SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
D’FOURIANS KATA ALU-ALUAN PENERAJU DAN WARGA KD4 KURIKULUM KOKURIKULUM HAL EHWAL MURID KELAB/PERSATUAN SUKAN/PERMAINAN RUMAH SUKAN ALBUM KELAS UNIT BERUNIFORM PPKI CLASS OF 2024 2024 D’FOURIANS 1
D’FOURIANS 2
BERILMU BERSUSILA Kita bersama berpadu tenaga Murid dan guru seia sekata Amalan murni itulah budaya Amanah, berhemah sentiasa di jiwa (Korus) SMK Seksyen 4 Kota Damansara Menjadi tunggak wawasan negara SMK Seksyen 4 Kota Damansara Pewaris bangsa dipandang mulia Sahsiah dijunjung ilmu dijulang Warga disanjung, sekolah terbilang Azam dan tekad, penyuluh semangat Usaha gigih, mendapat berkat (Ulang korus) Ciptaan: En. Bakhtiar bin Mohd.Salleh Lirik: Pn. Noriyati bt Ismail Lagu Sekolah Bendera Sekolah D’FOURIANS 3
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Pendidikan ialah nadi pembangunan bangsa dan negara. Pendidikan yang efektif berupaya mencorakkan minda dan kualiti masyarakat sesebuah peradaban. Pendidikan ialah proses menyuntik ilmu dan adab kepada manusia; membina kemahiran dan karakter bagi manusia. Pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan potensi murid secara holistik, iaitu dalam akademik, kerohanian, emosi serta jasmani. Penekanan inilah yang diterjemahkan dalam konsep karamah insaniah, iaitu menitikberatkan pembangunan dan pembentukan murid beradab, berakhlak dan berintegriti. Tahun 2023 telah menyaksikan pelbagai inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilaksanakan dengan giat bagi meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak serta kesejahteraan guru-guru dan ibu bapa. Inilah usaha awal KPM dalam mereformasi pendidikan negara. Kerja keras KPM dalam mengubah persepsi pendidikan agar tidak terikat kepada sebuah aksara prestasi, namun mengambil kira pelbagai sudut penilaian yang holistik mencakupi pendidikan karakter murid telah dimulakan menerusi intervensi ke arah tiga ekosistem pendidikan, iaitu guru, murid dan infrastruktur. Reformasi pendidikan ialah aspirasi KPM untuk memberikan keadilan kepada semua lapisan masyarakat dan memastikan setiap anak menerima dan mendapat akses pendidikan berkualiti. Pada tahun 2024, lembaran reformasi pendidikan menginjak perkara dasar dalam pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tahun ini ialah tahun penting yang menyaksikan pelbagai impak dan implikasi muncul akibat perubahan global, ledakan teknologi serta nuansa pascanormal yang melanda masyarakat. Justeru itu, enam agenda telah digariskan sebagai hala tuju KPM dalam menyokong hala tuju negara, iaitu Pendidikan Digital, Pemerkasaan Kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI), peluasan dan pengukuhan prasekolah serta Kurikulum Persekolahan 2027. Selaras dengan tuntutan perkembangan semasa, penekanan hala tuju KPM ini akan memberikan nilai tambah positif yang berkesan dan dinamik ke arah transformasi pendidikan negara. Akhirul kalam, tahniah dan syabas saya zahirkan kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berganding bahu dalam merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala sumbangan serta komitmen dalam menghasilkan sebuah majalah yang kompak dengan rakaman sejarah, memori dan informasi amatlah dihargai. Terima kasih setulusnya kerana majalah ini telah melukiskan peta memori serta wajah kenangan manis buat anak-anak dan semoga dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca. “MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA, DAN NEGARA SEJAHTERA” YB FADHLINA BINTI SIDEK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA YB FADHLINA BINTI SIDEK D’FOURIANS 4
