Cabaran Ketelestarian Etika dan Peradaban
Kelas 1 Pink
Semester: Januari – April 2022 IDE
1
Ahli Kumpulan:
BRYAN LIM HAO MENG (2022/3815/IDE1)
BACKY CHONG HUI YING (2022/3807/IDE1)
WOO KA YENG (2022/3810/IDE1)
LEE WEI HENG (2022/3804/IDE1)
LOOK SAO NAM (2022/3808/IDE1)
LIEW ZHEE HOU (2022/3823/IDE1)
2
ISI KANDUNAGAN Muka
Surat
Bil. Isi
4
1 Pengenalan 5
2 Sinopsis 6
3 Konsep Keterlestarian Etika & Peradaban 7
4 Cabaran Bagi Keterlestarian Etika & Peradaban
5 Strategi dan Langkah Keterlestarian Etika dan Peradaban 16
6 Menganalisis Matlamat pembangunan lestari dan 18
kesejahteraan bersama.
7 Wawasan kemakmuran bersama , rancangan malaysia ke- 23
12 dan pembangunan lestari
8 Kesimpulan 31
9 Rujukan 32
3
Sejarah Malaysia moden pada hari ini adalah suatu kesinambungan sejarah peradaban
yang telah bermula sejak seawal sebelum masihi lagi iaitu sebelum terbentuknya Tanah
Melayu dan Malaysia moden. Tanah Melayu adalah sebahagian daripada kawasan yang luas
terbentang yang dikenali sebagai Malay Archipelago. Malaysia sebagai sebuah negara yang
Merdeka telah bermula pada tarikh 31 Ogos 1957, namun sebagai sebuah peradaban ia telah
bermula sejak beratus tahun yang lalu. Akar kepada kemenjadian Malaysia pada hari ini
adalah apa yang telah dicorakkan sejak beratus tahun yang lalu oleh watan dan para
leluhurnya. Justeru, melupakan kesinambungan sejarah lalu itu adalah suatu kesalahan dan
keaiban yang sebenarnya merugikan bangsa Malaysia.
4
Kelestarian etika dan peradaban sejagat senantiasa tercabar dan terkesan oleh peoses
hakisan social. Ini kerana perubahan dalam masyarakat berlaku dengan pantas dan sukar
dikawai, sama ada dari segi social, ekonomi, politik, alam sekitar, teknologi, dan lain-lain.
Kepesatan pembangunan ekonomi banyak membawa implikasi positif dalam
peningkatan pendapatan negara dan kesejagteraan hidup masyarakat. Namun begitu
ketidakseimbangan pembangunan negara membawa implikasi negative terhadap persekitaran
fizikal, alam sekitar dan kesihata masyarakat.
Pada dekad awal kemerdekaan berlakuknya shared poverty (kemiskinan Bersama),
namun setelah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Malaysia telah mencapai
pertumbuhan ekonomi yang baik dan menjadi pemangkin kepada shared prosperity
(Kesejahteraan Bersama) yang terangkum di dalamnya kesepaduan nasianal. Perubahan yang
berlaku dalam masyarakat dan pembangunan ekonomi telah membawa cabaran dalam
penghayatan etika dan peradaban di Malaysia.
Justeru, persoalan penting yang ingin dibincangkan dalam Topik 8 ini ialah bagaimana
etika dan peradaban Malaysia boleh diperkasa dalam konteks hubungan antarabangsa demi
meluaskan ruang sivik ke arah mengukuhkan pembinaan negara bangsa.
5
Kelestarian atau kemapanan adalah terjemahan dalam Bahasa Inggeris iaitu
‘sustainabiity’ (Nik Fuad dan Noraein, 2007). Dalam Bahasa latin dikenali ‘sustinere’
(daripada bawah) dan ‘tenere’(tahan). Keterlestarian secara umum bermaksud keupayaan
mengekalkan sesuatu; memastikan kewujudan; atau ‘memanjangkan’. Perkataan ini sering
dikaitkan dengan kehidupan manusia.
Kehidupan yang mapan bermaksud penghidupan yang bermakna, produktif dan
bertanggungjawab dengan mengimbangi keperluan ekonomi, budaya dan alam sekitar; untuk
memenuhi keperluan hari ini tanpa menjejaskan keperluan generasi akan dating (Nik Fuad
dan Noraein, 2007). Keterlestarian etika dan peradaban bermaksud suatu usaha berkaitan
etika, adab dan nilai-nilai baik yang bersifat lokal dan global oleh masyarakat Malaysia yang
dilakukan secara sedar, konsisten dan berterusan. Sungguhpun konsep lestari pada hari ini
banyak diguna pakai dalam konteks pembangunan dan alam sekitar, namun konsep
kelestarian ini juga yang sesuai dengan maksudnya boleh digunakan merentasi bidang seperti
Etika dan Peradaban.
