Kursus Asia Tenggara Abad Ke-20 (HSA 3043)
Semester 1 Sesi 2020/2021
Tugasan Individu
[“Analisiskan perkembangan politik dan pembentukan
kerajaan Thailand selepas Perang Dunia Kedua sehingga
1970”]
Kumpulan Kuliah A
[ Isnin : 0800 – 1100 a.m ]
Nama Pensyarah : Profesor Madya Dr. Ahmad Zainudin Bin Husin
Nama Disediakan oleh : Semester
Selia Lemba Anak Mensan 6
No.Matriks
D20172080638
Isi Kandungan 3-4
Pengenalan 5-9
Latar Belakang Thailand 10-17
Penglibatan Thailand dalam Perang Dunia Kedua 18-19
Revolusi Thailand 1932 20-23
Pembentukan Kerajaan Thailand sehingga 1970
Penutup 24
Bibliografi 25-26
Lampiran 27-28
2
Pengenalan
Asia Tenggara merupakan sebuah rantau yang terletak di Benua Asia.1 Keseluruhan rantau yang
terdapat di Benua Asia terbentuk daripada beberapa gabungan negara-negara. Asia Tenggara
mengalami perkembangan dalam aspek politik, ekonomi dan sosiobudaya. Asia Tenggara juga
mencatatkan sejarah kewujudannya bermula zaman tradisional lagi sehingga zaman penjajahan
kuasa-kuasa asing.2 Masyarakat Asia Tenggara merujuk kepada penduduk yang mendiami
negeri-negeri di Tanah Besar dan negeri-negeri kepulauan.3 Justeru, rantau Asia Tenggara
didiami oleh masyarakat yang pelbagai ras, bangsa dan bahasa. Asia Tenggara merujuk kepada
sebuah rantau yang terdiri daripada Malaysia, negara Thai, Vietnam, Laos, Kampuchea atau
dikenali sebagai Kemboja, serta selatan China, Yunnan dan Papua New Guinea.4 Asia Tenggara
turut merangkumi Burma, negara Thai, Vietnam, Laos dan Kampuchea.5
Asia Tenggara bersempadan dengan tamadun besar dunia iaitu tamadun China dan
tamadun India. Istilah Asia Tenggara semakin meluas digunakan setelah ianya merujuk kepada
negara-negara yang terletak di antara India dengan negara China dimana ianya muncul semasa
Perang Dunia Kedua. Namun, kewujudan rantau Asia Tenggara adalah sebelum berlakunya
Perang Dunia Kedua lagi disebabkan catatan sejarah menyatakan bahawa rantau ini mengalami
perkembangan semenjak zaman kegemilangan empayar Angkor sekitar abad ke-12 di Tanah
Besar manakala empayar maritim Srivijaya di kepulauan Asia Tenggara menjelang abad ke-8
sehingga abad ke-13.6 Justeru, zaman tradisional Asia Tenggara mencapai kemuncaknya sekitar
abad ke-16 dan ke-18 dengan kemunculan kerajaan Sukhothai dan Ayudhya. Thailand atau
dikenali sebagai Siam di Asia Tenggara dalam catatan sejarah mampu mempertahankan
kerajaannya daripada dikuasai oleh pemerintahan penjajah Barat yang meluas sekitar
1Benua Asia dikenali sebagai sebuah benua yang terbesar di dunia. Terdapat lima rantau yang bergabung menjadi
benua Asia iaitu Asia Barat atau Timur Tengah, Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Tenggara serta Asia Timur.
2Kobkua Suwannathat-Pian, Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2003, hlm.8.
3Masyarakat Asia Tenggara majoritinya berketurunan daripada rumpun etnik besar zaman prasejarah dan zaman
sejarah yang berpindah dan kemudiannya mendiami rantau ini. Buktinya, rumpun etnik Deutro-Melayu diwakili
oleh bangsa Melayu, Jawa, Tagalog dan Bali. Begitu juga bangsa Cam dikategorikan sebagai rumpun Deutro-
Melayu yang mencatatkan sejarah menubuhkan kerajaan Campa di kawasan pantai Vietnam moden. Rumpun
Austro-Mon diwakili oleh bangsa Mon, Khmer, bangsa Vietnam, bangsa Pyu dan Burman. Terdapat juga rumpun
etnik Shan dan Thai di Asia Tenggara.
4Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Universiti Sains Malaysia : Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, 1989, hlm.xiii.
5Ibid.
6Kobkua Suwannathat-Pian, Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau, hlm.9.
3
pertengahan abad ke-19. Justeru, Thailand merupakan sebuah kerajaan yang memiliki sistem
pemerintahan tersendiri yang unik.
4
Latar Belakang
Rajah 1 : Peta Thailand
Sumber : Arne Kislenko (2004)
“The means for fulfilling the Thais’national destiny were the twelve state
edicts issued between 1939 and 1942 starting with that which changed the
country’s international name to Thailand”7
Thailand sebuah negara yang terletak di rantau Asia Tenggara. Perubahan nama negara daripada
Siam ke Thailand ditentukan pada bulan Jun 1939.8 Negara Thailand mengamalkan
pemerintahan monarki mutlak terutamanya sebelum tahun 1932.9 Sehingga kini, Thailand masih
mengekalkan pemerintahan institusi beraja. Dinasti yang terunggul dalam sejarah politik dan
pemerintahan monarki Thai terdiri daripada Sukhotai, Ayudhya dan Rattanakosin atau Chakri.
Catatan sejarah awal tentang kewujudan Thailand atau dikenali sebagai Siam bermula seawal
abad ke-6 Masihi iaitu dengan bukti kemunculan kerajaan Dvaravati di Lavo.10 Pelabuhan U-
Thong dan Sri Mahosod telah dibina semasa kerajaan Dvaravati. Namun begitu, kerajaan ini
7 Maurizo Peleggi, Thailand The Worldly Kingdom, Singapore: Talisma Publishing Pte Ltd, 2007, hlm.122.
8 Ibid, hlm.36.
9Husam Lamato, Sumarno dan Nurul Umamah, 2017, The Role of Haji Sulong In Fighting Special Autonomy For
Patani Southern Thailand (1947=1954), Jurnal Historica, Bil.1. hlm.47-64.
10Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala
Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn.Bhd., 2003, hlm.74.
5
hanya dianggap sebagai kerajaan Mon disebabkan kaum Mon majoriti mendiami wilayah
Dvaravati di Lavo tersebut.11
Seterusnya, sejarah awal Thailand turut mencatatkan kemunculan kerajaan Khmer
terutamanya zaman pemerintahan Suryavarman I tetapi selepas kematian Jayavarman VII (1219)
mengakibatkan kerajaan ini mengalami kemerosotan.12 Thailand diserang oleh kaum Mongol
sekitar tahun 1253 menyebabkan kerajaan Nan-chao ditakluki dan kebanyakkan masyarakat Thai
melarikan diri ke bahagian Utara Thailand.13 Malahan pengaruh Khmer semakin merosot dan
kian pudar setelah Kerajaan Pangan di Burma berjaya diruntuhkan oleh kaum Mongol 1287. 14
Hal ini demikian menyebabkan masyarakat pelarian Thai berhasrat mendirikan kerajaan di
wilayah-wilayah baharu mereka sehingga mendorong munculnya kerajaan-kerajaan kecil
dipimpin oleh pemerintahan Thailand sendiri sekitar abad ke-13. Buktinya, munculnya kerajaan
seperti Lan Na yang berpusat di Chiangmai dipimpin oleh Mangrai (1239-1317).15
Kerajaan Sukhotai atau Sukhodaya (1238-1438) mencapai zaman kegemilangan semasa
zaman pemerintahan Ramkhamhaeng. Beliau telah berjaya meluaskan pengaruh agama Buddha
–Theravada dengan melantik Sangharaja bagi golongan Sangha, mengasaskan bahasa rasmi
Thai. Ramkhamhaeng turut melakukan penaklukannya sehingga menguasai wilayah-wilayah
Khmer terutamanya di Hulu Menam, Hulu Mekong dan hilir Lembah Salween termasuk
Semenanjung Melayu seperti Tambralinga (Ligor) dan Langkasuka (Pattani).16 Sejurus selepas
kematian Ramkhameng kerajaan Sukhotai mengalami kemunduran tetapi agama Buddha-
Theravada masih diperluaskan oleh pengantinya seperti Loethai dan Luthai.17 Luthai merupakan
11Masyarakat Mon juga menubuhkan kerajaan Haripunjaya di Lamphun yang diperintah oleh raja Adityaraya dan
Sabbadhididdhi.
12Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, hlm.74.
13Arne Kislenko, Culture and customs of Thailand, London: Greenwood Press Westport,Conecticut, 2004, hlm.9.
14 Ibid, hlm. 75.
15 Mangrai menggantikan ayahnya pada tahun 1261. Sebagai pemerintah Thai, beliau berjaya meruntuhkan
kerajaan Mon di Haripunjaya sehingga ketokohannya seringkali dibandingkan dengan raja Sukhotai yang terunggul
iaitu Ramkhamhaeng. Kemudiannya, muncul raja-raja Lan Na yang terkemuka seperti Ku Na (1355-1385) dan Tilok
(1441-1487).
16Raja Ramkhambaeng melancarkan serangan terhadap kerajaan Tambralinga yang diperintah oleh Raja
Thavalsingha pada 1292. Kemudiannya, Tambralinga menjadi sebahagian wilayah Siam yang dikenali sebagai Ligor.
Seterusnya, Langkasuka dalam tulisan India dinyatakan sebagai ‘Ilangasoka’ manakala catatan Arab mengenali
sebagai ‘Langkasuka’. Ianya adalah sebuah negeri yang tertua di Semanjung atau selatan Thai bermula abad ke-2
atau 200 Masihi lagi.
17 Dalam inskripsi yang bertarikh 1345 ditulis oleh cucu Pha Muang, Si Satha, menyatakan kealiman Loethai
terhadap agama Buddha hingga digelar Dharmaraja, bermaksud raja yang taat kepada hukum Buddha.
6
cucu kepada Loethai yang dianggap sebagai tokoh agama Buddha dan mengarang sebuah karya
kosmologi Buddha bertajuk ‘Traiphum Phra Ruang (The Three World). Kuil yang dikenali
sebagai Mango Grove Monastery memperlihatkan imej Buddha dan Siva-Vishnu. Justeru, Luthai
di akhir pemerintahannya menjadi sami Boddhisattwa dan kemudiannya memasuki Sangha pada
tahun 1361.18Kerajaan Sukhotai akhirnya berakhir sekitar tahun 1438 selepas mengalami
kemerosotan semasa zaman pemerintahan Luthai.
Ayudhaya adalah sebuah kerajaan yang diasaskan oleh U-Thong atau Ramadhipati.
Semasa pemerintahannya, Ayudhaya mampu menguasi Sukhotai dan Chiangmai sekaligus
melemahkan kerajaan Khmer di Kemboja termasuk meluaskan pengaruh ke Semenanjung Tanah
Melayu. U-Thong merupakan pemimpin kerajaan Ayudhaya di Thailand yang berusaha
menyelesaikan undang-undang adat Thai yang berasal daripada tradisi Nan-Chao dengan
undang-undang Manu dari India. Persoalannya mengapa undang-undang yang diselesaikan oleh
U-Thong signifikan kepada kerajaannya? Berdasarkan catatan sejarah Thailand, undang-undang
yang dilaksanakan oleh U-Thong menjadi asas kepada undang-undang Thailand terutamanya
semasa zaman pemerintahan Chulalongkorn (1868-1910).19
‘The Ayutthaya period witnessed great artictic and architectural achievements,
as well as the expansion of trade ties throughout Asia and the Middle East.”20
Kerajaan Ayudhya turut diperintah oleh Raja Trailok (1448-1488).21Beliau merupakan
pemimpin yang terunggul dalam kerajaan Ayudhya terutamanya berjaya membentuk sistem
pentadbiran pusat dan melaksanakan sistem sosial dengan membahagikan pemilikan tanah
secara sakdina yang bermaksud mengikut pangkat dan keperluan rakyat.22Kemudiannya, sekitar
tahun 1450, Raja Trailok memperkenalkan Undang-undang Istana (Kot Montien Ban) dan
menetapkan jawatan pemangku raja yang dikenali sebagai uparat.23 Catatan sejarah menyatakan
bahawa Ayudhya dipengaruhi oleh tamadun Khmer dari segi politik, kesenian dan persuratan.
Sehubungan dengan itu, semasa zaman kegemilangan Ayudhya, kerajaan Khmer mengalami
kemerosotan terutamanya setelah serangan Ayudhya pada 1432. Walau bagaimanapun,
18Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, hlm.76.
19Ibid.
20 Arne Kislenko, Culture and customs of Thailand,hlm. 11.
21Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, hlm.76.
22Ibid,hlm. 77.
23 Undang-undang Istana (Kot Montien Ban) ditulis pada tahun 1358 berkaitan dengan tanggungjawab pegawai-
pegawai berserta dengan hukuman sekiranya tidak melaksanakan tanggungawab mereka.
7
kebangkitan Dinasti Toungoo (1531-1732) dan Dinasti Konbaung di Burma mengugat
kedaulatan Ayudhya. Akhirnya, Ayudhaya ditakluki pada tahun 1757 oleh Burma semasa zaman
pemerintahan Hsinbyushin.24 Kejayaan Tentera Burma memusnahkan Ayudhya April 1757
tersebut memperlihatkan kejatuhan Ayudhaya selepas 417 tahun sebagai ibu kota Siam.
Maknannya, hilangnya kerajaan pusat yang mampu menguasai seluruh Siam.25 Hal ini demikian
disebabkan Siam telah dibahagikan kepada beberapa negeri kecil yang bebas.
Seterusnya, muncul seorang pemimpin yang dikenali sebagai Pya Taksin selepas
kejatuhan kerajaan Ayudhaya. Taksin dilahirkan pada April 1734.26 Pya Taksin merupakan
penyelamat kepada kerajaan Thailand. Hal ini demikian dinyatakan bahawa Pya Taksin memiliki
kebolehan sebagai seorang jeneral yang memahami strategi dan taktik peperangan serta
mempunyai semangat yang tinggi. Pada tahun 1767, Pya Taksin yang memegang jawatan
sebagai Gabenor wilayah diarahkan ke Ayudhaya bagi tujuan menyelamatkan. Buktinya,
baginda berjaya menakluki semula kawasan Thonburi-Bangkok daripada Suki dan menewaskan
pasukan Chao Phitsanulok, Burma penghujung tahun 1768.27 Bagaimanapun, menjelang tahun
1767 sehingga 1782 kedudukan Pya Taksin mula tergugat setelah kemunculan Jeneral Chakri
yang berjaya menewaskan pemerintahannya.28 Tambahan, Majlis Khunnang dan sami bersetuju
bahawa Chakri merupakan seorang jeneral yang sangat berpengaruh untuk dijadikan sebagai
pengganti Taksin.29 Chakri atau dikenali sebagai Thongduang dilahirkan pada bulan Mac 1736
di Ayudhaya dan mempunyai tujuh orang adik-beradik. Baginda merupakan pengasas dinaskri
Chakri berasal daripada keluarga pegawai bertaraf rendah. Chakri menaiki takhta pada 6 April
1782 dan selepas tiga tahun baginda memindahkan ibu kota Siam ke Bangkok.30Chakri turut
dikenali sebagai Rama I yang diberikan gelaran ‘Maharaja’ pada tahun 1985 lebih kurang selepas
176 tahun kemangkatan baginda. Dinasti Chakri memerintah dengan menekankan konsep
24Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, hlm. 77.
25 Kobkua Suwannathat-Pian, Sejarah Thai Zaman Bangkok, hlm.3
26 Ibid, hlm. 1.
27 Ibid, hlm. 6.
28 Pya Taksin memerintah Thailand dari tahun 1767 hingga 1782. Baginda digulingkan disebabkan tidak siuman
pada tahun 1782. Kemudiannya, Pya Taksin dihukum mati mengikut undang-undang Istana di mana tangan dan
kaki baginda diikat serta dimasukkan ke dalam guni yang diperbuat daripada kain baldu. Malahan, leher baginda
dipukul dengan kayu cendang serta tiada acara perkabungan rasmi atas kemangkatan Taksin tetapi upacara
pembakaran mayat diraja hanya diadakan dalam tahun 1784.
