang sejahtera terbentuk daripada keprihatinan
ibu bapa tentang amalan cara hidup sihat dan cergas.Maklumat
penjagaan diri dan pemakanan diperoleh daripada beberapa laman
sesawang seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan
Negeri, dan Kelab Nutrisi Malaysia.
Pemakanan yang seimbang amat penting untuk penjagaan
kesihatan. Manusia seharusnya mengambil makanan dalamkuantiti yang
kecil tetapi berkhasiat. Pengambilan makanan seimbang dalam diet
seharian dapat mengurangkan risiko menghidap beberapa jenis penyakit
seperti barah, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, batu karang,
obesiti, kolesterol tinggi, dan osteoporosis.
Jawapan: (Dipetik dan diubah suai daripada Pemakanan yang Sihat,
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1)
1. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
3. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
4. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
18 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud
MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
“Maka, beruntunglah bagi orang-orang yang berusaha kerana mereka ibarat menebang kayu untuk
membina rumahkebahagiaan sedangkan orang yang malas umpama mengumpul kayu api untuk
membakar masa depan mereka.” Cikgu Roslan Daud
kerana anda hadir dengan jayanya pdpr dan tugasan pada hari ini…
19 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor/ sumber: Cikgu Roslan Daud