Cabaran Bagi Keterlestarian Etika Dan Peradaban
6
Cabaran Politik:
Politik bukan hanya boleh menjatuhkan kerajaan yang kuat tetapi mampu melemahkan
seluruh struktur dan eleme kuasa dan pentadbiran. Berikut adalah cabaran-cabaran besar
yang mesti ditangani, iaitu:
I. Pembinaan budaya politi dan demokrasi matang.
II. Kebebasan bersuara dan pembinaan masyarakat sivil (madani)
III. Kerajaan yang telus dan menjaga kepentinga nasional
IV. Literasi politik dalam kalangan rakyat
V. Celik sejarah dalam kalangan rakyat
VI. Mewujudkan sebuah negara bangsa
VII. Semangat cintakan negara dan kurangnya penghayatan dalam aspek
kenegaraan.
VIII. Politik berasaskan kaum lawan politik permuafakatan
IX. Mengakui hak antara kaum seperti yang termaktub dalam Perlembangaan
persekutuan
7
Cabaran Ekonomi:
Cabaran ekonomi juga memberi impak kepada etika dam peradaban manusia.
Dalam perspektif Maslow dan Kohlberg, pemikiran etika tinggi berlaku apabila seseorang
individu itu bebas daripada kepentingan-kepentingan peribadi da pihak lain. Tindakan dan
keputusan etika yang dibuat adalah atas kesedaran diri yang tinggi. Jika dilihat dari
perspektif kedua-dua tokoh barat ini, Etika dan Peradaban berkadarterus dengan eknomi iaitu
apabila individu telah dapat memenuhi keperluan dan kehendaknya (asas, keselamatan, estim
diri) maka barulah ia mencapai tahap kesempurnaan diri. Namun ia berbaza dalam perspektif
Islam, Al-Ghazali menyatakan bahawa akhlak (etika) adalah bersifat kerohanian yang
diterjemahkan dalam bentuk tingkahlaku yang baik kerana kesedaran terhadap Allah.
Bagaimana pun, cabaran etika dan peradaban kepada masyarakat pada hari ini adalah
berkaitan dengan keperluan-keperluan memenuhi keperluan (needs) dan kehendak (wants)
yang masih belum dipenuhi. Antara cabaran ekonomi yang sedang dan akan terus dihadapi
oleh pembangunan etika dan peradaban adalah;
I. Mengurangkan jurang antara kaya dan miskin yang semakin melebar
II. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat dan generasi muda.
III. Pendatang asing dan sektor pekerjaan 3D.
IV. Keseimbangan ekonomi bandar, luar bandar dan wilayah.
V. Pemberdayaan ekonomi bumiputera dan kaum-kaum lain.
VI. Meningkatkan ekonomi pengetahuan, inovasi dan R&D.
VII. Peningkatan kepada kualiti dan kemampanan hidup.
8
VIII. Ekonomi pertanian, krisis makanan dan keselamatan.
Cabaran Sosial:
Apabila membincangkan aspek etika dan peradaban dalam konteks pembangunan
sosial, aspek agama tidak boleh dikesampingkan. Dalam perspektif perkembangan tamadun,
manusia yang mempunyai kepercayaan beragama mempunyai sumbangan yang besar
terhadap tamadun manusia. Ajaran dan nilai-nilai Islam boleh diringkaskan kepada prinsip
umum yang mengamalkan segala kebaikan dan mencegah dari melakukan kejahatan.
Konsep-konsep umum yang lahir daripada budaya masyarakat Melayu telah disesuaikan
dengan amal kebaikan dalam ajaran Islam. Pada masa kini, kehidupan masyarakat masih
berpegang kuat kepada nilainilai yang sejagat merangkumi pelbagai aspek kehidupan
termasuklah hidup berdisiplin, rajin bekerja, semangat kejiranan, menjaga kebersihan,
memupuk budaya ilmu menerusi penyelidikan, penulisan dan rajin membaca,
mengembalikan maruah bangsa, berdikari, kepimpinan melalui teladan, Bersih, Cekap dan
Amanah dan lain-lain lagi. Antara cabaran sosial yang dihadapi oleh pembangunan etika dan
peradaban adalah;
I. Isu-isu berkaitan integriti di pelbagai sektor awam dan swasta.
II. Pengukuhan perpaduan antara etnik dan integrasi nasional.
III. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pemersatu rakyat.
