The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LATIHAN PENGUKUHAN SINTAKSIS SPM 2021 SOALAN SAHAJA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR, 2021-09-28 13:10:44

LATIHAN PENGUKUHAN MORFOLOGI 28 SEPT 2021

LATIHAN PENGUKUHAN SINTAKSIS SPM 2021 SOALAN SAHAJA

Keywords: MORFOLOGI

0 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 :
NOOR KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)

LATIHAN PENGUKUHAN

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

SPM 2021

KERTAS 2 – 1103/2 ( SINTAKSIS )

SEPTEMBER 1, 2021

OLEH: CIKGU ZAITON0BINTI MOHAMAD NOOR
MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH (MTSTM)

1 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 :
NOOR KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)

1

2 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 :
NOOR KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)

A. MAKLUMAN

Dalam modul ini, anda dikehendaki

1. Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1.Imbuhan.

2. Kata ganti nama diri.

3. Susunan ayat.

4. Tidak mengubah maksud asal.

*jadual 1 : imbuhan KATA KERJA TRANSITIF (KKT) yang menjadi kebiasaan dalam soalan yang diuji.

*KKT ialah Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama

untuk melengkapkan maksud ayat.

KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:

(minum, makan) – tiada imbuhan

Bil imbuhan imbuhan ( ayat pasif)

(ayat aktif) kata ganti nama diri 3 kata ganti nama diri 2 &

(KGND 3) kata ganti nama diri 1

(KGND 2 & KGND 1)

1 meN- di- -

2 meN-kan di-kan -kan

3 meN-i di-i -i

4 memper- diper- per-

5 memper-kan diper-kan per-kan

6 memper-i diper-i per-i

*jadual 2 : susunan ayat bagi ayat pasif menggunakan (KGND 2 & KGND 1) yang
mempunyai kata bantu * Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau
ragam dalam binaan ayat. Kata bantu dapat dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu
aspek dan kata bantu ragam.

contoh kata bantu (KGND 2 & KGND 1) imbuhan ( i / - / i )

sedang saya/kamu tebang
akan saya/kamu maafkan
belum saya/kamu pelajari
telah saya/kamu perbesar
sudah saya/kamu perdengarkan
baru saya/kamu perdengari

2

LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 :

3 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)

NOOR Menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah

2.

maksud asalnya.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1. Imbuhan tidak berubah.

2. Kata ganti nama diri tidak berubah.

3. Susunan ayat ialah predikat kemudian subjek.

4. Tidak menambah perkataan atau membuang mana-mana perkataan di dalam ayat yang diuji.

5. Tidak mengubah maksud asal.

3. Menyambung ayat tunggal supaya menjadi ayat majmuk tanpa mengubah maksud
asalnya.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1. Menggunakan kata hubung : Contohnya:-

kata hubung “dan”, “tetapi”

kata hubung relatif “yang”

kata hubung komplemen “bahawa”

kata hubung keterangan“kerana
2. Tidak mengubah maksud asal.

4. Memisahkan ayat majmuk menjadi ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1. Membuang kata hubung.

2. Tidak mengubah maksud asal.

5. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1. Subjek berada di hadapan ayat.Predikat di belakang ayat.

2. Tidak mengubah maksud asal.

6. Nyatakan pola ayat : Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja
(FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1. (FN + FN),
2. (FN + FK),
3. (FN + FA),
4. FN + FS.

3

4 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 :
NOOR KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)

7. Cakap ajuk kepada cakap pindah.
Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1. Menulis semula ayat penyata umpama kita menyampaikan maklumat kepada pihak
lain berdasarkan maklum yang kita dengar.

2. Cakap pindah ditulis dalam bentuk ayat penyata.
3. Ayat gramatis.
4. Kata ganti nama, kata tunjuk dan beberapa jenis kata lain.
5. Mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

*fokus pada penerangan guru supaya lebih faham makluman ini.

B. Modul ini hendaklah digunakan bersama video pengajaran cikgu.

Sekian dan terima kasih
`

4

5 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 :
NOOR KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)

Latihan 1

Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Ayah membina pondok itu di tepi sawah sebagai tempat berehat selepas penat bekerja.
2. Rakyat Brunei turut juga menonton siaran televisyen Indonesia walaupun mereka

mempunyai siaran televisyen sendiri.
3. Kamu telah mengunjungi keluarga kamu di Kedah?

Latihan 2

Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepadaayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Pengetua telah melantik Ustazah Suni sebagai guru disiplin kerana ketegasannya dalam
menjalankan tugas.

2. Noor Nizam membalingkan pisau itu ke dinding.
3. Kumpulan kanak – kanak itu mempelajari silat gayung daripada Mahaguru Silat Malaysia

sejak dua tahun yang lalu.

Latihan 3

Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Dia senantiasa mengenang-ngenangkan nasibnya ketika berada di perantauan.
2. Kamu akan melawati tempat itu esok atau lusa?
3. Ustazah Rahimah mengajar kanak-kanak di kampung itu membaca al-Quran.

