The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Buletin Jabatan Hal Ehwal Pelajar dilhasilkan bertujuan untuk memberikan pelanggan menyelusuri dan mengetahui aktiviti atau program yang dijalankan oleh JHEP sepanjang tahun 2023 yang memberikan info atau maklumat mengenai sesuatu aktiviti secara dalam talian. Oleh hal yang demikian, JHEP mengorak langkah menerbitkan satu makalah yang informatif dan menarik agar semua pelanggan dapat mengetahui semua aktiviti yang dilaksanakan. E-Buletin ini diterbitkan pada Januari 2024 secara dalam talian untuk tatapan semua !

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by man6883, 2024-01-04 21:17:02

Lensa@JHEP

E-Buletin Jabatan Hal Ehwal Pelajar dilhasilkan bertujuan untuk memberikan pelanggan menyelusuri dan mengetahui aktiviti atau program yang dijalankan oleh JHEP sepanjang tahun 2023 yang memberikan info atau maklumat mengenai sesuatu aktiviti secara dalam talian. Oleh hal yang demikian, JHEP mengorak langkah menerbitkan satu makalah yang informatif dan menarik agar semua pelanggan dapat mengetahui semua aktiviti yang dilaksanakan. E-Buletin ini diterbitkan pada Januari 2024 secara dalam talian untuk tatapan semua !

Keywords: Lensa@JHEP

E-Buletin Tahun 2023 Ketua Editor Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia daripadaNya Jabatan Hal Ehwal Pelajar berjaya menerbitkan Lensa@JHEP iaitu E-Buletin merangkum aktiviti yang telah dilaksanakan pada Tahun 2023 dan akan diterbitkan secara dalam talian. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penasihat makalah ini iaitu Profesor Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) atas nasihat dan bimbingan beliau bagi menghasilkan rangkuman aktiviti/program jabatan untuk hebahan umum. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kakitangan JHEP yang menggembleng tenaga dalam merealisasikan e-buletin jabatan dalam bentuk pembacaan digital sehingga semua dapat menelusuri kehidupan keluarga kecil JHEP. Orang kata, “Tak kenal maka tak cinta, tak baca maka tak tahu”. Saya berbangga dengan penerbitan e-buletin ini, walaupun ia sekadar bacaan dan tidak semegah makalah-makalah yang ada di luar sana, tapi JHEP membuktikan dengan kerjasama di antara pasukan akan membuahkan hasil sehingga kemanisannya dapat dirasai dan dikongsi dengan semua. Encik Mohd Raffie Haji Janau Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar SIDANG REDAKSI Lensa@JHEP Penasihat PROF. MADYA DR. RAMAN NOORDIN Ketua Editor EN. MOHD RAFFIE HJ JANAU Editor PN. NURHANI SUGIANTO PN. MASNAHNEH MASDIN EN. ALAN JAMES EN. ADZMIL ABIDIN PN. WINNIE EDWARD ALAU Penulis EN. MOHAMAD RADZI SAHAR PN. NORHANA NORDIN PN. JOVINIA LIDUIN EN. ROHAIZAM LAMDIN PN. DAYANG SITI JAITA JAMAIN Susunan & Ilustrasi EN. HIRMANSAH HUSSAIN Diterbitkan Oleh: UNIT MEDIA, JHEP Tinta Hak milik terpelihara: Jabatan Hal Ehwal Pelajar Bangunan Anjung Siswa Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. No.Telefon : 088-320060 Emel : [email protected]


