MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KETIGA SESI
2020/2022
Tarikh: 9 OKTOBER 2021
Hari : SABTU
Masa : 11.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat SKHHD
Kehadiran:
1. En. Muhamad Zaidi b. Hussain NYDP PIBG
2. En. Muhammad Aridi b. Jaafar Bendahari
3. Pn Suhaida bt Muhamad Sufian Setiausaha
4. En. Amir b. Mahmud AJK Ibubapa
5. En. Anuar bin Zaini AJK Ibubapa
6. Pn Sofiah bt Abd. Rahim AJK Ibubapa
7. Pn Noraini bt Hamid AJK Ibubapa
8. Pn. Paridah bt. Said AJK Guru Kafa
9. En. Rosli b. Ahmad AJK Guru
11.Cik Noor Hamimah bt. Rahim AJK Guru
12. Pn. Nurhidayatussalikin bt Abd Razak AJK Guru
13. En Mohamad Sofi bin Abdul Rahman AJK Guru
Hadir Bersama: Guru Besar
Pen. Pentadbiran
15. En. Abd Rashid b Hamid Pen. Kanan HEM
16. En. Zawahil bin Mahmud Pen. Kanan Ko Kurikulum
17. Puan Zaenah binti Othman
18. Puan Noor Hasliza bt Jamaludin YDP PIBG
AJK Ibubapa
Tidak Hadir:
19.Tn Haji Ku Abdul Razak bin Ku Ismail
20. Puan Nazli bt Abd Rahman
Agenda
1. Ucapan Aluan Pengerusi PIBG(NYDP PIBG)
2. Ucapan Guru Besar
3. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
4. Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan
5. Majlis Mesyuarat Agung PIBG Ke 35
6. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan
Agenda 1 Ucapan Naib Yang Dipertua PIBG
1.1 Naib YDP PIBG, Encik Zaidi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
PIBG kerana meluangkan masa menyertai mesyuarat AJK PIBG kali ke 3 sesi 2020/2022 .
1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah menjalankan sesi
pembelajaran PDPR sepanjang tempoh PKP.
Agenda 2. Ucapan Guru Besar
2.1 Tuan Guru Besar, Encik Abdul Rashid memulakan laporan dengan memaklumkan
sekolh mengalami kekurangan guru kerana seorang guru iaitu Ustazah Rosidah bt
Mohamad Daud telah bersara. Cikgu Naimah bt Ghazali telah dinaikkan pangkat sebagai
Guru Penolong ke Sekolah Md Arif, Pendang.. Manakala pihak sekolah masih menunggu
seorang lagi Guru Kaunseling. Perkara ini sudah dirujuk kepada pihak PPD untuk
tindakan selanjutnya.
2.2 Tuan Guru Besar memaklumkan sejak bermula perlaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) , pihak sekolah telah melaksanakan pembelajaran dalam talian
(PDPR) menggantikan pembelajaran bersemuka. Dianggarkan 80% hingga 90% dapat
mengikuti PDPR. Selebihnya kita juga telah mengenal pasti murid yang tidak mengikuti
PDPR yang disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan.
2.3 Tuan Guru Besar memaklumkan mengenai persiapan pembukaan sekolah yang
dimulai dengan murid Pra sekolah mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak sekolah telah membina tapak berkhemah untuk
murid-murid menunggu waris ketika waktu pulang.
2.4 Tuan Guru Besar juga memaklumkan seperti yang telah dibincangkan dalam
Mesyuarat AJK Ke 2 ,kita telah membuka laluan baru untuk murid yang datang dari arah
Jalan Jenun.
2.5 Pihak sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM 20 000 untuk membaiki
tandas murid lelaki. Kerja -kerja binaan telah bermula pada minggu lepas. Tandas murid
dijangka siap sebaik sahaja sesi persekolahan bersemuka bermula. Pembaik pulih
tandas murid perempuan akan menyusul kemudian.
