SK PUTERI PANDAN (1), JALAN PERWIRA 55100 KUALA LUMPUR 23 MEI 2024 ( KHAMIS) DEWAN WAWASAN, SKPP(1) Sambutan Hari Guru & Hari Pekerja 2024 ANJURAN : BAKES SKPP(1) “GURU JAUHARI DIGITAL, ASPIRASI NEGARA MADANI” “PEKERJA KESUMA BANGSA” SePaDan Number One
PENGENALAN Hari Guru yang disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa terutamanya generasi Z dan Alpha pada masa kini. Maka lahirlah guru-guru yang celik digital bagi mendidik muridmurid selari dengan perkembangan teknologi bagi melahirkan warganegara yang berjaya dan mampu untuk membantu membangunkan negara dan bangsa. Ini bertepatan dengan tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI”. Kerjaya suci dan murni seorang guru sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun. Di dalam agama Islam sendiri seorang guru itu adalah berada di kedudukan yang tinggi dan utama selepas kedua ibu bapa. Hari Pekerja atau Hari Buruh pula adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, secara umumnya ramai yang telah mengetahuinya dan akan mula disambut secara serentak di seluruh dunia pada setiap 1 Mei. Asas dan tujuan sambutan hari pekerja ini adalah salah satu tanda memperingati para pekerja sebagai tunjang utama bagi kejayaan ekonomi dan sosial negara. Di Malaysia, tema Hari Pekerja pada tahun ini ialah “PEKERJA KESUMA BANGSA”. OBJEKTIF Antara objektif pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:- Meraikan guru-guru dan para pekerja SK Puteri Pandan (1) sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei dan Hari Pekerja pada 1 Mei setiap tahun. Mengenang dan membalas jasa guru-guru dan pekerja yang mencurahkan bakti di SK Puteri Pandan (1). Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru-guru dan pekerja. Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, pekerja dan murid-murid SK Puteri Pandan (1).
10:30 pagi – 10:45 pagi Semua murid, guru dan staf berkumpul di Dewan Wawasan. Ucapan Pengerusi Majlis. Bacaan Doa. 10:45 pagi – 11:15 pagi Ucapan Guru Besar. Ucapan wakil murid (Ketua Pengawas Sekolah). Gimik Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja. 11:15 pagi – 11:30 pagi Bacaan Ikrar Guru Malaysia. Nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia”. Nyanyian lagu tema Hari Guru. 11:30 pagi – 12:00 tgh Persembahan nasyid. Persembahan nyanyian murid solo. Persembahan murid Bahasa Cina. Persembahan nyanyian guru. 12:00 tgh -12:30 tgh Majlis Penyampaian Hadiah oleh Pengawas kepada semua guru. Majlis Cabutan Hadiah Hari Guru dan Hari Pekerja. Sesi pemberian hadiah dari murid. Murid tahap 1 bersurai. 12:30 tgh – 1:00 ptg Aktiviti kebersihan. Bersurai. ATURCARA MASA PERKARA
PENGERUSI MAJLIS TEKS PENGACARA MAJLIS BACAAN DOA BANNER / BANTING GIMIK PERHIASAN PENTAS PERSIAPAN TEMPAT PERSEMBAHAN JAMUAN HADIAH / SIJIL DISIPLIN MURID JURUFOTO/ VIDEO SIARAYA / SISTEM PA BUKU PROGRAM En. Mohd Fakruddin bin Musa JAWATANKUASA PELAKSANA Pn. Raja Razalia binti Raja Razali Pn. Norsiah binti Aziz En. Mohd Hizamir bin Haridan En. Mohd Hizamir bin Haridan Pn. Siti Nur Shafiqah binti Ramli Pn. Siti Aishah Shahida binti Azahari En. Mohamad Saifulzaini bin Noderi Pn. Turga A/P Annamalai Pn. Nurul Aini binti Zakaria Pn. Nadzirah binti Abd Rahman En. Muhammad Amir Faizil bin Mustapar En. Hazman bin Alias @ Wahab Pn. Tan Khai Lie Pn. Najat Nabihah binti Zainal Abidin Pn. Nurul Amira binti Mohd Razali Pn. Nik Nurul Amrinarashada binti Nik Soh Pn. Aniza binti Mahmod Cik Noorhasyimah binti Mat Zin Pn. Noor Selina binti Ahmad Noor Pn. Nurul Ain binti Obaidillah Cik Vijeyamary A/P Aruldass Pn. Nor Faizah binti Baharin Pn. Madihah binti Abdul Aziz Cik Maizatul Akmal binti Ibrahim Pn. Adharina binti Mohamed (Prasekolah) Cik Nur Syukrina binti Tajuddin Pn. Noor Hafiza binti Ab Rahman En. Hamdi bin Mohd En. Mohd Fakruddin bin Musa Pn. Amira Nadjwa binti Appandi Pn. Norfarahin binti Md Sidek