29 Kobkua Suwannathat-Pian, Sejarah Thail Zaman Bangkok, hlm.8.
30 Ibid, hlm. 12.
8
keadilan, bertanggungjawab sekali gus menjamin ketenteraman rakyat.31 Justeru, Dinasti Chakri
atau Bangkok diasaskan bermula tahun 1782 yang kekal sehingga masa kini.
Sehubungan dengan itu, Thailand merupakan sebuah negara yang tercatat dalam sejarah
dunia terutamanya rantau Asia Tenggara tidak pernah dijajah oleh kuasa-kuasa barat. Portugis
adalah kuasa eropah pertama yang menjalinkan hubungan dengan Thailand sekitar abad ke-16.
Kemudiannya, Belanda, Inggeris dan Perancis turut membuat jalinan hubungan yang signifikan
dengan Thailand. Kedatangan kuasa asing di negara Thailand adalah atas kepentingan
perdagangan.32 Menjelang abad ke-19, kekuasaan Thailand mula berkembang tetapi kedudukan
negaranya masih tergugat dengan pelbagai ancaman. Buktinya, British menjajah musuh Siam,
Burma manakala Perancis menguasai Sungai Mekong menerusi Kemboja dan Laos. Tambahan,
kuasa-kuasa Eropah menuntut hak istimewa perdagangan dari Siam sekali gus mencabar
kewibawaaan Bangkok di wilayah terpencil. Walau bagaimanapun, kecekapan pemerintah Siam
dalam pentadbiran membolehkan kerajaannya mengelakkan peperangan sekali gus
mempertahankan martabat sebagai kerajaan terbesar di Asia Tenggara.33 Buktinya, Mongkut
atau Rama IV semasa pemerintahannya dari tahun 1851 sehingga 1868 telah memperkenalkan
reformasi politik, kebangkitan dan budaya bagi memodenkan Siam. Malahan, baginda turut
mempengaruhi Amerika Syarikat bagi mengimbangi kekuasaan Eropah dan meningkatkan
kedudukan antarabangsa Siam.34 Buktinya, Perjanjian Anglo-Thai 1909 telah ditandatangani
menyebabkan Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris.
Maka, sebagai balasan Siam menerima semula kedaulatan kehakimannya yang hilang sejak
tahun 1885 dan menerima pinjaman berjumlah empat juta paun sterling dengan kadar bunga
empat peratus untuk membiayai pembinaan landasan keretapi dari Bangkok ke selatan Siam.35
Justeru, persoalannya, bagaimana perkembangan politik dan pembentukan kerajaan di Thailand
selepas Perang Dunia kedua sehinggalah tahun 1970.
31 Kobkua Suwannathat-Pian, Sejarah Thail Zaman Bangkok, hlm.38.
32Arne Kislenko, Culture And Customs of Thailand, hlm. 11.
33 Mongkut atau Rama IV (1851-1868) dan anaknya Chulalongkorn atau Rama V (1868-1910) mempertahankan
kemerdekaan kerajaannya daripada penguasaaan imperialism Barat. Namun begitu, menjelang tahun 1910, semasa
pemerintahan Chulalongkorn, Siam menyerahkan wilayah pengaruhnya di Tanah Melayu dan Burma kepada British
manakala menyerahkan Kampuchea kepada Perancis. Justeru, Siam hampir kehilangan separuh wilayah empayar
tetapi ianya adalah dasar signifikan kepada kemerdekaaan Thailand.
34 Arne Kislenko, Culture And Customs of Thailand, hlm. 13.
35Kobkua Suwannathat-Pian, Sejarah Thail Zaman Bangkok, hlm.214.
9
Penglibatan Dalam Perang Dunia Kedua
Rajah 2 : The Paris Peace Settlement of 1919
Sumber : Josh Brooman (1993)
Menjelang abad ke-20, tercetus Perang Dunia II yang melibatkan seluruh Eropah, Pasifik, Timur
Tengah, Afrika dan Asia. Perang Dunia II bermula selepas generasi ‘the war to end of wars’.36
Perjanjian Damai Versailles yang ditandatangani semasa tamatnya Perang Dunia I menimbulkan
kebencian di negara-negara seperti Jerman dan Austria. Perang Dunia II berlakunya konflik
disebabkan faktor jangka pendek dan jangka panjang. Penglibatan Australia dalam Perang Dunia
II atas dasar wujudnya hubungan dengan Britain. Pada September 1939, penubuhan dan
pengrekrutan semula sebuah angkatan Australia yang dikenali sebagai Second Australian
Imperial Force (AIF). 37Sehubungan dengan itu, tentera Australia dihantar untuk berperang di
Timur Tengah dan Eropah tetapi selepas pengeboman Pearl Harbour pada tahun 1941 dan
kemerosotan Singpura pada sekitar Februari 1942, senario perang telah berpindah ke wilayah
Pasifik. Kemudiannya, Perdana Menteri Australia, John Curtin, membuat pengisytiharan perang
bebas yang pertama bagi Australia sekali lagi dengan Jepun.38
36Australian Curriculum, “Chapter two World War II (1939-1945)”, Oxford big ideas history, hlm. 61.
<http://lib.oup.com.au/secondary/history/Big_Ideas_History/10/02_SAL_BAH10_SB_72346_SPREADS_RGB.p
df>
37 Ibid, hlm. 62.
38 Ibid.
10
Dasar pentdabiran yang dilaksanakan oleh Vajiravudh membolehkan Thailand
membangun seiring dengan kuasa-kuasa Barat disebabkan kejayaan baginda mengasaskan
hubungan setaraf. Semasa tercetusnya Perang Dunia I, kerajaan Siam mengambil tindakan
mengamalkan dasar berkecuali sebagai modus operandinnya dengan kedua-dua pihak yang
terlibat dalam peperangan tersebut. Thailand sendiri membuat keputusan enggan terlibat dalam
hal-ehwal negara-negara Eropah yang mampu mengugat kedaulatan Siam sekiranya
menyebelahi pihak yang kalah. Namun, Vajiruvdh menyedari manfaat sekiranya menyokong
pihak Pakatan Mesra (Entente Cordiale). Oleh yang demikian, semasa Amerika Syarikat
membuat keputusan menyertai perang bagi tujuan menyokong England dan sekutunya pada
tahun 1917, Thailand mengistiharkan perang menentang pihak Kuasa-kuasa Tengah Julai 1917.
Tentera Siam dihantar ke Eropah bagi menyertai peperangan yang terdiri daripada satu skuadran
udara, bahagian ambulans, pasukan mekanik dan pemandu kereta termasuk 1300 orang.
Tambahan, pasukan tentera Thai dihantar ke Perancis pada Julai 1918.39
Matlamat Thailand melibatkan diri dalam perang tersebut adalah bertujuan bagi
menguatkan tuntutan Siam dalam pusingan perundingan yang akan datang bersama-sama
dengan kuasa-kuasa Barat setelah tamatnya syarat perjanjian antara Siam dengan mereka yang
enggan mengiktiraf kerajaan Siam sebagai negara yang setaraf.40 Kemenangan satu pihak
membolehkan Siam mempunyai hak menghadiri Persidangan Perdamaian di Versailles,
Perancis. Maka, hasrat Siam memndapatkan semula kedaulatannya terutamanya dalam aspek
cukai dan perniagaan serta hak konsesi secara asingan. Proses Siam mengembalikan kedaulatan
memerlukan jangka masa yang lama. Butkinya, Putera Devawongse bersama-sama dengan
Putera Devawong Vorodaya menjadi Menteri Hubungan Luar yang mendapat bantuan daripada
penasihat berbangsa Amerika iaitu Eldon James dan Francis B. Sayre.41 Sehubungan dengan itu,
Amerika Syarikat menjadi negara pertama yang menamatkan syarat-syarat perjanjian yang
memberikannya hak istimewa dalam perniagaaan dan hak wilayaj asingan pada akhir tahun
1920. Kemudiannya, perwakilan Siam yang diketuai oleh Sayre melawat ke negara-negara Barat
telah berhaya memperoleh persetujuan dari Perancis pada bulan Februari manakala bulan Julai
bagi tujuan menyerahkan semula hak-hak tersebut kepada Siam.42 Justeru, negara-negara Barat
39 Kobkua Suwannathat-Pian, Sejarah Thai Zaman Bangkok, hlm. 243.
40 Ibid.
41 Ibid.
42Kobkua Suwannathat-Pian, Sejarah Thai Zaman Bangkok, hlm. 243.