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya saya berkesempatan untuk memberikan kata alu-aluan dalam majalah sekolah tahun ini. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah ini. Saya yakin, semua pihak telah melaksanakan yang terbaik dalam memastikan pelbagai peristiwa sepanjang tahun ini dapat dirakam dan memberi informasi yang padat serta menarik agar dapat dikongsikan dengan warga sekolah. Pendidikan merupakan tonggak utama dalam pembangunan individu, masyarakat dan negara. la tidak hanya menyediakan pengetahuan dan kemahiran praktikal tetapi juga membentuk nilai, sikap dan keyakinan yang membentuk personaliti seseorang. Perkara ini sejajar dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat, setia dan bersatu padu di samping melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Malah, aspek keinsanan atau dimensi pendidikan manusiawi turut menjadi keutamaan pada hari ini. Justeru itu, saya ingin menyeru semua warga sekolah untuk menitik beratkan aspek sahsiah dan karamah insaniah dalam kalangan warga sekolah serta sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam merealisasikan agenda KPM demi memenuhi keperluan pendidikan negara. Akhir kalam, besar harapan saya supaya majalah sekolah ini tidak hanya sebagai sarana informasi dan komunikasi, tetapi juga sebagai wadah inspirasi bagi kita semua. Syabas dan tahniah diucapkan buat semua anak didik dan guru yang dikasihi atas pelbagai kejayaan yang telah diperoleh sepanjang tahun 2024. Sekian, terima kasih. HJ AZMAN BIN HJ ADNAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA HJ AZMAN BIN HJ ADNAN D’FOURIANS 5
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Karamah Insaniah dan Salam JPN Selangor Sentiasa Berkualiti dan Terus Unggul. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya diberikan kesempatan untuk merakamkan seuntai kata secebis bicara dalam majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara keluaran tahun 2024. Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha yang penting kerana menjadi rujukan masyarakat luar untuk mengetahui kemajuan dan kebitaraan sesebuah sekolah. Selain pelaporan aktiviti dan pencapaian sekolah pada tahun semasa, majalah sekolah juga mampu menyerlahkan aura, iklim serta budaya sekolah hasil garapan pemimpin sekolah dan warganya. Pendidikan ialah asas untuk membangunkan negara Madani yang mementingkan ciri-ciri seperti kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan perlu diterapkan dalam diri setiap individu agar dapat menjadi jati diri yang kukuh dan unggul. Hal ini dikatakan demikian kerana, penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri murid secara holistik dan mempunyai nilai karamah insaniah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, besar harapan saya agar warga pendidikan terus tekal dan istiqamah membugarkan personaliti pendidik yang dapat dijadikan suri teladan dalam usaha melahirkan anak bangsa yang mempunyai kesopanan dan kesusilaan sebagai masyarakat timur agar hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melahirkan insan yang beradab mithali. Oleh hal yang demikian, tujuh teras utama menjadi tumpuan KPM untuk mengemudi sistem pendidikan memerlukan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti dalam usaha menavigasi pendidikan di Selangor, setiap warga pendidikan di bawah lembayung JPN Selangor perlu mempunyai watak K-MASA (Knowledge, Measurable, Acceptable, Skills, Attitude and Other Criteria) agar dapat melahirkan warga sekolah yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain untuk membentuk pendidikan yang berkualiti dan unggul di Selangor. Saya amat yakin bahawa penerbitan majalah sekolah pada tahun ini merupakan manifestasi kolaboratif, komitmen serta kreativiti dan pemikiran kritis semua pihak iaitu murid, guru dan barisan kepimpinan sekolah yang disokong pula oleh pihak ibu bapa serta komuniti. Sistem jalinan dan jaringan secara menyeluruh dalam pendidikan perlu dikekalkan agar sekolah berkualiti dan kemenjadian murid dapat direalisasikan. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah yang telah merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Besar harapan saya agar majalah ini dapat melestarikan memori dan kenangan manis kepada seluruh warga sekolah. DR. JAFRI BIN ABU Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR DR. JAFRI BIN ABU D’FOURIANS 6
