The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PDPR MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BESERTA JAWAPANSEPTEMBER SINTAKSIS BESERTA JAWAPAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR, 2021-09-28 13:15:38

MODUL PDPR MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BESERTA JAWAPANSEPTEMBER SINTAKSIS BESERTA JAWAPAN

MODUL PDPR MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BESERTA JAWAPANSEPTEMBER SINTAKSIS BESERTA JAWAPAN

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

MODUL PDPR MORFOLOGI &
SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM

SPM 2021

KERTAS 2 – 1103/2 ( MORFOLOGI & SINTAKSIS )

SEPTEMBER 1, 2021

SUSUNAN OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR
MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH (MTSTM)

0

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

Standard Pembelajaran
5.1.2 Mengaplikasi pelbagai kata terbitan dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks.

KATA TERBITAN
Kata terbitan ialah perkataan yang mengalami proses pengimbuhan pada kata dasar sama ada pada bahagian awalan,

sisipan, akhiran atau apitan.

Awalan Sisipan Akhiran Apitan
Kata nama Kata nama
Kata nama kelopak, telapak, gelanggang, buangan, seniman, Kata nama
pelakon, pengebom, pelajar, cerucuk, gerigi, seruling, sasterawan, olahragawati, peperiksaan, pengiriman,
ketua, sekampung juruwang, kemuning, kemuncup patriotisme, cerpenis pembangunan, pendapatan,

ekabahasa, dwifungsi, Kata kerja Kata kerja perbuatan, keberanian,
mahasiswa, prasejarah, jelajah, gelegak, kelupas, laksanakan, padamkan, keselesaan
swafoto, antipenjajah,
subtajuk, multinasional sinambung baiki, hargai Kata kerja
meletakkan, menembusi,
Kata kerja
memancing, mengecat, memperdagangkan,
disarankan, disertai,
dijahit, diperlebar, diperalatkan, bergandingan,
berumah, berlari, belajar
beralaskan

1

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

Kata adjektif Kata adjektif Kata adjektif
tertinggi, terbesar, kemelayuan, kecinaan,
secantik, sedalam selerak, gemerlap, gemilang, PENGGANDAAN KATA TERBITAN
kemerah-merahan
gemuruh, semerbak

Kata terbitan boleh mengalami penggandaan. Antara contoh kata terbitan yang mengalamiproses
penggandaan seperti berikut :

buah-buahan tertanya-tanya menggeleng-geleng
pemburu-pemburu dicari-cari bersahut-sahutan
bantu-membantu
kecil-kecilan bercalar-balar bertolak-tolakkan
setinggi-tinggi melambat-lambatkan kasih-mengasihi

tali-temali keanak-anakan

(a) Pihak berkuasa telah berjaya menumpaskan sindiket pembalakkan haram di kawasan itu. [X]
Pihak berkuasa telah berjaya menumpaskan sindiket pembalakan haram di kawasan itu. [/]

(b) Kebijaksanaan Ah Meng dalam matematik sepandai dengan ayahnya. [X]
Kebijaksanaan Ah Meng dalam matematik sepandai / sama pandai dengan ayahnya. [/]

(c) Ibu menghantar adik ke pra-sekolah untuk membiasakan dirinya dengan orang lain. [X]
Ibu menghantar adik ke prasekolah untuk membiasakan dirinya dengan orang lain. [/]

(d) Remaja yang berlumba di jalan raya itu saling potong-memotong. [X]
Remaja yang berlumba di jalan raya itu saling memotong / potong-memotong. [/]

(e) Sejak menggunakan jentera, petani itu memperolehi keuntungan yang besar. [X]
Sejak menggunakan jentera, petani itu memperoleh keuntungan yang besar. [/]

(f) Beberapa orang pekerja sedang memperlebarkan jalan di pekan itu. [X]
Beberapa orang pekerja sedang memperlebar / melebarkan jalan di pekan itu. [/]

2

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

Latihan 1

Lengkapkan tempat kosong dengan memberikan imbuhan yang sesuai pada perkataan dalam kurungan.

Pada masa ini, tenaga nuklear [sumbang] menyumbang kepada 17 peratus

[bekal] (1) kuasa dunia. Amerika Syarikat ialah

pengeluar [besar] (2) _ tenaga nuklear sementara

Perancis menjanakan 78 peratus tenaga elektrik daripada reaktor nuklear ,

bukan sahaja untuk [guna] (3) _ domestik tetapi

dieksport ke negara jiran. Tenaga nuklear menjanakan elektrik daripada

proses [belah] (4) nukleus dalam reaktor yang

[hasil] (5)_ tenaga haba. Haba menukarkan air

kepada bentuk wap dan [salur] (6) ke turbin

untuk menjanakan elektrik.

Tenaga nuklear juga dikategorikan sebagai tenaga hijau kerana membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit

[panjang] (7) masa hidupnya. Selain itu, pembinaan stesen jana kuasa nuklear tidak memerlukan

kawasan luas [banding] (8) _ dengan jana kuasa solar atau angin. Lokasi yang sesuai adalah di tempat

yang mempunyai permintaan tenaga elektrik tinggi, selamat, [hampir] (9) dengan sumber air

untuk penyejukan dan bebas daripada jaluran risiko gempa bumi seperti di Kedah, di Pahang dan di Terengganu. Selari

Rancangan Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) 2.0 (2019-2025) untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh

[baharu] (10) _ kepada 20 peratus, tiada masalah dari segi undang-undang untuk Malaysia

membangunkan loji nuklear sendiri.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Teroka potensi besar nuklear jana tenaga diperbaharui’

oleh Mohd Khoushaini Mohd Naim,

Berita Harian Online, 20 Ogos 2020

Latihan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan dua kata kerja terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina
satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasaatau nama khas.

