Dalam era globalisasi dan ledakan teknologi digital pada hari ini,
permainan tradisional sudah dianggap ketinggalan zaman. Masyarakat
kita pada hari ini memandang permainan tradisional sebagai satu
perkara enteng kerana inovasi teknologi moden banyak mempromosikan
permainan dalam talian terutamanya melalui pembangunan aplikasi
secara percuma bagai cendawan tumbuh selepas
hujan.Persoalannya,apakah peranan yang dapat dimainkan oleh
generasi muda untuk mempromosikan permainan tradisional di
Malaysia?
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas! Begitulah analogi yang
sesuai dalam menggambarkan keistimewaan kelestarian permainan
tradisional dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan nusantara.
Sebagai generasi muda, usaha pertama yang saya lakukan untuk
mempromosikan sekali gus memartabatkan permainan tradisional
1
adalah dengan mengoptimumkan penggunaan media sosial yang
mempunyai kemudahan akses dalam kalangan generasi muda
terutamanya medium yang mempunyai trafik yang tinggi dalam kalangan
kelompok ini. Sebagai contoh, Facebook, Tiktok ,Instagram dan laman
web. Penggunaan medium ini membolehkan saya memuat naik gambar
dan artikel berkenaan yang dapat menarik minat mereka untuk lebih
mengenali sisi positif permainan tradisional. Tidak dapat disangkal lagi,
mempromosikan permainan ini melalui media sosial dapat mewujudkan
kesedaran dalam diri sendiri dan mempromosikan permainan tradisional
di negara ini bagi menyaingi permainan moden yang semakin popular
dalam kalangan generasi muda.
Dalam perspektif saya yang lain, permainan tradisional juga boleh
dijadikan sebagai aktiviti mengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan
dengan rakan-rakan sebaya pada waktu petang atau pada masa cuti
sekolah bagi menggantikan permainan moden yang terdapat didalam
alat peranti kita. Salah satu permainan tradisional popular yang boleh
dimainkan secara beramai-ramai ialah galah panjang. Inisiatif ini bukan
sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat
mempromosikannya sekali gus memupuk semangat setia kawan dan
kerjasama sesama rakan. Sekiranya ada dalam kumpulan ini tidak
pandai bermain, rakan lain dapat memberi panduan atau meminta tunjuk
2
ajar daripada golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainan
tradisional tersebut. Aktiviti ini boleh mengelakkan generasi muda yang
umur setahun jagung,darah setampuk pinang daripada terjebak dengan
pelbagai gejala negatif negetif akibat pengaruh rakan-rakan dan
persekitaran yang negatif. Maka, sudah pastilah masa lapang yang terisi
dengan aktiviti permainan tradisonal ini mendatangkan banyak kebaikan
kepada generasi muda masa ini.
Insitusi pendidikan kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) haruslah dimaksimumkan fungsinya sebagai medium
mempromosikan permainan tradisional.Generasi muda yang berperanan
sebagai bunga bangsa seharusnya berani tampil mengesyorkan kepada
guru-guru di sekolah agar permainan tradisional menjadi salah satu
aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Secara teknikal, saya
berpendapat bahawa, menulis surat kepada pihak sekolah menerusi
persatuan agar memasukkan permainan tradisional menjadi sebahagian
daripada aktiviti kokurikulum di sekolah adalah satu kaedah yang efektif.
Hal ini secara tidak langsung akan memperkenalkan permainan
tradisional kepada semua pelajar. Saya dan rakan-rakan lain juga akan
menyertai permainan tradisional yang dipertandingkan di peringkat
sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga persatuan akademik.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan membuat wau,
3
pertandingan bermain congkak dan demonstrasi permainan daripada
golongan tua yang lebih berpengalaman bagi menarik minat rakan
pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap permainan
tradisional dapat dipupuk agar kelestarian permainan tradisional dapat
dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta amat
bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan pelbagai
permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam
secara semula jadi. Maka para pelajar perlu berani membuat perubahan
ke arah memartabatkan permainan tradisional.
Generasi muda seharusnya disemai dengan semangat patriotik.
Hal ini boleh dijayakan dengan menanam semangat cinta akan budaya
terutama permainan tradisional. Biar mati anak jangan mati adat. Kata-
kata hikmat ini menggambarkan bahawa permainan tradisional
merupakan budaya masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu
dilestarikan dan dipelihara agar dikenali oleh generasi akan datang.
Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil
sesuai dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika
asasnya telah kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan
segan silu mempertahankan dan memartabatkan permainan tradisional.
Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang sukar pada awalnya akan
menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah
4
juga yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remaja
seperti saya telah mula menanamkan sikap sayang dan cinta akan
budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan tradisional
terpelihara megah dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Sesungguhnya kecintaan terhadap permainan tradisional akan
memupuk juga rasa cinta terhadap negara.
Kesimpulannya, generasi muda hendaklah berusaha mempromosi
dan mempopularkan permainan tradisional agar permainan tersebut
terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia
umumnya dan generasi muda khususnya. Maka golongan muda perlu
berganding bahu agar permainan tradisional terus dimartabatkan dan
diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Mereka haruslah bijak
beradaptasi dengan persekitaran dan ledakan teknologi pada hari ini
kerana perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.
Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan di negara ini dengan
menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan.
5
6