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam karamah insaniah, Salam Anak yang Baik lagi Cerdik, Salam Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada pihak sekolah dan sidang redaksi majalah sekolah kerana memberikan ruang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada warga sekolah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang amat istimewa, berkualiti dan bernas kandungannya ini. Majalah sekolah merupakan hasil pendokumentasian segala hal ehwal sekolah baik yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, mahupun yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum serta hal ehwal murid. Maklumat yang berkaitan dengan kurikulum, pedagogi dan pentaksiran turut dimuatkan dalam majalah sekolah untuk dijadikan sumber rujukan utama kepada masyarakat umum. Sehubungan dengan itu, majalah yang bermutu tinggi menjadi cerminan status dan citra kecemerlangan sekolah. Kebitaraan sekolah dalam pelbagai aspek, pencapaian dan kemenjadian murid, serta hasil karya murid turut ditonjolkan dalam majalah sekolah. Kandungan yang bermakna ini secara langsung ataupun tidak telah menggambarkan etos dan budaya sekolah. Keseluruhan proses penerbitan majalah sekolah akan memberikan pengalaman yang amat berharga kepada murid-murid yang terlibat secara langsung, khususnya ahli sidang redaksi majalah sekolah. Oleh sebab itu, warga pendidik, khususnya guruguru sekolah haruslah terus membimbing murid-murid supaya mereka diupayakan dari segi kepemimpinan, perancangan tugas, pelaksanaan, ilmu fotografi, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi(ICT), kewartawanan, keterampilan berbahasa dalam pengkaryaan, dan penyuntingan. Sehubungan dengan itu, murid-murid ini juga perlu berfikir secara kritis dan kreatif untuk mendepani pelbagai cabaran dan kekangan sewaktu menghasilkan majalah sekolah. Saya amat berharap agar pihak sekolah terus menunjukkan iltizam yang padu dan jitu untuk merealisasikan segala hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia seiring dengan dasar-dasar pendidikan mutakhir. Dalam gelombang ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang bermula semenjak 2021 dan berakhir pada 2025 kelak, sekolah telah diberi kuasa autonomi untuk melakukan anjakan ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir urus kendiri. Hal ini bermakna sekolah haruslah lebih proaktif untuk memastikan segala yang direncanakan bukan sahaja menjadi realiti, malah melebihi pencapaian yang disasarkan. Akhirulkalam, saya sekali lagi merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada sidang redaksi majalah sekolah atas kejayaan penerbitan majalah ini. Kepada pembaca majalah sekolah ini pula, saya berharap semoga pembacaan majalah ini membawa kemaslahatan. Sekian, terima kasih. HANIZA BINTI MOHD JABAR@IBRAHIM Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama HANIZA BINTI MOHD JABAR@IBRAHIM pegawai ppd D’FOURIANS 7
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, majalah D’Fourians SMK Seksyen 4 Kota Damansara Edisi ke-18 bagi tahun 2024 dapat diterbitkan dengan jayanya. Majalah D’Fourians ini bukan sekadar dokumentasi aktiviti dan pencapaian sekolah, tetapi juga cerminan dedikasi dan usaha gigih seluruh warga sekolah dalam memastikan kecemerlangan dalam setiap aspek pendidikan. Malah, majalah D’Fourians merupakan rekod perjalanan kita sepanjang tahun 2024 yang penuh dengan cerita dan kenangan buat seluruh warga SMK Seksyen 4 Kota Damansara. Sepanjang tahun 2024, kita telah melalui pelbagai cabaran dan kejayaan yang telah mengukuhkan lagi jati diri dan semangat kita sebagai sebuah komuniti pembelajaran. Saya amat berbangga dengan pencapaian murid-murid kita dalam bidang akademik, kokurikulum, dan sahsiah, yang membuktikan keupayaan mereka untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian ini selari dengan aspirasi KPM yang mahu melahirkan anak