Tenaga solar digunakan bagi membekalkan tenaga elektrik ke pedalaman dan tenaga air dari Tasik Kenyir misalnya

antara penyumbang terbesar tenaga di negara kita. Bagi organisasi yang mempunyai kawasan lapangan, projek

tenaga solar mampu menjanakan pendapatan dalam tempoh lima tahun sekurang-kurangnya. Tenaga solar mungkin

menurunkan permintaan tenaga elektrik, sekali gus memberikan keseimbangan ekonomi negara pada masa

hadapan.

Dipetik dan diubah suai

daripada‘Tenaga mesra alam lestarikan

kehijauan bumi’oleh Prof Madya Dr

Saunah[8Zamianrokanh,]

Dua kata nama terbitan Dua kata kerja terbitan Berita Harian Online, 31 Ogos 2020

1. 1.

2. 2.

1. _ _ _

_ __

2. _ _ _

_ __

3. _ _ _

_ __ _

3

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021 _
4. _ _

JAWAPAN KATA TERBITAN

Latihan 1

1. bekalan
2. terbesar
3. kegunaan
4. pembelahan
5. menghasilkan
6. disalurkan
7. sepanjang
8. berbanding
9. berhampiran
10. diperbaharui

Latihan 2

Dua kata nama terbitan [pilih dua sahaja]

1. pedalaman
2. penyumbang
3. lapangan
4. pendapatan
5. permintaan
6. keseimbangan

Ayat kata nama terbitan

1. Kebanyakan masyarakat di kawasan pedalaman masih bergantung hidup pada sumber hutan.
2. Sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya menjadi penyumbang utama kepada kemalangan.
3. Datuk Siti Nurhaliza mula bergiat aktif dalam lapangan seni suara sejak berusia 17 tahun.
4. Penjualan hasil tani seperti buah-buahan dan sayur-sayuran di pasar tani memberikan pendapatan kepada petani.
5. Pertambahan penduduk di seluruh dunia menjadikan permintaan terhadap makanan meningkat.
6. Setiap umat Islam perlulah mengejar keseimbangan dunia dengan akhirat bagi mencapai kehidupan yang sejahtera.

Dua kata kerja terbitan [pilih dua sahaja]

1. digunakan
2. membekalkan
3. mempunyai
4. menjanakan
5. menurunkan
6. memberikan

Ayat kata kerja terbitan

1. Peluntur telah digunakan oleh ibu untuk menghilangkan daki pada kolar baju.
2. Pengambilan karbohidrat seperti nasi, mi dan roti dapat membekalkan tenaga kepada seseorang.
3. Baju yang berharga RM70.00 itu tidak dibelinya kerana tidak mempunyai wang yang cukup.
4. Usaha memajukan sektor pelancongan dapat menjanakan ekonomi negara melalui perbelanjaan pelancong.
5. Cikgu Taufiq menurunkan bendera separuh daripada tiang sebagai tanda perkabungan.
6. Ayah memberikan hadiah sebuah basikal kepada adik kerana mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.

4

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK

Standard Pembelajaran
5.1.1 Mengaplikasi bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks.

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk
imbuhan atau kata dasar yang lain. Terdapat dua jenis kata tunggal, iaitu unit bebas dan dapat berdiri sendiri seperti lelaki,
Johor, bijak dan tinggal. Manakala jenis kedua pula ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-
kurangnya satu unit bebas untuk melengkapkan fungsinya, antaranya seorang lelaki, ke Johor, sangat bijak dan akan tinggal.
Kata akronim seperti Mara, JAKIM, pawagam dan jentolak juga termasuk dalam kata tunggal.

Kata nama tunggal Kata kerja tunggal Kata adjektif tunggal Kata tugas

1. Cikgu Siti guru di tabika 1. Selepas mandi, adik tidur 1. Udara di bukit itu segar 1. Dari pagi hingga petang,
itu. di dalam bilik. dan suasananya tenang. petani itu membajak
sawah.
2. Kami menonton filem di 2. Saya mohon kalian tidur 2. Lelaki berbaju merah itu
pawagam kelmarin. kerana esok perlu bangun amat sombong. 2. Kita perlu berusaha
awal pagi. untuk berjaya.
3. Cerpen itu mengisahkan 3. Saya amat rindu akan
perjuangan tokoh 3. Pinggan itu perlu kamu masakan ibu yang amat 3. Para pekerja itu sangat
menuntut kemerdekaan. bawa dan susun di dapur. lazat. marah kerana ditipu.

Kata majmuk ialah bentuk kata yang mengalami perangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata
nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Terdapat tiga jenis kata majmuk, iaitu rangkai kata bebas,
istilah khusus dalam bidang ilmiah dan maksud kiasan.

Rangkai kata bebas Istilah khusus

1. Tengah hari tadi, 1. Sekiranya deria rasa
penduduk berkumpul di kurang, anda digalakkan
balai raya. mendapatkan rawatan.

2. Adik mengulang kaji 2. Cikgu Anne menyuruh
mata pelajaran Sejarah muridnya memplotkan
dengan menggunakan graf garis lurus.
buku hijau daun itu.
3. Masjid Putrajaya
3. Kami akan menemu ramah mempunyai reka
tokoh itu tentang bentuk dan seni ukir
kerjasama negara. yang menarik.

5

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

Maksud kiasan
1. Nurfaeeza

disayangi
kerana
ringan
tulang dan
baik hati.
2. Anak angkat
pasangan itu
sentiasa
menjaga air
muka ibu
bapanya.
3. Kerana
pekerjanya
sering
menerima
tumbukrusuk,
syarikat itu
akhirnya
gulung tikar.