Latihan 4

Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Ibu dimasakkan bubur lambuk oleh kakak pada petang itu.
2. Banyak tempat yang menarik di Kuala Kangsar dapat dilawati oleh rakyat tempatan atau

pelancong luar negara.
3. Bahawa Nur Amirah binti Nasir telah mencapai kejayaan yang cemerlang telah diketahui

oleh semua pelajar Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

5

6 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 :
NOOR KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)

Latihan 5

Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Akan kamu sertai pertandingan tersebut jika hadiahnya kamu ketahui.
2. E-mel daripada kakak telah saya balas dua hari yang lalu.
3. Kelapa-kelapa tua dari atas pokok itu telah hamba turunkan.

Latihan 6

Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.

1. Anak tupai itu comel sungguh.
2. Beberapa mekanisme alternatif untuk pembeli dalam talian ada di Malaysia.
3. Lukisan yang dipamerkan di Ekspo Lukisan Nusantara itu cantik-cantik belaka.

Latihan 7

Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.

1. Kebanyakan penempatan awal manusia adalah di tebing sungai pada zaman dahulu.
2. Umur kakak kamu berapa?
3. Motosikal yang laju tadi terjunam ke dalam longkang.

Latihan 8

Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.

1. Tingkap itu perlu kamu tutup rapat-rapat.
2. Individu yang menyampaikan ceramah tadi siapa?
3. Kapal terbang itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

6

7 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 :
NOOR KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)

Latihan 9

Sambungkan ayat-ayat tunggal yang berikut supaya menjadi ayat majmuk tanpa mengubah maksud
asalnya.

1. Saudara hendak menaiki komuter? Saudara hendak menaiki teksi?
2. Puan Zaiton menghidupkan enjin kereta. Puan Zaiton memandu keretanya.
3. Mereka bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan itu. Mereka akhirnya keletihan.

Latihan 10

Sambungkan ayat-ayat tunggal yang berikut supaya menjadi ayat majmuk tanpa mengubah maksud
asalnya.

1. Ayuni masuk ke dalam bilik darjah. Dia dimarahi gurunya. Dia kelewatan.
2. Kamus Dewan Edisi Keempat ini berguna kepada murid. Kamus Dewan Edisi Keempat ini

berguna kepada guru.Kamus Dewan Edisi Keempat ini berguna untuk membuat rujukan.
3. Dia kacak. Dia menarik. Dia sombong.

Latihan 11

Sambungkan ayat-ayat tunggal yang berikut supaya menjadi ayat majmuk tanpa mengubah maksud
asalnya.

1. Azman dapat menyelesaikan masalah itu. Masalah itu sangat sukar.
2. Soleh sudah menjadi warga emas.Soleh tetap berminat untuk menyempurnakan

pengajiannya pada peringkat sarjana.
3. Semua orang faham. Eloklah kita adakan satu majlis penerangan tentang hal tersebut.

Latihan 12

Pisahkan ayat majmuk yang berikut menjadi ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Meskipun hari telah gelap, pengembara itu masih mahu meneruskan perjalanannya.
2. Semenjak jambatan itu siap dibina, saya tidak lagi menaiki feri.
3. Saya tidak pernah memburuk-burukkan peribadinya malah saya selalu memujinya.

7

8 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 :
NOOR KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)

Latihan 13

Pisahkan ayat majmuk yang berikut menjadi ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Pemuda itu pergi ke bandar dengan menaiki teksi.
2. Pengetua yang baru berpindah ke sini itu bernama Azhar bin Mat Yusof.
3. Asrul hendak terjun ke sungai yang airnya jernih itu, Asrul sedar bahawa dia tidak tahu

berenang.

Latihan 14

Pisahkan ayat majmuk yang berikut menjadi ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Sementara menunggu anak-anaknya pulang dari sekolah, Arina menjahit kain yang
ditempah oleh pelanggannya.

2. Salbiah belum berjumpa dengan Hajah Kalsom sejak beliau balik dari Makkah.
3. Sejak saya kembali dari Amerika, saya belum berjumpa dengan saudara-saudara saya.

Latihan 15

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat yang di bawah seperti yang
berikut.

1. Taman haji Idris mereka tinggal.
2. Sedang hujan lebat sekarang di sana.
3. Hanif memang berkira-kira orangnya.
4. Kakak mungkin terlupa untuk menutup tingkap itu.
5. Sudah ada seekor tupai di atas pokok durianitu.
6. Keluarga Daud sudah berpindah dari Kampung Domis.

Latihan 16

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat yang di bawah seperti yang
berikut.

1. Siapakah kanak-kanak itu?
2. Usah dipinggirkan juga bidang pertanian.
3. Sudah tiga orang murid baharu mendaftar di kelas ini.
4. Di sinilah saudara baharu itu tinggal sejak lima tahun yang lalu.
5. Adalah sukar untuk ditangani masalah yang semakin rumit itu.
6. Antara masalah murid ponteng sekolah termasuklah pembabitan dalam kegiatan jenayah.