11
yang lain mengikuti tindakan Perancis dan England tersebut menyebabkan Siam berjaya
mendapatkan semula kedaulatan sepenuhnya.
“After Thailand joined the war on the Axis side in January 1942, national
defence was further emphasized: The words Thai and sovereigny always
coexist. Without sovereignty Thailand would rather choose not to exist’43
Bagaimana Thailand kemudiannya terlibat dalam kancah Perang Dunia Kedua atau
Perang Pasifik sehingga belakunya perubahan dalam sistem politik sekali gus pembentukan
kerajaan selepas berlakunya peperangan tersebut? Luang Phibun Songkhram, Perdana Menteri
Thailand, mengamalkan dasar pro-Jepun. Hal ini demikian kerana beliau yakin bahawa Jepun
akan memenangi perang. Pada 8 Disember 1941, Jepun melakukan serangan ke atas Thailand
dengan mengemukakan satu ultimatum yang harus diterima oleh negara tersebut. Hal ini
bertujuan bagi mengelakkan perang dengan Negara Matahari Terbit iaitu Jepun ke atas Thailand.
Kandungan dokumen ultimatum yang pertama adalah kerajaan Thai membernarkan bebas laluan
kepada tentera Jepun yang berada dalam perjalanan kempen menyerang Burma tanpa apa juga
halangan. Thailand juga hendaklah bersetuju untuk menandtangani sebuah perjanjian bersama
dengan Jepun. Seterusnya, Thailand perlulah bersetuju menjadi negara sekutu negara-negara
Axis serta bekerjasama menentang kuasa Britain mahupun Amerika Syarikat. Malahan, dalam
dokumen ultimatum Jepun berjanji akan mempertahankan Thailand sekiranya diserang.44
Justeru, Phibun memberikan kebenaran kepada Jepun menggunakan sempadan negaranya bagi
memulakan serangan ke atas Tanah Melayu iaitu pada 8 Disember 1941.45
Sebelum itu, Duta Jepun di Thailand meminta kebenaran daripada Phibun bagi tujuan
menjadikan negara Thailand platform menyerang Tanah Melayu. Jepun berjanji untuk
menghormati kedaulatan dan kemerdekaan Thailand. Tambahan, Phibun berminat dengan
kerajaan Jepun yang bersifat olagarki dan mengutamakan ketenteraan.46 Justeru, sebelum
peperangan bermula Phibun menunjukkan sikap pro-Jepun dengan menghantar rombongan
perdangan Thai pada tahun 1940 ke Jepun.
43Maurizio Peleggi, Thailand The World Kingdom, hlm.124.
44Kobkua Suwannathat-Pian, Hubungan Thai-Jepun Semasa Perang Dunia Kedua dan Kesan-kesannya kepada
Negeri-negeri Melayu Utara, Jebat, Bil.24( 1996), hlm. 41-56.
45 Abdullah Zakaria Ghazali dan et.al., Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan Dan Asia Timur 1800-1963, Selangor:
Fajar Bakti Sdn.Bhd., 2003, hlm. 413.
46 Ibid.
12
Thailand telah menandatangani satu perikatan dengan Jepun pada 21 Disember 1941.47
Tetapi sebelum perikatan ditandatangani, pada 11 Disember 1941, Phibun memberitahu
mesyuarat kabinet berkenaan dengan tekanan politik dan militer hebat daripada pihak Jepun yang
meminta Thailand membuat perjanjian kerjasama militer dengan Jepun. Sekiranya Thailand
enggan memberikan kerjasama yang baik, Jepun akan bertindak keras terhadap negaranya seperti
kemungkinan Jepun merampas segala alatan senjata angkatan tentera Thai. Tujuan adalah bagi
mempertahankan keselamatan tentera Jepun sendiri. Maka, Phibun membuat keputusan untuk
menandatangani sebuah perjanjian sulit kerjasama militer dengan Jepun.48 Perjanjian tersebut
secara rasminya pada 21 Disember 1941 oleh Perdana Menteri Phibun dan Duta Besar Jepun,
Tsubokami dengan upacara yang penuh dengan adat istiadat di Biara Area Zamrud di Bangkok.49
Kemudiannya, Jepun bersetuju mengembalikan wilayah-wilayahnya Thailand yang dikuasai
oleh British. Buktinya, Manakala, Thailand bersetuju memberikan bantuan kepada Jepun
menentang pihak British dan Amerika Syarikat. Thailand mengistiharkan perang ke atas
Amerika Syarikat dan Britain mendorong Jepun menyerahkan empat buah negeri di Utara Tanah
Melayu iaitu Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu sebagai tanda menghargai kerjasama
Thailand tersebut. Justeru, wilayah Shan seperti Kengtung dan Mongpan serta sebahagian Laos
termasuk sebahagian Laos diserahkan kepada Thailand.50
Sehubungan dengan itu, Pejanjian Thai-Jepun 21 Disember 1941 memperlihatkan
Thailand menerima segala kewajipan sebagai sebuah negara sekutu Jepun dalam Perang Pasifik.
Menerusi perjanjian turut menamatkan dasar berkecuali Thailand sejak tahun 1890-an sebagai
dasar menentukan hubungan luar Thailand dengan kuasa luar. Thailand mengamalkan dasar
bersekutu sebagai dasar luar pemerintahan kerajaannya terutamanya kerjasama militer Thai-
Jepun demi mempertahankan kedaulatan kedua-dua negara tersebut berdepan dengan kuasa
ketiga. Jepun dan Thailand sentiasa saling memberikan segala pertolongan dan bantuan dalam
47 Abdullah Zakaria Ghazali dan et.al., Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan Dan Asia Timur 1800-1963, hlm. 413.
48 Kobkua Suwannathat-Pian, Hubungan Thai-Jepun Semasa Perang Dunia Kedua dan Kesan-kesannya kepada
Negeri-negeri Melayu Utara, Jebat, Bil.24( 1996), hlm. 41-56.
49 Ibid.
50 Duta Thailand di Washington, Seni Pramoj menentang tindakan Phibun Songkram. Hal ini demikian disebabkan
tindakan Phibun tersebut hanya demi keperluan peribadi bukannya melibatkan keperluan masyarakat Thailand
sendiri. Seni Pramoj meminta bantuan daripada pegawai dan penuntut Thai di Amerika Syarikat sekali gus
menubuhkan Free Thai. Justeru, negara Thai dengan adanya pertubuhan Free Tai akan memperoleh kebebasan
daripada pemerintahan Phibun Songkram dan mendapat kerjasama baik Amerika Syarikat bagi membawa masuk
ejen-ejen ke Thailand.
13
aspek ekonomi, politik, perdagangan dan sosiobudaya sebagai persediaan menghadapi perang
pasifik tersebut. Selain menguatkan hubungan Jepun dengan Thailand sebagai komuniti
Sekemakmuran Asia Timur Raya. Perjanjian tersebut memperlihatkan Jepun akan membantu
Thailand mendapatkan kembali segala wilayah yang telah dikuasai oleh Britain semasa zaman
pemerintahan Raja Chulalongkorn.51
Thailand pada 25 Januari 1942 secara komprehensifnya telah menyertai Perang Pasifik.
Hubungan Jepun dengan Thailand seperti ‘sahabat karib’ menyatakan Deklarasi Beperang
menentang Britain dan Amerika Syarikat. Selama tempoh tiga tahun setengah, Thailand secara
berterusan beperang melawan kuasa-kuasa Sekutu.52 Thailand adalah negara sekutu Asia Jepun
yang bertaraf tinggi disebabkan menerusi bantuan Jepun telah berjaya meluaskan wilayah
pengaruh. Namun, Jepun mengalami kekalahan dalam peperangan mendorong Thailand semakin
muncul sebagai negara yang memiliki kekuasaan di Asia Tenggara. Justeru, pada Julai 1943,
Jepun menunaikan janjinya terhadap Thailand akan menyerahkan keenam-enam buah negeri
yang memperlihatkan hubungan antara Thai-Jepun memberikan manfaat kepada Thailand.53
Bagaimana keadaan Thailand semasa Perang Dunia Kedua yang dibantu oleh Jepun
menjadi persoalan signifikan? Thailand sememangnya kecewa dengan dasar dan pendekatan
Jepun terhadap kerajaannya sebagai sekutu. Sebagai contoh, dasar pihak berkuasa tentera Jepun
yang memandang rendah hasrat dan tuntutan Bangkok mengenai tanggungjawab dan sumbangan
ketenteraan. Masalah juga timbul implikasi daripada tuntutan ekonomi dan kewangan Jepun ke
atas Thailand serta dasar Ko-Kemakmuran Asia Timur Raya yang tidak adil menjurus kepada
kepentingan Jepun sendiri. Maknya, ideologi memberikan keuntungan kepada sebelah pihak
sahaja terutamanya Jepun tetapi mendatangkan implikasi negatif ke atas Thailand. Kementerian
Hal Ehwal Asia Timur yang ditubuhkan dilihat oleh pemimpin Thailand kemungkinan mampu
51 Chulalongkorn melaksanakan smeula rancangan pemodenan Siam untuk menentukan kemampuan negerinya
menghadapi ancaman dan cabaran kuasa-kuasa luar. Menjelang tahun 1880-am, berlaku persaingan di antara
England dan Perancis bagi menubuhkan empayar di Asia sehingga mengugat kedaulatan Siam terutamanya selepas
perjanjian Anglo-Thai 1909.