6

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang dieja secara rapat walaupun perkataan itu ternyata mengandungi dua katadasar.
Terdapat 15 kata majmuk mantap, iaitu :

antarabangsa jawatankuasa matahari setiausaha tandatangan
beritahu kakitangan olahraga sukarela tanggungjawab
kerjasama pesuruhjaya warganegara
bumiputera suruhanjaya

Mengeja Kata Majmuk
Tahukah anda bahawa kata majmuk selalu dieja secara salah? Lihat contoh di bawah:

Salah Betul
(a) bekerja sama bekerjasama
(b) ditemuramah ditemu ramah
(c) penguat kuasaan penguatkuasaan

Menggandakan Kata Majmuk
Tahukah anda bahawa kata majmuk selalu digandakan secara salah? Lihat contoh di bawah:

Salah Betul

(a) warga-warganegara warganegara-warganegara

(b) bandar raya-bandar raya bandar-bandar raya

(c) kertas kerja-kerja kertas-kertas kerja

LATIHAN 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama tunggal dan dua kata nama majmuk. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Kerap kali Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa COVID-19 tidak
mengenalbangsa atau usia. Ada segelintir masyarakat di negara ini masih gagal mengambil pengajaran daripada
kejadian yang berlaku.Golongan ini mengambil ringan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Hakikatnya,
tiga pihak, iaitu rakyat, kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlulah menjalinkan kerjasama dan
memainkan peranan masing-masing dalam memerangi penularan penyakit berjangkit ini.

Dipetik dan diubah suai
daripada‘Kerjasama rakyat, kerajaan, KKM ramuan

perangi COVID-19’
oleh Dr Haliza Abdul Rahman,

Berita Harian Online, [18Jumna2r0k2a1h]

LATIHAN 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda

7

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Sejak meletusnya pandemik COVID-19, cecair pensanitasi tangan atau hand sanitizer dan pelitup muka menjadi
antara barangan paling laris di pasaran sehingga ada yang menjualnya dengan harga yang tidak masuk akal. Malah,
jika berkunjung ke farmasi, pasar raya atau kedai serbaneka untuk mendapatkannya, pastinya para pengunjung
akan terkilan kerana kehabisan stok. Ada orang yang membelinya tetapi menyimpan di dalam kereta atau beg
tangan seolah-olah tidak mengambilberat dengan penularan wabak yang berbahaya ini.

Dipetik dan diubah suai
daripada‘Sanitasi tangan semakin
diabaikan?’

oleh BERNAMA,

Sinar Harian, 26[6Mmeia2r0k2a0h]
“Maka, beruntunglah bagi orang-orang yang berusaha kerana mereka ibarat menebang kayu untuk membina rumah

kebahagiaan sedangkan orang yang malas umpama mengumpul kayu api untuk membakar masa depan mereka.”
Cikgu Roslan Daud

8

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

JAWAPAN

LATIHAN 3
Kata nama tunggal
1. bangsa
2. usia
3. masyarakat
4. negara
5. pihak
6. rakyat

Contoh ayat kata nama tunggal
1. Setiap bangsa di dunia ini mempunyai budaya seperti makanan dan adat perkahwinan yang diwarisi secara turun-temurun

daripada nenek moyang.
2. Pertambahan usia seseorang akan menyebabkan kulit menjadi berkedut dan rambut beruban.
3. Amalan bergotong-royong ketika majlis perkahwinan masih diamalkan oleh masyarakat di kampung itu.
4. Kita perlulah mengelakkan perselisihan faham bagi menjaga keamanan negara.
5. Kemajuan sektor pertanian bukan sahaja bergantung pada kerajaan tetapi juga usaha pihak lain seperti swasta dan petani.
6. Sebagai rakyat yang patriotik, kita perlulah mematuhi undang-undang dan menjaga perpaduan.

Kata nama majmuk
1. antarabangsa
2. prosedur operasi standard
3. kerjasama
4. penyakit berjangkit

Contoh ayat kata nama majmuk
1. Usahawan perlulah menguasai teknologi maklumat supaya boleh memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
2. Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh orang ramai boleh mengurangkan jangkitan wabak COVID-19.
3. Syarikat tempatan haruslah menjalinkan kerjasama dengan pelabur luar untuk meningkatkan keuntungan.
4. Amalan penjagaan kebersihan diri dapat mengelakkan penyakit berjangkit seperti COVID-19 dan H1N1.

LATIHAN 4
Kata majmuk
1. cecair pensanitasi
2. pelitup muka
3. masuk akal
4. pasar raya
5. kedai serbaneka
6. beg tangan
7. mengambil berat

Contoh ayat kata majmuk
1. Penggunaan cecair pensanitasi tangan boleh membunuh kuman agar tidak menjejaskan kesihatan.
2. Masyarakat perlulah memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah untuk mengelakkan terhidu udara kotor.
3. Cadangan pelabur itu untuk menambah cawangan kedai tidak masuk akal memandangkan syarikat mengalami kekangan kos.
4. Orang ramai suka membeli-belah di pasar raya kerana banyak pilihan barangan dan menawarkan harga yang rendah.
5. Sejak kedai serbaneka itu dibuka, orang kampung tidak lagi perlu pergi ke pekan untuk membeli barangan.
6. Ibu membeli beg tangan berjenama Coach untuk digayakan pada hari raya.
7. Ibu bapa perlulah mengambil berat tentang masalah pelajaran anak-anak.

9

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK

Standard Pembelajaran
5.1.1 Mengaplikasi bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks.

KATA TUNGGAL
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak mengalami proses pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan.

Unit yang bebas Unit yang tidak dapat berdiri sendiri
dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk

(a) Lelaki! melengkapkan fungsinya
(b) Itu?
(c) Makan! (a) Ayah mengambil dua biji pil darah tinggi setiap pagi.
(d) Cantik. (b) Hutan yang masih menghijau perlu dijaga.
(c) Bungkusan itu daripada Masrina kepada Nina.
(d) Buah mangga itu sangat manis walaupun kulitnya hijau.

Secara ringkasnya, kata tunggal boleh terdiri daripada semua golongan kata:

Golongan Kata Contoh Kata Tunggal
(a) Kata nama aku, ibu, menteri, siapa, hutan, kelawar, budaya, bom, cat, universiti
(b) Kata kerja
(c) Kata adjektif lap, tidur, mandi, mohon, minta, pandu, ubah
(d) Kata tugas harum, biru, mulia, sempurna, bijaksana

pelbagai, para, belum, harus, paling, sekali, di, ke, kerana, supaya, ialah

KATA MAJMUK
Kata majmuk ialah perkataan yang terhasil apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan atau digabungkan. Perkataan

yang terbentuk membawa makna yang berbeza daripada perkataan asal.