1 Lensa@JHEP Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2022/2023 yang berlangsung di Galeri Majlis Bangunan Canselori Universiti Malaysia Sabah telah disampaikan oleh Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor UMS, turut hadir pegawai-pegawai utama dan kanan universiti. Dalam ucapannya berkata, beliau berharap agar para MPP yang dilantik dapat menggunakan peluang ini sebagai platform untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan bergerak lebih maju kehadapan. “Ikrar yang dilafazkan mempunyai makna dan pengertian yang amat besar. Barisan MPP perlu bersedia dengan amanah yang diberikan dan bersama-sama berganding bahu dalam membawa UMS ke arah kecemerlangan. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan MPP UMS sesi 2021/2022 atas sumbangan dan perkhidmatan yang telah diberikan pada sesi terdahulu. KursusKepimpinan Pelajar (KIPP'23)Siri1 MajlisWatikahPelantikan MajlisPerwakilanPelajar& JawatankuasaKebajikan MahasiswaKolejKediaman Sesi 2022/2023 13 Januari 2023 Galeri Majlis, Bangunan Canselori UMS 14-15 Januari 2023 Pusat Islam UMS Merupakan aktiviti tahunan Bahagian Pembangunan Pelajar bagi memperkasakan kepimpinan mahasiswa holistik. Program ini sangat penting bagi melahirkan kumpulan kepimpinan pelajar yang bercirikan holistik dan seimbang dari aspek ilmu dan akhlak serta semangat jati diri dan personaliti kepimpinan yang tinggi. Sesi perkongsian oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, penceramah jemputan dan pegawaipegawai HEP telah memberi pendedahan kepada setiap peserta mengenai panduan pengurusan organisasi, kaedah penganjuran sesuatu program berimpak tinggi, pengurusan kewangan secara efektif dan modul berkaitan kepimpinan bagi memastikan setiap Persatuan/Kelab/Sekretariat pelajar di Universiti Malaysia Sabah mampu untuk merancang halatuju selaras bagi memenuhi sasaran pencapaian aktiviti pelajar serta KRA universiti dalam penganjuran aktiviti di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. JAN - APR 2023


Program Retreat ini dihadiri oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan yang terlibat. Antara objektif yang ingin dicapai adalah merancang KPI dan takwim aktiviti tahun 2023, menganalisis piagam pelanggan serta menyemak Daftar Risiko JHEP. Selain itu, JHEP juga mengadakan Gathering Night sebagai penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan serta acara pertukaran hadiah antara kakitangan. Acara ini sekaligus dapat mengeratkan silaturahim antara kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan yang telah menghadiri dan menjayakan program retreat ini, berharap agar semua kakitangan dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan serta menangani cabaran kerja dengan baik dan semoga KPI Jabatan bagi tahun 2023 dapat dicapai. Sesi Agihan DanPengaktifan KadPrihatinSiswa ProgramDong DongQhiang Student Affairs Department Retreat&Gathering Night Kad Prihatin Siswa adalah inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti-universiti Awam di Malaysia dan RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, ‘cashless campus’, ‘smart campus’, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan KPT. Seramai 16,387 orang pelajar UMS dalam semua peringkat pengajian layak menerima kad tersebut. Pada julung kalinya dianjurkan di peringkat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bagi mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum serta mengeratkan silaturahim bersama-sama meraihkan rakan-rakan pelajar berbangsa cina atau Tionghwa. Program ini sangat penting bagi memastikan kerukunan masyarakat akan terus dipelihara untuk generasi akan datang. Program telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) serta dimeriahkan dengan kehadiran Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman, pengarah dan pegawai-pegawai HEPA. Persembahan kebudayaan tarian singa dan penyerahan sumbangan limau kepada 500 pelajar yang hadir telah memberikan impak yang besar dari aspek kebersamaan dan keharmonian di kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah khasnya. 15-20 Januari 2023 Auditorium Pascasiswazah 28 Januari 2023 Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu 19 Januari 2023 Anjung Circle, Bangunan Anjung Siswa Lensa@JHEP 2


