The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR, 2021-09-25 01:42:57

MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Keywords: RAGAM AYAT

Dalam pdpr haril ini, anda dikehendaki
1. Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
Contoh: ayat aktif: Mereka menolak Ali.

Ayat pasif: Ali ditolak oleh mereka.
1.Imbuhan. (kata kerja)
2. Kata ganti nama diri.
3. Susunan ayat.(gramatis)
4. Tidak mengubah maksud asal.
*jadual 1 : imbuhan KATA KERJA TRANSITIF (KKT) yang menjadi kebiasaan dalam soalan yang diuji.
*KKT ialah Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan maksud
ayat.
KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:

Bil imbuhan imbuhan ( ayat pasif)

(ayat aktif) kata ganti nama diri 3 (KGND 3) kata ganti nama diri 2 & kata ganti nama diri
1

(KGND 2 & KGND 1)

1 meN- menolak (tolak) di- ditolak

2 meN-kan di-kan -kan

3 meN-i di-i -i

4 memper- diper- per-

5 memper-kan diper-kan per-kan

6 memper-i diper-i per-i

*jadual 2 : susunan ayat bagi ayat pasif menggunakan (KGND 2 & KGND 1) yang mempunyai kata bantu * Kata bantu ialah jenis
perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari
segi aspek waktu atau ragam dalam binaan ayat. Kata bantu dapat dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan kata
bantu ragam.

Contoh ayat yang menggunakan KGND 2 (KAMU) : Kamu telah memakai kasut saya?

contoh kata bantu (KGND 2 & KGND 1) imbuhan ( i / - / i )

(Kasut saya ) telah kamu pakai?

akan saya/kamu maafkan

belum saya/kamu pelajari

telah saya/kamu perbesar

sudah saya/kamu perdengarkan

baru saya/kamu perdengari

SPM 2005

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama-sama.

(ii) Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan
kediaman semakin meningkat.

(iii) Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-royong pada
minggu lepas.

JAWAPAN
(i) Kita akan memikul tugas mengisi kemerdekaan negara bersama-sama.
(ii) Tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat semenjak program kitar semula

dilancarkan oleh kerajaan.
Semenjak kerajaan melancarkan program kitar semula, tahap kebersihan di kawasan
kediaman semakin meningkat.
(iii) Mereka telah membina sebuah gelanggang badminton secara gotong-royong pada minggu
lepas.

LATIHAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan tiga ayat aktif yang anda pilih menjadi ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

Saya menghargai keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di kawasan kuil berkenaan. Kerajaan Korea Selatan masih tetap

memelihara rumah tradisional seperti waktu dahulu. Jeneral Kim Bin-gil dengan tenteranya membina perkampungan ini menggunakan

tanah liat untuk melindungi kawasan itu daripada rampasan lanun Jepun pada tahun ke-6 pemerintahan King Taejo. Kewujudan

struktur benteng menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti nenek moyang mereka pada suatu ketika dahulu untuk membina sistem

pertahanan yang berkesan terhadap musuh. Penduduknya masih melaksanakan aktiviti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka

seperti berkebun.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Suncheon bandar ekologi Korea Selatan’ oleh Abdul Halim
Abdullah, Dewan Siswa, Bil. 1/2020

6 markah

JAWAPAN
1.Seperti waktu dahulu rumah tradisional masih tetap dipelihara oleh kerajaan Korea Selatan.

2.Keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di kawasan kuil berkenaan saya hargai.
*kena ikut turutan dalam petikan)

3.Perkampungan ini dibina oleh Jeneral Kim Bin-gil dengan tenteranya menggunakan tanah liat
untuk melindungi kawasan itu daripada rampasan lanun Jepun pada tahun ke-6 pemerintahan King
Taejo SCARLET HEART RYEO HANA

JAWAPAN LATIHAN 1 (biarkan kosong slide ini)

1. Keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di kawasan kuil berkenaan saya
hargai.

2. Rumah tradisional masih tetap dipelihara olehkerajaan Korea Selatan seperti waktu
dahulu.

3. Perkampungan ini dibina oleh Jeneral Kim Bin-gil dengan tenteranya menggunakan
tanah liat untuk melindungi kawasan

itu daripada rampasan lanun Jepun pada tahun ke-6 pemerintahan King Taejo.

4. Kebijaksanaan dan kreativiti nenek moyang mereka pada suatu ketika dahulu
ditunjukkan oleh kewujudan struktur

benteng untuk membina sistem pertahanan yang berkesan terhadap musuh.

5. Aktiviti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka seperti berkebun masih
dilaksanakan oleh penduduknya.

LATIHAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

Demi mengukuhkan industri pelancongan negara, kerajaan Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Dasar Pelancongan Negara (DPN)

2020-2030. Dasar ini dibangunkan oleh kerajaan menerusi enam teras strategik. Keunikan biodiversiti dan alam semula jadi yang ada

di dalam negara membuatkan kerajaan terpanggil untuk memacu kelestarian sumber dengan memartabatkan program

ekopelancongan. Usaha ini seharusnya kita puji kerana selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030. Ekopelancongan

ialah aktiviti pelancongan berkonsepkan alam. Beberapa ancaman perlu dihadapi negara tatkala kita sibuk mempertingkatkan sektor

pelancongan dalam negara.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Empat tahun nak pulih!’ oleh Mohd Rozaimy

Ridzuan, Harian Metro, 29 Disember 2020

6 markah

JAWAPAN:

1. Kerajaan membangunkan dasar ini menerusi enam teras strategik.
2. Kita seharusnya memuji usaha ini kerana selaras dengan komitmen Malaysia
terhadap Agenda 2030.
3. Negara menghadapi beberapa ancaman tatkala kita sibuk mempertingkatkan sektor
pelancongan dalam negara.


Click to View FlipBook Version