8by
RUMUSAN : (30 MARKAH)
*LANJUTAN DARIPADA KELAS ONLINE 7 OKTOBER
RUMUSAN ( 30 MARKAH)
LANGKAH-LANGKAH PENULISAN RUMUSAN
Langkah 1 : Baca soalan
Jangan abaikan langkah ini kerana amat penting. Dalam arahan soalan terdapat beberapa kehendak
seperti menulis sebuah
rumusan dan panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 2 : Kenal pasti komponen berikut (bahan 1 & 2 , kita ada 3 fokus)
Tema: Wabak demam denggi / nyamuk Aedes
Fokus 1 : langkah untuk mengelakkan penularan wabak demam denggi
Fokus 2 : faktor pembiakan nyamuk Aedes
Fokus 3 : keburukan wabak demam denggi terhadap manusia
LANGKAH 3: kepada tiga komponen penting, iaitu:
(a) Pendahuluan 1 AYAT (2 MARKAH)
(b) Isi (8 ISI/AYAT (8X2= 16M)
(c) Kesimpulan 1 AYAT (2 M)
18M + 10M (BAHASA) JUMLAH = 30 MARKAH)
Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menyambung idea.
Langkah 4 : Kira dan tulis patah perkataan
Sila kira patah perkataan untuk memastikan anda tidak menulis lebih daripada 120 patah perkataan.
Jika lebih, potong manamana perkataan yang tidak mengganggu idea.
1 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor
RUMUSAN ( 30 MARKAH)
CONTOH JAWAPAN RUMUSAN LENGKAP
Rumusan membincangkan langkah-langkah mengekang penularan
demam denggi ,faktor-faktor pembiakan nyamuk Aedes dan keburukan-
keburukan wabak demam denggi.
Langkahnya mengekang penularan demam denggi ialah melaksanakan
aktiviti membersihkan persekitaran kediaman masing-masing di samping
dapat mencari dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di
rumah dan premis. Selain itu,undang-undang dikuatkuasakan dengan
mengenakan kompaun yang tinggi. Seterusnya, menggunakan semburan
aerosol bagi membunuh Aedes di dalam rumah selain memakai pakaian
berlengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah apabila berada di luar
rumah.
Faktornya pembiakan nyamuk Aedes ialah persekitaran yang lembap
dan perubahan iklim, terutama musim panas dan hujan yang silih berganti
.Di samping itu, sikap masyarakat yang pengotor dan membuang sampah
merata-rata tempat. boleh meningkatkan wabak demam denggi .
Keburukannya wabak demam denggi ialah boleh menyebabkan
tekanan darah menjadi rendah dan berisiko menyebabkan kepada kematian.
Kesimpulannya, semua pihak masyarakat perlulah bekerjasama
menangani wabak demam denggi supaya masalah ini dapat diatasi kesihatan
masyarakat terjamin. .
[ 129 patah perkataan
2 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor
RUMUSAN ( 30 MARKAH)
SUMBER BAHAN :
CIKGU ROSLAN BIN DAUD
kedran terima kasih kerana anda melaksanakan tugasan dengan jayanya pada hari iniā¦
3 susunan oleh: Cikgu Zaiton Binti Mohamad Noor