2.6 Tuan Guru Besar memaklumkan berkaitan Program HIP Googlemeet tahap 1 dan 2
iaitu program Bahasa Inggeris yang dijalankan setiap 2 minggu. Cenderahati murid
adalah dari sumbangan PIBG. Seterusnya program kerjasama Bank Muamalat dan
Bimbingan Kaunseling sekolah berbentuk ceramah motivasi untuk murid-murid belajar
secara dalam talian sepanjang sesi PDPR.
2.7 Tuan Guru Besar memaklumkan mengenai kejadian banjir di Yan, hanya seorang
murid kita yang terlibat. Bantuan yang sewajarnya telah diberi kepada murid tersebut.
2.8 Pencapaian Ko Akademik sekolah sepanjang PKP agak memberangsangkan apabila
adik Rayyan telah berjaya dinobatkan Johan Nyanyian Solo Peringkat Negeri manakala
Adik Dzulkarnain Ahmad Khan menjadi Johan Pertandingan “Mini Documentary”
sempena Karnival Ko Akademik Bahasa Inggeris.
2.9 Tuan Guru Besar melaporkan seramai 116 murid Tahun 6 telah divaksin manakala
semua guru, staf dan pekerja swasta telah lengkap divaksin.
Makluman: Semua Ahli
Agenda 3 Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.
3.1 Setiausaha PIBG Pn Suhaida bt Muhamad Sufian membentangkan Minit Mesyuarat
yang lalu.
Cadangan : En. Amer b Mahmud
Sokongan : Us Mohamad Sofi bin Abdul Rahman
Makluman: Semua Ahli
Agenda 4. Laporan Kewangan
4.1 Encik Muhammad Aridi b. Jaafar membentangkan Laporan Kewangan berakhir
1.1.2020 hingga 31.12.2020 untuk disemak dan akan dibentangkan di Mesyuarat Agung
PIBG ke 35.
Cadangan: Puan Noraini bt Hamid.
Sokongan: Encik Mohamad Sofi bin Abd Rahman
4.2 Encik Muhammad Aridi b. Jaafar membentangkan Laporan Kewangan berakhir
1.3.2021 hingga 30.9.2021.
Cadangan: Encik Anuar bin Zaini.
Sokongan: Puan Sofiah bt Abdul Rahim
Makluman: Semua Ahli
Agenda 5. Majlis Mesyuarat Agung PIBG ke 35 /2021
5.1 Pn Suhaida , setiausaha PIBG memaklumkan Mesyuarat Agung PIBG ke 35 akan
diadakan pada hari Isnin, 16 Oktober 2021 secara dalam talian(googlemeet) dirasmikan
oleh Tn Haji Ku Abdul Razak bin Ku Ismail
5.2 Tentatif program bermula jam 9 pagi selepas semua waris mengisi kehadiran dalam
talian.
5.3 Surat jemputan berserta borang usul akan diedarkan dalam bentuk googleform.
5.4 Barisan jawatankuasa bersetuju meluluskan peruntukan :
i) saguhati sebanyak RM 100 untuk 25 murid cemerlang yang berjaya ke
Sekolah Asrama Penuh dan MRSM.
ii) saguhati sebanyak RM 100 kepada Mohd Yusree b Abdul Halim waris M.
Rayyan (Juara Pertandingan Nyanyian Solo)
iii) Cabutan Bertuah RM 1060.00
Makluman: Semua Ahli
Agenda 6. Hal – hal Lain.
6.1 Tuan Guru Besar mencadangkan penggunaan buku aktiviti bagi sesi 2022/2023.
6.2 Ustaz Mohd Sofi memaklumkan status semasa pembinaan astaka. Sumbangan
masih diperlukan.
Makluman: semua AJK
Agenda 7. Ucapan Penangguhan
7.1 Encik Muhamad Zaidi, selaku Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan bacaan
tasbih kifarah dan surah al-'Asr pada jam 1.00 tengahari.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………………………….. ……………………………………
(SUHAIDA BINTI MUHAMAD SUFIAN) ( ABDUL RASHID BIN HAMID)
Setiausaha PIBG SK Haji Hussin Dol Guru Besar SK Haji Hussin Dol
Disahkan oleh,
……………………………………………
(TN.HJ.KU ABDUL RAZAK B. KU ISMAIL)
YDP PIBG SK Haji Hussin Dol.