Rangkaian kata bebas Istilah khusus Maksud kiasan
gabungan dua atau lebih kata dasar digunakan dalam bidang tertentu, terdiri daripada simpulan bahasa
untuk membentuk makna tertentu misalnya sains, matematik dan sukan

(a) Kapal terbang yang dinaiki abang (a) Guru matematik itu menyuruh (a) Guru itu berasa panas hati melihati
dari bandar raya Tokyo akan tiba
pada tengah hari nanti. anak muridnya menyatakan nilai tulisan anak muridnya yang cakar

(b) Wanita muda yang berdiri di tepi sudut tegak bagi segi tiga itu. ayam.
jalan raya itu berkulit kuning
langsat. (b) Seni bina Taj Mahal dikagumi (b) Ketika makan angin, kami akan

(c) Majlis pelancaran jam tangan kerana mempunyai reka bentuk membeli cenderamata untuk
terbaharu jenama itu akan
dirasmikan oleh Perdana Menteri. yang menarik. dijadikan buah tangan.

(c) Kejadian gempa bumi yang amat (c) Artis yang menjadi anak emas

kuat di China telah runtuhan batu negara itu mendendangkan lagu

kapur yang meranapKkAaTnA rMuAmJaMhU. K MANTAPsebagai halwa telinga pendengar.

Terdapat 15 kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu
perkataan yang utuh walaupun bentuk perkataan itu mengandungi dua kata dasar.

(1) antarabangsa (6) kerjasama (11) sukarela
(12) suruhanjaya
(2) beritahu (7) olahraga (13) tandatangan
(14) tanggungjawab
(3) bumiputera (8) matahari (15) warganegara

(4) jawatankuasa (9) pesuruhjaya

(5) kakitangan 10 (10) setiausaha
walaupun bentuk perkataan itu mengandungi dua kata dasar.

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

Latihan 5
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama tunggal dan dua kata nama majmuk. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

Sejak COVID-19 menjadi isu antarabangsa, orang ramai beratur ialah perkara biasa yang boleh dilihat di mana-mana,

baik di pasar raya, di bank mahupun di gerai-gerai makanan di tepi jalan raya. Jangan terkejut jika sejak akhir-akhir

ini semakinramai orang dilihat beratur di kedai emas. Selain faktor penurunan harga emas, kemudahan pelbagai

bantuan dana daripadakerajaan merancakkan hasrat orang ramai membuat pelaburan bagi membeli emas. Tidak

kira wanita atau lelaki, warga emasatau golongan muda menunggu giliran untuk mendapatkan barang kemas demi

pelaburan.

Dipetik dan diubah suai

daripada‘Masa terbaik buat

pelaburan emas’

oleh Arnet Syem[8amAanrukaah, ]

Dua kata nama tunggal Dua kata nama majmuk Sinar Harian, 5 Mac 2021

1. 1.

2. 2.

1. _ _ _

_ __

2. _ _ _

_ __

3. _ _ _

_ __ _

4. _ _ _

_ __

Latihan 6

Baca dialog di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Seorang suri rumah kerugian lebih RM5,000 selepas terpedaya dengan promosi pelaburan saham melalui laman

sosial Instagram kelmarin. Mangsa turut dijanjikan hadiah percuma berupa telefon pintar Iphone selain peluang

keuntungan lebihtinggi secara berperingkat hasil pelaburan itu. Walau bagaimanapun, ‘pelaburan’ wanita yang

gelap mata itu lesap sebanyak RM5,289 tetapi keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar. Mangsa membuat bayaran

pelaburan melalui transaksi perbankanInternet ke akaun bank yang diberikan suspek pada 6 Julai lalu. Mangsa

membuat laporan di Balai Polis Maran, kelmarin.

Dipetik dan diubah suai

daripada‘Untung tak dapat,

‘pelaburan’ lesap’
oleh Mohd Rafi[8Mmaamrkaath, ]

Tiga kata majmuk Berita Harian Online, 12 Julai 2020

1.

2.

3.

1. _ _ _
_ __

2. _ _ _
_ __

3. _ _ _

11

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021 _

_ __

12

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

JAWAPAN
Latihan 5
Dua kata nama tunggal [pilih dua sahaja]
1. bank
2. orang
3. faktor
4. dana
5. hasrat
6. emas
7. wanita
8. lelaki

Ayat kata nama tunggal
1. Pada hari pembayaran gaji, ramai orang akan beratur di bank untuk membuat pengeluaran wang.
2. Setiap orang yang melakukan kesalahan perlulah mengakuinya lalu segera mengubah tabiat itu.
3. Keindahan alam dan kepelbagaian budaya menjadi faktor utama pelancong datang ke Malaysia.
4. Kerajaan telah menyediakan dana kepada peniaga kecil sebagai modal bagi memperluas perniagaan mereka.
5. Nisa menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran ke luar negara sejak kecil lagi.
6. Emas yang dilombong oleh pekerja itu akan dijual untuk dibentuk menjadi cincin, anting-anting, gelang dan rantai.
7. Golongan wanita amat mementingkan berat badan dan kecantikan kulit demi menjaga penampilan mereka.
8. Lima orang lelaki yang bertubuh sasa telah mengalihkan pokok yang tumbang di jalan itu.

