The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hindypeter1992, 2020-01-06 20:51:19

KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH – RUMAH SUKAN SMK ST LUKE

PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH – RUMAH SUKAN 2020
SMK ST LUKE





1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2019 / 2020, Peraturan-Peraturan
Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSS) dan Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis
Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan peraturan-peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Sarawak (MSSS) terkini.

2. ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT PERTANDINGAN


Kod LELAKI PEREMPUAN
Acara Acara
17 TKB 15 TKB 14TKB 13TKB 17 TKB 15 TKB 14TKB 13TKB
1 100m X X X X X X X X

2 200m X X X X X X X X
3 400M X X X X X X X X
4 800M X X X X X X X X
5 400M Lari Berpagar X X
6 110m Lari Berpagar X X X X X X X X
7 200m Lari Berpagar X X X X X X
8 3000m Jalan Kaki X X X X X X
9 Lompat Jauh X X X X X X X X
10 Lompat Tinggi X X X X X X X X

11 Lompat Kijang X X X X X X X X
X X X X X X X X
12 Rejam Lembing
700g 600g 600g 500g 500g 500g 500g 500g
13 Lempar Cakera X X X X X X X X
1.5Kg 1Kg 1 Kg 1 Kg 1Kg 1Kg 1Kg 1Kg
14 Lontar Peluru X X X X X X X X
5Kg 4Kg 4Kg 4 Kg 3 Kg 3 Kg 3 Kg 3Kg
15 4 X 100m X X X X X X X X

JUMLAH ACARA 13 14 14 14 13 14 14 14





















[Peraturan] 1 / 6

PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH – RUMAH SUKAN 2020
SMK ST LUKE



2.1 Kod 05: Acara 400m Lari Berpagar
Garis Permulaan Pagar akhir ke
Kategori Bilangan Pagar Tinggi Pagar Pagar Ke Pagar
ke Pagar garisan penamat
L17TKB 5 0.914m 45m 35m 40m

P17TKB 5 0.762m 45m 35m 40m

2.2 Kod 06 : Acara 110m Lari Berpagar
Garis Permulaan Pagar akhir ke
Kategori Bilangan Pagar Tinggi Pagar Pagar Ke Pagar
ke Pagar garisan penamat
P13TKB 10 0.762m 13.72m 9.14m 14.02m

P14TKB 10 0.762m 13.72m 9.14m 14.02m
P15TKB 10 0.762m 13.72m 9.14m 14.02m
P17TKB 10 0.762m 13.72m 9.14m 14.02m


2.3 Kod 07 : Acara 200m Lari Berpagar
Bilangan Tinggi Pagar 1 dari garisan Pagar akhir ke
Kategori Pagar Ke Pagar
Pagar Pagar permulaan garisan penamat
L13, L14, L15 5 0.838m 20 m 35 m 40m
P13, P14, P15 5 0.762m 20m 35m 40m


2.3 Kod 10 : Acara Lompat Kijang
Papan lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara lompat kijang adalah seperti berikut:
Kategori Lelaki Perempuan
13 Tahun 9m / 7m 7m
14 Tahun 9m / 7m 7m / 9m
15 Tahun 9m / 7m 7m / 9m
17 TKB 11m / 9m 7m / 9m

2.4 Kod 9 : Acara Lompat Tinggi
Ukuran tinggi permulaan bagi acara lompat tinggi adalah seperti berikut (telah diubahsuai)
Kategori Lelaki Perempuan
13 Tahun 1.20m 1.00m

14 Tahun 1.20m 1.10m
15 Tahun 1.20m 1.10m

17 TKB 1.30m 1.20m


2.5 Acara Lumba Jalan Kaki
Dalam acara jalan kaki, apabila peserta telah menerima tiga amaran daripada tiga hakim yang berbeza maka ia akan
dibatalkan. Ketua Hakim boleh juga membatalkan peserta tersebut di kawasan 100m terakhir jika peserta tersebut
dengan nyata melanggar peraturan jalan kaki.