IV. Penyebaran budaya barat. v. Masalah sosial (pelbagai isu jenayah dan juvana).
V. Kurang penghayatan agama.
VI. Toleransi dan dialog antara agama.
VII. Kurang kecintaan terhadap ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.
9
VIII. Hubungan inter-etnik dan intra-etnik yang lebih baik di pelbagai peringkat.
IX. Membanteras ekstremisme dalam bentuk perbuatan dan pemikiran termasuklah
cauvinisme dan perkauman.
X. Transformasi pendidikan ke arah pemantapan modal insan, perpaduan dan
integrasi nasional.
XI. Masa depan belia dan Orang Kurang Upaya (OKU).
XII. Peningkatan kesihatan dan kesejahteraan hidup rakyat.
XIII. Peranan intelektual sebagai pemangkin pencerdasan rakyat dan ummah.
XIV. Penghayatan seni budaya tempatan lawan budaya luar yang bersifat hedonisme.
10
Cabaran Psikologi & Pembinaan Karakter:
Masa depan memang bergantung kepada keutuhan jati diri sesebuah bangsa
(Shahruddin, 2016). Tanpa jati diri yang kukuh dan amuh sesuatu bangsa itu akan
ketinggalan jah ke belakang. Keutuhan jati diri adalah nilai-nilai dalaman yang kuat
dan kukuh seperti rajin, yakin diri, positif, kreatif, inovatif, gigih, bersih, jujur dan
berintegriti yang dapat diterjemahkan menerusi nilai-nilai luaran. Antara isu-isu
penting berkaitan cabaran psikologi dan pembinaan karakter adalah seperti berikut: I.
Pembinaan jati diri bangsa Malaysia.
II. Mengurangkan stereotype, prejudis, etnosentrisme dan bias antara kaum.
III. Meningkatkan semangat ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ (budaya dan
nilai Bersama yang boleh dikongsi).
IV. Minda kelas pertama lawan minda kelas ketiga. V. Keutuhan moral dan
integriti.
VI. Chauvinis lawan Rahmatan lil’Alamiin.
VII. Kearifan tempatan (local genius).
11
Cabaran Globalisasi
Globalisasi boleh memberi impak positif dan negatif dalam pelbagai aspek kehidupan
termasuklah etika dan peradaban manusia. Ramai sarjana telah membahaskan isu-isu
berkaitan impak globalisasi kepada manusia sejagat (Lukman, Mohd Yusof dan Nor Azizan,
2000). Impaknya boleh datang dalam pelbagai bentuk yang ketara (tangible) dan tidak ketara
(intangible). Bagaimana pun, dalam konteks etika dan peradaban khususnya pada zaman
Revolusi Industri 4.0, kesannya sangat besar akibat daripada penggunaan total teknologi
maklumat yang merentasi pelbagai bidang. Antara cabaran-cabaran besar yang akan dihadapi
oleh pembangunan etika dan peradaban adalah;
I. Data dan maklumat raya yang tidak ditapis dan berlegar-legar dalam ruang
terbuka yang sangat mudah diakses oleh pengguna pelbagai golongan.
II. Idea-idea negatif seperti sekularisasi, ajaran sesat dan liberalisasi yang
mudah disebar luaskan tanpa sekatan.
III. Kebebasan bersuara tanpa batas dalam dunia tanpa sempadan menerusi
pelbagai platform media sosial.
IV. Meningkatkan gejala buli dalam ruang siber yang terbuka.
V. Penyebaran budaya barat yang lebih meluas (punk, skinhead, black metal,
underground dan subbudaya seperti indie dan hipster) dan penguncupan
budaya setempat.
VI. Ketidakadilan perdagangan dan ekonomi global.
VII. Peningkatan gejala LGBT dan pemikiran ‘underground’.
12
VIII. Perkongsian pelbagai gejala hendonisme secara terbuka yang boleh diakses
dan ditiru.
IX. Kestabilan politik serantau dan global.
X. Krisis ekonomi dan kewangan antarabangsa.
XI. Pelbagai isu rasis dan Islamofobia.
XII. Keselamatan siber dan data peribadi
13
Cabaran Alam Sekitar
Etika dan peradaban juga berkait secara langsung dengan alam sekitar. Alam sekitar
yang berdaya huni dan selamat memberi gambaran bahawa manusia di sesuatu kawasan
mengambil berat akan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Manusia yang beradab dan
beretika akan sentiasa menjaga persekitaran dan lingkungannya untuk generasi yang akan
datang. Tanpa etika dan integriti, alam sekitar tidak akan dapat dipertahankan. Antara isu dan
cabaran dalam konteks alam sekitar adalah;
I. Pencemaran laut, udara dan darat.
II. Eksploitasi sumber-sumber alam sekitar secara tidak terkawal dan
haram.