yang baik lagi cerdik (ABC) dan terjemahan kepada karamah insaniah yang sangat dihajati. Selaras dengan konsep generasi MADANI, penerapan aspek kemanusiaan ialah proses berterusan selari dengan konsep Rukun Negara kelima, Kesopanan dan Kesusilaan. Justeru, melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), semua potensi yang ada pada murid perlu dikembangkan secara holistik, optimum dan dilaksanakan dengan mengaitkan potensi itu antara satu sama lain. Melalui pelaksanaan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) akan melahirkan generasi murid ‘manusiawi’ dan mempunyai nilai kemanusiaan tinggi dapat dizahirkan oleh sistem pendidikan kebangsaan seperti digariskan dalam konsep Malaysia MADANI. Akhirnya nanti dengan doa dan harapan, murid-murid ini nanti boleh menjadi insan yang cemerlang dan terbilang pencapaian akademiknya dan akhirnya mampu menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Tidak dilupakan juga penghargaan yang setinggi-tingginya kepada para guru yang telah menunjukkan komitmen yang luar biasa dalam mendidik dan membimbing para murid kita. Kepada ibu bapa dan penjaga, terima kasih atas sokongan padu yang diberikan kepada sekolah dalam memastikan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak kita. Semoga Majalah D’Fourians ini menjadi kenangan manis yang akan dikenang sepanjang hayat, serta sumber inspirasi untuk terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Akhir kata, saya berharap agar majalah ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada semua dan mencerminkan nilai-nilai murni serta pencapaian yang kita semua banggakan. Majalah D’Fourians ini bukan sahaja berfungsi sebagai rekod kenangan malah juga sebagai pendorong untuk kita terus melangkah ke hadapan dengan penuh semangat dan iltizam. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjadikan tahun-tahun mendatang lebih hebat dan gemilang. Sekian, terima kasih. Berilmu Bersusila MOHD ZAINUDIN BIN MOHD ZAIN Pengetua SMK Seksyen 4 Kota Damansara PENGETUA MOHD ZAINUDIN BIN MOHD ZAIN D’FOURIANS 8
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya sekali lagi diberi kesempatan untuk menulis kata alu aluan untuk D’ Fourians, SMK Seksyen 4 Kota Damansara, edisi ke 19 tahun 2024. Sesungguhnya, majalah sekolah bukan sahaja menjadi medium untuk mendokumentasikan aktiviti dan pencapaian warga sekolah, malah menjadi kenangan yang berharga untuk semua pihak yang terlibat. Sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang telah memegang jawatan ini selama dua tahun, saya amat berbangga melihat perkembangan dan kejayaan yang dicapai oleh sekolah ini dalam tempoh tersebut. Kejayaan ini tentunya tidak datang bergolek, tetapi hasil usaha gigih dan dedikasi para guru serta murid, disokong erat oleh kerjasama ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah. Dua tahun bukanlah tempoh yang singkat dan dalam tempoh itu, saya menyaksikan usaha yang berterusan daripada semua pihak untuk memastikan sekolah ini terus maju. Pelbagai inisiatif dan program telah dijalankan dengan kerjasama erat antara ibu bapa, guru, pihak pentadbiran sekolah serta komuniti setempat yang merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah sekolah. Dengan adanya sinergi ini, saya yakin sekolah ini akan terus maju ke hadapan dan menjadi institusi yang disegani dalam melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, dan berketerampilan. Saya amat menghargai penglibatan aktif para ibu bapa dalam menyokong program-program PIBG dan turut membantu dalam memperkasakan kecemerlangan murid-murid sekolah ini, sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum. Selain itu, dalam tempoh dua tahun ini juga, saya dapat melihat kesungguhan warga sekolah dalam menghadapi pelbagai cabaran, terutamanya dalam era pasca-pandemik yang menuntut kita untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu. Keprihatinan dan dedikasi guru-guru dalam mendidik anak-anak kita amatlah saya hargai. Usaha keras mereka telah membuahkan hasil apabila ramai murid kita berjaya mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang, di peringkat sekolah mahupun di luar sekolah. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan kepimpinan sekolah, yang sentiasa bekerja keras dalam memastikan segala aktiviti dan program berjalan lancar. Kerjasama yang terjalin antara PIBG dan pihak sekolah merupakan asas yang kukuh bagi kita untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan. Saya berharap agar PIBG dapat terus memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan sekolah ini, demi masa depan anak-anak kita yang lebih cemerlang. Marilah kita sama-sama berganding bahu untuk terus membimbing mereka menjadi generasi yang berilmu, berakhlak mulia, dan berwawasan. Akhir kata, saya berharap agar majalah ini dapat menjadi wadah untuk mengabadikan detik-detik indah sepanjang tahun persekolahan serta sebagai inspirasi kepada generasi yang akan datang Sekian, terima kasih. MOHAMED ZAKARIYA BIN OTHMAN Yang Dipertua PIBG SMK Seksyen 4 Kota Damansara YDP PIBG MOHAMED ZAKARIYA BIN OTHMAN D’FOURIANS 9
KETUA MURID DHIA FARIESHA BINTI MOHD YAZID Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, Syukur kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, kita dapat meneruskan perjalanan pendidikan di sekolah ini dengan semangat yang tinggi dan penuh iltizam. Di dalam edisi majalah kali ini, kita dapat melihat pelbagai usaha dan kejayaan yang telah dicapai oleh warga sekolah, daripada pelajar hingga ke guruguru yang sentiasa memberi komitmen yang luar biasa. Sebagai Ketua Murid, saya merasa amat bangga dapat mewakili suara rakan-rakan semua. Kejayaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada kerja keras, kerjasama, dan semangat yang tidak pernah luntur. Setiap langkah yang diambil, sama ada dalam bilik darjah, di luar kelas, atau dalam aktiviti ko-kurikulum, membuktikan bahawa kita semua berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang. Majalah ini bukan sahaja menjadi platform untuk kita berkongsi cerita dan informasi, tetapi juga untuk menginspirasikan satu sama lain agar terus berusaha, berfikir kreatif, dan menggapai impian. Semoga dengan terbitnya majalah ini, kita dapat lebih menghargai setiap pencapaian kecil dan besar yang kita capai bersama sebagai sebuah komuniti yang harmoni. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan majalah ini. Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada kita semua dan menjadi sumber inspirasi bagi setiap individu untuk terus maju ke hadapan. Terima kasih. DHIA FARIESHA BINTI MOHD YAZID Ketua Murid SMK Seksyen 4 Kota Damansara D’FOURIANS 10
KETUA EDITOR HANI HUMAIRA BINTI HAIRUL HISHAM Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, dan selamat datang kepada semua pembaca yang saya kasihi. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, kita dapat berkumpul di sini untuk menyaksikan penerbitan edisi terbaru Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam menghasilkan majalah ini, termasuklah rakan-rakan sepasukan editorial, guru-guru pembimbing, serta semua yang terlibat. Majalah sekolah ini merupakan wadah bagi pelajar untuk menzahirkan kreativiti, berbagi ilmu pengetahuan, dan berkongsi pengalaman. Dalam edisi kali ini, kami telah berusaha untuk mempersembahkan pelbagai hasil kerja murid yang menarik, yang meliputi pelbagai aspek kehidupan sekolah, pencapaian pelajar, dan juga isu-isu semasa yang relevan dengan dunia remaja. Sebagai ketua editor, saya merasa amat berbangga dapat memimpin pasukan editorial yang penuh dedikasi dan berbakat ini. Setiap karya yang dipaparkan di dalam majalah ini adalah hasil usaha keras dan semangat kerjasama yang tidak kenal penat lelah. Semoga setiap artikel dan gambar yang dipilih dapat memberi manfaat serta inspirasi kepada seluruh warga sekolah. Saya berharap pembaca semua dapat menikmati setiap halaman majalah ini dengan penuh minat dan juga mengambil iktibar daripada isi kandungannya. Semoga majalah ini dapat menjadi medium yang terus mengeratkan hubungan antara pelajar, guru, dan seluruh komuniti sekolah. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada penerbitan ini. Semoga kita terus diberikan kekuatan untuk bersama-sama memartabatkan nama SMK Seksyen 4 Kota Damansara melalui pelbagai usaha, termasuklah melalui penerbitan majalah ini. Sekian, terima kasih. HANI HUMAIRA BINTI HAIRUL HISHAM Ketua Editor, Majalah SMK Seksyen 4 Kota Damansara Tahun 2024 D’FOURIANS 11