52Kobkua Suwannathat-Pian, Hubungan Thai-Jepun Semasa Perang Dunia Kedua dan Kesan-kesannya kepada
Negeri-negeri Melayu Utara, Jebat, Bil.24( 1996), hlm. 41-56.
53 Ibid.
14
mengugat kedaulatan Thailand di arena politik antarabangasa.54 Tambahan, Jepun dianggap telah
menjatuhkan maruah dan martabat institusi agama Buddha iaitu krisis di Ban Pong, Ratchaburi.
Malahan, tingkah laku pegawai-pegawai Jepun terhadap masyarakat Thailand sehingga
menyebabkan pemimpin-pemimpin kerajaan ini kecewa dan tersinggung.
Dasar ‘Pembahagian baru (new deal)’ Jepun terhadap kerajaan Thailand kemudiannya
diwujudkan demi mengembalikan kerjasama baik. Jeneral Aketo Nakamura bertanggungawab
melaksanakan pendekatan toleransi dan bersimpati terhadap Thailand. Menerusi ini dapat kita
lihat Jepun berusaha mempertahankan konsesinya atau hubungan dengan Thailand. Hal ini
demikian disebabkan kekalahan Jepun dan prestasi tentera laut Jepun di Midway merosot semasa
menghadapi peperangan pada June 1942. Jepun mempunyai persepsi yang tinggi terhadap
Thailand di mana berpotensi dalam aspek keselamatan tentera Jepun di keseluruhan Tanah Besar
Asia Tenggara. Maka, Jepun turut membuat keputusan menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan
dan Terengganu serta Mong Pan dan Kengtung walaupun sebenarnya tindakan ini sangat
bertentangan dengan hasrat Jepun terhadap Malaya dan Burma. Tujuan utama Jepun menguasai
Tanah Melayu supaya mampu menjadikan rantau tersebut sebagai tanah jajahan dan sebahagian
daripada empayar Jepun di Asia. Oleh yang demikian, selama 18 bulan wilayah Tanah Melayu
dan Sumatera kecuali Singpura dibawah sebuah unit politik yang bertaraf tanah jajahan
Pentadbiran Tentera Jepun.Tambahan, matlamat Jepun adalah menubuhkan pemerintahan
militer dan sosiopolitik ke atas Malaya termasuk negeri Asia Tenggara.55 Jepun sebenarnya tidak
mempunyai rancangan menyerahkan empat buah Negeri Utara tersebut kepada Thailand.
Matlamat melindungi dan mengukuhkan hubungan mesra Thai-Jepun adalah menerusi
Komunike Thai-Jepun diumumkan oleh Perdana Menteri Tojo dan Phibun pada 5 Julai 1943.
Tindakan Jepun bagi menentukan hubungan baik Thai-Jepun adalah menerusi rancangan
penyerahan wilayah-wilayah di Malaya dan Burma kepada Thailand. Jepun secara rasminya
menyerahkan konsesinya kepada Thailand pada 18 Oktober 1943. 56 Buktinya, empat buah
54 Kobkua Suwannathat-Pian, Hubungan Thai-Jepun Semasa Perang Dunia Kedua dan Kesan-kesannya kepada
Negeri-negeri Melayu Utara, Jebat, Bil.24( 1996), hlm. 41-56.
55 Pernubuhan Pentadbiran Tentera Jepun di Asia Tenggara adalah langkah yang seharusnya dilaksanakan oleh
Jepun atau Tokyo demi mencapai matlamat dalam rancangan Empayar Asia Raya di bawah tampuk pemerintahan
Negara Matahari Terbit tersebut.
56Nik Anuar Nik Mahmud, Tuntutan Iridenta Thai ke atas Negeri-negeri Melayu Utara dan Reaksi Orang-orang
Melayu dan British, Jebat, Bil.24(1966), hlm.21-40.
15
negeri Melayu Utara manakal dua buah wilayah negeri Shan diserahkan hakmilik ke atas wilayah
kepada Thailand. Hal ini selaras dengan persetujuan antara Jepun dengan Thailand pada 21
Disember 1941. Justeru, 7 September 1943, Thailand mengistiharkan sistem pentadbirannya di
empat buah Negeri Melayu Utara tersebut iaitu di bawah Sistem Pentadbiran Tentera Thai
dipimpin oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi Militer yang berpusat di Alor Setar, Kedah sepanjang
Perang Pasifik berlangsung. Catatan sejarah membuktikan bahawa Pentadbiran Tentera Thailand
adalah hanya diletakkan sistem pentadbiran tempatan yang telah wujud semenjak zaman
pentadbiran penjajah British. Maka, Thailand hanyalah menyelia keadaan sosiopolitik Tanah
Melayu sahaja kerana timbul ketidakyakinan terhadap tentera Jepun memenangi peperangan.
Majlis Negeri Kedah semasa Pentadbiran Tentera Jepun dikenali sebagai Montri Spa, berkuasa
meluluskan segala bentuk peraturan dan undang-undang negeri.
Penguasaan wilayah-wilayah yang ditadbir oleh Thailand tidak berkekalan selepas
kekalahan Jepun, sekutunya, mengalami kekalahan dalam Perang Dunia Kedua.57 Jepun
menyerah kalah pada pertengahan Ogos 1945 menyebabkan pentadbiran Tanah Melayu diambil
alih oleh British Military Administration (BMA).58 Sehubungan dengan itu, 16 Ogos 1945,
Pentadbiran Militer Thai yang hanya kerajaan sementara di keempat buah Negeri Melayu Utara
secara rasmi telah berakhir.59Hal ini memperlihatkan bahawa Thailand dengan rela menamatkan
peranannya di Tanah Melayu dengan menyerahkan konsesi yang dikuasai kepada British.
Implikasi negatif ke atas Thailand adalah peningkatan perasaan syak wasangka di kalangan
masyarakat Melayu di mana kempen propanganda British yang menuduh tindakan kerjasama
Bangkok dengan Jepun pada permulaan Perang Pasifik sebagai sebab utama kegagalan British
mempertahankan keselamatan Tanah Melayu dari kuasa militer Jepun. Tetapi Pentadbiran
Thailand sepanjang dua tahun membantu melindungi budaya masyarakat melayu terutamanya
57Amerika Syarikat (AS) menjatuhkan bom atom di Kota Jepun, Hiroshima dan Nagasaki menjelang Perang Dunia
Kedua. Serangan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki di Jepun yang membunuh lebih 200,000 orang
menyebabkan ramai penduduk dalam keadaan trauma. Bom atom pertama dinamakan “Little Boy” digugurkan di
barat Jepun pada 6 Ogos 1945 oleh pengebom Enola Gay Amerika Syarikat mengakibatkan kematian seramai
140000 orang. Kemudiannya, bom atom kedua dikenali sebagai “Fat Man” digugurkan sekali lagi oleh Amerika
Syarikat di Nagasaki membunuh 74,000 orang nyawa. Justeru, Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945 selepas bom
atom digugurkan yang menjadi titik tolak tamatnya Perang Dunia Kedua.
58Ho Hui Ling, Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945: Penentangan Orang Cina Melalui Malayan
People’s Anti Japanese Army (MPAJA), Malaysia Dari Segi Sejarah.