III. Isu-isu biodiversiti.
IV. Kepupusan pelbagai spesis fauna dan flora akibat perubahan
iklim.
V. Kehidupan flora dan fauna yang terancam akibat pembalakan,
pertanian pindah dan pemburuan haram.
VI. Konflik antara pembangunan fizikal, pertanian, perikanan dan
penternakan.
VII. Kekurangan bekalan dan zat makanan.
VIII. Penggunaan minyak rendah karbon.
IX. Penggunaan tenaga alternatif (air, angin dan solar).
14
Cabaran Sains Dan Teknologi:
Sains dan teknologi adalah sebahagian daripada keperluan penting kehidupan manusia
sejak bermulanya zaman revolusi sains. Teknologi yang ada pada hari ini sememangnya
membawa banyak manfaat kepada manusia, namun terdapat sisi gelap sains dan teknologi
yang boleh meruntuhkan kehidupan manusia apabila ia disalahgunakan. Terdapat isu-isu
tidak beretika yang berlaku dalam dunia sains dan teknologi yang jika tidak diperbaiki akan
menyebabkan kepada kehancuran peradaban. Antara isu-isu sains dan teknologi yang perlu
diberi perhatian adalah;
I. Isu-isu etika dan profesionalisme dalam kalangan saintis dan penyelidik.
II. Penggunaan drone, satelit dan teknologi militari dalam peperangan
massa.
III. Penyelidikan dan pembangunan berasaskan kehendak dan bukan
keperluan manusia.
IV. Penggunaan bahan-bahan kimia terlarang dalam pembuatan ubat-ubatan.
V. Monopoli syarikat-syarikat besar dalam penjanaan kekayaan berkaitan
sains dan teknologi.
VI. Sains dan teknologi yang kehilangan nilai (value laden).
VII. Teknologi (green technology) dan produk hijau (green product).
15
:
I. Membina pemikiran dan sikap yang betu; terhadap etika dan peradaban dalam
kalangan masyarakat
II. Menjunjung tinggi budaya ilmu, nilai-nilai moral, akhlak dan integriti
III. Keazaman politik (political will) dan pemertabatan etika dan peradaban
IV. Keterlestarian etika dan peradaban menerusi kebudayaan kebangsaan
V. Kesepaduan sosial
VI. Amalan dan penghayatan Rukun Negara
VII. Falsafah pembangunan negara
VIII. Peranan agama dan system kepercayaan
IX. Pembangunan Modal Insan dan masyarakat minda kelas pertama
Penghayatan Nilai:
I. Membina pemikiran dan sikap yang betul terhadap etika dan peradaban dalam
kalangan masyarakat
II. Menjunjung tinggi budaya ilmu, nilai-nilai, akhlak dan integrity dalam kehidupan
bermasyarakat dan bernegara.
III. Mengukuhkan kejujuran dan keazaman politik (political will) dalam
memperkukuhkan etika dan peradaban serta menolak nepotisme, kronisme, politik
wang dan ketidakadila.
16
IV. Memiliki mind akelas pertama (beretika dan berperadaban) sebagai suat strategi
membangun sebuah negara yang progresif dan berkemajuan.
V. Menjadi bangsa berjiwa merdeka, yakin tentang kemampuan sendiri dan setaraf
dengan bangsa-bangsa lain di dunia
VI. Memertabat dan menghayati kelima-lima prinsip Rukun Negara sebagai tulang
belakang membina sebuah negara beretika dan berperadaban.
17
Menganalisis Matlamat pembangunan lestari dan kesejahteraan bersama.
⚫ Defisit Sosial – Makna dan Konsep
- Defisit sosial bermakna kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha
penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan.
- Kekurangan ini disebabkan jurang perbezaan persepsi dan pendapat dalam kalangan
kelompok yang berbeza bermula dengan individu, keluarga dan masyarakat.
- KITA melalui IPNas telah mengenal pasti Defisit Sosial ini yang diperoleh dari suara
hati orang ramai melalui pertemuan dengan mereka
Tadbir urus dan pembangunan
Tadbir Urus
Rangka kerja Tadbir Urus Korporat Bank mempunyai tiga tonggak utama, iaitu kebebasan
berdasarkan peranan yang ditetapkan ; kebertanggungjawab berdasarkan keperluan untuk
memastikan keberkesanan dan kecekapan yang optimum dalam melaksanakan peranan yang
ditetapkan melalui penggunaan sumber yang ada dan memantau prestasi dan mengurus risiko
yang berkaitan ; dan ketelusan untuk memastikan kejelasan tindakan yang ambil kerana ia
memberi impak terhadap pelbagai pihak berkepentingan Bank.
