The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 39-26-aisyah, 2023-04-04 10:45:55

HALANGAN DAN ISU KETERAMPILAN BERBAHASA

6 0 A U G U S T 2 0 2 B M M B 3 1 1 3 4 TUGASAN 3 KETERAMPILAN BERBAHASA NUR AISYAH SYAFIAH BINTI JUMARI


Rasa syukur saya panjatkan kepada allah SWT atas limpah kurnia izinnya saya dapat menyiapkan tugasan 3 Keterampilan Berbahasa dengan jaya dan lancarnya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Faridzul bin Mutasil atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau sepanjang melakukan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekelas yang banyak membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini. PENGHARGAAN


Penghargaan Pengenalan Halangan Komunikasi Berbahasa Isu Keterampilan Berbahasa Rumusan Rujukan 02 03 04 05 06 07 08 ISIKANDUNGAN


Menurut kamus dewan (2018), keterampilan membawa maksud kecekapan, kemampuan yang tinggi. Definisi keterampilan berbahasa ialah kecekapan dan kebolehan yang tinggi ketika berbahasa melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis bagi menyampaikan mesej sama tidak kira secara lisan atau bertulis dalam urusan rasmi atau seharian. Pengenalan Keterampilan berbahasa adalah penting dalam pelbagai bidang kerana melalui keterampilan berbahasa, kita dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan berkesan. Selain itu, kita dapat memperoleh maklumat dengan memamahi maklumat yang disampaikan melalui kecekapan mendengar.


Komunikasi merupakan satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu lain. Namun begitu, di dalam proses komunikasi terdapat beberapa halangan yang menyebabkan maklumat tidak dapat dihantar dan diterima dengan baik.


M a k l u m b a l a s K o m u n i k a s i s e h a l a g a n ggu a n s a r a f P e ny a m p a i a n m e l a l u i s a l u r a n k e d u a G a n ggu a n e m o s i G a n ggu a n l u a r a n 1. 2. 3. 4. 5. 6. halangan komunikasi dalan keterampilan berbahasa


maklumbalas Maklum balas ialah tindak balas yang diterima oleh pendengar terhadap sesuatu maklumat yang disampaikan oleh sumber. Maklum balas yang diberikan oleh penerima akan menunjukkan sejauh mana kefahaman penerima terhadap maklumat yang disampaikan. maklum balas juga boleh ditunjukkan melalui pertanyaan soalan berkaitan topik yang sedang dibicarakan. Ketiadaan maklum balas berkemungkinan akan menimbulkan perasaan sedih kepada penyampai kerana berasa tidak diendahkan. Sekiranya seorang pendengar tidak memberikan maklum balas terhadap mesej yang disampaikan , itu bermaksud mesej yang cuba disampaikan tidak difahami dan tidak jelas bagi pendengar. . Situasi ini menunjukkan bahawa proses komunikasi tidak berjalan lancar dan hanya berlaku komunikasi sehala. Oleh sebab itu, maklum balas adalah penting dalam proses komunikasi agar proses berkomunikasi berjalan lancar


Komunikasi sehala Komunikasi sehala bermaksud pengirim berkomunikasi tanpa menerima maklum balas daripada penerima. Komunikasi jenis ini menyebabkan penerima hanya menjadi pendengar yang pasif iaitu mendengar tanpa ada respon. komunikasi sehala ini merupakan salah satu bentuk komunikasi yang mudah kerana maklumat dapat disampaikan terus kepada pendengar. Komunikasi sehala menjadi isu dalam keterampilan berbahasa kerana kita tidak mengetahui sekiranya penerima memahami maksud apa yang cuba kita sampaikan. Dalam komunikasi sehala, penyampai mesej banyak memainkan peranan. Di sini, penyampai mesej berperanan untuk menjelaskan, menghurai dan memberi penjelasan kepada pendengar. komunikasi sehala sering digunakan dalam penyampaian pidato, syarahan, ceramah dan sebagainya. Contoh situasi komunikasi sehala ialah ceramah tentang kepentingan menjaga kebersihan diri.