59Kobkua Suwannathat-Pian, Hubungan Thai-Jepun Semasa Perang Dunia Kedua dan Kesan-kesannya kepada
Negeri-negeri Melayu Utara, Jebat, Bil.24( 1996), hlm. 41-56.
16
hubungan raja dan rakyat khasnya dengan golongan pembesar daripada merosot serta
melemahkan kedudukan sultan menghadapi para pembesarnya seperti dialami oleh kesultanan
Melayu di bawah pentadbiran Jepun.
Berakhirnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, Thailand mengalami sepertimana
negara-negara lain terutamanya selepas Jepun menyerah kalah. Majoriti negara yang telah
dikuasa oleh Jepun memerlukan bantuan dan pertolongan setelah Jepun mengalami kekalahan
dalam Perang Pasifik. Namun begitu, dari mana datangnya pertolongan tersebut? Eropah juga
berjuang untuk memulih dari perang dan bagaimanapun, penduduk Asia tidak mahu orang
Eropah kembali sepertimana Thailand.
17
Revolusi Thai 1932
Revolusi 1932 membuktikan tentang kegagalan usaha Prajadhipok memulihkan sistem beraja
mutlak. Bagaimanakah keadaan politik ekonomi Thailand sebelum tahun 1932 ? Prajadhipok
pada tahun 1926 telah menghantar surat kepada Dr.Francis B. Sayre yang bertujuan
mendapatkan idea memulihkan keadaan politik di Siam. Surat Prajadhipok yang bertarikh 23
Julai 1926 tersebut mengemukakan berkenaan dengan sistem berparlimen, sistem kerajaan
berperwakilan, kelayakan calon takhta Siam dan hak raja pemerintah dalam hal penggantian
takhta.60 Justeru, kandungan surat Prajadhipok membuktikan beliau mahu memperbaiki sistem
beraja mutlak selaras dengan perubahan sosiopolitik.
Rancangan Prajadhipok dilihat terlalu “berhati-hati” dalam melaksanakan sistem
pemerintahan berparlimen yang bercorak Britain. Golongan putera dan penasihat Thai atau Barat
tidak menyetujui rancangan baginda sehingga menyebabkan kegagalan. Pridi Phanomyong
adalah pemimpin Revolusi 1932 dan seorang pegawai pejabat undang-undang kerajaan
menafikan draf perlembagaan Phraya Si Wisanwaja dan Raymond B.Steven atas arahan
Prajadhipok.61 Justeru, baginda ingin membentuk perlembagaan baru yang diterima rakyat demi
membentuk sistem politik moden di Siam.
Seterusnya, Prajadhipok melakukan usaha pemodenan dalam bidang politik pada 1927.
Buktinya, menerusi artikel yang bertajuk ‘Demokrasi di Siam’ Prajadhipok memperlihatkan diri
bersetuju bahawa sistem demokrasi seharusnya diamalkan di Thailand. Baginda berjaya
membangunkan aspek ekonomi dan politik Thailand pada 1925 tetapi kerajaan berparlimen
masih belum dibentuk disebabkan keadaan ekonomi yang merosot.62 Sehubungan dengan itu,
kegagalan kerajaan memacu perkembangan ekonomi Siam memberi peluang kepada golongan
pertengahan yang terdiri daripada golongan intelek yang menganggap ketidakberkesanan sistem
beraja mutlak. Justeru, Phraya Phahon dan Phraya Song Suredet menyokong Khana Ratsadon
menyebabkan kekecewaan golongan intelek konservatif dan agresif terhadap sistem beraja
mutlak.
60 Kobkua Suwannathat-Pian, Sejarah Thai Zaman Bangkok, hlm. 250.
61 Ibid, hlm.251.
62 Ibid, hlm.252.
18
Penubuhan Khana Rat pada tahun 1927 di Paris oleh golongan Thailand. Tujuan adalah
merancang mengambil suatu tindakan mengubah sistem tradisional politik Siam kepada sistem
demokrasi berparlimen. Pridi dipilih sebagai ketua Khana Ratsadon yang mengistiharkan enam
prinsip selaras dengan tuntutan kerajaan yang berjaya dirampas daripada golongan tua dan
konservatif.63 Berikut adalah rinsip-prinsip Khana Ratsadon :
• mempertahankan kedaulatan politik, kehakiman, ekonomi,
• mempertahankan keselamatan dan ketenteraman dalam negara,
• memperbaiki keadaan ekonomi Siam supaya rakyat dapar menikmati kemakmuran
negara melalui perancangan ekonomi kebangsaan dan penyediaan peluang pekerjaan
kepada rakyat,
• hak persamaan kepada segenap lapisan rakyat,
• menentukan kebebasan rakyat yang tidak bertentangan dengan empat prinsip di atas,
• memberi peluang pelajaran kepada semua rakyat.
Khana Rat menjelang tahun 1932 berjaya menambah jumlah keahliannya di kalangan
pegawai kanan angkatan tentera darat seperti Kolonel Phraya Phahon-phonphayuhasena,
Kolonel Phraya Songsuradet dan Phra Prasatphittayayuth. Pemimpin-pemimpin Khana Rat
menyedari bahawa sekiranya percubaan mereka menggulingkan sistem beraja mutlak akan
berjaya maka mereka hendaklah membuktikan kemampuan gerakan ini. Namun, usaha
Prajadhipok dengan matlamat Khana Rat adalah sama maka pengumuman perlembagaan
sementara pada 27 Jun 1932 manakala 10 Disember 1932 gerakan Khana Rat meminta maaf
atas kesilapan mengkritik dan menyerang dinasti Chakri serta raja pemerintah semasa melakukan
coup d’etat.64 Kerajaan baru diumumkan pada 21 Jun 1933 diketuai Phraya Phahon
membuktikan Khana Rat berhasrat menguasai sepenuhnya politik Thailand.
63Kobkua Suwannathat-Pian, Sejarah Thai Zaman Bangkok, hlm. 259.
64 Ibid, hlm.261
19
Pembentukan Kerajaan Thailand sehingga 1970
Pasca Perang Dunia Kedua menyaksikan berlakunya gerakan kemerdekaan di negara-negara yang
dijajah. Persoalannya bagaimana perkembangan kerajaan Thailand membentuk kerajaannya selepas
Perang Dunia Kedua sehingga 1970? Menjelang tahun 1932 sehingga 1963 berlaku banyak rampasan
kuasa di Thailand. Kudeta Kedua yang berlaku pada 20 Jun 1933 telah mengubah sistem kerajaan
berperlembagaan.65 Bentuk pemerintahan raja berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah
Negara Thailand walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan kuasa-kuasa asing.
Pemerintahan Thai awalnya berlandaskan perlembagaan yang digubal oleh golongan Khana
Rasadon atau dikenali sebagai Parti Rakyat. Parti politik Thai secara rasminya dengan wujudnya Akta
penubuhan parti politik Thailand pada tahun 1946. Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab
melulus dan mengawal penubuhan dan perkembangan setiap parti politik.66 Namun, Thailand
mengalami kesukaran mempertahankan kerajaan demokrasi menerusi sistem tersebut. Hal ini
demikian berlakunya ketidakadilan yang dilakukan khususnya dari kalangan tentera dengan adanya
kekuasaan dalam politik kerajaan Thailand. Sehubungan dengan itu, Kudeta 1932 menguatkan
kedudukan sehingga menyebabkan mereka semakin merosot. Pada awalnya, sememangnya tentera-
tentera yang berkuasa dalam politik Thailand ini dilihat mampu berkhidmat kepada negara demi
menyelamatkan krisis politik tetapi mereka telah mencampuri urusan politik negara. Golongan ini
mengundurkan diri menjadi pemimpin politik menyebabkan sistem demokrasi tidak berkembang.
Justeru, kedudukan sistem politik Thailand berkembang menuju sistem birokrat kerana golongan
birokrat menjadi golongan dominan dalam institusi-institusi politik seperti institusi perundangan,
parti politik, pilihanraya dan kabinet kerajaan.
Thailand mengalami peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda semasa pemerintahan Pridi
sehingga menyebabkan beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.67 Pridi diganti oleh
Thamrong Nawasawat menyebabkan politik Thailand sekali lagi jatuh ke tangan pihak tentera
menerusi rampasan kuasa pada November 1947. Maka, Phibul menjadi perdana menteri sekali lagi
kerana dipercayai bahawa beliau pemimpin yang boleh mengatasi ketidakstabilan politik dan
65Wan Azaham Wan Mohamad, (Terj), Thawatt Mokarapong, Sejarah Revolusi Thai, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1987, hlm.138.