Dua kata nama majmuk [pilih dua sahaja]
1. antarabangsa
2. orang ramai
3. pasar raya
4. jalan raya
5. kedai emas
6. warga emas
7. barang kemas

Ayat kata nama majmuk
1. Atlet Malaysia perlulah mempunyai daya saing yang tinggi untuk berjaya pada peringkat antarabangsa.
2. Kedai yang diiktiraf harga patut itu menjadi tumpuan orang ramai untuk berbelanja kerana menjimatkan wang.
3. Pembeli berpusu-pusu ke pasar raya itu kerana jualan murah diadakan bersempena dengan hari perayaan.
4. Beberapa orang pekerja sedang menurap jalan raya yang berlubang-lubang untuk mengelakkan kemalangan.
5. Kedai emas itu menjadi tumpuan pembeli kerana menawarkan pelbagai pilihan barang kemas dengan harga yang berpatutan.
6. Seorang warga emas yang berusia 80-an ditemui terbaring di hadapan bangunan lama kerana tidak bermaya.
7. Barang kemas seperti cincin, rantai, subang dan gelang boleh menjadi pelaburan jangka masa panjang.

Latihan 6
Tiga kata majmuk [pilih tiga sahaja]
1. suri rumah
2. laman sosial
3. telefon pintar
4. gelap mata
5. akaun bank
6. balai polis

Ayat kata majmuk
1. Sebagai suri rumah, Puan Khadijah melakukan tanggungjawab menyediakan hidangan, mengemas rumah dan mencuci pakaian.
2. Kajian menunjukkan bahawa remaja menghabiskan masa lima hingga lapan jam sehari untuk melayari laman sosial

sepertiInstagram, Facebook dan Twitter.
3. Penggunaan telefon pintar banyak memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat dan membuat urus niaga.
4. Lelaki itu gelap mata apabila musuh menawarkan sejumlah wang yang banyak jika dia berjaya menjadi perisik.
5. Encik Syareel memasukkan RM300 ke dalam akaun bank anak perempuannya sebagai wang belanja bulan itu.

13

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

6. Saksi kejadian tembak-menembak itu telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat dan diambil keterangan.

RAGAM AYAT [AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF]

Standard Pembelajaran
5.3.4 Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks.

Ayat aktifialah ayat yang yang mengutamakan subjekasal sebagai ayat judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya:

(a) Saya masih mengulang kajipelajaranwalaupun hari telah larut malam.
(b) Kami belum menghadapipeperiksaanakhir tahun.
(c) Anda perlulah menelitimaklumat pembungkusan sebelum membelinya.
(d) Banjir telah menenggelamkanbeberapa kawasan rendah di kampung kami.
(e) Dua ekor anjing mengejar budak yang bermain-main di jalan itu.
(f) Lori melanggarpembahagi jalan itusehingga rebah.

Ayat pasifialah ayat yang mengutamakan objekasal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya:

(a) Pelajaranmasih saya ulang kajiwalaupun hari telah larut malam.
(b) Peperiksaan akhir tahunbelum kamihadapi.
(c) Maklumat pembungkusanperlulah andatelitisebelum membelinya.
(d) Beberapa kawasan rendah di kampung kamitelah ditenggelamkan oleh banjir.
(e) Budak yang bermain-main di jalan itukena kejar olehdua ekor anjing.
(f) Pembahagi jalan ituterlanggar olehlori sehingga rebah.

LANGKAH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

1. Kenal pasti unsur subjek [S], kata bantu [KB], kata kerja [KK], objek [O] dan keterangan [Ket].
2. Tentukan subjek sama ada kata ganti nama diri pertama, kedua atau ketiga.
3. Gunakan rumus yang sesuai untuk menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
4. Kata kerja berimbuhan meN-... , meN-...-i dan meN-...-kan mestilah digugurkan imbuhan awalan.

Rumus Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua

Objek Kata bantu Subjek Kata kerja Keterangan
[buang imbuhan Keterangan

awalan]

Rumus Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Objek Kata bantu Kata kerja Subjek
[di-... + oleh]

Contoh Ayat

Ayah menghadiahi adik sebuah basikal kerana kejayaannya dalam peperiksaan.

Subjek Kata bantu Kata kerja Objek Keterangan

Ayah - menghadiahi adik sebuah basikal kerana kejayaannya dalam peperiksaan.

Jawapan

Objek Kata bantu Kata kerja Subjek Keterangan

14

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

Adik - dihadiahi oleh ayah sebuah basikal kerana kejayaannya dalam peperiksaan.

15

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

LANGKAH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF

1. Kenal pasti unsur objek [O], kata bantu [KB], kata kerja [KK], subjek [S] dan keterangan [Ket].
2. Kata kerja mestilah dijadikan berimbuhan awalan meN-... .
3. Kata kerja berimbuhan di-... oleh perlulah digantikan dengan imbuhan awalan meN-... .
4. Pastikan susunan ayat menggunakan rumus S + KB + KK [imbuhan meN ................ ] + O + Ket sahaja.

Rumus Ayat Aktif Kata bantu Kata kerja Objek Keterangan
Subjek [imbuhan awalan

meN-...]

Contoh Ayat

Agama dan budaya kaum lain haruslah kita hormati demi mengelakkan perselisihan faham.

Objek Kata bantu Subjek Kata kerja Keterangan

Agama dan budaya kaum lain haruslah kita hormati demi mengelakkan perselisihan faham.

Jawapan

Subjek Kata bantu Kata kerja Objek Keterangan

Kita haruslah menghormati agama dan budaya kaum lain demi mengelakkan perselisihan faham.

LATIHAN 7
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan tiga ayat aktif yang anda pilih menjadi ayat pasif tanpa mengubah maksud
asalnya.