Individu yang mempunyai gangguan saraf akan mengalami masalah dalam proses komunikasi seperti lambat menerima mesej atau tidak dapat mentafsir maklumat yang disampaikan oleh pengirim. Gangguan saraf penerima Sistem saraf manusia berfungsi untuk menyelaras aktivitiaktiviti dalam badan dengan menghantar implus saraf dari satu bahagian kepada bahagian yang lain. Sistem saraf manusia yang normal membolehkan manusia hidup dengan normal dan berhubung dengan manusia lain secara normal dan baik.


Contoh gangguan saraf yang umum ialah gangguan pendengaran. Gangguan pendengaran ialah satu keadaan di mana terdapat gangguan pada proses mendengar. Seperti yang kita sedia maklum, individu yang mengalami masalah pendengaran akan berhadapan dengan masalah untuk mendengar apa yang kita cuba sampaikan. Hal ini akan menyebabkan proses komunikasi tidak berjalan dengan lancar situasi kita apabila bercakap dengan mereka yang mengalami masalah gangguan saraf adalah seperti mencurahkan air ke daun keladi. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka dihalang oleh faktor fizikal dalam menerima maklumat Sebagai contoh, apabila seseorang murid yang mengalami gangguan saraf diajar oleh gurunya untuk mengeja sesuatu perkataan, perkataan yang didengarnya berbeza dengan apa yang diajarkan oleh gurunya. Gangguan saraf penerima


Halangan komunikasi yang seterusnya ialah penyampaian melalui saluran kedua. Saluran bermaksud alat atau medium yang digunakan untuk memyampaikan maklumat kepada seseorang. Saluran boleh dikategorikan sama ada dalam bentuk lisan, tulisan atau lain-lain. Pemilihan saluran yang sesuai untuk menyampaikan mesej akan menentukan keberkesanan proses komunikasi. Penyampaian melalui saluran kedua Penggunaan saluran kedua atau dikenali sebagai orang tengah dalam menyampaikan mesej akan menyebabkan mesej yang disampaikan tidak tepat. Hal ini dikatakan demikian kerana berlakunya tokok tambah dalam sebuah mesej yang ingin disampaikan. Kadang kala, tokok tambah diletakkan di dalam sebuah maklumat untuk menjadikan maklumat itu lebih hebat. Tokok tambah dalam mesej boleh menyebabkan mesej tersebut berubah makna dan menimbulkan kesalahfahaman. Perkara ini justeru boleh membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran. Contoh saluran kedua ialah media sosial, bahan bercetak, surat khabar dan lainlain.


2. Seperti yang kita sedia maklum, perasaan akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi, intonasi suara, nada suara dan sebagainya tidak kira semasa kita gembira, sedih, marah atau ketika perasaan yang lain. . Gangguan Emosi Menurut Kamus Dewan, gangguan emosi bermaksud gangguan akibat konflik yang tidak diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan 1. Oleh sebab itu, sebagai seorang guru , kita hendaklah bersikap profesional ketika berkomunikasi atau berhadapan dengan orang lain terutama sekali ibu bapa agar tidak timbul kesalahfahaman yang boleh membawa hubungan yang renggang 3. Sebagai contoh, ketika kita gembira, kita akan menyampaikan maklumat atau mesej dengan senyuman di muka dan orang yang menerima maklumat akan senang untuk berkomunikasi dengan kita. 4. Namun begitu, apabila kita sedang berkomunikasi dalam keaadaan marah, kita akan menggunakan suara yang tinggi kerana tidak dapat mengawal emosi dan intonasi suara. Hal ini menyebabkan orang yang kita ajak berkomunikasi akan terasa hati dengan kita. Selain itu, maklumat yang kita cuba sampaikan akan berbeza daripada maksud yang sebenarnya.


3. Contoh situasi adalah apabila guru memberi arahan kepada murid untuk melakukan aktiviti di dalam kelas tetapi pada masa yang sama, terdapat bunyi mesin rumput di luar kelas. Perkara ini akan menyebabkan murid tidak fokus di dalam kelas dan tidak mendengar arahan guru dengan jelas. gangguan luar 1.Halangan komunikasi yang terakhir ialah gangguan luar. Antara gangguan luar yang menjadi penghalang dalam proses komunikasi ialah gangguan persekitaran seperti bunyi bising daripada mesin rumput atau mesin di kilangkilang perindustrian. 2. Bunyi bising ini akan menyebabkan penyampaian mesej tergendala atau tidak dapat didengar sepenuhnya oleh penerima. Maklumat yang penting berkemungkinan tidak didengari oleh penerima maklumat dan menyebabkan kesalahfahaman berlaku