Sementara fungsi penggubalan dasar Bank Negara Malaysia adalah mandat Jawatankuasa
Pengurusan yang dipengerusikan Gabenor dan dianggotai oleh tiga Timbalan Gabenor dan
tujuh Penolong Gabenor, tanggungjawab terhadap pentadbiran am hal ehwal dan urusan
bank terletak pada Lembaga pengarah. Lembaga Pengarah terdiri daripada mereka yang
berintegriti tinggi dan terkrmuka daripada industri dan sektor awam. Jawatankuasa Audit
Lembaga dipengerusikan oleh seorang pengarah bebas. Pada tahun 2006, Lembaga Pengaruh
18
mengadakan 12 mesyuarat Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah juga diberi taklimat
menyeluruh tentang semua perkara dasar yang berkaitan dengan kestabilan monetari dan
kewangan, dan juga pengurusan sistem pembayaran negara. Lembaga Pengaruh turut
meluluskan rancangan urusan dan belanjawan tahunan Bank.
Jawatankuasa Pengurusan yang merupakan badan eksekutif tertinggi dalam bank,
dipengerusikan oleh Gabenor. Jawatankuasa ini bermesyuarat seminggu sekali untuk
mempertimbangkan perkara dasar yang berkaitan dengan sektor kawangan, ekonomi dan
urusan bank. Jawatankuasa Pengurusan disokong oleh beberapa jawatankuasa dasar yang
juga dipengerusikan oleh Gabenor. Jawatankuasa ini termasuk Jawatankuasa Pengurusan
Rizab, Jawatankuasa Dasar monetari, Jawatankuasa Dasar Kestabilan Kewangan dan
Jawatankuasa Pengurusan Risiko. Kesemua jawatankuasa dasar itu menyediakan forum bagi
perbincangan silang fungsian dan dengan itu memastikan dasar dilaksanakan secara
konsisten. Kemahiran, pengalaman luas dan pengetahuan Jawatankuasa Pengurusan secara
kolektif, bersama-sama dengan rangka kerja undang-undang di bawah Akta Bank Negara
Malaysia, memberikan Bank kuasa autonomi dalam mempertimbangkan, menetapkan dan
melaksanakan matlamat dasarnya.
19
Black economy dan rasuah
Sebarang bentuk aktiviti ekonomi yang berada di luar kawalan pihak berautoriti, khususnya
dalam aspek perundangan, regulatori dan pengenaan cukai; ianya akan ditakrifkan sebagai
Ekonomi Gelap atau ‘Black Economy’. Selain itu, ianya turut digelar sebagai ‘Shadow
Economy’ ataupun ‘Informal Economy’.
Secara asasnya, sebahagian besar transaksi ekonomi gelap melibatkan aktiviti-aktiviti
perniagaan, perkhidmatan serta perdagangan yang haram. Antaranya; penjualan d.ada.h,
senjata, per.dagan.gan manusia, aktiviti pe.lacur.an, termasuk penjualan rokok seludup dan
barangan tiruan (counterfeiting).
Pada tahun 2020, mantan Menteri Kewangan; Lim Guan Eng telah mendedahkan angka
keseluruhan aktiviti ‘Black Economy’ di seluruh Malaysia yang mewakili 21 peratus
daripada jumlah keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2019, iaitu
kirakira RM300 Bilion.
Jumlah ini adalah amat besar. Hal ini memberikan petanda bahawasanya; kewujudan aktiviti
ekonomi seumpama ini bukan hanya mampu merencatkan prestasi ekonomi negara, bahkan
ianya dapat mendedahkan rakyat negara ini kepada gejala-gejala yang tidak bermoral, seperti
gejala lari daripada cukai (dibaca; menipu).
Menurut kajian terbitan International Monetary Fund (IMF), Malaysia merekodkan
penurunan peratusan ‘Black Economy’ yang agak signifikan. Malaysia mencatatkan
penurunan lebih daripada 5%, iaitu daripada 37.5% pada tahun 1991 kepada 31.1%
memasuki tahun 2000.
Peratusan itu terus menunjukkan tren penurunan, iaitu pada kadar 30.2% bagi tahun
kewangan 2010 dan menurun kepada 26.1% pada tahun 2015, seterusnya 21% pada tahun
20
2019. Walau bagaimanapun, secara purata, saiz aktiviti ekonomi gelap di Malaysia
sepanjang tahun 1991 hingga 2015 adalah sebanyak 31.5%.
Peratusan ini adalah jauh mengatasi purata ekonomi gelap negara-negara lain dalam tempoh
yang sama (1991-2015), khasnya Singapura (11.9%), Australia (12.1%), China (14.7%),
Hong Kong (14.7%), Vietnam (18.7%), India (23.9%), Indonesia (24.1%), dan Korea Selatan
(25.7%).
