NAMA : HAARESH A/L ARUMUGAM
TINGKATAN : 2 TANJUNG
TAJUK : TEKNOLOGI HIJAU
MATA PELAJARAN: GEOGRAFI
GURU.: PN RASHIDAH BINTI NEKMAT
SEKOLAH : SMK BUKIT MEWAH
1
BIL KANDUNGAN MUKA
1 PENGHARGAAN SURAT
2 PENDAHULUAN
3 OBJEKTIF KAJIAN 3
4 KAWASAN KAJIAN 4
5 KAEDAH KAJIAN 5
6 HASIL KAJIAN 6
7 RUMUSAN 8
8 RUJUKAN 9
9 LAMPIRAN 12
13
14
2
PENGHARGAAN
Saya mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang telah
membantu saya dalam menghasilkan buku skrap
Geografi ini. Khasnya, kepada Puan Rashidah binti
Nekmat. Beliau ialah guru Geografi saya. Beliau telah
memberi tunjuk ajar kepada saya untuk
menghasilkan buku skrap ini dengan baik.
Seterusnya, ialah ahli keluarga saya. Iaitu ibu,
bapa dan adik saya. Mereka telah memberi idea dan
sokongan kepada saya. Sekali lagi, saya
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
telah membantu saya dalam menghasilkan buku
skrap ini.
3
PENDAHULUAN
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi
produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam
sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia
seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaraan,
mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau
sifar dan selamat.
Saya telah menjalankan kajian teknologi hijau ini di Taman
Sri Mawar, Senawang. Saya menjalankan kajian ini selama
dua minggu bermula pada 28.9.2021 sehingga 10.10.2021.
Pengumpulan data dan maklumat telah saya cari di dalam
Google disebabkan oleh keadaan yang tidak mengizinkan
iaitu penularan wabak covid-19. Penulisan laporan ini pula
telah saya lakukan menggunakan microsoft word dan
menyampaikannya dalam bentuk flip book.
4
OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kerja lapangan ini di
Taman Sri Mawar , Senawang bertujuan
untuk:
a) Menyatakan konsep teknologi hijau
b)Menerangkan ciri-ciri produk
teknologi hijau
c) Menunjukkan contoh produk
teknologi hijau
d)Menghuraikan kepentingan teknologi
hijau di kawasan kajian
e)Menerangkan amalan berkonsepkan
teknologi hijau
5
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah di sekitar kawasan
Taman Sri Mawar, Senawang. Lingkungan
kawasan kajian saya adalah lebih kurang 5
kilometer persegi. Kawasan ini adalah di
bawah pentadbiran Majlis Bandaraya
Seremban. Kawasan ini juga terletak dalam
Seremban. Jumlah penduduk di kawasan
kajian ini ialah dalam lingkungan 1500 ke 3000
orang.
Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri
daripada tanah pamah yang rata. Jarak
kawasan kajian dari Bandar Seremban ialah 7
kilometer.
6
PETA KAWASAN KAJIAN
7
KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kajian saya menggunakan
kaedah berikut :
. Rujukan
❖ Rujukan buku dan internet digunakan
untuk menyiapkan kerja lapangan saya.
.Pemerhatian
❖ Saya menggunakan kaedah ini untuk
mengetahui contoh teknologi hijau di
kawasan kajian.
8
Hasil Kajian
Konsep Teknologi
Hijau
.Menurut buku teks Geografi bab 10, teknologi hijau merujuk
pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara
dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi. Aplikasi
teknologi hijau selaras dengan konsep pembangunan lestari.
.Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan
semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Kita
haruslah bertanggungjawab memastikan generasi akan datang
dapat menikmati kualiti hidup seperti yang kita nikmati sekarang
atau yang lebih baik.
.Teknologi hijau mempunyai matlamat seperti meningkatkan
tahap kesihatan dan kehidupan,melindungi ekosistem semula
jadi dan mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusia.
9
Contoh Produk Teknologi Hijau di
Kawasan Kajian
Melalui hasil pemerhatian, terdapat beberapa contoh
produk teknologi hijau di kawasan kajian saya. Antaranya
ialah bas elektrik. Kenderaan ini mengurangkan
penggunaan tenaga bahan api fosil dan menjimatkan
masa dan wang. Seterusnya, beberapa penduduk di
kawasan kajian saya menggunakan beg plastik
biodegradasi untuk meminimumkan kesan kepada alam
sekitar. Selain itu, terdapat juga penduduk menggunakan
panel solar yang berkesan untuk meningkatkan
pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan
teknologi canggih. Akhir sekali, penduduk di kawasan ini
menggunakan bekas makanan daripada ubi kayu supaya
kualiti hidup mereka dapat dipertingkatkan.
10
Kepentingan Teknologi Hijau
Kepentingan teknologi hijau di kawasan Taman Sri
Mawar, Senawang.
a)Sosial
Melalui pemerhatian saya, teknologi hijau dapat
meningkatkan kualiti hidup dan meningkatkan
Dan dkjdejdmjdjduddddahan infrastuktur tempatan. Teknologi hijau juga
dapat meningkatkan keselesaan dan kesihatan
masyarakat.
b)Ekonomi
Melaui pemerhatian saya, teknologi hijau dapat
mengurangkan kos operasi serta meningkatkan nilai asset
dan keuntungan. Seterusnya, produktiviti dan kepuasan
pekerja juga dapat ditingkatkan melalui teknologi hijau.
c)Menjana tenaga
Melalui pemerhatian saya, teknologi hijau merangkumi
sumber tenaga seperti angin, air, solar dan ombak yang
bersumberkan alam semula jadi.
11
RUMUSAN
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat
Malaysia perlulah bertanggungjawab untuk
bersama-sama memainkan peranan dalam
menjadikan dunia ini tempat yang lebih
baik. Kita juga haruslah mengamalkan gaya
hidup hijau seperti penjimatan penggunaan
elektrik dan air,elak menggunakan plastik
sekali pakai dan gunakan pengangkutan
awam. Kita patutlah menggunakan alat
kelengkapan rumah seperti televisyen, peti
ais dan penghawa dingin yang jimat tenaga.
Amalan teknologi hijau yang berkesan akan
meningkatkan kemajuan ekonomi supaya
lebih dikenali di dunia.
12
RUJUKAN
➢Buku :
Aw Soo Woon, Chong Yoon Choi, Kang Chai
Yoeng & Nik Idris Nik Muhamed.(2017). Focus
PT3 Geografi Tingkatan 2. Bangi: Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
➢Orang Sumber :
a) Encik Kumar A/L Bala, 47 tahun,
No.20 Taman Sri Mawar 2,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
b) Puan Kavitha A/P Ramasamy, 45 tahun,
No.25 Taman Sri Mawar 2,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
c) Puan Malathi A/P Subramaniam, 43 tahun,
No.18 Taman Sri Mawar 2,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
➢Internet :
a) http://www.bharian.com.my/node/40615)
b) https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi
_hijau
. 13
LAMPIRAN
Temu Ramah :
14
Contoh Produk Teknologi Hijau :
Beg Plastik
Biodegradasi
Panel
Solar
15
Bas Elektrik
Bekas makanan
daripada ubi kayu
16
17