The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 495-3-anis, 2021-09-19 06:20:47

PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR BIL MATHUR

PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR BIL MATHUR

SUMBER DAN
PERKEMBANGAN TAFSIR
BI-ALMATHUR PADA
ZAMAN RASULULLAH,
SAHABAT DAN TABIIN
By; anis atirah

Sumber

01 Al-Quran dengan al- 03 Al-Quran dengan
02 Quran 04 kata sahabat

Sebaik-baik cara pentafsiran hendaklah Tafsir sahabat adalah antara tafsir yang
mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran, patut diterima dan dijadikan pegangan
sebab perkara yang dijelaskan secara mujmal keraba mereka ilmu secara langsung dari
pada satu ayat diperincikan di tempat lain. Rasulullah

Al-Quran dengan Al-Quran dengan
al-Hadis pendapat tabiin

Tafsir al-Quran dengan hadith Rasulullah
saw merupakan cara kedua mentafsirkan
al-Quran sekiranya pentafsir tidak
mendapat pentafsirannya dari ayat yang
lain.

Perkembangan

01 02 03

Secara lisan atau Penulisan bersama Jalur sanad
periwayatan dengan hadis terasing dengan

hadis

04 05

Lengkap, sanad Pengguguran
bersambung sanad

01

Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah pada zaman
khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Bani Umayyah. Melalui cara ni, para sahabat mengambil

penafsiran daripada Rasulullah SAW atau para sahabat meriwayatkan iaitu dengan cara penukilan
yang boleh dipercayai, diteliti dan mengambil berat tentang sanad periwayatan. Pada waktu ini

lahirnya mufassirin dari kalangan sahabat utama seperti khulafa’al-Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Abbas,
Ubai bin Kaab dan Aisyah RA. Keadaan ini berterusan sehingga zaman permulaan tabiin yang mana
mereka menerima secara lisan daripada sahabat. Pada zaman ini munculnya madrasah tafsir; Ibn

Abbas di Mekah, Ubai bin Kaab di Madinah dan Abdullah bin Masud di Kufah

02 Cara kedua adalah hasil lanjutan daripada cara pertama iaitu
riwayat-riwayat tersebut dicatat. Pada peringkat awal ia

ditulis dalam kitab-kitab hadith seperti kitab al-Tafsir dalam
sohih al-Bukhari.

Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi’ tabiin iaitu
pada kurun ke-2 Hijrah pada zaman pemerintahan kerajaan

Abbasi. Golongan tabiin dan tabi’ tabiin telah mencatat
riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam bentuk marfu’ atau

mauquf pada sahabat atau kata-kata tabiin yang
utama(Kibar al-Tabiin). Riwayat-riwayat ini ditulis dengan

sanad bersama dengan hadith-hadith termasuklah
pandangan sahabat berkaitan hadith, fiqh , aqidah dan
istinbat hukum. Pada masa ini munculnya Mujahid(m104H),
Said bin Jubayr(m95H), Qatadah(m118H) yang mencatat

tafsiran guru mereka Ibn Abbas, Muhammad bin
Kaab(m120H), Zaid bin Aslam(m136H) yang mencatat
tafsiran Ubay bin Kaab dan Hasan al-Basri(m110H) dan
Masruq bin al-Ajda’(m63H) yang mencatat tafsiran Abdullah

bin Mas’ud.

Penulisan tafsir bil Ma’thur dengan jalur sanad 03
terasing dari hadith

Pada peringkat ini tafsir bil Ma’thur ditulis secara
berasingan dari hadith. Penulisan ini berlaku pada
zaman Atba’ al-Tabiin iaitu pada kurun ke-2 dan

ke-3 hijrah. Antara tafsir yang dibukukan pada
tempoh ini ialah:

(a) Sahifah Ali bin Abi Talhah(m143H) yang
mencatat riwayat Ibn Abbas.

(b) Tafsir Sufyan bin Said al-Thawri(m161H)
(c) Tafsir Sufyan bin Uyahnah(m198H)

(d)Tafsir Abd al-Razzaq bin Hammam al-
San’ani(m211H)

(e)Tafsir Abd bin Humayd(m249H)
(f)Tafsir Ishaq bin Rahawayh(m238H)

(g)Tafsir al-Nasai(m303H)

Peringkat ini berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri dengan tafsir menjadi satu disiplin ilmu
yang tersendiri dan berpisah secara sepenuhnya dari hadith. Para mufassirin

sepanjang tempoh ini berusaha mengumpulkan riwayat yang ma’thurat dalam tafsir
dari hadith-hadith, kata-kata sabahat, kata-kata Tabiin dan Tabi’ Tabiin.

Pada peringkat ini munculnya tafsir al-Quran yang lengkap mengikut susunan
mushaf dengan menyebut riwayat-riwayat dan pandangan-pandangan yang ma’thur

bagi setiap ayat.
Antara tafsir yang dibukukan pada peringkat ini ialah Tafsir Ibnu Majah(m273H),

Tafsir Imam Ibnu Jarir al-Tabari(m310H), Tafsir Abu Bakar bin al-Mundhir al-
Naysaburi(m318H), Tafsir Ibn Abi Hatim al-Razi(m327H), Tafsir Ibn Hibban(m369H),

Tafsir al-Hakim(m405H), dan tafsir Abu Bakar bin Mardawayh(m410H).

04

05 Peringkat ini adalah peringkat selepas al-Tabari, Ibn Abi Hatim,
Ibn al-Mundhir dan Ibn Mardawayh. Pada peringkat para

pentafsir menggugurkan sanad riwayat-riwayat tafsir dengan
tujuan memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut
semua riwayat tanpa mengambil kira riwayat yang sohih dan daif.
Oleh kerana riwayat-riwayat tersebut ditulis tanpa sanad maka
sukar sekali untuk menilai riwayat tersebut dan membezakan
antara riwayat yang sohih dan daif. Para pentafsir pada peringkat
ini menyebut pelbagai pandangan yang ma’thur dari sahabat
atau tabiin atau tabi;tabiin sehinggakan ada diantara riwayat

tersebut bertentangan antara satu sama lain.
Antara tafsir yang menjadi contoh kepada peringkat ini ialah
tafsir Bahr al-Ulum oleh al-Samarqandi, al-Kashf wa al-Bayan An
Tafsir Al-Quran karya Abu Ishaq al-Tha’labi, Tafsir Bahr al-Muhit
karangan Abu Hayyan, Al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Ma’thur
hasil tangan al-Sayuti , Tafsir al-Quran al-Azim hasil garapan Ibn
Kathir al-Dimashqi dan Fath al-Qadir tinggalan al-Shawkani.

SEKIAN
TERIMA

KASIH


Click to View FlipBook Version