Dari segi nisbah kutipan cukai kepada KDNK pula atau lebih dikenali sebagai ‘tax-to-GDP
ratio’, menurut data keluaran Bank Dunia; Malaysia merekodkan peratusan nisbah antara
yang terendah di dunia, iaitu sebanyak 11.953% daripada jumlah keseluruhan KDNK tahun
2019; RM1.41 Trilion.
Jika dibandingkan kedudukan kita dengan negara-negara komuniti ASEAN yang lain,
Malaysia berada di hadapan Myanmar (5.8%) dan Indonesia (9.8%). Dalam pada itu, kadar
‘tax-to-GDP’ Singapura (13.3%), Filipina (14.5%), Thailand (14.7%), dan Kemboja (19.7%)
mendahului kita.
Peratusan ‘tax-to-GDP ratio’ adalah amat penting memandangkan peratusan ini boleh
dijadikan sebagai salah satu kayu ukur yang menentukan tahap efisiensi pengurusan ekonomi
sesebuah kerajaan berdaulat. Hipotesis mudahnya; semakin efisien sesebuah kerajaan,
semakin rendah kadar ‘tax evasion’ yang direkod.
Badan pemikir (think tank) terkemuka dunia seperti Global Financial Integrity (GFI)
menerusi laporannya yang berjudul; ‘Transnational Crime and the Developing World’
terbitan tahun 2020, telah menggariskan beberapa sektor terbesar yang menyumbang kepada
aktiviti ekonomi gelap di seluruh dunia.
21
Antaranya; perdagangan barangan tiruan ($1.13 Trilion), d.ad.h ($652 Bilion), pembalakan
haram ($157 Bilion), perlombongan haram ($48 Bilion), perikanan haram ($36.4 Bilion),
perdagangan haiwan liar ($23 Bilion), pencurian minyak mentah ($11.9 Bilion),
penyeludupan senjata ringan ($3.5 Bilion), dan penyeludupan organ manusia ($1.7 Bilion).
Justeru, adalah amat penting untuk setiap negara anggota dunia memastikan aktiviti ekonomi
gelap dapat dibanteras sepenuhnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap komponen
ekonomi gelap itu mampu mengakibatkan keruntuhan moralilti peradaban manusia.
Menghuraikan etika dan peradaban Malaysia dalam konteks pengalaman negara dan
antarabangsa.
22
⚫ Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah iltizam untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan
pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat
kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Iltizam ini akan
diteruskan ke arah mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran
negara serta memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan
kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa.
RMKe-12 telah dibentangkan di Parlimen pada 27 September 2021 dan
diluluskan pada 7 Oktober 2021.
•RMKe-12 dijajarkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan
Agenda 2030 bagi Pembangunan Mampan serta mengambil kira semangat Keluarga
Malaysia.
•RMKe-12 merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Negara di bawah
pendekatan 6R iaitu Resolve, Resilient, Restart, Recovery, Revitalise dan Reform.
•Reform merujuk kepada transformasi yang akan dilaksanakan di bawah
RMKe12.
•Rangka dasar RMKe-12 merangkumi 3 Tema, 4 Pemangkin Dasar dan 14
Pemacu Perubahan yang disusun dalam 13 Bab selaras dengan perubahan terkini yang
berlaku dan intipati terbaru daripada semua pihak berkepentingan
23
Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan
pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa
depan.
Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira
keupayaan menampungnya, pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta
kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya (White
& Whitney, 1992).
Pembangunan mampan, pembangunan lestari atau pembangunan berkelanjutan
(Bahasa Inggeris: sustainable development) merupakan pendekatan pembangunan
penempatan yang dikerjakan dan/atau didiami manusia (lahan, kota, bisnis,
masyarakat, dsb) yang dijalankan secara terancang dan berterusan dengan prinsip
"memenuhi keperlian sekarang tanpa mengorbankan pemenuhan keperluan generasi
masa akan datang" (menurut Laporan Brundtland dari PBB, 1987) Salah satu faktor
yang harus dihadapi untuk mencapai pembangunan sebegini yang cekap adalah
bagaimana memperbaiki menjejaskan keadaan alam sekitar tanpa mengorbankan
kebutuhan pembangunan ekonomi dan keadilan sosial. (oman)
Untuk sebagian orang, pembangunan berkelanjutan berkaitan erat dengan
pertumbuhan ekonomi dan bagaimana mencari jalan untuk memajukan ekonomi
dalam jangka panjang, tanpa menghabiskan modal alam. Namun untuk sebagian
orang lain, konsep "pertumbuhan ekonomi" itu sendiri bermasalah, karena
sumberdaya bumi itu sendirinya terbatas.Banyak laporan PBB, yang terakhir adalah
laporan dari KTT Dunia 2005, yang menjabarkan pembangunan berkelanjutan terdiri
dari tiga tiang utama (ekonomi, sosial, dan lingkungan) yang saling bergantung dan
memperkuat.