23 Februari 2023 Bilik Mesyuarat Eksekutif, JHEP Pengagihan baki Peranti Siswa kepada 51,083 penerima telah dilaksanakan menerusi dua bentuk sesi agihan, sebanyak 315,760 atau 86 peratus peranti telah diagihkan kepada penerima Peranti Siswa daripada 366,843 pemohonan yang diluluskan oleh Kementerian Komunikasi Digital dan Multimedia Malaysia. Di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melaksanakan sesi agihan secara berpusat kepada 2800 orang pelajar yang berlangsung pada 13 hingga 15 Februari (Sesi Pertama). 17 hingga 19 Februari (Sesi Kedua). Pengagihan secara berpusat memberikan fleksibiliti kepada penerima untuk memilih pusat agihan dan sesi yang bersesuaian tanpa mengira lokaliti institusi penerima asal. Sesi agihan telah berjalan dengan lancar dengan penglibatan semua pihak terutamanya daripada pihak pembekal yang telah dilantik. Bengkel Penambahbaikan MySDP Bengkel Penambahbaikan Sistem MySDP telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Turut hadir En. Mohd. Raffie Hj. Janau, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pn. Nurhani Sugianto, Ketua Bahagian Pembangunan Pelajar JHEP, Profesor Madya Dr. Darmesah Gabda, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) selaku Ketua Penyelaras Skala Keaktifan Pelajar, Dr. Roslee Talip, Pengerusi Majlis Timbalan Dekan HEPA (MTD), Dr. Abdul Hair Beddu Asis Pengerusi Majlis Pengetua Kolej-Kolej Kediaman (MAPeK), Timbalan-Timbalan Dekan HEPA Fakulti, PengetuaPengetua Kolej Kediaman, Ketua-Ketua Bahagian Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan jemputan khas Profesor Dr. Ho Chong Mun, Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) untuk membantu membangunkan skala penilaian keaktifan pelajar. Sesi AgihanBerpusatPerantiSiswa UniversitiMalaysiaSabah 13 – 15 Februari 2023 Kampus Induk & Kampus UMSKAL Labuan Taklimat Personaliti& Penampilan Diri Di TempatKerja Taklimat Personaliti & Penampilan Diri Di Tempat Kerja adalah bagi memberikan pendedahan kepada kakitangan penampilan diri yang sesuai semasa bekerja bukan sahaja mencerminkan keperibadian, namun ia adalah salah satu daripada lambang disiplin kakitangan semasa dalam menjalankan pekerjaan. 4 – 5 Februari 2023 Nexus Resort Karambunai, Kota Kinabalu 23 Februari 2023 Bilik Mesyuarat Eksekutif, JHEP Lensa@JHEP 3


4 ProgramLawatanPenanda Aras HEPA UniMAPke HEPA UMS 09 Mac 2023 Bilik Mesyuarat Eksekutif, JHEP Lawatan Penanda Aras Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke HEPA UMS. Program ini bertujuan untuk bertukar pendapat dan sumbangan idea bagi memantapkan lagi Hal Ehwal Pelajar di Universiti masing-masing. MajlisPerhimpunanJHEP EratSilaturahim 17 Mac 2023 Bilik Mesyuarat Eksekutif, JHEP Majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan antara kakitangan jabatan serta membincangkan langkahlangkah bagi meningkatkan prestasi dan pencapaian bersama serta sesi penghargaan kepada kakitangan yang berpindah jabatan. SesiPenyerahan SumbanganBantuan EkuinasKepadaPelajar UMS 30 Mac 2023 Bilik Mesyuarat Eksekutif, JHEP Penyerahan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) Yayasan Pelajaran MARA Tajaan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) berjumlah RM25,000.00 kepada 10 orang pelajar asnaf fakir miskin (B40) Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang menduduki Pengajian di Semester Satu (1) di Peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang pengajian. YPM dengan Kerjasama EKUINAS telah menawarkan bantuan kepada pelajar dalam bentuk Kewangan yang berjumlah RM2,500.00 secara one -off. Bantuan ini bagi membiayai kos bantuan awal kemasukan sebanyak RM1,000.00 dan sara diri sebanyak RM1,500.00. Sesi penyerahan telah disampaikan oleh Encik Abdul Shukor bin Ibrahim, Pengurus Seksyen Bantuan Persekolahan YPM dan disaksikan oleh Prof. Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UMS JHEPKomitedPada BengkelKRA 4 (Student Development And Satisfaction) 16 Februari 2023 Promenade Hotel JHEP bersemangat membantu dan memberikan idea idea yang bernas dalam penyediaan KRA 4 (Student Development And Satisfaction) untuk kebajikan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Lensa@JHEP 4