[Peraturan] 2 / 6

PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH – RUMAH SUKAN 2020
SMK ST LUKE



2.11 Acara Lari berganti-ganti
Senarai nama 4 orang pelari untuk acara lari berganti-ganti hendaklah dihantar oleh Pengurus Pasukan kepada Ketua
Penyelia Peserta selewat-lewatnya 30 minit sebelum acara berkenaan dimulakan.

3. PENYERTAAN

3.1 Seorang peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu kategori mengikut had umur.
3.2 Setiap pasukan adalah dibenarkan menghantar tidak lebih daripada dua orang peserta dan seorang simpanan bagi satu
acara perseorangan dan satu pasukan bagi tiap – tiap acara berpasukan. Dua orang peserta untuk acara 100m,
110m, 200m dan 400m sahaja dibenarkan. Bagi acara padang setiap pasukan DIBENARKAN menghantar 3 peserta
dan seorang simpanan.
3.3 Bagi acara berpagar: 110m, 200m dan 400m hanya SEORANG sahaja peserta dibenarkan mengambil bahagian untuk
satu pasukan
3.4 Seorang peserta hanya dibenar mengambil bahagian tidak lebih daripada TIGA (3) acara perseorangan

4. KELAYAKAN AM PESERTA

4.1 Semua murid yang didaftarkan di Sekolah Menengah St.Luke layak menyertai Kejohanan ini mengikut kategori dan had umur
seperti di bawah :-

Kategori Tahun Lahir
Kategori 17 TKB Lahir pada 2003-2004

Kategori 15 Tahun Lahir pada 2005
Kategori 14 Tahun Lahir pada 2006
Kategori 13 Tahun Lahir pada 2007



5. PENDAFTARAN PESERTA

5.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan pendaftaran secara online di www. smis.my yang kata pengguna dan kata
laluan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
5.2 Semasa membuat pendaftaran peserta, sila pastikan TARIKH LAHIR ,JANTINA dan Gambar peserta adalah betul.
5.3 Sekiranya silap, pasukan akan menghadapi masalah semasa pendaftaran acara, iaitu peserta akan termasuk dalam acara
bagi kategori yang salah.
5.4 Peserta-peserta yang hanya menyertai acara Lari berganti-ganti dikehendaki mendaftar juga.
5.5 Pihak kontinjen juga diwajibkan untuk mencetak slip / kad peserta untuk semua kategori pada kertas warna putih
sahaja (80gms dan ke atas).
5.6 Tarikh tutup pendaftaran secara atas talian: 20 Januari 2020 ( ISNIN ) 11.59 malam.

6. PENGESAHAN PESERTA
6.1 Mesyuarat Pengundian dan Taklimat Pengurus Pasukan
6.1 Mesyuarat Pengesahan dan Undian akan diadakan pada:
Tarikh : 22 Januari 2020 ( Rabu )
Masa : 3.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Tennant, SMK St. Luke

6.2 Pengurus Pasukan, Ketua Jurulatih dan Setiausaha Sukan diminta untuk menghadiri mesyuarat ini.
6.3 Semua-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan dalam mesyuarat ini.
Segala pertukaran dan penggantian peserta atau acara boleh dilakukan dalam mesyuarat tersebut.
6.4 Sebarang penambahan peserta baharu / pertukaran / penggantian tidak akan dipertimbangkan selepas mesyuarat ini.
6.5 Pengurus pasukan, Ketua Jurulatih dan Setiausaha Sukan kontinjen diminta untuk menghadiri taklimat ini.
6.6 Semasa taklimat ini, hanya penguguran acara dan penarikan diri tanpa penggantian dibenarkan.