ISU BAHASA 01. ISU BUDAYA 02. ISU MEDIA SOSIAL 03. ISU-ISUKETERAMPILAN BERBAHASA


Bahasa merupakan elemen yang penting dalam proses komunikasi. Pemilihan bahasa adalah penting agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Kita hendaklah menggunakan bahasa yang sopan dan sesuai mengikut keadaan dan situasi kita ketika bercakap dengan orang lain agar mereka berasa senang untuk berkomunikasi dengan kita. Banyak pengaruh-pengaruh luar yang menyebabkan masyarakat kita sering menggunakan bahasa yang kurang sopan seperti pengaruh filem, drama, rakan sebaya dan banyak lagi. ISU BAHASA Contoh situasi adalah ketika berada dalam majlis rasmi, kita hendaklah menggunakan bahasa yang formal kepada tetamu walaupun tetamu itu adalah orang yang kita rapat. Selain itu, penggunaan perkataan kesat seperti 'bodoh' juga telah menjadi ikutan kepada remaja -remaja di luar sana. Penggunaan perkataan kesat ini telah menghilangkan identiti masyarakat melayu sebagai masyarakat yang bersopan santun.


ISUBudaya Budaya merupakan cara hidup manusia yang melalui satu proses perkembangan sahsia, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Seperti yang kita ketahui, Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa yang telah menyebabkan wujudnya pelbagai bahasa dan budaya. Kepelbagaian bahasa telah menyebablan berlakunya kesalahfahaman dalam proses komunikasi. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat loghat dan dialek yang berbeza. Berkemungkinan perkataan yang digunakan oleh penyampai maklumat mempunyai maksud yang berbeza bagi bahasa penerima. Selain itu, budaya bahasa rojak menyebabkan proses komunikasi tidak dapat berjalan dengan baik.


ISU MEDIA SOSIAL ISU MEDIA SOSIAL Media sosial merupakan medium yang untuk kita meluahkan perasaan atau menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Contoh aplilkasi yang sering digunakan adalah Whatapps, Instagram, twitter dan sebagainya. Pada zaman yang semakin moden ini, masyarakat menggunakan media sosial untuk menyuarakan pendapat mereka tetapi dengan keadaan beremosi. Emosi mereka yang tidak stabil seperti marah dan rasa tidak puas hati akan menyebabkan penyampaian mereka itu mengandungi kata-kata kasar, kesat dan tidak sopan. Perkara inilah yang akan menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat terutama sekali remaja.


RUMUSAN Kesimpulannya, kita hendaklah bijak untuk mengatasi halangan dan isu berkomunikasi ketika betutur. Hal ini dikatakan demikian kerana kita dapat menyampaikan maklumat dan menerima maklumat dengan baik dan lancar apabila kita boleh mengatasi halangan dan isu ini. Selain itu, kita hendaklah mengelakkan diri daripada menggunakan bahasa yang kotar dan kesat agar tidak menjadi ikutan generasi muda yang seterusnya. Apabila anak-anak muda menggunakan bahasa yang kotor dan kesat, maka negara kita akan dipandang oleh rendah oleh negara luar kerana mempunyai anak muda yang tidak beradab ketika bertutur. Oleh itu, kita hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memastikan isu keterampilan berbahasa ini dapat dikurangkan agar dapat melahirkan masyarakat yang bersopan santun dan matang ketika membuat keputusan


Kembara9002. (2013, March 15). Definisi Gangguan Emosi | PDF. Scribd. https://www.scribd.com/document/130517351/Definisi-Gangguan-Emosi# Muhaimi Suhaili. (2023, January 8). Asas Keterampilan Berbahasa. Muhaimisuhaili.com. http://muhaimisuhaili.com/index.php/ms/portfolio/70-keterampilan-berbahasa-2 PANTHERSpeFITNESS. (2016, April 27). Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu. Scribd. https://www.slideshare.net/PANTHERSpeFITNESS/elemen-elemen-komunikasi-dalam-bahasamelayu Zeckry, M. S. (2020, March 30). Apa itu Budaya • Wacana Az-Zeckry. Wacana Az-Zeckry. http://zeckry.net/2020/03/30/apa-itu-budaya/ RUJUKAN


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version