SesiPerjumpaan Agenda PemerkasaanMahasiswa bersamaPemimpinBadan Pelajar UMS 14 April 2023 Smart Space, Bangunan Anjung Siswa Sesi Perjumpaan Agenda Pemerkasaan Mahasiswa Bersama Pemimpin Badan Pelajar berdaftar di Universiti Malaysia Sabah anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui Bahagian Pembangunan Pelajar merupakan satu taklimat bagi menerangkan panduan pelaksanaan agenda pemerkasaan mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah. Majlis Penyerahan Komputer Riba kepada Pelajar B40 disempurnakan oleh Encik Samasuddin Yusop, Ahli Lembaga Pengarah UMS dan Penyampaian Buah Kurma kepada Ketua JAFPIB HEPA, Pengetua Kolej Kediaman,, Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa yang disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni. AgihanJuadahBerbuka Puasa 14 April 2023 Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Bahagian Keselamatan UMS Majlis agihan juadah berbuka puasa kepada Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah serta Bahagian Keselamatan UMS bertempat di Pintu Utama UMS dan Kingfisher disempurnakan oleh Encik Samasuddin Yusop Ahli Lembaga Pengarah UMS diiringi oleh Prof. Madya Dr. Raman Noordin Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, pegawai-pegawai HEPA dan Majlis Perwakilan Pelajar UMS. MajlisPenyerahanKomputer RibaKepadaPelajarB40 14 April 2023 Anjung Circle, Bangunan Anjung Siswa Lensa@JHEP 5


Sesi Town Hall PemerkasaanMahasiswa di UniversitiMalaysia Sabah 24 Mei 2023 Bankuasi, Dewan Canselor UMS Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) melalui En. Hirman Awang, Pengarah Mahasiswa Holistik menyampaikan dasar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam konteks yang lebih besar. Memberi lebih banyak tanggungjawab, ruang membuat keputusan, kebebasan dan kuasa yang bersesuaian kepada mahasiswa. Profesor Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dalam sesi tersebut juga telah menyampaikan penerangan mengenai pelaksanaan autonomi pengurusan aktiviti pelajar dan autonomi pengagihan kewangan aktiviti pelajar berdasarkan panduan dan proses yang diperkasakan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2022/2023. BacaanIkrar sempena Hari Belia Negaraanjuran KementerianBeliadan Sukan(KBS) Majlis Bacaan Ikrar Belia Mahasiswa UMS Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2023 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) ini telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah melalui Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Penglibatan seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), Persatuan Mahasiswa Fakulti (PM Fakulti) dan mahasiswa/i UMS. Ikrar tersebut adalah untuk mewujudkan komitmen mahasiswa terhadap pembangunan negara dan pengabdian kepada masyarakat. 15 Mei 2023 Semua Fakulti Universiti Malaysia Sabah ProgramTemu Anwar@UMS 31 Mei 2023 Dewan Canselor UMS Pada 27 Mei 2023, Pejabat Perdana Menteri telah memilih Universiti Malaysia Sabah sebagai tuan rumah bagi Program Temu Anwar di Kota Kinabalu. Program Temu Anwar @ Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Anwar Ibrahim Club (AIC) bertempat di Dewan Canselor, UMS Kampus Induk Kota Kinabalu Sabah pada 31 Mei 2023 (Rabu) bermula jam 4:00 petang. Pengurusan majlis bagi program ini dibimbing dan dipantau secara terus oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO). Lensa@JHEP MEI - OGOS 2023 6


SLeunksuaa@n J2H(EMPei-Ogos 2023) Majlis Anugerah Hal EhwalPelajar&Alumni (MAHEPA ) 2023 24 Jun 2023 Sabah International Convention Centre Majlis Anugerah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (MAHEPA) merupakan platform terbaik untuk mengiktiraf dan memberi galakan kepada kepimpinan mahasiswa di UMS yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten selari dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (PT) 2015-2025. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi. LawatanIPGKPMKeJHEP 17 Ogos 2023 Jabatan Hal Ehwal Pelajar First Aider Training@JHEP 27 Julai 2023 Smart Space, JHEP Taklimat ini telah dihadiri oleh kakitangan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pusat Pengurusan Orang Kurang Upaya (PPOKU), Pusat Alumni, Pusat Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar serta Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF). Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah iaitu Dr. Siti Mariam binti Tahir (Pegawai Perubatan UD43), HUMS MajlisPerhimpunan HEPA Tahun2023 23 Ogos 2023 Anjung Circle, Bangunan Anjung Siswa Majlis Perhimpunan HEPA diadakan bagi menghimpunkan Jabatan/Pusat/Kolej Kediaman di bawah naungan HEPA bagi penyampaian amanat dan nasihat daripada Y.Bhg Prof. Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) sekaligus menyuntik semangat perpaduan dan sifat bertoleransi samada dalam organisasi HEPA atau kepada orang lain. Penilaian AuditMSISO 9001:2015&Audit Ekosistem KondusifSektor Awam (EKSA) 28 Julai 2023 / 7 Ogos 2023 Bilik Mesyuarat Eksekutif, JHEP JHEP telah menerima kunjungan daripada Auditor Dalaman UMS bagi mengaudit perkhidmatan, proses kerja, simpanan fail dan EKSA bagi membolehkan JHEP lulus dalam penilaian Audit tersebut 7