Saya menghargai keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di kawasan kuil berkenaan. Kerajaan Korea

Selatan masih tetap memelihara rumah tradisional seperti waktu dahulu. Jeneral Kim Bin-gil dengan tenteranya

membina perkampungan ini menggunakan tanah liat untuk melindungi kawasan itu daripada rampasan lanun Jepun

pada tahun ke-6 pemerintahan King Taejo. Kewujudan struktur benteng menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti

nenek moyang mereka pada suatu ketika dahulu untuk membina sistem pertahanan yang berkesan terhadap

musuh. Penduduknya masih melaksanakan aktiviti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka seperti berkebun.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Suncheon bandar ekologi Korea

Selatan’oleh Abdul Halim Abdullah, Dewan Siswa,

Bil. 1/2020 [6 markah]

LATIHAN 8
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

Demi mengukuhkan industri pelancongan negara, kerajaan Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Dasar
Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030. Dasar ini dibangunkan oleh kerajaan menerusi enam teras strategik.
Keunikan biodiversiti dan alam semula jadi yang ada di dalam negara membuatkan kerajaan terpanggil untuk
memacu kelestarian sumber dengan memartabatkan program ekopelancongan. Usaha ini seharusnya kita puji
kerana selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030. Ekopelancongan ialah aktiviti pelancongan
berkonsepkan alam. Beberapa ancaman perlu dihadapi negara tatkala kita sibuk mempertingkatkan sektor
pelancongan dalam negara.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Empat tahun nak
pulih!’ oleh Mohd Rozaimy Ridzuan, Harian M[e6trmoa,rk2a9h]
Disember 2020

16

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

JAWAPAN

LATIHAN 7
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan tiga ayat aktif yang anda pilih menjadi ayat pasif tanpa
mengubah maksudasalnya.

Saya menghargai keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di kawasan kuil berkenaan. Kerajaan Korea
Selatan masih tetap memelihara rumah tradisional seperti waktu dahulu. Jeneral Kim Bin-gil dengan tenteranya
membina perkampungan ini menggunakan tanah liat untuk melindungi kawasan itu daripada rampasan lanun Jepun
pada tahun ke-6 pemerintahan King Taejo. Kewujudan struktur benteng menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti
nenek moyang mereka pada suatu ketika dahulu untuk membina sistem pertahanan yang berkesan terhadap
musuh. Penduduknya masih melaksanakan aktiviti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka seperti berkebun.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Suncheon bandar ekologi Korea
Selatan’oleh Abdul Halim Abdullah, Dewan Siswa,
Bil. 1/2020

1. Keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di kawasan kuil berkenaan saya hargai.
2. Rumah tradisional masih tetap dipelihara [oleh] kerajaan Korea Selatan seperti waktu dahulu.
3. Perkampungan ini dibina [oleh] Jeneral Kim Bin-gil dengan tenteranya menggunakan tanah liat untuk

melindungi kawasanitu daripada rampasan lanun Jepun pada tahun ke-6 pemerintahan King Taejo.
4. Kebijaksanaan dan kreativiti nenek moyang mereka pada suatu ketika dahulu ditunjukkan [oleh]

kewujudan strukturbenteng untuk membina sistem pertahanan yang berkesan terhadap musuh.
5. Aktiviti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka seperti berkebun masih dilaksanakan [oleh]

penduduknya.

LATIHAN 8
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif tanpa
mengubah maksud asalnya.

Demi mengukuhkan industri pelancongan negara, kerajaan Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Dasar
Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030. Dasar ini dibangunkan oleh kerajaan menerusi enam teras strategik.
Keunikan biodiversiti dan alam semula jadi yang ada di dalam negara membuatkan kerajaan terpanggil untuk
memacu kelestarian sumber dengan memartabatkan program ekopelancongan. Usaha ini seharusnya kita puji
kerana selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030. Ekopelancongan ialah aktiviti pelancongan
berkonsepkan alam. Beberapa ancaman perlu dihadapi negara tatkala kita sibuk mempertingkatkan sektor
pelancongan dalam negara.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Empat tahun nak
pulih!’ oleh Mohd Rozaimy Ridzuan, Harian Metro, 29
1. Kerajaan membangunkan dasar ini menerusi enamDteisreams sbterrat2e0g2ik0.

2. Kita seharusnya memuji usaha ini kerana selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030.
3. Negara perlu menghadapi beberapa ancaman tatkala kita sibuk mempertingkatkan sektor pelancongan

dalam negara.

17

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

Standard Pembelajaran 5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul
mengikut konteks.
5.3.4 Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks

Latihan 9
Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk yang bergaris kepada
ayat-ayat tunggaltanpa mengubah maksud asalnya.
(1) Ramai dalam kalagan ibu bapa kini sering memberikan telefon pintar kepada anak-anak
sebagai hadiah hari lahir atau sebagai ganjaran. (2) Pemberian ini bertujuan untuk
memberikan perangsang dan galakan kepada anak-anak supaya mereka akan terus
berusaha. Walau bagaimanapun, tidak banyak ibu bapa yang memantau pengguaan
peranti itu selepas memberikannya kepada anak-anak. Tahukah mereka bahawa
penggunaan telefon pintar tanpa pemantauan akan mendatangkan kesan negatif kepada
anak- anak?
( 6 markah)
Jawapan:
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………

18

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………….
Jawapan: latihan 9

1. a) Ramai ibu bapa kini sering memberikan telefon pintar kepada anak-anak sebagai hadiah hari
jadi.
a) Ramai ibu bapa kini sering memberikan telefon pintar kepada anak-anak sebagai ganjaran.

2. a) Pemberian itu bertujuan (sesuatu).
b)Pemberian itu bertujuan untuk memberikan perangsang kepada anak-anak.
c) pemberian itu bertujuan untuk memberika galakan kepada anak-anak.
d) Anak-anak akan terus berusaha.

Latihan 10

Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk kepada ayat-
ayat tunggal tanpamengubah maksud asalnya.

(1) Pihak Swasta telah menyumbang RM 8 juta bagi pembangunan e-sukan. (2) Keprihatinan
pihak Swastaterhadap perkembangan e-sukan jelas menunjukkan bahawa sukan tersebut
mempunyai potensi untuk memartabatkan nama negara pada persada antaranbangsa. (3)
Peruntukan tersebut dapat digunakan bagi merangka persiapan para atlet.

