SOALAN :
1. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud merancakkan integrasi. (2 markah)
Merancakkan integrasi bermaksud mempergiat integrasi atau merancakkan
gabungan.
Merancakkan integrasi bermaksud mempergiat penyatuan.
1
2. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan
tindakan-tindakan yang dilaksanakan untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum. ( 3 markah)
Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan tindakan-tindakan yang dilaksanakan
untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum ialah
pembelajaran bahasa ketiga di sekolah.
Perbezaan Bahan 1 ialah kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka pada
peringkat kebangsaan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan di sekolah-sekolah.
Perbezaan Bahan 2 ialah menerapkan unsur perpaduan dengan pembelajaran
mata pelajaran Komponen Sastera( KOMSAS) dan menggalakkan bahasa etnik
di sekolah serta mempelajarai serta memperluas aktiviti kokurikulum.
sebaik-baik jawapan: 4 isi maksimum jawapan 3 markah
3. Perasaan sentimen dan berprasangka antara kaum di negara ini masih
menghiasi dada akhabar tempatan.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menghalang pelaksanaan
perpaduan kaum di negara ini? (3 markah)
Pada pendapat saya, faktor-faktor yang menghalang pelaksanaan perpaduan
kaum di negara ini ialah perbezaan agama, adat resam dan budaya kaum
di Malaysia.
Selain itu, pengaruh dasar penjajah British yang masih kuat bertapak di
negara ini melalui dasar pecah dan perintah yang menjarakkan etnik
demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.
Seterusnya,sistem pendidikan di Malaysia yang masih mepunyai sekolah
jenis vernakular yang menggunakan bahasa pengantar ibunda dan
kurikulum yang tidak sama.
sebaik-baik jawapan:2 isi berserta huraian maksimum jawapan 3
marka
2
4. Kawasan tempat tinggal anda mempunyai masyarakat berbilang kaum.
Namun begitu, mereka masih mengamalkan budaya yang terarah pada kaum
masing-masing.
Sekiranya anda dilantik sebagai ketua komuniti tempat tinggal anda,
cadangkan usaha-usaha yang akan anda ambil untuk memastikan masalah
yang berlaku tersebut mampu diatasi? (4 markah)
Sekiranya saya dilantik sebagai ketua komuniti tempat tinggal saya, usaha yang
akan saya ambil untuk memastikan masalah yang berlaku tersebut mampu diatasi
adalah dengan memanggil semua komuniti membincangkan masalah tersebut.
agar mereka dapat berdaptasi dengan budaya kaum lain demi menjamin
perpaduan dan kesajahteraaan dalam komuniti.
Selain itu, saya akan melantik jawatankuasa komuniti yang terdiri daripada
berbilang bangsa demi/agar/supaya mereka saling menghormati budaya dan
adat resam kaum lain.
Seterusnya, saya akan membuat satu forum secara terbuka bagi mendengar
pendapat dan cadangan daripada penduduk agar dapat saling berinteraksi dan
menerapkan sikap toleransi dalam kalangan masayarakat yang berbilang
kaum.
Akhir sekali, saya akan memastikan anggota masyarakat mengikuti setiap program
yang dijalankan agar mereka mempunyai maklumat dan tidak ketinggalan dalam
sebarang aktiviti komuniti kerana sekiranya mereka terlepas informasi atau aktiviti
berkemungkinan akan mewujudkan salah faham disebabkan kurang maklumat.
sebaik-baik jawapan: 2 isi berserta huraian maksimum jawapan 4 markah
3