8

9 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 :
NOOR KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)

Latihan 17

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama +
Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA),
atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

1. Bilik tidur saya masih belum berkemas.
2. Orang itu kekurangan tenaga.
3. Beliau penceramah yang berpengalaman.
4. Kakak ke Kota Kinabalu esok.
5. Tubuhnya semakin kurus.
6. Landskap taman rekreasi itu memang cantik.

Latihan 18

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama +
Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA),
atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

1. Tuhan ada. FN+ FK
2. Suhaina memang rajin.
3. Encik Alex ke Kota Belud.
4. Datuk sedang tidur.
5. Dia suka akan binatang.
6. Beliau pengetua sekolah ini.

Latihan 19

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya
mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

1. “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” kata Daman kepada penyokong-penyokongnya.
2. “Saya telah menziarahi nenek di hospital tadi,” kata Mahani kepada ibunya.
3. Cikgu Rosmizawati berkata, “Semua peserta rombongan dikehendaki supaya berada di

sekolah selewat-lewatnya pada pukul 7:50 pagi esok.”

9

10 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 :
NOOR KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)

Latihan 20

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda

dikehendaki supaya mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

1. “ Dua hari yang lalu saya telah pergi berkelah di pusat rekreasi Jeram Mengaji,” kata Amir
kepada kawannya.

2. “Bilakah ujian kelayakan kemasukan ke Maahad Tahfiz Sains akan diadakan, Ain?” tanya

Zafira.

3. “Silalah tuan-puan masuk ke dewan sekarang. Upacara majlis akan dimulakan tepat pada
pukul 8:30 pagi,” kata pengacara majlis.

Latihan 21

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya
mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

1. “Sesiapa yang ingin mohon masuk ke sekolah Maahad Tahfiz Sains , sila ambil borang di
pejabat sekolah,” kata Puan Nik Mas kepada murid- muridnya.

2. Masyitah bertanya kepada Afaf, “Siapakah tetamu kehormat yang datang ke majlis
pembukaan rasmi Dewan Maahad Tahfiz Sains?”

3. “Sudah hampir lima tahun saya tidak berjumpa dengan kamu. Tampaknya kamu semakin
jelita,” kata Rabiah kepada Aisyah.

Latihan 22

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya
mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

1. “Ambulans telah datang membawa ayah ke hospital malam tadi,” kata abang kepada saya.
2. “Siapakah yang datang malam-malam ke rumah kamu?” tanya Ahmad kepada

Salleh.

3. “ Keluarga kamu hendaklah berpindah ke balai raya dengan segera kerana aras air semakin
naik,” kata ketua kampung.

10

11 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 :
NOOR KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)

Latihan 23

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya
mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

1. “Tok Ibah berkata, “ Padi di kawasan saya sudah boleh dituai.”
2. “Mengapakah kamu tidak menghadiri kelas tambahan pada petang tadi?” tanya Amran

kepada adiknya, Amirul.
3. “Pengerusi majlis mengumumkan, “ Semua peserta pertandingan syarahan diminta supaya

mendaftar kehadiran terlebih dahulu.”
4.

Latihan 24

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya
mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

1. “Kamu pergilah berehat dahulu. Petang nanti kamu sambung tugasan ini semula,”

kata Amni kepada Darina.

2. “Kita perlu bantu rakan-rakan kita yang berada dalam kesusahan tanpa mengira latar
belakang,” kata Damia kepada rakan sekelasnya.

3. “Minggu lepas, kamulah yang bertugas menghantar makanan kepada warga tua di rumah
kebajikan ini ?” soal Encik Darus kepada Mamat.

Latihan 25

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya
mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

1. “Pokok itu jangan engkau dekati kerana ada sarang tebuan di situ,”
kata Mona kepada Asmat.

2. “Saya bukan mengongkong kamu tetapi saya mengawasi kamu,” kata Jamal kepada
adiknya.

3. “Nah, ambil wang ini sebagai belanja dan bakinya simpan dalam tabung,” kata bapa kepada
saya.

11

12 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 :
NOOR KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)

Latihan 26

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda
dikehendaki supaya mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.
Nabila: Aku bercadang hendak mengikuti kursus kulinari anjuran Kolej Komuniti Pokok Sena.
Saudah : Bagus cadangan engkau itu. Engkau akan mendapat banyak pengalaman dan ilmu
pengetahuan berkenaan kulinari.
Nabilah : Aku bercita-cita hendak menjadi peniaga yang berjaya pada suatu hari nanti.
Saudah : Aku yakin bahawa engkau boleh mencapai cita-cita engkau itu.
Nabilah : Terima kasih, Saudah.

12


Click to View FlipBook Version