( 6 markah)

Jawapan:

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………

19

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………….
Jawapan: Latihan 10

1a) Pihak Swasta telah menyumbang RM 8 juta.
1b) Pihak Swasta menyumbang bagi pembangunan e-sukan.

2a) Keprihatinan pihak swasta terhadap perkembangan e-sukan jelas
menunjukkan (sesuatu).2b) Sukan tersebut mempunyai potensi.
2c)Sukan memartabatkan nama negara pada
persada antarabangsa.2d)Peruntukan tersebut dapat
digunakan.
2e) Peruntukan tersebut merangka persiaan para atlet.

LATIHAN 11
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata
hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

Kenaf sangat berguna dalam kehidupan manusia. Kenaf merupakan keluarga pokok bunga
raya. Kenaf mempunyai gentian, iaitu bahan asas penting dalam pembuatan beberapa jenis
produk. Industri kenaf menunjukkan sesuatu. Perkembangan positif berlaku daripada pelibatan
sektor swasta. Perkembangan itu berjaya meningkatkan nilai jualan. Pengeluaran kenaf dapat
membantu rakyat menjanakan pendapatan. Pengeluaran kenaf berupaya membantu sektor
tekstil negara. Sektor tekstil negara dapat mengurangkan import kapas.

Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Kenaf bakal jadi komoditi utama negara?

oleh Halimah Said, Dewan Ekonomi, Bil. 5/2020

6 markah

JAWAPAN:

LATIHAN 11
1. Kenaf yang merupakan keluarga pokok bunga raya sangat berguna dalam kehidupan manusia
kerana / lantaran / oleh sebab mempunyai gentian, iaitu bahan asas penting dalam pembuatan
beberapa jenis produk.
2. Industri kenaf menunjukkan bahawa perkembangan positif berlaku daripada pelibatan sektor
swasta hingga / sehingga berjaya meningkatkan nilai jualan.
3. Pengeluaran kenaf dapat membantu rakyat menjanakan pendapatan dan / selain / di samping
berupaya membantu sektor tekstil negara supaya / agar dapat mengurangkan import kapas.

20

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

LATIHAN 12
Berdasarkan petikan di bawah, cerakinkan tiga ayat majmuk yang anda pilih kepada dua ayat
tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Sektor perindustrian dapat memberikan impak kepada pengukuhan pertumbuhan ekonomi
negara walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran kini. Wabak COVID-19 menyebab para
peniaga bukan sahaja menghadapi masalah tidak mampu beroperasi bahkan juga berdepan
dengan kekangan hal kewangan. Kerajaan telah memberikan bantuan subsidi upah kepada
peniaga untuk mengekang peratusan kadar pengangguran. Kebanyakan pengusaha industri
merasakan bantuan tersebut yang bertujuan meringankan beban mereka hanya bersifat
sementara.

Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Sektor industri penentu nasib rakyat’
oleh Saw Teck Chew, Dewan Ekonomi, Bil. 12/2020

6 markah
JAWAPAN:
LATIHAN 12
1. Sektor perindustrian dapat memberikan impak kepada pengukuhan pertumbuhan ekonomi

negara. Sektor perindustrian berhadapan dengan pelbagai cabaran kini.
2. Wabak COVID-19 menyebabkan para peniaga menghadapi masalah tidak mampu beroperasi.

Wabak COVID-19 menyebabkan para peniaga berdepan dengan kekangan hal kewangan.
3. Kerajaan telah memberikan bantuan subsidi upah kepada peniaga. Bantuan subsidi upah

kepada peniaga mengekang peratusan kadar pengangguran.

4. Kebanyakan pengusaha industri merasakan bantuan tersebut hanya bersifat sementara.
Bantuan tersebut bertujuan meringankan beban mereka.
LATIHAN 13
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata
hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

21

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

Pengguna Malaysia mampu menyumbang kepada pengurangan defisit negara. Masing-
masing memainkan peranan mengutamakan barangan buatan negara sendiri. Masing-masing
memainkan kuasa mengutamakan barangan buatan negara sendiri. Kempen Beli Barangan
Buatan Malaysia telah dilaksanakan. Kempen ini memupuk semangat cinta akan barangan
tempatan. Kempen ini telah dilancarkan sejak 35 tahun lalu. Kita sering menganggap sesuatu.
Kesedaran pengguna di Barat lebih tinggi berbanding dengan pengguna Malaysia. Mentaliti
pengguna di Barat dikatakan lebih terbuka.

Dipetik dan diubahsuai daripada
‘KBBM 2019 perkasakan produk PKS’
oleh Halimah Said, Dewan Ekonomi, Bil. 1/2020

6 markah
JAWAPAN:

LATIHAN 13
1. Pengguna Malaysia mampu menyumbang kepada pengurangan defisit negara jika / jikalau
/ andai / sekiranya masingmasing memainkan peranan dan / di samping / selain kuasa
mengutamakan barangan buatan negara sendiri. Masing-masing memainkan kuasa
mengutamakan barangan buatan negara sendiri.
2. Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan sejak 35 tahun lalu telah
dilaksanakan untuk / bagi / demi memupuk semangat cinta akan barangan tempatan.
3. Kita sering menganggap bahawa kesedaran pengguna di Barat lebih tinggi berbanding
dengan pengguna Malaysia kerana / lantaran / oleh sebab mentaliti pengguna di Barat dikatakan
lebih terbuka

5.3.4 Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks

LATIHAN 14
Berdasarkan petikan di bawah, klasifikasikan ayat-ayat tersebut sama ada ayat penyata, ayat
tanya, ayat seruan atau ayat perintah bagi enam ayat yang anda pilih seperti berikut: Ayat :
___________________________________________________________ Jenis ayat :
___________________________________________________________

“Cikgu, ada budak mengamuk,” lapor Swee Lan, murid tahun 6, pengawas sekolah di bilik
guru. Kemunculan Swee Lan secara mengejut, turut mengejutkan guru-guru di bilik guru.

