MAKNA RAMADHAN
Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik.
Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah
Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering.
Maka makna panas tersebut diharapkan dapat
membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa
dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan
Ramadhan
Konsep Puasa Ramadhan:
Puasa Ramadhan ertinya menahan diri
daripada makan dan minum serta segala
perbuatan yang boleh membatalkan puasa
kerana beribadah kepada Allah, mulai dari
terbit fajar sehinggalah terbenam matahari
pada bulan Ramadhan.
RUKUN PUASA
i. Niat
Bermula dari terbenam matahari
hingga terbit fajar.
ii. Menahan diri
Daripada makan, minum dan perkara
yang membatalkan puasa
Syarat wajib puasa
i. Beragama Islam
ii. Berakal
iii. Baligh
iv. Sihat
v. Bermukim (tidak musafir)
vi. Bebas dari uzur Syarie
Syarat sah puasa
i. Beragama Islam
ii. Berakal dan Mumayyiz
iii. Suci (daripada haid dan nifas)
iv. Nyata masuknya bulan Ramadhan
PERKARA YANG
MEMBATALKAN PUASA
i. Makan dan minum dengan sengaja.
ii. Persetubuhan.
iii. Muntah dengan sengaja.
iv. Mengeluarkan air mani.
v. Haid dan nifas.
vi. Gila.
vii. Murtad.
viii. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga
melalui saluran terbuka.
KELEBIHAN BULAN
RAMADHAN
1. Saiyidus Syuhur ( Penghulu sekalian bulan )
Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam Al-Quran dan terlalu
banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadhan maka ia mendapat
gelaran sebagai Penghulu sekelian bulan. Di sana adanya ibadah
puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih, Lailatul
Qadar, Nuzul al-Quran, Tadarus al-Quran, Kelebihan sedekah,
Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf dan lain-lain lagi.
Rasulullah menegaskan bahawa:
"Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya
mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadhan."
2. Syahrul Syiam - Bulan Puasa
Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada
kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa“
Madrasah Ramadhan selama sebulan adalah untuk mencapai sifat
taqwa kepada Allah S.W.T. meninggalkan puasa Ramadhan tanpa
uzur syar'ei adalah berdosa dan menjadi kafir apabila menafikan
kewajibannya.
3. Syahrul Quran - Bulan Quran
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk)
kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara
yang hak dan yang bhatil“
Nabi s.a.w telah bersabda:
" Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat.
Puasa berkata: "Wahai Tuhanku aku telah menhalangnya daripada makan dan
minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi
syafaat kepadanya". Al Quran berkata: " wahai Tuhanku, aku telah
menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku member
syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya"(Hadis riwayat Ahmad,
Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)
3. Syahrul Quran - Bulan Quran
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk)
kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara
yang hak dan yang bhatil“
Nabi s.a.w telah bersabda:
" Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat.
Puasa berkata: "Wahai Tuhanku aku telah menhalangnya daripada makan dan
minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi
syafaat kepadanya". Al Quran berkata: " wahai Tuhanku, aku telah
menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku member
syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya"(Hadis riwayat Ahmad,
Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)
4. Syahrul Sabr - Bulan Kesabaran
Ibadah puasa dan ibadah sabar punya hubungan yang erat.
Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada
orang-orang yang sabar di dalam Al-Qur'an,
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan
(ganjaran) pahala mereka tanpa batas." (Surah az-Zumar:10)
Dalam hadis nabi pernah bersabda,
"Seandainya seorang memaki engkau atau mengatakan kamu
bodoh, maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa,
aku sedang berpuasa'. (Sahih Al-Jami As-Saghir)
5. Syahrul Rahmah - Bulan Kerahmatan
6. Syahrul Magfirah - Bulan Keampunan
7. Syahrul Najah - Bulan Kemenangan dan
bebas dari api Neraka
8. Syahrul Jud - Bulan Murah hati
Nabi telah bersabda dalam hadisnya:
"Orang yang memberikan hidangan berbuka
puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan
mendapat pahala orang tersebut tanpa
sedikitpun mengurangi
pahalanya." (Hadis Riwayat Tirmidzi)
9. Syahrul Barakah - Bulan Keberkatan
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan (
dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah
memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga,
dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan ( supaya tidak
mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan
pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam
yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan
kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan
kebajikan kepadanya"
HIKMAH PUASA
i. M
PENGISIAN RAMADHAN
HIKMAH PUASA
SEKIAN, TERIMA KASIH.
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2021
SMK BUKIT NANING