Lensa@JHEP ProgramSemarakSiswa Merdeka2023 18 Ogos - 16 September 2023 Universiti Malaysia Sabah Bagi mereka yang lahir selepas merdeka mungkin tidak pernah mendengar laungan tersebut, tetapi kita boleh meraikan kemerdekaan itu dengan kreativiti kita sendiri tetapi masih mendalami erti perjuangan yang mereka yang terdahulu. Dengan semangat jitu, JHEP bersemangat melancarkan Program Semarak Siswa Merdeka UMS 2023 pada 8 Ogos 2023, bertempat di Dewan Canselor UMS. Zahirkan rasa syukur kepada negara kita MALAYSIA ! Kerjasamaberpasukan, KakitanganJHEPgenggam EmaspadaKARSUMS2023 22 - 24 September 2023 Arena Sukan, UMS Kerjasama yang baik antara kakitangan dan sikap tidak mementingkan diri menjadi pendorang kepada 2 orang kakitangan JHEP menggenggam emas sekaligus muncul juara dalam acara Petanque (Pasukan Campuran) pada kejohanan Karnival Sukan Staf UMS (KARSUMS) 2023 mengalahkan pasukan lain. Kakitangan JHEP yang dianggap ‘underdog’ kerana tidak pernah menyertai acara tersebut berjaya mengalahkan pencabar dari pasukan lain. Syabas & tahniah! JHEPSertai HEPA Sport 26 Ogos 2023 Pantai ODEC, UMS JHEP sokong penganjuran HEPA Sport dan memberikan tentangan kepada pasukan yang berada dalam keluarga HEPA bagi menghangatkan suasana dan mengeratkan silaturahim antara kakitangan. Aktiviti ini adalah untuk menggabungkan jabatan, Pusat dan Kolej Kediaman di bawah naungan HEPA bagi mengeratkan silaturahim antara semua kakitangan disamping mengadakan aktiviti riadah dan sukaneka. SEPT - DIS 2023 8


Lensa@JHEP PendaftaranPelajarBaharu danMSMSesi 2023/2024 30 September - 4 Oktober 2023 Universiti Malaysia Sabah Seramai 4,721 pelajar baharu ditawarkan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi sesi kemasukan 2023/2024. Jumlah tersebut melibatkan 3,869 pelajar di UMS Kampus Kota Kinabalu, 661 pelajar di UMS Kampus Antarabangsa Labuan, dan 191 pelajar di Fakulti Pertanian Lestari Kampus Sandakan. Kesemua pelajar baharu telah mendaftar masuk ke kolej kediaman bermula 30 September, dan mengikuti program Minggu Suai Mesra (MSM) Kali ke-29 bermula 2 hingga 4 Oktober sebagai persiapan menyesuaikan diri dalam suasana kehidupan kampus. ProgramKembaraIlmu Madani 2023 3-7 September 2023 USM, UUM, UniMAP Kembara Ilmu Madani merupakan inisiatif oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi memberi peluang kepada kakitangan untuk melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran di beberapa buah universiti awam. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan kakitangan dalam menyokong pembangunan pelajar yang holistik serta kemajuan Institusi Pendidikan Tinggi. Sampai jumpa lagi ! SambutanMaulidurRasul Peringkat UMS1445H/2023M 13 Oktober 2023 Pusat Islam UMS Majlis Perarakan, Perhimpunan dan Forum Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMS 1445H/2023M berjalan dengan suasana tenang dalam memperingati kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W yang kita cintai dan menjadi idola agar menyuluh kehidupan kita semua. HimpunanSolidariti Palestin 14 November 2023 Dewan Canselor, UMS Himpunan Solidariti Palestin bersama dengan aktivis kemanusiaan dan pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang juga alumni Universiti Malaysia Sabah dan Pengurusan Tertinggi UMS serta pegawai-pegawai, kakitangan dan pelajar UMS menunjukkan sokongan kepada Palestin! FREE FOR PALESTINE ! 9


