PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2 Penulis Yanie Sarwainie Sarudin Editor Citynaly Dolimin Pereka Bentuk Janiah Lauk Ilustrator Zelency Douni
KANDUNGAN • Bidang : Seni Halus • Tajuk 1: Seni Lukisan Definisi lukisan Sejarah perkembangan seni lukisan Teknik lukisan Projek pereka muda Apresiasi Seni Tumpu galeri Rumusan
Bidang Seni Halus • Seni Halus ialah aktiviti untuk meluahkan perasaan dan idea melalui penghasilan karya seni yang berbentuk dua dimensi (2D) atau tiga (3D). Fokus bidang Seni Halus ialah lebih kepada nilai estetik. Semasa di tingkatan 1, anda telah mengetahui bidang seni halus yang merangkumi seni lukisan, seni catan, seni cetakan dan seni arca. Kini, untuk Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2, anda akan mempelajari tajuk-tajuk tersebut dengan lebih mendalam.
Tajuk 1 : Seni Lukisan lukisan ialah kemahiran yang penting selari dengan kemahiran menulis dan bertutur. Pernahkkah anda terfikir mengapa kanak-kanak terlebih dahulu pandai melukis berbanding menulis dan mengira? Lukisan merupakan pengetahuan awal untuk memluahkan perasaan atau menyerlah pemikiran dan idea. Tahukah anda bahawa kemahiran dalam bidang seni visual yang lain? Hal ini kerana setiap pelukis perlu mempunyai kemahiran melukis sebagai asas kepada penghasilan karya-karya lain.
STANDARD KANDUNGAN 1.1 Pemahaman terhadap konsep Seni Lukisan dalam bidang Seni Halus. 1.2 Eksplorasi dan aplikasi pengetahuan dalam penghasilan Seni Lukisan. 1.3 Menzahirkan idea dan konsep melalui pelbagai sumber dalam penjanaan tugasan. 1.4 Penghayatan terhadap hasil karya Lukisan dengan menggunakan istilah dan Bahasa Seni Visual. Kata kunci seni • Artistik • Hal benda • Hematit • Krayon • Satira
Persepsi Seni • Definisi Lukisan Lukisan merupakan suatu Teknik menggambar atau hasil kerja seni yang menggunakan media kering atau warna yang minimum. Media kering ini digunakan di atas permukaan dua dimensi (2D) seperti kertas, kanvas, kadbod, plastic, papan dan dinding. Contohnya media kering ialah pensel, krayon, pen, pastel, arang, pensel warna, dakwat dan kapur. Lukisan boleh menjadi hasil karya tersendiri selain menjadi asas kepada penghasilan karya seni lain seperti seni catan, seni cetakan, seni arca dan sebagainya. Kini, dalam era digital, lukisan dihasilkan melalui computer dengan menggunakan perisian tertentu. Kecanggihan perisian computer membolehkan seni lukisan dihasilkan dengan lebih cepat dan mudah.
Sejarah Perkembangan Seni Lukisan • Sejarah Lukisan Gua Tempatan Sejarah lukisan gua di Malaysia dianggarkan berusia sekitar 3000 hingga 4000 tahun. Lukisan Zaman Neolitik yang terdapat pada dinding gua Tambun misalnya, dihasilkan menggunakan hematit berwarna merah. Lukisan tersebut mempamerkan figura manusia sedang menari dan mencangkung. Selain itu, terdapat paparan lukisan haiwan buruan, lukisan geometri dan kesan cap tapak tangan. Gambar 1.1: lukisan pada dinding Gua Tambun, Perak.
Lukisan pada dinding Gua Kain Hitam, Niah dihasilkan oleh masyarakat peribumi Sarawak. Lukisan dinding sepanjang 200 kaki di gua batu kapur ini menggambarkan kehidupan masyarakat primitive. lukisan yang terdapat pada dinding Gua Merapoh, Pahang sukar untuk ditafsir. Lukisan ini menggambarkan figura lidi dalam kedudukan yang aneh. Gambar 1.2: Lukisan pada dinding Gua Kain Hitam, Niah Sarawak. Gambar 1.3: Lukisan pada dinding Gua Merapoh, Pahang.
Pelukis dan Karya Pelukis Tempatan Negara kita mempunyai ramai tokoh terkenal dalam seni lukisan. Mereka bukan sahaja terkenal di dalam negara malah di peringkat antarabangsa. Contohnya ialah Abdullah Ariff, Saidin Yahya, Mohamed Hoessein Enas, Dzulkifli Buyong dan Datuk Lat.
Teknik Melukis • 1. Teknik garisan, 2. Teknik garisan pangkah, 3. Teknik titik, 4. Teknik lorekan dan 5. Teknik campuran.
Pensel • Dibuat daripada arang dan tanah liat. • Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton. • Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel. Contoh lukisan pensel pensel mempunyai pelbagai saiz saiz yang berbeza memberi kesan ton yang berbeza
Arang • Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar. • Media yang tertua sekali. • Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat. • Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam. arang yang digunakan untuk melukis Kesan lorekkan daripada arang Hasil karya daripada media arang
Media Pen dan ink • Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya • Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza • Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci Pen teknikal beri kesan halus pada lukisan lukisan media pen Lukisan pen menggunakan teknik titik
Media Pastel • Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza. • Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal Soft pastel - seperti kapur, dan digunakan untuk menghasikan lukisan potret lukisan media pastel Kesan lorekan oil pastel dan soft pastel
Apresiasi Seni • Pada bahagian Apresiasi Seni ini, murid akan mempamerkan hasil karya yang telah didokumentasikan dalam Ekspresi Seni. Kongsikan pengalaman anda dalam menghasilkan karya tersebut. Anda boleh menggunakan pandua berikut untuk menerangkan karya seni anda: - kesesuaian aksi atau perspektif yang dipilih. - kesesuaian media dan Teknik yang digunakan.
Tumpu Galeri Tujuan: menghasilkan karya seni lukisan dengan menggunakan idea sendiri secara kreatif dan inovatif serta membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual. bahan;: hasil karya seni murid dalam aktiviti Ekspresi Seni. Langkah: 1. Guru akan memilih sepuluh hasil karya seni murid yang terbaik. 2. Pamerkan hasil karya tersebut di hadapan kelas. 3. Setiap pemilik karya terpilih perlu membuat apresiasi berpandukan aspek media dan Teknik dalam penghasilan karya. 4. Murid lain boleh bertanya soalan atau memberi pandangan masing-masing. 5. Catatkan maklumat dari pemerhatian anda dalam buku nota.
Rumusan Sejarah Tokoh Media Teknik Lukisan pada dinding gua tempatan - Gua Tambun, Perak figura manusia, haiwan, geomerti dan cap tapak tangan. - Gua Kain Hitam, Niah Sarawak gambaran kehidupan masyarakat primitive. - Gua Merapoh, Pahang. Figura orang lidi dalam kedudukan aneh - Abdullah Ariff Ilustrasi berbentuk kartun. Bertemakan patriotic. - Saidin Yahya Merupakan prinsip moral dan unsur patriotic - Mohamed Hoessein Enas. Memaparkan mesej budaya - Dzulkifli Buyong Alam kanak-kanak sebagai tema. - Datuk Lat Gambaran sosial dan politik semasa secara satira - Pen - Pastel - Arang - Kapur - Pensel - Dakwat - Pensel warna - Oil pastel - Lorekan - Contengan/corengan - Gosokan - Garisan selari - Silang pangkah - Titikan