24
⚫ kesepaduan nasional dan perpaduan negara
- Kesepaduan sosial boleh difahami sebagai jalinan hubungankerjasama antara kaum
dan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjam unsur budaya
masing-masing. Ia merupakan elemen penting dalam memastikan sesebuah
komuniti atau negara itu berada dalam keadaan aman dan harmoni. Oleh yang
demikian, kesepaduan sosial merujuk kepada satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan
bangga kepada tanah air.
Di Malaysia, Shamsul Amri Baharuddin (2014) telah mengenengahkan konsep
kesepaduan sosial sebagai formula penting bagi mengurus masyarakat majmuk
berdasarkan kepada konsep dan ciri-ciri kesepaduan. Menurut beliau, kesepaduan
sosial ialah suatu keadaan aman, stabil dan makmur sejahtera yang wujud dalam
sesebuah masyarakat, khususnya yang berbilang etnik. Ia berupaya memajukan
bangsa dengan adanya semangat kekitaan yang kuat yang dilandasi dengan rasa
hormat, tolak ansur dan saling percaya sesama mereka.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Dasar Perpaduan
Negara yang bersifat inklusif, jelas dan kohesif, demi memastikan Malaysia kekal
sebagai sebuah negara yang kukuh teras perpaduannya.
Menggariskan tiga objektif utama, Dasar Perpaduan Negara yang berkonsepkan
Perpaduan Dalam Kepelbagaian itu menetapkan strategi jangka panjang dalam usaha
25
berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan
rakyat.
Tiga objektif utama itu ialah, mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional
berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; membentuk identiti
nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat
menghormati dan bertanggungjawab; serta melahirkan rakyat Malaysia yang
menghargai dan mengamalkan perpaduan.
"Ia selaras penerimaan rakyat Malaysia bahawa masyarakat negara ini adalah
majmuk dan mempunyai pelbagai latar belakang pegangan agama, pengenalan bangsa
serta budaya.
Perdana Menteri berkata, penggubalan Dasar Perpaduan Negara juga
berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, selain ia selaras
dengan dasar utama negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030,
Rancangan Malaysia Lima Tahun dan dasar lain yang berkuat kuasa.
untuk mencapai objektif disasarkan itu, Dasar Perpaduan Negara memerlukan
sokongan padu dan kerjasama penuh daripada semua pihak terutama ejen penggerak
perpaduan membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan
pemegang taruh berkaitan.
Dasar Perpaduan Negara ini adalah dasar bersama dan semua pihak adalah ejen
perpaduan negara dalam membawa aspirasi ini ke hadapan.
Marilah kita menggerakkan seluruh kekuatan dan kudrat kita untuk terus
menyebarkan semangat perpaduan dalam keadaan amat mencabar pada masa ini,
walaupun ada ketika wujud perbezaan, persaingan dan konflik, tetapi kesepaduan
26
sosial yang wujud sekian lama dalam masyarakat di negara ini mengekalkan
perpaduan rakyat sehingga kini.
perpaduan antara rakyat juga jelas dilihat ketika negara dilanda cabaran dan
musibah termasuk ketika berdepan gelombang penularan COVID-19 pada masa ini
apabila semangat perpaduan ditunjukkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum dan agama.
Berdepan penularan COVID-19, rakyat bersama-sama bersatu membantu
kerajaan menyebarkan mesej yang positif, menyokong usaha Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,
sekali gus mencerminkan jiwa patriotik rakyat yang bersatu hati berjuang memerangi
musuh tidak kelihatan,
Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara
2021-2030 dihasilkan bagi menyokong strategi serta menetapkan aspirasi perpaduan
yang ingin dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Justerunya, kita semua mesti sentiasa membetulkan niat dan memperkasa usaha
bersama untuk memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang kukuh teras
perpaduannya, bukan saja untuk generasi masa kini, tetapi demi masa depan anak
cucu kita kelak,
⚫ perkongsian pengalaman etika dan peradaban malaysia demi keharmonian, kestabilan
dan kemajukan ketamadunan sejagat
- Dari sudut pandang bahu lelaki yang bekerja di desktopnya, melihat layar ketika
berada dalam kedudukan yang penuh perhatian dan termenungSekiranya anda
belum menggunakan perkongsian skrin percuma untuk menghidupkan anda
27
pengalaman persidangan video percuma, sekarang adalah masa untuk
membawanya ke tahap seterusnya. Perisian perkongsian skrin adalah salah satu
alat persidangan video paling berharga yang dapat mengubah sepenuhnya
pengalaman komunikasi kumpulan dua hala. Ini benar-benar mengubah apa
yang anda katakan menjadi pertunjukan dengan menjadikan sebarang
pertemuan maya secara eksponen lebih menarik.