[Peraturan] 3 / 6

PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH – RUMAH SUKAN 2020
SMK ST LUKE



7. PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN

7.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan tidak mengambil bahagian dalam
sesuatu acaranya, peserta berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seteusnya yang didaftarkan atas
namanya kecuali jika dapat mengemukakan surat pengesahan perubatan dari Pegawai Perubatan Kejohanan atau setara
yang diperakui .
7.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa
surat pengesahan perubatan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan atau setara yang diperakui adalah dianggap sebagai
menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.
7.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan Kejohanan hanya boleh
mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat
pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.
7.4 Pengantian bagi acara lari berganti-ganti dihadkan kepada dua (2) orang peserta yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan
Rasmi. Peraturan ini meliputi penyertaan di pusingan Separuh Akhir dan Akhir.

8. MELAPORKAN DIRI PESERTA

8.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara Balapan dan 45 minit bagi acara
Padang.,sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan
oleh Penyelia Peserta.
8.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan.
8.3 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka tidak akan dibuat. Maklumat
meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan di papan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan
dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program Kejohanan.
8.4 Peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru pada baju lari
masing-masing.
8.5 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan “Kad Peserta Rasmi” kepada Penyelia
Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara itu.
8.6 Peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara dimulakan, tidak akan dibenarkan mengambil bahagian
dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri.

9. PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

9.1 Peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta.
9.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik
dan menghadap hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa
memasuki padang.

10. MEMANASKAN BADAN

10.1 Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan oleh pengelola.

11. BLOK PERMULAAN

11.1 Bagi acara-acara tersebut di bawah untuk peringkat umur 17 TKB, 15TKB, 14TKB, 13TKB (lelaki dan perempuan) bermula
dengan mulaan dekam dan blok permulaan mesti digunakan.
.
11.2 Jawatankuasa pengelola akan menyediakan blok permulaan.

Acara: 100m, 200m, 400m, 110m Lari Berpagar, 200m Lari Berpagar, 400m Lari Berpagar dan 4 X 100m






[Peraturan] 4 / 6

PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH – RUMAH SUKAN 2020
SMK ST LUKE




12. PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN

12.1 Paku kasut (spikes) yang dibenarkan ialah tidak melebihi 6mm kecuali untuk Acara Lompat tinggi dan Rejam Lembing tidak
melebihi 9mm.

13 HADIAH DAN PENENTUAN JOHAN

13.1 Hadiah.
13.1.1 Piala Kejohanan (Johan hingga tempat ke-6)
13.1.2 Piala Kategori Terbaik Lelaki dan Perempuan mengikut Kategori Umur (Johan sahaja diberikan)
13.1.3 Piala Olaragawan dan Olahragawati .
13.1.4 Pingat akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga dalam semua acara akhir bagi
acara Individu, iaitu Emas, Perak dan Gangsa.
13.1.6 Acara Berpasukan akan diberikan empat pingat kepada setiap pasukan yang berjaya mendapat tempat Pertama,
Kedua dan Ketiga.
13.1.7 Hamper (Johan hingga tempat ke-6)

14. PENENTUAN PESERTA TERBAIK

14.1 Penentuan peserta terbaik adalah berdasarkan pencapaian catatan rekod baharu Kejohanan atau mengatasi rekod
MSS Sarawak atau MSSM (mana yang lebih baik pencapaiannya).
14.2 Sekiranya tiada rekod dibuat, jumlah pungutan pingat emas dalam acara Individu akan diambil kira. Jika pungutan emas
masih sama, pungutan Perak dan Gangsa dalam acara Individu di ambil kira dan akhir sekali adalah perbandingan
pencapaian tertinggi Individu.Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka peserta berkenaan akan diisytiharkan sebagai
Peserta Terbaik Bersama.
14.3 Olahragawan dan Olahragawati diberi kepada peserta terbaik keseluruhan (Lelaki dan Perempuan).

15. JOHAN KESELURUHAN

15.1 Johan Keseluruhan ditentukan dengan jumlah pungutan mata yang terbanyak. Jika berlaku seri, kiraan pingat Emas
terbanyak akan diambil kira dan jika masih seri, kiraan pungutan pingat Perak terbanyak akan diambil kira dan seterusnya.
15.2 Piala Kejohanan setiap kumpulan umur akan ditentukan dengan jumlah mata terbanyak yang dipungut oleh sesuatu pasukan.
Jika berlaku seri, maka pungutan pingat akan diambil kira untuk menentukan Johan setiap kumpulan dan seterusnya.