“Siapa, Swee Lan?” tanya Cikgu Bo, guru disiplin, pantas.
“Boboi! Boboi Lam!”
Ah, murid yang bermasalah itu lagi! Bermasalah, kenapa harus dibiarkan?
“Beritahu Cikgu Tan, PK HEM segera,” turun arahan Cikgu Bo kepada Swee Lan.
Dengan bantuan guru kaunseling, Cikgu Chee dan Cikgu Akiya, Cikgu Bo bergegas ke bilik
darjah Tahun 5 Hijau. Kebetulan ketika itu waktu pertukaran mata pelajaran.

Dipetik daripada cerpen ‘Boboi Lam’
oleh Chai Loon Guan,

Pelita Bahasa, Bil. 12/2020
Dewan Bahasa dan Pustaka

22

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

[6 markah]

JAWAPAN
LATIHAN 14
1. “Cikgu, ada budak mengamuk,” lapor Swee Lan, murid tahun 6, pengawas sekolah di bilik

guru. Ayat penyata
2. Kemunculan Swee Lan secara mengejut, turut mengejutkan guru-guru di bilik guru.

Ayat penyata
3. “Siapa, Swee Lan?” tanya Cikgu Bo, guru disiplin, pantas.

Ayat tanya
4. “Boboi! Boboi Lam!” Ayat seruan
5. Ah, murid yang bermasalah itu lagi! Ayat seruan
6. Bermasalah, kenapa harus dibiarkan? Ayat tanya
7. “Beritahu Cikgu Tan, PK HEM segera,” turun arahan Cikgu Bo kepada Swee Lan. Ayat

perintah
8. Dengan bantuan guru kaunseling, Cikgu Chee dan Cikgu Akiya, Cikgu Bo bergegas ke bilik

darjah Tahun 5 Hijau. Ayat penyata
9. Kebetulan ketika itu waktu pertukaran mata pelajaran. Ayat penyata

LATIHAN 15
Berdasarkan ayat-ayat dalam petikan di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata
tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang
berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.

Mahasiswa dikatakan golongan berpendidikan tinggi yang mampu menjadi contoh terbaik
kepada masyarakat. Program kesukarelawanan mampu melahirkan mahasiswa
bertanggungjawab terhadap isu sosial kerana mereka perlu membabitkan diri secara langsung.
Kelebihan mahasiswa yang menyertai aktiviti kesukarelawanan termasuklah mampu mengurus
masa dengan lebih sistematik. Semangat kesukarelawanan dalam diri setiap mahasiswa perlu
dipupuk pada peringkat awal. Kerajaan juga tidak ketinggalan mempergiat kesukarelawanan
dalam kalangan anak muda dengan penubuhan Yayasan Sukarelawan Siswa. Setiap warga
universiti harus menabur bakti di dalam negara dan juga di pentas antarabangsa.

Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Kesukarelawan harus jadi identiti mahasiswa’

oleh Imran Razalle,
Berita Harian Online, 13 Februari 2017

[6 markah]

JAWAPAN

LATIHAN 15
(i) Siapakah yang dikatakan golongan berpendidikan tinggi yang mampu menjadi contoh terbaik
kepada masyarakat?
Yang dikatakan golongan berpendidikan tinggi yang mampu menjadi contoh terbaik kepada
masyarakat siapa?

23

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021

(ii) Mengapakah program kesukarelawanan mampu melahirkan mahasiswa bertanggungjawab
terhadap isu sosial?
Program kesukarelawanan mampu melahirkan mahasiswa bertanggungjawab terhadap isu sosial
mengapa?

(iii) Apakah kelebihan mahasiswa yang menyertai aktiviti kesukarelawanan?
Kelebihan mahasiswa yang menyertai aktiviti kesukarelawanan apa?

(iv) Bilakah semangat kesukarelawanan dalam diri setiap mahasiswa perlu dipupuk?
Semangat kesukarelawanan dalam diri setiap mahasiswa perlu dipupuk bila?

(v) Bagaimanakah kerajaan juga tidak ketinggalan mempergiat kesukarelawanan dalam kalangan
anak muda?
Kerajaan juga tidak ketinggalan mempergiat kesukarelawanan dalam kalangan anak muda
bagaimana?
(vi) Di manakah setiap warga universiti harus menabur bakti?
Setiap warga universiti harus menabur bakti di mana?

Latihan 16

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang
lengkap bagi empat ayat yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek :
Predikat :

Rumah tangga yang sejahtera/ terbentuk daripada keprihatinan
ibu bapa tentang amalan cara hidup sihat dan cergas.Maklumat
penjagaan diri dan pemakanan/ diperoleh daripada beberapa laman
sesawang seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan
Negeri, dan Kelab Nutrisi Malaysia.

Pemakanan yang seimbang/ amat penting untuk penjagaan
kesihatan. Manusia /seharusnya mengambil makanan dalam kuantiti
yang kecil tetapi berkhasiat. Pengambilan makananseimbang dalam diet
seharian/ dapat mengurangkan risiko menghidap beberapa jenis penyakit
seperti barah, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, batu karang,
obesiti, kolesterol tinggi, dan osteoporosis.

JAWAPAN: Latihan 16 (Dipetik dan diubah suai daripada Pemakanan yang Sihat,

Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1)
24

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
1. Subjek : Rumah tangga yang sejahtera

Predikat : terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa tentang mengamalkan cara
hidup sihat dan cergas.

2. Subjek : Maklumat penjagaan diri dan pemakanan
Predikat: diperoleh daripada beberapa laman sesawang seperti
KementerianKesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan
Negeri, dan Kelab Nutrisi Malaysia.

3. Subjek: Pemakanan yang seimbang
Predikat: amat penting untuk
penjagaan kesihatan(Terima mana-
mana ayat lain )

Standard Pembelajaran 5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah dan ayat seruan yang betul mengikut konteks.

SILA IMBAS UNTUK RUJUKAN DAN PANDUAN JAWAPAN

25

MODUL PDPR MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
26


Click to View FlipBook Version