66 Parti-parti politik seperti Kaona, Prachatipat, Sahachip, Naew Rattamanoon, Thammatipat, Kasikon, Sangkhom
Prachatipatai dan Sahapak.
67Abdullah Zakaria Ghazali et.al., Sejarah Asia Tenggara, Asia Selattan Dan Asia Timur 1800-1963, hlm. 480.
20
kebangkitan komunis di negara-negara jiran. Setelah itu semua parti politk diharamkan kecuali parti
pimpinan tentera.68 Phibul turut memperkenalkan perlembagaan baru pada tahun 1949 tetapi
kemudiannya dimansuhkan pada November 1951 atas alasan dilihat mengalami kesukaran
mengekalkan beliau sebagi pemimpin yang membawa kemakmuran dan keamanan kerana muncul
ketidakpuasan hati pihak Tentera Laut dan kumpulan politik lain.69 Penubuhan satu dewan dan
separuh kerusinya dilantik oleh badan eksekutif. Parlimen baru yang ditubuhkan oleh Phibul, pegawai
tentera dilantik bagi memenuhi bahagian separuh kerusi tersebut Tujuanya adalah bagi mengekalkan
kekuasaaan Phibul. Justeru, transformasi dalam pemerintahan menjadikan Thailand sebagai sebuah
negara demokrasi.
Penghapusan pengaruh komunis dengan tidak mengiktiraf Republik Rakyat China. Aktiviti-
aktiviti orang Cina di Thailand dihapuskan seperti menutup sekolah dan surat khabar Cina.
Penggubalan Un-Thai Activities Act menyebabkan orang cina ditangkap.70 Phibul turut melibatkan
Thailand dalam penyertaan SEATO serta memberikan sokongan kepada Amerika Syarikat dalam
Perang Korea bagi menentang kegiatan komunis dunia. Hal ini mendorong Thailand memperoleh
bantuan daripada Amerika Syarikat. Politik dalam negeri telah dihidupkan semula selepas Phibul
melawat Amerika Syarikat dan Britain pada tahun 1957. Kesannya, muncul pelbagai parti politik
seperti golongan kiri telah mengkritik tindakan kerajaan terutamanya dasar luar. Pilihan raya
diadakan semua di mana Phibul memenangi undian tipis menyebabkan penduduk tidak berpuas hati
dengan keputusan tersebut71. Pilihan raya merupakan institusi politik yang signifikan sebagai
lambang negara demokrasi kerana ianya adalah saluran membentuk kabinet kerajaan daripada
amanah rakyat secara sah. Justeru, keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan Thailand
diistiharkan darurat pada Mac 1957.72
68 Abdullah Zakaria Ghazali et.al., Sejarah Asia Tenggara, Asia Selattan Dan Asia Timur 1800-1963, hlm. 480.
69Phibul Songkram memberikan peluang untuk pilihan raya bagi Dewan Rendah dan perlantikan oleh Raja untuk
Dewan Tinggi.
70 Abdullah Zakaria Ghazali et.al., Sejarah Asia Tenggara, Asia Selattan Dan Asia Timur 1800-1963, hlm.480.
71 Katsuyuki Takashi, The Peace Movement in Thailand after the Second World War: The Cases in Bangkok, the
provinces and Local Chinese Society, Waseda University, 2005 <
https://www.researchgate.net/publication/33006160_The_Peace_Movement_in_Thailand_after_the_Second_Worl
d_War_The_Cases_in_Bangkok_the_Provinces_and_Local_Chinese_Society>
72 Abdullah Zakaria Ghazali et.al., Sejarah Asia Tenggara, Asia Selattan Dan Asia Timur 1800-1963, hlm.480.
21
Marshal Sarit Thanarat, pada Ogos 1957 bersama-sama dengan tentera-tenteranya melakukan
rampasan kuasa. Beliau merupakan pemimpin Parti Sosialis Kebangsaan. Menjelang Oktober 1958,
Marshal dilantik sebagai perdana menteri mengantikan Phibul. Reformasi yang pertama dilaksanakan
beliau ialah menggantung perlembagaan dan mengisytiharkan undang-undang tentera. Oleh yang
demikian, hanya parti revolusi baru yang terdiri daripada pegawai tentera, polis dan kerajaan sahaja
dibenarkan Namun, pada Disember 1958, pilihan raya dibenarkan di mana parti pimpinan Marshal
memenangi kerusi majoriti. Beliau melakukan beberapa program pembangunan untuk Thailand
seperti bidang pendidikan, perhubungan, pengangkutan, tenaga dan pengairan. Pelaburan asing turut
digalakkan dalam pemerintahan kerajaan Thailand. Justeru, Sarit meninggal dunia dan diganti oleh
Field Masrshal Thonam Kittiachorn.73
Kabinet kerajaan Thailand terdiri daripada menteri-menteri yang diketuai oleh Perdana
Menteri sebagai badan ekskutid yang tertinggi dan pusat pemerintahan yang mengawal segala
pelaksanaan golongan birokrat di seluruh negara. Sememangnya kestabilan sistem politik Thailand
bergantung kepada sokongan golongan birokrat tentera. Pada 14 Oktober 1973, demonstrasi
mahasiswa berjaya menghapuskan regim Tanim Kitikachon dan Prapas Charusatin sehingga
terbentuknya kerajaan demokrasi sepenuhnya. Hal ini memperlihatkan politik demokrasi hanya
bertahan 3 tahun sahaja tanpa pengaruh tentera. Pada 6 Oktober 1976 berlakunya kudeta berdarah
yang mengorbankan ribuan mahasiswa dan menjatuhkan kerajaan Seni Pramoj yang baru sahaja
dibentuk. Sehubungan dengan itulah muncul konsep politik demokrasi Thailand yang dikenali
sebagai Prachatipatai Krungbai atau Demokrasi Separuh.74 Badan eksekutif bertanggungjawab
sebagai badan pembuat dasar kerajaan negara Thailand yang diketuai oleh perdana menteri selain
mengetuai barisan kabinet kerajaan. Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet lain terdiri daripada parti
yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja Thailand bertanggungjawab melantik perdana
Menteri.75
73 Abdullah Zakaria Ghazali et.al., Sejarah Asia Tenggara, Asia Selattan Dan Asia Timur 1800-1963, hlm.481.
74Prinsip Prachatipatai Krungbai atau Demokrasi Separuh memperlihatkan sistem pemerintahan demokrasi
Thailand mengimbangi pengaruh atau kekuasaaan tentera.
75 Abdullah Zakaria Ghazali et.al., Sejarah Asia Tenggara, Asia Selattan Dan Asia Timur 1800-1963, hlm.465.
22
Badan perundangan Thailand mengandungi dua dewan yang bertanggungjawab sebagai penentu
kepada undang-undang dan peraturan kerajaan. Ahli-ahli badan perundangan dipilih oleh rakyat
Thailand sendiri. Badan kehakiman yang diwujudkan dalam sistem pemerintahan Thailand di bawah
Menteri Kehakiman. Suruhanjaya kehakiman bertanggungjawab melaksanakan usaha mengawasi
perjalanan badan kehakiman. Hal pelantikan, petukaran atau pemecatan akan dilakukan oleh
kekuasaan Raja Thailand dengan persetujuan suruhanjaya. Mahkamah Tertinggi di Negara Thai
adalah Mahkamah Agung (dika) di Bangkok.76 Mahkamah rayuan, tiga mahkamah daerah,
mahkamah jenayah dan mahkamah sivil turut diwujudkan. Justeru, setiap wilayah di Thailand
memiliki mahkamah jenayah dan sivilnya sendiri.Thailand peringkat tempatan dibahagikan kepada
71 wilayah pentadbiran yang dikenali sebagai Changwats. Ianya diperintah oleh pesuruhjaya yang
bertanggungjawab kepada Menteri Dalam Negeri. Kemudiannya, Changwats terdiri daripada 412
daerah atau amphurs dan 4533 communes atau tambons.77
Dewan Negara merupakan institusi politik yang signifikan dalam sistem pemerintahan kerajaan
Thailand semenjal sistem monarki perlembagaan diwujudkan. Ahli Dewan Negara adalah yang
memiliki kemahiran dalam pengurusan negara terutamanya dalam perkara akta dan peraturan negara.