PENTADBIR DARI KIRI BARIS 1: YEE LEE YEAN (PK KOKURIKULUM), WONG YOK CHU (PK PENTADBIRAN), MOHD ZAINUDIN B MOHD ZAIN (PENGETUA), NOOR AZLIYAH BT RAZALLI (PK HEM), JUHAIZAN BT JUSOH (PK PENDIDIKAN KHAS) BARIS 2: NORHASIMAH BT MOHAMED (GKMP TEKNIK & VOKASIONAL), THANABALAN A/L MUNUSWAMY (GKMP SAINS & MATEMATIK), NORIZAN BT YAAKOB (GKMP BAHASA), SUHAIBAH BT ABDUL MUTALIB (GKMP KEMANUSIAAN) D’FOURIANS 12
BARISAN GURU SMKS4KD DARI KIRI KE KANAN BARIS 1:ZULAIHA, WONG CHOY KHENG, MAZIANA, TANTY ENYDA, NORHASHIMAH, SUHAIBAH, YEE LEE YEAN (PK KOKU), WONG YOK CHU (PKP), MOHD ZAINUDIN (PENGETUA), NOOR AZLIYAH (PK HEM), JUHAIZAN (PK PKI), NORIZAN, THANABALAN, HERDAWATI, SARINA, YANNINA BARIS 2: JASMINDER, SALIZA, NUR IZZAH, SH. HAJAR, MAZNAH, SITI NOR, NORAIZAN, ANITA AZURA, NORHAZNIDA, SH. NAJAA, NORNAFISAH, NORAHAIZAM, INA FOO LEE MIN, NORIZAM, THAYAALINI, HARIANE, NUR SYAFIQAH AMIRA, SHAZILA EVANI, AZIZAN, NURUL JANNAH, FAIZAH, NOOR HASHIMAH, NUR HASILAH, NOR SYAZWANI, AZURAIDAH, HALIMATUN, NUR ADLINA, AISYAH SANDHERA, RUSLIA, NORFADHILAH, NORALIZA, NUR AINI BARIS 3: ZUHAILA, NUR SHAERAH, SUHANI, RAHIMAH, NURULAIDA, NOR HIDAYAH, NUR SHAZMIZA, NURASHIKIN, NORHASLIZA, MOHD SUFFIAN, ABD RAZAK, HAFIZ AFANDI, AZNOR AZIM, NIK MOHD SHAHIDDAN, MOHD ANUAIRUL, MUHAMMAD SARIF, BAHARIN, SHAKIRAH, SURIANI, NURDIANA, KHAIRUN NAJIHAH MUNIRAH,, WAN ZAINAB, NOR AZLIANA, NUR AZREEN SYAZA, ROSNAH, NUR SYUHADA D’FOURIANS 13
GURU PPKI D’FOURIANS 14
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA D’FOURIANS 15
JAWATANKUASA INDUK PIBG SESI 2024/2025 SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA JAWATAN PENYANDANG Penasihat Encik Mohd Zainudin bin Mohd Zain Yang DiPertua Encik Mohamed Zakariya bin Othman Naib Yang Dipertua Encik Hafizudin bin Zaharudin Setiausaha Puan Norsyazwani binti Muhamad Zain Naib Setiausaha Puan Nur Adlina Syafiah binti Mohd Asri Bendahari Puan Zarina binti Mokhtar Naib Bendahari Cik Norsyafiqah Amira binti Hashim AJK Ibubapa 1. Encik Norshamsuddin bin Abu Hassan 2. Puan Siti Fazidah binti Mohd Shoib 3. Puan Rosliyawati binti Shaari 4. Puan Teo Ching Wenn (Gloria) 5. Puan Alisa binti Alias AJK Guru 1. Puan Azuraidah binti Mohammed 2. Puan Shazila Evani binti Mohamad Solihin 3. Puan Nur Shazmiza binti Saibun 4. Cik Nur Azreen Syaza binti Azlan Pemeriksa Kira-kira Wakil Ibu bapa: Puan Jusrizawati binti Jusoh Wakil Guru: Puan See Siew Ying D’FOURIANS 16
D’FOURIANS 17
D’FOURIANS 18
MAJLIS PEMIMPIN MURID (MPM) D’FOURIANS 19
MAJLIS PUSAT SUMBER SEKOLAH (MPSS) D’FOURIANS 20
KOPERATOR SEKOLAH D’FOURIANS 21
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) D’FOURIANS 22
D’FOURIANS 23
D’FOURIANS 24
D’FOURIANS 25
D’FOURIANS 26
D’FOURIANS 27
D’FOURIANS 28
D’FOURIANS 29
D’FOURIANS 30
D’FOURIANS 31
D’FOURIANS 32
D’FOURIANS 33
D’FOURIANS 34
D’FOURIANS 35
D’FOURIANS 36
D’FOURIANS 37
D’FOURIANS 38
D’FOURIANS 39
D’FOURIANS 40
D’FOURIANS 41
D’FOURIANS 42
D’FOURIANS 43
D’FOURIANS 44
D’FOURIANS 45