16. SARINGAN / SEPARUH AKHIR

16.1 Dua ( 2 ) Separuh Akhir
Tiga ( 3 ) peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan dua ( 2 ) lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik daripada
kedua – dua separuh akhir layak ke Peringkat Akhir.

16.2 Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa terbaik lebih daripada bilangan yang dihadkan pada para 16.1,
maka penentuan kelayakan akan bergantung kepada kedudukan peserta. Jika berlaku kedudukan yang sama, cabutan undi
akan dilakukan oleh juri rayuan.

16.3 Semua pengundian lorong untuk acara akhir semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kerja Rekod
dan Statistik.












[Peraturan] 5 / 6

PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH – RUMAH SUKAN 2020
SMK ST LUKE



17. BIB NO PENGENALAN KONTINJEN DAN WARNA

17.1 Setiap Kontinjen dikehendaki menyediakan bib nombor peserta bagi pasukan masing-masing. Nombor tersebut mestilah
dicetak dengan warna HITAM di atas kain putih yang berukuran 20cm x 14cm.
17.2 Huruf , Kod Rumah Sukan dan Nombor peserta setiap kontinjen adalah seperti berikut:

Bil. Kontinjen Huruf Nombor Bib
1 Rumah Leggart LG LG01 -......

2 Rumah Howell HW HW01 -......
3 Rumah Allenby AL AL01 - .....
4 Rumah Crossland CL CL01 -......
5 Rumah Cornwall CW CW01 -......
6 Rumah Danson DS DS01 - .....

18. BANTAHAN

18.1 Segala bantahan hendaklah mengikut Peraturan 147 KOAM / IAAF dan 146 SAAA kecuali perkara-perkara di bawah:
18.1.1 Jika masalah berkenaan dengan kelayakan status seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan
sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest)
dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada pihak penganjur.
18.1.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta
dan dimajukan oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Pasukan kepada Referi.
18.1.3 Permohonan bertulis kepada Juri Rayuan tidak lewat daripada :
18.1.3.1 Limabelas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara separuh akhir.
18.1.4 Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

18.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan wang pertaruhan sebanyak RM100.00 (RM:satu ratus
sahaja). Wang pertaruhan itu akan lupus sekiranya bantahan tidak berasas.

19. PEMBATALAN ACARA

19.1 Semua acara yang didaftarkan akan dipertandingkan.
19.2 Bagi acara yang penyertaannya kurang daripada tiga (3) maka acara tersebut tidak akan dipertandingkan.

20. HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

20.1 Setiap acara akan dijalankan mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan, tetapi JK Pengelola berhak meminda susunan
acara jika difikirkan perlu. Jika berlakunya pemindaan, Pengurus Pasukan akan diberitahu dahulu.
20.2 JK Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam peraturan ini dan Undang-Undang IAAF
/KOAM, Peraturan AM MSSS atau Peraturan pertandingan Kejohanan Olahraga MSS Sarawak.
20.3 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk para peserta dan para pegawai. Individu yang tidak berkenaan dilarang masuk
ke tempat-tempat khas tersebut.
20.4 Selain pegawai-pegawai teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, tiada sesiapa pun
dibenarkan masuk ke arena pertandingan kecuali dengan kebenaran Pengurus Kejohanan
20.5 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta
benda atau kecederaan lain berlaku:
20.5.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke Kompleks Sukan Sri Aman
20.5.2 Semasa Kejohanan berlangsung
20.5.3 Di dalam dan luar Kawasan Kompleks Sukan Sri Aman

Walau bagaimanapun, pihak Pengelola akan berusaha untuk mengambil langkah keselamatan peserta serta pegawai yang terlibat
sepanjang Kejohanan berlangsung setakat mana yang munasabah.


[Peraturan] 6 / 6


Click to View FlipBook Version