Lensa@JHEP MesyuaratMaklum& Maskum 13 November 2023 Universiti Malaysia Sabah SesiKutipan Dokumen PerjanjianPTPTN 20 November 2023 Dewan Serbaguna, Kolej Kediaman Tun Fuad Sesi kutipan dokumen perjanjian PTPTN kelompok kedua 2023/2024 bagi 744 orang pelajar UMS sedang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kolej Kediaman Tun Fuad pada 20 November 2023. Kota Kinabalu, 13 November - Mesyuarat Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (MAKLUM) dan Majlis Kesukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM) telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT), Y.Brs. Prof. Dr. Azlinda Azman. Dalam sesi khas KPPT bersama ahli mesyuarat, Prof. Dr. Azlinda turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua Sekretariat Majlis kerana telah mengerakkan penubuhan Sekretariat Pelajar masing-masing selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam pemerkasaan mahasiswa GoGe’Ga2023 15- 18 November 2023 Auditorium Pascasiswazah, UMS GOGE’GA 2023 menyediakan peluang yang menarik bagi mendapatkan produk-produk IT yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Selain itu, peniaga turut memberikan penerangan terperinci mengenai spesifikasi dan kelebihan produk yang dijual. TaklimatKeselamatan& Latihan Demonstrasi Kebakaran 9 November 2023 Smart Space, JHEP 10


ParlimenMahasiswa UMS 6 - 7 Disember 2023 Galeri Majlis, UMS Parlimen Mahasiswa UMS telah dilaksanakan pada 6 Disember 2023 bertempat di Galeri Majlis, Bangunan Canselori. Sidang Parlimen telah dibuka oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor UMS dan dihadiri oleh Pegawai Utama dan Kanan Universiti. Parlimen Mahasiswa UMS telah dilaksanakan dengan mengumpulkan 55 Ahli Dewan dalam membincangkan 17 Usul berkaitan isu-isu di dalam kampus. Daripada 17 Usul yang dibahaskan, 16 Usul telah diterima Dewan. Semua usul yang telah diluluskan akan disediakan oleh Jawatankuasa Khas Bertindak Parlimen Mahasiswa UMS untuk diserahkan kepada pihak pengurusan tertinggi UMS bagi tindakan selanjutnya. TamuGadang25 10- 15 November 2023 Perkarangan Bangunan Anjung Siswa Tamu Gadang turut menjadi platform untuk peniaga tempatan mempamerkan dan memasarkan produk serta perkhidmatan mereka kepada komuniti setempat. Dengan kehadiran Tamu Gadang Kali Ke-25 bukan hanya satu acara formal semata-mata, tetapi juga sebuah pengalaman yang meriah dan memori yang takkan dilupakan oleh para graduan dan ibu bapa. Karnival ini menunjukkan usaha UMS dalam mencipta satu suasana yang unik dan memberi kenangan manis kepada graduan pada hari bersejarah mereka." Tahniah kepada semua graduan UMS ! SesiRamahMesra Naib Canselorbersama PelajarSiswaSulong 18 Disember 2023 Bankuasi, UMs Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, UMS merupakan antara 8 universiti rintis yang telah menerima Siswa SULUNG kohort pertama. UMS telah menerima 9 orang pelajar yang terdiri daripada program Perubatan iaitu seramai 2 orang, program Perakaunan dan Perniagaan seramai 4 orang dan Pendidikan TESL seramai 3 orang. PRK UMS pada kali ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar sesuai dengan agenda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam fasa pemerkasaan mahasiswa. PelantikanJawatankuasa PilihanRayaKampus UMS 29 Disember 2023 Bankuasi, UMS Lensa@JHEP 11


Click to View FlipBook Version