Perkongsian skrin bukan sahaja menghidupkan persembahan, membuat nada lebih
sesuai, menghasilkan demonstrasi maya yang lebih realistik, menyelesaikan
masalah IT dalam masa nyata dan banyak lagi, perkongsian skrin juga mempunyai
keupayaan untuk benar-benar merevolusi bagaimana anda berinteraksi dengan
khalayak dan wakil anda sebaliknya.
Berikut adalah ringkasan ringkas mengenai perkongsian skrin:
Ciri ini membolehkan tuan rumah mesyuarat membuat skrin mereka dapat dilihat
oleh semua orang dalam mesyuarat dalam talian dari jauh. Kandungan desktop
(atau layar) host dapat dilihat di beberapa peranti, yang bermaksud host
mempunyai kemampuan untuk memainkan media tanpa harus mengirim file.
Bayangkan semua hadirin dapat melihat persembahan, video, gambar, atau
penstriman langsung anda dari keselesaan lokasi anda sendiri, di mana anda dapat
memimpin kumpulan dan mengawal pemesejan dan visual.
Tambahan pula, perjumpaan perkongsian skrin memberi para pengunjung tempat
duduk barisan depan kerana tuan rumah dapat menunjukkan dan bergerak
melintasi antara muka tepat di depan mata mereka, dalam masa nyata. Host boleh
membuat perubahan, memberikan navigasi terperinci, dan banyak lagi.
28
Ini membawa kepada kerjasama yang dipertingkatkan, latihan yang lebih baik,
dan proses yang lebih lancar.
Sama ada anda mengetahui tali atau ini adalah kali pertama anda dalam pertemuan
skrin bersama, inilah peluang anda untuk mengetahui beberapa etika perkongsian
skrin asas. Terapkan petua berikut semasa sesi perkongsian skrin seterusnya untuk
pengalaman terbaik di masa hadapan:
Malaysia perlu dikenali bukan hanya makmur dari segi ekonomi dan
pembangunan, malah menjadi negara beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa
dan budaya, sekali gus dapat bersama dalam suasana aman serta hamoni.
Perpaduan nasional harus menjadi misi penting bagi negara. Ia memerlukan
kerangka bersifat komprehensif yang akan mampu menterjemahkan sebaik
mungkin wajah kerencaman masyarakat majmuk Malaysia. Keadilan, penerimaan
dan toleransi perlu menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini.
Nilai itu perlu digarap dengan menjadikan Islam sebagai kayu ukur utama
mendukung agenda perpaduan nasional dalam konteks Malaysia. Selain melihat
sifat Islam sebagai rahmatan lil alamin atau rahmah seluruh alam, ciri agama
bersifat sejagat sebenarnya amat penting dalam memastikan umat Islam kekal
menerajui usaha baik ini.
Sejujurnya, perlu wujud kesedaran dalam masyarakat usaha membina
peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam
merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, seharusnya
bertunjangkan persefahaman, tolak ansur dan rasa hormat-menghormati.
29
Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai
agama dan bangsa perlu dititkeberatkan. Ini realiti harus difahami dan diterima
semua pihak.
30
Keterlestarian Etika dan Peradaban adalah suatu yang penting dan mesti
dipertahankan sampai bila pun. Hal ini dikatakan demikian karana dalam konteks Malaysia,
keterlestarian itu banyak bergantung kepada akar dan tradisi yang telah terbina sejak ratusan
tahun yang lalu. Bukan mudah untuk membina dan membangunkan Etika dan Peradaban
kerana ia merupakan suatu proses yang panjang. Namun, percayalah Malaysia memiliki
ramuan dan keunikan yang tersendiri ke arah itu. Dengan formula yang betul, kepimpinan
yang berintegriti dan rakyat yang bijaksana akan mampu merealisasikan cita-cita dan
matlamat murni ini.
31
:
⚫ BAB 9 | MindMeister disediakan oleh Aniz Izdihar Khudzairi
⚫ Tajuk 9: Cabaran Kelestarian Etika Dan Peradaba... | MindMeister disediakan oleh Sharifah Najehah
⚫ Cabaran Keterlestarian Etika & Peradaban Disediakan oleh: DR. Faizah Mohd Fakhruddin.
32