SELOKA 5 BAKTI K A R Y A M U R I D Salam sejahtera 5 BAKTI ucapkan, Kelas tersolid itulah kami, Singgah sebentar kami alukan, Bacalah ragam kami tiada henti. PN RAFIDA guru kelasnya kami, Pengganti ibu di siang hari, Sungguh sabar dengan kelas bakti, “shushh senyap! addmath senang je ni”. Penghibur kelas CIKGU AZLIANA lah, Tukang backup kami di mana jua, Manis sungguh MADAM AISYAH, Tempat mengadu kami semua. USTAZAH HARIANE penyuap jajan, CIKGU ROSNAH safe place kami, Suara CIKGU NORIZAN menjadi dodoian, Our PAPA THANA sentiasa di hati. Imbangkan akaun bersama CIKGU IKIN, CIKGU SHIMA pula mengajar algoritma, Wahai murid, menuntut ilmu sentiasalah rajin, Agar bijak pandai seperti PN WONG yang ternama. Bila berleter tak reti berhenti, Bila berdebat handal sekali, Bina badan setiap hari, MUHAMMAD ROSYAM BIN JULKIBALI. Kak long kami NURIL KAMILAH, Suaranya ibarat speaker masjid, Sekali berkata semua gundah, Walaupun begitu, tetap solid. Si pemadam whiteboard NAFIZ namanya, Mata sepet bagaikan cina, Rakan musuh SYAFIYAH orangnya, Moga nanti ke pelamin jua. SYA, HANA, RYZ taklah rajin sangat, Study last minute alhamdulillah pass, Ditanya soalan mereka penyelamat, Siapa tak kenal top3 kelas Muka ketat macam nak marah, Sekali ditegur peramah rupanya, Boleh jadi tak tentu arah, Sangat teliti, pastinya NAJWA. Kelompok ini sering diburu, Meja belakang empat sekawan, Pjpk turun, addmath turu, PEJAL, ACAP, FARIZ DAN IPAN. Kejap datang kejap tidak, Sakit perut punca utama, Sekali setahun dia gelak, Bersin kuat memang FARIS la. QURRATU dan ALIYAH duo minion, IZZAH dan ALEESA pula sekepala, Bersatu bagaikan ikatan ion, Comel dan cantik molek belaka. Masuk hospital kaki patah, Bawa moto, moto terbang, Tidak cukup cinta bertepuk sebelah, Tahun ini FIKRI malang. Suara ayu bertudung labuh, UMMU AFIQAH empunya nama, Orangnya sopan, pendiam sungguh, ‘miss blur-blur’ gelarannya. Andai patah sayap rajawali, Bertongkat jua kami kemari, Andai ada yang terasa hati, Ampun maaf dari 5 BAKTI. Seloka dari murid 5 Bakti D’FOURIANS 46
IMPIAN MENDIDIK K A R Y A M U R I D ‘Aku harap boleh kawal budak tu.’ Cikgu Diana asyik menanda kertas jawapan murid. Kadang kala, dia memandang murid dengan tersenyum demi memastikan kelasnya terkawal. Dia sudah melengkapkan dirinya dengan kaedah mengawal murid yang bertindak luar kawal. Impian diri menjadi guru Pendidikan Khas sudah terwujud. Dia tiba-tiba tersentak dan bungkam apabila menyemak satu helaian kertas jawapan anak muridnya. Remuk dan penuh lukisan yang tidak bermakna. Tulisan yang seperti cakar ayam menambahkan lagi kesakitan matanya untuk menyemak kertas tersebut. Dia tidak berdaya lagi untuk membaca jawapan tersebut, lalu menghempaskan kertas itu ke meja. “Razi! Datang sini sekejap.” Cikgu Diana mendengus. Suara itu mampu memecahkan suasana hingar-bingar kelas. Kelas itu memang terkenal akan suasana kebingitan yang melampau ibarat pasar. Namun apabila Cikgu Diana mengeluarkan sesuatu daripada mulutnya, kelas bertukar hening seolah-olah memberikan laluan kepadanya. Lantas, Razi bangun. Dia menuju ke hadapan dengan berjalan terjengket-jengket. “Razi! Apa yang kamu buat dengan kertas ini?” cebik Cikgu Diana. Dia belum masak dengan Razi. Namun, dia telah dimaklumkan bahawa Razi akan bertingkah laku luar kawalan sekiranya keinginan dirinya tidak tercapai. “Oh, saya lukis. Takkan tak boleh kan, cikgu? Hehe..” kata Razi sambil menyeringai. “Tak boleh. Saya terpaksa gagalkan awak!” respons Cikgu Diana yang berang. Nampaknya Razi tidak boleh menerima realiti. Spontan Razi bertindak mencederakan tangan kirinya dengan pensel tumpul yang digenggam kemas di sebelah tangan. Tiada darah yang memercik atau pun mengalir deras, melainkan memar yang menjadi bukti ketidakpuasannya. Cikgu Diana tidak menjangka senario yang dilihat ini dapat disaksikan mata kasarnya sendiri. Tragedi itu sememangnya terjadi. Kalau sebelum ini, dia hanya mendengar khabar angin daripada para guru tetapi kali ini, dia dapat merasakan tragedi itu benar-benar nyata. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi, sekadar mengetap bibir. Badannya longlai, namun dia harus memberhentikan tingkah laku anak muridnya itu. “Razi! Tahniah, awak berjaya! Saya bangga!” Cikgu Diana mengukir senyuman paling manis untuk Razi. “Tahniah juga untuk cikgu! Berjaya mendidik anak istimewa seperti saya! Saya turut menumpang gembira. Apa-apapun perkara yang lama, jangan dikenang!” balas Razi lalu memeluk erat gurunya. Mereka berpelukan dengan erat. Tiada siapa dapat memisahkannya. Dan, Cikgu Diana sedar bahawa susuk Razi kian memudar. Susuk Razi yang dia kenal itu lama-kelamaan menyirnakan diri sepenuhnya. ‘Razi?’ Muhammad Farazzi b Nazaruddeen (4 Amanah) Penulis Muda Karnival Pendidikan Juara Peringkat Negeri “Razi! Kenapa awak buat macam tu?” jerit Cikgu Diana. “Maafkan saya. Saya tak sengaja...” balas Razi selamba. Kelas tidak riuh. Realitinya, sudah menjadi ‘norma’ bagi semua pelajar dalam bilik darjah itu. Semua sudah membudayakannya. Cikgu Diana membuka langkah seribu meninggalkan kelas. Semua orang terpinga-pinga. Razi pula mengabaikan telatah gurunya yang lari tidak keruan arah. Cikgu Diana terus meluru ke tandas. Dia menjerit sekuat tenaga, namun sekadar dalam hatinya sahaja. Risau, takut ada guru lain melihat dirinya menjerit tanpa sebab. ‘Aku tak boleh begini. Kenapa dia bertindak begitu? Aku tahu dia seorang murid khas, tetapi mengapa diriku tidak berdaya untuk mengawal dirinya daripada bertindak sedemikian. Sepatutnya, aku halang. Nasi sudah menjadi bubur. Aku gagal!’ kata hati dirinya sambil memandang cermin yang memantulkan wajahnya yang cemas. ‘Aku bertekad. Mulai hari ini, aku akan ajar Razi bersungguh-sungguh. Aku akan belajar juga untuk memahami sikap dan tingkah laku dia. Untuk kebaikannya juga. Kalau aku gagal didik dia, dituding jari lah jawapannya’ Sejak daripada senario itu, Cikgu Diana cuba untuk merapatkan hubungan dirinya dengan Razi. Walaupun pada permulaan agak sukar kerana hubungan mereka tidak akrab, namun akhirnya berhasil. Bukan mudah untuk menjadi ‘rakan setia’ Razi kerana sikapnya yang suka memencilkan diri. Genggamlah bara api biar sampai jadi arang. Pelbagai cara dibuat seperti memberikan afirmasi kepadanya. Kadang-kadang juga Cikgu Diana suka memberikan ganjaran secara berkala sekiranya Razi berjaya menyiapkan tugasannya dengan bermutu. Berkat kesungguhan dirinya untuk mendidik anak muridnya begitu istimewa akhirnya membuahkan hasil yang memberangsangkan. D’FOURIANS 47
KARYA MURID Whiskers and Paws A cat is grace in silent form, A shadow soft, a perfect storm— With eyes that gleam like blue skies, And secrets held in quiet sighs. She pads through rooms with velvet paws, A gentle queen without a cause, Her tail a brush of silky art, A mystery within her pure heart. She leaps, she curls, she dreams, she purrs, A creature wrapped in softest furs. Her world is simple, small, and sweet— A patch of sun, a cozy seat. At dusk she leaps to windowsills, And watches over moonlit hills, A hunter in her silent stare, With nothing but the midnight air. Yet in her gaze, a world unfolds, Of ancient tales and myths untold— A cat, a world, a soul that roams, A whispering heart that calls us home. Written by: Myzara Hanna bt Meor Firdause (2 Amanah) Broken What about the cats? Three cats we plan to have when we’re older. What about the vacation? Vacation we plan to have when we’re older. What about the big house? We used to think of living together when we’re older. What about the picnic? We used to have together. What about the memory? We used to make together. Look where we are, I know the road to the old, Had you in blindfolds, How could you Close the door while I was waiting for you? How “Broken” of me, So I closed my heart, Look what we are, Once a lover, Now outsiders, Must we accept, We’re just strangers? Who knows too well about each other, Must we accept, We’re just chapter for one another, And I thought this was the end of my letter, Yet I still wonder, You’ll let this chapter be forgotten, And decay the important, “Broken” of me to know this truth, Truth that I am entirely broken, Yet again I thought this was the end of my letter, But I still wonder for this chapter, Sudden hit by the reality it feels like a thunder, Because the letter is for the “Broken Writer” Not you, the immature. -Hatori ReykaD’FOURIANS 48