Rakyat Thailand semestinya berhak memilih ahli Dewan Rakyat. Sehingga sekarang pengaruh
birokrat dalam Dewan Negara masih lagi berkuasa. Pada 22 Mac 1992 seramai 260 orang ahli Dewan
Senat yang terdiri 202 orang golongan birokrat. Justeru, ahli Dewan Senat di Thailand pada masa
sekarang masih didominasi oleh golongan birokrat tentera yang dikenali sebagai Pak Tahan atau Parti
Tentera.78
76 Abdullah Zakaria Ghazali et.al., Sejarah Asia Tenggara, Asia Selattan Dan Asia Timur 1800-1963, hlm.489.
77 Ibid,hlm.465.
78 Robert Albritton, The State of Demoracy in Thailand, An Ansian Barometer Conference on The State of
Democratic Governance in Asia
<http://www.asianbarometer.org/publications/feb6def773ed9f0f8cc96e8209b243f8.pdf>
23
Penutup
Kerajaan awal Thailand dapat dibuktikan dengan wujudnya dinasti-dinasti awal seperti
Sukhotai, Ayudhaya dan Dinasti Chakri. Masyarakat Thailand mengamalkan cara hidup yang
diterapkan dalam agama Buddha. Thailand dikenali sebagai ‘Land of the free’ atau ‘tanah bebas’.
Kerajaan Thailand tetap merdeka semasa negara-negara Asia Tenggara lain dijajh oleh kuasa
asing. Keadaaan sistem politik negara Thailand menghadapi pelbagai cabaran rampasan kuasa
oleh pihak Tentera. Revolusi 1932 yang tercetus memperlihatkan berlakunya perebutan
kekuasaan. Jeneral Phibul Songram sebelum Perang Dunia Kedua sehingga berlakunya
kekalahan Jepun mendominasi politik Thailand. Thailand adalah sebuah negara yang
mengamalkan sistem monarki berpelembagaan. Ianya adalah sebuah sistem pemerintahan yang
telah diamalkan semenjak tahun 1932. Kemudiannya, masyarakat Thai berjaya menamatkan
pemerintahan sistem monarki mutlak yang digantikan kepada bentuk pemerintahan demokrasi
dengan mengekalkan raja sebagai ketua negara. Oleh yang demikian, raja Thailand bertindak
sebagai ketua bagi tiga organisasi kerajaan utama iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Kesinambungan waris pemerintahan Raja Thailand tetap berterusan sehingga masa kini. Negara
Thailand sangat mengutamakan dan menghormati kedudukan raja dalam sistem pemerintahan
kerajaan. Hal ini demikian, raja menjadi sebuah badan pentadbiran yang signifikan bagi negara
Thailand sekali gus sebagai tunggak kestabilan negara apabila sistem demokrasi gagal
menyelesaikan masalah politik dalaman. Justeru, perkembangan politik dan pembentukan
kerajaan Thailand memberi gambaran kepada bahawa negara ini memiliki identiti dan semangat
yang berterusan mempertahankan kedaulatan negaranya.
24
Bibliografi
Buku
Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn.Bhd., 2003,
Abu Talib Ahmad. (1989). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Universiti Sains Malaysia :
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
Abdullah Zakaria Ghazali dan et.al. (2003). Sejarah Asia Tenggara. Asia Selatan Dan Asia
Timur 1800-1963, Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Arne Kislenko. (2004). Culture and customs of Thailand. London: Greenwood Press
Westport,Conecticut.
Josh Brooman. (1993). The Era of the Second World War. London:Longman.
Kobkua Suwannathat-Pian. (2003). Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan .
Maurizo Peleggi. (2007). Thailand The Worldly Kingdom. Singapore: Talisma Publishing Pte
Ltd.
Wan Azaham Wan Mohamad, (Terj). ( 1987)Thawatt Mokarapong, Sejarah Revolusi Thai.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Artikel
Husam Lamato, Sumarno dan Nurul Umamah, 2017, The Role of Haji Sulong In Fighting
Special Autonomy For Patani Southern Thailand (1947=1954), Jurnal Historica, Bil.1.
hlm.47-64.
Ho Hui Ling, Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945: Penentangan Orang Cina
Melalui Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), Malaysia Dari Segi Sejarah.
Kobkua Suwannathat-Pian, Hubungan Thai-Jepun Semasa Perang Dunia Kedua dan Kesan-
kesannya kepada Negeri-negeri Melayu Utara, Jebat, Bil.24( 1996), hlm. 41-56.
Nik Anuar Nik Mahmud, Tuntutan Iridenta Thai ke atas Negeri-negeri Melayu Utara dan Reaksi
Orang-orang Melayu dan British, Jebat, Bil.24(1966), hlm.21-40.
25
Bahan Internet
Australian Curriculum, “Chapter two World War II (1939-1945)”, Oxford big ideas history, hlm.
61.
<http://lib.oup.com.au/secondary/history/Big_Ideas_History/10/02_SAL_BAH10_SB
_72346_SPREADS_RGB.pd>
Katsuyuki Takashi, The Peace Movement in Thailand after the Second World War: The Cases
in Bangkok, the provinces and Local Chinese Society, Waseda University, 2005 <
https://www.researchgate.net/publication/33006160_The_Peace_Movement_in_Thaila
nd_after_the_Second_World_War_The_Cases_in_Bangkok_the_Provinces_and_Loca
l_Chinese_Society>
Robert Albritton, The State of Demoracy in Thailand, An Ansian Barometer Conference on The
State of Democratic Governance in Asia
<http://www.asianbarometer.org/publications/feb6def773ed9f0f8cc96e8209b243f8.pd
f>
26
Lampiran
Jadual 1
Kronologi perkembangan kerajaan Thailand 1941 hingga 1971
Year’s : Chronology
1941 : Press Act, Japanese army lands in Thailand ( 8 December )
1942 : Thai declaration of war on Allies, re-foundation of CPT
1944 : Fall of Phibun government
1945 : Settlement of war reparations with Britain USA considers war declaration
invalid
1946 : New constitution Rama VII shot dead accession of King Phumiphon (Rama IX)
1948 : Phibun becomes prime minister
1951 : Rama IX returns permanently of Thailand
1952 : Anti-communist Act
1954 : SEATO formed with HQ in Bangkok
1955 : Television broadcasting begins
1957 : Phibun toppled by rival military clique
1958 : Sarit Thanarat become prime minister (until 1962)
1959 : World Bank report creation of Tourist Organization of Thailand
1961 : Implementation of first-year national plan
1967 : ASEAN formed (Thailand, Philippines, Indonesia, Malaysia and Singapore.
1969 : First general election since 1957 CPT launches armed struggle
1971 : Internal coup abolishes constitution and parliament
Sumber : Maurizio Peleggi (2007)
27
Jadual 2
Latar belakang Perdana Menteri Thailand dan Tempoh Masa Berkuasa 1932-1994
Bil Perdana Menteri Latarbelakang Tahun
Profesion
1. Prayamanopakon Nititada Sivil 1932-1933
2. Kol. Phayaphon Ponpayu Tentera 1933-1938
3. P.Pibun Songkhram Tentera 1938-1957
1948-1957
4. Kuang Apaiwong Sivil 1944-1945
1947-1948
5. Tawi Bunyaket Sivil 1945
6. Seni Pramoj Sivil 1945-1946
1976
7. Pridi Panomyong Sivil
8. TwanTamarongNa Wasawad Tentera 1946-1947
9. Poj Sarasin Sivil 1957
10. Tanom Kitikachon Tentera 1958
1963-1973
11. Sarit Tanarat Tentera 1959-1963
12. Sanya Tamasak Sivil 1973-1975
13. Kukrit Pramoj Sivil 1975-1976
14. Tanin Kraivichian Sivil 1976-1977
15. Kriangsak Chamanan Tentera 1977-1980
16. Prem Tinnasulanonda Tentera 1980-1988
17. Chatichai Sivil 1988-1991
18. Anant Panyarachun Sivil 1991-1992
19. Suchinda Kraprayan Tentera 1992
20. Chuan Leekpai Sivil 1992-
Sumber :< http://studentsrepo.um.edu.my/484/6/BAB5.pdf > diakses pada (13 November 2020)
28